Sunday, 18 February 2018

Rasukan Samanos

Pukul 5.30 petang Razali bergegas keluar dari pejabatnya untuk pulang ke rumah. Dia tahu bahawa dia akan tersangkut di dalam kesesakan jalanraya. Tapi kalau lagi lama dia tunggu, lagi lambat dia sampai ke rumah. Jadi, dia kena segera ke kereta dan bergerak keluar ke jalanraya. Walaupun ramai yang berpusu-pusu, dia juga akan melakukan hal yang sama. Razali bekerja sebagai seorang Executive disebuah syarikat yang menjual penapis air buatan Korea. Setiap hari dia akan pergi ke tempat kerja sebelum matahari muncul demi mengelak jalan yang sesak.

Setibanya Razali sampai dirumah, dia berasa aneh kerana isterinya tidak menjelma dimuka pintu seperti kebiasaannya. Mungkin isterinya tidak sihat pada hari itu, Razali membuang sangkaan aneh ke tepi dan terus masuk ke dalam rumah. Ketika dia memberi salam dan melangkahkan kaki masuk ke dalam rumah, hidungnya menangkap sejenis bau hanyir. Bau hanyir tersebut seperti berada di seluruh pelusuk rumah. Razali memikirkan bahawa isterinya mungkin masak sesuatu yang berkaitan dengan ikan. Membuatkan Razali bertambah aneh lagi adalah apabila isterinya tidak menjawab salam.

Razali melangkahkan kakinya untuk menuju ke bilik, tetapi ketika dia melintasi ruang tamu, dia melihat isterinya sedang duduk di hadapan tv dengan lampu tidak dihidupkan. Razali bertambah aneh apabila isterinya itu seperti tidak terurus. Rambut isterinya kusut masai dan masih mengenakan pakaian tidur pagi tadi. 

"Sayang? Kenapa tak buka lampu?" soal Razali inginkan kepastian. Tetapi isterinya tidak menjawab dan kepalanya hanya menghadap peti tv. Perasaan tidak senang mula menguasai diri Razali. Dia perlahan-lahan berjalan ke arah isterinya itu. Matanya isterinya tidak berkelip memandang kaca tv. Razali betul-betul pelik. Kemudian Razali pergi menghidupkan suis lampu dan dia meletakkan beg di atas meja makan. 

Secara tiba-tiba, Razali terdengar bunyi sesuatu yang seakan-akan benda retak. Razali menoleh ke belakang, dia terkejut setelah dia melihat isterinya sedang merangkak tapi dalam posisi terbarin dan kepalanya pula dalam kedudukan 360 darjah. Bunyi yang dia dengari itu adalah bunyi tulang yang sedang patah dalam badan isterinya itu. 

"Abang... Tolong saya..." lemah suara isterinya kedengaran. Razali terkedu seribu bahasa. Dia tidak mampu nak bergerak, tidak mampu nak bersuara. Dia berada dalam keadaan benar-benar terkejut. Razali melihat isterinya itu perlahan-lahan merangkak ke arahnya. 

Kemudian, isterinya itu tiba-tiba menjerit dan beberapa lendir aneh keluar dari mulutnya dan terkena pada tubuh Razali. Razali ketakutan namun dia tetap tidak lupa pada Allah. Dia segera membaca surah-surah yang dia ingat. Dia memohon bantuan pada Allah agar syaitan yang menjelma di depannya itu serta merta hilang. Namun, isterinya semakin menghampiri dan menindih tubuh Razali.

Kekuatan yang ada pada isterinya ketika itu membuatkan Razali tidak mampu untuk menolaknya ke tepi. Razali cuba sedaya upaya untuk mengeluarkan dirinya dari situasi tersebut, namun, dia tidak berjaya. Kudratnya tidak mencukupi.

Lagi sekali kedengaran bunyi tulang patah dari dalam badan isteri Razali. Bunyi tersebut betul-betul di bahagian tulang belakang. Disebabkan bahagian tersebut terdedah, Razali bertindak dengan menumbuk tulang belakang tubuh isterinya itu berkali-kali. Ianya berhasil dan isterinya mengundurkan diri dan kelihatan sakit. 

"Tolong saya, bang.. Tolong.." kedengaran dengan jelas suara isterinya itu merayu-rayu agar dirinya dibantu. Razali tidak dapat melakukan apa-apa, dia hanya mampu melafazkan surah ayatul Qursi sekuat-kuatnya.

"Berambus kau dari tubuh isteri aku, syaitan!" jerit Razali sekuat hatinya sehinggakan anak tekaknya terasa perit. 

Namun, makhluk yang berada di dalam tubuh isterinya itu tidak mahu mengalah tetapi ianya seperti tiada upaya untuk menerkam Razali. Razali tidak henti-henti melafaz surah ayatul Qursi. Semakin lantang Razali melafaznya, semakin lemah tubuh isterinya itu. Kemudian, kelihatan darah tersembur keluar dari mulut isteri Razali. 

Darah yang keluar itu berwarna merah pekat seakan-akan cecair sirap bunga ros. Baunya juga tidak menyenangkan. Razali tidak mengalah, dia perasan bahawa makhluk yang berada di dalam tubuh isterinya itu semakin lemah, lalu dia terus menerus melafazkan ayatul Qursi berulang kali. 

Dan akhirnya, asap hitam mulai kelihatan keluar dari tubuh isteri Razali. Dan isteri Razali menjerit kesakitan ketika asap tersebut keluar dari tubuhnya. Asap itu terus keluar melalui tingkap di ruang tamu. Razali merasakan seperti rumahnya itu diserang gempa bumi yang dahsyat. Perabot dan hiasan yang berada di dinding semuanya jatuh ke lantai. 

Setelah asap hitam itu semua sudah habis keluar, isterinya terjatuh ke atas lantai dan tidak bergerak. Razali segera berlari mendapatkan isterinya. Dia meletakkan kepala isterinya dia atas riba. Dia mengusap-usap pipi isterinya itu.

"Sayang, bangun sayang. Sayang.. Abang ni.. Sayang?" panggil Razali berkali-kali. Akan tetapi, isterinya itu sudah tidak bernyawa lagi. Razali juga tidak merasakan sebarang denyutan terhasil dibahagian nadi. Dan tiada nafas yang keluar dari hidung isterinya. Razali segera mendukung isterinya itu, akan tetapi, dia melihat kepalanya isterinya masih lagi berada dalam posisi 360 darjah. Dan tulang dilehernya kelihatan seperti patah riuk. Razali tidak mahu fikir bahawa isterinya itu sudah mati, dia membawa isterinya pergi ke hospital.

Pihak hospital mengesahkan bahawa isteri Razali telah pun meninggal dunia sebelum Razali membawanya datang ke hospital. Razali hanya mampu menangis terduduk apabila mendengar berita tersebut keluar dari mulut doktor. Pihak hospital juga melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis supaya polis menyiasat perkara itu. Mereka mendakwa bahawa Razali telah membunuh isterinya akibat pergaduhan yang berlaku di antara mereka. Razali menolak dakwaan doktor itu bulat-bulat. Dia juga menjelaskan apa yang berlaku.

"Encik Razali, kami professional. There is no such thing as rasukan or what-so-ever. Kami tidak percaya. Biarkan kami buat laporan polis dan izinkan kami lakukan autopsi ke atas mayat isteri encik. Sains akan menentukan segalanya samada Encik Razali abuse and kill your wife atau sebaliknya." 

Razali hanya akur dengan apa yang diberitahu kepadanya. Dan, dia telah ditahan reman selama 14 hari. Setelah autopsi dijalankan, pihak hospital gagal untuk menemui sebarang kesan penderaan ke atas mayat isteri Razali kecuali dibahagian belakang tubuhnya itu. 

Ketika dimakhamah, Razali mengaku tidak bersalah. Dan, ibu bapa mentuanya juga percaya dengan cerita yang diberitahu oleh Razali. 

"Ini aib keluarga kami. Kami harap pihak makhamah lepaskan menantu kami. Yang kami boleh beritahu hanyalah satu perkara, apa yang menantu kami beritahu itu mungkin benar atau tidak. Tapi, mengenai arwah anak saya yang menjadi mangsa rasukan dan bertindak diluar kawalan, itu bukan kali pertama ianya berlaku. Ianya pernah berlaku beberapa kali sebelum dia bergelar isteri."

Razali dibebaskan kerana bukti tidak mencukupi untuk mendakwa dia lah yang membunuh isteirnya itu. Setelah jenazah isteri Razali dikebumikan, ayah mentua Razali mengadakan perjumpaan keluarga secara besar-besaran.

"Maafkan ayah kerana telah berahsia kepada kamu mengenai perkara ni. Kami juga ada menyuruh arwah agar tidak memberitahu kami akan perkara ini kerana kami sangkakan ianya sudah berakhir." jelas ayah mentua Razali. Razali masih bersedih akan tetapi dia ingin sangat tahu apa rahsia yang ayah mentuanya itu ingin sampaikan. 

Isteri Razali, Munirah, telah disihir oleh seorang lelaki yang pernah ditolak pinangannya suatu ketika dahulu. Ketika itu, Munirah baru sahaja berusia 14 tahun. Lelaki yang ingin menikahinya itu berasal dari Thailand dan telah lama menetap di Malaysia. Dia tidak puas hati dan telah bersumpah untuk menyusahkan keluarga mentua Razali seumur hidup. Seminggu selepas kejadian, rumah mentua Razali dikunjungi oleh beribu ekor burung gagak. Semuanya terbang ke arah rumah mereka. Ketika kejadian, anak-anaknya sahaja yang berada di rumah sementara mentua Razali pula sedang bekerja di Kilang. 

Ketika mereka berdua pulang dari kerja, mereka menjumpai banyak bangkai burung gagak bersepah disekitar kawasan rumah mereka. Jiran-jiran juga ketika itu sedang membersihkan kawasan rumah mereka. Masing-masing tidak tahu apa punca kejadian. Semasa mentua Razali masuk ke dalam rumah dan ingin melihat keadaan anak mereka, mereka mendapati anak sulungnya berada di atas siling rumah sambil lendir hitam mengalir keluar dari mulutnya. Sementara anak-anak mereka yang lain pula sedang terbaring di atas lantai dan tidak menyedarkan diri.

Ketika perkara itu berlaku, anaknya masih lagi tidak bertindak diluar kawalan. Namun, dia asyik melekat disiling sahaja. Tidak pernah turun. Seminggu perkara tersebut berlanjutan. Akhirnya, ayah si Munirah memanggil pakar untuk membantu mereka dalam menyelesaikan situasi tersebut. 

"Namanya dia Samanos. Dia telah diupah untuk meletakkan sihir ke dalam badan anak kau supaya anak kau mati dan menggantikan jasadnya dengan makhluk lain." jelas ustaz yang datang untuk membantu tersebut.

"Samanos ni bukan orang sini. Bukan orang dari benua kita. Dia tinggal jauh. Sangat jauh. Aku sendiri tidak tahu bahasa apa yang digunakan." tambah ustaz itu lagi.

Ustaz tersebut bersetuju untuk membantu keluarga mentua Razali. Ketika proses perubatan sedang berlangsung, ketika itulah Munirah bertindak diluar jangkaan. Dia menjadi liar. Dia menjerit dan menyemburkan cecair hitam ke arah mereka yang lain. Dia juga melompat ke dinding, kemudian ke lantai, dan kembali ke siling. Dia tidak memudahkan ustaz tersebut untuk melakukan kerjanya. 

Ustaz itu sendiri turut tercedera ketika cuba untuk memulihkan Munirah. Telinganya sempat digigit oleh Munirah, akibat dari itu, ustaz itu kehilangan telinga sebelah kanan. Proses perubatan terpaksa dihentikan dan ustaz tersebut terpaksa dihantar ke hospital dengan segera. Yang tinggal dirumah tersebut hanyalah anak didiknya sahaja. Dengan kepantasan dan kecerdasan yang ada pada tubuh anak didiknya yang muda itu, dia telah berjaya mengelak dan menangkis segala jenis serangan fizikal. 

Anak didik ustaz tersebut berjaya menghalau makhluk yang berada di dalam tubuh Munirah ketika itu, lalu dia letakkan ke dalam botol kaca yang sudah dipagar sejak awal lagi. Akan tetapi, makhluk tersebut berjaya meloloskan diri dengan memecahkan botol kaca itu dan pergi menyelamatkan diri. Munirah mengalami kecederaan yang teruk sepanjang jasadnya dirasuk. 

Semenjak hari itu, sudah beberapa kali cubaan untuk merasuk Munirah berlaku akan tetapi ianya tidak berjaya. Sehinggalah suatu hari, mentua Razali mendapat berita bahawa lelaki yang ingin menikahi anaknya itu meninggal dunia akibat dipanah petir ketika sedang menunggang motorsikal bersama seorang perempuan. Semenjak kematian lelaki tersebut, tiada lagi gangguan yang berlaku ke atas diri Munirah. Sejak itu ayah mentua Razali menyangkakan bahawa semuanya sudah selesai. Ustaz yang membantu juga turut memberikan jaminan bahawa semuanya sudah berakhir. Namun, amalan yang diajarkan tetap dilakukan oleh keluarga mereka.

"Saya tak pernah tahu pasal benda ni. Kenapa tak beritahu saya supaya saya boleh bersiap sedia dan lebih berhati-hati?" soal Razali tidak puas hati. Mentuanya tidak mampu untuk membalas. Mereka hanya mendiamkan diri saja.

"Jadi sekarang si celaka tu puas hati lah sebab dah berjaya meragut nyawa Munirah? Nyawa isteri saya!?" tengking Razali dan menghempaskan tangannya ke atas meja. Perkara tersebut membuatkan semua orang terkejut. Ibu bapa Razali cuba untuk menenangkan dirinya. Razali hanya menundukkan wajahnya sahaja.

Air mata kelihatan mengalir keluar membasahi pipi Razali. Dia tidak dapat menahan sebak di dada kerana dia sudah kehilangan isterinya yang tercinta. Namun, tiada apa yang mampu dia lakukan selain meneruskan sahaja hidupnya. 

-tamat-

Saturday, 17 February 2018

Kompilasi dari pembaca Seram Mengarut

-Kakak Cantik-

Pernah sekali aku naik motor sorang-sorang pergi jalan-jalan kat highway Setia Alam. Waktu tu Setia Alam ni masih dalam pembangunan, jalanraya pun tak ada lampu. Ada lampu pun kat kawasan simpang je. Lepas tu gelap balik. Masa aku tengah enjoy angin malam. Tiba-tiba motor aku jadi berat sangat. Masa tu aku tahu lah apa sebabnya, ada orang menumpang kat belakang motor. Bayangkanlah tempat gelap macam tu, tempat tu pun ada kisah seramnya tersendiri juga. Aku tak nak pandang side mirror aku, aku takut. Takut kalau terlihat wajah ayu kakak cantik kat belakang. Jap lagi, tiba-tiba motor aku terasa macam gelong. Terdetik dalam hati aku, kakak cantik tu berat sangat kot sampai tayar motor aku pancit. Pastu aku tak ingat aku dah sampai mana. Kawasan tu dah ada kediaman dan lampu jalan pun banyak. Terus motor aku ringan dan disebabkan aku terpaksa press throttle habis dari tadi, lepas ringan je motor aku, tiba-tiba motor kau memecut laju dan aku tak dapat nak kawal. Lastly, aku langgar divider jalan. Bahu kanan aku patah dan terpaksa menetap dihospital sehingga dibenarkan pulang.



-Pocong Order Makanan-

Aku ni peniaga, selalu jual bakso waktu malam. Disamping itu, aku ada jual minuman dan beberapa jenis makanan ringan yang lain. Waktu tu dah tamat waktu aku meniaga, aku tengah kemas-kemas. Tiba-tiba ada pulak last customer datang order makanan. Aku cakap je la dah tutup. Makanan dah habis. Pastu aku terus sambung mengemas. Tapi aku hairan, sebab aku tak nampak lak customer tu. Dengar bunyi macam berjalan tapi macam bukan berjalan. Aku pun keluarlah nak tengok siapa customer tu. Kejap lagi, aku nampak pocong dok terlompat-lompat berlalu pergi dari stall aku. Berderau darah aku waktu tu. Terus aku kemas-kemas apa yang tinggal, dan terus balik rumah. Esoknya aku demam. Itu kali pertama aku terserempak dengan pocong.




-Cuci Pinggan-

Macam biasa, lepas makan kena cuci pinggan. Bantu isteri aku kat dapur sebab dia dah tolong masak makan malam. Macam biasa, aku sebagai suami mithali akan lakukan kerja-kerja itu semua sebelum bonding-time dengan isteri aku. Dan,macam biasa aku akan buka tingkap dapur kat sinki tu untuk membiarkan bau masakan tadi keluar. Tapi yang tak biasanya malam tu aku nampak lembaga hitam mengintai aku dari tingkap dapur. Aku ingatkan pencuri, aku keluarlah ke belakang rumah. Tak ada pula. Aku pun kembali cuci pinggan mangkuk yang ada. Lagi sekali dia muncul. Aku pun terus kejar keluar. Tak ada juga. Pastu bila aku masuk ke dalam rumah balik. Lembaga tu menjelma depan muka aku. Muka hodoh dan bau busuk. Aku tak takut, tapi aku pengsan juga. Beberapa minit kemudian aku sedar balik. Bini aku tengah tarik kaki aku nak bawak ke ruang tamu. Aku pun ceritalah benda yang aku nampak tadi. Rupa-rupanya bini aku selalu nampak lembaga tu mengintai. Tapi takat itu je lah gangguannya, tak ada lebih-lebih. Kalau dilayan, makin sakanlah lembaga tu menyakat.




-Balik Kampung-

Raya tahun lepas aku balik kampung awal sebab nak elakkan jem. Biasalah, aku ni bos. So suka hati aku lah nak cuti bila-bila pun. Biarkan je pekerja aku tu semua cuti lambat walaupun hakikatnya akulah bos dan akulah pekerja sebab aku jual barang online je. Kampung aku kat Sungkai. Jalan nak masuk ke kampung aku tu pula ada pintu gerbang. Masa aku nak lalu kat situ, aku nampak ada dua kepala terapung-apung kat pintu gerbang tu. Aku tak berapa nak perasan sangat, tapi bila aku toleh kali kedua. Memang betul ada kepala terapung kat situ. Tapi bukan penanggal. Kepala sahaja. Bila aku dah berjaya sampai ke rumah mak aku, aku ceritakanlah pengalaman tu kat dia. Mak aku kata, dulu ada orang mati kena penggal kepala kat situ. Tapi tak tahu apa sebabnya. Walaupun aku nampak gitu je, tapi perasaan seram tu still ada sebab itu first time nampak benda ghaib.





-Pukau-

Kejadian ni berlaku ketika aku bercuti kat Terengganu beberapa tahun yang lalu dengan kawan-kawan aku. View kat sana memang best dan cantik. Penuh dengan orang dan pelancong. Namun, bad thing berlaku kat aku dan kawan-kawan. Ketika kami on the way nak balik ke chalet selepas makan malam, ada dua orang stranger yang datang dekat kitorang dari arah belakang. Kami tak sedar apa yang berlaku kepada kami, tapi yang pasti dia suruh kami ikut dia. Yang peliknya, kami tak membantah. Kami ikut je diorang nak van sampai kat bank, dan kami keluarkan semua duit yang ada.
Kemudian kami bagi kat orang asing tu. Aku tak ingat wajah dia macam mana, tapi diorang tu lelaki. Dan selepas tu, kami tersedar. Kami berada di tempat kami berjalan tadi dan aku nampak van tu berlalu pergi. Kami terpinga-pinga. Tak tahu apa yang berlaku. Kami terus balik ke chalet dan tidur. Esoknya nak keluar, tiba-tiba duit kami semua dah tiada. Bila kami pergi ke mesin atm, baki tinggal RM20 je. Dari situ barulah kami teringat kes malam sebelumnya. Selamat abang kepada kawan aku sanggup bank-in kan duit minyak dan tol untuk kami pulang ke KL. Kalau tak, menangislah kami kat situ.







Friday, 16 February 2018

Khayalan Semata

Kisah ini berlaku pada beberapa tahun lepas, yang dimana ketika itu aku baru saja melangkau ke alam remaja. Aku dan kawan-kawan aku pergi memancing di sebuah hutan. Di dalam hutan tersebut terdapat lubuk yang dimana di dalamnya terdapat banyak ikan. Tidak ramai yang tahu akan kewujudan lubuk tersebut. Jadi, kami antara yang beruntung dapat tahu akan kewujudan tempat tersebut. Daripada Kuala Lumpur, kami terpaksa menaiki kereta dan menuju ke Terengganu. Lokasinya adalah rahsia.

Apabila kami tiba dilokasi, kami sempat berjumpa dengan otai-otai yang tinggal berdekatan. Mereka menasihati kami agar berhati-hati ketika memancing dilubuk tersebut kerana disetiap lubuk pasti akan ada penunggu. Kami faham dan kami akan berhati-hati. 

Kami meletakkan kereta dipinggir hutan, dan kami kena berjalan lebih kurang 8 kilometer untuk sampai ke lubuk tersebut. Perjalanan agak memenatkan dan mencabar kerana hutan disitu penuh dengan lecak dan semak tinggi. Apabila kami tiba ke destinasi, matahari mula tenggelam. Jadi, kami kena segera menyalakan api dan pasang khemah. Lubuk yang diperkatakan terletak hanya beberapa kaki sahaja dari tempat kami mendirikan khemah. Kami semua seramai 4 orang berasa tidak sabar untuk memancing disitu. 

Pada malam tersebut, kami hanya memasak mee segera sahaja kerana itu sahaja yang kami reti masak. Dan, pada malam itu juga kami mencuba nasib memancing disitu. Pertama sekali, kami menggunakan umpan udang. Dan, kami ada membawa beberapa umpan yang lain dan umpan plastik. Hampir sejam joran kami terpacak disitu, satu pun tidak kena. 

Kemudian, kawan aku berkata bahawa dia terlihat ada seseorang yang sedang berdiri diantara celah-celah pokok memandang ke arah kami. Apabila yang lain melihat, tidak ada orang disitu. Aku juga ada pergi mendekati pokok itu untuk siasat samada betul ke orang yang kawan aku nampak tadi. Aku tak pasti apa yang dia lihat, tapi aku tengok tak ada jejak atau apa-apa bekas yang menandakan bahawa ada orang berdiri kat celah-celah pokok tersebut. 

Entah kenapa tiba-tiba kami semua rasa macam tak sedap hati pula. Kawan aku yang seorang lagi tu, dia pernah beberapa kali datang ke lubuk ni dengan orang lain. Dia kata, pernah juga dia perasan benda-benda aneh berlaku waktu mereka memancing kat situ. Kemudian, dia meyakinkan kitorang bahawa benda tu cuma nak tengok-tengok je kalau kita ada langgar pantang larang ke apa.

Aku pun tak tahu apa pantang larang dia. Mungkin pantang larang masuk ke hutan macam yang selalu aku dengar tu lah kot. Jangan cakap celupar, jangan cakap besar, tidak bising, tidak buat sampah, tidak buat maksiat dan paling penting jangan tegur. Tapi kawan aku yang ternampak tadi tu aku tak tahu nak kata dia tegur atau bukan. Tapi aku rasa macam dia tegur. 

Hampir 3 jam kami pacakkan joran, tapi tiada satu ekor ikan pun yang mengena. Mungkin ikan semua sedang tidur barangkali. Lalu kami semua membuat keputusan untuk tidur sahaja. Ketika kami tengah tidur pada malam tu, tiba-tiba kami dikejutkan dengan suara yang agak kasar datang dari luar khemah. Kami semua terkejut. Suara tersebut menyuruh kami agar bangun dan keluar dari khemah. Kami juga nampak beberapa lampu suluh yang menyuluh ke arah khemah kami. Kami ketakutan ketika itu. Siapa yang memanggil kami untuk keluar? 

Kawan aku bertindak berani dengan membuka zip khemah dan secara tiba-tiba dia ditarik keluar. Dan kami semua tak dapat melihat kerana terlalu banyak lampu suluh yang disuluhkan ke arah kami. Aku cuba dapat rasa yang tangan aku ditarik. Aku ketakutan, risau jika mereka itu semua penjahat. 

Tapi sangkaan aku meleset, mereka semua rupanya anggota polis. Ada dua orang dan beberapa orang lain lagi yang aku tak pasti siapa.

"Korang camping tengah-tengah taman ni buat apa?" 

Kami terkedu apabila diajukan soalan tersebut. Kami melihat kawasan sekeliling. Benar! Kami memang berada di taman. Dihadapan kami pula adalah tasik. 

"Korang tahu tak korang tak dibenarkan untuk memancing ditasik ni?" 

Kami benar-benar keliru. Dan kami diberitahu bahawa kami berada di Taman Tasik Titiwangsa. Kami juga telah menakutkan pengunjung dari siang tadi. Abang polis tu kata bahawa kami melibas-libas parang ke arah orang awam. 

Macam mana semua ni boleh berlaku? Dan pada malam tu kami semua terpaksa tidur dalam lokap.


-tamat-

Thursday, 15 February 2018

[UPDATE] Life is getting more tougher day by day

First of all, aku memang lama gila tak masuk kat blog ni. Since aku join dengan Sengal Paranormal Team, jarang-jarang aku karang cerpen. Tapi tahun 2018 ni aku nak kembali aktif dengan penulisan. Aku nak realisasikan impian aku untuk menerbitkan novel aku sendiri. Before this dah fucked up, but not anymore. This time aku akan fokus betul-betul pada penulisan. Dan, probably aku akan mula cetak tshirt Seram Mengarut. Design aku akan releasekan minggu depan, dan separuh dari hasil jualan tshirt tu akan disalurkan ke tabung-tabung orang asnaf. 

Bila design tshirt dah keluar, kalau ada yang berminat nak beli boleh email or contact through fb lah(itu pun kalau ada yang baca bebelan aku ni). 

Dan selebihnya aku serahkan pada takdir. 

Kehidupan sekarang semakin sukar, dugaan bertubi-tubi datang pada aku & family aku. Tapi, kitorang tetap akan tabah mengharunginya. Dan, aku pula akan terus berkarya dan terus berkarya untuk bacaan orang yang membaca, itu pun kalau ada yang membacalah. 


Jantung Buat Isteri

Leman mengeluarkan plastik hitam yang disimpan di dalam poket kirinya. Di dalam plastik tersebut terdapat kain bewarna hitam. Leman membalut sesuatu dengan menggunakan kain tersebut lalu dimasukkan ke dalam plastik hitam itu tadi. Dengan wajahnya yang cemas, dia berlalu pergi dari situ. Dia menuju ke arah pondok tempat dia bekerja. Dia memastikan semuanya sudah berada dalam keadaan kemas dan teratur. Kemudiannya, dia mengunci pintu pagar depan dan menghidupkan enjin motorsikalnya. 

Dia berlalu pergi dari kawasan itu dalam keadaan tergesa-gesa. Setibanya saja dia di rumah, dia mendapati isterinya sedang nyenyak tidur di dalam bilik. Isterinya sedang mengandungkan anak sulung mereka. 

"Jangan risau. Abang dah dapatkan apa yang sayang idamkan." bisiknya di dalam hati.

Leman menuju ke dapur rumah. Kemudian, dia mengeluarkan plastik hitam yang dia pegang sejak sampai rumah tadi. Lalu dia mengeluarkan isi yang terkandung di dalam plastik itu. Ianya merupakan hati manusia. 

Isteri Leman mengidam untuk makan jantung budak kecil jantina lelaki. Sudah lama isterinya mengidamkan benda tu. Akhirnya, isteri Leman akan dapat merasa juga jantung yang diidam-idamkan. 

Leman membasuh jantung tersebut disinki. Kemudian dia memotong jantung tersebut nipis-nipis. Lalu dia rebus jantung itu agar ianya empuk supaya isterinya nanti boleh kunyah tanpa ada masalah. Sementara menunggu jantung itu empuk, Leman menghiris dua ulas bawang merah dan satu ulas bawang putih. Kemudian, dia menghiris 1 inci halia secara nipis. Leman juga tidak melupakan cili padi, kerana isterinya suka memakan makanan yang pedas-pedas. Setelah semua bahan-bahan itu tadi siap, Leman pun menyalakan api dan memilih kuali yang kecil untuk memasak jantung goreng kunyit. 

Bau yang terhasil dari tumisan bawang putih, bawang merah dan halia itu membuatkan isteri Leman terjaga dari tidurnya. Hidungnya kembang kuncup menghidu bau yang harum tersebut. Lalu isteri Leman bangun dari katil dan berjalan menuju ke dapur.

"Abang? Abang dah balik? Abang masak apa tu?" soal isteri Leman yang masih dalam keadaan mamai.

"Abang masak special untuk Timah. Timah mesti suka. Tapi Timah kena jamah dulu, kemudian kena teka menu apa yang abang masakkan untuk Timah ni." balas Leman sambil mengukir sebuah senyuman.

Selesai Leman memasak, dia terus menghidangkan lauk yang di masak untuk santapan isterinya yang tercinta. Kemudian, isterinya pun mengambil satu dan dikunyahnya perlahan-lahan. 

"Macam mana? Sedap tak?" soal Leman, wajahnya seperti tak sabar menunggu respon dari isterinya itu.

"Sedap! Ni daging apa bang? Rasa lain sikit dari daging lembulah.." soal isterinya lagi sambil terus menerus mengunyah daging yang dimasak oleh Leman,

"Jantung budak kecil. Seperti yang sayang idamkan.." 

Timah berhenti dari terus mengunyah. Matanya terbeliak besar. Wajahnya seakan-akan terkejut dengan jawapan yang baru saja dia dengar. Sementara suaminya pula tersengih-sengih seperti selipar buruk di situ.

"Abang biar betul?? Abang main-mainkan?" soal Timah lagi ingin tahu.

"Tak. Abang tak tipu. Abang berjaya bunuh seorang murid ni tadi. Abang ambil jantung dia. Khas buat Timah. Kesian sayang, dah lama sayang ngidam nak makan jantung budak." jawab suaminya sambil tersengih seperti kera kena lenyek motokar.

Timah segera bangkit dari kerusi dan berlari ke arah sinki. Dia memuntahkan semula segala apa yang dia makan, termasuk mi goreng yang dia makan ketika pagi tadi. Leman terkejut dengan tindakan isterinya itu. Dia menjadi risau, lalu dia pun bangkit dan mendapatkan isterinya yang masih muntah di sinki.

Timah segera menolak tangan Leman ketika Leman mengosok belakang badannya. Leman terkejut apabila isterinya melakukan perkara sedemikian rupa. 

"Abang ni gila ke apa!? Bagi saya makan jantung manusia? Abang nak mampus!?" herdik Timah, kemudian dia lap mulutnya dengan menggunakan kain batiknya sendiri.

"Kan sayang yang minta? Sayang yang beriya benar nak makan jantung budak? Jadi, abang tunaikanlah permintaan sayang tu. Bukan untuk orang lain, untuk sayang dan anak kita yang dalam perut tu juga!" balas Leman tak puas hati, dia terasa tercabar kerana diherdik oleh isterinya. Kejantanan dia tercalar. Dia berkorban demi isterinya, tetapi isterinya tidak suka dan memarahi dia pula. Leman mulai hilang sabar,

"Ya, saya mengidam! Tapi abang bunuh orang! Abang boleh je beli hati binatang yang lain. Saya tak kisah, bang! Asalkan jantung! Tapi ni abang bawa balik jantung manusia! Ni anak siapa yang abang bunuh ni!? Abang dah hilang akal ke apa?!" isterinya menjawab dengan nada yang begitu tinggi sekali.

Urat mulai timbul di dahi Leman. Kesabaran dia sudah sampai kemuncak. Dia benar-benar hilang kewarasan. Dia merentap rambut isterinya dan dia tarik sekuat hati. Kemudian, dia merapatkan wajah isterinya ke arah wajah dia.

"Hei betina. Kau yang minta. Kau yang merengek. Kau yang tak habis-habis nak makan jantung budak. Kau tak ingat aku pernah beli jantung rusa? Jantung lembu? Jantung kancil? Kau tak terima. Kau tak boleh nak telan. Sebab kau kata jantung tu bukan jantung manusia. Apa masalah kau sebenarnya? Tangan aku ni ada darah budak kecil tau tak? Aku membunuh semata-mata nak memuaskan nafsu babi kau tu. Kau faham tak betina sundal?" 

Kemudian, Leman menolak isterinya itu jatuh ke atas lantai. Leman mengambil jantung milik Hadi mangsa bunuhnya itu dan dia sumbat semuanya ke dalam mulut isterinya.

"Sekarang kau makan ni setan! Kau makan puas-puas! Babi punya perempuan! Aku bersusah payah bunuh orang, ni yang kau balas kat aku!? Kau tak hargai aku! Woi! Aku ni suami kau lah celaka!" 

Leman melemparkan pinggan ke wajah isterinya. Timah hanya mampu menangis teresak-esak. Dia bagaikan tidak percaya bahawa suaminya yang begitu penyayang boleh berubah menjadi seorang pembunuh dan menjadi panas baran. Timah mulai sedar akan kesilapannya, dia terlalu bermanja dengan suaminya. Terlalu meminta-minta. 

Api kemarahan Leman masih lagi belum terpadam. Dia masih belum puas hati lagi dengan apa yang isteri dia balas terhadap pengorbanan yang dia lakukan. Leman mengheret kaki Timah masuk ke dalam bilik. 

"Abang! Sakit bang! Kaki saya, bang! Sakit! Berhenti, bang!" rayu Timah agar dihentikan serta merta penderaan yang sedang berlaku itu. Tetapi suaminya buat tidak tahu sahaja. 

Leman mengangkat Timah dan campak ke atas katil. Timah hanya mampu menahan sakit. Apa yang dia risaukan ketika itu adalah kandungan yang berada di dalam perut. Timah risau jika nanti akan berlaku keguguran kerana dia diheret dan dicampak. 

"Kau tahu tak, sial? Aku ni suami kau. Aku dah tunaikan apa yang kau minta. Apa yang kau idamkan. Jadi, sekarang ni.. Kau kena layan aku sampai aku puas, kau faham? Kau mengandung ke tidak, aku tak peduli. Yang penting, aku nak benda ni masuk kat dalam lubang tu dan aku tahu kau pun kena basah juga. Kalau tak, nahas kau. Jantung kau pula yang aku robek keluar dan masak nanti." ugut Leman. 

Isterinya menjadi sangat takut dengan perubahan yang berlaku pada diri Leman. Mahu atau tidak, Timah terpaksa akur dengan perintah suaminya itu. Dia risau jika dirinya dan kandungannya dicederakan. Leman merentap kain batik Timah sehingga tiada seulas benang pun yang tinggal lagi. 

"Kau nak tahu apa salah satu sebab aku kahwin dengan kau? Sebab kau sedap, badan kau masyuk. Jantan-jantan semua berimaginasi dapat main dengan kau. Tapi yang untungnya aku, aku yang merasa tubuh kau. Sementara jantan-jantan tu semua tembak dinding je mampu." 

Timah masih lagi menangis. Leman tidak suka melihat Timah menangis kerana ianya akan mematahkan seleranya, lalu Leman melempang pipi Timah sekuat hati. Timah menjerit sakit selepas kena lempang.

"Kau diamlah bodoh! Aku bukan nak rogol kau! Aku ni suami kau! Kau kena layan aku!" jerit Leman, lalu dia singgahkan satu lagi pelempang ke wajah Timah. Timah terpaksa menahan air matanya dari mengalir. Walaupun perit, tetapi dia terpaksa tahan juga, dia tidak mahu dicederakan lagi. Dia sudah terlalu sakit.

Malam tersebut merupakan mimpi ngeri buat Timah yang di mana dia langsung tidak menikmati hubungan kelamin antara dia dengan suaminya. Walaupun pelbagai posisi kegemarannya dilakukan, tapi Timah tetap tidak berhasil mengeluarkan cecair seperti yang dipinta oleh suaminya itu. Akibat dari itu, Timah dilempang berkali-kali sehingga dia pengsan. 

Esok paginya, apabila Timah tersedar. Dia mendapati bahawa katilnya penuh dengan darah. Darah tersebut datang dari kelangkangnya. Timah menjadi panik tetapi Timah tidak dapat bergerak. Seluruh tubuhnya terlalu sakit dan Timah tidak dapat merasa bahagian kakinya. Dia cuba untuk menggerakkan kakinya, tetapi tidak boleh. Timah mengangkat kepalanya sedikit dan melihat ke arah kakinya. Timah terkejut besar apabila dia melihat ada seketul tubuh kecil penuh dengan darah berada di antara kakinya. Ianya kelihatan seperti bayi yang tidak cukup umur. Timah semakin takut. 

Secara tiba-tiba, suaminya muncul dimuka pintu. Tubuh suaminya penuh dengan darah. Suaminya mendekati Timah dan menunjukkan sesuatu yang berada di dalam pinggan. 

"Selamat pagi sayang. Abang buatkan sarapan untuk sayang. Jantung anak kita." 

Timah begitu terkejut sehinggakan mukanya berubah menjadi putih. Dadanya terasa sakit yang teramat sangat. Dan pernafasannya tersekat-sekat, Timah menghadapi kesukaran untuk bernafas. Perlahan-lahan anak mata Timah pusing ke dalam, melihatkan warna putih sahaja. Mulutnya tiba-tiba berbuih seperti terkena sawan. Riwayat hidup Timah tamat disitu. Dia meninggal dunia secara tiba-tiba atau dalam erti kata lain, mati secara mengejut. Kemungkinan dia terlalu terperanjat dan mengakibatkan jantungnya menjadi tidak normal.

Leman hanya memerhatikan saja isterinya mati di depan mata. Sedikit pun dia tidak berganjak. Setelah dia melihat isterinya itu tidak bergerak, dia pun berlalu pergi dari situ. Dia segera mandi dan membersihkan diri. Kemudian, dia melarikan diri sebelum polis datang ke rumahnya. Leman tidak berjaya diberkas oleh pihak polis sehingga ke hari ini. Dia masih lagi berlegar-legar di antara orang awam. Dia mencari mangsa barunya. Dia tidak henti-henti membisik pada dirinya sendiri bahawa isterinya mengidamkan jantung budak kecil.

"Sayang aku nak jantung budak.. Aku kena puaskan nafsu makan sayang aku.. Ramainya budak kecil tanpa pengawasan kat sini. Senanglah aku nak bunuh dan curi jantung mereka.." bisiknya kepada diri sendiri ketika dia berdiri ditingkat dua shopping mall dan melihat ke arah kanak-kanak yang sedang bermain bebas tanpa ibu bapa peduli. Ibu bapa yang sibuk dengan telefon dan sibuk shopping.


-Tamat-

Hadi

Loceng sekolah berbunyi menandakan sudah tamat waktu persekolahan. Hadi yang menghadiri kelas sesi petang itu terus berlari keluar dari bilik darjahnya dan menuju ke pintu pagar sekolah. Dia mencari-cari dimana keberadaan ayahnya. Dia tidak sabar untuk pulang ke rumah dan bersiap-siap kerana ayahnya sudah berjanji untuk membawanya pergi ke menjala pada waktu cuti tahun baru cina yang akan berlangsung pada keesokkan harinya.

Hadi menanti dengan penuh sabar, dia melihat kawan-kawan sekolahnya seorang demi seorang naik ke kereta, motorsikal dan ada juga yang berjalan kaki bersama orang tua mereka. Hadi melihat jam tangan yang berada disebelah kiri lengannya itu. Sudah hampir pukul 7 petang, tidak lama lagi azan maghrib akan berkumandang. Bayang ayahnya tidak juga kelihatan. Namun, Hadi tetap menanti dengan penuh sabar. Dia sentiasa ingat akan pesan ayahnya itu, "Kalau ayah lambat, adik jangan pergi mana-mana. Tunggu je dekat sekolah tu. Duduk dengan pak guard ok? Tunggu sampai ayah datang.".

Disebabkan hari semakin gelap, Hadi berpindah dari menunggu di pondok depan pintu pagar ke pondok pak guard.

"Hadi? Bapak kau tak sampai lagi?" soal pak guard tersebut.

"Belum lagi pakcik. Saya tak tahu ayah dah sampai mana. Mungkin jalan sesak agaknya." jawab Hadi dengan muka masamnya.

"Kalau macam tu, kau ikut aku pergi ke surau belakang sana. Kita pergi siap-siap untuk solat maghrib dulu." ajak pak guard tersebut.

"Tapi nanti kalau ayah sampai tengok saya tak ada, dia risau."

"Tak apa. Aku tinggalkan nota kat atas meja ni. Nanti ayah kau baca, dia tahulah. Solat tak lama pun. Sekejap je. Tak sampai 5 minit. Bapak kau tu entah kat mana-mana sekarang ni."

Hadi angguk kepala tanda setuju dan dia mengikut belakang pak guard itu untuk pergi ke surau.

Ketika mereka lalu didepan tandas, pak guard itu segera menarik tangan Hadi masuk ke dalam tandas.

"Hadi, diam. Jangan bersuara. Aku nampak ada orang asing kat situ." ujar pak guard itu sambil meletakkan jari telunjuk di bibirnya. Hadi terkejut dengan apa yang pak guard tu buat, tapi dia turuti saja. Dia tidak bersuara seperti yang dipinta. Pak guard itu menjulurkan kepalanya sedikit untuk memeriksa sesuatu. Hadi cuma perhatikan saja.

"Masuk dalam sikit, orang tu nak lalu sini. Jangan bagi dia nampak kita." arah pak guard itu lagi. Hadi akur dan berjalan ke belakang lagi. Jantung Hadi mula berdegup pantas. Dia ketakutan.

"Hadi.. Kau nak tahu tak? Aku tipu kau je. Aku sengaja nak kau masuk perangkap aku." ujar pak guard itu lalu mengeluarkan sebilah pisau dari poket kanannya. Pisau tersebut tidaklah besar mana, tapi mampu mencederakan.

Hadi menjadi gemuruh apabila melihat pak guard itu menghalakan mata pisau tersebut ke arah dirinya. Hadi ketakutan. Dia menyangkakan bahawa dia selamat dengan pak guard tersebut, namun tidak. Rupa-rupanya pak guard itu adalah serigala yang ingin meratah mangsanya. Hadi ingin menjerit tetapi tidak sempat, pak guard tersebut menendang dadanya dahulu dan mengakibatkan Hadi terjatuh ke lantai. Akibat dari tendangannya itu, dada Hadi terasa sangat senak.

Pak guard tersebut tidak melepaskan peluang, dia menikam leher Hadi. Kelihatan darah yang banyak terpancut keluar akibat dari tikaman itu. Nafas Hadi tercungap-cungap, wajah ayah dan ibunya bermain di minda.

"Maafkan aku budak. Tapi, bini aku mengidam jantung budak kecil dan kau bernasib malang hari ni." ujar pak guard sambil menarik keluar pisaunya dari leher Hadi. Semakin banyak darah yang mengalir keluar, lalu membuatkan tubuh Hadi lemah tidak bernyawa. Hadi menghembuskan nafas terakhirnya di dalam tandas sekolah.

Hari sudah gelap, sebuah kereta berjenama negara parking betul-betul depan pagar sekolah. Seorang lelaki separuh usia melangkah keluar.

"Hadi? Hadi?" serunya berkali-kali tetapi anaknya itu tidak kelihatan. Pagar sekolah sudah tertutup rapat. Pondok guard gelap tidak berlampu menandakan bahawa guard sudah pulang ke rumah.

"Allah, mana pula anak aku pergi ni?" dengusnya seorang diri. Kemudian, kedengaran pula azan isyak berkumandang.

Esok harinya, seorang murid yang datang pada awal pagi menjerit ketakutan selepas menemui mayat  Hadi di dalam tandas sekolah. Terdapat lubang besar di bahagian dada. Keputusan autopsi menunjukkan bahawa Hadi meninggal dunia akibat pendarahan yang sangat teruk dan dia juga kehilangan jantung. Jantungnya telah dicuri.

Semenjak peristiwa tersebut, ramai ibu bapa tidak berani membiarkan anak-anak mereka menunggu lama ketika tamat waktu persekolahan. Para guru juga turut menyumbang tenaga dengan menawarkan diri mereka untuk menghantar anak murid yang pulang lewat agar tidak menjadi mangsa kepada pembunuh yang telah membunuh Hadi.

Pak guard sekolah yang bertanggungjawab membunuh Hadi hilang tanpa dijejak. Pihak polis masih lagi memburu pak guard tersebut untuk disoal siasat. Dan dia berada dalam senarai yang dikehendaki.

-Tamat-

Tuesday, 13 February 2018

Bungkusan Misteri #3 - Akhir

Aku pergi ke kerja dengan perasaan yang tidak senang. Walaupun mimpi yang aku alami tu aneh. Tapi entah kenapa aku rasa seperti ianya realiti. Aku sudah menghubungi ayah aku dan meminta bantuan dari dia. Dia akan datang dengan segera dan aku akan menjemput dia di stesen bas. Aku menceritakan peristiwa yang mengganggu beberapa hari ni. Dan meminta pada bos aku untuk keluar sejam awal sebab nak pergi menjemput ayah aku, namun, bos aku menolak permohonan aku dan dia berkata kalau aku degil juga, dia akan berikan surat amaran pertama pada aku. Jadi nak tak nak, ayah aku terpaksa menanti selama sejam di stesen bas itu nanti.

Tamat je waktu kerja, aku terus pergi ke stesen bas dan menjemput ayah. Isteriku sudah pun tiba di rumah dan dia terlalu sibuk untuk memasak kerana banyak projek yang dia kena selesaikan. Jadi, aku beli makanan bungkus saja untuk santapan kami bertiga pada malam itu. Selesai solat isyak, ayah aku duduk di ruang tamu bersama aku. Kemudian, isteri aku menjerit dari dapur ketika sedang menyiapkan minuman untuk kami berdua. Aku bergegas berlari mendapatkan isteri aku. Dia terduduk di atas lantai. Dia berkata bahawa dia terlihat kelibat seorang lelaki tua berdiri di depannya. Dan lelaki itu meletakkan bungkusan misteri yang aku telah buang ke dalam tong sampah di situ.

Ayah aku mendekati bungkusan tersebut. Dia membelek setiap inci bungkusan itu. Aku menjelaskan kepada ayah aku bahawa bungkusan tersebutlah yang hilang tempoh hari ketika ayah aku datang untuk membantu. Ayah aku segera pergi ke belakang rumah, dan dia cuba untuk membakar bungkusan tersebut. Aku dan isteri ayah memerhatikan saja. Ketika bungkusan tersebut dijilat. Kedengaran bunyi suara orang lelaki sedang menjerit seperti kesakitan. Aku melihat ayah seperti sedang membaca sesuatu tetapi aku tidak mendengarinya. Angin tiba-tiba bertiup kencang. Bau hamis memenuhi ruang udara. Kedengaran juga bunyi suara orang perempuan menangis disekeliling kami. Bumi terasa seakan-akan bergegar.

Ayah aku berkata bahawa ada seseorang yang mahu aku menjadi penjaga kepada sejenis jin yang dibelanya. Aku memenuhi kriteria yang di inginkan. Nasib aku baik kerana aku tidak pernah buka bungkusan tersebut semenjak hari pertama ianya sampai ke rumah aku. Namun insan tersebut tidak mahu mengalah, dia tetap mahukan aku untuk menjadi penjaga baru. "Khurafat!" jerit aku. Aku tidak mahu menjadi penjaga kepada makhluk-makhluk halus. Aku tidak mahu melakukan syirik. Tapi, ianya tidak cukup untuk membuatkan insan tersebut mengalah.

Secara tiba-tiba, api yang membakar bungkusan tersebut menjadi besar. Ianya begitu besar sehinggakan aku terasa bahangnya di wajah. Aku mengarahkan isteri aku untuk jauhkan diri dari tempat itu. Biarkan aku dengan ayah aku sahaja yang uruskan perkara tersebut. Isteri aku membantah, dia tidak ingin meninggalkan aku dengan ayah. Dia ingin menyaksikan adegan tersebut dengan biji matanya sendiri. Aku tidak menghalang, kemudian aku berdiri disebelah ayah aku. Aku tanya pada dia, apa yang patut dilakukan?

Ayah aku bilang, "Ianya tidak mahu menyerah kalah. Dia tetap inginkan kamu, jadi, aku harus lindungi kamu.". Lantas, aku pun berdiri dibelakang isteri aku dan menjelaskan kepadanya bahawa ayah aku mahu aku dilindungi. Jika tidak, aku akan dirampas oleh kuasa jahat tersebut.

Beberapa batang pokok kelihatan turut terbakar tetapi yang anehnya, ianya bukanlah disebabkan kemarakan api yang menjilat bungkusan itu. Ayah aku kata ada beberapa jin yang berhimpun di pokok-pokok itu. Lalu mereka terbakar disebabkan mereka sudah tertewas. Aku membiarkan saja ayah aku lakukan kerja dia. Aku dan isteri aku memerhatikan saja. Api yang sedang marak itu menghasilkan bunyi yang pelik. Bunyi tersebut seperti besi bergesel dengan besi. Yang pasti ianya menyakitkan telinga aku.

Beberapa minit kemudian, keadaan mula menjadi sedikit reda. Api mulai surut. Perlahan-lahan terpadam. Aku lihat ayah terjatuh, dia kelihatan penat. Aku berlari mendapatkan ayah. Muka ayah begitu pucat. Aku tak tahu apa yang berlaku namun ayah aku kata dia sudah berjaya hapuskan jin tersebut bersama penjaganya yang sudah nyawa dihujung tanduk. Kemudian ayah aku tidak menyedarkan diri. Aku dukung ayah dan bawa masuk ke dalam rumah. Aku baringkan dia di atas tilam. Isteri aku mengambil tuala bersih dan air suam. Kemudian, aku lapkan tuala yang direndam air suam itu ke wajah ayah aku. Aku memeriksa nadi ayah, Alhamdulillah masih berdenyut. Mungkin ayah cuma tidur saja kerana aku dengar sedikit bunyi dengkuran yang keluar dari pernafasannya.

Semenjak hari itu, tiada lagi gangguan atau mimpi ngeri yang mengacau hidup kami. Aku dan isteri sudah boleh tidur dengan nyenyak dan pergi ke tempat kerja dengan aman.

-Tamat-

Monday, 12 February 2018

Bungkusan Misteri #2

Aku mendekati bungkusan tersebut. Lalu aku bertanyakan soalan, apakah kau? Aku benar-benar ingin tahu isi kandungan bungkusan itu. Namun, perasaan seram yang menyelubungi diriku membuatkan aku jadi tidak berani. Aku bimbang jika sesuatu berlaku pada keluarga aku. Aku mengambil bungkusan itu dan aku campakkan ke tong sampah di luar rumah. Namun, kali ni aku campak ke dalam tong sampah rumah jiran. Kemudian aku menyakinkan isteri aku bahawa semuanya baik-baik sahaja. Lalu, isteri aku keluar dari dalam kereta dan berjalan bersama aku masuk ke dalam rumah.

Pada malam itu, aku tidak dapat lelapkan mata. Fikiran aku asyik terfikir mengenai bungkusan misteri tersebut. Lalu, aku bangkit dari katil. Aku lihat isteri aku sedang nyenyak tidur disebelah. Begitu cantik dan ayu sekali isteri kurniaan Illahi ini. Aku bersyukur dengan kehidupan yang dipinjamkan oleh Allah.

Aku pergi ke ruang dapur. Mengambil segelas cawan dan aku isi cawan tersebut dengan air yang dingin. Lalu, aku teguk perlahan-lahan. Terasa lega ketika air dingin itu turun ke tekak dan terus ke perut. Dengan tidak semena-mena, isteri aku yang sedang tidur di dalam bilik tiba-tiba saja menjerit. Aku panik dan terus berlari mendapatkan isteri aku. Dia menangis tak henti-henti. Aku tak tahu kenapa dia menangis. Isteri aku memberitahu bahawa ketika dia cuba untuk memeluk tubuhku. Tiba-tiba dia merasakan seperti seluruh tubuhku itu penuh dengan bulu. Apabila dia membuka matanya, dia melihat bahawa orang yang dia peluk itu bukanlah aku, akan tetapi sejenis makhluk yang berbulu lebat dan bermata bulat berwarna merah. Lantas, isteriku terkejut dan menjerit.

Semenjak peristiwa itu berlaku, aku dan isteri aku rasa seperti tidak selamat untuk terus tinggal di dalam rumah itu. Isteri aku juga mengadu bahawa dia seringkali terasa seperti dirinya seakan-akan sedang diperhatikan. Perasaan aku mulai rasa tidak enak. Isteri aku memujuk agar pindah sahaja dari rumah itu. Tapi aku membantah kerana duit aku sudah habis gara-gara membeli rumah idaman isteriku itu. Dia yang pilih untuk tinggal di situ dan dia suka dengan suasana persekitaran kawasan perjiranan di situ. Jadi, aku tidak akan pindah. Pinjaman bank pun tak habis bayar lagi.

Aku memberitahu kepada isteriku bahawa dia tidak perlu bimbang kerana aku tidak akan mengalah dengan syaitan yang sedang mengganggu kami sekeluarga. Aku akan lawan dan pertahankan hak aku sebagai manusia. Aku yakinkan isteri aku bahawa kalau boleh bawa perkara itu ke mahkhamah, aku akan heret syaitan yang mengganggu itu sekali. Kemudian, pintu bilik air di dalam bilik tidur aku tu terbuka. Aku lihat isteri aku melangkah keluar dari dalam bilik air dengan wajah yang mengantuk. Aku terkedu seketika. Aku memandang isteriku aneh dan isteriku juga melihatku dengan wajah penuh kehairanan. Dia bertanyakan kepada aku "Dah kenapa pandang macam tu?".

Aku jawab bahawa aku tunggu dia keluar dari bilik air kerana aku ingin menggunakan tandas. Aku terpaksa menipu kerana tidak mahu isteri aku takut. Di dalam pelukan aku ketika itu adalah bantal peluk. Aku betul-betul hairan. Apakah aku sedang dipermainkan? Siapa pula yang menjerit tadi? Siapa pula yang aku peluk tadi? Siapa pula yang menangis dan mengadu dengan aku tadi? Disebabkan mata aku sudah terlalu berat, lalu aku membuat keputusan untuk tidur sahaja.

Esoknya ketika di tempat kerja. Aku menceritakan perkara tersebut kepada bos aku dan meminta izin untuk pulang sejam awal kerana aku ingin menjemput ayah aku di stesen bas. Dan Alhamdulillah bos aku meluluskan permohonan aku dan dia ada juga beri sedikit tips untuk aku hindarkan keluarga dari gangguan syaitan. Aku bersyukur kerana bos aku memahami masalah aku. Aku pun ingin selesaikan perkara ini dengan pantas sebab tidak mahu ianya berpanjangan. Risau nanti akan mengganggu prestasi kerja pula.

Setengah jam aku menanti di stesen bas, tapi aku masih tak nampak bas yang ayah aku naiki menjelma. Mungkin lewat sedikit. Aku sudah memaklumkan perkara ini kepada isteri aku dan ayah aku juga pagi tadi sudah aku hubungi. Aku betul-betul terdesak. Tidak tahu nak minta bantuan siapa lagi selain dari ayah aku yang serba serbi tahu mengenai perkara sebegini. Dalam masa yang begitu singkat, ayah aku datang ke bandar semata-mata nak membantu aku dengan masalah gangguan entiti.

Ketika aku sedang menanti ketibaan ayah aku, aku perasan ada seorang wanita berpakaian serba hitam merenung aku semenjak aku sampai ke tempat parking kereta. Mula-mula aku buat tak tahu sahaja. Tapi hampir 45 minit aku perasan yang dia asyik tenung aku. Aku mula rasa tak selesa. Aku tahu aku kacak, tapi kemonlah. Aku dah kahwin. Disebabkan aku rasa tidak selesai dengan tenungan wanita itu. Lantas, aku membalas balik renungan matanya itu dengan niat nak menundukkan dia. Tapi tak berhasil. Makin lama aku tenung, makin aku rasa tak selesa. Kemudian, aku lihat ada seorang perempuan yang manis datang menghampiri dia dan memimpin tangannya berlalu pergi dari situ. Aku dapat lihat bahawa wanita itu memegang tongkat berbelang-belang warna merah. Rupanya wanita itu buta. Aku malu sendiri waktu tu.

Aku hubungi ayah aku kerana bas yang dia naiki tu terlalu lambat. Sepatutnya sudah lama sampai tapi ni sudah lambat sejam lebih pula. Ayah aku kata bahawa enjin bas tu bermasalah. Dia dan penumpang yang lain kena pindah naik bas yang lain. Kemudian, bas yang dinaiki itu juga turut rosak. Sekarang sedang menanti bas yang lain lagi untuk jemput mereka. Akan tetapi, sudah dua buah bas yang dalam perjalanan ke tempat ayah aku tu rosak. Bermakna, sudah 4 biji bas yang rosak gara-gara nak menjemput ayah aku dan penumpang yang lain. Aku mula rasa seperti ada sesuatu yang tidak kena. Masakan semua bas tu boleh rosak? Aku meminta ayah aku untuk menghantarkan lokasi dia dengan menggunakan applikasi tercanggih abad ini iaitu yahoo messenger. Selepas aku terima lokasi bas rosak tu, aku terus hidupkan enjin kereta dan berlalu pergi dari stesen bas tersebut. Aku sempat memberitahu kepada isteri aku bahawa aku sedang dalam perjalanan pergi menjemput ayah aku dan aku ingin dia ikut aku sekali memandangkan dia pun sudah sampai di rumah dan aku tidak ingin dia duduk seorang diri di rumah itu.

Ketika aku dan isteri aku tiba dilokasi tempat ayah aku menunggu, kami nampak sudah ada 8 biji bas yang terkandas di situ. Semuanya enjin tidak berfungsi. Aku jadi hairan sangat-sangat. Kenapa tiba-tiba boleh jadi macam tu pula? Perkara yang jarang-jarang dilihat. Setelah ayah aku masuk ke dalam kereta, aku terus memandu pergi dari tempat tersebut dan berdoa agar bas-bas itu semua kembali seperti sediakala. Sepatutnya pukul 4 petang ayah aku sampai, sudahnya sampai ke rumah selepas isyak.

Ketika kami sampai diperkarangan rumah, aku nampak bahawa ada cahaya dibahagian ruang tamu rumah. Isteri aku kata dia sudah pastikan semua suis tutup sebelum keluar tadi. Kami bertiga tidak keluar dari kereta lagi, aku ingin pastikan bahawa keadaan selamat dulu. Dengan tidak semena-mena, lampu diruang tamu rumah aku tersebut tiba-tiba terpadam. Aku bergegas keluar dan menyuruh ayah dan isteri aku tunggu dalam kereta kerana aku bimbang jika ada perompak berjaya pecah masuk ke rumah aku. Aku pergi kebahagian belakang rumah dan aku lihat lampu diruang dapur terbuka. Kemudian tertutup kembali. Aku tidak buang masa, aku keluarkan telefon bimbit dan aku dial nombor kecemasan dan memberitahu mereka bahawa ada orang yang tak dikenali berada di dalam rumah.

Kemudian, aku kembali masuk ke dalam kereta dan menunggu ketibaan polis. Tak sampai 10 minit, sebuah kereta peronda pun tiba. Aku bercakap dengan mereka seketika dan lagi sekali lampu dibahagian ruang tamu terbuka. Dua orang anggota polis tu pun nampak dengan biji mata mereka. Lalu aku dan keluarga aku diarahkan untuk jauhkan diri dari rumah. Kemudian, aku menyerahkan kunci rumah kepada salah seorang anggota polis tersebut supaya dia boleh buka pintu rumah.

Ketika dua orang anggota polis itu menghampiri pintu depan, tiba-tiba kami semua terdengar bunyi seperti almari terhempas ke atas lantai. Agak gugup jantung kami ketika itu. Mungkin kami akan dapat lihat aksi yang mengerikan sebentar lagi. Mungkin akan dengar bunyi beberapa das tembakan.

Anggota polis berjaya membuka pintu depan. Mereka melangkahkan kaki masuk ke dalam rumah dengan penuh berhati-hati. Tiba-tiba, kami dapat lihat dua orang anggota polis itu seakan-akan disedut dan pintu terus tertutup. Kami boleh dengar bunyi tembakan di dalam rumah itu dan jeritan dua orang anggota polis tadi. Jiran-jiran mula keluar dari kediaman mereka dan berkerumun di rumah aku. Kemudian, keadaan tiba-tiba jadi sunyi. Kami tidak lagi kedengaran bunyi tembakan mahupun jeritan polis-polis tadi. Kami tak tahu apa yang berlaku di dalam rumah itu.

Secara tiba-tiba, pintu depan pecah dan aku dapat lihat Naruto Uzumaki melompat keluar dan menerpa ke arah aku. Semua orang menjerit dan terkejut dengan situasi tersebut. Lantas, aku terbangun dari mimpi. Aku menjerit. Aku jadi keliru. Isteri aku menenangkan aku. Dia mengusap dadaku. Aku berpeluh-peluh. Aku lihat jam sudah pukul 5.30 pagi.


-bersambung

Saturday, 3 February 2018

Bungkusan Misteri #1

Pada hari jadi aku beberapa tahun lalu, aku telah menerima sebuah pakej dari seseorang yang aku tak kenali. Bungkusannya berwarna merah pekat seakan-akan ianya dicat dengan menggunakan nippon paint. Sehingga ke hari ini aku masih lagi belum membuka bungkusan misteri tersebut kerana aku rasa tidak penting dan tidak perlu. Takut pun ada juga sebab aku tak tahu siapa pengirimnya.

Tetapi semenjak aku menerima bungkusan itu, aku selalu tidur tak lena. Aku selalu menerima mimpi yang menyeramkan. Mimpi yang di mana aku berada di tempat yang begitu asing sekali. Tempat yang aku tidak pernah kunjungi sepanjang usia aku. Di dalam mimpi itu juga aku dikunjungi oleh seseorang yang aku tidak kenal, dia menyuruh aku untuk membuka bungkusan itu. Dia juga memberitahu bahawa isi kandungan bungkusan tersebut merupakan sesuatu yang istimewa.

Sudah beberapa kali aku menerima mimpi sebegitu rupa, Namun aku tetap tidak pernah membuka bungkusan itu. Kadang-kadang aku terasa seram dan takut bila memikirkan mengenai bungkusan misteri tersebut. Pada suatu hari, aku menghampiri bungkusan itu. Aku simpan di dalam stor yang terletak di bahagian belakang rumah. Aku memegang bungkusan tersebut. Aku membelek bungkusan yang berbentuk segi empat tepat dan tidak begitu besar itu. Aku amati bungkusan tersebut.

Terdapat perasaan tidak menyenangkan ketika aku berada dekat dengan bungkusan itu. Perasaan ingin tahu aku terlalu kuat, aku ingin tahu apa yang terkandung di dalam bungkusan tersebut. Aku takut jika ianya adalah bom atau pun objek yang digunakan untuk mengenakan sihir ke atas manusia. Apabila aku memikirkan akan perkara tersebut, aku menjadi bimbang dan khuatir terhadap keselamatan keluarga aku. Pernah juga terfikir untuk melaporkan kepada pihak polis, tapi atas sebab apa? Nanti jadi bahan jenaka pula.

Beberapa minggu lepas aku pernah buang bungkusan itu ke dalam tong sampah dan aku melihat sendiri bahawa lori sampah itu sendiri telah mengambil semua isi-isi yang ada di dalam tong tersebut. Tapi entah macam mana, pada waktu malam. Aku melihat bungkusan itu berada di atas meja kerja aku yang terletak di bahagian ruang tamu. Aneh, siapa pula pergi kutip bungkusan tu? Sedangkan aku dah buang tadi. Aku mengambilnya semula dan lontar ke dalam tong sampah. Esok paginya, bungkusan tersebut ada lagi di dalam rumah aku, tetapi ianya berada bersebelahan dengan sinki di dapur. Aku mulai merasakan perasaan tidak enak dengan kehadiran bungkusan itu.

Isteri aku meminta aku untuk bertanyakan perihal tersebut kepada sesiapa yang berilmu kerana isteri aku mulai menerima kesan dari bungkusan misteri itu. Isteri aku juga turut mengalami mimpi ngeri setiap kali dia tidur. Disebabkan mimpi ngeri tersebut, kesihatan isteri aku terganggu. Kerana dia tidak cukup rehat. Selalu terjaga diantara pukul 2 atau 4 pagi.

Aku juga mengalami perkara yang sama. Setiap kali aku tidur, lelaki misteri yang tak dikenali akan datang menghampiri dan menyuruh aku untuk membuka bungkusan tersebut. Semakin hari semakin teruk mimpi yang aku alami. Aku mula mengalami kecederaan fizikal yang di mana di dalam mimpi aku telah dicekik, dan apabila aku tersedar, terdapat kesan tangan manusia di leher aku.

Aku meminta ayah aku untuk datang ke rumah dan melihat bungkusan misteri itu. Namun, ketika ayah aku tiba di rumah, bungkusan itu hilang. Puas aku mencari tetapi tidak jumpa. Aneh. Sedangkan aku sudah letak di atas meja di bahagian ruang tamu. Lantas aku memohon maaf kepada ayah aku kerana sudah penat lelah dia datang dari jauh tetapi bungkusan itu tiada pula. Ayah aku menjelaskan bahawa ada seseorang yang dengki dengan keluarga aku, dia ingin menghancurkan keharmonian yang terjalin antara aku dan isteri aku. Memandangkan ayah aku seorang yang berilmu dan pakar dalam hal-hal agama, jadi aku menurut sahaja apa yang disuruh.

Aku kembali menjaga solat, mengaji setiap malam, mendekatkan diri pada Allah. Aku juga mengajak isteri aku untuk melakukan hal yang sama. Isteri aku juga sudah menutup aurat penuh. Dia tidak lagi mengenakan pakaian yang ketat dan menayangkan rambutnya lagi. Selepas perubahan besar yang aku lakukan itu, Alhamdulillah tidak ada lagi apa-apa mimpi ngeri yang mengganggu kami.

Tapi pada suatu, bungkusan misteri yang hilang tiba-tiba itu muncul kembali. Ketika aku dan isteri baru saja pulang dari melawat kawan kami yang sedang sakit dihospital, aku mendapati bahawa bungkusan merah itu terletak di atas meja makan. Dan terdapat haruman yang aneh di dalam rumah kami. Isteri aku memegang erat tangan kanan aku. Aku dapat lihat dari riak wajahnya bahawa dia sedang dalam ketakutan.  Aku mengarahkan isteri aku untuk berzikir sahaja dan jangan takut dengan benda-benda ghaib. Aku memberitahu kepada isteri bahawa tiada yang lebih hebat selain Allah yang Maha Besar. Isteri aku akur dan aku boleh lihat perubahan dalam dirinya selepas aku berkata sedemikian. Dia melepaskan genggaman tangannya dan terus keluar berlari masuk ke dalam kereta.

Aku jadi hairan dengan tingkah lakunya. Lalu aku bertanyakan soalan kepada dia, dia menjawab bahawa dia tidak mahu masuk ke dalam rumah selagi dia rasa tidak selamat. Aku faham dengan perasaan takut yang dia alami ketika itu. Jadi aku membiarkan dia menunggu di dalam kereta lalu aku yang masuk ke dalam rumah dan memastikan keadaan rumah itu selamat. Ketika kali kedua aku melangkahkan kaki masuk ke dalam rumah. Aku mendapati bahawa bungkusan yang berada di atas meja makan tadi sudah beralih tempat pula, ianya tiba-tiba berada di atas rak buku yang berada di ruang tamu.

-Bersambung-