Saturday, 15 August 2015

Aku Syueib #Final

Kegembiraan jelas terpancar diwajah Zulaikha semasa dia bersama Syueib menaiki Ferri menuju ke Pulau Perhentian. Sejuk nyaman udara segara membuatkan dirinya menjadi lupa dengan segala masalah yang dihadapinya. Segala kesibukan dikota terus luput dari ingatan Zulaikha. Selepas mereka mendarat, Syueib terburu-buru berlari menuju ke tempat penginapan yang ditempahnya tempoh hari. Zulaikha tersenyum melihat gelagat Syueib. Sementara menunggu Syueib menyelesaikan urusan tempat penginapan, Zulaikha duduk sebentar di tepi pantai sambil menikmati aiskrim yang dibelinya.

"Zue! Jom lah.. bilik kita dah ready!" jerit Syueib. Zulaikha hanya tersenyum lalu bergerak mengikuti Syueib. Selesai mereka dengan meletakkan bagasi di chalet masing-masing, Zulaikha mengajak Syueib untuk menemaninya berjalan ditepi pantai, memandangkan petang itu masih lagi awal. Pada malam harinya pula mereka ada aktiviti barbeque. Dan esok harinya, mereka akan melakukan aktiviti snorkeling. 

"Haaa..aman betul bila ada kat sini. Berbeza sungguh dengan kehidupan dibandar." kata Zulaikha kepada Syueib.

"Ya, benar sekali. Saya setuju dengan kata-kata awak itu." balas Syueib tersenyum lalu senyumannya dibalas manis oleh Zulaikha. Lama mereka berjalan dipersisiran pantai tersebut. Syueib sejak tadi tidak putus mata memandang kecantikan Zulaikha yang terserlah. 

Apabila terang mulai menjadi gelap, Zulaikha dan Syueib terus berjalan menuju ke chalet masing-masing yang berhadapan dengan pantai. Menu untuk barbeque mereka sudah ditempah awal-awal lagi dan sebentar lagi pekerja di resort tersebut akan membawakan makanan laut untuk mereka panggang. Selepas menunaikan solat maghrib, Syueib menerima panggilan dari nombor yang tidak dikenalinya. Panggilan itu adalah dari seorang lelaki dan berunsur ugutan, "Kalau aku tak dapat Zulaikha, aku akan bawa Zulaikha pergi bersama aku.". Kemudian panggilan tersebut dimatikan. Syueib hanya terfikir itu sebenarnya usikan dari budak-budak nakal sahaja. 

Syueib melangkahkan kaki keluar daripada chaletnya yang bersebelahan dengan chalet milik Zulaikha, dihadapan chalet mereka ada tempat membakar khas untuk para pelanggan melakukan aktiviti barbeque, dan pekerja diresort tersebut sudah hadir bersama makanan laut yang ditempah. Lalu Syueib menuju ke arah pintu chalet Zulaikha dan mengetuk pintu biliknya. Secara tiba-tiba, hidung Syueib tertangkap bau yang busuk datang dari dalam chalet Zulaikha. Syueib mengabaikan bau tersebut, mungkin Zulaikha sedang berak barangkali. Lalu Syueib membuat keputusan untuk menunggunya ditempat membakar. Hampir 20 minit Syueib menanti, tetapi Zulaikha masih tidak keluar dari biliknya. 

"Mati ke budak ni?" getus hati Syueib. Memandangkan sebentar tadi dia menerima ungutan dari orang yang tak dikenali, hatinya mulai menjadi tidak kesedapan. Lalu Syueib membuat keputusan untuk pergi memeriksa keadaan Zulaikha. 

"Hello..awak okay tak kat dalam tu? Lama betul awak kat dalam, tak nak makan ke?" soal Syueib, namun tidak ada jawapan yang diterima. Dengan perasaannya yang semakin risau, Syueib mengambil keputusan untuk memulas tombol pintu bilik, dan alangkah terkejutnya Syueib bahawa pintu tersebut tidak berkunci. Perlahan-lahan Syueib membuka pintu tersebut, bau busuk dan hanyir semakin kuat. Keadaan di dalam bilik terlalu gelap, lantas Syueib mencari suis lampu bilik. Setelah lampu bilik dinyalakan, Syueib terdiam tanpa suara. Mata beliau terbeliak setelah melihat apa yang berlaku dihadapannya. 

Ada logo bintang terbalik didinding bilik tersebut, dan Zulaikha terbaring lemah diatas katil sambil berlumuran darah, isi perutnya terburai. Perlahan-lahan Syueib mengundur ke belakang, peluh mulai membasahi wajah Syueib. Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan tika itu.

"B...b..bb.bll..black metal..." kata Syueib tergagap-gagap. Kemudian dia berlari keluar dari bilik tersebut dan menjerit meminta bantuan. Ketika dia sedang berada di dalam ketakutan dan kebuntuan, telinga tertangkap suara berbisik.

"Dia milik aku.." Syueib jatuh terjelupuk ke atas tanah selepas terdengar bisikan itu, akan tetapi tidak ada sesiapa pun yang berada disebelahnya. Orang ramai yang hairan dengan kelakuan Syueib segera datang dan setelah mereka melihat keadaan di dalam bilik tersebut, pihak resort terus menghubungi pihak berkuasa. 

Syueib menggigil ketakutan dengan kejadian yang menimpa dirinya itu. Apa sebenarnya yang berlaku? Ditengah keriuhan orang ramai itu, seorang lelaki datang menghampiri Syueib sambil menghalakan sepucuk pistol tepat ke dahi Syueib. 

"I have to shut you down." satu das tembakan dilepaskan ke arah Syueib, tetapi ianya tidak sakit malahan terasa sejuk. 

"Eib..Woi!" Syueib tersedar dari mimpinya. Kepalanya basah lencun disebabkan air sejuk yang dituangkan ke atas kepalanya. Kawan-kawannya mengetawakan Syueib yang mengigau ketika sedang tidur waktu rehat makan tengahari. Syueib mengucap panjang selepas mengetahui bahawa apa yang terjadi sebenarnya adalah mimpi. Selesai mereka semua makan, Syueib berjalan lemah menuju ke meja kerjanya. Kepalanya terasa sakit, mimpi yang dialaminya sebentar tadi bagaikan realiti. Kemudian, rakan sekerja Syueib datang menghampiri dan memberitahu bahawa ada seorang pelanggan wanita ingin berjumpa dengannya.

"Hi, saya Zulaikha yang call awak semalam." senyuman dilemparkan ke arah Syueib. Syueib menjadi tidak keruan dengan keadaan.

"Tidak! Tidak! TIDAK! TIDAAAAAKKK!!" jerit Syueib di dalam hati.



Friday, 14 August 2015

Aku Syueib #1

Syueib merupakan seorang lelaki berusia 23 tahun. Beliau bekerja disebuah agensi perlancongan yang terkemuka di tanah air. Setiap hari dia akan berjumpa dengan bermacam ragam manusia, namun beliau tetap tenang dengan kerja-kerja beliau. Beliau merupakan seorang yang jujur, berwibawa, dan komited dengan kerja. Jarang sekali untuk beliau menipu MC atau pun ponteng kerja. Kadang-kadang, bila beliau demam pun masih lagi menggagahkan diri untuk hadir ke tempat kerja. Sepanjang karier beliau, belum pernah lagi beliau menghadapi atau berdepan dengan masalah. Rakan sekerjanya suka akan perangai beliau yang senang berkawan. Sehinggakan pada suatu masa, dia melupakan kawan-kawan rapatnya yang selalu merindui diri beliau. Majikannya juga turut senang bila mempunyai pekerja seperti Syueib.

Hidup dipertengahan kota bukanlah mudah, dengan gaji yang tak setanding dengan menteri, tak setanding dengan bos sendiri, memang membebankan bagi Syueib. Namun, dengan rezeki yang Allah beri, Syueib tidak pernah pun merungut. Dia merasakan cukup dengan segala-galanya. Syueib seorang insan yang peramah, beliau suka beramas mesra dengan setiap insan yang rapat dengannya termasuk kaum wanita. Kulitnya yang agak gelap, badannya yang kurus dan ketinggian 168cm bukanlah penghalang bagi dirinya untuk menjadi 'playboy'. Namun, beliau tidak pernah menjadi sedemikian rupa kerana beliau seorang yang prihatin dan baik hati. Beliau sering membantu sesiapa sahaja yang ditimpa masalah. Sehinggalah suatu hari beliau berjumpa dengan seorang pelanggan yang di mana beliau anggap serupa sahaja seperti yang pernah beliau temui dan tangani selama ini.

"Hi, saya Zulaikha. Hujung minggu ni saya nak bercuti ke Pulau Perhentian. Boleh awak tolong book kan tempat penginapan dan tawarkan saya pakej yang menarik?" jelas kedengaran suara seorang gadis awal 20an yang manis dihujung talian.

"Baiklah, cik Zulaikha ingin menetap disana untuk berapa hari?"

"Three days.." balas Zulaikha lembut, suaranya yang mampu mencairkan setiap iman di dalam lelaki. Namun Syueib tetap maintain cool and steady. Dia seorang pekerja yang professional dan tidak pernah mengambil kesempatan ke atas pelanggannya yang di anggap cantik dan manis.

"Macam ni lah, apa kata saya datang ke tempat awak so which is saya rasa ianya lebih mudah untuk berurusan kan?" cadang Zulaikha kepada Syueib. Setelah memberikan kata putus maka Zulaikha berjanji akan datang ke tempat kerja Syueib keesokkan harinya.

Setelah mematikan talian, Syueib terus melakukan kerja-kerjanya dengan mencari tempat penginapan yang sesuai dan selesa untuk pelanggannya. Namun, fikiran Syueib terganggu, belum pernah dia menerima impak perasaan sebegini rupa. Hatinya tertanya-tanya, bagaimanakah mirip muka Zulaikha pelanggannya tadi itu. Jantung beliau berdegup kencang, beliau menjadi gemuruh untuk menanti hari esok. Beliau sendiri tidak mengerti dengan situasi yang menimpa dirinya. Apakah ini yang dinamakan cinta? 

Keesokkannya hari Rabu dan tepat jam 11 pagi, Zulaikha pun tiba ke destinasi dan mencari Syueib. Setelah bertanya kepada salah seorang pekerja disitu akhirnya Zulaikha dibawa menuju ke kaunter Syueib. 

"Hi, saya Zulaikha yang call semalam" sapa Zulaikha. Hati Syueib bagaikan meletup, matanya terbelalak, buntang dan bulat. Beliau tidak jangka bahawa Zulaikha yang menelefonnya semalam sebenarnya seorang jauh lebih cantik dari imaginasi dirinya semalam. Terketar-ketar tangan Syueib menyambut salam dari Zulaikha.

"Just call me Zue, ok?"

Selepas mempelawa Zulaikha untuk duduk, Syueib terus memulakan kerjanya dengan professional. Rakan sekerjanya yang lain tidak berkedip mata melihat situasi yang berlaku itu.

"Untunglah Eib dapat customer cun. Tembak dindinglah dia malam nanti.." kata salah seorang pekerja disitu lalu disambut ketawa riang oleh yang lain.

"Cik Zue nak pergi berapa orang?" tanya Syueib kepada Zulaikha.

"Just me only. I need a space and a moment for myself." jawab Zulaikha sambil tersenyum ayu. Senyumannya mampu membuatkan iman setiap lelaki jatuh gugur ke bumi. Perwatakannya yang begitu menarik, lebih menarik dari artis-artis yang ada di Malaysia. Tak tak.. Nora Danish pun belum mampu untuk tandingi kecantikkannya. First lady kedua tercantik di Asia? Langit dengan bumi doe. Zulaikha berkulit mulus, memiliki warna kulit yang cerah, rambutnya yang ikal mayang dan mencecah separuh badan, wajahnya seperti kacukan Arab dan Bugis. Dan tahi lalat yang berada di tepi bibirnya menambahkan lagi keayuannya. Tidak lupa juga pada lesung pipit yang terhasil akibat senyumannya yang menawan. 

Mata Syueib tertumpu pada rambut Zulaikha yang berwarna hitam ketika Zulaikha sedang membetulkan beberapa helai rambut yang jatuh ke pipi dan menyisir ke belakang. Syueib hanya mampu melihat walaupun dihatinya kuat untuk menyentuh. Namun, sebagai seorang yang professional, beliau membuang semua perasaannya itu. 

"Hmm..On my second thought. I think I need a partner but bukan dari kalangan kawan-kawan I. I mean a stranger. A totally stranger yang boleh dipercayai dan tak akan buat perkara yang I tak suka." kata Zulaikha lagi. Walaupun Syueib bangang English, namun dia tetap cool and steady.

"If you want a stranger to temankan you. Then, you can have a look around kat wechat." balas Syueib. Level confident beliau mencecah angka 100. 

"Haha. I found you amusing and funny little guy. Why don't just you be the one who accompany me there?" balas Zulaikha sambil ketawa kecil. Syueib kebingungan dengan apa yang keluar dari mulut pelanggannya itu.

"What I mean is, I hire you to be my partner while I stay there. I pay all the cost of course. All you need to do is just be my friend for three days. Can you do that?" tanya Zulaikha di dalam bahasa inggeris dan membuatkan Syueib menjadi semakin bingung dan terus bingung. 

"Dia nak kau temankan dia kat sana selama tiga hari, dia akan tanggung perbelanjaan selama kau kat sana. Kerja kau cuma jadi kawan dia je semasa kat sana." tiba-tiba seorang lelaki berperut boroi menghampiri mereka berdua dan dia mengerti dengan situasi yang Syueib lalui dan terus melangkah tanpa ragu demi membantu Syueib. Perkara tersebut membuatkan Syueib menjadi semakin bingung dan bingung. Tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Tidak mungkin bos dia akan membenarkan dia untuk melakukan sedemikian. Salah satu polisi syarikat adalah pekerja tidak boleh membuat sebarang perhubungan dengan pelanggan melainkan hanya atas dasar nama kerja.

"Sorry for interrupt both of you. I'm his Manager, and it's a deal. As long as you're our customer." balas Manager itu kepada Zulaikha dengan senyuman gatal lalu meminta untuk bercakap dengan Syueib sebentar.

"Jangan buang masa Eib, ini masanya untuk kau pergi bercuti dengan seorang gadis yang menarik. Aku akan siapkan kertas kerja semua dan aku tolak cuti kau dari cuti tahunan. Benda ni kau jangan risau, aku boleh settle punya. Sekarang ni kau pergi balik kat customer tu dan kata kat dia kau boleh jalankan tugas ni dengan baik.." arah Manager itu. Lalu Syueib berjalan dengan perlahan ke arah meja kerjanya dan membalas senyuman Zulaikha sambil berkata "Yes, It's my pleasure" sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Zulaikha. Syueib berjanji akan menyediakan segala kira-kira dan tempat penginapan pada waktu itu juga. Manakala rakan sekerja Syueib yang lain merasakan iri hati dengan Syueib kerana dia seperti anak emas pula disyarikat itu. Mereka juga tidak menyangkakan bahawa Manager mereka akan membenarkan Syueib untuk pergi bercuti berdua sahaja dengan pelanggan.

Hari yang dinanti-nantikan telah pun tiba di mana hari tersebut ialah hari Jumaat dan tepat pukul 3 petang Syueib tiba dikediaman Zulaikha yang berada di apartment mewah di Damansara. Zulaikha mengarahkan Syueib untuk meletakkan motorsikal berkuasa tinggi miliknya di tempat letak motorsikal dan mengunci dengan baik serta tutup dengan kain kerana dikhuatiri akan dicuri pula nanti. Mereka akan bergerak pergi dengan menaiki kereta jenama BMW warna biru gelap milik Zulaikha. Setelah meletakkan semua bagasi di bonet belakang kereta, Syueib pun terus duduk dibahagian pemandu kerana sudah terang lagi bersuluh Zulaikha sudah duduk dibahagian penumpang. Kemudian mereka pun meneruskan perjalanan mereka ke Kuala Besut, Terengganu dengan hati yang riang. 

Mereka berbual mesra ketika di dalam perjalanan. Topik demi topik yang mereka bualkan. Mereka berbual seperti sudah lama mengenali antara satu sama dan lain. Zulaikha pun merasakan senang dengan diri Syueib yang bersikap peramas itu. Di dalam perjalanan, Zulaikha tiba-tiba terasa pening dan ingin muntah, mungkin akibat tidak biasa berjalan jauh. Dengan perasaan cemas Syueib memberhentikan kenderaan tersebut dilaluan kecemasan dan Zulaikha segera keluar dari kereta dan melakukan proses kemuntahan. Syueib tidak berkedip mata memandang ke arah Zulaikha, bintik-bintik peluh didahi mulai timbul. Perasaan cemas menyelubungi diri Syueib.

"Ahh sudah.. Dia mengandung ke? Ni yang aku rasa nak suspek semacam je ni. Jangan aku nanti jadi pak turut sudahlah. Mampus kena pancung..Aduhh..sepatutnya aku fikirkan dulu benda-benda yang negatif dan boleh membuatkan aku kecundang." bisik Syueib di dalam hati. Kerisauan jelas terpancar diwajah Syueib. Hatinya mulai tidak sedap dengan keadaan yang berlaku. Ingin saja dia membatalkan percutian itu kerana ketakutan jika Zulaikha sebenarnya mengandung anak luar nikah dan ingin mencari suami pak sanggup. Setelah Zulaikha duduk semula di dalam kereta, Syueib terus memijak pedal minyak dan terus bergerak menuju ke destinasi. Keadaan di dalam kereta menjadi sunyi sepi, tidak ada sesiapa pun yang bersuara dikalangan mereka berdua. Zulaikha hanya merenung ke luar tingkap.

"Tadi saya perasan kita elok je berborak. Kenapa sekarang tiba-tiba diam je eh? Awak ok ke Syueib?" tanya Zulaikha.

"Ok..ok..Saya ok je...cuma..." balas Syueib selamba.

"Cuma apa? Come on just cakap je.." tanya Zulaikha lagi.

"Awak tak pregnantkan?" balas Syueib berterus terang. Dan terus disambut oleh Zulaikha dengan ketawa terbahak-bahak.

"See.. Saya tak salah pilih awak untuk temankan saya, awak ni kelakarlah orangnya.." balas Zulaikha dan terus ketawa. Syueib hanya mampu senyum saja dan masih menunggu jawapan dari Zulaikha.

"Itulah apa yang saya suka dengan perangai awak, walaupun baru kenal tapi macam dah lama pulak kita berkawan..Bagus, bagus. Saya suka orang yang jujur. Ok lah.. Biar saya jujur saja dengan awak ok?". Syueib terus mendiamkan diri sambil senyum dan tetap menunggu jawapan dari Zulaikha.

"Saya tak pregnant, yang muntah tadi tu sebab saya tak biasa jalan jauh dan saya memang cepat pening kalau saya jadi penumpang sebab usually saya yang memandu. Dan, saya nak larikan diri dari kesibukkan kota. Sebab tu saya decide untuk pergi bercuti. Tapi kalau pergi sendiri saya bosan nanti. Sebab tu saya perlukan kawan, tapi kawan yang saya perlukan tu kawan yang baru. Saya tak perlukan kawan yang sedia ada, semuanya hipokrit dan suka mengambil kesempatan ke atas diri saya. Waktu dia orang senang, hilang, waktu susah, terhegeh-hegeh muncul didepan mata saya. Yang selalunya muncul apabila dia orang memerlukan wang. Dan honestly saya tak kisah, tapi bayarlah. Walaupun bayar ansuran, tetap kena  bayarlah kan. Ni tak, dan bertahun pinjam tapi tak bayar. Lepas tu awak nak tahu? Dah lah tak pernah bayar, ada pulak tu dia berani muncul depan saya nak pinjam duit lagi. Itu yang saya marah sangat-sangat tu. Then, my father suggestkan untuk saya pergi bercuti je dan saya setuju." jelas Zulaikha panjang lebar. Dan hati Syueib kembali sejuk selepas mendengar penjelasan daripada Zulaikha.

"Tough juga kehidupan awak. Hidup mewah tapi kawan susah nak cari yang setia, bila dapat kawan macam tu, lama-lama nanti akan jadi sunyi. In-sha-Allah, awak tak akan kecewa dengan saya, walaupun saya tak pasti samada kawan-kawan saya suka berkawan dengan saya atau tidak tapi saya tak akan jadi macam tu dan selama saya hidup, saya cuma pinjam duit dengan PTPTN je. Haha.." kata Syueib kepada Zulaikha. Dan Zulaikha ketawa kecil dengan lawak Syueib yang tak seberapa tu.

"Awak nak tahu? Awak entah agensi perlancongan yang ke berapa saya call pun tak tahu. Semuanya saya gunakan taktik yang sama macam saya buat kat awak. Tapi dalam banyak-banyak yang saya buat ni, awaklah satu-satunya yang saya rasa selesa dan membuatkan saya fikir awak ni seorang yang innocent. Entah kenapa, hati kecil saya mengatakan saya boleh percaya pada awak." balas Zulaikha sambil tersenyum memandang ke arah Syueib yang sedang menumpukan mata ke arah jalan. Kata-kata Zulaikha membuatkan Syueib tersenyum seorang diri dan merasa bangga.

"So, saya harap sangat-sangat awak tak menjadi insan yang bangsat seperti orang yang lain." sambung Zulaikha lagi dan meletakkan kepalanya dibahu kiri Syueib. Perasaan Syueib waktu itu bagaikan gunung berapi yang sedang meletup. Ingin saja dia memandu melanggar tebing jalan dan jatuh ke dalam gaung. Sebagai seorang yang professional, Syueib tetap maintain cool dan tak menggelabah. Baginya ini adalah satu-satunya peluang untuk dia menunjukkan dirinya itu seorang lelaki yang boleh diharap dan tidak sama seperti lelaki yang lain. Lagi-lagi si Zulaikha itu pula anak orang kaya dan mempunyai syarikat sendiri. Di tambah pula, mereka berdua adalah sebaya. Kejayaan yang dimiliki oleh Zulaikha adalah disebabkan Ayahnya yang merupakan ahli businessman yang berjaya. Dia yang bermula daripada bawah telah dibantu oleh ayahnya dengan memperkenalkan jutawan terkemuka dunia. 

Mereka tiba di salah sebuah rumah tumpangan di kawasan Terengganu berhampiran dengan Kuala Besut lebih kurang pukul satu pagi. Perjalanan menjadi lambat kerana Syueib merupakan seorang manusia yang tidak mahir memandu dan terpaksa membawa kenderaan tersebut tidak lebih dari 90km/j. Mereka terpaksa bermalam disitu kerana perkhidmatan ferri pada hari itu sudah pun tamat. Mereka akan menaiki ferri menuju ke Pulau Perhentian pada keesokkan harinya. Selepas menempah dua buah bilik untuk malam tersebut, Zulaikha dan Syueib membuat keputusan untuk pergi ke kedai makan berhampiran demi mengisi perut masing-masing yang berkeroncong sejak tadi lagi. Syueib masih lagi merasakan semua ini adalah mimpi. Dia tidak menyangka bahawa Zulaikha akan tidur di atas bahunya semasa dalam perjalanan tadi. 

"Mimpi yang indah, harapnya akan terus berkekalan..." bisik Syueib di dalam hati sambil tersenyum seorang diri. Zulaikha yang perasan akan perangai Syueib itu terus menegur. Syueib terkemut-kemut nak menjawab. Selesai menikmati makan lewat malam, mereka pun bergerak pulang ke bilik masing-masing.

"Jangan lupa bangun awal tau esok, pukul 10 saya tau awak da ada depan bilik saya, ok?" pesan Zulaikha kepada Syueib sambil melemparkan senyuman manis yang ranjau. Kemudian Syueib pun berjalan sambil menari-nari kera menuju ke bilik tidur. 

"Tak rugi aku follow dia doh. Haha. Benda ni aku kena rahsiakan dari kawan-kawan yang lain. Hancur masa depan aku nanti." kata Syueib seorang diri semasa membuka pintu kunci biliknya.

"Innocent betul dia tu. Macam tak percaya pulak. Entah-entah dia berlakon je kot? Mana ada lelaki sebaik dia tu. Yang bagusnya, sepanjang aku tertidur tadi, dia langsung tak buat apa-apa. Nasib baik. Kalau orang lain, memang kena rogol dah tadi tu. Harapnya dia bolehlah stay jadi macam tu sampai bila-bila. Senang hati dapat kawan macam dia, walaupun baru sehari kenal. Hmm..Esok kena bagitau benda sebenar kat dia, rasa bersalah pulak berahsia dengan dia. Hmm.." bisik Zulaikha di dalam hati, kemudian dia tertidur.

***************************************************************************

"Tok tok tok" bunyi ketukan di pintu Zulaikha membuatkan Zulaikha tersedar dari tidur yang lena. Dia memandang ke arah jam ditelefonnya yang menunjukkan pukul 10.25 pagi. Dia terkejut dan segera bangun dari tidur dan mencari-cari suis lampu bilik. 

"Zue..Dah bangun ke belum? Jagung saya dah tumbuh depan bilik ni." soal Syueib yang sejak tadi lagi sudah berada dihadapan pintu bilik Zulaikha. Kemudian pintu bilik dibuka dan Syueib menjerit apabila melihat wajah Zulaikha yang serabai akibat bangun dari tidur. Rambutnya kusut masai, tidak bersikat dan Syueib hanya dapat nampak rambut sahaja, wajahnya entah ke mana. Syueib ditarik masuk ke dalam bilik oleh Zulaikha.

"Sorry sangat-sangat. Saya tak tersedar, sedap sangat tidur. Awak tunggu sini kejap boleh? Bagi saya mandi kejap." rayu Zulaikha. Syueib memalingkan wajahnya apabila menyedari bahawa Zulaikha hanya mengenakan pakaian seluar dalam dan tshirt berwarna putih. Zulaikha yang baru tersedar dengan pakaiannya yang membuatkan Syueib malu terus mengambil tuala dan menutup bahagian bawah badannya. Dan dia terus berlari masuk ke dalam bilik air.

"Sebenarnya saya boleh je tunggu kat bawah kalau awak nak." kata Syueib kepada Zulaikha yang sedang mandi di dalam bilik air.

"Tak nak, nanti awak larikan diri. Sementara saya mandi, apa kata awak tolong sumbatkan powerbank, cable telefon, charger dan telefon saya ke dalam handbag saya tu.". Syueib hanya menuruti sahaja perintah Zulaikha, kemudian dia keluar dari bilik tidur tersebut dan menunggu Zulaikha dari luar sahaja. Zulaikha yang baru sahaja keluar dari bilik mandi menjadi kelam kabut apabila dia mendapati Syueib tiada di dalam bilik tersebut. Kemudian dia membuka pintu bilik dan lihat si Syueib sedang berdiri di luar bilik.

"Laa..kenapa tak tunggu kat dalam je?" pelawa Zulaikha.

"Sorry, saya bukan lelaki jenis macam tu.." balas Syueib. Wajah Zulaikha berubah merah kerana malu dengan jawapan dari Syueib itu. Dia yang selama ini hidup secara sosial dan ini kali pertama dalam hidupnya dia berjumpa lelaki seperti Syueib. Jika lelaki lain, sudah pasti akan masuk sahaja dan akan berfikiran kotor. 

Setelah Zulaikha bersiap, mereka pun berjalan keluar dari rumah tumpangan tersebut dan segera menyimpan segala bagasi ke dalam kereta. Memandangkan Zulaikha mengambil masa yang sangat lama untuk bersiap, itu pun tak sempat nak mengenakan apa-apa make up, mereka membuat keputusan untuk pergi makan tengahari kerana sudah pukul 12 lebih. Mereka singgah disebuah kedai makanan laut yang berhampiran dengan laut, dan selesai membuat pesanan, Syueib terpaksa mendengar rungutan dari Zulaikha kerana tidak sempat nak make up dan dia menyalahkan dirinya yang bangun terlalu lambat. 

"Tak payah make up, natural macam ni pun cantik jugak." puji Syueib yang membuatkan Zulaikha merah pipi. Zulaikha tidak menyangka bahawa Syueib akan berkata sedemikian rupa, belum pernah dia mendengar mana-mana lelaki memuji wajahnya tanpa make up. Yang selalu kedengaran adalah wajahnya kelihatan muram, murung seperti hantu. Namun apabila dengan Syueib, lain pula yang di dengarnya. Hatinya berdup dap dup dap. Pada hari itu Zulaikha merasa segan dengan Syueib, dan senyuman sentiasa terukir di bibir Zulaikha. Syueib yang menyedari akan diri Zulaikha tersenyum seorang diri akhirnya memberanikan diri untuk bertanya,

"Awak dah kenapa senyum-senyum ni? Tertunduk-tunduk pulak tu. Awak berak ke?" tanya Syueib tanpa sebarang keraguan. Zulaikha terkejut apabila mendengar tuduhan yang tidak berasas dari Syueib itu.

"Apa awak ni. Mana ada saya berak. Eeeee.." balas Zulaikha lalu dilemparkan sekeping tisu yang sudah digunakan ke arah Syueib. Dan mereka ketawa bersama-sama seperti pasangan bahagia.

"Betul ke saya nampak ok tanpa make up?" tanya Zulaikha kepada Syueib.

"Yup. Ok je. Still cantik. Apa kata selama tiga hari ni awak tak payah pakai apa-apa make up. First, jimat masa, jimat make up. Kan? Dan, saya lebih selesa tengok awak tanpa make up." jawab Syueib penuh confident. Wajah Zulaikha bertambah-tambah kemerahan selepas dipuji Syueib, Kerusi yang didudukinya hampir saja pecah akibat punggung semakin melebar. Dan Zulaikha bersetuju dengan cadangan Syueib. Kemudian makanan yang dipesan mereka berdua tiba, tanpa membuang masa, mereka pun menjamu selera sambil menikmati angin yang bertiup dari pantai.

Ketika mereka sedang menjamu selera, Zulaikha terasa dirinya seperti diperhatikan oleh seseorang. Perasaannya menjadi tidak sedap, matanya melilau jika-jika ada manusia yang dia kenali berada berhampiran. Akan tetapi dia tidak menemuinya. Dia melihat ke arah Syueib yang berselera menikmati makanannya. Kerisauan yang melanda hatinya sebentar tadi terus hilang serta merta apabila melihat Syueib yang tersenyum kepadanya. Lalu Zulaikha pun menyambung kembali menjamu selera. Ketika Syueib melihat ke arah Zulaikha, dia menjadi terkejut tetapi tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Ada seekor lembaga berwarna hitam sedang berdiri dibelakang Zulaikha sambil lidahnya terjelir panjang. Lantas Syueib mengambil sehelai tisu lalu dibacakan sesuatu dan dilemparkannya ke arah lembaga tersebut dan lembaga tersebut terus hilang. 

"Opss.. terlepas..Haha. Sorry, saya nak buat bunyi letup kat tangan saya, terlepas pulak tisu tu.." Syueib berjaya membuat alasan demi mengaburi fikiran Zulaikha. Waku itu Syueib ligat berfikir, apakah lembaga itu? Mengapa ianya berada dengan Zulaikha? Dari hari pertama Syueib bersua dengan Zulaikha, dia tidak ada perasaan was-was langsung. Apakah Zulaikha dibuat orang? Apakah Zulaikha sebenarnya berniat jahat? Atau apakah ada orang yang dengki dengan Zulaikha lalu menghantar 'benda' dan membuatkan Zulaikha menjadi tertekan, lantas membuat keputusan untuk pergi bercuti? Kisah yang diberitahu oleh Zulaikha kepadanya sebelum ini mungkinkah rekaan semata-mata demi menyembunyikan perkara sebenar? Syueib tidak berhenti berfikir. 


Bersambung...


Wednesday, 12 August 2015

Dia Dahagakan Darah: Dendam Berdarah #Final

Haikal dan Insp. Frost berdiri dihujung jalan sambil menunggu Penghulu, setelah beberapa minit Lia, anak Penghulu keluar berjalan menuju ke arah mereka berdua. Penghulu mengalami sakit perut dan mengarahkan mereka berdua untuk pergi dahulu dan Penghulu akan menyusul kemudian. Lalu mereka pun bergerak melangkahkan kaki menuju ke rumah Escargot. Setiba mereka dilokasi, sudah ramai orang kampung berhimpun. Bunyi teriakan, tangisan di dalam rumah jelas kedengaran. Mereka berdua hanya berdiri di halaman rumah sambil memerhatikan orang ramai. Mereka tidak menyangka bahawa budaya orang bunian tidak jauh beza dengan budaya manusia muslim. Apakah mereka juga mempunya bunian yang bukan beragama islam? Fikiran Insp. Frost tidak berhenti dari memikirkan akan perkara itu.

"Kalian berdua sudah mengambil wudhuk? Jika sudah, ayuh kita menunaikan fardhu isyak bersama kemudian kita makan bersama." sapa salah seorang penduduk kampung yang kebetulan berada berdekatan dengan mereka berdua.

"Jangan risau, saya kenal akan kalian berdua. Kalian perantau yang datang dengan niat meminta bantuan dari tuan guru kan?" sapa nya lagi. Selepas menjawab soalan-soalan yang diberi, mereka pun menuju ke telaga air dan mengambil wudhuk lantas segera menunaikan solatkan isyak bersama jemaah yang lain. Tidak lama kemudian, Penghulu pun muncul dihalaman rumah, selepas salam diberikan, Penghulu dijemput makan bersama dengan mereka yang lain, akan tetapi sebagai seorang penghulu kampung yang berwibawa sudah semestinya dia akan pergi mendapatkan tuan rumah dahulu untuk menanyakan khabar.

Haikal duduk bersila disebelah Insp. Frost sambil sedaunan air ditangan kanannya. Disitu tidak ada pinggan besi, plastik mahupun polisterin. Pinggan plastik hanya digunakan oleh tuan rumah sahaja. Jika ada makan-makan besar sebegini mereka akan membuat pinggan dan cawan dari daun keladi kerana daun keladi tidak menyerap air dan sesuai untuk dijadikan alas untuk makanan atau minuman. Insp. Frost sejak tadi hanya makan tanpa henti, dia tidak akan menolak rezeki lagi-lagi ianya percuma tanpa dikenakan apa-apa bayaran. Haikal menggelengkan kepala dengan tingkah laku Insp. Frost yang dianggapnya tidak beradab.

"Silakan makan kalian berdua. Makanan ini semua dimasak secara beramai-ramai. Jadi, ini semua hasil titik peluh kami semua. Silakan makan puas-puas. Pasti kecil hati kami jika kalian makan hanya sedikit sahaja." sapa penduduk kampung yang menyapa mereka berdua awal tadi. Insp. Frost dan Haikal hanya tersenyum sambil  mengganggukkan kepala sahaja.

"Nama saya Ramadhani, nama kalian berdua apa ya?" soal Ramadhani kepada mereka berdua. Setelah memperkenalkan diri masing-masing, mereka bertiga berbual tanpa menghiraukan orang ramai yang hadir disekitar mereka. Haikal merasakan dirinya seperti diperhatikan, seperti ada sepasang mata sedang memerhatikan dirinya dari arah belakang. Dengan pantas dia menoleh ke arah belakang. Tiada sesiapa yang berada dibelakang Haikal. Matanya melilau mencari-cari, hatinya masih tidak tenang. Dia pasti bahawa ada insan sedang memerhatikan dirinya sejak tadi lagi. Tiba-tiba matanya tertangkap satu tubuh wanita berdiri dibawah sebatang pokok.

"Halimah!" jerit Haikal dan meluru mendapatkan Halimah. Orang ramai yang berada disitu menjadi hairan dengan tingkah laku Haikal. Insp. Frost dan penghulu yang melihat kejadian tersebut dengan segera berlari untuk mengejar Haikal.

"Halimah!" jerit Haikal lagi sambil berlari ke arah wanita yang kelihatannya seperti arwah isternya Halimah. Dia gigih berlari untuk mendapatkan Halimah yang dari tadi seakan-akan semakin jauh. Namun Haikal tidak berputus asa, dia terus berlari tanpa henti. Tanpa dia sedari dia waktu itu sudah berada ditengah-tengah hutan. Bayangan Halimah lesap tanpa dapat dijejak. Barulah Haikal menyedari bahawa itu semua sudah pasti perangkap. Angin tiba-tiba bertiup kencang, pokok disekelilingnya bergoncang bagaikan bernyawa. Tertangkap ditelinga Haikal bunyi seperti bacaan jampi mantera yang tidak dapat difahami. Haikal berpeluh, dia berpusing-pusing. Semuanya seperti sama sahaja pada dia. Seperti tidak ada jalan keluar dari hutan itu. Dengan tidak semena-mena, suatu objek yang halus dan tajam meluru ke arah Haikal namun sempat dielak walaupun tidak dapat dilihat oleh mata kasarnya. Sekali lagi objek itu datang menerpa dirinya, terlambat untuk Haikal menyedari lalu terkena dipipinya. Darah mengalih keluar, Haikal mengelap darah tersebut dan terus mengelak untuk serangan kali ketiga. Dia sendiri tidak pasti apakah objek yang menyerangnya tika itu.

"Tak mungkin isteri dia tok! Isteri dia dah meninggal. Saya yang berada ditempat kejadian sewaktu isteri dia meninggal tok!" jelas Insp. Frost kepada Penghulu.

"Bermakna syaitan itu memasang jerat untuk Haikal akan tetapi Haikal tewas dengan gangguan yang diberi. Sekarang ni kita kerahkan semua lelaki yang ada di kampung ini untuk membantu saya mencari saudara kita bernama Haikal. Dia mungkin sudah sesat hingga ke tengah hutan. Dia tidak tahu selok belok di dalam hutan." arah Penghulu kepada semua penduduk yang berada disitu. Setelah gagal menjejaki diri Haikal, dia kembali ke kampung bersama Insp. Frost bagi meminta bantuan orang ramai pula.

"Marilah kita berdoa agar Haikal tidak di apa-apakan oleh syaitan." kata Penghulu lagi.

Setelah membahagikan orang kampung kepada lima kumpulan yang di mana setiap kumpulan dianggotai lapan orang. Mereka pun berlalu ke dalam hutan sambil ditemani obor api yang terang bagi menyuluh jalan yang gelap dihadapan mereka. Sementara itu Haikal masih bertarung demi melepaskan diri dari alam yang tidak dia ketahui itu. Dibadannya penuh calar balar, keperitan demi keperitan dialaminya. Bisa menikam sana dan sini. Setiap inci ditubuhnya tidak ada yang dirasakan tidak sakit, semuanya sakit.  Namun Haikal masih belum menyerah kalah, dia tetap dengan pendirian diri, bahawa 'Tak akan berundur sebelum bertempur'.  Bunyi tawa hilai semakin galak kedengaran, Haikal mencari-cari dimana datangnya suara itu kerana fikirnya jika dia dapat menyerang punca suara itu sudah pasti segala yang berlaku waktu itu akan berakhir dan dia dapat melarikan diri dan meminta bantuan daripada Penghulu.

Sementara Haikal giat mencari, datang pula seekor harimau dari celah-celah pokok yang bergoyang itu. Harimau itu kelihatannya begitu garang, tidak semena-mena harimau tersebut berubah rupa menjadi manusia. Tika itu yang sedang berada dihadapan Haikal adalah arwah isterinya, Halimah. Tak berkedip mata Haikal memandang sekujur tubuh yang serupa dengan Halimah.

"Kenapa abang tak selamatkan Imah?" jelas kedengaran pertanyaan dari Halimah dan tiba-tiba air mata darah mengalir keluar dari matanya dan dia menjerit terlolong.

"Hentikan bermain dengan perasaan aku syaitan.." bisik Haikal didalam hati lemah. Air matanya mengalir, perasaan sedih tidak dapat dibendung lagi. Saat itu ingin saja Haikal berlari memeluk Halimah kerana perasaan rindu terlalu tinggi di dalam dirinya. Akan tetapi dia sedar bahawa yang berada disitu bukanlah isterinya akan tetapi jelmaan syaitan untuk melemahkan imannya. Mulut Haikal sedang terkumat-kamit membacakan sesuatu, perasaan sedih dan rindu dibuang jauh-jauh. Haikal mencari kembali kekuatan diri, dan tiba-tiba bumi seperti bergoncang. Dengan sekuat hati, Haikal menghentak kakinya ke atas tanah. Dan jelmaan Halimah berubah menjadi seekor harimau kembali. Keadaan menjadi sunyi sepi, pokok dikiri kanan sudah tidak bergoyang serancak tadi. Haikal memejamkan mata sambil berdiri memeluk tubuh, mulutnya masih tidak berhenti membacakan ayat-ayat suci al-Quran dengan lantang. Harimau yang berada dihadapannya mengaum secara tiba-tiba, lalu Haikal membuka langkah dan berada di dalam posisi mempertahankan diri apabila harimau itu tadi bergerak ke arahnya dan menyerang. Mulut harimau tersebut terbuka dengan luasnya, jika Haikal gagal untuk mengelak sudah pasti dia akan menjadi makanan.

Insp. Frost bersama Penghulu masih lagi di dalam hutan masih mencari keberadaan Haikal. Puas mereka memanggil namun tiada sesiapa yang menyahut. Hati mereka menjadi begitu risau, Haikal yang disangkakan seorang yang tabah, menjadi begini pula disaat akhir. Syaitan memang pandai dalam hal-hal sebegini. Usaha mencari terus dilakukan, segelintir orang kampung sudah pun pulang kerana mereka harus melakukan kerja-kerja dirumah bagi membantu anak isteri. Ada juga yang harus ke kebun bagi mengambil sayur-sayuran untuk dibuat makan untuk ahli keluarga dirumah. Dan akhirnya, tinggallah 3 orang kampung bersama Insp. Frost dan Penghulu dalam operasi mencari. Walaupun hari sudah siang, namun mereka tetap tidak berhenti mencari, Mereka terpaksa berhenti berehat disebatang anak sungai bagi menghilangkan rasa letih. Ketika mereka sedang leka berehat, tiba-tiba keadaan disekeliling mereka menjadi gelap gelita, bau busuk bangkai menerjah ke dalam hidung masing-masing. Semua disitu menjadi sedikit ketakutan, akan tetapi Penghulu tetap kelihatan tenang. Dihadapan mereka muncul sejenis asap berwarna merah seakan api, asap merah tersebut berkepul-kepul lalu berubah menjadi lembaga hitam yang berbadan sasa dan besar. Mereka yang berada disitu semuanya berada di dalam keadaan yang terkejut.

"Dendamku bawa dari si pendendam, hutang ku laksana dari pemiutang,
    Tidak berhenti air dikali, tidak beralih gunung dikaki,
Hutang nyawa dibayar nyawa, hutang darah dibayar darah, hutang mati dibayar mati, hutang batin dibayar batin." jelas kedengaran pantun yang disebutkan oleh lembaga berbadan sasa tersebut. Lalu tanpa melengahkan masa, Penghulu berjalan beberapa langkah ke hadapan mendahului yang lain. Dan beliau membalas,

"Sepatah haram aku tak faham.." balas Penghulu. Lalu beliau memaksa lembaga tersebut untuk menjelaskan niat sebenar mengapa dia berada disitu. Tanpa membuang masa, lembaga tersebut menjelaskan semuanya yang di mana dia adalah syaitan yang mendampingi Escargot selama ini. Maka mengertilah mereka semua bahawa Escargot ingin membalas dendam ke atas Haikal disebabkan dia telah dibuang keluarga dan terpaksa membunuh sahabat karibnya demi mengambil hati dan jantung untuk dibuat sebagai korban kepada sang syaitan. Dia, Escargot, tidak akan berhenti selagi tidak dapat membunuh Haikal dan mengambil darah Haikal, jika cubaan membunuhnya gagal maka orang terapat dengan dirinya akan menjadi mangsa, tetapi tidak isteri dan anak perempuan kerana mereka akan dijadikan khadam selama-lamanya. Akan tetapi nyawanya dulu yang ditarik oleh malaikat maut. Kemudian, dengan sekali hayunan tangan Penghulu, lembaga tersebut hilang dari pandangan mata. Keadaan kembali menjadi cerah, dan Insp. Frost menjadi semakin risau setelah mendengar bahawa tadi lembaga tersebut mengatakan hutang sudah selesai.

Mereka berlima memulakan langkah kembali demi mencari Haikal. Sudah hampir masuk waktu tengahari dan mereka masih lagi belum menjumpai keberadaan Haikal di mana. Kerisauan jelas terpancar di wajah Insp. Frost, tidak mungkin Haikal sudah mati fikirnya. Mereka terus mencari dan mencari sehinggalah mereka telah memasuki kawasan hutan Pahang. Dan akhirnya mereka memutuskan untuk pulang sahaja. Kekecewaan yang lahir dari hati masing-masing tidak dapat dinafikan, usaha mereka gagal untuk hari tersebut. Sewaktu dalam perjalanan pulang, 3 orang kampung yang mengekori telah perasan akan sekujur tubuh manusia terlantar di atas tanah berdekatan dengan sebatang pokok besar. Lalu mereka segera berlari mendapatkan tubuh tersebut, alangkah terkejutnya mereka apabila mereka melihat tubuh yang dipenuhi dengan darah dan kesan calar balar itu adalah milik Haikal. Tangan kiri Haikal terlihatnya putus dari tubuhnya. Penghulu berkata bahawa tidak ada apa-apa lagi yang mampu untuk dia lakukan demi menyelamatkan Haikal. Dan Insp. Frost dipanggil oleh Haikal, lalu dia berjalan perlahan dengan badan yang lemah, tidak dapat diterima keadaan yang menimpa diri Haikal. Keadaannya terlalu menyedihkan. Setelah dia memikul Haikal ditangan, dia merapatkan telinga ke mulut Haikal bagi mendengar apa yang akan dia katakan.

"Di...di sinilah..tugas...kau...ber...bermula...to...to..tolong..laku...kan..nya...sebaik...mung...kin........" pesan Haikal lemah, lalu Insp. Frost membantu Haikal dengan mendorongnya mengucap dua kalimah syahadah ditelinga kemudian Haikal melelapkan matanya. Badannya sudah menjadi kaku tak bermaya, air mata Insp. Frost mengalir deras, tidak dapat menahan sebak dihati.

"Kau nak aku buat apa sebenarnya ni?" kata Insp. Frost dalam keadaan yang sedih.


******************************************************************************

Setelah selesai mendirikan solat jenazah, orang kampung membantu Insp. Frost untuk membantu melakukan proses pengebumian. Apabila semuanya sudah selesai, mereka semua bergerak pulang. Insp. Frost berjalan perlahan bersama Penghulu.

"Maafkan aku keranarena tidak dapat membantu dan menghalang semua perkara ini." kata Penghulu sambil menepuk bahu kiri Insp. Frost yang dilihatnya murung semenjak pemergian Haikal.

"Semuanya sudah tertulis tok. Tiada apa yang boleh kita lakukan lagi." balas Insp. Frost lemah. Dia tidak tahu untuk buat apa lagi. Apakah tugas yang disebutkan oleh Haikal sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir? Tidak dapat dia berfikir. Haikal ditanamkan bersama para ahli kubur di alam bunian itu, manakala ibu bapa angkatnya dan juga anak didik Penghulu tidak juga muncul-muncul. Penghulu sudah mengerahkan beberapa anak didiknya yang lain untuk pergi mencari namun pencarian mereka hampa selepas mereka tiba dirumah yang pernah disebutkan oleh Haikal dulu. Tidak kelihatan kelibat ibu bapa angkatnya dan mereka pergi pula ke utara tanah air untuk mencari sebuah perkampungan di Gunung Jerai yang sepatutnya dituju oleh anak didik Penghulu. Namun selepas mereka tiba di sana, mereka menerima berita tidak baik mengenai anak didik Penghulu tersebut yang di mana orang kampung sana telah menjumpai mayatnya anak didik Penghulu di dalam hutan mati kekeringan. Mungkin akibat tersesat terlalu lama dan mati kelaparan dan kehausan. Dan Insp. Frost sudah hilang selama setahun di dunia manusia dan telah membuang gelaran Inspektor Frost lalu kembali kepada nama asalnya, Muhammad Qadim. Dan dia membuat keputusan untuk tetap tinggal di alam bunian dan mendirikan rumah tangga bersama Lia anak Penghulu.

Berita kematian keluarga Haikal dan kehilangan Haikal serta Inspektor Frost terus menjadi tanda tanya pada manusia yang tidak tahu akan perkara yang sebenar. Orang ramai membuat spekulasi bahawa Haikal telah membunuh Inspektor Frost lalu menyembunyikan mayatnya dan menghilangkan diri ke utara, berpindah ke Thailand. Dan akhirnya, kes ini ditutup untuk selama-lamanya. Sementara di Gunung Ledang, sebuah kampung yang hari-hari mereka sentiasa dipenuhi keceriaan. Namun jauh dilubuk hati Penghulu dan Inspektor Frost, tetap terlintas akan apakah tugas yang diberi dan dimanakah ibu bapa angkat Haikal?

-Tamat-

Tuesday, 11 August 2015

Dia Dahagakan Darah: Dendam Berdarah #4

Insp. Frost yang sedang duduk di kaki anak tangga berbual ceria dengan Lia, sepertinya Lia merasakan gembira apabila berbual-bual dengan lelaki separuh usia itu. Bermacam cerita yang dikongsikan oleh Insp. Frost kepada Lia. Kadang-kadang ketawa Lia akan terdengar hingga ke dalam rumah. Namun keseronokkan mereka terhenti apabila mereka melihat Penghulu bersama Haikal berjalan ke bahagian depan halaman rumah dengan cangkul. Renungan yang tajam dilemparkan ke arah Insp. Frost. Mereka berhenti dibawah pokok yang yang rendang lalu menghayunkan cangkul itu ke arah tanah. Insp. Frost dan Lia menjadi hairan dengan perbuatan mereka berdua yang begitu asyik menggali tanah. Pandangan yang menyeramkan tetap tidak terlepas dari Insp. Frost. Peluh mulai membasahi dahi Insp. Frost.

"Bapak buat apa tu dengan abang Haikal?' tanya Lia kepada bapaknya.

"Aku nak gali kubur untuk si tua kutuk sebelah kau tu." jelas Penghulu kepada anaknya yang dilihatnya bingung dengan penjelasan yang diberi.

"Err..dia orang ni sungguh ke nak bunuh aku? Err..janganlah..sepatutnya dia orang gembira sebab aku mampu hidup lagi..." bisik Insp. Frost di dalam hati ketakutan. Dia menelan air liurnya sendiri. Isteri Penghulu muncul dari arah dalam rumah sambil memikul 3 ekor ayam ditangannya. Lalu diserahkan kepada Insp. Frost untuk diberikan kepada Penghulu untuk dipanggang buat makan tengahari. Hati Insp. Frost berasa lega apabila mendengar kata-kata isteri Penghulu sebentar tadi. Tanpa melengahkan masa, dia melangkah kaki kanannya menuju ke arah Penghulu dan Haikal yang sejak tadi gigih menggali tanah untuk dibuat bara api. Setelah ayam itu diletak berhampiran mereka berdua, sekali lagi Penghulu dan Haikal memberikan jelingan yang tajam hingga membuatkan Insp. Frost memohon maaf dengan perbuatannya subuh tadi. Akhirnya, mereka berdua memaafkan Insp. Frost diatas tingkah lakunya. 

"Saya bukan apa tok. Saya gembira sangat sampai tak terasa sakit bila tok kata Lia akan mengubati saya.." jelas Insp. Frost sambil mencampakkan sebuah senyuman yang sangat manis ke arah Lia dan dibalasnya dengan menyengitkan mata. 

"Haikal, aku rasa kita kena gali lebih dalam lagi, bukan apa, sambil membakar tu boleh kita bacakan talkin sekali. Sekurang-kurangnya mayat yang nak kita tanamkan kejap lagi dah rasa panas dunia sebelum panas neraka.." perli Penghulu selepas mendengar penjelasan dari Insp. Frost. Lalu Haikal ketawa dan mengarahkan Insp. Frost untuk terus berehat di dalam rumah sebelum dia berubah fikiran. Insp. Frost hanya mampu menurut sahaja. Dan dia kembali duduk di kaki tangga bersama Lia dan bersambun cerita.

Haikal dan Penghulu begitu serius dalam membuat kerja mereka. Yang anehnya, mereka seperti rakan sekerja yang sudah lama bekerja bersama. Kerana setiap perbuatan mereka seperti sudah dirancang sejak awal lagi. Dan tidak kedengaran sepatah pun arahan yang dikeluarkan dari mulut Penghulu mengenai menu makan tengahari mereka itu. Haikal seperti sudah mengetahui perkara itu terlebih awal dan melakukan setiap kerjanya tanpa sebarang kesilapan dan mereka seperti sudah berkomplot untuk bergurau kasar dengan Insp. Frost. "Alhamdulillah, semua sudah selesai. Marilah kita bawa ke ruang makan dan menunaikan fardhu zohor dulu. Kemudian baru kita menjamu selera bersama. Haikal memanggil Insp. Frost untuk membantunya membawa ayam panggang itu semua untuk dibawa masuk ke dalam rumah. 

Selesai menunaikan solat Zohor, mereka semua pun mula menjamah makanan yang terhidang itu bersama dengan kopi panas. Dikampung bunian tersebut sentiasa akan terasa sejuk dan disebabkan itu mereka tidak perlu untuk minum minuman berais. Usai menjamu selera, Penghulu mengajak Haikal dan Insp. Frost untuk duduk bersama dia diruang tamu sambil berbincang akan peristiwa yang menimpa diri mereka masing-masing. Penghulu membawa keluar sebuah kotak berwarna coklat. Kotak itu seperti dibuat daripada kayu. penghulu membuka kotak tersebut dan membawa keluar seplastik tembakau dan segulung kertas. Tembakau dicarik-carik lalu diletakkan di atas sekeping kertas. Lalu dia menggulungkan kertas bersama tembakau itu tadi, gulungannya begitu kemas. Api dinyalakan menggunakan sejenis mancis lalu dihalakan ke arah muncung gulungan yang kemas itu tadi maka terhasilnya sebuah rokok yang diberi nama 'lenteng'. 

Asap-asap berkepul-kepul apabila dihembus keluar oleh Penghulu, lalu dihulurkan tembakau itu tadi bersama kertas kepada Haikal dan Insp. Frost tetapi ditolak baik kerana mereka tidak pernah menghisap rokok yang tiada penapis ataupun 'filter'. Penghulu pun mula bersuara, dia mengandaikan bahawa anak didiknya Escargot tidak akan mampu bertahan dari tikaman senjata tajam yang dilontarkan olehnya subuh tadi. Kerana racun ular berbisa telah pun disapukan sepenuhnya ke setiap parang tersebut. Dan ayat-ayat suci al-Quran penghapus syaitan turut dibacakan. Dengan kecederaan sebegitu, Escargot pastikan akan menemui ajalnya tetapi tidak syaitan yang mendampinginya. Penghulu menunjukkan kekesalan dihati disebabkan perasaan hasad dengki yang menyelubungi diri anak didiknya membuatkan dia membuat perjanjian dengan syaitan. Apa yang merisaukan hati Penghulu pada ketika itu adalah keluarga angkat Haikal, Muhammad Abu Ali dan Nurul Zulaikha. Penghulu berkata dia sedang menunggu anak didik dia yang paling sukses pulang dari merantau ke utara tanah air.

"Sebab dia antara anak didik aku yang paling aku percaya apabila tiba dengan tugas-tugas berat sebegini. Dalam minggu ini dia pasti akan pulang, sementara menunggu itu aku akan mengajak semua orang kampungku untuk melakukan solat hajat agar kedua ibu bapa angkatmu berada dalam keadaan yang selamat." jelas Penghulu. Kesedihan terlihat diwajah Haikal. Seperti mengerti akan perasaan bersalah yang menyingkap hati anak muda itu, Penghulu berkata kepadanya bahawa tiada apa yang harus dia kesali. Semua yang terjadi adalah kehendak dariNya.

"Semua ini ujian dari Allah yang Maha Esa. Kamu harus tabah dan percaya dengan kekuasaan Allah. Tiada yang lebih berkuasa daripada Allah." terang Penghulu lagi. Perasaan Haikal sedikit tenang selepas mendengar ucapan dari Penghulu itu sebentar tadi. Dan mereka memulakan hidup baru dikampung itu bersama Insp. Frost. Mereka berdua berjanji bahawa selepas perkara ini semua selesai, mereka akan pulang ke tempat asal mereka dan tidak akan pernah menceritakan perkara ini kepada sesiapa. Penghulu senang mendengar akan perkara itu. 

Seminggu sudah berlalu dan kampung bunian itu tidak pernah sunyi dari doa-doa suci yang dipanjatkan ke atas Illahi agar kedua ibu bapa angkat Haikal diberikan perlindungan dari syaitan yang direjam. Dan mereka menerima berita bahawa ketika anak muda dari kampung itu sedang bermandi-manda disebatang sungai, mereka menjumpai mayat milik Escargot. Mayatnya sudah membusuk dan berulat, seperti setahun sudah meninggal. Penghulu bersama orang kampung yang lain pergi menuju ke tempat yang disebutkan tetapi Haikal dan Insp. Frost dilarang untuk ikut bersama kerana dikhuatiri akan diancam dengan syaitan yang masih belum terhapus. Syaitan yang masih terikat dengan dendam. 

Ketika Haikal dan Insp. Frost sedang leka menyapu sampah dihalaman rumah Penghulu. Tiba-tiba telefon bimbit milik Insp. Frost berbunyi dan perkara tersebut membuatkan Insp. Frost terkejut. Sudah berapa lama dibersama dengan Haikal dan dia tidak pernah terfikir untuk memegang atau pun melihat telefonnya. Berkali-kali telefonnya berbunyi, tanpa membuang masa, Insp. Frost mengambil telefon bimbitnya dan nama 'HQ' tertera dikaca skrin.

"Hello! Frost! Woi! Lama kau menghilang? Dah sebulan lebih kau diam je.. Hidup lagi ke tak?" kedengaran suara yang lantang dihujung talian. Orang atasan membuat panggilan kepada Insp. Frost untuk mengetahui perkembangan siasatan yang dilakukan oleh Insp. Frost. Dia seharusnya menghantar laporan kepada 'HQ' sekurang-kurangnya seminggu sekali.

"Hmm..yalah. Nanti dah selesai semua benda jangan lupa balik sini. Aku nak laporan dari kau secara details ok?" lalu talian dimatikan. Berkerut dahi Insp. Frost selepas menjawab panggilan tersebut. 

"Bos kau call ke?" tanya Haikal.

"Ya. Sedar tak sedar dah sebulan lebih kita lalui benda ni bersama. Aku pun dah terlupa sebab leka dengan perkara-perkara yang menimpa kita." jawab Insp. Frost.

"Kau kena ingat, kita tak boleh bagitau perkara ni kepada sesiapa.." jelas Haikal tegas.

"Tentang tu kau jangan risau. Berkemungkinan besar aku akan minta bantuan dari Penghulu.." terang Insp. Frost.

"Kau nak buat apa wei?" tanya Haikal kehairanan. Namun pertanyaan Haikal tidak terjawab sebaliknya Insp. Frost menunjukkan 'thumbs up' ke arah Haikal dan Haikal hanya menggeleng kepala saja. Sesudah mereka menyelesaikan pekerjaan mereka, Lia muncul dari dalam rumah bersama sedulang minuman dan dia mempelawa Haikal dan Insp. Frost untuk datang minum bersama dia. Insp. Frostlah yang paling gembira sekali, dan Haikal hanya tergelak kecil apabila melihat gelagat Insp. Frost yang seperti budak itu. Mereka duduk bersila lalu dicapainya segelas air dan dihirup perlahan-lahan. Kemudian mereka diam sambil melemparkan pandangan jauh ke arah bahagian depan rumah. Angin yang damai meniup perlahan dan menerpa ke wajah mereka. Perasaan tenang dan damai wujud dihati masing-masing. 

Di dalam ketenangan yang mereka sedang alami ketika itu, Penghulu muncul dengan beberapa biji buah-buahan hutan ditangan. Setiba dia di kaki tangga, dia melemparkan senyuman ke arah mereka bertiga dan berkata "Mujur kalian berdua tidak turut serta tadi, jika tidak sudah pasti kalian hilang nyawa" Penghulu naik ke atas rumah dan memberikan buah-buahan itu tadi kepada Lia dan duduk bersila bersama mereka. "Ternyata dakwaanku benar, syaitan tersebut berada berdekatan mayat tuannya. Syaitan tersebut berniat untuk menyerang hendap kami orang. Tetapi, dengan kekuasaan Allah dan izin dariNya, aku dapat menangkis serangan tersebut tetapi beberapa orang cedera ringan akibat bertempur dengan syaitan-syaitan itu semua." jelas Penghulu.

"Habis tu mayatnya macam mana tok?" tanya Haikal. Kemudian Lia muncul dari arah dapur dan menuju ke arah mereka bersama buah-buahan yang telah dicuci tadi bersama segelas cawan kosong untuk diberikan buat bapanya. Penghulu mengupas sebiji rambutan lalu disumbatkan ke dalam mulut dan menuangkan segelas air lalu dihirupnya perlahan. Keletihan jelas kelihatan diwajahnya.

"Jenazah berjaya dibawa pulang namun syaitan itu tidak terhapus lagi cuma melarikan diri sahaja." jelas Penghulu sambil mengunyah rambutan di dalam mulut. Lalu bijinya dilemparkan jauh ke depan, secara tidak langsung ada orang kampung sedang melalui jalan tujunya biji itu dan terkena dikepalanya lalu berdarah dan pengsan. Haikal dan Insp. Frost terkejut dengan kejadian tersebut tetapi Penghulu kelihatan tenang. Orang kampung itu tadi bangun dan berkata "Ish! Dah lah tak nak tolong.. Menci aww.." terus berlari sambil menangis. 

"Malam ini kalian berdua ikut aku untuk menghadiri tahlil dirumah kedua ibu bapa arwah Escargot. Kalau boleh malam ini aku ingin mendengar penjelasan kedua ibu bapanya, mengapa dan bagaimana anak kandung mereka itu boleh terjebak dengan helah syaitan lalu berjaya menyesatkan dirinya." jelas Penghulu lagi, Haikal dan Insp. Frost hanya menggangguk sahaja tanda faham. Lalu Penghulu mengambil cawannya yang berisi air itu lalu dihirupnya beberapa kali kemudian diletakkannya semula ke atas dulang. 

"Aku ingin menunaikan fardhu Asar. Kemudian nanti kalian bantu aku untuk memasak pada malam ini. Aku ingin bikin masakan barat, sepit geti." ujar Penghulu. Haikal dan Insp. Frost menggaru kepala tidak mengerti. Hairan dengan tingkah laku Penghulu, apa dia tahu apa itu masakan barat? Lalu Penghulu menghilang ke dalam rumah, sementara Haikal dan Insp. Frost masih duduk dibahagian luar untuk menikmati tiupan angin petang.




Bersambung..

Dia Dahagakan Darah: Dendam Berdarah #3

Haikal bersama Insp. Frost duduk termenung di bahagian ruang tamu penghulu sambil menunggu. Anak gadis penghulu pula sejak tadi hanya berdiri di satu sudut sambil memerhatikan mereka berdua. Cantik juga anak gadis orang bunian ini fikir si Insp. Frost. Dalam kegelisahan pun dia mampu bersikap nakal. Haikal bangun dari tempat duduknya lalu berjalan menuju ke arah jendela dan merenungi ke luar jendela, mengagumi kebesaran yang Maha Esa, menilai kehidupan dari sudut berbeza, tak memadai hanya kecapi rasa selesa..eh? 


Selepas lagu Too Phat bermain difikiran Haikal, penghulu pun muncul dari arah pintu hadapan. Kelegaan terpancar diwajahnya, siapa tak lega dan selesa bila kita dah puas keluarkan semuanya? Lalu penghulu pun kembali duduk ke tempat asalnya sambil mendengus. "Baiklah..aku akan bantu kalian tetapi dengan syarat!" kata-katanya terhenti seketika. Haikal yang ingin kembali duduk berhadapan dengannya menjadi bongkok akibat turut sama berhenti dengan kata-kata penghulu itu tadi. "Kalian harus memperjelaskan padaku dengan lebih terperinci lagi tentang tujuan kalian datang ke mari.." sambung penghulu lagi. Peluh besar kelihatan muncul di dahi Haikal dan Insp. Frost selepas mereka terpaksa menunggu hampir-hampir 2 jam akibat penghulu pergi ke tandas dan rupanya beliau tidak mendengar penjelasan yang Haikal berikan sebelumnya tadi. Namun itu semua tidak menjadi masalah buat Haikal, dia kembali duduk bersila dan menceritakan semula situasi yang menimpa dirinya. Penghulu memasang telinganya dan mendengar baik setiap kata-kata yang keluar dari mulut Haikal. Insp. Frost hanya duduk di sisi Haikal sambil matanya menjeling ke arah anak gadis penghulu dan berfikir jika dia boleh mengetahui nama anak gadisnya itu. 


"Lah..mengapa tidak diberitahu awal-awal? Kes seperti ini sangat-sangat berat.." kata Penghulu kepada Haikal selepas mendengar penjelasan.


"Habis tadi tok kata tok akan bantu..." jawab Haikal sedikit kecewa.


"Tapi aku fikir kalian inginkan aku untuk mengubat orang sakit.." balas Penghulu semula.


"Sudah bapak. Jangan bapak berdalih lagi, mereka berdua di dalam kesusahan. Lia tahu mereka hanya manusia biasa tetapi bapak tidak boleh membuli mereka. Kita harus membantu sesama kita, bukankah itu janji kita pada sang Pencipta?" herdik Lia dari sudut sedikit berjauhan dari tempat mereka bertiga duduk bersila, membuatkan Haikal dan Insp. Frost berasa syukur dan Insp, Frost terlihatnya seperti gembira apabila mengetahui nama anak gadis penghulu itu adalah Lia.


"Iya..bapak hanya mahu bergurau mesra sahaja, apa tak boleh bapak melakukan sedemikian, Lia?" rungut bapaknya manja sambil bermain dengan misai tebalnya.


"Bergurau ada waktunya bapak. Insan berdua ini sedang ditimpa kesusahan yang datangnya dari anak didik bapak sendiri. Apa bapak tidak merasa malu setelah bertahun bapak melatih anak didik bapak itu tetapi dia bersengkokol dengan syaitan yang direjam?" marah Lia lagi kepada bapaknya.


"Baiklah. Baiklah. Jika Lia benar-benar mahu bapak membantu mereka berdua ini bapak akan turutkan akan tetapi sebagai balasannya bapak mahu Lia masakkan untuk bapak Asam Pedas Johor. Al maklumlah, kita ini semua berada di dalam kawasan Johor, bapak sokong Mat Yo.." jawab penghulu kepada Lia.


"Ish.. Ada-ada saja bapak ni.." lalu Lia berlari anak masuk ke dalam ruang tengah rumah itu dan hilang dari pandangan. Mata Insp. Frost tidak berkelip dari tadi memandang lagak yang dilakukan oleh Lia. Senyuman terukir dibibirnya. Penghulu juga turut perasan akan perbuatan Insp. Frost lalu disimbahnya air minuman ke arah Insp. Frost dan membuatkan dia kembali ke dunia nyata. Terdengar suara tawa kecil dari arah dalam, suara itu jelas milik Lia. Dan Haikal yang berada di situ gelak kecil sambil menepuk bahu Insp. Frost. Penghulu juga turut gelak dengan keadaan yang ceria itu. "Kalian berehat sahaja dirumahku yang tidak seberapa cantik ini. Mujur aja tidak terlihat oleh kerajaan kalian. Jika tidak, sudah pasti kami semua dikenakan cukai pintu.." kata penghulu lagi, lalu mereka semua kembali gelak besar tanpa berhenti. Penghulu memaksa mereka untuk bermalam dirumahnya kerana keesokkannya mereka harus bangun sebelum subuh dengan tujuan mengikut penghulu pergi memburu dihutan untuk sarapan pagi. Hanya selepas itu barulah penghulu akan memberitahu strategi yang akan dilancarkan terhadap anak didiknya yang di mana hatinya sudah ditenggelami oleh kuasa syaitan. 


Tepat pukul 4 pagi, Haikal dan Insp. Frost dikejutkan, mereka berdua bersama dengan penghulu dan beberapa orang kampung yang lain berkumpul dihadapan rumah penghulu. Selepas membaca doa-doa, mereka memulakan perjalanan mereka menuju ke dalam hutan dengan langkah kanan. Setiba mereka di dalam hutan, mereka berpecah kepada dua kumpulan. Haikal dan Insp. Frost berada di dalam kumpulan yang diketuai oleh penghulu. Mereka berjalan tanpa menggunakan sebarang punca cahaya. Haikal dan Insp. Frost mengalami kesukaran untuk berjalan di dalam gelap. "Kita harus pulang sebelum waktu subuh" terang penghulu kepada ahli kumpulannya. 


Mereka tiba di sebatang pokok yang besar, di situ kelihatan beberapa ekor ayam sedang mengais tanah. Haikal dan Insp. Frost hanya berdiri diam dari jauh sambil melihat yang lain berjalan dekat ke arah ayam-ayam tersebut. Tanpa sebarang kesukaran yang dihadapi oleh mereka, ayam-ayam itu telah berjaya diberkas. Dengan berbekalkan 20 ekor ayam, mereka membuat keputusan untuk pulang sahaja. Haikal dan Insp. Frost membantu dalam proses menyembelih ayam-ayam itu dan memikul dalam perjalanan pulang. Akan tetapi, setibanya mereka di satu kawasan, Haikal dan Insp. Frost terpisah daripada kumpulan penghulu. Mereka menjadi cemas, mereka menjerit memanggil penghulu tetapi tiada sahutan. Haikal meletakkan ayam buruan itu tadi ke atas tanah lalu dengan tenang dia membaca sepotong ayat dari al-Quran sambil memejamkan mata. Insp. Frost hanya berdiri di sisi sambil membaca surah ayatul Qursi.


 Pokok-pokok disekeliling mereka bergoyang kencang tetapi tiada angin yang datang menerpa. Terdengar suara ketawa yang ngeri disetiap pelusuk hutan, mata Insp. Frost melilau mencari mana arah ketawa itu. Dan tiba-tiba sebilah parang yang begitu tajam datang menikam badan Insp. Frost lalu dia jatuh rebah ke bumi. Haikal menjerit memanggil nama Insp. Frost, dia menarik parang itu keluar dari tubuh Insp. Frost dan darah pekat keluar mengalir. Suara ketawa itu tadi masih lagi kedengaran dan tidak berhenti, pokok dikiri kanan mereka semakin galak bergoncang."Keluar kau setan! Mari berhadapan dengan aku! Aku yang kau mahukan! Jangan kau bunuh insan yang tiada kaitan dengan dendam bodoh kau tu!" jerit Haikal sepuas hati.


 Pokok yang tadinya bergoncang tiba-tiba menjadi tenang. Dan, muncullah sekujur tubuh lembaga hanya beberapa kaki dari kedudukan mereka berdua. Haikal memandang tepat ke arah lembaga itu dan membacakan ayat-ayat suci al-Quran. "Engkau tak akan dapat hapuskan aku manusia. Aku akan hapuskan engkau bersama manusia-manusia yang lain! Bumi ini tidak memerlukan insan yang lemah seperti kalian!" teriak lembaga itu kepada Haikal. Insp. Frost perlahan-lahan bangun dan diperhatikan oleh Haikal.


"Kal..selamatkan diri kau..biar aku halang dia..I'll buy us some time.." kata Insp. Frost kepada Haikal.


"No way. Syaitan ni bukan raksasa yang kau boleh jumpa dalam cerita One Piece or Naruto..Aku tau kau kehilangan banyak darah tapi jangan hilang akal!" jawab Haikal tegas.


Dengan tidak semena-mena, 4 bilah parang terbang menikam tubuh lembaga itu. Lembaga tersebut menjerit kesakitan. Lalu penghulu bersama beberapa orang kampung yang lain muncul memberikan bantuan. Dengan bertemankan lampu yang dibuat dari obor api. Maka terlihatlah wajah lembaga itu tadi. Wajahnya yang ngeri seakan-akan mayat yang sudah mereput, mayat yang sedang mengaduh kesakitan akibat terkena tikaman."Escargot! Hentikan perbuatan keji kamu ini dengan serta merta!" jerit beberapa orang kampung yang berada disitu.


"Aku tidak melatih engkau untuk menjadi sebahagian dari syaitan. Aku melatih serta mendidik engkau untuk patuh kepada perintah Allah! Apakah kamu sudah lupa janji-janji yang telah engkau junjung selama ini wahai Escargot?" tanya penghulu kepada Escargot yang kini sudah menjadi sebahagian daripada syaitan.


"Aku tidak pernah lupa akan janji-janjiku. Janji yang di mana aku akan hapuskan sesiapa sahaja yang menjadi penghalangku!!" lalu dia hilang bersama kegelapan disahuti pula dengan ketawa jahat.


"Kecederaan kamu ini masih boleh disembuhkan lagi, kita harus segera pulang ke kampung halaman. Sementara itu, kamu minumlah air yang telah aku bacakan ayat-ayat suci al-Quran ini dan percayalah bahawa tiada sebarang penyakit yang tidak boleh disembuhkan kecuali kematian." lalu dihulurkan air tersebut kepada Insp. Frost dan diminumnya tanpa syak wasangka. 


"Lagi beberapa minit azan akan berkumandang menandakan telah masuknya waktu solat subuh, kita harus lekas. Setiba kita dirumahku, Lia akan menjagamu..ayuh semua!" jelas penghulu itu. Selepas mendengar penjelasan dari penghulu, Insp. Frost bingkas bangun dan terus berjalan seperti tidak pernah sakit. Keseronokkan jelas terpancar diwajahnya selepas dia mengetahui bahawa Lia akan merawatnya.


"Haikal, izinkan aku untuk membunuh sahabatmu ini..."


"Silakan, dan saya akan galikan kubur untuk tanam dia.."


Kegeraman membuak-buak dihati mereka berdua selepas melihat gelagat Insp. Frost. Anak-anak kampung berada disitu ketawa kecil melihat perangai mereka bertiga yang tidak ubah seperti kanak-kanak. Lalu mereka pun memulakan perjalanan mereka untuk pulang ke kampung halaman yang dirindui.









Bersambung.......

Sunday, 9 August 2015

Dia Dahagakan Darah: Dendam Berdarah #2

Bunyi haiwan-haiwan hutan jelas kedengaran disetiap pelusuk hutan. Monyet-monyet bergayut dari pokok ke pokok. Semut-semut kecil beratur mengelilingi busut sambil membawa habuan untuk sang ratu. Burung bangau pening melihat peta kerana sesat di dalam hutan itu kerana terpisah waktu berehat di tasik gunung. Buaya terbaring riang ditepi muara sambil mencungkil sisa makanan yang melekat dicelahan gigi. Tidak jauh dari tempat buaya itu beristirehat, ada semak samun setinggi setengah kaki bergerak-gerak seperti ada sesuatu disebalik semak tersebut. Disebabkan ketakutan, buaya itu dengan pantas bangun dan terus terjun ke dalam sungai dan berenang pergi dari kawasan tersebut. Selang beberapa saat buaya tersebut berenang pergi, Haikal pula menyusul keluar dari sebalik semak samun itu sambil memikul Insp. Frost dibahu. Wajah keletihan jelas terpancar dari airmuka Haikal, lalu dicampakkan Insp. Frost yang masih belum sedarkan diri itu ke atas tanah lalu dia melangkahkan kaki menuju ke arah sungai yang terbentang indah dihadapan untuk mencuci muka dan melakukan aktiviti menghilangkan dahaga ditekak.

Usai sudah semuanya, tanpa membuang masa Haikal segera mengambil wudhuk selepas melihat jam yang sudah pun menunjukkan pukul 1.37 petang. Insp. Frost yang tadinya pengsan terus tersedar selepas dia mendengar azan yang dilaungkan oleh Haikal. Dia yang masih terbaring melemparkan pandangan mata ke arah sungai yang tenang. Fikirannya bercelaru, peristiwa waktu subuh tadi masih segar difikiran Insp. Frost. Apakah betul tindakan yang dia lakukan itu? Apakah Haikal pernah berniat jahat terhadap dirinya dan yang paling penting, apakah niat sebenar Haikal? Walaupun sudah setahun berlalu, apakah tidak ada rasa sedih di dalam hatinya selepas seluruh ahli keluarganya meninggal secara misteri? Atau dia sudah berjaya mengatasi permasalahan tersebut dan meneruskan kehidupan?

"Engkau lemah.." Insp. Frost tersentak selepas mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Haikal yang sedang mencuci tangan disungai. Apakah yang dimaksudkan oleh Haikal?

"Semalam engkau dirasuk, jiwa kau lemah, iman kau terlalu rendah.." termenung Insp. Frost selepas mendengar ulasan dari Haikal mengenai dirinya. Ya, memang dirinya tidak pernah cuba untuk mendekati Allah yang Maha Berkuasa. Kali terakhir dia mendirikan solat adalah waktu dia berada di tingkatan empat.

"Aku bermimpi di mana engkau adalah bunian dan berniat jahat terhadap aku." jelas Insp. Frost kepada Haikal.

"Itu yang terjadi apabila engkau terlalu lalai dan leka dengan keadaan sekeliling. Engkau tidak tahu bahawa kita sebenarnya berada di dalam kawasan dia orang. Namun, aku bukanlah bunian. Aku tetap manusia biasa. Ada sebab kenapa aku berada di sini. Dan aku memerlukan bantuan dari kau.." balas Haikal terhadap kata-kata dari Insp. Frost sebentar tadi. Setelah Insp. Frost memohon maaf diatas tindakannya pada Haikal, mereka berlalu pergi dari kawasan tersebut meredah hutan tebal dan mereka tiba disebuah kampung yang di mana penduduknya semua mengenakan pakaian berwarna putih bersih.

"Kita dah sampai ke tempat dia orang.." kata-kata yang keluar dari mulut Haikal yang tidak berapa nak jelas kedengaran oleh Insp. Frost. Sesuatu yang bingung sedang berlaku di hadapan Insp. Frost pada ketika itu. Bagaimanakah boleh terwujudnya sebuah kampung di atas pergunungan dan ianya tidak seperti kampung biasa, tiada tiang elektrik, tiada jalan keluar atau pun masuk, kampung tersebut dikelilingi oleh hutan-hutan tebal. Dan rumah-rumah di situ semuanya diperbuat daripada pokok buluh. Dan terlintas di dalam fikiran Insp. Frost bahawa apa yang berada di hadapan matanya waktu itu adalah sebuah perkampungan orang bunian. Dan dia berjalan perlahan dibelakang Haikal sambil memandang ke arah keliling.

"Assalamualaikum ya makhluk Allah.." salah seorang daripada orang kampung di situ menyapa mereka berdua selepas menyedari kehadiran mereka. Setelah menjawab salam yang diberi, Haikal memperkenalkan diri kepada insan tersebut dan berniat untuk berjumpa dengan penghulu kampung tersebut dan tanpa ada sebarang soalan yang lanjut, mereka berdua dibawa terus ke depan pintu rumah penghulu kampung. Insp. Frost hanya mendiamkan diri dan membiarkan Haikal melakukan semua kerja-kerja kerana dia takut jika dia akan melakukan kesalahan atau tersalah kata, pasti bahaya yang akan mengundang. Setibanya mereka di hadapan rumah penghulu kampung, seorang gadis yang cantik dan manis keluar lalu mempelawa mereka untuk masuk ke dalam, mereka berdua hanya menuruti arahan dari gadis tersebut. Keadaan di dalam rumah itu agak tenang dan sunyi tidak seperti rumah-rumah biasa yang ada di alam manusia. Yang begitu mengganggu fikiran Insp. Frost sejak tadi lagi, selepas mereka tiba di kampung tersebut, langsung hilang perasaan letih dan panas. Sepanjang mereka berjalan menyusuri setiap rumah, hanya angin sejuk saja yang menyinggah. Walaupun di langit kelihatan matahari yang garang memancar.

Tidak lama mereka menunggu sambil bersila di dalam rumah penghulu itu, maka keluarlah seorang insan yang gagah tampak garang di wajah berjalan mendekati mereka. Insan tersebut terus duduk berhadapan dengan Haikal dan Insp. Frost. Bau yang harum singgah di hidung masing-masing akan tetapi mereka buat tidak tahu sahaja. Setelah mengenalkan diri masing-masing, penghulu itu segera memanggil anaknya untuk menghidangkan sedikit juadah kuih dan air panas untuk tetamu yang berkunjung. Tanpa membuang masa, soalan demi soalan diajukan oleh penghulu itu kepada dua orang manusia yang tak sepatutnya berada disitu. Haikal menjawab setiap soalan dengan senang dan tenang, Dari bagaimana dia menjumpai jalan untuk memasuki kampung tersebut hinggalah kepada niat utamanya untuk datang berjumpa penghulu. Maka ketahuanlah Insp. Frost akan siapa sebenarnya diri Haikal ini. Dia merupakan anak angkat kepada sebuah keluarga yang berasal dari dunia bunian, dan ada yang marah dengan keluarga tersebut kerana mengambil dirinya sebagai anak angkat. Semuanya terjadi ketika Haikal masih berumur 4 tahun, dia bersama keluarganya sedang mandi di kawasan air terjun berdekatan gunung ledang. Ketika dia sedang leka bermandi, dia terlihat seekor arnab di dalam hutan lalu pergi mengejarnya, akibat dari perbuatan dia itu, Haikal tersesat dan hilang, tetapi dijumpai pula oleh dua pasangan dari dunia bunian dan mereka mengambil Haikal pulang ke kediaman mereka. Haikal tidak berhenti menangis pada waktu itu, keluarga tersebut begitu berkenan dengan Haikal, kerana mereka tidak mempunyai cahaya mata lagi. Haikal terus menerus menangis, letih menangis dia tidur, bangun tidur, sambung menangis lagi sehinggalah 5 hari kemudian. Keluarga tersebut begitu kasihan dengan Haikal dan berjanji akan memulangkan Haikal semula kepada keluarga kandungnya. Ibu dan bapa Haikal masih berada di kawasan air terjun tersebut bersama dengan pasukan polis.

Semasa ibu dan bapa Haikal berdua saja, keluarga bunian tersebut menjelmakan diri dihadapan mereka berdua bersama Haikal. Selepas memohon maaf, mereka berdua meminta izin untuk datang melawat Haikal apabila terasa rindu dan ibu bapa Haikal tidak keberatan untuk membenarkan permohonan keluarga tersebut. Namun, saudara kepada keluarga bunian itu tidak setuju dengan apa yang disuarakan oleh mereka selepas menerima berita itu. Beliau yang begitu benci terhadap manusia tidak mahu darah dagingnya mengambil anak angkat daripada dunia manusia. Dan disebabkan itu, keluarga tersebut memarahi beliau dan tetap dengan keputusan yang dibuat. Akibat daripada itu, beliau berjanji apabila tiba satu masa di mana akan mendirikan rumah tangga, Haikal akan diancam oleh beliau sendiri dan semua ahli keluarganya akan mati dibunuh kecuali si isteri dan anak perempuan. Haikal menyedari perkara ini hanya selepas dia di ganggu ditempat kerja beberapa kali dan keluarga angkatnya datang menyelamatkan dirinya. Disebabkan tindakan keluarga angkatnya itu, ibu bapa dan adiknya dibunuh kejam dan mengakibatkan isterinya Halimah membunuh diri. Dan makciknya pula hilang tanpa ditemui sehinggalah ke hari ini. Dan Haikal diarahkan oleh keluarga angkatnya untuk meminta bantuan dari penghulu kampung yang di mana kampung tersebut adalah tempat tinggal keluarga angkatnya. Saudara kepada keluarga angkatnya itu kini sudah dibuang dan tidak dianggap sebagai darah daging lagi kerana sumpahnya untuk membunuh manusia sudah menguasai diri dan membuatkan dia mempelajari ilmu hitam lalu membuatkan dirinya menjadi syaitan yang sesat. Dan keluarga angkatnya pada waktu itu sedang bersembunyi selepas gagal untuk pulang ke kampung halaman dan terpaksa berehat disebuah rumah peninggalan arwah nenek Haikal kerana kecederaan yang di alami mereka berdua selepas bertempur dengan saudaranya tempoh hari. Mereka lakukan semua itu hanya kerana ingin melindungi Haikal dari ancaman syaitan yang dulunya mereka anggap saudara.

Selepas mendengar penjelasan dari Haikal, penghulu itu memejamkan mata sambil berpeluk tubuh. Dia berada dalam keadaan begitu untuk masa yang lama. Sementara itu di sisi Haikal, Insp. Frost, mulutnya tidak tertutup sepanjang mendengar cerita dari Haikal. Dia terkejut bukan kepalang apabila mengetahui akan perkara yang sebenar, lalu, dengan perasaan yang tenang, Insp. Frost mengajukan soalan kepada Haikal.

"Kal, asal kau tak selamatkan semua keluarga kau dan menceritakan perkara sebenar?"

"Tak semudah itu. Saat-saat gentir macam tu memang aku pun tak dapat nak melakukan apa-apa termasuklah keluarga angkat aku. Yang melakukan kerja-kerja keji itu semua orang suruhan saudara mereka, manakala dia, memburu aku. Aku dipersalahkan di atas pergaduhan yang berlaku antara mereka..Aku mangsa.." jelas Haikal. Dan mereka kembali mendiamkan diri sambil memerhatikan ke arah penghulu yang sejak tadi memeluk tubuhnya sambil memejamkan mata. Tidak lama kemudian matanya terbuka luas memandang tepat ke arah depan.

"DIA DAH SAMPAI!" jerit penghulu itu mengakibatkan Haikal dan Insp. Frost terkejut. Lalu penghulu tersebut terus bangun dan berjalan menuju ke arah muka pintu. Perlahan-lahan penghulu tersebut menoleh ke arah mereka berdua.

"Taik aku dah hujung-hujung.. Izinkan aku pergi berak dulu....."


Bersambung.....

Friday, 7 August 2015

Dia Dahagakan Darah: Dendam Berdarah #1

Sebuah kenderaan empat roda kelihatan sedang melalui jalan kampung yang agak sunyi. Pemandunya hanya seorang lelaki separuh usia, lagu-lagu irama melayu kedengaran dicorong radio. Hembusan asap rokok yang dihembuskan dari mulut lelaki itu hilang bersama angin. Kenderaan yang dipandu oleh lelaki separuh usia itu tiba ke sebuah rumah kampung yang usang. Daun-daun liar kelihatan menjalar ke seluruh pelusuk rumah. Keadaan rumah itu seperti telah lama ditinggalkan oleh tamadun manusia, seperti tidak berpenghuni lagi. Lelaki separuh usia itu memarkirkan kenderaannya dibawah pohon nan rimbun, enjin kenderaan tersebut dimatikan lalu dia membuka pintu kereta dan melangkahkan kaki menuju ke arah rumah usang itu tanpa menutup pintu kereta. Telinga lelaki separuh usia tersebut menangkap satu bunyi derapan dari dalam rumah, bunyi itu menuju ke arah pintu depan rumah. Dan,pintu rumah tersebut dibuka perlahan-lahan, bunyi engsel berkarat jelas kedengaran. Kemudian, muncullah seorang lagi lelaki dalam lingkungan umur awal 30-an. Lagu The Legacy nyanyian kumpulan Black Veil Brides pun dimainkan sebagai pembukaan cerita dan disertakan sekali nama para pelakon.. Eh?

"Kau dah bersiap ke belum?" tanya lelaki separuh usia itu kepada lelaki separuh usia yang sedang berdiri di depan pintu rumah itu yang mengenakan pakaian bewarna hitam, jaket kulit bewarna hitam dipegang kemas, lalu disarungkan ke badan. Dengan senyuman yang agak macho dan akan meruntuhkan jiwa mana-mana gadis hipster diluar sana, dia berlalu pergi dari rumah itu dan menaiki kereta bersama lelaki separuh usia tersebut. 

"Kita nak pergi mana ni Haikal..?" tanya lagi lelaki separuh usia itu kepada Haikal yang dijemput di rumah usang sebentar tadi. Setelah setahun berlalu selepas peristiwa tragis yang mampu membuatkan sesiapa saja menjadi gila, kini Haikal kembali bangkit bagi menamatkan apa yang berlaku. Wajah Halimah isterinya, Ibu bapa, dan adik lelakinya kerap bermain difikiran Haikal. Terlalu lama Haikal bersembunyi, bagi menyembuhkan hati yang terluka dan lara di atas pemergian kesemua insan-insan yang tersayang. 

"Kita pergi kat rumah yang terletak di atas gunung Ledang. Nak pergi ke rumah tu bukan senang, ada cara-caranya." jelas Haikal kepada lelaki separuh usia tersebut. Lalu kereta mereka pun membelah kesejukkan pagi yang hening. Jalan di kiri kanan penuh dengan hutan tebal, Kenderaan yang mereka naiki itu tiba-tiba menjadi perlahan walaupun meter menunjukkan angka 130 dan bunyi enjin yang bising jelas kedengaran. Lelaki separuh usia tersebut menjadi tidak keruan dengan keadaan tersebut, dia tahu ada 'benda' yang sedang mengacau mereka. Pandangan dialihkan ke arah Haikal akan tetapi dilihatnya Haikal berada dalam keadaan yang tenang dan mulutnya tidak henti-henti bergerak seperti sedang membacakan sesuatu yang tidak jelas kedengaran. Kemudian Haikal menggenggam penumbuk kanannya kemas dan satu tumbukan padu dilepaskan ke arah dashboard, mengakibatkan satu gegaran yang saat kuat berlaku disekeliling mereka. Pokok-pokok dikiri dan kanan kelihatan bergerak kencang selepas tumbukan dari Haikal dilepaskan. Dan, sehelai kain putih yang usang kelihatan jatuh di atas hud kereta yang mereka naiki. Enjin kereta tiba-tiba mati, lelaki separuh usia tersebut tergesa-gesa cuba untuk menghidupkan enjin, setelah berjaya menghidupkan enjin, Haikal mengajak lelaki separuh usia itu untuk ke keluar dari kenderaan.

"Kau pasti ke Kal? Se..se..selamat ke?" terketar-ketar lelaki separuh usia itu cuba untuk berkata.

"Kau kena berani, Frost! Ingat! Tiada siapa yang lebih berkuasa di dalam dunia ini selain ALLAH!' jerit Haikal geram kepada lelaki separuh usia yang dipanggilnya Frost yang pernah diupah oleh arwah adiknya bagi menjejaki kedudukan Haikal setahun yang lalu. Dan, kini beliau dipanggil oleh Haikal bagi membantu dirinya pula. Lalu Haikal keluar menuju ke arah hud depan kereta tersebut dan mengambil kain putih yang jatuh sebentar tadi. Bau haruman bunga melur jelas menyingkap ke hidung mereka berdua. Inspektor Frost menggigil seluruh badan selepas terhidu bau haruman yang wangi itu. Kalau boleh dia nak lari waktu itu juga, akan tetapi nyawa dia pasti akan terancam, kalau bukan disebabkan dia diselamatkan oleh Haikal minggu sebelumnya, sudah tentu dirinya akan mati dibunuh oleh mahkluk yang jasadnya seperti gorilla. Dia sendiri berasa ragu-ragu untuk mengikut Haikal kerana tiba-tiba hilang dan tiba-tiba muncul. Tapi di kena akur juga, tanpa Haikal disisinya sudah pasti gangguan makhluk yang tak dikenal pasti ini akan memburu dirinya. Ini semua berlaku bila Insp. Frost sendiri yang menjalankan penyiasatan walaupun orang yang mengupahnya sudah tiada. Dia lakukan dengan ikhlas dan atas dasar berperikemanusian. Tapi tidak dijangka pula dia kana menjadi sasaran, dia ingat hanya keluarga Haikal saja yang akan diburu. Lama dia termenung disitu tanpa menyedari Haikal sudah berada didalam kereta dan dibelakang keretanya ada beberapa kenderaan lain sedang menunggu sambil membunyikan hon serta high-beam. Insp. Frost terasa dirinya macam bangang waktu itu, dan Haikal didalam kereta segera menukar tempat duduk dari penumpang ke pemandu. Insp. Frost berlari anak dan terus masuk ke dalam kereta, pedal minyak ditekan dan berdesup kereta mereka membelah kesejukkan malam.

Selepas mereka tiba di Gunung Ledang tepat pukul 12 tengah malam, mereka meredah pula hutan tebal untuk menuju ke rumah yang Haikal sebutkan tadi. Haikal seperti tiada masalah ketika meredah semak samun yang meninggi sepanjang perjalanan mereka sedangkan Insp. Frost mengalami kesukaran. Mereka mereka hutan di Gunung Ledang itu selama 4 jam tanpa henti, Haikal langsung tidak menunjukkan rasa letih dan penat, manakala Insp. Frost seperti nyawa-nyawa ikan. Bekal air yang dibawanya tadi habis kering tanpa setitik air yang tinggal. Mereka langsung tidak berhenti dari meredah hutan itu. Kemudian mereka tiba di kawasan yang rata, dihadapan mereka ada sebuah rumah yang sangat usang, kalau ditendang pasti akan roboh. Haikal melangkah perlahan-lahan menuju ke arah rumah itu tetapi langkahnya terhenti setelah dia terdengar suara dari arah belakang. Dengan pantas dia menoleh ke arah belakang dan terkejut kerana Insp. Frost tercungap-cungap memanggil suara dia tapi tak jelas. Bayangkan 4 jam meredah gunung, air pula habis dan mereka lakukan ini tanpa berehat atau berhenti. Lalu Haikal pergi mendapatkan Insp. Frost yang lagaknya seperti insan yang terselamat dari letupan nuklear dan memapahnya menuju ke dalam rumah tersebut, dan dia mengambil mangkuk berhampiran lalu pergi menuju ke telaga air yang berdekatan dengan tujuan untuk beri minum kepada Insp. Frost. Selepas diberikan minum air, Insp. Frost terlelap dengan lenanya akibat terlalu penat. 

"Frost! Bangun!" Haikal mengejutkan Insp Frost dari tidurnya yang lena. Perlahan-lahan Insp. Frost membuka matanya.

"Dah tengahari ni..Kau nak tidur sampai bila?" jerit Haikal dari luar rumah. Lalu Insp. Frost bangun dan melangkahkan kakinya menuju ke muka pintu rumah tersebut lalu duduk sambil tersenguk-senguk. Haikal meletakkan semangkuk air di kaki tangga untuk Insp. Frost mencuci mukanya. Selesai Insp. Frost mencuci muka, beliau bangun mengeliat sambil menguap. Apabila dia merasakan bahawa dirinya sudah menemui kesegaran, terus saja dia turun dari tangga dan bila selangkah kakinya menjejak bumi, serta merta keadaan sekelilinginya berubah. Dihadapannya ada beberapa buah rumah yang diperbuat dari kayu buluh.

"Ka...kal....kita..kat ma...mana...ni...?" tergagap-gagap Insp. Frost menanyakan soalan kepada Haikal. Haikal sedar akan perkara ini dan sudah bersedia untuk memberitahu perkara sebenarnya kepada Insp, Frost.

"Bawa bertenang Frost. Aku akan jelaskan segala-galanya kepada engkau. Mari, ikut aku.." lalu Insp. Frost pergi mengikut langkah Haikal. Mereka menuju ke sebuah warung yang di mana di situ tiada meja mahu pun kerusi, pelanggan dikedai tersebut hanya duduk bersila di atas lantai yang diperbuat daripada kayu buluh. 

"Mereka ni semua bunian ke apa?' bisik Insp. Frost di dalam hati. Terlalu banyak persoalan yang bermain di dalam benak fikiran dia waktu itu. Mereka memasuki warung itu dan duduk bersila di satu sudut. Setelah memesan makanan dan minuman, Haikal terus memandang ke arah Insp. Frost.

"Aku tahu kau tengah keliru, bagaimana kita boleh sampai ke sini kan? Sedangkan semalam semuanya hutan. Aku akan jawab soalan kau tu. Kita bukan ada di alam nyata lagi, kita di dunia mereka. Bunian....." terbelalak mata Insp. Frost setelah mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Haikal sebentar tadi. Bagaikan tidak percaya dengan apa yang didengarinya, dia terus melihat ke arah sekelilingnya di mana semua penduduk sedang melihat ke arahnya dengan wajah yang bengis. 

"Ada manusia kat sini.." jelas terdengar suara itu tetapi tidak tahu siapa yang mengatakannya. 

"Hanya aku saja yang bebas membawa engkau keluar masuk dalam alam ini. Dan tujuan aku hanya satu, aku ingin korbankan engkau kepada raja kami." jelas Haikal kepada Insp. Frost. Dia yang sejak tadi kelihatan seperti si bodoh kembali menenangkan dirinya sendiri.

"Ni semua mimpi je kan?" sedulang makanan dicampakkan ke arah Insp. Frost dan Insp. Frost terus membuka matanya dan tergopoh gapah bangun. Matanya melilau memandang ke arah keliling. Semuanya gelap sunyi, dia memandang atas dan bawah, dia masih berada di dalam rumah yang diperbuat dari kayu buluh. Dengan pantas dia berlari keluar dari rumah itu dan melihat Haikal sedang duduk berdekatan dengan unggun api dan dua batang kayu dipacakkan di kiri kanan unggun api tersebut. Ditengahnya ada seekor ayam hutan yang sedang dibakar oleh Haikal.

"Mula-mula ayam, lepas ni aku pulak yang akan berada disitu." lalu dia berlari dan memberikan satu tendangan padu ke arah Haikal. BEDEBUK! Haikal jatuh tergolek ke atas bumi, dengan pantas dia bangun dan mengelak serangan yang datang dari Insp. Frost.  Segala serangan yang dilakukan berjaya ditepis dan di elak. Tetapi Insp. Frost tetap terus melakukan serangan sambil terjerit-jerit. Haikal menunggu peluang pembukaan untuk dia melancarkan serang balas. Dan bila peluangnya tiba, Haikal mendermakan sejumlah tumbukan yang begitu padu ke perut Insp. Frost dan akhirnya Insp. Frost terus pengsan.

"Nampak gayanya engkau tewas dengan gangguan syaitan Frost." bisik Haikal di dalam hati lalu dia memikul Insp. Frost di bahu dan terus melangkahkan kaki menuju ke dalam semak samun. Kedengaran hilai tawa sang gadis di atas pokok namun Haikal mengendahkan tawa tersebut dan meneruskan perjalanan.




Bersambung....

Wednesday, 5 August 2015

Cikgu Suraya #Final

Maslan terduduk termenung seorang diri di sebelah kubur yang bernisankan nama Mohammad Amir bin Abdul Razak. Orang ramai sudah lama berlalu pergi selepas menyelesaikan pengebumian arwah Amir, Ketika ingin meletakkan jenazah ke dalam liang lahad, mereka semua melalui saat yang gentir, di mana tanah kubur yang dikorek tertimbus semula. Semuanya menjadi mudah hanya setelah seorang Iman membacakan doa agar urusan pengebumian itu selesai dengan segera tanpa ada sebarang masalah. "Kawan kamu ni terlalu besar dosa yang dilakukannya...sehingga membuatkan bumi tidak mahu menerima jenazah kawan kamu ni...." masih terngiang-ngiang digegendang telinga Maslan kata-kata yang diucapkan oleh Iman tersebut. Maslan yang telah sedar dari koma berangkat pulang ke rumah ditemani oleh abangnya selepas tiga hari kejadian yang menimpa Amir itu berlaku. Setiba mereka dirumah, mayat arwah Amir telah pun busuk, dikerumini cacing-cacing dan serangga yang tidak dikenali. Daging bersepah sana sini, darah memercik merata tempat. Tangan arwah Amir terputus, jantungnya berlubang seperti digigit sesuatu yang tajam, hatinya hancur berkecai. Manakala kepalanya seakan-akan dihentak menggunakan objek yang tumpul. Bau yang busuk itu tidak dapat dihidu oleh jiran-jiran, kerana syaitan yang melakukan perkara tersebut telah menghalang bau itu daripada terlepas keluar. Bau busuk itu dapat dihidu hanya selepas Maslan membuka pintu rumah. Maslan seperti tidak percaya dengan apa yang terjadi pada sahabatnya yang dianggap rapat itu. Seorang ustaz yang turut membantu semasa upacara pengebumian telah pun memberitahu kepada Maslan bahawa sahabatnya itu telah bertarung dengan syaitan tetapi tewas tanpa tahu punca kenapa. Maslan terlalu bingung dengan penjelasan dari ustaz tersebut, dan dia dinasihatkan oleh ustaz tersebut agar berpindah dari rumah itu.

Mayat seorang wanita berumur lingkungan lewat 30-an telah dijumpai oleh sekumpulan ahli peneroka hutan, mayat wanita tersebut dijumpai berada di atas busut dalam keadaan yang ngeri, di mana kepalanya disumbatkan ke dalam kemaluan. Kakinya dikepak ke atas. Dan tangannya dipotong lalu ditanamkan ke dalam busut tersebut. Pihak polis dengan unit forensik datang ke tempat kejadian selepas menerima laporan, dan mereka menjumpai dua mayat yang berada disitu, kebetulan unit forensik menghadapi kesukaran untuk menarik tangan mangsa keluar daripada busut itu, dan mereka terpaksa menggali busut itu untuk menarik keluar tangan mangsa wanita tersebut. Perjumpaan yang tidak dijangka oleh unit forensik apabila selesai mereka menggali, mereka menjumpai tengkorak yang lengkap dibawah busut itu. Tengkorak itu diambil dan dibawa ke makmal dibalai polis dan mereka mengesahkan bahawa ianya adalah milik seorang budak yang dilaporkan hilang 10 tahun yang lepas, budak itu bernama Hamdan Sidek bin Sazali Sudip. Dan mayat wanita itu dikenal pasti sebagai Suraya binti Abdul Ghani Salleh. Pihak polis menemui jalan buntu terhadap kes ini dan mereka bersetuju untuk tidak menyambung siasatan. Keluarga mangsa lelaki dan wanita tidak dapat menerima keputusan yang dibuat.

Jauh ditengah-tengah pergunungan Jerai yang terletak di Kedah, terlihat satu pondok yang usang. Di dalamnya ada seorang wanita tua berambut putih panjang duduk seorang diri.

"Dendam aku terhadap kau sudah selesai, Suraya yang aku cintai,"





-Tamat-

Cikgu Suraya #7

Amir dan Cikgu Suraya berjanji akan bertemu di tempat parkir kereta sekolah selepas tamatnya sesi pembelajaran tambahan matematik. Mereka menunggu semua orang untuk pulang dulu, pada masa yang sama Amir diminta oleh Cikgu Suraya untuk membantunya dipejabat guru. Apabila keadaan menjadi sunyi dan sepi disebabkan semua guru dan murid telah pun pulang ke rumah, Cikgu Suraya berbisik ke telinga Amir "Jom sayang". Disebabkan pejabat guru itu panas kerana kipas rosak dan masih belum diperbaiki lagi, Cikgu Suraya merancang untuk melakukan aktiviti haram bersama Amir hanya di dalam keretanya sahaja sambil ditemani penghawa dingin. Setelah memastikan lampu dipejabat guru telah dimatikan suis, mereka memerhatikan keadaan sekeliling untuk memastikan tiada manusia pun yang ada di situ. Apabila sudah pasti hanya mereka berdua sahaja yang tinggal, Cikgu Suraya terus memeluk Amir sambil menjilat-jilat leher Amir. Kedengaran dari jauh motorsikal pak guard sekolah berlalu pergi, Cikgu Suraya telah berjanji bahawa dia akan tutupkan pagar sekolah tersebut untuk pak guard dengan alasan dia akan pulang lewat disebabkan dia harus menanda kerja rumah anak muridnya yang banyak. Dengan nafsu yang membuak-buak, mereka berdua terus bergomol dengan nafsu sambil berjalan menuju ke arah kereta Cikgu Suraya.

Hamdan yang baru sahaja keluar daripada tandas akibat sakit perut yang melampau, berlari menuju ke luar tandas dan mendapati tiada sesiapa pun yang ada berdekatan. Dia menyangkakan semuanya sudah pulang ke rumah dan hanya tinggal dia seorang saja di sekolah. Dengan lenggang kangkung Hamdan berjalan untuk menuju ke pintu pagar sekolah, akan tetapi langkah kakinya terhenti, matanya tertumpu pada sebuah kereta yang hanya ada satu saja ditempat letak kenderaan khas untuk para guru. Hamdan menjadi serba salah apabila dia terlihat ada sepasang tubuh sedang bergerak liar di dalam kenderaan tersebut. Dia amat pasti dan tahu bahawa kereta itu milik siapa. Dengan langkah yang perlahan dan berhati-hati, Hamdan berjalan menuju ke arah kereta milik Cikgu Suraya tersebut. Dari jauh sudah kedengaran erangan manja Cikgu Suraya, dan Hamdan berasa serba salah. Akan tetapi, dia tetap ingin datang dekat dan ingin tahu dengan siapakah Cikgu Suraya bersama pada waktu itu. Dengan pantas tapi berhati-hati tanpa bunyi, dia menyelinap ke bahagian tepi kanan kereta. Perlahan-lahan Hamdan mengangkat kepalanya bagi mengintai perbuatan terkutuk dua makhluk itu. Alangkah terkejutnya diri Hamdan bahawa yang sedang bersama dengan Cikgu Suraya pada waktu itu adalah kawan sekelasnya, Amir. Dua pasangan tersebut terus menerus melakukan aktiviti terkutuk tersebut dengan penuh ghairah tanpa menyedari kehadiran Hamdan diluar kereta.

Tanpa berfikir panjang, dia terus mengetuk tingkap kereta tersebut dan menjerit memanggil nama mereka berdua. Dua pasangan itu tadi terus terkejut dan berhenti melakukan sebarang pergerakan serta merta. Riak terkejut terpancar dari wajah masing-masing, mereka tidak jangka bahawa masih ada lagi manusia disekolah tersebut, dan manusia itu adalah seorang pelajar skema bernama Hamdan. Amir terus memakai seluar dalam dan keluar dari kereta manakala Cikgu Suraya masih di dalam kereta menyelubungi tubuhnya dengan kain baju kurung.

"Kau buat apa kat sini? Bukan kau dah balik ke Dan?' soal Amir kepada Hamdan akan tetapi Hamdan tidak menjawab sebaliknya mengajukan soalan kepada Amir tentang perkara terkutuk yang dilakukan oleh mereka berdua itu. Amir menjadi berang lalu memukul Hamdan beberapa kali dan mengugut supaya Hamdan tidak menceritakan perkara ini kepada sesiapa jika tidak nyawanya akan melayang. Namun Hamdan tidak peduli dengan semua itu.

"Nak bunuh, bunuhlah! Aku tetap dengan ajaran agama aku! Maksiat itu haram! Aku akan laporkan perkara ni kepada jabatan agama islam dan beritahu suami Cikgu Suraya! Allah Maha Berkuasa Mir!! Apa yang kau buat ni berdosa! Dia tu isteri orang! Dan kau tu budak lagi!! Malulah dengan Allah Mir!" jerit Hamdan kepada Amir. Tindakan Hamdan tersebut membuatkan Amir menjadi semakin berang dan Cikgu Suraya yang terdengar percakapan Hamdan tadi terus keluar dari kereta sambil di tangan kanannya menggengam stereng lock lalu dihayunkan objek tersebut tepat ke kepala Hamdan. Hamdan jatuh terjelupuk ke bawah, dan darah merah pekat mengalir keluar dari tempat hentakan tadi. Cikgu Suraya yang tadinya berani tiba-tiba menjadi kecut setelah melihat darah yang banyak itu, objek yang dipegangnya tadi terlepas dari tangan dan jatuh menghempas bumi. Amir yang melihatkan keadaan itu terus mencapai stereng lock tersebut dan terus menerus menghentak kepala Hamdan. Akhirnya Hamdan berhenti bergerak, barulah Amir berhenti dari memukul. Senjata yang digunakan itu terus dia letak kembali di dalam kereta dan dia mengarahkan Cikgu Suraya supaya segera memakai baju.

Sementara Cikgu Suraya memakai baju semula sambil menangis, Amir dengan pantas mengangkat mayat Hamdan lalu letakkan di dalam bonet kereta. Amir pergi ke arah Cikgu Suraya dan menyuruhnya supaya bertenang. Cikgu Suraya masih menangis di sisi kereta dan Amir mengambil kain dari dalam kereta lalu mengelap darah yang ada di atas parkir kereta tersebut sehingga tiada sebarang kesan yang tinggal.

"Cikgu jangan bimbang, saya tau satu tempat untuk kita tanamkan Hamdan. Cikgu cuma perlu relaks dan bawa kereta ni, kita pergi ke hutan yang saya katakan tu dan kita kena pergi jauh ke dalam lagi untuk tanamkan dia ni." terang Amir kepada Cikgu Suraya yang hanya menggangguk faham. Lalu mereka pun berlalu pergi dari kawasan sekolah tersebut dan menuju ke destinasi yang disebut Amir tadi. Setiba mereka dikawasan tersebut, Amir lincah melakukan kerja-kerja penanaman mayat Hamdan yang di mana tanah tersebut hanya dikorek menggunakan tangannya saja. Dan dia menutup bekas kambusan tanah itu dengan menggunakan daun-daun kering dan batu-batu sungai. Dan ianya tidak ubah seperti busut tanah, sudah pasti tidak akan ada seorang pun yang akan perasan. Kemudian, Amir mendapatkan Cikgu Suraya dan menenangkan beliau. Mereka membuat janji untuk tidak bocorkan rahsia ini kepada sesiapa sampai bila-bila. Lalu mereka kembali menyambung kerja mereka yang terbantut tadi. Hati manusia yang lemah, bila sudah dikuasai nafsu serakah, dah bunuh orang pun masih ada selera. Ini menunjukkan hati mereka berdua benar-benar gelap tanpa cahaya Nur.

**************************************************************************

"Kau dah mati Dan! Kau dah MATI! Tak mungkin kau ada kat sini!!' jerit Amir sambil memandang tepat ke arah lembaga yang berdiri disebelah Cikgu Suraya.

"Aku mati hidup balik Mir.. Mayat aku tak tanam dengan sempurna Mir.. Mayat aku tak dimandikan Mir.. Mayat aku tak ada orang jumpa MIR!!!! Dan sekarang aku nak bawak kau bersama dengan aku! Untuk MATI bersama aku!" suara yang garau itu semakin galak kedengaran. Amir cuba untuk berlari ke arah Cikgu Suraya akan tetapi tiada keberanian di dalam dirinya. Cikgu Suraya hanya berdiri seperti tiada jiwa. Dia hanya memandang ke arah Amir, pandangan itu pandangan kosong. Lembaga yang berdiri disebelahnya itu hanya ketawa besar, ketawa yang menyeramkan.

"Amir...Aku nak kau tengok ni...Tengok tangan aku meraba tubuh kekasih kau ni!"

"Kau jangan sentuh dia, setan!" jerit Amir dengan perasaan marah yang membuak-buak.

"Setan? Kau panggil aku setan? Ya Amir...Aku setan yang bermain dengan jasad yang tak sempurna ni, aku bermain dengan roh yang berkeliaran mencari-cari hala tuju. Aku memperalatkan roh yang lemah ni untuk membalas dendam ke atas perbuatan kau... dendam itu makanan aku Mir.. Dan aku tak akan kenyang selagi kalian berdua tidak turut sama mati. HAHAHAHAHAHA!". tawa yang menyeramkan itu menjadi semakin kuat. Amir tidak dapat berbuat apa-apa lagi, dia hanya berdiri dan melihat saja. Dan dia terkejut apabila jasad kekasihnya itu senyum ke arahnya dan memanggil namanya manja.

"Amir sayang....jom lah kita buat benda yang kita selalu buat tu...Sue tak tahan sayang, Sue rindu....".

Amir hanya mampu menangis setelah mendengar kata-kata dari Cikgu Suraya. Lembaga tersebut terus menggomol tubuh Cikgu Suraya dan dia, Cikgu Suraya, memanggil-manggil nama Amir dalam keadaan yang ghairah. Dengan tidak semena-mena.

"Bosan aku dengan kau ni perempuan sial...." kata-kata lembaga itu diakhiri dengan mencabut kepala Cikgu Suraya. Darah terpercik sana sini, urat dan usus-usus dari badan Cikgu Suraya tergantung-gantung bersama kepala. Lalu dicampakkan ke bawah dan kepala tersebut tiba-tiba bangkit semula dan berada diawang-awangan. Kepala tersebut mengilai panjang disambut dengan ketawa dari lembaga itu tadi. Amir yang melihat kejadian tersebut menjadi bisu tanpa suara, tubuhnya kaku, Dia tidak percaya dengan apa yang dia saksikan sebentar tadi. Otaknya gagal untuk berfungsi, untuk melarikan diri tidak, untuk memahami perkara yang sedang berlaku pun tidak. Kemudian, kepala Cikgu Suraya terbang menuju ke arah Amir lalu menggigit bahu Amir. Amir menjerit kesakitan setelah diperlakukan sebegitu rupa, Daging bahu Amir terkoyak akibat direntap oleh kepala Cikgu Suraya, dia hanya mampu menangis dan menjerit menahan kesakitan. Kakinya terasa seperti beku, tidak dapat bergerak, apatah lagi untuk melarikan diri dari situasi yang mengelirukan itu. Kepala Cikgu Kepala terus menerus menggigit dan meratah badan Amir. Dengan perlahan lembaga tadi berjalan menghampiri Amir, dia seronok melihat keseksaan yang dialami oleh Amir. Lembaga itu senyum melihat Amir dan berkata "Amir...Jangan risau..yang sedang meratah tubuh kau sekarang bukanlah kekasih jahanam kau..tetapi makhluk yang aku jaga...Kekasih kau sudah lama mati Mir...Aku bunuh dia dulu sebelum aku datang kepada kau....Aku culik dia waktu kemalangan tempoh hari..Dan, ini janji aku...Aku tak akan bocorkan perkara ni kepada sesiapa pun....". Lalu lembaga itu terus tersenyum dan ketawa terkekek-kekek. Amir sudah tiada daya untuk berlawan atau pun bergerak. Amir sudah pasti ini adalah pengakhiran bagi dirinya. Lalu Amir menggunakan kudrat yang ada untuk mengucap sebelum dia menghembuskan nafas yang terakhir akan tetapi, segala-galanya sudah terlambat. Amir meninggal dunia tanpa sempat mengucap dua kalimah syahadah.


Bersambung........................................