Saturday, 30 January 2016

Bomoh Itu Janda Aku #6

       Aku dan Arif berjalan menuju ke sebuah jeti kecil. Arif memberitahu aku bahawa di pulau itu ada dua orang saja pengawal yang diletakkan. Ianya untuk mengawal aku, andai kata aku terlepas dari bilik kurungan. Pengawal yang Arif bunuh tadi lah yang akan membunuh aku. Jadi, sebelum aku mati di bunuh. Arif telah pun membunuh mereka dahulu demi memastikan aku hidup. Dan Arif pula, dia adalah seorang pegawai polis yang undercover. Arif menyatakan bahawa pihak polis telah lama memburu kumpulan ilmu hitam yang janda aku sertai ni. Dan sebenarnya, janda aku itu sendiri adalah pengasas dan ketua kepada kumpulan tersebut. Manakala pakcik Mutalib pula adalah suaminya. Mereka memerlukan bayi untuk melakukan ritual syirik dan haram. Kononnya bayi itu akan dipersembahkan kepada tuhan mereka. Dengan melakukan itu, ahli kumpulan mereka akan dikurniakan kehidupan yang lebih lama lagi. Untuk seorang bayi, jangka hayat selama 100 tahun akan diberikan. Dan kini mereka sedang mengumpul 10 orang bayi untuk mendapatkan nikmat hidup sepanjang 1000 tahun. Tetapi syaratnya haruslah bayi tersebut bukan berdarah  100% dari ahli kumpulan tersebut. 

       "Kelakarkan? Aku kenal kau dah lama. Kau bekerja dengan aku. Tapi aku sendiri tak sedar yang kau ni sebenarnya undercover. Paling memalukan, isteri aku sendiri ketua kumpulan sesat tu. Dan aku tak pernah pun tahu." kata aku.
       "Yang itu, memang salah kau sendiri. Aku tak boleh nak kata apa." balas Arif tidak ada perasaan. Baru aku sedari bahawa selama ni kenapa susah sangat aku nak menduga perangai si Arif ni. Sebab itu memang tugas dia, dia kena buat orang sekeliling tak boleh nak agak apa yang bermain difikiran dia malahan, dia pula yang boleh meneka dan buah fikiran orang lain. Aku berasa bangga dengan diri Arif.
       "Puji sikit-sikit sudahlah, janganlah over sangat." balas Arif setelah dia mengetahui buah fikiran aku. Ternyata dia memang suka mengusik aku dengan menggunakan kelebihan yang ada pada diri dia itu. 
       "Kau nampak pulau tu?" tanya Arif sambil jari telunjuknya menghala ke sebuah pulau yang agak jauh dan ianya kelihatan kecil sekali.
       "Nampak. Kenapa dengan pulau tu? Anak aku ada kat situ ke?" aku menjawab dan juga bertanya.
       "Bukan anak kau saja. Anak orang lain pun turut sama ada." balas Arif. Aku terdiam selepas mendengar akan hal itu. Aku boleh mengerti perasaan ibu bapa yang di mana bayi mereka hilang dari pandangan mata. Aku mengerti. 

       Arif memberitahu aku perancangan dia. Lagi dua hari adalah hari Jumaat. Pada malam itu, kumpulan sesat itu akan melakukan ritual tersebut yang di mana 10 nyawa bayi bakal dikorbankan. Arif dan aku akan senyap-senyap menyertai ritual itu, yang di mana semua orang akan pakai jubah hitam menutupi kepala. Bayi-bayi malang itu semua akan diletakkan di tengah-tengah, Mutalib dan juga janda aku akan berdiri di antara bayi-bayi itu. Manakala ahli-ahli yang lain akan berpusing mengelilingi mereka sambil membacakan mantera sehitam jerami. 
      "Kejap, kejap. Bukan semerah padi?"
      "Itu lagu...." 
     Ketika ritual itu sedang dijalankan, aku dan Arif akan perlahan-perlahan mendekati Mutalib dan janda aku. Apabila aku dan Mutalib berada di belakang dua ekor mangkuk ni. Di situ lah kami akan tikamkan buluh runcing ke arah mereka. Hanya buluh saja yang mampu membunuh dan melemahkan ilmu mereka. 

     "Macam mana dengan ahli yang lain? Mesti dia orang nak bunuh kita juga." tanya aku meminta kepastian.
     "Tentang perkara tu kau jangan risau. Aku dah laporkan perkara itu kepada orang atasan. Alhamdulillah, dengan bantuan Hj. Jalal kita akan dapat tumpaskan kumpulan sesat tu." jawab Arif
     "Maksud kau?" tanya aku lagi.
     "Hanya Hj. Jalal saja yang mampu mematahkan sihir pukau mereka. Macam yang kau kena." jawab Arif lagi.
     "Macam aku kena? Aku tak faham." tanya aku lagi untuk ketiga kalinya kerana aku langsung tidak faham.
     "Kau ingat kau kena kurung dalam rumah ke tadi? Kau cuma kena ikat dekat atas kerusi je sebenarnya." jawab Arif.
     "Itu semua kerja janda kau. Dan pisau yang kau pegang, itu sebenarnya buluh yang aku sengaja letak tanpa pengetahuan sesiapa supaya kau ambil dan kau kena gunakan pisau itu untuk buka pintu terakhir." tambahnya lagi.
     "Tapi aku berjaya jugak keluar dari tempat tu." kata aku penuh kehairanan.
     "Sebab Allah nak bantu kau. Kau patut bersyukur." balas Arif sambil melemparkan senyuman kepada aku.

      "Polis akan datang menyerbu selepas kita berjaya tikam dua pasangan hina tu. Jadi, pastikan kau tak gagal. Aku nak kau tikam Mut..." belum sempat Arif menghabiskan kata-katanya, aku sudah pun potong.
      "Biar aku selesaikan janda aku tu." kata aku.
      "Kau pasti kau boleh buat?" tanya Arif meminta kepastian. Dan aku meyakinkan Arif bahawa aku boleh lakukan. Pada hari Jumaat itu nanti, kami harus pergi ke pulau tersebut yang di mana Hj. Jalal dan anggota polis yang lain akan menunggu di kawasan yang tidak dapat di lihat. Mereka akan bersembunyi sementara menunggu isyarat dari kami. 

     Sementara nak menunggu hari Jumaat, aku dan Arif kena tinggal di pulau itu dulu. Arif memberitahu aku bahawa dua orang pengawal yang dibunuhnya itu tidak boleh pergi ke pulau sana disebabkan tugas mereka adalah mengawal aku. Dan ahli-ahli yang lain pula, yang sudah berada di pulau itu, tidak boleh meninggalkan pulau tersebut. Kerana pulau itu sudah di pagar dengan nikmat dunia, kononnya. Andai ada sesiapa yang sudah memasuki pagar yang sudah dibuat, insan tersebut tidak boleh meninggalkan ia. Jika pantang larang tersebut dilanggar, maka insan tersebut akan menemui ajal. Dan itu adalah alasan yang  Arif gunakan kepada mereka, Arif tidak suka tinggal di sesuatu tempat untuk jangka masa yang lama. Jadi, dia minta izin untuk tinggal di pulau ini bersama dua orang pengawal yang dibunuhnya. Jika dia bosan, dia boleh ambil bot dan pusing-pusing pulau lain yang berdekatan. 

    "Kau ingat dia orang nak percaya ke dengan cerita kau tu? tanya aku.
    "Hm..entahlah. Kita tengok je lah nanti." balas Arif seperti tidak ada apa-apa yang akan berlaku. Aku mulai terasa tak sedap hati dengan semua ini. Tetapi melihatkan Arif begitu tenang, aku yakin semua akan baik-baik saja. In-Shaa-Allah.

--Bersambung-- 

Bomoh Itu Janda Aku #5

Perlahan-lahan aku membuka pintu. Aku tidak ingin sesiapa pun di dalam rumah itu tahu bahawa aku sedang mencuba untuk melarikan diri. Aku melangkahkan kaki kananku keluar dari bilik itu. Aku memerhatikan keadaan sekeliling. Aku berada di dalam sebuah ruang yang tidak besar mana. Ada pintu disebelah kananku. Aku berjalan menuju ke pintu itu. Perlahan-lahan tanganku mendekati tombol pintu tersebut. Aku terdengar suara dari sebelah pintu. Tanganku terhenti. Apa yang patut aku lakukan? Aku memandang sekeliling bilik itu untuk memastikan jika ada jalan keluar yang lain. Tetapi tiada. Hanya ada satu saja jalan keluar dari bilik itu iaitu melalui pintu yang di mana aku sedang berdiri ketika itu. Aku terdengar suara itu seperti semakin hampir dengan pintu. Dengan segera aku berjalan laju menuju ke dalam bilik yang di mana aku dikurung sebelum ini dan bersedia di sebalik pintu untuk menyerang. "Aku harus keluar dari tempat ini." bisik aku di dalam hati.

Hampir lima minit aku berdiri di belakang pintu itu tetapi nampaknya suara yang aku kedengaran tadi tidak ada, sudah hilang. Mungkin dia sudah pergi dan tak berniat untuk masuk ke dalam. Aku menghembuskan nafas lega. Aku berjalan kembali menuju ke pintu depan tadi. Aku membuka sedikit pintu dan aku memerhatikan keadaan sekeliling jika ada sesiapa yang berada di situ. Setelah aku yakin bahawa tidak ada sesiapa pun yang berada di situ, barulah aku memberanikan diri untuk keluar dari bilik tersebut. Perlahan-lahan aku menuju ke pintu hadapan, ianya tidak berkunci. Aku pulas tombol pintu itu tanpa mengeluarkan sebarang bunyi dan aku buka sedikit supaya aku boleh melihat apa yang berada di sebalik pintu itu. Entah mengapa, aku rasakan semuanya seperti senang sekali kerana di sebalik pintu ini pun tidak ada manusia yang berjaga. Terfikir juga aku, apalah bodoh sangat mereka semua ni? Tak takut ke kalau aku berjaya melarikan diri dan membuat laporan polis kemudian polis datang tangkap mereka?

Dengan penuh berhati-hati, aku berjalan di ruangan itu sambil pisau masih lagi di tangan aku. Aku mencari sebarang kemungkinan, jika mereka ingin melakukan serang hendap terhadap aku. Mana lah tahu kan? Tapi, sepatutnya aku lah yang melakukan serang hendap terhadap mereka. Aku buang semua itu ke tepi, apa yang paling penting adalah anak aku. Aku harus selamatkan anak aku. Tidak! Aku wajib selamatkan anak aku! Aku tak akan biarkan janda aku melakukan perkara yang syirik itu suka-suka hati. Setelah agak lama aku berjalan, akhirnya aku tiba dipenghujung jalan. Dihadapan aku ketika itu ialah pintu kayu antik. Ianya kelihatan cantik dan seakan-akan masih baru. Aku mencuba untuk memulas tombolnya, tidak berkunci. Peluh-peluh resah mulai kelihatan di dahi aku. "Kenapa semuanya tak berkunci?". Aku lekapkan telinga aku di pintu tersebut untuk mendengar sebarang bunyi di sebalik pintu. Kosong.

Aku membuka pintu seluas mungkin. Dan aku dapati bahawa aku berada di kawasan yang kelihatan seperti ruang tamu. Aku memulakan langkah aku dengan penuh berhati-hati. Mata aku melilau memandang keadaan sekeliling. Aku berdiri dibahagian tengah-tengah ruang itu. Aku pasti ketika itu aku berada di rumah agam kerana sifat rumah tersebut begitu cantik dan antik. Hiasan-hiasan di dinding dan siling rumah tersebut begitu unik dan tidak ada pada zaman moden. Rumah agam tersebut mempunyai beberapa tingkat akan tetapi, yang anehnya, tidak ada tangga yang menuju ke tingkat atas. Pintu juga tidak ada. Cuma ada satu saja pintu di ruang itu. Iaitu pintu yang aku masuk tadi. Setelah aku amati pintu tersebut, barulah aku sedar bahawa pintu itu sudah tertutup. Aku yakin semasa aku melangkah masuk sebentar tadi, aku tidak tutup pintu itu.

Aku berjalan menuju ke arah pintu tersebut. Ketika aku ingin memegang tombol pintu tersebut, aku dapat rasakan seperti bumi sedang bergoncang. "Gempa bumi?" bisikku di dalam hati. Aku dapat lihat beberapa retakan mula tercipta di dinding dan siling rumah agam tersebut. Perkara tersebut membuatkan aku menjadi semakin takut dan seram. Aku tidak ingin mati dalam keadaan macam ni, dan selagi tidak selamatkan anak aku. Aku berdoa kepada Allah agar aku diselamatkan dari sebarang kecelakaan. Kemudian, aku cuba untuk membuka pintu tersebut tetapi tidak berjaya. Pintu itu berkunci! Aku gegarkan pintu itu sekuat hati dengan harapan agar ianya terbuka, Namun cubaan aku itu tadi tidak berhasil. Sebaliknya hanya membuatkan aku menjadi letih. Beberapa ketuk besar batu sudah mula jatuh dari siling.

Aku berlari dari setiap sudut ke setiap sudut dengan harapan akan ada pintu-pintu yang tersembunyi. Tetapi hampa. Dan akhirnya, rumah agam tersebut runtuh. Tetapi, aku selamat. Aku tidak ditimpa oleh batu-batu konkrit yang runtuh itu. Aku pandang ke langit. Aku dapat lihat kecantikan awan yang putih dan langit yang biru serta kehijauan daun-daun pokok hutan yang berada di situ. Aku memejamkan mata. Dan aku bersyukur ke hadrat Illahi kerana aku masih lagi diberi peluang untuk hidup. Kemudian telinga aku tertangkap satu bunyi yang memang aku kenal. Bunyi air laut. Aneh, masakan di hutan ada air laut? Aku membuka mata dan mengalihkan pandangan ke arah bunyi air laut tersebut. Ternyata ianya benar dan memang jelas air laut. Aku berada di pantai. Batu-batu konkrit yang runtuh tadi tidak ada lagi di situ.

Perkara itu membuatkan aku menjadi terkejut dan mengakibatkan aku jatuh terduduk di atas pasir pantai yang berwarna putih itu. Aku menggaru kulit kepalaku yang tidak gatal tersebut. Segala benda yang terjadi terlalu berat untuk aku terima. Otak aku tidak dapat nak proses dengan betul. Memori dan juga RAM otak aku tidak dapat nak menampung data-data yang sebegini. "Hoi!" aku kedengaran suara seorang lelaki dari arah sebelah kiri aku. Aku terus memandang ke arah suara itu. Dua orang lelaki separuh usia sedang berlari ke arah aku. Aku pun segera bangun dan menunggu mereka. Setelah mereka semakin hampir dengan aku, tiba-tiba mereka berdua di serang dari arah belakang. Aku dapat lihat seorang lelaki sedang menikam mereka. Tikaman tersebut membuatkan mereka mati serta merta. Aku tahu, mungkin aku pula akan menjadi mangsa tikaman selepas itu. Aku redha.

"Kau okay tak?" jelas kedengaran soalan dari pembunuh itu. Adakah dia mengajukan soalan itu kepada aku? Aku tidak dapat lihat siapakah pembunuh itu kerana dia berdiri membelakangi aku. Kemudian, pembunuh tersebut pusing menghadap aku. "Arif??" kata aku penuh dengan tanda tanya. "Ya, terkejut? Sekarang ni ikut aku. Nanti aku terangkan kat kau." jawab Arif dengan wajahnya yang tenang. Kau dah tumbuk aku lepas tu boleh buat muka selamba pula. Aku melayangkan penumbuk di wajah beliau yang tenang itu. Penumbuk aku tepat hinggap di pipi kirinya. Lalu Arif jatuh ke bumi.
"Okay, aku layak untuk terima tumbukan tu." balasnya penuh redha.


--Bersambung--

Tuesday, 5 January 2016

Busut Di Tengah Padang

Pada suatu petang, ketika aku sedang seronok bermain bola padang bersama dengan kawan-kawanku yang lain. Aku terjatuh berguling-guling di atas padang. Kerana tiba-tiba saja ada bonggol di tengah-tengah padang itu. Kami semua menjadi hairan, sejak bila pula ada bonggol disitu? Kami perhatikan betul-betul bonggol itu, rupa-rupanya bonggol itu adalah busut. Kami semua menjadi sangat terkejut. Dengan perasaan yang marah, aku terus menyepak busut itu berkali-kali demi menghancurkan ia. Sudahlah muncul ditengah-tengah padang, nak main bola pun jadi susah kerana busut itu. Setelah berjaya menghancurkan busut tersebut. Kawan-kawan aku bersorak tanda seronok. Kemudian, kami sambung bermain bola semula. Petang itu membuatkan aku jadi sangat marah. Kerana setiap sepakanku tidak ada satu pun berjaya masuk ke gawang gol. Petang itu aku pulang dengan perasaan yang hampa dan kecewa. Ketika aku sampai dirumah, aku meletakkan bola ke dalam store dan terus berlari ke dalam bilik mengambil pakaian yang akan aku kenakan pada tubuhku malam itu. Bapa aku menyuruh memakai baju melayu sahaja memandangkan malam itu aku harus hadir ke kelas mengaji. Aku turuti saja arahan bapaku itu. Kemudian, aku terus bergegas berlari ke bilik air yang terletak diluar rumah. Selepas aku menghidupkan suis lampunya, aku terus mandi. Ketika sedang mandi itu, aku terdengar pula bunyi azan maghrib. Aku mempercepatkan mandianku.

Selesai menunaikan solat maghrib berjemaah bersama keluarga. Aku terus berlari ke dapur demi membantu ibuku menghidangkan makan malam. Santapan malamku pada hari itu begitu menyelerakan. Ikan perkasam dimasak bersama cili kering dan minuman air milo panas. Terasa segar dan kenyang seluruh tubuh ini. Selesai makan, aku meminta diri untuk pergi ke rumah Haji Manaf untuk menghadiri kelas mengaji. Dua orang kawanku sudah tiba diperkarangan rumahku. Aku menyertai mereka untuk pergi ke rumah Haji Manaf. Ketika di dalam perjalanan menuju ke rumah Haji Manaf, mereka berdua iaitu kawanku asyik mengejek diriku kerana tidak dapat menghasilkan sebarang gol pada petang tadi. Aku membiarkan saja mereka menggelakkan aku, kerana aku tahu mereka niat hendak bergurau. Memang selalu kami mengusik sesama sendiri seperti ini. Kami tiba disebuah simpang empat, dari simpang itu kami wajib belok ke kiri jika untuk pergi ke rumah Haji Manaf. Jikalau kami terus berjalan ke hadapan tanpa membelok, kami akan menemui jalanraya utama iaitu jalan besar. Andai kami memilih untuk membelok ke kanan, jadi harus berpatah balik kerana rumah Haji Manaf berada di simpang sebelah kiri. Langkah kami bertiga terhenti apabila kami lihat tiada lampu jalan yang hidup ketika itu. Kami membuat keputusan untuk teruskan perjalanan saja sehinggalah kami tiba ke rumah Haji Manaf.

Aku sebenarnya ada rasa sedikit ketakutan untuk melalui jalan yang gelap di waktu malam. Manalah tahu jika ada hantu atau jembalang yang muncul pula nanti. Tetapi tidak mengapalah, disebabkan aku ditemani dua orang kawan. Jadi, aku jalan sajalah. Lagi pun, niat aku baik. Aku hendak pergi belajar mengaji. Bukannya hendak pergi bermain. Demi menghilangkan rasa takut yang hadir, kami menyanyikan Asma ul Husna. Ketika kami sedang seronok menyanyi. Kawan aku yang bernama Zul membuat isyarat menggunakan jari telunjuk di bibirnya, menyuruh kami diam. Kami pun diamkan diri. Langkah kami terhenti apabila kami terdengar suara orang ke empat menyanyikan Asma ul Husna. Siapa pula yang bersama dengan kami ketika itu? Setahu aku, hanyalah kami bertiga saja, bagaimana boleh ada suara yang ke empat? Backup vokal barangkali. Zul berbisik kepada Hamdan, kemudian Hamdan berbisik kepada aku. Zul menyarankan supaya kami bertiga berlari sepantas hati menuju ke rumah Haji Manaf. Disebabkan aku pun terasa takut dan seram, lalu aku pun bersetuju dengan keputusan Zul. Dengan kiraan tiga, kami terus berlari sekuat hati. Nampak gayanya aku bakal ditinggalkan kerana aku lihat Zul dan Hamdan sudah jauh di hadapan meninggalkan aku. Aku cuba untuk menjerit memanggil nama mereka akan tetapi nafas aku tidak cukup. Aku terlalu penat. Lantas aku berhenti seketika untuk mengambil nafas semula. Aku tertunduk akibat terlalu penat dan kemungkinan terlalu kenyang ketika makan malam tadi.

Apabila aku dongakkan kepala aku semula, aku mendapati Zul dan Hamdan sudah tiada. Mereka sudah hilang jauh ke hadapan. Aku menjadi sangat takut ketika itu. Aku memang tidak suka untuk bersendirian di dalam kawasan yang gelap. Mengapalah hari itu pula boleh tidak ada lampu. Secara tiba-tiba, ada sepasang tangan memegang kedua-dua bahuku. Bulu romaku semua berdiri tegak. Mulutku terlopong. Aku ingin menjerit tetapi tekakku terasa kering. Kemudian, aku ditendang dari arah belakang. Tendangan itu begitu kuat sehingga membuatkan aku jatuh tersembam menyembah bumi. Aku mengaduh sakit. Selepas itu, aku terasa kedua-dua belah kakiku dipijak berkali-kali. Aku menangis menahan kesakitan. Aku cuba untuk melihat siapa yang melakukan perkara itu kepada aku. Namun hampa, kerana keadaan begitu gelap. Aku tidak dapat melihat apa-apa. Aku hanya mampu menangis sahaja. Puas aku merayu supaya berhenti dari mencederakan aku. Tetapi insan yang bertanggungjawab tidak mengendahkan aku, malah dia terus menerus memijak kakiku. Tidak cukup dengan memijak kaki, dia pijak-pijak pula perutku. Kemudian, di cakar-cakarnya seluruh tubuhku. Aku meraung, menjerit. Tetapi, raungan dan jeritanku itu tidak keluar dari anak tekak ini. Aku merangkak, cuba untuk menjauhkan diri walaupun aku tahu ianya perkara yang sia-sia. Kenapalah aku diperlakukan sebegini rupa? Aku masih lagi budak-budak. Tidak tahu apa-apa. Siapalah insan yang begitu kejam sangat ni?

Ketika aku sedang berusaha untuk merangkak pergi, aku terdengar suara lelaki bercakap dengan aku. Suaranya terlalu garau dan menyeramkan, Dia berkata bahawa aku telah pun menghancurkan rumahnya. Dia baru sahaja pindah bersama keluarganya ke kampungku tetapi aku telah mengakibatkan rumahnya hancur dan anak-anaknya tercedera. Aku langsung tidak mengerti. Bila masa pula aku hancurkan rumah orang ni? Kemudian, dia sambung lagi mencederakan aku. Dalam pada masa yang sama, aku terdengar bunyi bayi menangis dan suara perempuan merintih. Di dalam keadaan yang gelap itu memang aku tidak dapat melihat apa-apa. Aku sudah tidak mampu untuk bergerak lagi. Aku tertiarap di atas jalan raya itu ditemani kesakitan dan air mata. Aktiviti mencederakan aku dihentikan apabila munculnya sebuah cahaya dari arah hadapan. Cahaya itu datangnya dari sebuah kereta. Aku dapat lihat Haji Manaf keluar dari kereta itu dan berlari ke arah aku. Di dalam kereta itu ada lagi dua orang kawan aku iaitu Zul dan Hamdan. Mungkin mereka bimbang kerana aku tidak kunjung tiba juga di rumah Haji Manaf. Selepas itu aku terus tidak menyedarkan diri.

Seminggu kemudian, barulah aku sedarkan diri. Aku berada dihospital dikelilingi keluarga aku dan juga keluarga Haji Manaf. Bapa aku memberitahu bahawa ketika Haji Manaf menjumpai aku, aku sedang berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan. Jika lambat dibawa ke hospital ketika itu, sudah tentu aku menemui ajal. Dan kaki aku pula, memang tidak dapat dibuat apa-apa, terpaksa dipotong. Semasa Haji Manaf menjumpai aku, kedua-dua kakiku sudah pun hampir-hampir terputus. Aku mengalami trauma tahap tiga. Haji Manaf berkata kepada aku, ini semua adalah disebabkan kedegilan aku sendiri kerana suka-suka hati pergi hancurkan busut. Haji Manaf berkata lagi, busut yang aku hancurkan itu sebenarnya adalah rumah jin. Selepas perkara itu, aku telah berjanji aku tidak akan melakukan apa-apa perkara mengikut suka hati aku lagi. Aku kesal. Angkara diri sendiri, aku menjadi cacat seumur hidup dan tidak boleh bermain bola di padang bersama-sama kawan lagi.

--Tamat--

Bomoh Itu Janda Aku #4

Aku dan Arif masih lagi berjalan di atas jalan raya yang sama sejak tadi lagi.  Entah berapa jam sudah berlalu kami sendiri pun sudah tidak tahu lagi. Yang ternyata kini kami sedang kepenatan, mencari tempat untuk berehat dari tadi namun tidak ketemu juga. Yang ada semuanya hutan. Yang anehnya, tidak ada kenderaan yang melalui jalan itu sejak tadi. Walaubagaimana pun, aku tetap bersyukur yang penanggal tadi tu berhenti dari mengejar. Aku ni bukanlah atlet atau pun ahli sukan yang aktif sangat bersenam. Lainlah si Arif, dia memang rajin bersenam pada waktu malam dengan kawan-kawan dia. Lutut aku terasa macam nak tercabut je. Akhirnya aku membuat keputusan untuk berehat seketika. Tidak sanggup untuk aku berjalan lagi. Disebabkan aku sudah berhenti berjalan, maka Arif pun turut serta rehat bersama aku. Kami memilih untuk duduk di tepi jalan saja. Tidak berani untuk duduk dibawah pokok. Risau jika ada pontianak atau langsuir pula yang menetap kat situ. Tak tentu fasal kami kena berlari lagi entah berapa kilometer. Dalam pada masa kami sedang berehat, angin sejuk menyapa di pipi kami. Terasa nyaman dan selesa bila angin tersebut menyapa.

"Haaaa. Arif.. Kenapa tiba-tiba sekarang pukul dua belas tengah malam pulak ek?" aku bertanya untuk kepastian selepas aku melihat jam di tangan. Aku menjadi terkejut bukan alang kepalang apabila jarum jam di tangan aku itu menunjukkan pada waktu itu masih lagi awal. Sedangkan ketika aku bangun dari tidur di dalam kereta tadi, jam sudah pun pukul dua lebih. Malahan, ketika habis berlari tadi aku lihat jam sudah pukul empat lebih. Apa yang sedang berlaku ni? Bila difikir-fikirkan balik, aku dan Arif sudah berjalan sudah lama. Boleh dikatakan sudah lebih dari satu jam setengah. 
"Aku rasa jam kau rosak tu. Mungkin masa berlari tadi kau terlanggar pokok ke apa. Manalah nak tau, kita tengah kelam kabut waktu tu." jelas Arif yang sedikit pun tidak berjaya mengurangkan rasa kerisauan di hati aku. 
"Tapi Arif, jarum masih bergerak ni. Mustahillah jam aku rosak." tanya aku lagi. Aku benar-benar keliru waktu itu dan aku benar-benar menginginkan jawapan yang mutlak.
"Tak apa. Sekarang ni kita tunggu je hari jadi cerah. Lepas tu kita sambung berjalan balik." kata Arif cuba untuk menenangkan aku dan ianya berhasil. Benar kata Arif, barang kali jam aku rosak ketika sedang sibuk berlari tadi. 

Tiga jam berlalu...

"Arif, jarum jam aku tunjuk sekarang pukul tiga pagi."
"Ha? Tak apa, kita tunggu lagi. Jangan bimbang."

Dua jam berlalu...

"Arif, pukul dua belas tengah malam." aku menjadi semakin muskyil dengan keadaan yang sedang berlaku.
"Errr.. Jam kau rosak tu. Kau jangan fikirkan sangat. Kita tunggu je." kata Arif sekali lagi untuk menenangkan aku dan aku rasa kali ini dia berkata untuk diri dia sekali.

Mungkin lima jam sudah berlalu...

"Arif! Pukul sepuluh malam!" jerit aku. 
"Kau buang je jam tangan bodoh kau tu! Teruskan berlari! Kita selamatkan diri dulu!!" balas Arif. Benar kata dia, lebih baik aku fokuskan pada perlarian. Ketika kami sedang duduk menunggu matahari untuk memancarkan sinar paginya, dua ekor jembalang tiba-tiba muncul dari arah hutan sebelah kanan kami dan terus mengejar kami tanpa memberitahu sebab musabab. Walaupun sudah beberapa jam juga kami berehat tadi, namun kepenatan tetap hadir ketika kami sedang berlari. Ini disebabkan kami tidak cukup tidur dan juga kehausan. Ditambah pula kami sedang lapar.
"AH! Aku dah penat berlari!" jerit Arif dan tiba-tiba dia berhenti secara mengejut. Lantas dia menoleh ke arah belakang, secara tiba-tiba dia melayangkan sebuah penumbuk ke wajah aku yang membuatkan aku terus tidak menyedarkan diri.

Aku disedarkan dengan siraman sebaldi air sejuk. Perlahan-lahan aku membuka mata. Aku cuba untuk melihat sekeliling. Aku dapat rasakan diri aku berada dalam keadaan terikat dengan ketat. Mata aku masih kabur. Di dalam keadaan aku separa sedar itu, telinga aku tertangkap suara seorang wanita sedang berbual dengan seorang lelaki. Aku mencuba untuk membuka mata aku seluas yang mungkin. Apa yang aku lihat tidak jauh dari depan aku itu sangat-sangat mengejutkan. Aku benar-benar tidak menyangka akan perkara ini. Aku lihat dua orang lelaki dan seorang wanita. Wanita tersebut adalah isteri aku! Manakala salah seorang dari lelaki itu adalah kawan baik aku sendiri, Arif! Dengan tidak sengaja, air mata aku jatuh menitis di pipi. Hati aku begitu sebak sekali. Adakah Arif sudah lama berkomplot dengan mereka semua? Adakah ini disebabkan dosa-dosa aku tidak menunaikan tanggungjawab sebagai seorang suami? 
"Oh, hero kita dah bangun dari tidur dia." tegur seorang lelaki berbadan sasa. Aku masih kenal wajah dia ini. Dialah lelaki yang tempoh hari aku lihat bermesra dengan isteri aku di dapur rumahku. Dia berjalan mendekati aku. Setelah aku amati wajah dia betul-betul. Barulah aku tahu bahawa dia adalah pak cik Mutalib yang menegur aku dan memberitahu aku lokasi keberadaan isteri dan anak aku. Perkara tersebut membuatkan aku benar-benar terkejut. Apa maksud semua ini?
"Aku rasa kau masih lagi ingat dengan pertemuan kita tempoh hari" katanya lagi.
"Benda ni semua sudah di rancang. Sepatutnya Arif bawa kau pergi ke hutan itu untuk membiarkan diri kau di bunuh oleh jin-jin belaan keluarga aku. Tapi entah kenapa, jin-jin belaan aku semuanya susah sangat nak mendekati diri kau." tambahnya lagi. Kini jelaslah segalanya, kenapa penanggal itu boleh berhenti dari mengejar kami selepas Arif bertanyakan soalan. Rupa-rupanya Arif adalah sebahagian dari mereka.
"Oh iya, sebelum aku terlupa. Seluruh kawasan perumahan yang kau tinggal tu, adalah milik aku dan mereka yang tinggal di situ adalah konco-konco aku.

Aku tak tahu apa perasaan aku ketika itu, marah, sedih, kelakar. Kenapa aku boleh terjebak dengan perkara-perkara ini? Benarlah kata seorang ustaz yang pernah aku kenali dulu. Seekor syaitan mampu menyamar menjadi sesiapa saja, bahkan menjadi seorang yang sangat alim. Pak cik Mutalib berjalan berlalu pergi dari situ. Arif, kawan baik aku sedang berdiri di antara muka pintu. Dia sedang memandang aku dengan wajahnya sayu. Aku tenung wajahnya. Aku tenung dengan penuh kebengisan. 
"Nyah kau dari sini. Aku tak mau tengok muka kau. Kau pengkhianat agama dan bangsa!" marah aku kepada Arif. Tidak dapat aku pendamkan lagi. Tidak pernah aku berdendam dengan sesiapa, tetapi kali ini lain. Aku menjadi seorang yang sangat pendendam. Dendam terhadap mereka ini semua.
"Kau tak boleh nak buat apa-apa, kawan." kata Arif.
"Kau bukan kawan aku! Setan!" aku membalas. Kemudian, Arif berlalu pergi. Dan tidak lama kemudian, aku terdengar suara ketawa bayi. Terbeliak mata aku ketika aku mendengar suara ketawa tersebut. Difikiranku hanya satu, anak aku! Isteri aku muncul dimuka pintu bersama anak aku yang dingendongnya. Sekali lagi air mata aku jatuh, tidak dapat aku menahan sebak di dada. Dalam pada masa yang sama aku bersyukur kepada Allah kerana anak aku yang tidak berdosa itu tidak diapa-apakan.
"Tengok tu sayang, papa kena ikat. Tengok muka papa tu puas-puas. Lepas tak dapat tengok dah." kata isteri aku. Hati aku begitu sebak. Apa yang mereka nak lakukan ke atas budak yang tidak berdosa itu? 
"Awak jangan apa-apakan dia. Dia tak berdosa!" aku cuba untuk memujuk. Walaupun aku tahu ianya tidak akan berhasil.
"Oh. Kau jangan bimbang. Dia ni akan aku jadikan korban santapan ratu malam. Yang di mana dia ni akan menjadi penyambung warisan keturunan aku. Dia akan menjadi ketua kepada ilmu turun temurun yang seterusnya." jelas isteri aku.
"Abang tak akan biarkan awak buat macam tu! Kembalilah ke pangkal jalan!" aku cuba lagi untuk memujuk. Aku tak nak anak aku dipersatukan dengan ilmu-ilmu kesyaitanan.
"Apa yang kau boleh buat? Siapa suruh kau berkahwin dengan bomoh?" kata isteriku yang membuatkan aku tergamam.
"Apa maksud awak? Bomoh?" aku meminta perjelasan.
"Ya, aku bomoh. Suami aku adalah pembantu aku. Mutalib tu. Aku ketua dalam kumpulan ni." jelasnya lagi. Bagai terkena hentakan yang kuat dikepala selepas mendengar penjelasan dan penerangan dari isteri aku itu tadi. Bomoh? Aku selama ni membina masjid bersama bomoh? Betapa bodohnya aku, macam mana aku boleh tidak sedar akan hal ini? Aku lihat isteri aku berjalan membelakangi aku dan berlalu pergi meninggalkan aku.

"Nanti!" langkah isteriku terhenti selepas mendengar arahan dari aku. Dia kembali pusing berjalan ke arah aku.
"Kau nak apa lagi? Kau patut bersyukur sebab kami tak jadi nak bunuh kau sekarang tapi kami akan bunuh kau selepas kau sendiri melihat ritual yang akan dilangsungkan nanti."
"Kau patut berterima kasih pada Arif sebab yakinkan kami untuk membenarkan kau melihat ritual itu malam esok."
"Oh.. macam tu ke?" aku memandang ke arah isteri aku dan anak aku.
"Sebelum kau pergi, izinkan aku untuk berkata sesuatu." aku tatapi wajah anak kecil aku.
"Aku ceraikan kau dengan talak tiga. Dan segala dosa-dosa kau terhadap aku termasuklah menduakan aku serta berbohong dengan aku tidaklah aku ampunkan hingga ke akhirat." mata aku tidak berkedip dari memandang wajah anak aku. Kemudian, bekas isteri aku berjalan berlalu pergi sambil ketawa. 
"Kau fikir aku ada kisah? Kat dunia ni aku berkuasa." dia memberikan senyuman sinis dan melangkah pergi. Aku tertunduk dan merenung ke atas lantai. Aku kena fikirkan cara untuk melarikan diri dari tempat ini dan selamatkan anak aku. 
"PAAAKKK!" 
Secara tiba-tiba ada sebilah pisau yang jatuh dihadapan aku. Aku segera mengalihkan pandangan aku ke arah muka pintu. Tiada kelibat sesiapa. Aneh, siapa pula yang bagi aku pisau ni? Aku toleh pula ke arah siling. Pun sama, tiada sesiapa. Kemudian, pintu dihadapan aku ditutup. 
"Aik? Macam nak bagi aku senang meloloskan diri je?" bisik aku di dalam hati. Terlintas difikiran aku, Allah sedang membantu aku. Aku mengucapkan syukur ke hadrat Illahi. Kemudian, aku memerhatikan keadaan diri aku. Aku di atas kerusi, diikat bersama dengan kerusi. Tangan disilangkan ke belakang. Tetapi pengelangan tangan aku tidak diikat.

Memandangkan situasi aku ketika itu, aku harus berdiri dan duduk membelakangi pisau yang terpacak di atas lantai tersebut. Nasib baik lantai kayu, jika simen, sudah tentu pisau itu tidak mampu untuk berdiri sebegitu dan sudah tentu ianya akan lebih menyukarkan buat diri aku. Kemudian, aku kena jungkitkan sedikit kerusi aku ke belakang dan seharusnya aku sudah boleh capai pisau tersebut dan boleh memotong tali yang diikatkan kepada aku. Satu jam kemudian...
"Ya Allah, tebal betul tali ni." keluh aku sendiri. Akhirnya terputus juga tali yang diikatkan itu. Aku bangun perlahan-lahan. Aku melilau sekeliling untuk mencari bahan yang boleh dijadikan sebagai senjata. 
"Oh.. Lupa pulak pisau ni boleh dijadikan senjata." bisik aku di dalam hati. Aku gapai pisau tersebut dan aku berdiri betul-betul menghadap pintu keluar. Aku tak tahu apa yang berada disebalik pintu itu. Dan aku kena bersedia untuk sebarangkalian. Aku pejamkan mata dan berbisik di dalam hati. "Bomoh tu janda aku, dan aku akan pastikan dia terima nasib dia." kemudian aku membuka mata aku perlahan-lahan. Aku menarik nafas dalam-dalam dan aku lepaskan dengan lafaz bismillah.

--Bersambung--

Monday, 4 January 2016

Bomoh Itu Janda Aku #3

Aku tersedar dari tidur yang agak nyenyak. Entah bila aku tertidur pun aku tak sedar. Yang aku tahu, nikmatnya dapat tidur. Seperti sudah berpuluh kurun tidak dapat tidur sebegini nyenyak. Aku memandang ke arah sekelilingku. Senyap, gelap, dan sunyi. Aku hampir terlupa bahawa kami sekarang masih lagi berada ditengah-tengah hutan dan bersebelahan dengan tanah perkuburan. Aku memandang ke arah jam di tangan. Baru pukul 2:30 pagi. Masih terlalu awal untuk bangun. Aku membuat keputusan untuk kembali tidur. Aku toleh ke kiri menghadap tingkap kereta, aku nampak hutan. Aku toleh ke arah hadapan, tetap nampak hutan. Aku toleh ke arah kanan. Terkejut aku dibuatnya apabila aku lihat Arif tidak ada lagi bersama dengan aku di dalam kereta. Mengucap panjang aku. Aku membuka laci bawah kerusi kerana seingat aku waktu dulu aku pernah letakkan lampu picit di situ. Alhamdulillah lampu picit tersebut masih ada dan baterinya juga berada di dalam keadaan yang baik. Aku halakan lampu picit tersebut ke arah luar menghadap kubur. Aku cuba mencari Arif. "Manalah dia pergi ni, kalau pergi tandas pun, takkanlah jauh-jauh kot." rungut aku di dalam hati. Aku menjadi hairan, tidak mungkin si Arif membuang air kecil jauh-jauh. Ditengah-tengah hutan macam ni, takkan dia berani untuk pergi seorang diri? Tak faham betul aku dengan perangai dia ni. "Arif..Arif..Arif..Ooo..Arif" aku cuba untuk memanggil dalam nada yang perlahan. Tiada jawapan. Aku mula menggaru kulit kepalaku yang tidak gatal. "Ke mana pula budak ni dah pergi? Kalau ya pun, kejutkanlah aku sekali. Aduhh.." keluh aku berseorangan. Sudahlah aku berseorangan, di dalam hutan, sebelah kubur pula tu.

Entah mengapa, seluruh tubuhku terasa seram sejuk, seperti ada angin yang menempa. Sedangkan sememangnya tiada angin pun ketika itu. Pokok-pokok diluar pun tidak bergoyang. "Masakan pokok bergoyang kalau tak ditiup angin. Masalahnya pokok pun tak bergoyang sekarang ni.. Masak aku beb." rungut aku di dalam hati. Terlintas difikiranku untuk menoleh ke arah belakang tetapi badan aku tidak mahu bertindak mengikut arahan. Kemudian, aku terdengar seperti bunyi orang bernafas dibelakang. Berdiri tegak terus bulu roma aku seluruh badan. Aku bangunkan balik kerusi aku dan aku bersandar seperti tidak ada apa-apa yang berlaku dengan harapan si Arif akan segera pulang. Hampir 30 minit aku di dalam kereta itu seorang diri. Arif masih lagi tidak kunjung tiba. Bunyi nafas yang aku dengar itu masih lagi ada dan tidak hilang lagi. Dan, kali ini bunyi lain pula yang hadir. Bunyi seperti kerusi bahagian belakang itu ditikam dengan sesuatu yang tajam dan perlahan-lahan aku dengar bunyi tingkap seperti dicakar. Aku boleh agak ketika itu jantung aku berdegup lebih pantas dari kelajuan cahaya. Di dalam hati aku hanya berdoa saja lah bahawa aku tidak di apa-apa kan. Walaupun aku di dalam keadaan yang takut akan tetapi, difikiran aku tetap ingin toleh ke belakang dan melihat sendiri siapakah yang melakukan aktiviti vandalism tersebut. Tak tahu kenapa badan aku tak nak langsung menoleh. Lepas tu, perlahan-lahan aku lihat kerusi disebelah dibangunkan. Bertambah seram pula aku rasa, kerusi tu tak akan boleh bangun kalau tak ada orang yang menarik tuasnya. Badan aku berpeluh-peluh. Aku berusaha untuk menenangkan diri. Aku cuba untuk berfikiran positif. Kemudian, dari ekor anak mata aku, aku dapat melihat cahaya seperti bebola api dari arah kanan. Aku dapat jangka cahaya tersebut datangnya dari arah kubur. "Sudah..benda apa pulak kali ni?" bisik aku di dalam hati. Kemudian, aku terdengar pula suara dari arah belakang. Suara seperti ketawa kecil. Berderau darah aku, umpama semua sel-sel darah warna merah sudah hilang, yang tinggal hanya sel-sel berwarna putih saja.

Aku nekad untuk menoleh, apa nak jadi pun jadi lah. Aku tak tahu ke mana Arif sudah pergi. Yang aku tahu sekarang ni aku harus fikirkan cara untuk aku selamatkan diri. Aku genggam lampu picit dan aku pastikan semua kelengkapan cukup. Aku raba kocek seluar aku untuk memastikan dompet aku masih disitu dan aku capai telefon serta pengecajnya sekali. Semuanya aku sumbatkan sekali di dalam kocek kiri dan kanan. Manalah tahu kalau kejap lagi aku perlu untuk larikan diri, aku lari je. Sekurang-kurangnya kalau aku dah sampai tempat yang selamat, bolehlah aku caj semula bateri telefon ni dan cuba buat panggilan ke Arif. Aku pejamkan mata aku rapat-rapat. Dengan lafaz bismillah, aku buka semula mata aku. Dan, dengan pantas dan muka seposen aku menoleh ke arah belakang. Biji mata aku memandang tepat ke arah seekor makhluk yang aku sendiri tidak pasti identitinya. Tetapi, berambut panjang, matanya berwarna merah darah, taringnya sebelah saja. Kukunya panjang dan ketika itu dia sedang mencakar cermin tingkap. Makhluk itu juga memandang ke arah aku sambil tersenyum. Tangan kiri aku dari tadi berusaha untuk buka pintu tapi tak boleh-boleh. Tak tahu apa yang silapnya. Aku tak nak duduk di dalam tu lama-lama bersama dengan makhluk yang tak tahu dari mana asal usulnya. Dah lah seram, hodoh pula tu. Semasa aku menoleh ke arah makhluk hodoh dan seram tu, aku dapat hidu sesuatu yang busuk. Dan aku pasti bau itu adalah bau daging yang busuk. Bau seperti bangkai. Sudah semestinya bau itu datang dari makhluk hodoh yang sedang menemani aku sekarang. Aku semakin hilang sabar dengan pintu yang cuba buka dari tadi. Kuncinya sudah dibuka, tetapi pintunya seperti kena gam pula. Akibat perasaan marah di dalam hati aku. Aku mengabaikan kehadiran makhluk hodoh itu tadi dan aku mengalihkan pandangan aku ke arah pintu pula. Tetapi pemandangan yang aku dapat lihat ketika itu bukanlah sesuatu yang menggembirakan. Patutlah pintu itu tidak boleh dibuka, rupa-rupanya ada makhluk sedang berdiri diluar pintu tersebut. Kedua-dua tapak tangannya berada dicermin dan wajahnya juga dia rapatkan ke cermin bersama lidahnya yang terjelir keluar. Perkara tersebut membuatkan aku ingin menumbuk saja wajah hantu itu akan tetapi disebabkan aku tahu bahawa aku tidak mampu untuk melakukan perkara tersebut. Akhirnya aku buat keputusan untuk keluar menggunakan pintu sebelah kanan.

Ketika aku ingin berpindah ke kerusi sebelah kanan. Waktu itu jugalah si Arif ni buka pintu dan masuk ke dalam kereta.
"Uish. Bau busuk apa ni? Kau kentut ke Lan? Busuklah. Kalau nak berak, pergilah berak sana." kata Arif kepada aku dengan selambanya. Sumpah. Waktu itu aku rasa seperti nak menangis seperti dalam cerita kartun jepun. Kenapalah kau buat aku macam ni Arif? Kau tak sedar ke ada makhluk selain kita kat dalam kereta ni sekarang? Aku dah tak tahu nak buat apa-apa dah. Kemudian, disebabkan aku diam saja tanpa bagi apa-apa jawapan. Arif tanya aku lagi sekali. "Kau berak pergilah ber....." kali ini dia tidak dapat untuk menghabiskan kata-katanya apabila saat dia menoleh ke arah aku, dia terlihat makhluk yang berada diluar tingkap sedang menjilat-jilat cermin kereta itu. Kemudian dia terpandang ke arah cermin pandang belakang dan dia nampak ada lagi seekor makhluk yang sedang memerhatikan dia dalam keadaan tersenyum. Arif mengalihkan kembali pandangannya ke arah aku.
"Rajin dia tu kan? Siang kerja mentadbir, malam kerja cuci kereta." kata Arif sambil membuka pintu kereta dan terus berdesup lari keluar meninggalkan aku berseorangan. Sudahlah dia hilang hampir sejam lamanya, lepas tu bila dia kembali, tak ada pula dia bagi tahu dia dari mana. Dan sekarang, dia lari tinggalkan aku pula. Tanpa membuang masa, aku pun turut mengikut jejak langkah Arif. Bergegas aku keluar dari kereta itu dan terus berlari. Lampu picit aku suluhkan ke arah Arif yang agak sudah jauh ke depan. "Bangsat budak ni, dia tinggalkan aku!" bentak aku di dalam hati. Aku terus berlari tanpa berfikir apa-apa. Yang ada difikiran aku ketika itu, aku ingin selamatkan diri.

Ketika tengah asyik berlari, anak mata aku tertangkap objek berapi sedang terbang disebelah kanan. Kelajuannya sama dengan kelajuan larian aku. Aku tak fikir panjang, aku terus menoleh ke arah objek yang terbang itu. Aku tak percaya dengan apa yang aku lihat. Objek berapi yang sedang tebang itu rupanya kepala manusia atau lebih spesifik lagi digelar penanggal. Ia terbang sambil memandang ke arah aku. Yang anehnya dia tidak pula melanggar pokok. Bagaimana ia boleh melihat arah mana dia berlari? Aku toleh ke arah belakang pula, ada seekor makhluk sedang mengesot mengejar aku. Terkejut aku dibuatnya, laju sungguh makhluk ni mengejar aku dalam keadaan macam tu. Kemudian, aku terdengar pula si Arif menjerit memanggil nama aku. "Woi! Jangan fikirkan benda-benda tu! Lari je!" jerit Arif. Memang itu yang sepatutnya aku lakukan tapi tenaga aku semakin lama semakin menghilang. Aku jadi letih dengan larian pecut ini. Sampai bila kami kena berlari? Aku lihat Arif seperti tidak ada masalah. Seperti tiada batasan pada tenaganya. Aku terus mempercepatkan larian. Aku harus keluar dari hutan ini! Waktu itu jugalah aku terdengar bunyi ketawa mengilai dari setiap pelusuk hutan itu. "Ahhh! Banyak pula yang datang mengacau!" jerit aku sekuat hati. Kemudian Arif menyuruh aku untuk mengabaikan semua itu dan fokus kepada larian saja. Akhirnya kami keluar juga dari hutan tersebut, kami tiba di tepi jalan raya yang gelap tidak berlampu. Arif membuat keputusan untuk berlari ke arah kanan dan aku turuti saja keputusan dia. Aku tidak dapat berfikir. Yang aku tahu, kami terus berlari dan berlari dengan harapan adalah kenderaan yang sudi berhenti dan membantu kami.

Agak lama kami berlari sepanjang jalan raya tersebut, makhluk mengesot itu sudah tidak kelihatan lagi. Yang aku nampak hanyalah penanggal tadi, kali ini ia terbang setinggi pokok-pokok yang ada. Aku boleh lihat darah-darah menitis dari organ makhluk itu. "Kau boleh terbang kira beruntunglah! Kami ni kena berlari sebab tak nak kena tangkap dengan kau!" jerit aku sendiri di dalam hati.
"Woi! Bila benda tu nak berhenti kejar kita! tanya Arif meminta kepastian. Macamlah aku tahu bila benda tu nak berhenti!
"Manalah aku tahu!'' balas aku. Tak ada gunanya kalau dia tanya aku.
"Woi! Penanggal! Bila kau nak berhenti kejar kami!!!?" tanya Arif kepada penanggal tersebut. Perkara tersebut membuatkan aku jadi hairan. Bangang atau gila si Arif ni? Lebih baik dia simpan nafasnya untuk berlari dari bertanya soalan bodoh macam tu kepada makhluk yang terang-terangan nak minum darah dia. Selepas Arif bertanyakan soalan tersebut, terus saja penanggal itu berhenti dari mengejar kami. Tidak semena-mena, penanggal itu terus terbang masuk ke dalam hutan semula. Apa yang berlaku sebenarnya? Aku pun tidak tahu samada ingin berhenti berlari atau pun tidak. Aku lihat Arif sudah pun berhenti berlari. Aku yang tidak sedar akan diriku yang masih lagi berlari ni, terus terlanggar Arif. Kami berdua terjatuh menyembah jalan tar.
"Aduh. Aduh. Sakitnya." keluh Arif.
"Sorry. Sorry. Aku tak perasan kau dah berhenti tadi." aku memohon maaf. Aku alihkan pandangan ke arah hutan untuk memastikan tidak ada lagi makhluk yang mengejar kami. Manalah tahu jika penanggal itu pandai pula untuk menipu. Bila dia tengok kami berhenti lari, dia keluar meluru ke arah kami dan bunuh kami. Setelah memastikan keadaan sudah selamat. Kami terus menyeberang jalan raya itu. Rasa lebih selamat jika kami berjalan di seberang jalan. Sambil-sambil itu, kami perhatikan juga hutan disebelah kanan dan kiri. Kalau-kalau ada pula makhluk yang mengejar kami. Kami kepenatan akibat berlari tadi. Lampu jalan satu pun tak ada yang berfungsi. Dan tidak ada sebiji pun kenderaan yang melalui jalan tersebut. Aku lihat jam sudah pun pukul empat lebih. Apalah nasib buruk yang menimpa kami kali ini?

--Bersambung--

Sunday, 3 January 2016

Bomoh Itu Janda Aku #2

Aku merenung ke arah rumahku. Hati aku tidak tenang. Hati aku masih sedih. Apa sebenarnya yang isteri aku mahukan? Jika betul dia ingin bercerai dengan aku dan nak sangat dengan anak tu. Beritahu saja pada aku. Kita boleh buka kes di makhamah. Tidak perlu buat perkara-perkara begini. Bagaimana dengan anak aku itu agaknya? Kecil lagi budak tu, dah merasa kesusahan yang dilakukan oleh kedua-dua orang tuanya. Walau apa pun yang berlaku, aku nekad untuk mengambil semula anak aku itu. Dia tidak berhak untuk dijaga oleh isteri aku yang terang-terang curang dan melakukan hubungan intim tanpa pengetahuan aku. Ya, aku boleh ceraikan dia. Dan, aku mahu ceraikan dia setelah aku lihat dengan mata aku sendiri kejadian di dapur rumah aku semalam. Ini yang dia mahukan. Akan aku tunaikan. Tetapi, aku akan lafazkan bila aku bersua muka dengan dia. "Weh, aku dah dapat track kampung yang pak cik tu katakan." teguran dari Arif membuatkan lamunanku terhenti. Segera aku mengesatkan air mata yang mengalir di pipiku. Arif yang melihatkan keadaan aku sebegitu, dia menepuk perlahan bahu kiriku sambil memberikan kata-kata semangat. "Kau jangan risau, percaya dengan Allah. Dia Maha Berkuasa." kata Arif cuba untuk menenangkan aku. Aku hanya mampu membalas dengan sebuah senyuman. "Sudah, sudah. Jangan nak gay sangat. Cepat masuk dalam kereta." balas Arif selepas melihat aku memberi senyuman kepada dia. Aku meminta Arif untuk memandu kereta kerana aku tidak mampu untuk memberikan perhatian ketika memandu ditambah pula dengan keadaan emosi aku yang bukan sedikit tetapi banyak yang terganggu. Kami melalui lebuh raya besar menuju ke arah utara. Dari maklumat yang diberikan oleh pak cik Mutalib. Isteri dan anak aku berada di Gua Musang, Kelantan. Yang membuatkan aku menjadi hairan, bagaimana orang tua itu boleh tahu keberadaan isteri dan anak aku? Dan yang paling penting sekali, macam mana dia boleh tahu tentang kes ni? Atau disebabkan bau kemenyan yang kuat itu ke yang membuatkan seluruh kawasan perumahan itu boleh tahu?

"Lagi 3 jam kita sampai." Arif bersuara memecahkan kesunyian yang berjam-jam. "Lan, janganlah kau fikirkan sangat masalah tu. In-Sha-Allah semuanya akan baik-baik je. Allah akan membantu orang yang teraniaya ni. Banyakkan berdoa ok?" sambungnya lagi demi menyedapkan hati aku. Aku hanya membalas dengan memberikan senyuman sebagai kawan. "Terima kasihlah Arif. Kalau kau tak ada, tak tahu lah apa yang aku nak buat." aku menyuarakan isi hati aku.
"Aku tak jangka benda-benda macam ni boleh berlaku." sambung aku lagi.
"Dalam kehidupan ni, tak ada benda yang mudah Lan. Kau kena ingat, setiap manusia ada ujiannya yang Allah dah berikan. Setiap ujian yang diberi tu, mesti kau boleh lepas punya. Tapi dengan syarat, kau jangan lupa pada Dia. Allah lah yang akan membantu kau. Allah lah yang akan membantu semua manusia." kata Arif. Aku tersenyum mendengar ceramah dari Arif tersebut. Aku mula berfikir, kat mana kedai makan, perut dah terasa lapar ni. "Oi!" Arif mencelah ditengah-tengah pemikiran aku. 
"Tu yang aku malas nak bagi nasihat dekat kau ni. Bila bagi nasihat kau fikirkan benda lain. Kau fikir apa lak kali ni?" tegur Arif bengang. Macam mana dia boleh tahu? 
"Aku nak tanya kau lah. Macam mana kau boleh hampir setiap kali baca fikiran aku?" tanya aku kepada Arif.
"Aku tak baca fikiran, aku boleh tahu dari riak air muka kau tu. Dan aku memang dah kenal sangat dengan perangai kau ni. Aku kenal kau bukannya sekejap. Dari sekolah lagi kita dah berkawan." jelas Arif.
"Aku pun lapar juga ni. Kalau kau jumpa mana-mana kedai makan, kita singgah kejaplah." sambungnya lagi.
"Tengok! Tengok! Macam mana kau boleh tahu yang aku tengah lapar dan tengah cari kedai makan? Kau ada kuasa psyhic ke apa???"
"Kim Kardashian betullah kau ni. Jadahnya psychic. Dah kita memang tak makan apa-apa dari tadi. Last tadi pun minum kopi je lah." jelas Arif lagi. Memang benar apa yang diperkatakan oleh dia itu. Kami tidak menjamah apa-apa makanan pun tadi. 

Kami tiba disebuah warung makan yang tidak jauh dari jalan raya. Pada mulanya aku terfikir, bagaimana perniagaan orang ni nak maju kalau buka warung kat tempat-tempat macam ni? Dikelilingi hutan pula tu. 
"Warung macam ni lah yang ramai orang kampung akan berkunjung, kau tahu tak? Dah, jangan nak fikir-fikir. Jom kita pergi makan. Tengah hutan ke tengah sungai ke, aku tak fikir dah, aku nak makan je sekarang ni." tegur Arif. Aku semakin sakit hati dengan keistimewaan yang Allah kurniakan pada diri sahabat aku ni. Apa yang bermain difikiran aku, semuanya dia boleh agak dan baca. Selama ni, tak pernahnya tak tepat apa yang dia jangka. Semuanya tepat. Kami memilih untuk duduk dibahagian luar kedai. Kemudian, seorang pelayan lelaki datang ke arah kami untuk mengambil pesanan.

"Dari KL ko abe?" tanya pelayan itu. 
"Ya, kami dari KL, datang nak jumpa saudara mara kat Gua Musang." jawab Arif. Aku membiarkan dia saja yang bercakap. Kerana, aku langsung tidak mengerti bahasa dari negeri itu.
"Nok make gapo be?" tanya pelanggan itu lagi.
"Bagi saya kopi kaw, dengan nasi goreng tomyam. Weh, Lan, kau nak makan apa?" 
"Saya nak nasi goreng kerabu mangga berulamkan pucuk paku dan tebu ais satu." 
Setelah mengambil pesanan kami berdua, pelayan tersebut terus berlalu ke dapur dan memberikan pesanan yang ditulis di atas kertas kepada tukang masak. Aku melihat keadaan sekeliling, ada lebih kurang lima ke enam orang pelangan lagi yang berada di warung tersebut. Aku melihatkan jam di tangan, pukul 9.45 malam. Aku menyuarakan pendapat pada Arif untuk mencari tempat untuk bermalam saja selepas makan. Arif pun bersetuju dengan aku. Tidak lama kemudian, pelayan tadi datang bersama sedulang air yang kami pesan. 
"Abe, nok tanyo. Sini ado tepak mace hotel ko homestay ko?" tanya Arif kepada pelanggan itu.
"Homestay ado. Abe pergi hujung nanti jupo sipe pak, abe pusing kiri, lagi tigo ko pak batu gitu, abe jupo homestay tu belah kanan." jawab pelayan tersebut.
"Okay, okay. Terima kasih." 

Selesai kami menjamah makanan diwarung tersebut, kami kembali menyambung pengembaraan untuk mencari homestay yang disebutkan pelayan itu tadi. Kami ikut sama seperti apa yang budak pelayan itu tadi katakan. Tetapi yang anehnya, kami tetap tidak juga sampai ke destinasi yang ingin ditujui. Aku menjadi hairan.
"Budak tu cakap, lagi tiga ke empat batu nanti jumpalah. Ni aku rasa dah lebih dari sepuluh batu ni." Arif menyuarakan rasa tidak puas hatinya.
Disebabkan rasa tidak puas hati, Arif berpatah balik untuk pergi ke warung tadi demi mendapatkan arah yang betul. Nak gunakan applikasi Waze di telefon, tidak boleh pula. Kerana tak ada line. Manakala telefon aku pula kehabisan bateri. Arif memberhentikan kereta betul-betul dihadapan warung yang kami singgah makan tadi. 
"Lan, aku nak tanya sikit ni." 
"Apa dia? Tanyalah." 
"Betul ke kita makan kat sini tadi?"
"Aku rasa betul dah ni. Kau tengok sana, nampak tak bekas tayar kereta atas tanah tu?" 
"Asal kita makan kat kubur ek? Bukan sini warung ke tadi?" Arif bertanyakan soalan yang tidak patut dia tanya. Membuatkan aku menjadi berpeluh-peluh. Kenapa tadi warung dan sekarang kubur? Syaitan apakah yang mengganggu kami? Tanpa berfikir panjang, Arif memijak pedal minyak dan berlalu pergi dari kawasan perkuburan itu. Kemudian, Arif memberhentikan kereta secara mengejut. Tindakan dia itu membuatkan aku menjadi marah. "Asal kau brake macam tu wei?" aku memarahi Arif tetapi marah aku hilang serta merta apabila aku melihat riak wajahnya seperti terkejut dan ketakutan. Aku mengalihkan pandangan mata aku ke arah depan. Aku pun turut terkejut apabila aku mengetahui bahawa kami berada disatu tempat yang sangat-sangat berbeza. Kalau tadi kami di jalan raya menuju ke arah Gua Musang, kini kami berada di tengah-tengah hutan dan di kanan kami adalah kubur.  Aku mula rasa tak sedap hati. Jalan di hadapan kami semuanya tanah merah. Patutlah telefon Arif tak ada line, rupa-rupanya kami berada dihutan. 

"Kita kat mana ni Lan?" Arif bertanya pada aku dalam keadaan diri dia merasa takut.
"Aku tak tahulah." aku menelan air liur selepas menjawab soalan cepu emas dari Arif tersebut. Kami menoleh ke arah belakang, Dengan bantuan lampu belakang kereta yang berwarna merah itu, kami dapat lihat bahawa dibelakang kami adalah jalan mati, dipenuhi semak dan samun.
"Kita cuma ada satu jalan je lagi." kata Arif. Aku tahu apa yang dimaksudkan oleh Arif, dan aku bersetuju dengan keputusan yang dia bakal lakukan. Mahu atau tidak, kami harus ikut jalan yang berada dihadapan kami. Itu je jalan yang ada. Tiba-tiba, aku lihat si Arif merebahkan kerusinya. Aku menjadi bingung seketika. 
"Oi..apa maksud kau?" aku bertanya menginginkan kepastian.
"Maksud apa?" Arif bertanya kembali pada aku.
"Yalah, tadi kau kata cuma ada satu jalan je, ni tiba-tiba kau baring apahal pulak?"
"Ini je lah jalan yang ada. Nak cari tempat tidur celah mana lagi kalau kita kat tengah-tengah hutan macam ni?" jawab Arif selamba. Perasaan aku ketika itu seperti ingin berlari keluar dari kereta dan menuju ke arah kubur dan gali lubang kubur ku sendiri. Aku memang langsung tak faham dengan perangai kawan aku si Arif ni. Tadi dia macam ketakutan, sekarang dia boleh jadi selamba pula. Aku berkawan dengan manusia ke haiwan ni? Aku fikirkan dia nak pijak pedal minyak dan berlalu pergi dari kawasan hutan ni, rupa-rupanya dia nak tidur dekat sini. Bersebelahan dengan kawasan perkuburan pula tu. Aku betul-betul tak faham dengan dia ni. Apa boleh aku buat, aku sabar je lah. Aku merebahkan kerusi dan turut berbaring, dalam fikiran aku terfikir satu je. Anak aku. Aku risaukan keadaan anak aku. Tapi dalam pada masa yang sama, aku juga turut terasa seram sebab kami betul-betul berada disebelah kubur. Arif ni pun satu, sekurang-kurangnya bawalah kereta ni jauh ke depan dulu kalau nak tidur pun. Janganlah tidur betul-betul depan kubur.
"Alah, kubur ni rumah, rumah untuk orang yang dah meninggal dunia. Apa yang kau nak takutkan? Nanti kita merasa juga tinggal kat dalam tu." sekali lagi Arif dapat meneka buah fikiran aku dan kali ni memang jelas dan terang-terangan beliau tidak memandang ke arah aku. Mustahil untuk dia melihat riak wajah aku. "Ya Allah. Aku benar-benar tidak mengerti dengan kawan aku yang seorang ni. Mohon janganlah sampai aku menikam dada kawan aku ni." aku berdoa di dalam hati. Aku benar-benar hairan dengan kawan aku ni, perangai dia memang tidak dapat aku nak duga. 

Kemudian Arif bangkit semula dari baringnya, dia mematikan enjin kereta, lampu dan membuka tingkap sedikit supaya oksigen dapat keluar dan masuk. "Kalau tak buka tingkap kereta ni, tau-tau esok pagi kita jadi arwah dah. Baguslah tu, kubur pun kat sebelah." kata Arif selamba. 
"Ya Allah, mulut dia celupar melampau." aku menjerit di dalam hati. Rasa ingin menangis saja selepas Arif berkata sedemikian rupa. Kenapalah dia boleh cakap main lepas je. Tak fikir ke keadaan aku yang tengah takut ni? Sebelum dia berdialog yang pelik-pelik lagi, ada baiknya aku terus tidur saja. Nanti disebabkan dialog aneh dari si Arif, boleh jadi aku tak tidur gara-gara takut.


--Bersambung--