Wednesday, 12 August 2015

Dia Dahagakan Darah: Dendam Berdarah #Final

Haikal dan Insp. Frost berdiri dihujung jalan sambil menunggu Penghulu, setelah beberapa minit Lia, anak Penghulu keluar berjalan menuju ke arah mereka berdua. Penghulu mengalami sakit perut dan mengarahkan mereka berdua untuk pergi dahulu dan Penghulu akan menyusul kemudian. Lalu mereka pun bergerak melangkahkan kaki menuju ke rumah Escargot. Setiba mereka dilokasi, sudah ramai orang kampung berhimpun. Bunyi teriakan, tangisan di dalam rumah jelas kedengaran. Mereka berdua hanya berdiri di halaman rumah sambil memerhatikan orang ramai. Mereka tidak menyangka bahawa budaya orang bunian tidak jauh beza dengan budaya manusia muslim. Apakah mereka juga mempunya bunian yang bukan beragama islam? Fikiran Insp. Frost tidak berhenti dari memikirkan akan perkara itu.

"Kalian berdua sudah mengambil wudhuk? Jika sudah, ayuh kita menunaikan fardhu isyak bersama kemudian kita makan bersama." sapa salah seorang penduduk kampung yang kebetulan berada berdekatan dengan mereka berdua.

"Jangan risau, saya kenal akan kalian berdua. Kalian perantau yang datang dengan niat meminta bantuan dari tuan guru kan?" sapa nya lagi. Selepas menjawab soalan-soalan yang diberi, mereka pun menuju ke telaga air dan mengambil wudhuk lantas segera menunaikan solatkan isyak bersama jemaah yang lain. Tidak lama kemudian, Penghulu pun muncul dihalaman rumah, selepas salam diberikan, Penghulu dijemput makan bersama dengan mereka yang lain, akan tetapi sebagai seorang penghulu kampung yang berwibawa sudah semestinya dia akan pergi mendapatkan tuan rumah dahulu untuk menanyakan khabar.

Haikal duduk bersila disebelah Insp. Frost sambil sedaunan air ditangan kanannya. Disitu tidak ada pinggan besi, plastik mahupun polisterin. Pinggan plastik hanya digunakan oleh tuan rumah sahaja. Jika ada makan-makan besar sebegini mereka akan membuat pinggan dan cawan dari daun keladi kerana daun keladi tidak menyerap air dan sesuai untuk dijadikan alas untuk makanan atau minuman. Insp. Frost sejak tadi hanya makan tanpa henti, dia tidak akan menolak rezeki lagi-lagi ianya percuma tanpa dikenakan apa-apa bayaran. Haikal menggelengkan kepala dengan tingkah laku Insp. Frost yang dianggapnya tidak beradab.

"Silakan makan kalian berdua. Makanan ini semua dimasak secara beramai-ramai. Jadi, ini semua hasil titik peluh kami semua. Silakan makan puas-puas. Pasti kecil hati kami jika kalian makan hanya sedikit sahaja." sapa penduduk kampung yang menyapa mereka berdua awal tadi. Insp. Frost dan Haikal hanya tersenyum sambil  mengganggukkan kepala sahaja.

"Nama saya Ramadhani, nama kalian berdua apa ya?" soal Ramadhani kepada mereka berdua. Setelah memperkenalkan diri masing-masing, mereka bertiga berbual tanpa menghiraukan orang ramai yang hadir disekitar mereka. Haikal merasakan dirinya seperti diperhatikan, seperti ada sepasang mata sedang memerhatikan dirinya dari arah belakang. Dengan pantas dia menoleh ke arah belakang. Tiada sesiapa yang berada dibelakang Haikal. Matanya melilau mencari-cari, hatinya masih tidak tenang. Dia pasti bahawa ada insan sedang memerhatikan dirinya sejak tadi lagi. Tiba-tiba matanya tertangkap satu tubuh wanita berdiri dibawah sebatang pokok.

"Halimah!" jerit Haikal dan meluru mendapatkan Halimah. Orang ramai yang berada disitu menjadi hairan dengan tingkah laku Haikal. Insp. Frost dan penghulu yang melihat kejadian tersebut dengan segera berlari untuk mengejar Haikal.

"Halimah!" jerit Haikal lagi sambil berlari ke arah wanita yang kelihatannya seperti arwah isternya Halimah. Dia gigih berlari untuk mendapatkan Halimah yang dari tadi seakan-akan semakin jauh. Namun Haikal tidak berputus asa, dia terus berlari tanpa henti. Tanpa dia sedari dia waktu itu sudah berada ditengah-tengah hutan. Bayangan Halimah lesap tanpa dapat dijejak. Barulah Haikal menyedari bahawa itu semua sudah pasti perangkap. Angin tiba-tiba bertiup kencang, pokok disekelilingnya bergoncang bagaikan bernyawa. Tertangkap ditelinga Haikal bunyi seperti bacaan jampi mantera yang tidak dapat difahami. Haikal berpeluh, dia berpusing-pusing. Semuanya seperti sama sahaja pada dia. Seperti tidak ada jalan keluar dari hutan itu. Dengan tidak semena-mena, suatu objek yang halus dan tajam meluru ke arah Haikal namun sempat dielak walaupun tidak dapat dilihat oleh mata kasarnya. Sekali lagi objek itu datang menerpa dirinya, terlambat untuk Haikal menyedari lalu terkena dipipinya. Darah mengalih keluar, Haikal mengelap darah tersebut dan terus mengelak untuk serangan kali ketiga. Dia sendiri tidak pasti apakah objek yang menyerangnya tika itu.

"Tak mungkin isteri dia tok! Isteri dia dah meninggal. Saya yang berada ditempat kejadian sewaktu isteri dia meninggal tok!" jelas Insp. Frost kepada Penghulu.

"Bermakna syaitan itu memasang jerat untuk Haikal akan tetapi Haikal tewas dengan gangguan yang diberi. Sekarang ni kita kerahkan semua lelaki yang ada di kampung ini untuk membantu saya mencari saudara kita bernama Haikal. Dia mungkin sudah sesat hingga ke tengah hutan. Dia tidak tahu selok belok di dalam hutan." arah Penghulu kepada semua penduduk yang berada disitu. Setelah gagal menjejaki diri Haikal, dia kembali ke kampung bersama Insp. Frost bagi meminta bantuan orang ramai pula.

"Marilah kita berdoa agar Haikal tidak di apa-apakan oleh syaitan." kata Penghulu lagi.

Setelah membahagikan orang kampung kepada lima kumpulan yang di mana setiap kumpulan dianggotai lapan orang. Mereka pun berlalu ke dalam hutan sambil ditemani obor api yang terang bagi menyuluh jalan yang gelap dihadapan mereka. Sementara itu Haikal masih bertarung demi melepaskan diri dari alam yang tidak dia ketahui itu. Dibadannya penuh calar balar, keperitan demi keperitan dialaminya. Bisa menikam sana dan sini. Setiap inci ditubuhnya tidak ada yang dirasakan tidak sakit, semuanya sakit.  Namun Haikal masih belum menyerah kalah, dia tetap dengan pendirian diri, bahawa 'Tak akan berundur sebelum bertempur'.  Bunyi tawa hilai semakin galak kedengaran, Haikal mencari-cari dimana datangnya suara itu kerana fikirnya jika dia dapat menyerang punca suara itu sudah pasti segala yang berlaku waktu itu akan berakhir dan dia dapat melarikan diri dan meminta bantuan daripada Penghulu.

Sementara Haikal giat mencari, datang pula seekor harimau dari celah-celah pokok yang bergoyang itu. Harimau itu kelihatannya begitu garang, tidak semena-mena harimau tersebut berubah rupa menjadi manusia. Tika itu yang sedang berada dihadapan Haikal adalah arwah isterinya, Halimah. Tak berkedip mata Haikal memandang sekujur tubuh yang serupa dengan Halimah.

"Kenapa abang tak selamatkan Imah?" jelas kedengaran pertanyaan dari Halimah dan tiba-tiba air mata darah mengalir keluar dari matanya dan dia menjerit terlolong.

"Hentikan bermain dengan perasaan aku syaitan.." bisik Haikal didalam hati lemah. Air matanya mengalir, perasaan sedih tidak dapat dibendung lagi. Saat itu ingin saja Haikal berlari memeluk Halimah kerana perasaan rindu terlalu tinggi di dalam dirinya. Akan tetapi dia sedar bahawa yang berada disitu bukanlah isterinya akan tetapi jelmaan syaitan untuk melemahkan imannya. Mulut Haikal sedang terkumat-kamit membacakan sesuatu, perasaan sedih dan rindu dibuang jauh-jauh. Haikal mencari kembali kekuatan diri, dan tiba-tiba bumi seperti bergoncang. Dengan sekuat hati, Haikal menghentak kakinya ke atas tanah. Dan jelmaan Halimah berubah menjadi seekor harimau kembali. Keadaan menjadi sunyi sepi, pokok dikiri kanan sudah tidak bergoyang serancak tadi. Haikal memejamkan mata sambil berdiri memeluk tubuh, mulutnya masih tidak berhenti membacakan ayat-ayat suci al-Quran dengan lantang. Harimau yang berada dihadapannya mengaum secara tiba-tiba, lalu Haikal membuka langkah dan berada di dalam posisi mempertahankan diri apabila harimau itu tadi bergerak ke arahnya dan menyerang. Mulut harimau tersebut terbuka dengan luasnya, jika Haikal gagal untuk mengelak sudah pasti dia akan menjadi makanan.

Insp. Frost bersama Penghulu masih lagi di dalam hutan masih mencari keberadaan Haikal. Puas mereka memanggil namun tiada sesiapa yang menyahut. Hati mereka menjadi begitu risau, Haikal yang disangkakan seorang yang tabah, menjadi begini pula disaat akhir. Syaitan memang pandai dalam hal-hal sebegini. Usaha mencari terus dilakukan, segelintir orang kampung sudah pun pulang kerana mereka harus melakukan kerja-kerja dirumah bagi membantu anak isteri. Ada juga yang harus ke kebun bagi mengambil sayur-sayuran untuk dibuat makan untuk ahli keluarga dirumah. Dan akhirnya, tinggallah 3 orang kampung bersama Insp. Frost dan Penghulu dalam operasi mencari. Walaupun hari sudah siang, namun mereka tetap tidak berhenti mencari, Mereka terpaksa berhenti berehat disebatang anak sungai bagi menghilangkan rasa letih. Ketika mereka sedang leka berehat, tiba-tiba keadaan disekeliling mereka menjadi gelap gelita, bau busuk bangkai menerjah ke dalam hidung masing-masing. Semua disitu menjadi sedikit ketakutan, akan tetapi Penghulu tetap kelihatan tenang. Dihadapan mereka muncul sejenis asap berwarna merah seakan api, asap merah tersebut berkepul-kepul lalu berubah menjadi lembaga hitam yang berbadan sasa dan besar. Mereka yang berada disitu semuanya berada di dalam keadaan yang terkejut.

"Dendamku bawa dari si pendendam, hutang ku laksana dari pemiutang,
    Tidak berhenti air dikali, tidak beralih gunung dikaki,
Hutang nyawa dibayar nyawa, hutang darah dibayar darah, hutang mati dibayar mati, hutang batin dibayar batin." jelas kedengaran pantun yang disebutkan oleh lembaga berbadan sasa tersebut. Lalu tanpa melengahkan masa, Penghulu berjalan beberapa langkah ke hadapan mendahului yang lain. Dan beliau membalas,

"Sepatah haram aku tak faham.." balas Penghulu. Lalu beliau memaksa lembaga tersebut untuk menjelaskan niat sebenar mengapa dia berada disitu. Tanpa membuang masa, lembaga tersebut menjelaskan semuanya yang di mana dia adalah syaitan yang mendampingi Escargot selama ini. Maka mengertilah mereka semua bahawa Escargot ingin membalas dendam ke atas Haikal disebabkan dia telah dibuang keluarga dan terpaksa membunuh sahabat karibnya demi mengambil hati dan jantung untuk dibuat sebagai korban kepada sang syaitan. Dia, Escargot, tidak akan berhenti selagi tidak dapat membunuh Haikal dan mengambil darah Haikal, jika cubaan membunuhnya gagal maka orang terapat dengan dirinya akan menjadi mangsa, tetapi tidak isteri dan anak perempuan kerana mereka akan dijadikan khadam selama-lamanya. Akan tetapi nyawanya dulu yang ditarik oleh malaikat maut. Kemudian, dengan sekali hayunan tangan Penghulu, lembaga tersebut hilang dari pandangan mata. Keadaan kembali menjadi cerah, dan Insp. Frost menjadi semakin risau setelah mendengar bahawa tadi lembaga tersebut mengatakan hutang sudah selesai.

Mereka berlima memulakan langkah kembali demi mencari Haikal. Sudah hampir masuk waktu tengahari dan mereka masih lagi belum menjumpai keberadaan Haikal di mana. Kerisauan jelas terpancar di wajah Insp. Frost, tidak mungkin Haikal sudah mati fikirnya. Mereka terus mencari dan mencari sehinggalah mereka telah memasuki kawasan hutan Pahang. Dan akhirnya mereka memutuskan untuk pulang sahaja. Kekecewaan yang lahir dari hati masing-masing tidak dapat dinafikan, usaha mereka gagal untuk hari tersebut. Sewaktu dalam perjalanan pulang, 3 orang kampung yang mengekori telah perasan akan sekujur tubuh manusia terlantar di atas tanah berdekatan dengan sebatang pokok besar. Lalu mereka segera berlari mendapatkan tubuh tersebut, alangkah terkejutnya mereka apabila mereka melihat tubuh yang dipenuhi dengan darah dan kesan calar balar itu adalah milik Haikal. Tangan kiri Haikal terlihatnya putus dari tubuhnya. Penghulu berkata bahawa tidak ada apa-apa lagi yang mampu untuk dia lakukan demi menyelamatkan Haikal. Dan Insp. Frost dipanggil oleh Haikal, lalu dia berjalan perlahan dengan badan yang lemah, tidak dapat diterima keadaan yang menimpa diri Haikal. Keadaannya terlalu menyedihkan. Setelah dia memikul Haikal ditangan, dia merapatkan telinga ke mulut Haikal bagi mendengar apa yang akan dia katakan.

"Di...di sinilah..tugas...kau...ber...bermula...to...to..tolong..laku...kan..nya...sebaik...mung...kin........" pesan Haikal lemah, lalu Insp. Frost membantu Haikal dengan mendorongnya mengucap dua kalimah syahadah ditelinga kemudian Haikal melelapkan matanya. Badannya sudah menjadi kaku tak bermaya, air mata Insp. Frost mengalir deras, tidak dapat menahan sebak dihati.

"Kau nak aku buat apa sebenarnya ni?" kata Insp. Frost dalam keadaan yang sedih.


******************************************************************************

Setelah selesai mendirikan solat jenazah, orang kampung membantu Insp. Frost untuk membantu melakukan proses pengebumian. Apabila semuanya sudah selesai, mereka semua bergerak pulang. Insp. Frost berjalan perlahan bersama Penghulu.

"Maafkan aku keranarena tidak dapat membantu dan menghalang semua perkara ini." kata Penghulu sambil menepuk bahu kiri Insp. Frost yang dilihatnya murung semenjak pemergian Haikal.

"Semuanya sudah tertulis tok. Tiada apa yang boleh kita lakukan lagi." balas Insp. Frost lemah. Dia tidak tahu untuk buat apa lagi. Apakah tugas yang disebutkan oleh Haikal sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir? Tidak dapat dia berfikir. Haikal ditanamkan bersama para ahli kubur di alam bunian itu, manakala ibu bapa angkatnya dan juga anak didik Penghulu tidak juga muncul-muncul. Penghulu sudah mengerahkan beberapa anak didiknya yang lain untuk pergi mencari namun pencarian mereka hampa selepas mereka tiba dirumah yang pernah disebutkan oleh Haikal dulu. Tidak kelihatan kelibat ibu bapa angkatnya dan mereka pergi pula ke utara tanah air untuk mencari sebuah perkampungan di Gunung Jerai yang sepatutnya dituju oleh anak didik Penghulu. Namun selepas mereka tiba di sana, mereka menerima berita tidak baik mengenai anak didik Penghulu tersebut yang di mana orang kampung sana telah menjumpai mayatnya anak didik Penghulu di dalam hutan mati kekeringan. Mungkin akibat tersesat terlalu lama dan mati kelaparan dan kehausan. Dan Insp. Frost sudah hilang selama setahun di dunia manusia dan telah membuang gelaran Inspektor Frost lalu kembali kepada nama asalnya, Muhammad Qadim. Dan dia membuat keputusan untuk tetap tinggal di alam bunian dan mendirikan rumah tangga bersama Lia anak Penghulu.

Berita kematian keluarga Haikal dan kehilangan Haikal serta Inspektor Frost terus menjadi tanda tanya pada manusia yang tidak tahu akan perkara yang sebenar. Orang ramai membuat spekulasi bahawa Haikal telah membunuh Inspektor Frost lalu menyembunyikan mayatnya dan menghilangkan diri ke utara, berpindah ke Thailand. Dan akhirnya, kes ini ditutup untuk selama-lamanya. Sementara di Gunung Ledang, sebuah kampung yang hari-hari mereka sentiasa dipenuhi keceriaan. Namun jauh dilubuk hati Penghulu dan Inspektor Frost, tetap terlintas akan apakah tugas yang diberi dan dimanakah ibu bapa angkat Haikal?

-Tamat-

No comments:

Post a Comment