"Lagi 3 jam kita sampai." Arif bersuara memecahkan kesunyian yang berjam-jam. "Lan, janganlah kau fikirkan sangat masalah tu. In-Sha-Allah semuanya akan baik-baik je. Allah akan membantu orang yang teraniaya ni. Banyakkan berdoa ok?" sambungnya lagi demi menyedapkan hati aku. Aku hanya membalas dengan memberikan senyuman sebagai kawan. "Terima kasihlah Arif. Kalau kau tak ada, tak tahu lah apa yang aku nak buat." aku menyuarakan isi hati aku.
"Aku tak jangka benda-benda macam ni boleh berlaku." sambung aku lagi.
"Dalam kehidupan ni, tak ada benda yang mudah Lan. Kau kena ingat, setiap manusia ada ujiannya yang Allah dah berikan. Setiap ujian yang diberi tu, mesti kau boleh lepas punya. Tapi dengan syarat, kau jangan lupa pada Dia. Allah lah yang akan membantu kau. Allah lah yang akan membantu semua manusia." kata Arif. Aku tersenyum mendengar ceramah dari Arif tersebut. Aku mula berfikir, kat mana kedai makan, perut dah terasa lapar ni. "Oi!" Arif mencelah ditengah-tengah pemikiran aku.
"Tu yang aku malas nak bagi nasihat dekat kau ni. Bila bagi nasihat kau fikirkan benda lain. Kau fikir apa lak kali ni?" tegur Arif bengang. Macam mana dia boleh tahu?
"Aku nak tanya kau lah. Macam mana kau boleh hampir setiap kali baca fikiran aku?" tanya aku kepada Arif.
"Aku tak baca fikiran, aku boleh tahu dari riak air muka kau tu. Dan aku memang dah kenal sangat dengan perangai kau ni. Aku kenal kau bukannya sekejap. Dari sekolah lagi kita dah berkawan." jelas Arif.
"Aku pun lapar juga ni. Kalau kau jumpa mana-mana kedai makan, kita singgah kejaplah." sambungnya lagi.
"Tengok! Tengok! Macam mana kau boleh tahu yang aku tengah lapar dan tengah cari kedai makan? Kau ada kuasa psyhic ke apa???"
"Kim Kardashian betullah kau ni. Jadahnya psychic. Dah kita memang tak makan apa-apa dari tadi. Last tadi pun minum kopi je lah." jelas Arif lagi. Memang benar apa yang diperkatakan oleh dia itu. Kami tidak menjamah apa-apa makanan pun tadi.
Kami tiba disebuah warung makan yang tidak jauh dari jalan raya. Pada mulanya aku terfikir, bagaimana perniagaan orang ni nak maju kalau buka warung kat tempat-tempat macam ni? Dikelilingi hutan pula tu.
"Warung macam ni lah yang ramai orang kampung akan berkunjung, kau tahu tak? Dah, jangan nak fikir-fikir. Jom kita pergi makan. Tengah hutan ke tengah sungai ke, aku tak fikir dah, aku nak makan je sekarang ni." tegur Arif. Aku semakin sakit hati dengan keistimewaan yang Allah kurniakan pada diri sahabat aku ni. Apa yang bermain difikiran aku, semuanya dia boleh agak dan baca. Selama ni, tak pernahnya tak tepat apa yang dia jangka. Semuanya tepat. Kami memilih untuk duduk dibahagian luar kedai. Kemudian, seorang pelayan lelaki datang ke arah kami untuk mengambil pesanan.
"Dari KL ko abe?" tanya pelayan itu.
"Ya, kami dari KL, datang nak jumpa saudara mara kat Gua Musang." jawab Arif. Aku membiarkan dia saja yang bercakap. Kerana, aku langsung tidak mengerti bahasa dari negeri itu.
"Nok make gapo be?" tanya pelanggan itu lagi.
"Bagi saya kopi kaw, dengan nasi goreng tomyam. Weh, Lan, kau nak makan apa?"
"Saya nak nasi goreng kerabu mangga berulamkan pucuk paku dan tebu ais satu."
Setelah mengambil pesanan kami berdua, pelayan tersebut terus berlalu ke dapur dan memberikan pesanan yang ditulis di atas kertas kepada tukang masak. Aku melihat keadaan sekeliling, ada lebih kurang lima ke enam orang pelangan lagi yang berada di warung tersebut. Aku melihatkan jam di tangan, pukul 9.45 malam. Aku menyuarakan pendapat pada Arif untuk mencari tempat untuk bermalam saja selepas makan. Arif pun bersetuju dengan aku. Tidak lama kemudian, pelayan tadi datang bersama sedulang air yang kami pesan.
"Abe, nok tanyo. Sini ado tepak mace hotel ko homestay ko?" tanya Arif kepada pelanggan itu.
"Homestay ado. Abe pergi hujung nanti jupo sipe pak, abe pusing kiri, lagi tigo ko pak batu gitu, abe jupo homestay tu belah kanan." jawab pelayan tersebut.
"Okay, okay. Terima kasih."
Selesai kami menjamah makanan diwarung tersebut, kami kembali menyambung pengembaraan untuk mencari homestay yang disebutkan pelayan itu tadi. Kami ikut sama seperti apa yang budak pelayan itu tadi katakan. Tetapi yang anehnya, kami tetap tidak juga sampai ke destinasi yang ingin ditujui. Aku menjadi hairan.
"Budak tu cakap, lagi tiga ke empat batu nanti jumpalah. Ni aku rasa dah lebih dari sepuluh batu ni." Arif menyuarakan rasa tidak puas hatinya.
Disebabkan rasa tidak puas hati, Arif berpatah balik untuk pergi ke warung tadi demi mendapatkan arah yang betul. Nak gunakan applikasi Waze di telefon, tidak boleh pula. Kerana tak ada line. Manakala telefon aku pula kehabisan bateri. Arif memberhentikan kereta betul-betul dihadapan warung yang kami singgah makan tadi.
"Lan, aku nak tanya sikit ni."
"Apa dia? Tanyalah."
"Betul ke kita makan kat sini tadi?"
"Aku rasa betul dah ni. Kau tengok sana, nampak tak bekas tayar kereta atas tanah tu?"
"Asal kita makan kat kubur ek? Bukan sini warung ke tadi?" Arif bertanyakan soalan yang tidak patut dia tanya. Membuatkan aku menjadi berpeluh-peluh. Kenapa tadi warung dan sekarang kubur? Syaitan apakah yang mengganggu kami? Tanpa berfikir panjang, Arif memijak pedal minyak dan berlalu pergi dari kawasan perkuburan itu. Kemudian, Arif memberhentikan kereta secara mengejut. Tindakan dia itu membuatkan aku menjadi marah. "Asal kau brake macam tu wei?" aku memarahi Arif tetapi marah aku hilang serta merta apabila aku melihat riak wajahnya seperti terkejut dan ketakutan. Aku mengalihkan pandangan mata aku ke arah depan. Aku pun turut terkejut apabila aku mengetahui bahawa kami berada disatu tempat yang sangat-sangat berbeza. Kalau tadi kami di jalan raya menuju ke arah Gua Musang, kini kami berada di tengah-tengah hutan dan di kanan kami adalah kubur. Aku mula rasa tak sedap hati. Jalan di hadapan kami semuanya tanah merah. Patutlah telefon Arif tak ada line, rupa-rupanya kami berada dihutan.
"Kita kat mana ni Lan?" Arif bertanya pada aku dalam keadaan diri dia merasa takut.
"Aku tak tahulah." aku menelan air liur selepas menjawab soalan cepu emas dari Arif tersebut. Kami menoleh ke arah belakang, Dengan bantuan lampu belakang kereta yang berwarna merah itu, kami dapat lihat bahawa dibelakang kami adalah jalan mati, dipenuhi semak dan samun.
"Kita cuma ada satu jalan je lagi." kata Arif. Aku tahu apa yang dimaksudkan oleh Arif, dan aku bersetuju dengan keputusan yang dia bakal lakukan. Mahu atau tidak, kami harus ikut jalan yang berada dihadapan kami. Itu je jalan yang ada. Tiba-tiba, aku lihat si Arif merebahkan kerusinya. Aku menjadi bingung seketika.
"Oi..apa maksud kau?" aku bertanya menginginkan kepastian.
"Maksud apa?" Arif bertanya kembali pada aku.
"Yalah, tadi kau kata cuma ada satu jalan je, ni tiba-tiba kau baring apahal pulak?"
"Ini je lah jalan yang ada. Nak cari tempat tidur celah mana lagi kalau kita kat tengah-tengah hutan macam ni?" jawab Arif selamba. Perasaan aku ketika itu seperti ingin berlari keluar dari kereta dan menuju ke arah kubur dan gali lubang kubur ku sendiri. Aku memang langsung tak faham dengan perangai kawan aku si Arif ni. Tadi dia macam ketakutan, sekarang dia boleh jadi selamba pula. Aku berkawan dengan manusia ke haiwan ni? Aku fikirkan dia nak pijak pedal minyak dan berlalu pergi dari kawasan hutan ni, rupa-rupanya dia nak tidur dekat sini. Bersebelahan dengan kawasan perkuburan pula tu. Aku betul-betul tak faham dengan dia ni. Apa boleh aku buat, aku sabar je lah. Aku merebahkan kerusi dan turut berbaring, dalam fikiran aku terfikir satu je. Anak aku. Aku risaukan keadaan anak aku. Tapi dalam pada masa yang sama, aku juga turut terasa seram sebab kami betul-betul berada disebelah kubur. Arif ni pun satu, sekurang-kurangnya bawalah kereta ni jauh ke depan dulu kalau nak tidur pun. Janganlah tidur betul-betul depan kubur.
"Alah, kubur ni rumah, rumah untuk orang yang dah meninggal dunia. Apa yang kau nak takutkan? Nanti kita merasa juga tinggal kat dalam tu." sekali lagi Arif dapat meneka buah fikiran aku dan kali ni memang jelas dan terang-terangan beliau tidak memandang ke arah aku. Mustahil untuk dia melihat riak wajah aku. "Ya Allah. Aku benar-benar tidak mengerti dengan kawan aku yang seorang ni. Mohon janganlah sampai aku menikam dada kawan aku ni." aku berdoa di dalam hati. Aku benar-benar hairan dengan kawan aku ni, perangai dia memang tidak dapat aku nak duga.
Kemudian Arif bangkit semula dari baringnya, dia mematikan enjin kereta, lampu dan membuka tingkap sedikit supaya oksigen dapat keluar dan masuk. "Kalau tak buka tingkap kereta ni, tau-tau esok pagi kita jadi arwah dah. Baguslah tu, kubur pun kat sebelah." kata Arif selamba.
"Ya Allah, mulut dia celupar melampau." aku menjerit di dalam hati. Rasa ingin menangis saja selepas Arif berkata sedemikian rupa. Kenapalah dia boleh cakap main lepas je. Tak fikir ke keadaan aku yang tengah takut ni? Sebelum dia berdialog yang pelik-pelik lagi, ada baiknya aku terus tidur saja. Nanti disebabkan dialog aneh dari si Arif, boleh jadi aku tak tidur gara-gara takut.
--Bersambung--
--Bersambung--
No comments:
Post a Comment