Saturday, 17 February 2018

Kompilasi dari pembaca Seram Mengarut

-Kakak Cantik-

Pernah sekali aku naik motor sorang-sorang pergi jalan-jalan kat highway Setia Alam. Waktu tu Setia Alam ni masih dalam pembangunan, jalanraya pun tak ada lampu. Ada lampu pun kat kawasan simpang je. Lepas tu gelap balik. Masa aku tengah enjoy angin malam. Tiba-tiba motor aku jadi berat sangat. Masa tu aku tahu lah apa sebabnya, ada orang menumpang kat belakang motor. Bayangkanlah tempat gelap macam tu, tempat tu pun ada kisah seramnya tersendiri juga. Aku tak nak pandang side mirror aku, aku takut. Takut kalau terlihat wajah ayu kakak cantik kat belakang. Jap lagi, tiba-tiba motor aku terasa macam gelong. Terdetik dalam hati aku, kakak cantik tu berat sangat kot sampai tayar motor aku pancit. Pastu aku tak ingat aku dah sampai mana. Kawasan tu dah ada kediaman dan lampu jalan pun banyak. Terus motor aku ringan dan disebabkan aku terpaksa press throttle habis dari tadi, lepas ringan je motor aku, tiba-tiba motor kau memecut laju dan aku tak dapat nak kawal. Lastly, aku langgar divider jalan. Bahu kanan aku patah dan terpaksa menetap dihospital sehingga dibenarkan pulang.



-Pocong Order Makanan-

Aku ni peniaga, selalu jual bakso waktu malam. Disamping itu, aku ada jual minuman dan beberapa jenis makanan ringan yang lain. Waktu tu dah tamat waktu aku meniaga, aku tengah kemas-kemas. Tiba-tiba ada pulak last customer datang order makanan. Aku cakap je la dah tutup. Makanan dah habis. Pastu aku terus sambung mengemas. Tapi aku hairan, sebab aku tak nampak lak customer tu. Dengar bunyi macam berjalan tapi macam bukan berjalan. Aku pun keluarlah nak tengok siapa customer tu. Kejap lagi, aku nampak pocong dok terlompat-lompat berlalu pergi dari stall aku. Berderau darah aku waktu tu. Terus aku kemas-kemas apa yang tinggal, dan terus balik rumah. Esoknya aku demam. Itu kali pertama aku terserempak dengan pocong.




-Cuci Pinggan-

Macam biasa, lepas makan kena cuci pinggan. Bantu isteri aku kat dapur sebab dia dah tolong masak makan malam. Macam biasa, aku sebagai suami mithali akan lakukan kerja-kerja itu semua sebelum bonding-time dengan isteri aku. Dan,macam biasa aku akan buka tingkap dapur kat sinki tu untuk membiarkan bau masakan tadi keluar. Tapi yang tak biasanya malam tu aku nampak lembaga hitam mengintai aku dari tingkap dapur. Aku ingatkan pencuri, aku keluarlah ke belakang rumah. Tak ada pula. Aku pun kembali cuci pinggan mangkuk yang ada. Lagi sekali dia muncul. Aku pun terus kejar keluar. Tak ada juga. Pastu bila aku masuk ke dalam rumah balik. Lembaga tu menjelma depan muka aku. Muka hodoh dan bau busuk. Aku tak takut, tapi aku pengsan juga. Beberapa minit kemudian aku sedar balik. Bini aku tengah tarik kaki aku nak bawak ke ruang tamu. Aku pun ceritalah benda yang aku nampak tadi. Rupa-rupanya bini aku selalu nampak lembaga tu mengintai. Tapi takat itu je lah gangguannya, tak ada lebih-lebih. Kalau dilayan, makin sakanlah lembaga tu menyakat.




-Balik Kampung-

Raya tahun lepas aku balik kampung awal sebab nak elakkan jem. Biasalah, aku ni bos. So suka hati aku lah nak cuti bila-bila pun. Biarkan je pekerja aku tu semua cuti lambat walaupun hakikatnya akulah bos dan akulah pekerja sebab aku jual barang online je. Kampung aku kat Sungkai. Jalan nak masuk ke kampung aku tu pula ada pintu gerbang. Masa aku nak lalu kat situ, aku nampak ada dua kepala terapung-apung kat pintu gerbang tu. Aku tak berapa nak perasan sangat, tapi bila aku toleh kali kedua. Memang betul ada kepala terapung kat situ. Tapi bukan penanggal. Kepala sahaja. Bila aku dah berjaya sampai ke rumah mak aku, aku ceritakanlah pengalaman tu kat dia. Mak aku kata, dulu ada orang mati kena penggal kepala kat situ. Tapi tak tahu apa sebabnya. Walaupun aku nampak gitu je, tapi perasaan seram tu still ada sebab itu first time nampak benda ghaib.





-Pukau-

Kejadian ni berlaku ketika aku bercuti kat Terengganu beberapa tahun yang lalu dengan kawan-kawan aku. View kat sana memang best dan cantik. Penuh dengan orang dan pelancong. Namun, bad thing berlaku kat aku dan kawan-kawan. Ketika kami on the way nak balik ke chalet selepas makan malam, ada dua orang stranger yang datang dekat kitorang dari arah belakang. Kami tak sedar apa yang berlaku kepada kami, tapi yang pasti dia suruh kami ikut dia. Yang peliknya, kami tak membantah. Kami ikut je diorang nak van sampai kat bank, dan kami keluarkan semua duit yang ada.
Kemudian kami bagi kat orang asing tu. Aku tak ingat wajah dia macam mana, tapi diorang tu lelaki. Dan selepas tu, kami tersedar. Kami berada di tempat kami berjalan tadi dan aku nampak van tu berlalu pergi. Kami terpinga-pinga. Tak tahu apa yang berlaku. Kami terus balik ke chalet dan tidur. Esoknya nak keluar, tiba-tiba duit kami semua dah tiada. Bila kami pergi ke mesin atm, baki tinggal RM20 je. Dari situ barulah kami teringat kes malam sebelumnya. Selamat abang kepada kawan aku sanggup bank-in kan duit minyak dan tol untuk kami pulang ke KL. Kalau tak, menangislah kami kat situ.







No comments:

Post a Comment