Amir terus berjalan menuju ke ruang tamu dan terus merebahkan punggungnya ke atas sofa, fikirannya bercelaru samada haruskah dia membuat laporan polis atau pun tidak. "Malaslah aku, jam tangan tu je pun yang paling mahal, harga takdelah sampai billion, lima ringgit je pun..." bisik Amir di dalam hatinya. Kemudian baru Amir tersedar bahawa pintu rumahnya tidak berkunci dari semalam. Dengan gerak yang pemalas Amir berjalan pergi mengunci pintu dan terus ke bilik tidur bagi melegakan sakit otaknya tersebut. Dan pada hari itu Amir mengambil keputusan untuk tidak hadir ke tempat kerja.
Selepas tiga detik pukul satu tengahari, pintu rumah Amir diketuk oleh seseorang. Ketukan itu membuatkan Amir terjaga dari tidur lenanya. Amir pun bingkas bangun dari katil lalu berjalan menuju ke arah pintu, kepalanya masih terasa sakit, mujur saja sudah tidak ada darah yang keluar mengalir lagi. Setelah Amir membuka pintu, dia mendapati ada seorang wanita sedang berdiri sambil tersenyum ke arah dia, wanita itu tersangatlah Amir kenal, bahkan wanita itu lah salah satu kenangan manis yang Amir pernah lalui. Beliau ialah Cikgu Suraya, senyumannya yang manis membuatkan kesakitan dikepala Amir hilang dengan serta merta. Dasar jantan pantang lihat wanita yang cantik.
"Eh! Cikgu? Cikgu Suraya kan?" soal Amir kepada Cikgu Suraya.
"Ya, saya BEKAS Cikgu matematik awak. Hehe.. Boleh saya masuk?" jawab Cikgu Suraya lemah lembut. Selepas Amir mempelawa Cikgu Suraya masuk ke rumah, dia bergegas ke dapur bagi membuat air teh O untuk dihidangkan bersama biskut kering kepada Cikgu Suraya. Persoalan mengapa Cikgu Suraya datang bertandang ke rumahnya langsung tidak terlintas dibenak fikiran Amir.
"Jemputlah minum Cikgu, air bujang je.." pelawa Amir tergedik-gedik sambil tersengih bangang. Cikgu Suraya mencapai cawan yang diletakkan oleh Amir di atas meja lalu menghirupnya sedikit demi sedikit. Amir hanya mampu melihat sahaja perbuatan bekas gurunya itu.
"Cikgu Sihat? Lama tak dengar khabar tentang Cikgu.." soal Amir sambil tersenyum macam unta.
"Saya sihat Mir..maaflah saya tiba-tiba datang ke rumah awak. Dah lama sebenarnya saya mencari awak, susah payah saya mencari alamat rumah awak dekat jabatan pendaftaran negara..Heee..." terang Cikgu Suraya kepada Amir. Waktu itu barulah terlintas di kepala otak Amir tentang kehadiran bekas gurunya itu. Bukankah bekas gurunya itu ditimpa kemalangan ketika dalam perjalanan menuju ke hospital dan hilang secara misteri selepas kemalangan tersebut?
"Err..boleh saya tanya tak? Hari tu saya ada tengok berita kat tv yang Cikgu...." belum sempat Amir hendak habiskan ayatnya Cikgu Suraya telah pun memotong. Cikgu Suraya menerangkan kepada Amir bahawa ketika kemalangan itu terjadi, dia telah pun tercampak agak jauh sedikit dari mangsa-mangsa yang ada di situ. Hanya dijumpai oleh orang awam selepas pemberita membuat laporan dan menyiarkan di kaca tv. Dan itu semua hanyalah salah faham, pihak hospital pula tidak memaklumkan perkara ini kepada pihak media kerana mereka malas ingin ambil tahu. Dan dia dibenarkan pulang 2 hari kemudian.
"Ooo..macam tu rupanya, berita tu pun saya tengok masa saya kat hospital. Waktu tu saya terjatuh dari tingkat tiga flat ni, sekali dengan kawan serumah saya. Mujur saya tidak ada apa-apa, tapi kawan saya tu sekarang ni sedang koma di hospital.." jelas Amir terperinci kepada Cikgu Suraya. Masa terus berlalu, pada masa yang sama, Cikgu Suraya telah memberitahu kepada Amir tentang penceraian dia dengan bekas suaminya yang dimana ketika itu kesilapan datang dari dirinya sendiri. Amir hanya menggangguk faham dan berasa simpati dengan nasib yang menimpa diri Cikgu Suraya. Namun, Cikgu Suraya tidak memberitahu kepada Amir akan perihal gangguan yang dia alami.
"Semuanya berlaku hanya kerana sebuah basikal tayarnya bocor ketika waktu hujan.." sambung Cikgu Suraya lagi dan mengimbau kenangan yang lalu. Yang di mana peristiwa tersebut merupakan detik hitam dalam hidup dia namun dijadikan sebagai kenangan indah, dan dia sendiri tumpas dengan hawa nafsu.
"Amir.. Saya rindukan awak...." perkataan yang keluar dari mulut bekas guru Amir itu membuatkan Amir terdiam, dia tidak tahu samada perasaan yang rasai waktu itu gembira atau duka? Apakah dosa lampau akan berulang sekali lagi? Adakah sejarah mungkin berulang new boyz? Segala memori hitam bersama Cikgu Suraya kembali bermain difikiran Amir.
"Saya pun rindukan Cikgu..." Amir membalas rindu yang diberikan oleh bekas gurunya itu.
"Tak perlu panggil saya Cikgu, panggil saja Sue...Saya bukan cikgu awak lagi.." senyuman manis terukir dibibir Cikgu Suraya yang membuatkan hati Amir luntur. Pada masa itu apa-apa saja boleh terjadi, mereka berdua sahaja berada di dalam rumah tersebut. Lalu dengan perlahan Amir bangun dari tempat duduknya dan datang dekat pada bekas gurunya dan tangan kiri Amir memegang tangan kanan Cikgu Suraya untuk menarik beliau supaya berdiri. Amir merapatkan tubuh Cikgu Suraya ke tubuhnya. Mata mereka bertentangan, Cikgu Suraya memaut leher Amir dan menarik ke arahnya lalu bibir mereka bertaut dan Amir membalas apa yang Cikgu Suraya lakukan kepadanya, tangan Amir liar menjalar ke seluruh tubuh Cikgu Suraya. Cikgu Suraya jugak tidak kurang hebatnya, sampai terangkat-angkat kaki. Dan !@#$%^&*()!@#$%^&*()!@#$%^&*()_!@#$%^&*()_!@#$%^&*()_!@#$%^&*()_+!@#$%^&*()_!@#$%^&*()_+_!@#$%^&*()_!@#$%^&*()_+!@#$%^&*()_+!@#$%^&*()_+!@#$%^&*())_+_)(*&^%$#@!@#$%^^&&*()_+.
*****************************************************************************
Amir terbaring gembira di atas katilnya itu bersama Cikgu Suraya yang kini dianggap sebagai kekasihnya yang abadi. Amir membelai-belai rambut kepala Cikgu Suraya dan memuji-muji akan kecantikkannya. Mereka ketawa kecil dan saling bergurau senda, saling tak tumpah seperti pasangan baru berkahwin. Selepas puas berborak kosong, Cikgu Suraya mengucup dahi luas Amir dan memandang wajah Amir tanpa bersuara. Amir turut melakukan perkara yang sama sambil tangannya tidak henti-henti membelai tubuh bekas gurunya itu.
"Seronokkan Mir bila dapat ulang semula memori yang indah?" soal Cikgu Suraya kepada Amir.
"Tapi kalau Amir ingat, waktu kita bersama dulu, ada satu kenangan yang tak berapa nak indah.. Amir ingat tak? Fahamkan maksud Sue?" Amir kebingungan setelah diajukan soalan tersebut.
"Amir ingat tak waktu dekat kawasan parkir kereta dan waktu tu hampir senja. Amir baru habis kelas tambahan dan Sue baru habis mengajar kelas tambahan untuk hari tu..Amir ingat tak sayang?" jelas Cikgu Suraya lagi, akan tetapi ingatan Amir tidak begitu jelas dan tidak dapat mengingatkan kembali. Yang dalam kereta tu dia ingat lah...
"Masa dalam kereta tu, waktu kita tengah sedap melayan nafsu, Amir ingat tak siapa yang ketuk tingkap kereta Sue?". Ingatan Amir kembali pulih, dia memang ingat pada waktu itu ada seorang lagi budak sebaya dia telah mengganggu hubungan terlarang yang sedang berjalan ketika di dalam kereta Cikgu Suraya.
"Hamdan... Amir ingat lagi sayang.. Tapi kan kita dah berjanji akan lupakan perkara tu?"
"Ya Amir berjanji dengan Sue waktu tu...Sue ingat dan Sue dah melupakannya..Akan tetapi...Hamdan tak dapat nak melupakannya Mir.." terkejut beruk Amir setelah mendengar kenyataan yang keluar dari bibir bekas gurunya itu. Lalu satu tumbukan padu hinggap ke muka Amir dan Amir diterajang sehinggakan dia terjatuh ke atas lantai. Amir lekas bangun dan memandang ke arah kekasihnya itu dan mendapati air muka kekasihnya itu berubah serta merta. Wajah Cikgu Suraya begitu garang sekali, tak ubah seperti pembunuh yang kejam sedang marah.
"Kau ingat aku boleh lupakan ke setelah apa yang kau buat kat aku, Mir? Kau dengan Suraya bodoh tu bunuh aku kemudian tanam aku kat dalam hutan tebal..Mayat aku tak dijumpai sampai sekarang kau tau tak? Mak aku sedih menangis akan kehilangan diri aku sampai jadi gila, kau tau tak? KAU TAU TAK AMIR!!!??" Amir jatuh terduduk apabila mendengar suara yang tadinya lemah lembut dan ayu berubah kepada suara yang garau dan kasar. Amir seperti tidak percaya dengan apa dia lihat sekarang. Dia menjadi keliru, siapakah yang berada bersama dia sekarang? Cikgu Suraya atau Hamdan? Tidak mungkin si mati boleh bangkit semula? Tanpa berfikir panjang lagi Amir lekas-lekas bangun dan berlari menuju ke arah luar rumah, namun yang hairannya, rumah Amir waktu itu seperti terowong yang panjang pula. Puas Amir berlari akan tetapi pintu rumahnya seakan-akan tidak mungkin dapat dicapai. Gelak tawa yang ngeri kedengaran disetiap pelusuk, dan Amir tidak berhenti berlari walaupun kakinya terasa sangat-sangat letih. Amir menoleh ke belakang dan ternampak seekor lembaga sedang berdiri sebelah kekasihnya, Cikgu Suraya. Dan lembaga itu adalah Hamdan yang telah dibunuh oleh Amir dan Cikgu Suraya 10 tahun lepas, kerana mereka khuatiri Hamdan akan menghebohkan hubungan terlarang yang tercipta antara mereka berdua.
Bersambung..........................................................................................................
No comments:
Post a Comment