Bunyi haiwan-haiwan hutan jelas kedengaran disetiap pelusuk hutan. Monyet-monyet bergayut dari pokok ke pokok. Semut-semut kecil beratur mengelilingi busut sambil membawa habuan untuk sang ratu. Burung bangau pening melihat peta kerana sesat di dalam hutan itu kerana terpisah waktu berehat di tasik gunung. Buaya terbaring riang ditepi muara sambil mencungkil sisa makanan yang melekat dicelahan gigi. Tidak jauh dari tempat buaya itu beristirehat, ada semak samun setinggi setengah kaki bergerak-gerak seperti ada sesuatu disebalik semak tersebut. Disebabkan ketakutan, buaya itu dengan pantas bangun dan terus terjun ke dalam sungai dan berenang pergi dari kawasan tersebut. Selang beberapa saat buaya tersebut berenang pergi, Haikal pula menyusul keluar dari sebalik semak samun itu sambil memikul Insp. Frost dibahu. Wajah keletihan jelas terpancar dari airmuka Haikal, lalu dicampakkan Insp. Frost yang masih belum sedarkan diri itu ke atas tanah lalu dia melangkahkan kaki menuju ke arah sungai yang terbentang indah dihadapan untuk mencuci muka dan melakukan aktiviti menghilangkan dahaga ditekak.
Usai sudah semuanya, tanpa membuang masa Haikal segera mengambil wudhuk selepas melihat jam yang sudah pun menunjukkan pukul 1.37 petang. Insp. Frost yang tadinya pengsan terus tersedar selepas dia mendengar azan yang dilaungkan oleh Haikal. Dia yang masih terbaring melemparkan pandangan mata ke arah sungai yang tenang. Fikirannya bercelaru, peristiwa waktu subuh tadi masih segar difikiran Insp. Frost. Apakah betul tindakan yang dia lakukan itu? Apakah Haikal pernah berniat jahat terhadap dirinya dan yang paling penting, apakah niat sebenar Haikal? Walaupun sudah setahun berlalu, apakah tidak ada rasa sedih di dalam hatinya selepas seluruh ahli keluarganya meninggal secara misteri? Atau dia sudah berjaya mengatasi permasalahan tersebut dan meneruskan kehidupan?
"Engkau lemah.." Insp. Frost tersentak selepas mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Haikal yang sedang mencuci tangan disungai. Apakah yang dimaksudkan oleh Haikal?
"Semalam engkau dirasuk, jiwa kau lemah, iman kau terlalu rendah.." termenung Insp. Frost selepas mendengar ulasan dari Haikal mengenai dirinya. Ya, memang dirinya tidak pernah cuba untuk mendekati Allah yang Maha Berkuasa. Kali terakhir dia mendirikan solat adalah waktu dia berada di tingkatan empat.
"Aku bermimpi di mana engkau adalah bunian dan berniat jahat terhadap aku." jelas Insp. Frost kepada Haikal.
"Itu yang terjadi apabila engkau terlalu lalai dan leka dengan keadaan sekeliling. Engkau tidak tahu bahawa kita sebenarnya berada di dalam kawasan dia orang. Namun, aku bukanlah bunian. Aku tetap manusia biasa. Ada sebab kenapa aku berada di sini. Dan aku memerlukan bantuan dari kau.." balas Haikal terhadap kata-kata dari Insp. Frost sebentar tadi. Setelah Insp. Frost memohon maaf diatas tindakannya pada Haikal, mereka berlalu pergi dari kawasan tersebut meredah hutan tebal dan mereka tiba disebuah kampung yang di mana penduduknya semua mengenakan pakaian berwarna putih bersih.
"Kita dah sampai ke tempat dia orang.." kata-kata yang keluar dari mulut Haikal yang tidak berapa nak jelas kedengaran oleh Insp. Frost. Sesuatu yang bingung sedang berlaku di hadapan Insp. Frost pada ketika itu. Bagaimanakah boleh terwujudnya sebuah kampung di atas pergunungan dan ianya tidak seperti kampung biasa, tiada tiang elektrik, tiada jalan keluar atau pun masuk, kampung tersebut dikelilingi oleh hutan-hutan tebal. Dan rumah-rumah di situ semuanya diperbuat daripada pokok buluh. Dan terlintas di dalam fikiran Insp. Frost bahawa apa yang berada di hadapan matanya waktu itu adalah sebuah perkampungan orang bunian. Dan dia berjalan perlahan dibelakang Haikal sambil memandang ke arah keliling.
"Assalamualaikum ya makhluk Allah.." salah seorang daripada orang kampung di situ menyapa mereka berdua selepas menyedari kehadiran mereka. Setelah menjawab salam yang diberi, Haikal memperkenalkan diri kepada insan tersebut dan berniat untuk berjumpa dengan penghulu kampung tersebut dan tanpa ada sebarang soalan yang lanjut, mereka berdua dibawa terus ke depan pintu rumah penghulu kampung. Insp. Frost hanya mendiamkan diri dan membiarkan Haikal melakukan semua kerja-kerja kerana dia takut jika dia akan melakukan kesalahan atau tersalah kata, pasti bahaya yang akan mengundang. Setibanya mereka di hadapan rumah penghulu kampung, seorang gadis yang cantik dan manis keluar lalu mempelawa mereka untuk masuk ke dalam, mereka berdua hanya menuruti arahan dari gadis tersebut. Keadaan di dalam rumah itu agak tenang dan sunyi tidak seperti rumah-rumah biasa yang ada di alam manusia. Yang begitu mengganggu fikiran Insp. Frost sejak tadi lagi, selepas mereka tiba di kampung tersebut, langsung hilang perasaan letih dan panas. Sepanjang mereka berjalan menyusuri setiap rumah, hanya angin sejuk saja yang menyinggah. Walaupun di langit kelihatan matahari yang garang memancar.
Tidak lama mereka menunggu sambil bersila di dalam rumah penghulu itu, maka keluarlah seorang insan yang gagah tampak garang di wajah berjalan mendekati mereka. Insan tersebut terus duduk berhadapan dengan Haikal dan Insp. Frost. Bau yang harum singgah di hidung masing-masing akan tetapi mereka buat tidak tahu sahaja. Setelah mengenalkan diri masing-masing, penghulu itu segera memanggil anaknya untuk menghidangkan sedikit juadah kuih dan air panas untuk tetamu yang berkunjung. Tanpa membuang masa, soalan demi soalan diajukan oleh penghulu itu kepada dua orang manusia yang tak sepatutnya berada disitu. Haikal menjawab setiap soalan dengan senang dan tenang, Dari bagaimana dia menjumpai jalan untuk memasuki kampung tersebut hinggalah kepada niat utamanya untuk datang berjumpa penghulu. Maka ketahuanlah Insp. Frost akan siapa sebenarnya diri Haikal ini. Dia merupakan anak angkat kepada sebuah keluarga yang berasal dari dunia bunian, dan ada yang marah dengan keluarga tersebut kerana mengambil dirinya sebagai anak angkat. Semuanya terjadi ketika Haikal masih berumur 4 tahun, dia bersama keluarganya sedang mandi di kawasan air terjun berdekatan gunung ledang. Ketika dia sedang leka bermandi, dia terlihat seekor arnab di dalam hutan lalu pergi mengejarnya, akibat dari perbuatan dia itu, Haikal tersesat dan hilang, tetapi dijumpai pula oleh dua pasangan dari dunia bunian dan mereka mengambil Haikal pulang ke kediaman mereka. Haikal tidak berhenti menangis pada waktu itu, keluarga tersebut begitu berkenan dengan Haikal, kerana mereka tidak mempunyai cahaya mata lagi. Haikal terus menerus menangis, letih menangis dia tidur, bangun tidur, sambung menangis lagi sehinggalah 5 hari kemudian. Keluarga tersebut begitu kasihan dengan Haikal dan berjanji akan memulangkan Haikal semula kepada keluarga kandungnya. Ibu dan bapa Haikal masih berada di kawasan air terjun tersebut bersama dengan pasukan polis.
Semasa ibu dan bapa Haikal berdua saja, keluarga bunian tersebut menjelmakan diri dihadapan mereka berdua bersama Haikal. Selepas memohon maaf, mereka berdua meminta izin untuk datang melawat Haikal apabila terasa rindu dan ibu bapa Haikal tidak keberatan untuk membenarkan permohonan keluarga tersebut. Namun, saudara kepada keluarga bunian itu tidak setuju dengan apa yang disuarakan oleh mereka selepas menerima berita itu. Beliau yang begitu benci terhadap manusia tidak mahu darah dagingnya mengambil anak angkat daripada dunia manusia. Dan disebabkan itu, keluarga tersebut memarahi beliau dan tetap dengan keputusan yang dibuat. Akibat daripada itu, beliau berjanji apabila tiba satu masa di mana akan mendirikan rumah tangga, Haikal akan diancam oleh beliau sendiri dan semua ahli keluarganya akan mati dibunuh kecuali si isteri dan anak perempuan. Haikal menyedari perkara ini hanya selepas dia di ganggu ditempat kerja beberapa kali dan keluarga angkatnya datang menyelamatkan dirinya. Disebabkan tindakan keluarga angkatnya itu, ibu bapa dan adiknya dibunuh kejam dan mengakibatkan isterinya Halimah membunuh diri. Dan makciknya pula hilang tanpa ditemui sehinggalah ke hari ini. Dan Haikal diarahkan oleh keluarga angkatnya untuk meminta bantuan dari penghulu kampung yang di mana kampung tersebut adalah tempat tinggal keluarga angkatnya. Saudara kepada keluarga angkatnya itu kini sudah dibuang dan tidak dianggap sebagai darah daging lagi kerana sumpahnya untuk membunuh manusia sudah menguasai diri dan membuatkan dia mempelajari ilmu hitam lalu membuatkan dirinya menjadi syaitan yang sesat. Dan keluarga angkatnya pada waktu itu sedang bersembunyi selepas gagal untuk pulang ke kampung halaman dan terpaksa berehat disebuah rumah peninggalan arwah nenek Haikal kerana kecederaan yang di alami mereka berdua selepas bertempur dengan saudaranya tempoh hari. Mereka lakukan semua itu hanya kerana ingin melindungi Haikal dari ancaman syaitan yang dulunya mereka anggap saudara.
Selepas mendengar penjelasan dari Haikal, penghulu itu memejamkan mata sambil berpeluk tubuh. Dia berada dalam keadaan begitu untuk masa yang lama. Sementara itu di sisi Haikal, Insp. Frost, mulutnya tidak tertutup sepanjang mendengar cerita dari Haikal. Dia terkejut bukan kepalang apabila mengetahui akan perkara yang sebenar, lalu, dengan perasaan yang tenang, Insp. Frost mengajukan soalan kepada Haikal.
"Kal, asal kau tak selamatkan semua keluarga kau dan menceritakan perkara sebenar?"
"Tak semudah itu. Saat-saat gentir macam tu memang aku pun tak dapat nak melakukan apa-apa termasuklah keluarga angkat aku. Yang melakukan kerja-kerja keji itu semua orang suruhan saudara mereka, manakala dia, memburu aku. Aku dipersalahkan di atas pergaduhan yang berlaku antara mereka..Aku mangsa.." jelas Haikal. Dan mereka kembali mendiamkan diri sambil memerhatikan ke arah penghulu yang sejak tadi memeluk tubuhnya sambil memejamkan mata. Tidak lama kemudian matanya terbuka luas memandang tepat ke arah depan.
"DIA DAH SAMPAI!" jerit penghulu itu mengakibatkan Haikal dan Insp. Frost terkejut. Lalu penghulu tersebut terus bangun dan berjalan menuju ke arah muka pintu. Perlahan-lahan penghulu tersebut menoleh ke arah mereka berdua.
"Taik aku dah hujung-hujung.. Izinkan aku pergi berak dulu....."
Bersambung.....
No comments:
Post a Comment