Tuesday, 11 August 2015

Dia Dahagakan Darah: Dendam Berdarah #3

Haikal bersama Insp. Frost duduk termenung di bahagian ruang tamu penghulu sambil menunggu. Anak gadis penghulu pula sejak tadi hanya berdiri di satu sudut sambil memerhatikan mereka berdua. Cantik juga anak gadis orang bunian ini fikir si Insp. Frost. Dalam kegelisahan pun dia mampu bersikap nakal. Haikal bangun dari tempat duduknya lalu berjalan menuju ke arah jendela dan merenungi ke luar jendela, mengagumi kebesaran yang Maha Esa, menilai kehidupan dari sudut berbeza, tak memadai hanya kecapi rasa selesa..eh? 


Selepas lagu Too Phat bermain difikiran Haikal, penghulu pun muncul dari arah pintu hadapan. Kelegaan terpancar diwajahnya, siapa tak lega dan selesa bila kita dah puas keluarkan semuanya? Lalu penghulu pun kembali duduk ke tempat asalnya sambil mendengus. "Baiklah..aku akan bantu kalian tetapi dengan syarat!" kata-katanya terhenti seketika. Haikal yang ingin kembali duduk berhadapan dengannya menjadi bongkok akibat turut sama berhenti dengan kata-kata penghulu itu tadi. "Kalian harus memperjelaskan padaku dengan lebih terperinci lagi tentang tujuan kalian datang ke mari.." sambung penghulu lagi. Peluh besar kelihatan muncul di dahi Haikal dan Insp. Frost selepas mereka terpaksa menunggu hampir-hampir 2 jam akibat penghulu pergi ke tandas dan rupanya beliau tidak mendengar penjelasan yang Haikal berikan sebelumnya tadi. Namun itu semua tidak menjadi masalah buat Haikal, dia kembali duduk bersila dan menceritakan semula situasi yang menimpa dirinya. Penghulu memasang telinganya dan mendengar baik setiap kata-kata yang keluar dari mulut Haikal. Insp. Frost hanya duduk di sisi Haikal sambil matanya menjeling ke arah anak gadis penghulu dan berfikir jika dia boleh mengetahui nama anak gadisnya itu. 


"Lah..mengapa tidak diberitahu awal-awal? Kes seperti ini sangat-sangat berat.." kata Penghulu kepada Haikal selepas mendengar penjelasan.


"Habis tadi tok kata tok akan bantu..." jawab Haikal sedikit kecewa.


"Tapi aku fikir kalian inginkan aku untuk mengubat orang sakit.." balas Penghulu semula.


"Sudah bapak. Jangan bapak berdalih lagi, mereka berdua di dalam kesusahan. Lia tahu mereka hanya manusia biasa tetapi bapak tidak boleh membuli mereka. Kita harus membantu sesama kita, bukankah itu janji kita pada sang Pencipta?" herdik Lia dari sudut sedikit berjauhan dari tempat mereka bertiga duduk bersila, membuatkan Haikal dan Insp. Frost berasa syukur dan Insp, Frost terlihatnya seperti gembira apabila mengetahui nama anak gadis penghulu itu adalah Lia.


"Iya..bapak hanya mahu bergurau mesra sahaja, apa tak boleh bapak melakukan sedemikian, Lia?" rungut bapaknya manja sambil bermain dengan misai tebalnya.


"Bergurau ada waktunya bapak. Insan berdua ini sedang ditimpa kesusahan yang datangnya dari anak didik bapak sendiri. Apa bapak tidak merasa malu setelah bertahun bapak melatih anak didik bapak itu tetapi dia bersengkokol dengan syaitan yang direjam?" marah Lia lagi kepada bapaknya.


"Baiklah. Baiklah. Jika Lia benar-benar mahu bapak membantu mereka berdua ini bapak akan turutkan akan tetapi sebagai balasannya bapak mahu Lia masakkan untuk bapak Asam Pedas Johor. Al maklumlah, kita ini semua berada di dalam kawasan Johor, bapak sokong Mat Yo.." jawab penghulu kepada Lia.


"Ish.. Ada-ada saja bapak ni.." lalu Lia berlari anak masuk ke dalam ruang tengah rumah itu dan hilang dari pandangan. Mata Insp. Frost tidak berkelip dari tadi memandang lagak yang dilakukan oleh Lia. Senyuman terukir dibibirnya. Penghulu juga turut perasan akan perbuatan Insp. Frost lalu disimbahnya air minuman ke arah Insp. Frost dan membuatkan dia kembali ke dunia nyata. Terdengar suara tawa kecil dari arah dalam, suara itu jelas milik Lia. Dan Haikal yang berada di situ gelak kecil sambil menepuk bahu Insp. Frost. Penghulu juga turut gelak dengan keadaan yang ceria itu. "Kalian berehat sahaja dirumahku yang tidak seberapa cantik ini. Mujur aja tidak terlihat oleh kerajaan kalian. Jika tidak, sudah pasti kami semua dikenakan cukai pintu.." kata penghulu lagi, lalu mereka semua kembali gelak besar tanpa berhenti. Penghulu memaksa mereka untuk bermalam dirumahnya kerana keesokkannya mereka harus bangun sebelum subuh dengan tujuan mengikut penghulu pergi memburu dihutan untuk sarapan pagi. Hanya selepas itu barulah penghulu akan memberitahu strategi yang akan dilancarkan terhadap anak didiknya yang di mana hatinya sudah ditenggelami oleh kuasa syaitan. 


Tepat pukul 4 pagi, Haikal dan Insp. Frost dikejutkan, mereka berdua bersama dengan penghulu dan beberapa orang kampung yang lain berkumpul dihadapan rumah penghulu. Selepas membaca doa-doa, mereka memulakan perjalanan mereka menuju ke dalam hutan dengan langkah kanan. Setiba mereka di dalam hutan, mereka berpecah kepada dua kumpulan. Haikal dan Insp. Frost berada di dalam kumpulan yang diketuai oleh penghulu. Mereka berjalan tanpa menggunakan sebarang punca cahaya. Haikal dan Insp. Frost mengalami kesukaran untuk berjalan di dalam gelap. "Kita harus pulang sebelum waktu subuh" terang penghulu kepada ahli kumpulannya. 


Mereka tiba di sebatang pokok yang besar, di situ kelihatan beberapa ekor ayam sedang mengais tanah. Haikal dan Insp. Frost hanya berdiri diam dari jauh sambil melihat yang lain berjalan dekat ke arah ayam-ayam tersebut. Tanpa sebarang kesukaran yang dihadapi oleh mereka, ayam-ayam itu telah berjaya diberkas. Dengan berbekalkan 20 ekor ayam, mereka membuat keputusan untuk pulang sahaja. Haikal dan Insp. Frost membantu dalam proses menyembelih ayam-ayam itu dan memikul dalam perjalanan pulang. Akan tetapi, setibanya mereka di satu kawasan, Haikal dan Insp. Frost terpisah daripada kumpulan penghulu. Mereka menjadi cemas, mereka menjerit memanggil penghulu tetapi tiada sahutan. Haikal meletakkan ayam buruan itu tadi ke atas tanah lalu dengan tenang dia membaca sepotong ayat dari al-Quran sambil memejamkan mata. Insp. Frost hanya berdiri di sisi sambil membaca surah ayatul Qursi.


 Pokok-pokok disekeliling mereka bergoyang kencang tetapi tiada angin yang datang menerpa. Terdengar suara ketawa yang ngeri disetiap pelusuk hutan, mata Insp. Frost melilau mencari mana arah ketawa itu. Dan tiba-tiba sebilah parang yang begitu tajam datang menikam badan Insp. Frost lalu dia jatuh rebah ke bumi. Haikal menjerit memanggil nama Insp. Frost, dia menarik parang itu keluar dari tubuh Insp. Frost dan darah pekat keluar mengalir. Suara ketawa itu tadi masih lagi kedengaran dan tidak berhenti, pokok dikiri kanan mereka semakin galak bergoncang."Keluar kau setan! Mari berhadapan dengan aku! Aku yang kau mahukan! Jangan kau bunuh insan yang tiada kaitan dengan dendam bodoh kau tu!" jerit Haikal sepuas hati.


 Pokok yang tadinya bergoncang tiba-tiba menjadi tenang. Dan, muncullah sekujur tubuh lembaga hanya beberapa kaki dari kedudukan mereka berdua. Haikal memandang tepat ke arah lembaga itu dan membacakan ayat-ayat suci al-Quran. "Engkau tak akan dapat hapuskan aku manusia. Aku akan hapuskan engkau bersama manusia-manusia yang lain! Bumi ini tidak memerlukan insan yang lemah seperti kalian!" teriak lembaga itu kepada Haikal. Insp. Frost perlahan-lahan bangun dan diperhatikan oleh Haikal.


"Kal..selamatkan diri kau..biar aku halang dia..I'll buy us some time.." kata Insp. Frost kepada Haikal.


"No way. Syaitan ni bukan raksasa yang kau boleh jumpa dalam cerita One Piece or Naruto..Aku tau kau kehilangan banyak darah tapi jangan hilang akal!" jawab Haikal tegas.


Dengan tidak semena-mena, 4 bilah parang terbang menikam tubuh lembaga itu. Lembaga tersebut menjerit kesakitan. Lalu penghulu bersama beberapa orang kampung yang lain muncul memberikan bantuan. Dengan bertemankan lampu yang dibuat dari obor api. Maka terlihatlah wajah lembaga itu tadi. Wajahnya yang ngeri seakan-akan mayat yang sudah mereput, mayat yang sedang mengaduh kesakitan akibat terkena tikaman."Escargot! Hentikan perbuatan keji kamu ini dengan serta merta!" jerit beberapa orang kampung yang berada disitu.


"Aku tidak melatih engkau untuk menjadi sebahagian dari syaitan. Aku melatih serta mendidik engkau untuk patuh kepada perintah Allah! Apakah kamu sudah lupa janji-janji yang telah engkau junjung selama ini wahai Escargot?" tanya penghulu kepada Escargot yang kini sudah menjadi sebahagian daripada syaitan.


"Aku tidak pernah lupa akan janji-janjiku. Janji yang di mana aku akan hapuskan sesiapa sahaja yang menjadi penghalangku!!" lalu dia hilang bersama kegelapan disahuti pula dengan ketawa jahat.


"Kecederaan kamu ini masih boleh disembuhkan lagi, kita harus segera pulang ke kampung halaman. Sementara itu, kamu minumlah air yang telah aku bacakan ayat-ayat suci al-Quran ini dan percayalah bahawa tiada sebarang penyakit yang tidak boleh disembuhkan kecuali kematian." lalu dihulurkan air tersebut kepada Insp. Frost dan diminumnya tanpa syak wasangka. 


"Lagi beberapa minit azan akan berkumandang menandakan telah masuknya waktu solat subuh, kita harus lekas. Setiba kita dirumahku, Lia akan menjagamu..ayuh semua!" jelas penghulu itu. Selepas mendengar penjelasan dari penghulu, Insp. Frost bingkas bangun dan terus berjalan seperti tidak pernah sakit. Keseronokkan jelas terpancar diwajahnya selepas dia mengetahui bahawa Lia akan merawatnya.


"Haikal, izinkan aku untuk membunuh sahabatmu ini..."


"Silakan, dan saya akan galikan kubur untuk tanam dia.."


Kegeraman membuak-buak dihati mereka berdua selepas melihat gelagat Insp. Frost. Anak-anak kampung berada disitu ketawa kecil melihat perangai mereka bertiga yang tidak ubah seperti kanak-kanak. Lalu mereka pun memulakan perjalanan mereka untuk pulang ke kampung halaman yang dirindui.









Bersambung.......

No comments:

Post a Comment