Saturday, 15 August 2015

Aku Syueib #Final

Kegembiraan jelas terpancar diwajah Zulaikha semasa dia bersama Syueib menaiki Ferri menuju ke Pulau Perhentian. Sejuk nyaman udara segara membuatkan dirinya menjadi lupa dengan segala masalah yang dihadapinya. Segala kesibukan dikota terus luput dari ingatan Zulaikha. Selepas mereka mendarat, Syueib terburu-buru berlari menuju ke tempat penginapan yang ditempahnya tempoh hari. Zulaikha tersenyum melihat gelagat Syueib. Sementara menunggu Syueib menyelesaikan urusan tempat penginapan, Zulaikha duduk sebentar di tepi pantai sambil menikmati aiskrim yang dibelinya.

"Zue! Jom lah.. bilik kita dah ready!" jerit Syueib. Zulaikha hanya tersenyum lalu bergerak mengikuti Syueib. Selesai mereka dengan meletakkan bagasi di chalet masing-masing, Zulaikha mengajak Syueib untuk menemaninya berjalan ditepi pantai, memandangkan petang itu masih lagi awal. Pada malam harinya pula mereka ada aktiviti barbeque. Dan esok harinya, mereka akan melakukan aktiviti snorkeling. 

"Haaa..aman betul bila ada kat sini. Berbeza sungguh dengan kehidupan dibandar." kata Zulaikha kepada Syueib.

"Ya, benar sekali. Saya setuju dengan kata-kata awak itu." balas Syueib tersenyum lalu senyumannya dibalas manis oleh Zulaikha. Lama mereka berjalan dipersisiran pantai tersebut. Syueib sejak tadi tidak putus mata memandang kecantikan Zulaikha yang terserlah. 

Apabila terang mulai menjadi gelap, Zulaikha dan Syueib terus berjalan menuju ke chalet masing-masing yang berhadapan dengan pantai. Menu untuk barbeque mereka sudah ditempah awal-awal lagi dan sebentar lagi pekerja di resort tersebut akan membawakan makanan laut untuk mereka panggang. Selepas menunaikan solat maghrib, Syueib menerima panggilan dari nombor yang tidak dikenalinya. Panggilan itu adalah dari seorang lelaki dan berunsur ugutan, "Kalau aku tak dapat Zulaikha, aku akan bawa Zulaikha pergi bersama aku.". Kemudian panggilan tersebut dimatikan. Syueib hanya terfikir itu sebenarnya usikan dari budak-budak nakal sahaja. 

Syueib melangkahkan kaki keluar daripada chaletnya yang bersebelahan dengan chalet milik Zulaikha, dihadapan chalet mereka ada tempat membakar khas untuk para pelanggan melakukan aktiviti barbeque, dan pekerja diresort tersebut sudah hadir bersama makanan laut yang ditempah. Lalu Syueib menuju ke arah pintu chalet Zulaikha dan mengetuk pintu biliknya. Secara tiba-tiba, hidung Syueib tertangkap bau yang busuk datang dari dalam chalet Zulaikha. Syueib mengabaikan bau tersebut, mungkin Zulaikha sedang berak barangkali. Lalu Syueib membuat keputusan untuk menunggunya ditempat membakar. Hampir 20 minit Syueib menanti, tetapi Zulaikha masih tidak keluar dari biliknya. 

"Mati ke budak ni?" getus hati Syueib. Memandangkan sebentar tadi dia menerima ungutan dari orang yang tak dikenali, hatinya mulai menjadi tidak kesedapan. Lalu Syueib membuat keputusan untuk pergi memeriksa keadaan Zulaikha. 

"Hello..awak okay tak kat dalam tu? Lama betul awak kat dalam, tak nak makan ke?" soal Syueib, namun tidak ada jawapan yang diterima. Dengan perasaannya yang semakin risau, Syueib mengambil keputusan untuk memulas tombol pintu bilik, dan alangkah terkejutnya Syueib bahawa pintu tersebut tidak berkunci. Perlahan-lahan Syueib membuka pintu tersebut, bau busuk dan hanyir semakin kuat. Keadaan di dalam bilik terlalu gelap, lantas Syueib mencari suis lampu bilik. Setelah lampu bilik dinyalakan, Syueib terdiam tanpa suara. Mata beliau terbeliak setelah melihat apa yang berlaku dihadapannya. 

Ada logo bintang terbalik didinding bilik tersebut, dan Zulaikha terbaring lemah diatas katil sambil berlumuran darah, isi perutnya terburai. Perlahan-lahan Syueib mengundur ke belakang, peluh mulai membasahi wajah Syueib. Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan tika itu.

"B...b..bb.bll..black metal..." kata Syueib tergagap-gagap. Kemudian dia berlari keluar dari bilik tersebut dan menjerit meminta bantuan. Ketika dia sedang berada di dalam ketakutan dan kebuntuan, telinga tertangkap suara berbisik.

"Dia milik aku.." Syueib jatuh terjelupuk ke atas tanah selepas terdengar bisikan itu, akan tetapi tidak ada sesiapa pun yang berada disebelahnya. Orang ramai yang hairan dengan kelakuan Syueib segera datang dan setelah mereka melihat keadaan di dalam bilik tersebut, pihak resort terus menghubungi pihak berkuasa. 

Syueib menggigil ketakutan dengan kejadian yang menimpa dirinya itu. Apa sebenarnya yang berlaku? Ditengah keriuhan orang ramai itu, seorang lelaki datang menghampiri Syueib sambil menghalakan sepucuk pistol tepat ke dahi Syueib. 

"I have to shut you down." satu das tembakan dilepaskan ke arah Syueib, tetapi ianya tidak sakit malahan terasa sejuk. 

"Eib..Woi!" Syueib tersedar dari mimpinya. Kepalanya basah lencun disebabkan air sejuk yang dituangkan ke atas kepalanya. Kawan-kawannya mengetawakan Syueib yang mengigau ketika sedang tidur waktu rehat makan tengahari. Syueib mengucap panjang selepas mengetahui bahawa apa yang terjadi sebenarnya adalah mimpi. Selesai mereka semua makan, Syueib berjalan lemah menuju ke meja kerjanya. Kepalanya terasa sakit, mimpi yang dialaminya sebentar tadi bagaikan realiti. Kemudian, rakan sekerja Syueib datang menghampiri dan memberitahu bahawa ada seorang pelanggan wanita ingin berjumpa dengannya.

"Hi, saya Zulaikha yang call awak semalam." senyuman dilemparkan ke arah Syueib. Syueib menjadi tidak keruan dengan keadaan.

"Tidak! Tidak! TIDAK! TIDAAAAAKKK!!" jerit Syueib di dalam hati.



No comments:

Post a Comment