Wednesday, 31 August 2016

HOSPITAL MAUT (Episode Akhir) [18sg, sx]

Viyn masih lagi menyembunyikan dirinya manakala Murad pula sudah berlalu pergi. Perlahan-lahan Viyn keluar dari wad tersebut. Dalam keadaan gelap yang samar itu, Viyn cuba untuk mencari jalan keluar. Dia tidak tahu arah mana Murad tuju. Tapi Viyn membuat keputusan untuk menuju ke arah tangga dan pergi ke lobi hospital dengan harapan dia dapat larikan diri. Perlahan-lahan Viyn berjalan menuju ke arah tangga, dia sungguh berhati-hati agar tidak mengeluarkan sebarang bunyi tapak kaki kerana khuatir akan didengari oleh Murad pula. 

Ketika Viyn berjalan menuruni tangga, dia terdengar suara Murad menjerit-jerit datang dari tingkat atas dan suara jeritan gadis-gadis yang meminta tolong, Viyn beranggapan bahawa Murad sedang mengejar para jururawat yang masih setia melakukan tugas mereka. 
"Tak guna punya manusia, dah lah bersengkokol dengan syaitan. Sangap pulak tu. Laknat betul." bentak Viyn di dalam hati. Dia merasa serba salah kerana tidak dapat nak membantu mangsa-mangsa yang lain. Dia sendiri pun belum tentu dapat bantu diri sendiri. Ketika Viyn tiba di lobi hospital, dia mendapati bahawa tiada orang yang berada di situ. Hati Viyn sedikit gusar. Dia bersembunyi dibelakang pasu bunga yang besar. Matanya tertumpu pada pintu keluar yang terbuka luas. Viyn memerhatikan keadaan sekeliling. Setelah memastikan keadaan selamat dan tiada sesiapa di situ. Dia terus berlari menuju ke arah pintu keluar. Secara tiba-tiba, kakinya tersadung pada suatu objek dan mengakibatkan dirinya jatuh berguling-guling.

Viyn mengaduh sakit, dia bangun sambil menepuk-nepuk lututnya dan dia menoleh ke arah belakang untuk melihat objek yang menghalangnya tadi. 
"Hai Viyn, meh lah baring sebelah aku." ajak Amira, kemudian disambung dengan gelak ketawanya yang ngeri. Viyn terperanjat melihatkan Amira yang sedang terbaring di situ. Tanpa membuang masa, Viyn terus berpaling dan berlari menuju ke pintu keluar. Puas Viyn berlari, tetapi dia tidak juga sampai ke pintu keluar yang hanya beberapa meter dari tempat dia terjatuh tadi. Amira bangun dari baringnya dan sambung ketawa. Viyn menjadi kelam kabut. Dia menjerit meminta tolong dengan harapan jeritannya itu didengari oleh sesiapa. Viyn sudah penat berlari, akhirnya dia berhenti. Nafasnya tercungap-cungap. Viyn menoleh ke arah Amira, dia melihat Amira sedang menggulung kaki. Jelas kedengaran bunyi tulang patah. Perkara tersebut membuatkan Viyn menjadi semakin gerun. 

Entah dari mana, Murad tiba-tiba saja muncul dan memeluk erat tubuh Viyn dari arah belakang. Viyn menjerit ketakutan. 
"Kau nak lari mana? Tak ada siapa yang boleh selamatkan kau lagi. Tak ada sesiapa lagi kat hospital ni, kau sorang je tinggal." ucap Murad lembut ditelinga Viyn. Kemudian, Viyn terasa seperti ada objek keras menusuk belakangnya. Viyn meronta-ronta sekuat hati dan akhirnya dia berjaya melepaskan diri dari terus dipeluk oleh lelaki syaitan durjana itu. Viyn cuba untuk melarikan diri dari situ, tetapi niatnya terhalang kerana Amira berada dihadapannya. Viyn menjauhkan jarak dari mereka berdua. Amira mengejek Viyn, kemudian dia sambung ketawa. 
"Kau fikir kau boleh lepas dari aku ke budak? Sedangkan nenek pun aku henjut, inikan pula kau." kata Murad sambil berjalan menghampiri Viyn. Wajah Murad begitu mengerikan ketika itu, tidak ada lagi rupa seorang manusia. Viyn semakin ketakutan setelah dia melihat keadaan Murad yang tidak mengenakan sebarang pakaian ditubuhnya. 

Amira berhenti ketawa secara tiba-tiba. Wajahnya bertukar serius. Secara tiba-tiba, dia berlalu pergi dari situ tanpa berkata apa-apa. Kini tinggal Murad dan Viyn saja lagi. 
"Kau tengok ni! 'Benda' ni tak sabar-sabar untuk menerokai kau!" ujar Murad gembira dan seronok kerana tidak ada siapa lagi yang akan mengganggu lauk yang bakal diratah sebentar lagi. Viyn merayu agar dirinya dilepaskan tetapi Murad sudah dikuasai oleh syaitan. Murad terus menerkam ke arah Viyn tanpa belas kasihan. Murad menolak tubuh Viyn jatuh ke atas lantai dan dia menindih tubuh Viyn. 
"Mari sayang, kita berseronok bersama-sama." ujar Murad sambil ketawa gembira. Dia menekan kedua-dua tangan Viyn ke lantai agar Viyn tidak dapat bergerak bebas. Murad menjilat-jilat leher Viyn. Seronok betul Murad. Air mata Viyn tidak henti-henti mengalir. 

Akibat tidak tahan dengan tindakan Murad. Entah dari mana datang kekuatan dalam diri Viyn, dia menghentak kemaluan Murad berkali-kali menggunakan lutut. Akibat dari itu, Murad terasa senak dan dia melepaskan cengkaman dari tangan Viyn. Viyn menolak Murad ke tepi dan dia segera bangun. Murad dengan pantas menarik tangan Viyn. Mereka berdua bergelut seketika. Murad menarik baju Viyn sehingga koyak dibahagian depan, kemudian dia berjaya merentap baju dalam Viyn. Sekali lagi, Viyn memberikan penendang ke arah kemaluan Murad yang tegak berdiri sejak tadi. Murad terduduk kerana tak dapat menahan kesakitan. Viyn mengambil kesempatan itu untuk membelasah Murad sepuas hati. Viyn mengangkat tong sampah dan menghentak ia ke muka Murad bertubi-tubi. Banyak darah yang terhasil dari hentakan itu. Wajah Murad sudah tidak macam wajah lagi, wajahnya pecah akibat keganasan Viyn. 

Viyn mencampakkan tong sampah ke tepi dan dia memandang ke arah Murad dengan wajah yang bengis. Setelah dia memastikan Murad tidak bergerak lagi. Dia terus berlari keluar dari situ. Murad bangun perlahan-lahan. Baju dalam milik Viyn yang digenggam erat sejak tadi dirapatkan ke hidungnya. Murad menghidu baju dalam Viyn tanpa henti.
"Hmm..Bau orodono..wangi.." kata Murad sambil terus menerus menghidu.

Sementara itu, Viyn baru saja berjaya memecahkan cermin kereta. Dia mencuba meniru aksi dalam movie barat yang selalu dia tonton. Menghidupkan enjin kereta dengan menggunakan wayar dibawah stereng. Tetapi satu jenis wayar pun dia tak jumpa. Akhirnya dia menyerah. Viyn menyandarkan kepala di kerusi. Matanya memandang ke arah cermin sisi kereta. Untuk beberapa ketika, dia hanya mendiamkan diri saja. Dia hanya merenung cermin sisi tersebut. Kemudian, Viyn melangkah keluar dari kereta tersebut. Dia mengutip kaca yang berterabur di sekitar kereta itu. Kemudian, dia mengunyah semua kaca-kaca yang ada. Seperti orang yang kelaparan gayanya ketika itu. Viyn kunyah kaca-kaca itu semua seperti kunyah keropok saja. Namun, tidak ada sebarang reaksi dari Viyn. Darah mulai keluar dari mulutnya. Darah mengalir banyak. Viyn tetap tenang mengunyah kaca-kaca itu. Kemudian, dia telan, lepas tu sambung kunyah lagi. Ketika itu, Viyn bukanlah lagi dirinya. Tinggal jasad saja yang telah dikuasai oleh syaitan. 

Akibat dari memakan kaca-kaca itu semua, usus dalaman Viyn cedera teruk. Dia akhirnya rebah disitu, dan menghembuskan nafasnya yang terakhir. Beberapa jam kemudian, barulah pihak berkuasa dan pegawai jabatan agama islam muncul demi menyelesaikan masalah besar yang sedang berlaku di situ. Tidak ada sesiapa pun yang tahu apa yang berlaku selepas itu. Yang pasti, hospital tersebut telah pun dirobohkan dan kerajaan membina kawasan perumahan di situ. 

Beberapa tahun selepas peristiwa yang berlaku......


"Amira, buka mulut. Mak suapkan nasi." 

Amira tidak bersuara bukan kerana tidak mahu, tetapi selepas peristiwa di hospital, dia tidak lagi mampu untuk bersuara dan juga berdiri. Amira terpaksa duduk di atas kerusi roda. Dia juga telah di jaga oleh keluarga angkat. Amira rela mati dari tinggal bersama dengan keluarga barunya itu. Kerana, keluarga itu adalah keluarga Murad. 

Dari ruang tamu, Murad hanya memerhatikan saja Amira yang sedang disuapkan makanan oleh isterinya itu. Murad tersenyum sinis dan tidak sabar menanti waktu malam. Di mana dia akan membiarkan rakan baiknya melakukan kerja-kerja terkutuk ke atas diri Amira. Selepas itu, dia akan menerima sejumlah wang dan harta yang besar dari rakan baiknya itu. Rakan baik yang menjadikan Amira jadi sebegitu.  Kehidupan Amira tetap menderita. 



-Tamat-  

Wednesday, 24 August 2016

HOSPITAL MAUT (Episode 4) [18sx, sg]

Manaf hanya terduduk melihat anaknya Amira terbaring ditengah-tengah ruang hospital tersebut. Kedengaran bunyi-bunyi zikir yang dibaca oleh mereka-mereka yang berada di situ. Walaupun keadaan kurang tegang, tetapi mereka tidak mahu leka. Viyn menghampiri Manaf dan menghulurkan sebotol air mineral untuk Manaf minum demi melegakan tekak yang dahaga. 
"Apa yang kita kena buat sekarang ni?" soal Viyn bingung dengan keadaan yang berlaku.
"Tunggu... Zikir jangan pernah putus." jawab Manaf sambil meneguk air mineral yang diberikan tadi. Manaf melihat keadaan sekeliling, dah macam kena serang dengan zombie. Kemudian, kelihatan beberapa orang kakitangan hospital menjelmakan diri. Mereka semua tertanya-tanya apakah yang sedang berlaku waktu itu. 
"Sambung buat kerja korang. Pergi tengok-tengok pesakit. Kalau ada perkara ganjil berlaku bagitau." arah Manaf dan mereka semua bergegas melakukan kerja mereka. Di luar kelihatan beberapa biji kenderaan milik polis diraja Malaysia tiba. Mereka masuk ke dalam dan seorang lelaki datang menghampiri menjelaskan perkara yang berlaku. Ada lagi beberapa orang awam yang entah dari mana muncul, sibuk merakamkan kejadian yang terjadi. Manaf meminta mereka untuk tidak melakukan sedemikian, tetapi permintaan Manaf tidak diendahkan. 

"Ish.. betul ke kena rasuk ni?" soal seorang lelaki, orang awam yang sibuk merakam dan datang menghampiri Amira. Dia ingin mendapatkan wajah yang dekat. Akibat dari itu, Amira memberikan senyuman manis dan sepantas kilat Amira menarik tangan lelaki itu. Dia terjatuh ke atas badan Amira. Semua yang berada di situ terkejut. Amira membelai-belai kepala lelaki itu dan menggigit bahu kanan dia. Meronta-ronta lelaki tersebut minta dilepaskan. Darah memancut-mancut. Kemudian, Amira mencampakkan lelaki tersebut ke arah seorang pakcik yang berada di situ. Amira bangun dan melompat ke siling hospital. Manaf tergamam melihat Amira berdiri secara terbalik di siling tersebut. Selepas itu, Amira terus berlari menuju ke arah tangga dan pergi ke tingkat atas. Manaf terus mengejar tanpa fikir panjang tetapi tidak diikuti oleh yang lain kecuali Viyn. Mereka tiba di tingkat dua hospital itu. Mereka kehilangan jejak Amira. Manaf semakin gelisah. Secara tiba-tiba mereka terdengar bunyi jeritan perempuan. 
"Sana!" jerit Manaf dan terus berlari menuju ke arah jeritan tersebut. Viyn ikut dari belakang. Mereka berdua berlari dan tiba di sebuah bilik wad. Seorang jururawat sedang menjerit menangis di satu sudut. Amira berdiri dihadapan jururawat itu. Sambil memegang scalpel di tangan. Amira menoleh ke arah Manaf dan Viyn. Wajah Amira kelihatan begitu mengerikan. Matanya bulat besar dan tersenyum. Senyumnya seperti hampir koyak saja pipi itu. Amira mengalihkan pandangan ke arah jururawat tersebut. 
"Amira.. Nak buat apa dengan dia tu? Mari sini.. Amira budak baik kan?" pujuk Manaf dengan harapan Amira akan datang kepadanya. Tetapi tidak, sebaliknya, Amira menggunakan scalpel yang berada ditangannya itu untuk mencederakan jururawat tersebut. Dia menikam tubuh jururawat itu berkali-kali. Manaf berlari ke arah Amira, dia menarik tubuh Amira agar berjauhan dari jururawat tersebut. 

Manaf tiada pilihan lain lagi selain menyakitkan Amira. Dia heret kaki Amira keluar dari bilik tersebut. Amira mencapai apa saja yang ada untuk menahan Manaf dari terus menarik dia keluar. Viyn segera berlari ke arah jururawat tersebut, tetapi jururawat itu sudah pun meninggal. Pakaian seragamnya yang berwarna putih, sudah berubah warna menjadi merah. Manaf masih tidak melepaskan Amira, dia terus menarik sekuat hatinya. Amira menjerit, jeritannya nyaring sehingga membuatkan tingkap di dalam wad itu pecah keseluruhannya. Viyn berlari ke arah Amira, dia melihat Amira sedang bertahan di pintu wad tersebut. Viyn cuba untuk membantu Manaf.
"Kau sentuh aku, seluruh keluarga kau aku bunuh!" jerit Amira marah. Viyn tidak memperdulikan amaran yang diberi. Dia terus memijak tangan Amira dan Amira terpaksa juga melepaskan genggamannya di pintu itu. Manaf tidak lepaskan peluang, dia terus menarik anaknya itu. Amira menjerit lagi sekali, dan membuatkan semua lampu yang ada di situ meletup. Keadaan menjadi gelap gelita. Viyn segera mengeluarkan telefon bimbitnya dan menggunakan applikasi flashlight. Dia suluh ke arah Manaf. Viyn terkejut melihat situasi yang sedang berlaku ketika itu. Tangan kirinya mencekup mulut. Dia melihat seorang lelaki berada di belakang Manaf dan tangan lelaki tersebut menembusi dada Manaf. Di genggaman lelaki tersebut, adalah jantung Manaf. Darah mengalir keluar dari mulut Manaf. Amira ketawa besar, dia suka dengan apa yang dia saksikan ketika itu, walaupun sebenarnya bukan Amira yang sedang ketawa pada waktu itu. 
"Mu....mu...murad..?" terketar-ketar bibir Viyn menyebut nama lelaki itu. Murad, lelaki yang bekerja di situ, yang cuba untuk menyelamatkan Amira ketika di lif, dan dia juga yang cuba untuk merogol Viyn. 

Murad menolak Manaf ke tepi, dan dia memakan jantung milik Manaf. Viyn melihat ke arah Manaf, dia merasakan kasihan pada ayah kepada kawannya itu. Menjadi mangsa syaitan. Manaf menghembuskan nafasnya yang terakhir di situ. 
"Kau! Aku takkan lepaskan kau kali ni! Aku dah minum Blue Wizard tadi!" kata Murad sambil ketawa berdekah-dekah.
"Pergi Murad! Pergilah kau bergembira." balas Amira, dan terus berlalu dari tempat itu. Viyn tidak tahu apa yang harus dia lakukan lagi. Murad semakin menghampiri. 
"Kau nak lari ke mana lagi budak? Kau akan jadi milik aku!" ujar Murad sambil mengeluarkan sesuatu dari poketnya.
"Inilah dia Blue Wizard yang aku beli minggu lepas! Bersiap-sedialah kau budak!" tambah Murad lagi sambil ketawa terbahak-bahak. Setelah dia puas ketawa, dia melihat ke arah Viyn. Viyn sudah tiada di situ. 
"Oh..ya..gelap..aku tak nampak.." sambung Murad lagi sambil menggaru-garu dagunya. Dia menjerit tanda bengang. Sementara itu, Viyn pula sedang menyorok di dalam salah satu wad di situ. Dia terlalu takut dan tak tahu apa yang dia patut lakukan. Dia hanya berdoa agar Murad tidak menjumpai dirinya yang sedang bersembunyi. Dalam keadaan yang gelap itu, Viyn hanya berharap agar Murad terlepas pandang dan menyerah kalah untuk mencarinya. 

-Bersambung-

Tuesday, 2 August 2016

Kesantauan

Seorang lelaki bernama Mael Gangsa sedang sibuk memerhatikan ayam-ayamnya di dalam reban. Mael begitu risau jika ada musang yang datang dan memakan ayam-ayamnya itu. Mael teramatlah sayang pada ayam-ayam yang dia jaga sejak kecil itu. Mael akan memastikan ayam-ayam betinanya bertelur tanpa ada sebarang gangguan. Nanti telurnya itu akan dijual di dalam kampung. Ramai pelanggan Mael yang suka membeli telur milik Mael, ada juga yang suka membelai. Pada suatu malam, seperti biasa, Mael akan keluar ke kedai untuk membeli sekotak rokok untuk dihisapnya ketika menjaga ayam-ayamnya. Selepas dia membeli sekotak rokok, dia ingin pulang ke rumah pula dan melakukan kerja-kerja hariannya. Tapi, telinga dia tertangkap satu umpatan dari orang-orang di situ.

"Tengok tu. Umur dah 30 tapi kerja jual telur ayam! Hahahahaha! Orang kerja kat bandar dapat duit banyak, bawak kereta BMW. Dia jalan kaki je."

"Hahahaha.. Harapkan muka jambu tapi miskin buat apa? Hahahahahaha"

Mael berlalu pergi dari situ dengan hati yang terbakar akibat terdengar kutukan dari orang-orang kampung. Mael tiba di perkarangan rumahnya, dia melihat kereta-kereta mewah yang dia beli cash tahun lepas. Ada Buggatti, Lamboghini, Ferrari, BMW, Mercedes, Audi R8, Mazda, Supra, Skyline, Evo 12, dan tak lupa juga koleksi motor-motor super yang dia beli cash juga pada awal tahun, Ducati, Kawasaki, Honda, dan Suzuki. Mael hanya mengeluh melihat kenderaan mewahnya yang dia beli atas hasil titik peluhnya sendiri tetapi tetap dipandang hina oleh orang kampung. Kemudian, Mael terus melangkah masuk ke dalam rumah. Orang gajinya datang dari arah dapur dan menghidangkan air kegemarannya iaitu teh tarik. Mael menghirup air tersebut perlahan-lahan. Selepas itu, Mael pun terus berlalu pergi ke reban ayam.

Mael menghisap rokok yang baru dibelinya tadi dikedai runcit Ah Seong. Mael menghembuskan asap rokok dengan perasaan yang lega. Mael bersandar disebatang pokok. tetapi dia merasakan hairan pula. Pokok tersebut dia rasakan seperti lembut pula. Tiba-tiba, Mael menghidu bau kapur barus yang sangat kuat. Hati Mael berubah menjadi tidak sedap. Batang pokok yang Mael bersandar tadi seperti bergerak-gerak. Mael berdiri tegak dan menoleh secepat mungkin ke arah belakang. Dia mendapati batang pokok yang dia bersandar tadi bukanlah pokok. Tetapi pocong. Mael melompat dan melarikan diri dari situ. Dia masuk ke dalam rumahnya. Sambil mengusap dadanya yang berdebar-debar, dia cuba mengintai ke belakang rumah untuk memastikan apakah benar yang dilihatnya tadi atau hanya ilusi akibat rasa letih? Mael berjalan menuju ke pintu dapur rumah dengan niat untuk mengintai, tetapi pocong tersebut sedang duduk atas kerusi di meja makan dapur. Lagilah membuatkan Mael menjadi takut teramat sangat. Tanpa membuang masa, Mael pun melarikan diri keluar dari rumah itu, dia tak rasa selamat untuk tinggal dalam rumah itu pada malam tersebut. Orang gajinya juga berlari keluar mengikuti Mael.

Mereka berlari menuju ke rumah Tok ketua. Mael memanggil-manggil tok ketua keluar rumah. Apabila tok ketua keluar rumah, dia pun menceritakan perkara yang berlaku ke atas dirinya itu. Tok ketua mengajak anak lelaki nya untuk ikut bersama. Orang gajinya tinggal di rumah tok ketua saja. Manakala Mael, dia ikut pergi bersama dengan tok ketua.

"Muka dia kamu nampak ke Mael?" soal tok ketua ingin tahu.

"Tak nampak tok ketua. Muka dia pun berbalut." jawab Mael yang masih lagi tak cukup nafas akibat berlari.

"Aku rasa budak-budak kampung yang dengki dengan kamu ni. Dia orang saja nak menyakat. Lagi-lagi suami si Leha tu. Dia tu cemburu dengan kejayaan kamu." balas tok ketua.

"Pedulikanlah dia orang tok. Yang penting kita tengok siapa yang jadi pocong tu dulu. Saya tak boleh benda-benda paranormal ni tok. Saya tak suka terjah menerjah ni. Saya suka share je." sambung Mael lagi.

Mereka pun tiba diperkarangan rumah Mael. Bau kapur barus memang kuat disekitar itu. Anak lelaki tok ketua nampak gayanya sudah memulakan langkah pertama, cabut lari balik rumah dulu akibat takut.

"Apa punya anak. Kau tinggalkan aku seorang diri kat sini." rungut tok ketua kesal dengan sikap anaknya yang tidak mengajak dirinya sekali untuk pulang.

"Macam ni lah Mael. Aku tak nampak apa-apa pun. Lebih baiklah aku balik je ke rumah aku. Tak elok keluar malam-malam buta ni." ujar tok ketua sedikit menggigil.

"Ish..Apa ni tok? Saya minta tolong dari tok. Tok tak masuk pun lagi ke dalam rumah saya. Kita kat luar lagi ni. Jangan macam ni tok." pujuk Mael dengan harapan tok ketua tidak lari seperti anaknya itu.

Mael menolak tok ketua ke depan. Dia bersembunyi dibelakang tok ketua. Mereka tiba dihadapan pintu rumah Mael.

"Assalamualaikum.." tok ketua beri salam.

"Asal tok bagi salam pulak? Mana ada orang kat dalam rumah tu?" tegur Mael yang pelik dengan sikap tok ketua kampungnya itu. Sejujurnya tok ketua itu berada dalam keadaan ketakutan. Kerana dia pun tidak pernah berhadapan dengan situasi sebegitu.

"Cepatlah tok. Bukan pintunya tu." desak Mael.

"Pintu berkunci, macam mana aku nak bukak?" jawab tok ketua sedikit menggigil.

"Mana ada kunci, saya main keluar tadi. Tak sempat nak kunci pintu pun." balas Mael sambil terus mendesak tok ketua untuk membuka pintu hadapan rumahnya.

Tok ketua tiada pilihan lain selain membuka pintu rumah Mael. Bau kapur barus semakin kuat. Mael terus mendesak dan mendesak. Lagi sikit tangan tok ketua nak memegang tombol pintu rumah Mael.

"BAPAK!"

Tok ketua dan Mael terjerit akibat terperanjat dengan suara yang menegur. Akibat dari itu, mereka berdua terus berlari dan menghala ke arah jalan raya. Mereka berdua ditahan oleh tok imam dan beberapa lagi orang kampung.

"Bapak kenapa? Saya bawa tok imam ni haa.." kata anak lelaki tok ketua.

"Laaa. Aku ingatkan amendalah tadi. Kamu rupanya, Seman?" balas tok ketua cuba untuk berlagak kool.

"Ingatkan berani sangat. Rupa-rupanya penakut kamu ni tok ketua?" tanya Tok imam yang hairan dengan perangai tok ketua tersebut.

Tok imam pun melangkahkan kakinya menuju ke rumah Mael. Dia mengajak Mael untuk ikut dia bersama. Manakala yang lain tunggu diluar rumah sahaja. Wajah Mael berubah apabila nama dia saja yang dipanggil untuk menemani tok imam. Tetapi, akibat desakan tok imam sendiri. Mael terpaksa akur saja dengan arahan. Bau kapur barus semakin kuat ketika mereka melangkah kaki memasuki rumah tersebut. Keadaan di dalam rumah tidak terusik. Semua barang berada di tempat yang sepatutnya. Mael mengikut rapat dibelakang tok imam. Dia benar-benar takut dengan situasi yang dia hadapi ketika itu.

"Kamu ada membela apa-apa ke, Mael?" soal tok imam.

"Bela? Saya bela ayam je lah tok. Selain dari tu saya tak bela pun" jawab Mael yang tak faham dengan soalan sebenar dari tok imam itu.

Tiba-tiba, muncul sekujur tubuh berbalut dengan kain kafan dihadapan mereka. Mael dah menggigil seluruh tubuh. Dia rasa seperti ingin pengsan saja di situ. Tetapi tok imam memaksa Mael untuk kuatkan diri dan jangan berhenti untuk berzikir. Mael hanya menggangguk tanda setuju dan mencuba sebaik mungkin. Kemudian, tok imam pun memulakan kerjanya. Bau busuk tiba-tiba datang menerpa ke lubang hidung mereka. Mael ingin muntah, tapi dia menahan. Barang-barang di dalam rumah itu berterbangan dengan tiba-tiba. Mael terasa terancam berada di situ. Tetapi ketika dia ingin melarikan diri, tok imam memegang tangangnya dan mengarahkan dia untuk berada di situ dan jangan pergi ke mana-mana. Mael terpaksa akur dengan arahan tok imam. Lagi pula, rumah itu rumah dia.

Kemudian, kedengaran pula bunyi guruh dilangit berdentum dengan hebatnya. Beberapa ekor burung gagak hitam muncul dan terbang masuk ke dalam rumah. Gagak itu semua cuba untuk menyerang tok imam tetapi tok imam terlebih dahulu mengelak dan membatalkan serangan gagak-gagak itu. Bangkai gagak hitam yang terhempas ke atas lantai terbakar dan menghasilkan bau busuk yang teramat sangat. Pocong tersebut masih lagi berada di situ berdiri setempat tanpa berbuat apa-apa. Mael tiba-tiba terasa sakit dada dan ingin muntah. Dia cuba menahan. Akibat terlalu perit, dia luahkan saja. Darah yang banyak keluar dari mulutnya beserta paku dan batu-batu tajam yang sangat banyak.

"Santau" ujar tok imam. Dan dia mula melakukan beberapa pergerakan seperti bersilat. Selepas itu, dia mengeluarkan sebilah keris yang diselitkan dicelah pinggang. Tok imam kembali bersilat. Mael semakin lemah, semakin dia batuk, semakin banyak paku dan batu tajam yang keluar. Kemudian, tok imam melompat ke arah pocong itu dan melakukan beberapa tikaman ke tubuh pocong itu. Akibat dari tikaman keris tok imam, pocong itu terbakar. Jelas kedengaran suara yang garau menjerit kesakitan. Api yang marak sedang menjilati tubuh pocong tersebut. Hairannya, lantai di situ tidak ada sebarang kesan terbakar. Akhirnya, pocong tersebut lesap dan hilang sebegitu sahaja. Mael jatuh rebah dan tidak menyedarkan dirinya.

Keesokkannya, heboh satu kampung tentang peristiwa yang menimpa diri Mael. Ramai yang datang berkunjung untuk mengetahui kisah sebenar. Tok imam mengarahkan semua orang untuk bertenang dan membiarkan Mael berehat. Mael diberitahu oleh tok imam bahawa dia telah pun di santau oleh orang kampung itu juga. Semuanya akibat dengki dan cemburu di atas kejayaan Mael dalam kerjayanya sebagai tauke telur ayam. Orang yang bersifat dengki itu telah pun berambus dari kampung tersebut kerana khuatir dirinya ditangkap dan dipukul secara berjemaah. Hanya tok imam saja yang tahu siapa dalang kepada sihir santau tersebut.

-Tamat-

HOSPITAL MAUT (Episode 3) [18sx, sg]

"Amira?" ujar Manaf apabila mendengar anak perempuannya itu sedang berdiri tidak jauh dari tempat dia. Amira berdiri dalam keadaan pakaiannya koyak rabak. Manaf berdiri nak berjalan menuju ke arah anaknya itu. Viyn segera pergi mencari kain yang boleh digunakan sebagai baju untuk tutup tubuh Amira. 
"Mama...? Mama mana, papa?" soal Amira. 
"Mama tak ada dah sayang.. Mama dah tak ada.." jawab Manaf sambil menahan sebak di dada. Kemudian, Viyn tiba dengan pakaian pesakit. Dia sarungkan pakaian tersebut ke tubuh Amira agar badannya tidak terdedah. Keadaan menjadi sunyi sebentar. Manaf memerhatikan keadaan sekeliling. Dia sedikit hairan dengan keadaan yang sunyi tadi kerana sebentar tadi hospital kucar-kacir seperti berlakunya Zombie Apocalypse. 
"Papa.. tu mama ke?" soal Amira sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah mayat maknya. Viyn dan Manaf terdiam. Mereka tidak tahu apa yang ingin mereka jawabkan kepada Amira. 
"Papa... Mama dah tak ada.. Mama tak bergerak..." sambung Amira lagi, jarinya masih menunjukkan ke arah mayat tersebut. Berderai air mata Manaf selepas mendengar kata-kata yang keluar dari mulut anak tunggalnya itu.
"Jangan risau, Amira. Papa akan cari siapa punya kerja ni, kemudian Papa akan balas dendam untuk kita, ok?" balas Manaf, hatinya nekad untuk membalas dendam ke atas dalang yang membuatkan perkara tersebut. Viyn terdiam tanpa sebarang bunyi. Dia mengesat air mata yang mengalir deras di pipi. Hampir banjir hospital tersebut kerana air matanya yang begitu banyak. 

"Baguslah. Papa kena balas dendam. Jangan biar orang jahat tu terlepas. Mira nak tengok Papa balas dendam." kata Amira sambil memandang wajah ayahnya yang sedang bersedih itu.
"Apa maksud Mira?" soal Manaf yang agak hairan dengan kata-kata anaknya itu. Secara tiba-tiba, Amira menolak Manaf dengan kuatnya sehinggakan Manaf terpelanting jauh ke belakang. 
"Mira!!" jerit Viyn yang terkejut dengan perbuatan Amira ketika itu. Dia menolak ayahnya sehingga tercampak jauh.
"....Sebab apa tau Papa? Sebab Mira yang bunuh Mama." ujar Amira sambil mengukir senyuman sinis. 
"Mi..Mira...?" Manaf cuba untuk bangun dan dia melihat ke arah Amira, pada ketika itu dia sudah tahu bahawa anaknya yang sedang berdiri dihadapannya bukanlah Amira. Manaf berada dalam keadaan dilemma ketika itu. Dia tahu bahawa anaknya sudah dirasuk oleh sesuatu yang agak kuat. Tapi, Manaf tidak sampai hati mahu mencederakan jasad anaknya itu. Kerana Amira pasti akan merasai kesakitan juga jika Manaf melakukan serangan. Belum habis Manaf berfikir, Amira telah pun memulakan serangan ke arah Manaf. Dia melompat dan menghadiahkan sebuah hadiah pertemuan yang bernama penendang ke arah Manaf. Tendangannya itu mengenai tepat ke dada Manaf. Manaf tercampak lagi sekali ke belakang. Tetapi kali ini dia segera bangun dan melakukan serang balas. Dia harus berhati-hati agar tidak mencederakan anaknya itu. 

"Kenapa Papa? Kenapa Papa tak serang Mira? Bukan Papa kata tadi nak balas dendam?" cabar Amira sambil memberikan senyuman sinis. 
"Tak. Kau bukan anak aku. Kau syaitan!" balas Manaf berang dengan perangai syaitan yang merasuk tubuh anak gadisnya itu yang kini bukan gadis lagi. Viyn hanya menjarakkan diri, dia tidak mahu terlibat dalam pergelutan yang berlaku. Dia sedar dirinya bukan lawan Amira. Dia tidak mahu dirinya juga nanti tercedera. Dia juga ingin hidup lama dan berumah tangga seperti orang lain. Mulut Manaf tidak henti-henti membaca surah-surah suci al-Quran. Dia harus membuatkan syaitan tersebut keluar dari tubuh anaknya. Manaf mencari ruang untuk dia melakukan serang balas tanpa mencederakan anaknya. Amira semakin hampir dengan Manaf. Tiba-tiba, Amira melompat dan melekat ke atas syiling sambil ketawa. Ketawanya menyeramkan. Sesiapa yang berada di situ sudah pasti bakal meremang bulu romanya. 
"Aku tahu aku tak boleh lawan dengan kau. Tapi, kau tak boleh selamatkan anak kau! Dia milik aku! Aku dah sain borang pemindahan hak milk!!" kata Amira sambil ketawa berdekah-dekah.
"Err..Kau typo.. Milik..Bukan milk.." Manaf tolong perbetulkan kesalahan Amira.
"Oooo.." balas Amira ringkas. Kemudian, Amira terus melarikan diri dari situ. Manaf tidak bazir masa, dia terus mengejar Amira yang berlari tapi melekat di dinding. Tidak masuk di akal. Tapi, itu lah yang sedang berlaku ketika itu. Viyn pun tidak mahu ketinggalan. Dia turut mengejar Amira. Mereka berkejaran hingga ke lobi hospital. Langkah Viyn terhenti, dia tidak dapat mengejar Manaf kerana perjalanan dia terhalang oleh seekor makhluk hodoh berbadan sasa dan berbulu. Makhluk tersebut ingin menangkap Viyn. Tetapi Viyn dahulunya melarikan diri menaiki tangga. 

Viyn menoleh ke arah belakang untuk memastikan dirinya tidak diikuti. Tetapi makhluk hodoh tersebut masih lagi mengejarnya. 
"Apahal ni? Apa benda semua ni?" rungut Viyn sambil berlari. Dia masuk ke dalam satu pejabat kosong. Dan dia menguncikan pintu, kemudian dia menyorok disebalik meja. Dia berdoa agar dirinya tidak dijumpai disitu. Keadaan di dalam pejabat itu agak gelap. Cuma ada bantuan cahaya samar-samar dari lampu luar. 
"Hey..." telinga Viyn tertangkap suatu bunyi berupa teguran yang benar-benar berada disebelahnya saja. Viyn mengeluarkan telefon dan menghalakan cahaya dari telefonnya ke arah suara itu. Tiba-tiba Viyn menjerit sekuat hati kerana dia melihat ada wajah nenek tua disebelahnya. Nenek tersebut tersenyum kepada Viyn tetapi senyumannya begitu mengerikan. Viyn cuba untuk melarikan diri tetapi kakinya dipegang oleh nenek tersebut. Nenek tua itu merapatkan wajahnya ke arah Viyn. Viyn meronta-ronta minta dilepaskan dirinya. Tiba-tiba Viyn terasa seperti ada objek yang keras menusuk celah kangkangnya. Viyn cuba menempis objek tersebut. Kemudian, Viyn terkedu apabila wajah nenek tua tadi berubah menjadi seorang lelaki yang dia kenal. 
"Encik Murad?" tanya Viyn dalam kekeliruan.
"Hehehehe.. Amira aku tak dapat, engkau pun jadilah. Asalkan dapat." kata Encik Murad sambil ketawa berdekah-dekah. Viyn menggunakan tenaganya sekuat hati untuk keluar dari situ. Viyn memegang objek yang keras tersebut dan memicit ia sekuat hati, membuatkan Encik Murad terkapai-kapai kesakitan. Viyn beredar dari bawah meja itu dan cuba untuk berlari keluar. Akan tetapi, pintu pejabat tersebut telah berkunci dari luar. Viyn tidak dapat nak melarikan diri. Encik Murad bangun dan memandang ke arah Viyn. Wajah Encik Murad begitu mengerikan, seperti seorang yang pscyho. Viyn memandang Encik Murad yang tidak mengenakan seurat benang pun ditubuhnya. Kemudian, Encik Murad membuka suis lampu mejanya supaya menerangi bilik pejabat itu. Viyn terlihat di atas sofa yang tidak jauh dari Encik Murad terdapat seorang nurse yang tak sedarkan diri. Nurse tersebut turut tidak ada pakaian yang melekat dibadannya. Encik Murad datang ke arah Viyn sambil mengurut senjatanya. Viyn menangis ketakutan. Dia tidak henti-henti berdoa di dalam hati supaya Allah menyelamatkan dirinya dari menjadi mangsa. Ketika Encik Murad menghampiri Viyn, tiba-tiba saja tubuhnya menggeletar tak tentu pasal. Mulutnya berbuih-buih. Encik Murad jatuh ke atas lantai. Badannya tiba-tiba berubah menjadi warna hitam dan bau hangus tiba-tiba memenuhi ruang pejabat tersebut. Pintu pejabat tersebut terbuka dan Viyn tidak melepaskan peluang untuk melarikan diri dari situ. 

Viyn memerhatikan ke kiri dan kanan. Setelah dia pasti bahawa tiada makhluk yang ingin mengejarnya. Dia berlari semula ke arah lobi hospital. Ketika Viyn tiba di lobi hospital. Dia melihat beberapa orang manusia sedang bertarung dengan Amira termasuk ayahnya sendiri, Manaf. Viyn bersembunyi disebalik kaunter pertanyaan dan hanya memerhatikan saja pertarungan itu. Seorang pakcik tua sedang melaungkan azan dan menghalakan tangan kanannya ke arah Amira. Keadaan begitu bising dengan bacaan-bacaan surah suci. Mereka semua tidak menyerah kalah, walaupun sudah beberapa kali tercampak ke belakang. Sama juga dengan syaitan yang merasuk diri Amira, dia juga tidak mahu mengalah. Dari tadi dia hanya ketawa besar saja. Macam confirm je menang. 
"Aku dah pagarkan kawasan ni! Dia tak boleh larikan diri dari sini!!" jerit salah seorang pakcik yang sebaya dengan Manaf. 
"Sial! Manusia sial! Celaka anak haram! Anjing!" jerit Amira, wajahnya berubah garang dan lebih mengerikan. Bebola matanya berubah warna menjadi merah darah. Amira terkepung, dia dikelilingi oleh manusia yang bukan calang-calang ilmunya. 
"Aku tak akan tewas dengan korang semua! Budak ini milik aku!" jerit Amira. Suaranya begitu garau. Viyn terketar-ketar disebalik kaunter. Dia tidak tahu apakah yang bakal berlaku selepas itu. Manaf melakukan serangan tetapi Amira dapat menepis serangan dari Manaf. Namun, datang seorang lagi menyerang. Kali ini Amira memang tidak dapat hendak menangkis serangan yang datang. Dia semakin lemah dan lemah. 
"Dia orang tengah buat apa tu?" soal seorang polis bantuan yang baru saja tiba ditempat Viyn. 
"Ha! Ya Allah, terkejut saya." balas Viyn.
"Sorry. Saya baru dapat masuk, tadi pintu terkunci. Saya dengar ada terroris dalam hospital, saya dah call semua anggota polis. Bantuan dalam perjalanan sekarang." kata polis bantuan tersebut.
"Ini bukan pengganas. Ini kerasukan. Kawan saya kena rasuk. Awak bagi salah info dekat polis tu." balas Viyn lagi.
"Lah, yeke? Perempuan tu kawan awak yang kena rasuk ke?" soal polis bantuan tersebut lagi.
"Iya, ayah dia dan beberapa orang lain tengah usahakan untuk tumpaskan syaitan yang merasuk tu." balas Viyn lagi.
"Lebih baik awak pergi call polis-polis tu semua dan betulkan balik apa yang awak bagitau dia orang. Lebih baik panggil imam atau sesiapa yang hebat dalam bab ni." cadang Viyn dan polis bantuan tersebut berlalu pergi dari situ melakukan tugasnya. 

Amira terbaring di atas lantai, dia hampir-hampir kalah. Tidak ada sesiapa pun yang berani untuk datang dekat kerana khuatir Amira hanya memasang jerat. Mereka semua hanya memerhatikan saja sambil mulut masing-masing masih lagi tidak berhenti terkumati-kamit. 
"Pa...papa...maafkan Mira, papa." ujar Amira lemah.
"Mira? Mira ke tu?" soal Manaf.
"Jangan tertipu! Dia bukan anak kau! Dia masih lagi dikuasai syaitan!" jerit seorang pakcik tua. 
"Pa..Mira tak tahan sakit, pa...Sakit sangat, papa.." sambung Amira lagi. Air mata mulai mengalir keluar dan jatuh ke atas lantai. Hati Manaf semakin sebak apabila melihat keadaan anaknya yang terseksa akibat dari semua ini. Dia tahu bahawa anaknya itu sedang kesakitan akibat diserang bertubi-tubi dari tadi. 
"Sabar ya sayang. Semua ni akan berakhir nanti. Tahan ya.. Kuatkan diri.. Ingat Allah sayang." kata Manaf sambil menahan air matanya dari mengalir keluar. 



-Bersambung-

Monday, 1 August 2016

HOSPITAL MAUT (Episode 2) [18sx, sg]

Viyn kelihatannya seperti tidak tentu arah. Dari tadi dia asyik dengan telefonnya saja. Amira yang sedang duduk di atas katil hanya memerhatikan saja sahabatnya itu. Dia tidak masih belum mampu untuk bersuara. Badannya sentiasa letih akibat tidak makan. Hanya minum air sahaja. Badannya pula semakin kurus. Matanya kelihatan lemah tak berdaya. Seperti tunggu masa saja untuk menemui ajal. 
"Ish..kenapa dalam bilik ni tak ada line pula?" rungut Viyn bengang. Dia sedang berusaha untuk membuat panggilan ke salah seorang kenalan dia untuk meminta bantuan bagi menyelesaikan masalah Amira. Viyn tidak mahu meninggalkan bilik itu jika tiada nurse yang datang menggantikan dirinya. Dia tidak berani meninggalkan Amira seorang diri. Viyn risau jika jin perogol itu akan datang kembali dan melakukan perkara yang tidak senonoh itu ke atas Amira. 
"Cik Viyn, bolehlah keluar dulu cari line. Saya akan jaga Cik Amira sementara Cik Viyn keluar." kata seorang nurse yang baru saja masuk ke dalam wad tersebut. 
"Baiklah. Terima kasih, nurse." balas Viyn dah berkata kepada Amira bahawa dia akan pergi sekejap saja. Kemudian, Viyn pun berlalu pergi. Amira hanya memerhatikan saja perilaku Viyn. 
"Vii...Viyn....." tersekat-sekat dan perlahan suara Amira memanggil nama Viyn. Amira tertanya-tanya dengan siapakah Viyn bercakap sebentar tadi? Amira mula rasa tidak sedap hati. Tiba-tiba, muncul seekor makhluk hodoh berwarna hitam dan badannya berbulu. Amira terkejut, badannya menggigil ketakutan. Amira sudah mengerti apa yang akan berlaku sebentar lagi. Amira mulai menitiskan air mata. Tekaknya terasa sangat sempit. Dia ingin saja menjerit meminta tolong, tapi sayang sekali dia tidak dapat untuk berbuat demikian. Makhluk hodoh tersebut datang menghampiri Amira dan menindih tubuh Amira. Seluar Amira dikoyakkan olehnya. Makhluk itu ketawa kecil apabila dia melihat sesuatu kepunyaan manusia yang istimewa dan ianya bakal diterokai sebentar nanti. Amira hanya mampu menangis.

Viyn mencuci mukanya sehingga dia merasakan dirinya segar. Sudah beberapa hari juga dia tidak tidur dengan lena gara-gara risau akan keselamatan sahabatnya itu. Selepas dia mengeringkan wajahnya, dia keluar dari bilik air tersebut. Langkah kakinya terhenti apabila telinganya tiba-tiba tertangkap suatu bunyi yang aneh. Viyn tidak pasti dari mana datangnya bunyi tu. Tapi dia ingin selidik. Pada fikirannya, bunyi yang aneh itu datang dari dalam bilik air itu juga. 
"Viyn?" tegur Encik Murad kerana hairan dengan tingkah laku Viyn. Tegurannya itu membuatkan Viyn sedikit terperanjat.
"Ahhh..Encik Murad rupanya. Saya ingatkan siapalah tadi.." balas Viyn sambil mengusap dadanya yang berdebar.
"Yang awak terngendap-ngendap ni kenapa? Apa yang awak tengok?" soal Encik Murah inginkan kepastian.
"Tak ada. Saya rasa macam ada orang kat belakang tadi. Bila toleh tak ada pula." jawab Viyn biasa, dia malas nak besar-besarkan hal yang kecil.
"Mungkin perasaan saya saja." sambung Viyn lagi.
"Cik Viyn pergi tandas ni, siapa pula yang jaga Cik Amira?" tanya seorang nurse yang berdiri di belakang Encik Murad sejak tadi. Pertanyaannya itu membuatkan Viyn sedikit terperanjat. 
"Kan tadi awak yang masuk dalam wad Amira?" soal Viyn pula.
"Tak. Saya dengan Encik Murad baru saja nak pergi sana." jawab nurse tu pula.
"Amira...!" Encik Murad terus berlari menuju ke arah wad tersebut dan diikuti oleh nurse dan Viyn. Ketika mereka tiba di wad tersebut. Mereka dapat lihat Amira dalam keadaan tidak berbaju dan tertonggeng di sisi katil. Dan, mereka bertiga dapat dengar dengan jelas bunyi ketawa yang kuat dan garau tapi tidak tahu dari mana. 
"Mira!" jerit Viyn dan dia berlari mendapatkan sahabatnya itu yang sedang menangis tanpa suara. Air mata Amira mengalir tanpa henti. 

Setelah Amira dimandikan, dan dibersihkan tubuh badannya. Dia diberikan ubat tidur. Dan, Viyn tetap setia menanti disisi Amira. Dia tidak mahu perkara yang sama berlaku lagi. Dia rasa menyesal dengan perkara yang berlaku tadi. 
"Selepas ni siapa yang masuk dalam wad ni kena mengucap dan baca al-Fatihah dulu. Itu kita punya password." arah Viyn kepada Encik Murad dan nurse-nurse lain yang terlibat. Dan malam itu terus berlalu tanpa ada sebarang perkara yang aneh lagi berlaku. Encik Murad melangkahkan kaki masuk ke dalam pejabatnya. Dia hanya berdiri disisi meja dan termenung memandang ke arah dinding. 
"Aku tak tahu kenapa semua ni harus berlaku ke atas diri kau,Amira." katanya sendiri di dalam hati. Kemudian, Encik Murad duduk dan menghentak-hentakkan penumbuknya ke atas meja. 

"Kau marah-marah tak tentu pasal ni kenapa?"
"Kau? Kau! Semua ni salah kau! Aku suruh kau jaga dia! Kau tak buat apa yang suruh!" marah Encik Murad.
"Jangan salahkan aku, kita dah buat perjanjiankan. Kalau perempuan yang aku suka tu kau pun suka. Kau kena mengalah. Kau jangan risau, perjanjian tetap perjanjian. Aku tetap akan tunaikan. Aku bukan jenis macam korang yang manusia ni, suka mungkir janji."
"Aku....Aku...." kata - kata Encik Murad terhenti. Dia tidak dapat nak habiskan perkataan yang dia ingin sebutkan.
"Tak apa. Jangan risau. Kalau kau nak rasa juga macam mana Amira tu kemut kayu kau. Bagitau je aku. Aku akan pastikan line clear punya. Tapi cuma sekali je tau. Kau nak tak?"
"Aku tak nak... aku nak hati dia.. bukan tubuh dia... kau takkan faham.." jawab Encik Murad.
"Hahahahaha! Kalau macam tu, tak apa lah. kau sendiri yang rugi. Aku okay je.."
"Macam mana dengan semua duit insurans? Dah simpan kat rumah aku ke belum?" soal Encik Murad. 
"Hohohohohoho.. Tentang itu kau tak perlu risau, aku dah uruskan baik punya. Semua duit insurans kematian mangsa-mangsa kita telah pun aku simpan di rumah kau. Cuma sekarang ni. Aku nak enjoy dengan Amira dulu. Sampai dia mati.. Hahahahahaha!"
"Ikut suka kau lah. Asalkan duit-duit tu semua milik aku." balas Encik Murad. Kemudian, dia terdengar bunyi tapak kaki orang berlari diluar pejabatnya. 
"Shit! Ada orang curi dengar perbualan kita! Pergi tangkap dia cepat!" arah Encik Murad.
"Hahahaha..Baiklah.."

"Amira..Bangun sayang." 
Amira membuka matanya perlahan-lahan. Dia terdengar suara panggilan dari ayahnya. Mak dan ayah Amira berada di sisi Amira. Viyn juga turut berada di situ. Amira melihat maknya sedang menekup tangan dimulut seperti menahan sebak. Manakala, wajah ayahnya pula tenang. 
"Papa.....ma..mama........." kata Amira perlahan. Dia masih lagi belum bermaya. 
"Hari ni papa bawa Amira balik. Papa jaga Amira, ok? Amira tak perlu risau lagi." kata ayah Amira sambil mengusap-usap kepala anaknya itu. Ketika mereka sedang bersiap-siap untuk bawa Amira pulang ke rumah. Terdengar pula suara jeritan. Viyn pun berlari ke arah pintu dan melihat seorang nurse sedang berlari terjerit-jerit. Nurse tersebut menangis teresak-esak.
"Tasuya! Tasuya! Tasuya kena bunuh!!!!!!" jerit nurse tersebut. Mereka yang berada di situ semuanya terkejut dan berlari menuju ke lokasi yang nurse tadi beritahu. Apabila mereka semua tiba di tandas, mereka lihat mayat Tasuya, seorang nurse keturunan berbangsa india mati dalam keadaan yang mengerikan. Kepalanya terpisah dengan badan. Isi-isi perutnya terkeluar, seperti dirobek oleh sesuatu yang tajam. Viyn menekup tangannya ke mulut. 
"Ada sesuatu yang tak kena dengan tempat ni." ujar ayah Amira, Manaf. 
"Apa maksud uncle?" soal Viyn inginkan kepastian dengan kenyataan ayah sahabat baiknya itu. 
"Aku dapat rasakan kehadiran sesuatu yang jahat dekat hospital ni sejak aku sampai tadi. Ada orang membela dalam hospital ni. Untuk tujuan yang jahat..." balas Manaf. Matanya memerhatikan setiap sudut tandas itu. Kemudian, dia mengarahkan semua orang untuk keluar dan segera membuat panggilan kepada pihak polis. Beberapa ketika kemudian, telefon Manaf berbunyi. Panggilan dari isterinya.
"Assalamua...." belum sempat Manaf memberikan salam, tiba-tiba saja dia mendengar sesuatu yang tidak sedap dihujung talian.
"Tolong bang! Anak kita bang!" kata isterinya terjerit-jerit. Tetapi Manaf hairan, kenapa dia tidak dengar langsung jeritan dari isterinya itu. Padahal tidak jauh pun wad anaknya itu dengan tandas yang dia berada ketika itu.
"Uncle, kenapa? Auntie ok tak?" soal Viyn risau.
"Samada perangkap atau kita semua kat sini terperangkap." ujar Manaf tidak memperdulikan pertanyaan dari Viyn. Dahinya berkerut. Viyn hanya mendiamkan diri sambil memerhatikan bibir Manaf terkumat-kamit membacakan sesuatu. 
"Allahuakhbar!!" Manaf melepaskan sebuah tumbukan ke atas lantai hospital. Kemudian, dia, Viyn dan beberapa orang nurse dan doktor di situ terdengar bunyi jeritan di setiap kawasan hospital. Hospital tersebut sudah menjadi kucar-kacir. 
"Ya Allah. Apa yang sudah berlaku ni?" soal Manaf, bagaikan tidak percaya dengan apa yang dia saksikan ketika itu. Mereka semua dapat melihat beberapa ekor makhluk halus sedang mengganggu keamanan hospital itu. Di dalam hospital ketika itu, penuh dengan kehadiran pocong, hantu raya, pontianak dan yang lain-lain. Umpama satu bala tentera sedang menyerang hospital tersebut. Ramai pelawat, pesakit, kakitangan hospital berlari bertempiaran. Histeria yang teruk sedang  berlaku di dalam hospital tersebut. 

Manaf dan Viyn terus berlari ke arah wad Amira. Manaf terlalu risau akan keselamatan anak dan isterinya itu. Hanya lagi beberapa langkah saja mereka untuk tiba di wad tersebut. Manaf melihat sekujur tubuh melayang ke arahnya. Manaf menyambut tubuh tersebut dan membuatkan dirinya terjatuh ke belakang. Viyn berhenti dan cuba untuk membantu Manaf agar mudah bangun dari jatuhnya. Manaf segera mengalihkan pandangan matanya ke arah tubuh tadi. Tubuh tersebut teramat-amatlah dia kenal. Tubuh isterinya.
"Yang? Sayang...? Allah!!!!!!" Manaf meraung apabila dia lihat isterinya itu sudah tidak bernafas lagi. Kakinya terpisah dengan badan. Manaf menangis sekuat hati. Dia memeluk erat tubuh isterinya. Viyn terduduk di situ. Dia tidak percaya dengan segala benda yang berlaku. Akalnya tidak dapat nak berfikir secara normal. Hatinya menjadi lemah. Dia ketakutan yang teramat sangat. Mak kepada sahabat baiknya itu sudah meninggal dunia. Dan mayatnya telah dicampak entah oleh siapa ke arah suaminya pula tu. 

"Papa......?" 

--Bersambung--