Tuesday, 11 August 2015

Dia Dahagakan Darah: Dendam Berdarah #4

Insp. Frost yang sedang duduk di kaki anak tangga berbual ceria dengan Lia, sepertinya Lia merasakan gembira apabila berbual-bual dengan lelaki separuh usia itu. Bermacam cerita yang dikongsikan oleh Insp. Frost kepada Lia. Kadang-kadang ketawa Lia akan terdengar hingga ke dalam rumah. Namun keseronokkan mereka terhenti apabila mereka melihat Penghulu bersama Haikal berjalan ke bahagian depan halaman rumah dengan cangkul. Renungan yang tajam dilemparkan ke arah Insp. Frost. Mereka berhenti dibawah pokok yang yang rendang lalu menghayunkan cangkul itu ke arah tanah. Insp. Frost dan Lia menjadi hairan dengan perbuatan mereka berdua yang begitu asyik menggali tanah. Pandangan yang menyeramkan tetap tidak terlepas dari Insp. Frost. Peluh mulai membasahi dahi Insp. Frost.

"Bapak buat apa tu dengan abang Haikal?' tanya Lia kepada bapaknya.

"Aku nak gali kubur untuk si tua kutuk sebelah kau tu." jelas Penghulu kepada anaknya yang dilihatnya bingung dengan penjelasan yang diberi.

"Err..dia orang ni sungguh ke nak bunuh aku? Err..janganlah..sepatutnya dia orang gembira sebab aku mampu hidup lagi..." bisik Insp. Frost di dalam hati ketakutan. Dia menelan air liurnya sendiri. Isteri Penghulu muncul dari arah dalam rumah sambil memikul 3 ekor ayam ditangannya. Lalu diserahkan kepada Insp. Frost untuk diberikan kepada Penghulu untuk dipanggang buat makan tengahari. Hati Insp. Frost berasa lega apabila mendengar kata-kata isteri Penghulu sebentar tadi. Tanpa melengahkan masa, dia melangkah kaki kanannya menuju ke arah Penghulu dan Haikal yang sejak tadi gigih menggali tanah untuk dibuat bara api. Setelah ayam itu diletak berhampiran mereka berdua, sekali lagi Penghulu dan Haikal memberikan jelingan yang tajam hingga membuatkan Insp. Frost memohon maaf dengan perbuatannya subuh tadi. Akhirnya, mereka berdua memaafkan Insp. Frost diatas tingkah lakunya. 

"Saya bukan apa tok. Saya gembira sangat sampai tak terasa sakit bila tok kata Lia akan mengubati saya.." jelas Insp. Frost sambil mencampakkan sebuah senyuman yang sangat manis ke arah Lia dan dibalasnya dengan menyengitkan mata. 

"Haikal, aku rasa kita kena gali lebih dalam lagi, bukan apa, sambil membakar tu boleh kita bacakan talkin sekali. Sekurang-kurangnya mayat yang nak kita tanamkan kejap lagi dah rasa panas dunia sebelum panas neraka.." perli Penghulu selepas mendengar penjelasan dari Insp. Frost. Lalu Haikal ketawa dan mengarahkan Insp. Frost untuk terus berehat di dalam rumah sebelum dia berubah fikiran. Insp. Frost hanya mampu menurut sahaja. Dan dia kembali duduk di kaki tangga bersama Lia dan bersambun cerita.

Haikal dan Penghulu begitu serius dalam membuat kerja mereka. Yang anehnya, mereka seperti rakan sekerja yang sudah lama bekerja bersama. Kerana setiap perbuatan mereka seperti sudah dirancang sejak awal lagi. Dan tidak kedengaran sepatah pun arahan yang dikeluarkan dari mulut Penghulu mengenai menu makan tengahari mereka itu. Haikal seperti sudah mengetahui perkara itu terlebih awal dan melakukan setiap kerjanya tanpa sebarang kesilapan dan mereka seperti sudah berkomplot untuk bergurau kasar dengan Insp. Frost. "Alhamdulillah, semua sudah selesai. Marilah kita bawa ke ruang makan dan menunaikan fardhu zohor dulu. Kemudian baru kita menjamu selera bersama. Haikal memanggil Insp. Frost untuk membantunya membawa ayam panggang itu semua untuk dibawa masuk ke dalam rumah. 

Selesai menunaikan solat Zohor, mereka semua pun mula menjamah makanan yang terhidang itu bersama dengan kopi panas. Dikampung bunian tersebut sentiasa akan terasa sejuk dan disebabkan itu mereka tidak perlu untuk minum minuman berais. Usai menjamu selera, Penghulu mengajak Haikal dan Insp. Frost untuk duduk bersama dia diruang tamu sambil berbincang akan peristiwa yang menimpa diri mereka masing-masing. Penghulu membawa keluar sebuah kotak berwarna coklat. Kotak itu seperti dibuat daripada kayu. penghulu membuka kotak tersebut dan membawa keluar seplastik tembakau dan segulung kertas. Tembakau dicarik-carik lalu diletakkan di atas sekeping kertas. Lalu dia menggulungkan kertas bersama tembakau itu tadi, gulungannya begitu kemas. Api dinyalakan menggunakan sejenis mancis lalu dihalakan ke arah muncung gulungan yang kemas itu tadi maka terhasilnya sebuah rokok yang diberi nama 'lenteng'. 

Asap-asap berkepul-kepul apabila dihembus keluar oleh Penghulu, lalu dihulurkan tembakau itu tadi bersama kertas kepada Haikal dan Insp. Frost tetapi ditolak baik kerana mereka tidak pernah menghisap rokok yang tiada penapis ataupun 'filter'. Penghulu pun mula bersuara, dia mengandaikan bahawa anak didiknya Escargot tidak akan mampu bertahan dari tikaman senjata tajam yang dilontarkan olehnya subuh tadi. Kerana racun ular berbisa telah pun disapukan sepenuhnya ke setiap parang tersebut. Dan ayat-ayat suci al-Quran penghapus syaitan turut dibacakan. Dengan kecederaan sebegitu, Escargot pastikan akan menemui ajalnya tetapi tidak syaitan yang mendampinginya. Penghulu menunjukkan kekesalan dihati disebabkan perasaan hasad dengki yang menyelubungi diri anak didiknya membuatkan dia membuat perjanjian dengan syaitan. Apa yang merisaukan hati Penghulu pada ketika itu adalah keluarga angkat Haikal, Muhammad Abu Ali dan Nurul Zulaikha. Penghulu berkata dia sedang menunggu anak didik dia yang paling sukses pulang dari merantau ke utara tanah air.

"Sebab dia antara anak didik aku yang paling aku percaya apabila tiba dengan tugas-tugas berat sebegini. Dalam minggu ini dia pasti akan pulang, sementara menunggu itu aku akan mengajak semua orang kampungku untuk melakukan solat hajat agar kedua ibu bapa angkatmu berada dalam keadaan yang selamat." jelas Penghulu. Kesedihan terlihat diwajah Haikal. Seperti mengerti akan perasaan bersalah yang menyingkap hati anak muda itu, Penghulu berkata kepadanya bahawa tiada apa yang harus dia kesali. Semua yang terjadi adalah kehendak dariNya.

"Semua ini ujian dari Allah yang Maha Esa. Kamu harus tabah dan percaya dengan kekuasaan Allah. Tiada yang lebih berkuasa daripada Allah." terang Penghulu lagi. Perasaan Haikal sedikit tenang selepas mendengar ucapan dari Penghulu itu sebentar tadi. Dan mereka memulakan hidup baru dikampung itu bersama Insp. Frost. Mereka berdua berjanji bahawa selepas perkara ini semua selesai, mereka akan pulang ke tempat asal mereka dan tidak akan pernah menceritakan perkara ini kepada sesiapa. Penghulu senang mendengar akan perkara itu. 

Seminggu sudah berlalu dan kampung bunian itu tidak pernah sunyi dari doa-doa suci yang dipanjatkan ke atas Illahi agar kedua ibu bapa angkat Haikal diberikan perlindungan dari syaitan yang direjam. Dan mereka menerima berita bahawa ketika anak muda dari kampung itu sedang bermandi-manda disebatang sungai, mereka menjumpai mayat milik Escargot. Mayatnya sudah membusuk dan berulat, seperti setahun sudah meninggal. Penghulu bersama orang kampung yang lain pergi menuju ke tempat yang disebutkan tetapi Haikal dan Insp. Frost dilarang untuk ikut bersama kerana dikhuatiri akan diancam dengan syaitan yang masih belum terhapus. Syaitan yang masih terikat dengan dendam. 

Ketika Haikal dan Insp. Frost sedang leka menyapu sampah dihalaman rumah Penghulu. Tiba-tiba telefon bimbit milik Insp. Frost berbunyi dan perkara tersebut membuatkan Insp. Frost terkejut. Sudah berapa lama dibersama dengan Haikal dan dia tidak pernah terfikir untuk memegang atau pun melihat telefonnya. Berkali-kali telefonnya berbunyi, tanpa membuang masa, Insp. Frost mengambil telefon bimbitnya dan nama 'HQ' tertera dikaca skrin.

"Hello! Frost! Woi! Lama kau menghilang? Dah sebulan lebih kau diam je.. Hidup lagi ke tak?" kedengaran suara yang lantang dihujung talian. Orang atasan membuat panggilan kepada Insp. Frost untuk mengetahui perkembangan siasatan yang dilakukan oleh Insp. Frost. Dia seharusnya menghantar laporan kepada 'HQ' sekurang-kurangnya seminggu sekali.

"Hmm..yalah. Nanti dah selesai semua benda jangan lupa balik sini. Aku nak laporan dari kau secara details ok?" lalu talian dimatikan. Berkerut dahi Insp. Frost selepas menjawab panggilan tersebut. 

"Bos kau call ke?" tanya Haikal.

"Ya. Sedar tak sedar dah sebulan lebih kita lalui benda ni bersama. Aku pun dah terlupa sebab leka dengan perkara-perkara yang menimpa kita." jawab Insp. Frost.

"Kau kena ingat, kita tak boleh bagitau perkara ni kepada sesiapa.." jelas Haikal tegas.

"Tentang tu kau jangan risau. Berkemungkinan besar aku akan minta bantuan dari Penghulu.." terang Insp. Frost.

"Kau nak buat apa wei?" tanya Haikal kehairanan. Namun pertanyaan Haikal tidak terjawab sebaliknya Insp. Frost menunjukkan 'thumbs up' ke arah Haikal dan Haikal hanya menggeleng kepala saja. Sesudah mereka menyelesaikan pekerjaan mereka, Lia muncul dari dalam rumah bersama sedulang minuman dan dia mempelawa Haikal dan Insp. Frost untuk datang minum bersama dia. Insp. Frostlah yang paling gembira sekali, dan Haikal hanya tergelak kecil apabila melihat gelagat Insp. Frost yang seperti budak itu. Mereka duduk bersila lalu dicapainya segelas air dan dihirup perlahan-lahan. Kemudian mereka diam sambil melemparkan pandangan jauh ke arah bahagian depan rumah. Angin yang damai meniup perlahan dan menerpa ke wajah mereka. Perasaan tenang dan damai wujud dihati masing-masing. 

Di dalam ketenangan yang mereka sedang alami ketika itu, Penghulu muncul dengan beberapa biji buah-buahan hutan ditangan. Setiba dia di kaki tangga, dia melemparkan senyuman ke arah mereka bertiga dan berkata "Mujur kalian berdua tidak turut serta tadi, jika tidak sudah pasti kalian hilang nyawa" Penghulu naik ke atas rumah dan memberikan buah-buahan itu tadi kepada Lia dan duduk bersila bersama mereka. "Ternyata dakwaanku benar, syaitan tersebut berada berdekatan mayat tuannya. Syaitan tersebut berniat untuk menyerang hendap kami orang. Tetapi, dengan kekuasaan Allah dan izin dariNya, aku dapat menangkis serangan tersebut tetapi beberapa orang cedera ringan akibat bertempur dengan syaitan-syaitan itu semua." jelas Penghulu.

"Habis tu mayatnya macam mana tok?" tanya Haikal. Kemudian Lia muncul dari arah dapur dan menuju ke arah mereka bersama buah-buahan yang telah dicuci tadi bersama segelas cawan kosong untuk diberikan buat bapanya. Penghulu mengupas sebiji rambutan lalu disumbatkan ke dalam mulut dan menuangkan segelas air lalu dihirupnya perlahan. Keletihan jelas kelihatan diwajahnya.

"Jenazah berjaya dibawa pulang namun syaitan itu tidak terhapus lagi cuma melarikan diri sahaja." jelas Penghulu sambil mengunyah rambutan di dalam mulut. Lalu bijinya dilemparkan jauh ke depan, secara tidak langsung ada orang kampung sedang melalui jalan tujunya biji itu dan terkena dikepalanya lalu berdarah dan pengsan. Haikal dan Insp. Frost terkejut dengan kejadian tersebut tetapi Penghulu kelihatan tenang. Orang kampung itu tadi bangun dan berkata "Ish! Dah lah tak nak tolong.. Menci aww.." terus berlari sambil menangis. 

"Malam ini kalian berdua ikut aku untuk menghadiri tahlil dirumah kedua ibu bapa arwah Escargot. Kalau boleh malam ini aku ingin mendengar penjelasan kedua ibu bapanya, mengapa dan bagaimana anak kandung mereka itu boleh terjebak dengan helah syaitan lalu berjaya menyesatkan dirinya." jelas Penghulu lagi, Haikal dan Insp. Frost hanya menggangguk sahaja tanda faham. Lalu Penghulu mengambil cawannya yang berisi air itu lalu dihirupnya beberapa kali kemudian diletakkannya semula ke atas dulang. 

"Aku ingin menunaikan fardhu Asar. Kemudian nanti kalian bantu aku untuk memasak pada malam ini. Aku ingin bikin masakan barat, sepit geti." ujar Penghulu. Haikal dan Insp. Frost menggaru kepala tidak mengerti. Hairan dengan tingkah laku Penghulu, apa dia tahu apa itu masakan barat? Lalu Penghulu menghilang ke dalam rumah, sementara Haikal dan Insp. Frost masih duduk dibahagian luar untuk menikmati tiupan angin petang.




Bersambung..

No comments:

Post a Comment