Aku pergi ke kerja dengan perasaan yang tidak senang. Walaupun mimpi yang aku alami tu aneh. Tapi entah kenapa aku rasa seperti ianya realiti. Aku sudah menghubungi ayah aku dan meminta bantuan dari dia. Dia akan datang dengan segera dan aku akan menjemput dia di stesen bas. Aku menceritakan peristiwa yang mengganggu beberapa hari ni. Dan meminta pada bos aku untuk keluar sejam awal sebab nak pergi menjemput ayah aku, namun, bos aku menolak permohonan aku dan dia berkata kalau aku degil juga, dia akan berikan surat amaran pertama pada aku. Jadi nak tak nak, ayah aku terpaksa menanti selama sejam di stesen bas itu nanti.
Tamat je waktu kerja, aku terus pergi ke stesen bas dan menjemput ayah. Isteriku sudah pun tiba di rumah dan dia terlalu sibuk untuk memasak kerana banyak projek yang dia kena selesaikan. Jadi, aku beli makanan bungkus saja untuk santapan kami bertiga pada malam itu. Selesai solat isyak, ayah aku duduk di ruang tamu bersama aku. Kemudian, isteri aku menjerit dari dapur ketika sedang menyiapkan minuman untuk kami berdua. Aku bergegas berlari mendapatkan isteri aku. Dia terduduk di atas lantai. Dia berkata bahawa dia terlihat kelibat seorang lelaki tua berdiri di depannya. Dan lelaki itu meletakkan bungkusan misteri yang aku telah buang ke dalam tong sampah di situ.
Ayah aku mendekati bungkusan tersebut. Dia membelek setiap inci bungkusan itu. Aku menjelaskan kepada ayah aku bahawa bungkusan tersebutlah yang hilang tempoh hari ketika ayah aku datang untuk membantu. Ayah aku segera pergi ke belakang rumah, dan dia cuba untuk membakar bungkusan tersebut. Aku dan isteri ayah memerhatikan saja. Ketika bungkusan tersebut dijilat. Kedengaran bunyi suara orang lelaki sedang menjerit seperti kesakitan. Aku melihat ayah seperti sedang membaca sesuatu tetapi aku tidak mendengarinya. Angin tiba-tiba bertiup kencang. Bau hamis memenuhi ruang udara. Kedengaran juga bunyi suara orang perempuan menangis disekeliling kami. Bumi terasa seakan-akan bergegar.
Ayah aku berkata bahawa ada seseorang yang mahu aku menjadi penjaga kepada sejenis jin yang dibelanya. Aku memenuhi kriteria yang di inginkan. Nasib aku baik kerana aku tidak pernah buka bungkusan tersebut semenjak hari pertama ianya sampai ke rumah aku. Namun insan tersebut tidak mahu mengalah, dia tetap mahukan aku untuk menjadi penjaga baru. "Khurafat!" jerit aku. Aku tidak mahu menjadi penjaga kepada makhluk-makhluk halus. Aku tidak mahu melakukan syirik. Tapi, ianya tidak cukup untuk membuatkan insan tersebut mengalah.
Secara tiba-tiba, api yang membakar bungkusan tersebut menjadi besar. Ianya begitu besar sehinggakan aku terasa bahangnya di wajah. Aku mengarahkan isteri aku untuk jauhkan diri dari tempat itu. Biarkan aku dengan ayah aku sahaja yang uruskan perkara tersebut. Isteri aku membantah, dia tidak ingin meninggalkan aku dengan ayah. Dia ingin menyaksikan adegan tersebut dengan biji matanya sendiri. Aku tidak menghalang, kemudian aku berdiri disebelah ayah aku. Aku tanya pada dia, apa yang patut dilakukan?
Ayah aku bilang, "Ianya tidak mahu menyerah kalah. Dia tetap inginkan kamu, jadi, aku harus lindungi kamu.". Lantas, aku pun berdiri dibelakang isteri aku dan menjelaskan kepadanya bahawa ayah aku mahu aku dilindungi. Jika tidak, aku akan dirampas oleh kuasa jahat tersebut.
Beberapa batang pokok kelihatan turut terbakar tetapi yang anehnya, ianya bukanlah disebabkan kemarakan api yang menjilat bungkusan itu. Ayah aku kata ada beberapa jin yang berhimpun di pokok-pokok itu. Lalu mereka terbakar disebabkan mereka sudah tertewas. Aku membiarkan saja ayah aku lakukan kerja dia. Aku dan isteri aku memerhatikan saja. Api yang sedang marak itu menghasilkan bunyi yang pelik. Bunyi tersebut seperti besi bergesel dengan besi. Yang pasti ianya menyakitkan telinga aku.
Beberapa minit kemudian, keadaan mula menjadi sedikit reda. Api mulai surut. Perlahan-lahan terpadam. Aku lihat ayah terjatuh, dia kelihatan penat. Aku berlari mendapatkan ayah. Muka ayah begitu pucat. Aku tak tahu apa yang berlaku namun ayah aku kata dia sudah berjaya hapuskan jin tersebut bersama penjaganya yang sudah nyawa dihujung tanduk. Kemudian ayah aku tidak menyedarkan diri. Aku dukung ayah dan bawa masuk ke dalam rumah. Aku baringkan dia di atas tilam. Isteri aku mengambil tuala bersih dan air suam. Kemudian, aku lapkan tuala yang direndam air suam itu ke wajah ayah aku. Aku memeriksa nadi ayah, Alhamdulillah masih berdenyut. Mungkin ayah cuma tidur saja kerana aku dengar sedikit bunyi dengkuran yang keluar dari pernafasannya.
Semenjak hari itu, tiada lagi gangguan atau mimpi ngeri yang mengacau hidup kami. Aku dan isteri sudah boleh tidur dengan nyenyak dan pergi ke tempat kerja dengan aman.
-Tamat-
No comments:
Post a Comment