"Kau dah bersiap ke belum?" tanya lelaki separuh usia itu kepada lelaki separuh usia yang sedang berdiri di depan pintu rumah itu yang mengenakan pakaian bewarna hitam, jaket kulit bewarna hitam dipegang kemas, lalu disarungkan ke badan. Dengan senyuman yang agak macho dan akan meruntuhkan jiwa mana-mana gadis hipster diluar sana, dia berlalu pergi dari rumah itu dan menaiki kereta bersama lelaki separuh usia tersebut.
"Kita nak pergi mana ni Haikal..?" tanya lagi lelaki separuh usia itu kepada Haikal yang dijemput di rumah usang sebentar tadi. Setelah setahun berlalu selepas peristiwa tragis yang mampu membuatkan sesiapa saja menjadi gila, kini Haikal kembali bangkit bagi menamatkan apa yang berlaku. Wajah Halimah isterinya, Ibu bapa, dan adik lelakinya kerap bermain difikiran Haikal. Terlalu lama Haikal bersembunyi, bagi menyembuhkan hati yang terluka dan lara di atas pemergian kesemua insan-insan yang tersayang.
"Kita pergi kat rumah yang terletak di atas gunung Ledang. Nak pergi ke rumah tu bukan senang, ada cara-caranya." jelas Haikal kepada lelaki separuh usia tersebut. Lalu kereta mereka pun membelah kesejukkan pagi yang hening. Jalan di kiri kanan penuh dengan hutan tebal, Kenderaan yang mereka naiki itu tiba-tiba menjadi perlahan walaupun meter menunjukkan angka 130 dan bunyi enjin yang bising jelas kedengaran. Lelaki separuh usia tersebut menjadi tidak keruan dengan keadaan tersebut, dia tahu ada 'benda' yang sedang mengacau mereka. Pandangan dialihkan ke arah Haikal akan tetapi dilihatnya Haikal berada dalam keadaan yang tenang dan mulutnya tidak henti-henti bergerak seperti sedang membacakan sesuatu yang tidak jelas kedengaran. Kemudian Haikal menggenggam penumbuk kanannya kemas dan satu tumbukan padu dilepaskan ke arah dashboard, mengakibatkan satu gegaran yang saat kuat berlaku disekeliling mereka. Pokok-pokok dikiri dan kanan kelihatan bergerak kencang selepas tumbukan dari Haikal dilepaskan. Dan, sehelai kain putih yang usang kelihatan jatuh di atas hud kereta yang mereka naiki. Enjin kereta tiba-tiba mati, lelaki separuh usia tersebut tergesa-gesa cuba untuk menghidupkan enjin, setelah berjaya menghidupkan enjin, Haikal mengajak lelaki separuh usia itu untuk ke keluar dari kenderaan.
"Kau pasti ke Kal? Se..se..selamat ke?" terketar-ketar lelaki separuh usia itu cuba untuk berkata.
"Kau kena berani, Frost! Ingat! Tiada siapa yang lebih berkuasa di dalam dunia ini selain ALLAH!' jerit Haikal geram kepada lelaki separuh usia yang dipanggilnya Frost yang pernah diupah oleh arwah adiknya bagi menjejaki kedudukan Haikal setahun yang lalu. Dan, kini beliau dipanggil oleh Haikal bagi membantu dirinya pula. Lalu Haikal keluar menuju ke arah hud depan kereta tersebut dan mengambil kain putih yang jatuh sebentar tadi. Bau haruman bunga melur jelas menyingkap ke hidung mereka berdua. Inspektor Frost menggigil seluruh badan selepas terhidu bau haruman yang wangi itu. Kalau boleh dia nak lari waktu itu juga, akan tetapi nyawa dia pasti akan terancam, kalau bukan disebabkan dia diselamatkan oleh Haikal minggu sebelumnya, sudah tentu dirinya akan mati dibunuh oleh mahkluk yang jasadnya seperti gorilla. Dia sendiri berasa ragu-ragu untuk mengikut Haikal kerana tiba-tiba hilang dan tiba-tiba muncul. Tapi di kena akur juga, tanpa Haikal disisinya sudah pasti gangguan makhluk yang tak dikenal pasti ini akan memburu dirinya. Ini semua berlaku bila Insp. Frost sendiri yang menjalankan penyiasatan walaupun orang yang mengupahnya sudah tiada. Dia lakukan dengan ikhlas dan atas dasar berperikemanusian. Tapi tidak dijangka pula dia kana menjadi sasaran, dia ingat hanya keluarga Haikal saja yang akan diburu. Lama dia termenung disitu tanpa menyedari Haikal sudah berada didalam kereta dan dibelakang keretanya ada beberapa kenderaan lain sedang menunggu sambil membunyikan hon serta high-beam. Insp. Frost terasa dirinya macam bangang waktu itu, dan Haikal didalam kereta segera menukar tempat duduk dari penumpang ke pemandu. Insp. Frost berlari anak dan terus masuk ke dalam kereta, pedal minyak ditekan dan berdesup kereta mereka membelah kesejukkan malam.
Selepas mereka tiba di Gunung Ledang tepat pukul 12 tengah malam, mereka meredah pula hutan tebal untuk menuju ke rumah yang Haikal sebutkan tadi. Haikal seperti tiada masalah ketika meredah semak samun yang meninggi sepanjang perjalanan mereka sedangkan Insp. Frost mengalami kesukaran. Mereka mereka hutan di Gunung Ledang itu selama 4 jam tanpa henti, Haikal langsung tidak menunjukkan rasa letih dan penat, manakala Insp. Frost seperti nyawa-nyawa ikan. Bekal air yang dibawanya tadi habis kering tanpa setitik air yang tinggal. Mereka langsung tidak berhenti dari meredah hutan itu. Kemudian mereka tiba di kawasan yang rata, dihadapan mereka ada sebuah rumah yang sangat usang, kalau ditendang pasti akan roboh. Haikal melangkah perlahan-lahan menuju ke arah rumah itu tetapi langkahnya terhenti setelah dia terdengar suara dari arah belakang. Dengan pantas dia menoleh ke arah belakang dan terkejut kerana Insp. Frost tercungap-cungap memanggil suara dia tapi tak jelas. Bayangkan 4 jam meredah gunung, air pula habis dan mereka lakukan ini tanpa berehat atau berhenti. Lalu Haikal pergi mendapatkan Insp. Frost yang lagaknya seperti insan yang terselamat dari letupan nuklear dan memapahnya menuju ke dalam rumah tersebut, dan dia mengambil mangkuk berhampiran lalu pergi menuju ke telaga air yang berdekatan dengan tujuan untuk beri minum kepada Insp. Frost. Selepas diberikan minum air, Insp. Frost terlelap dengan lenanya akibat terlalu penat.
"Frost! Bangun!" Haikal mengejutkan Insp Frost dari tidurnya yang lena. Perlahan-lahan Insp. Frost membuka matanya.
"Dah tengahari ni..Kau nak tidur sampai bila?" jerit Haikal dari luar rumah. Lalu Insp. Frost bangun dan melangkahkan kakinya menuju ke muka pintu rumah tersebut lalu duduk sambil tersenguk-senguk. Haikal meletakkan semangkuk air di kaki tangga untuk Insp. Frost mencuci mukanya. Selesai Insp. Frost mencuci muka, beliau bangun mengeliat sambil menguap. Apabila dia merasakan bahawa dirinya sudah menemui kesegaran, terus saja dia turun dari tangga dan bila selangkah kakinya menjejak bumi, serta merta keadaan sekelilinginya berubah. Dihadapannya ada beberapa buah rumah yang diperbuat dari kayu buluh.
"Ka...kal....kita..kat ma...mana...ni...?" tergagap-gagap Insp. Frost menanyakan soalan kepada Haikal. Haikal sedar akan perkara ini dan sudah bersedia untuk memberitahu perkara sebenarnya kepada Insp, Frost.
"Bawa bertenang Frost. Aku akan jelaskan segala-galanya kepada engkau. Mari, ikut aku.." lalu Insp. Frost pergi mengikut langkah Haikal. Mereka menuju ke sebuah warung yang di mana di situ tiada meja mahu pun kerusi, pelanggan dikedai tersebut hanya duduk bersila di atas lantai yang diperbuat daripada kayu buluh.
"Mereka ni semua bunian ke apa?' bisik Insp. Frost di dalam hati. Terlalu banyak persoalan yang bermain di dalam benak fikiran dia waktu itu. Mereka memasuki warung itu dan duduk bersila di satu sudut. Setelah memesan makanan dan minuman, Haikal terus memandang ke arah Insp. Frost.
"Aku tahu kau tengah keliru, bagaimana kita boleh sampai ke sini kan? Sedangkan semalam semuanya hutan. Aku akan jawab soalan kau tu. Kita bukan ada di alam nyata lagi, kita di dunia mereka. Bunian....." terbelalak mata Insp. Frost setelah mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Haikal sebentar tadi. Bagaikan tidak percaya dengan apa yang didengarinya, dia terus melihat ke arah sekelilingnya di mana semua penduduk sedang melihat ke arahnya dengan wajah yang bengis.
"Ada manusia kat sini.." jelas terdengar suara itu tetapi tidak tahu siapa yang mengatakannya.
"Hanya aku saja yang bebas membawa engkau keluar masuk dalam alam ini. Dan tujuan aku hanya satu, aku ingin korbankan engkau kepada raja kami." jelas Haikal kepada Insp. Frost. Dia yang sejak tadi kelihatan seperti si bodoh kembali menenangkan dirinya sendiri.
"Ni semua mimpi je kan?" sedulang makanan dicampakkan ke arah Insp. Frost dan Insp. Frost terus membuka matanya dan tergopoh gapah bangun. Matanya melilau memandang ke arah keliling. Semuanya gelap sunyi, dia memandang atas dan bawah, dia masih berada di dalam rumah yang diperbuat dari kayu buluh. Dengan pantas dia berlari keluar dari rumah itu dan melihat Haikal sedang duduk berdekatan dengan unggun api dan dua batang kayu dipacakkan di kiri kanan unggun api tersebut. Ditengahnya ada seekor ayam hutan yang sedang dibakar oleh Haikal.
"Mula-mula ayam, lepas ni aku pulak yang akan berada disitu." lalu dia berlari dan memberikan satu tendangan padu ke arah Haikal. BEDEBUK! Haikal jatuh tergolek ke atas bumi, dengan pantas dia bangun dan mengelak serangan yang datang dari Insp. Frost. Segala serangan yang dilakukan berjaya ditepis dan di elak. Tetapi Insp. Frost tetap terus melakukan serangan sambil terjerit-jerit. Haikal menunggu peluang pembukaan untuk dia melancarkan serang balas. Dan bila peluangnya tiba, Haikal mendermakan sejumlah tumbukan yang begitu padu ke perut Insp. Frost dan akhirnya Insp. Frost terus pengsan.
"Nampak gayanya engkau tewas dengan gangguan syaitan Frost." bisik Haikal di dalam hati lalu dia memikul Insp. Frost di bahu dan terus melangkahkan kaki menuju ke dalam semak samun. Kedengaran hilai tawa sang gadis di atas pokok namun Haikal mengendahkan tawa tersebut dan meneruskan perjalanan.
Bersambung....
"Mula-mula ayam, lepas ni aku pulak yang akan berada disitu." lalu dia berlari dan memberikan satu tendangan padu ke arah Haikal. BEDEBUK! Haikal jatuh tergolek ke atas bumi, dengan pantas dia bangun dan mengelak serangan yang datang dari Insp. Frost. Segala serangan yang dilakukan berjaya ditepis dan di elak. Tetapi Insp. Frost tetap terus melakukan serangan sambil terjerit-jerit. Haikal menunggu peluang pembukaan untuk dia melancarkan serang balas. Dan bila peluangnya tiba, Haikal mendermakan sejumlah tumbukan yang begitu padu ke perut Insp. Frost dan akhirnya Insp. Frost terus pengsan.
"Nampak gayanya engkau tewas dengan gangguan syaitan Frost." bisik Haikal di dalam hati lalu dia memikul Insp. Frost di bahu dan terus melangkahkan kaki menuju ke dalam semak samun. Kedengaran hilai tawa sang gadis di atas pokok namun Haikal mengendahkan tawa tersebut dan meneruskan perjalanan.
Bersambung....
No comments:
Post a Comment