Monday, 22 May 2017

Dosa-dosaku

Setiap tahun, pasti akan ada yang tidak sabar menunggu ketibaan bulan Ramadhan. Menjalani ibadah puasa merupakan suatu tuntutan yang wajib dilakukan. Namun, sehingga kini masih ada lagi yang belum mengerti pengertian di bulan Ramadhan penuh berkah itu.
Aku antara darinya. Pengalaman lampau membuatkan aku berubah, Allah SWT telah membuka pintu hati ini. Dan, aku telah menyesal di atas segala yang telah berlaku. Ini cerita aku.....


Selepas aku tamat persekolahan, aku tergesa-gesa mencari peluang untuk menyambung pembelajaran aku. Aku ingin mencari tempat yang jauh dari semua orang termasuk keluarga aku. Aku ingin keluar dari rumah keluarga aku. Aku tidak mahu menetap bersama dengan mereka lagi. Nasib menyebelahi aku, aku telah mendapat tawaran belajar di UiTM Shah Alam. Jadi, aku terus terima. Tinggal di dorm yang telah disediakan. Aku tak sedar betapa mak ayah aku sedaya upaya mencari duit hanya untuk aku sambung belajar. Aku tak sedar dan tak ambil peduli. Aku ingin tinggalkan mereka berdua. 

Aku bertolak dari Perlis menaiki kereta pak cik aku. Mak ayah aku menangis melihat pemergian aku. Tapi, aku tak peduli. Aku memang nak berambus dari situ. Pak cik menawarkan dirinya untuk menghantar aku ke sana disebabkan pada hari yang sama dia juga ingin pulang ke Kuala Lumpur demi kerjanya. Semasa dalam perjalanan, kami tak banyak berborak disebabkan aku memilih untuk tidur. Aku insan yang tidak pernah bersyukur. Aku tak pernah suka dengan keluarga aku sejak kecil lagi. 

Apabila aku sampai di UiTM, pak cik aku tidak terus beredar. Dia menguruskan pendaftaran aku, dia temankan. Walaupun aku terasa semak tapi aku terasa seperti aku bersyukur sebab dia ada temankan. Walaupun aku ni lelaki, tapi tak semua benda aku tau. Selesai pendaftaran. Aku di bawa pergi melawat kawasan dorm dan bilik yang aku akan menetap nanti. Ketika ini, pak cik aku menanti di cafeteria. Dia tak dibenarkan menemani aku sehingga ke dormitary. Selesai semua urusan dan meletakkan barang-barang aku di bilik. Aku pergi ke cafeteria untuk berjumpa dengan pak cik untuk memaklumkan bahawa aku sudah bersedia untuk melalui kehidupan sebagai seorang pelajar. Padahal, dalam hati aku dah cukup girang gila sebab aku akan jauh dari keluarga dan pinjaman PTPTN pun dah lulus. Masa ni aku fikir hanya untuk enjoy.

Sebulan aku berada di situ, sebulan juga kelas dah bermula. Macam-macam aktiviti yang aku kena lalui. Aku berkenalan dengan ramai kawan-kawan di sini. Penampilan dan cara pemakaian mereka membuatkan aku kagum. Nak dibandingkan dengan diri aku waktu tu, jauh beza sama sekali. Aku anak kampung. Pemakaian aku pun entah apa-apa. Aku salahkan mak dan ayah aku sebab mereka belikan aku pakaian yang buruk. Tak sama seperti remaja-remaja yang berada di KL.

Duit pertama dari PTPTN telah aku terima, aku terkejut apabila melihat jumlah wang yang ada dalam akaun bank aku ketika itu. Tak pernah aku terima wang sebanyak itu. RM2,500.00. Bukan jumlah wang yang sedikit. Tapi, cukupkah jumlah tersebut untuk semester yang akan aku lalui itu? 

Aku dan rakan sebilik merancang untuk pergi bercuti dan berhibur semasa semester pertama tamat. Pada malam pertama, kawan aku yang memang lahir di KL, mengajak kami semua pergi berhibur di salah satu kelab malam terkemuka di tengah-tengah ibu kota. Tapi, entah kenapa. Ketika dalam perjalanan, aku terbayangkan wajah mak dan ayah aku kat kampung. Terdetik perasaan serba salah di dalam hati. Terngiang-ngiang di telinga aku suara ayah dan mak aku sebelum aku bertolak pergi ke sini. Pesanan-pesanan yang mereka berikan bermain di minda aku. Disebabkan itu, aku menjadi sangat murung. Sehinggakan kawan-kawan aku semuanya perasan dengan perubahan yang berlaku terhadap diri aku.

Aku cuma memberikan alasan bahawa aku tiba-tiba rasa tak sihat. Jadi, aku tak dapat nak masuk ke kelab malam bersama mereka. Disebabkan kami sudah jauh, kawan aku cuma menghantar aku betul-betul di taman KLCC. Kemudian, mereka terus menuju ke kelab malam yang ingin ditujui. 

Aku duduk melihat pemandangan malam yang ada di sekitar kolam buatan di belakang Suria KLCC. Ramai orang berada di situ. Pelancong. Budak-budak. Mak dan Ayah. Ada sepasang pasangan tua yang membuatkan aku menjadi sayu secara tiba-tiba. Bila aku pandang wajah mereka, aku jadi teringat pada orang tua ku yang berada di kampung. Kemudian, pasangan bercinta yang berada di sebelah aku mendapat panggilan dari ibu bapanya yang mungkin berada di kampung. Aku terdengar perbualan mereka. Perempuan tersebut menipu bahawa dia berada di Masjid Negara kerana ada program yang dianjurkan oleh pihak Universiti. Sedangkan dia berada di KLCC bersama teman lelaki berpelukan. Aku yang berada di sebelah tiba-tiba saja terasa serba salah. Aku yang tak ada kaitan dengan hidup mereka, tapi aku yang rasa serba salah.

Aku mengeluarkan telefon dari dalam poket seluar. Aku lihat ke bahagian missed called. Semuanya nama mak dan ayah aku. Aku cuba untuk tekan button dial semula. Aku ingin mendengar suara mereka. Tapi, bila aku kenangkan balik kehidupan aku yang susah ketika berada di kampung. Aku terus membatalkan niat di hati. Aku terus melanggan Uber dan pulang ke dorm sebelum lewat malam. 

Sudah lama aku belajar di universiti itu, dan aku melalui pengalaman kali pertama tanpa keluarga menyambut bulan Ramadhan. Sepanjang bulan Ramadhan itu, hati aku sangat-sangat tidak tenang. Aku tak ingat aku dah semester yang ke berapa, tapi aku dah tak duduk di dorm lagi. Terpaksa menyewa bilik di luar. Tidak jauh dari Universiti. Aku menjauhkan diri dari kawan-kawan aku yang sudah terkena kejutan budaya. Aku? Walaupun aku tidak main perempuan, tidak ambil dadah, tidak pergi ke kelab malam. Tapi, aku masih lagi tidak mahu pulang ke kampung ketika cuti semester, dan tidak mahu menjawab panggilan orang tua ku.

Pada pertengahan bulan Ramadhan. Aku dikejutkan dengan berita bahawa kawan-kawan sebilik masa di semester satu dulu telah mati di bunuh oleh samseng dadah. Mereka tidak berjaya menjual dadah kepada pelajar. Disebabkan itu, mereka di bunuh ketika dalam perjalanan menuju ke kelas. Satu tembakan di kepala, mereka terus hilang nyawa. Entah kenapa. Perasaan bersyukur itu datang dalam diri aku. Aku bersyukur kerana tidak terjebak sama dalam kancah maksiat yang mereka ikuti. 

Dan, ada beberapa kes lagi yang aku lihat depan mata. Seorang pelajar perempuan dari Kedah, mengandung 4 bulan. Ibu bapa dia dari kampung terus datang ke KL setelah mereka mendapat berita tersebut dari pihak universiti. Sudah banyak kali aku terserempak dengan pelajar perempuan tersebut. Pada awalnya, dia tidak pernah buka tudung dan tidak pernah mengenakan pakaian yang seksi. Tapi kini, gaya pemakaian dia saling tak tumpah seperti pelacur. Walaupun dia mengandung, tetapi dia langsung tak ada rasa serba salah. Ibu bapanya menangis teresak-esak. Bapanya memarahi dia tetapi dalam nada yang perlahan. Aku melihat dari jauh dengan perasaan yang sayu. Aku merasakan kasihan pada ibu bapa pelajar perempuan itu.

Akan tetapi, ketika perempuan tersebut menjerit-jerit memarahi ibu bapanya dan menolak muka bapanya. Aku jadi panas. Entah kenapa hati aku jadi terlalu panas. Perasaan marah membuak-buak dalam diri. Aku lihat tiada sesiapa pun yang berada di situ cuba untuk membantu orang tua yang sedang di abuse oleh anak perempuan mereka sendiri. Aku datang dekat pada mereka bertiga. Lalu, aku menghadiahkan sebuah hadiah perkenalan kepada pelajar perempuan tersebut. Aku mendaratkan sebuah lempangan yang membuatkan pelajar itu berubah dan menjadi insan berguna selepas itu. Aku meninggalkan pesan selepas aktiviti ice breaking tersebut berlaku. 

"Ibu bapa adalah permata dunia. Bila kau derhaka. Mereka tetap menjadi permata, sementara kau menjadi batu api neraka."

Lalu aku beredar dari tempat kejadian dengan memimpin ibu bapa pelajar tersebut keluar dari situ. Aku membawa mereka berdua ke cafeteria. Memberikan tisu penguin kepada mereka berdua. Aku meminta mereka untuk menenangkan diri. Dan, aku mendengar cerita mereka. Mereka memberitahu bahawa anak perempuan mereka bukan seperti itu. Dahulunya anak yang solehah, selalu mendengar kata-kata ibu bapa. Selalu solat, jaga adab dan maruah keluarga juga diri sendiri. Tapi, semenjak belajar diperantauan. Anak mereka berubah, tidak jawab panggilan. Tidak pula membuat panggilan kepada mereka berdua. Saat itu, hati dan jantung aku berdegup kencang. Terasa apa yang sedang berlaku itu refleks ke atas diri aku. 

Aku juga dimaklumkan bahawa setelah berbulan-bulan lamanya, mereka mendapat panggilan dari pihak universiti mengenai anak perempuan mereka. Dan berita yang mereka terima adalah, anak perempuan mereka sedang mengandung anak luar nikah. Hancur hati ibu bapa pelajar perempuan tersebut. Air mata aku juga turut bergenang. Kerana, aku terfikirkan mak dan ayah aku yang berada di kampung. Aku tidak pernah menjawab atau membuat panggilan kepada mereka. Bagaimana agaknya kesihatan mereka? Apa agaknya yang mereka makan di sana? Sedangkan aku di sini makan sedap-sedap. Macam manalah mereka tidur malam agaknya?

Aku juga diberitahu bahawa lelaki yang bertanggungjawab sudah melarikan diri, menghilangkan diri. Tidak ditemui lagi. Dihubungi pun tak dapat. Lelaki yang bertanggungjawab bukanlah pelajar dari universiti tersebut. Tetapi pekerja pangkat tinggi di pejabat entah apa ke nama. Dan, mereka tak tahu macam mana nak lakukan lagi, anak mereka sudah mengandung. Mahu atau tidak, mereka terima juga bayi di dalam perut itu. Bayi tersebut tidak berdosa. Kemudian, anak perempuan mereka muncul dari belakang. Bersama dengan dua orang pensyarah. Mungkin pensyarah tu dah basuh otak budak tu agaknya.

Menangis-nangis pelajar perempuan tersebut memeluk ibu bapanya. Memohon maaf. Kemudian, dia datang kat aku dan lempang muka aku. Aku meninggalkan nombor telefon aku kepada bapa perempuan tersebut. Aku menyuruh mereka hubungi aku ketika berada di situ jika memerlukan apa-apa bantuan. Kemudian, aku berlalu pergi. Aku menghubungi pensyarah aku semua dan memaklumkan kepada mereka bahawa aku ingin pulang ke kampung dan ingin ambil cuti belajar lebih awal. Aku memberikan alasan bahawa ayah aku sedang sakit dan memanggil aku untuk pulang dengan segera. Dan, pada malam itu isteri pak cik aku membenarkan aku menggunakan keretanya untuk pulang ke kampung halaman sehingga hari raya nanti. Lagi pun dia pulang ke kampung naik kereta suami, dia risau jika keretanya dibiarkan di rumah tanpa ada pengawasan. Jadi, aku terima. 

Aku pandu kereta tersebut dengan penuh berhati-hati dan berhemah sekali. Apabila aku sampai di perkarangan rumah aku di Perlis. Pinggang aku terasa macam nak patah. Disebabkan aku tak pernah memandu kereta begitu lama dan aku bawa tidaklah laju mana. Mengambil 10 jam perjalanan. Berhenti sekali je. Itu pun sebab dah tak tahan sangat nak terkencing. Aku sampai je kat kampung, azan subuh dah berkumandang. Dan, aku dapat lihat dari luar lampu-lampu rumah satu persatu dinyalakan. Aku tahu itu mesti mak aku. Ayah aku tu liat nak bangun kalau bukan mak aku yang kejutkan. Tapi kalau ayah aku dah bangun, dia terus bangun. Bukan macam aku, menggeliat lepas tu mintak delay lime minit. 

Aku keluar dari dalam kereta. Beg pakaian aku tidak besar mana, jadi senang sikit untuk membawanya. Aku berdiri di hadapan pintu. Aku terdengar suara mak aku memanggil ayah aku agar cepat menjadi imam. Aku masih lagi menanti di luar. Aku dengar mereka solat subuh bersama. Rumah aku tak besar, memang ruang tamu saja ruang untuk solat. Kiblat pula membelakangi pintu. Aku menanti sehingga mereka selesai solat. Kemudian mereka berdoa. Sama seperti selalu. Tapi, doa yang terakhir membuatkan aku benar-benar rasa sangat berdosa. Aku terdengar ayah aku mendoakan aku agar menjadi orang yang baik, menjadi insan yang soleh, menunaikan solat lima waktu, diberikan kesihatan berpanjangan, murah rezeki, dan dipermudahkan segala urusan.

Menitis air mata aku mendengar doa ayah aku tu. Aku menahan diri agar tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Aku mengeluarkan kunci dari dalam poket, aku membuka kunci pintu. Dan aku membuka daun pintu perlahan-lahan. Aku lihat mak dan ayah masih lagi di atas sejadah sedang menadahkan tangan berdoa untuk aku. Mengalir air mata aku sampai ke baju. Panjang betul doa mereka, hanya untuk aku. Anak derhaka yang tidak pernah berbakti walau sedikit pun terhadap orang tuanya. Anak yang tak mengenang budi. Aku menanti mereka menghabiskan doa.

Setelah mereka selesai mengaminkan doa. Aku terus memanggil mak dan ayah aku tapi tak kuat dan tak perlahan. Kerana aku tak tertahan sendu dan sebak di hati. Mereka berdua tidak menoleh. Aku menjadi hairan. Aku panggil mereka sekali lagi.


"Abang? Abang ke tu?"

Aku dengar dengan jelas suara mak aku menanyakan soalan itu. Dan, aku menjawab,

"Ya, mak.."

Mak aku menoleh ke arah aku. Dan sebelum sempat dia bangun aku terlebih dahulu meluru ke arahnya dan memeluk erat tubuh mak aku. Aku melepaskan segala-galanya. Segala rasa bersalah dan segala rasa sedih yang terkandung di dalam hati. Aku meminta maaf kepada mak aku di atas segala kesilapan aku. Kemudian, aku memeluk tubuh ayah aku. Ayah aku menahan dari menitiskan air matanya, tetapi saat aku memeluk tubuhnya. Dia mengalirkan juga air matanya.

Pagi itu kami berbual panjang. Tidak pernah aku berborak begitu bersungguh-sungguh dengan orang tua aku sepanjang hidup. Terasa seperti aku kembali ke zaman budak-budak. Di beri perhatian. Memang mak dan ayah aku sentiasa berikan perhatian. Tapi, aku yang tidak sedar.

Mak aku memasak sarapan pada pagi itu. Dan, kami sekeluarga makan bersama. Sambil makan sambil berbual. Aku terasa seronok sekali. Sakit pinggang akibat memandu lama bagaikan tidak terasa. Meluangkan masa bersama keluarga menghilangkan semua itu. 

Kemudian, kawan ayah aku datang ke rumah untuk menjemput ayah aku pergi melakukan kerja di kebun. Aku mempelawa dia untuk bersarapan bersama. Tapi wajah dia berubah ketika dia melihat kami sekeluarga sedang menjamu selera.

"Woi! Korang tak puasa ke!?

Aku, mak, dan ayah saling berpandangan sesama sendiri.



Sunday, 21 May 2017

DI PERKOSA OLEH KANIBAL

Langit semakin gelap. Kelawar kelihatan terbang keluar dari dalam gua. Burung layang-layang mulai berkumpul. Matahari semakin terbenam. Bulan pula memunculkan diri. Angin petang bertiup bersahaja membuatkan dahan-dahan pokok bergoyang. Perasaan aman dan nyaman yang boleh digambarkan di sini. Akan tetapi, seorang lelaki sedang berpeluh sakan. Matany kuyu. Nafasnya tercungap-cungap.

"Man! Bertahan, Man! Nanti aku datang balik dengan bantuan!"

"Payed! Tolong cepat sikit! Kaki aku berdarah teruk ni!" jeri Azman yang semakin lemah. Dia hampir-hampir kehabisan tenaga.

Terjatuh ke dalam lubang yang kedalamannya mencecah 8 kaki mengakibatkan Azman mengalami kecederaan yang parah, terutama di bahagian kaki. Keajaiban memihak pada Azman kerana dia masih lagi bernyawa dan mampu mengesot merapatkan dirinya ke dinding. Sebotol air dan lampu suluh dicampakkan ke bawah oleh Payed. Bateri lebihan juga disediakan.

"Kau tunggu tau! Aku janji aku datang balik dengan bantuan nanti!" jerit Payed, lalu dia beredar dari kawasan tersebut demi mendapatkan bantuan. Keadaan yang semakin gelap menyukarkan dirinya untuk berjalan dengan lebih pantas. Jika tersilap langkah, dirinya pula yang akan mengalami kecederaan. 

"Please, Payed. Aku letak 100% harapan kat kau. Please datang balik dengan bantuan segera." ujar Azman lemah, air matanya gugur membasahi pipi. Kesakitan yang sedang dia tanggung ketika itu begitu menyakitkan. 

"Ya Allah, kenapalah Kau jatuhkan aku ke dalam lubang ni? Apakah hikmah di sebalik semua ini yang Kau cuba tunjukkan?" 

Keadaan menjadi gelap gelita. Tiada lagi kelihatan cahaya menari-nari di kaki langit. Azman menghidupkan lampu suluhnya supaya dia dapat melihat kawasan sekeliling. Terdapat pembukaan di hadapan Azman.

"Gua? Macam mana aku boleh tak terperasan ada pintu pintu gua pulak kat sini? Rasanya Renjer hutan tak ada pun bagitau pasal gua dalam lubang macam ni." ujarnya sendirian.

Dengan kakinya yang sakit, Azman merangkak menuju ke arah pembukaan gua tersebut. Dia menyuluh ke bahagian dalam. Gua tersebut semakin ke dalam dan ke bawah tetapi manusia masih boleh berjalan masuk ke dalam. Hati Azman melonjak riang apabila dia menjumpai gua tersebut. Dia yang merupakan seorang yang suka mendaki dan meneroka, akan terasa gembira bila menjumpai sesuatu kawasan yang baru dan masih belum diterokai oleh orang lain lagi. Mungkin kerajaan atau ahli arkeologi sudah menjumpai gua tersebut. Namun, tidak mungkin orang awam akan menjumpai gua itu. Jika ada, tak mungkin mereka berani untuk masuk ke dalam. Hanya mereka yang benar-benar ada minat mendalam sahaja yang berani untuk masuk. 

Ingin saja Azman meneroka gua itu, akan tetapi kakinya terlalu sakit. Dan, kesakitan itu membuatkan dirinya menyerah kalah. Namun, dia menanamkan niat bahawa apabila dia sudah sembuh nanti. Dia akan kembali dengan beberapa rakannya yang lain untuk meneroka gua itu. 

Azman kembali bersandar ke dinding. Merangkak saja sudah cukup memenatkan. Di tambah pula dengan kesakitan di kaki. Walaupun dia sudah mengikat kakinya itu dengan baju dan berjaya hentikan darah dari terus mengalir. Ianya tetap sakit. Akibat terlalu letih dan lemah, Azman akhirnya tertidur di situ sementara menanti bantuan yang diharapkan. Tetapi, tidurnya tidaklah lena seperti tidur di atas tilam yang empuk di rumah. Azman terjaga setelah telinganya menangkap bunyi manusia berbisik-bisik. Pada mulanya, Azman menganggap bahawa bisikan itu mungkin mimpi sahaja. Akan tetapi, semasa matanya masih tertutup rapat, dia dapat melihat biasan cahaya. Kemudian, dia terdengar suara orang sedang bercakap. Perbualan antara dua orang, namun Azman tidak dapat menangkap dialek yang digunakan. Disebabkan rasa ingin tahu, Azman membuka matanya untuk melihat siapakah gerangan yang berada dihadapannya ketika itu. 

Sikit saja lagi Azman nak menjerit akibat terkejut. Kerana dia telah melihat dua orang manusia tanpa pakaian sedang berdiri dihadapannya sambil berborak. Dan sebatang obor api berada di tangan. Dengan pantas, Azman kembali merapatkan kelopak matanya. Siapa pula yang berada di dalam lubang itu bersamanya? Bantuankah? Tetapi, kenapa berbogel pula? Sudahlah tu ada batang berjuntai pula. Azman dapat rasakan bahawa dua manusia yang berdiri didepannya itu adalah orang asli. Walaupun begitu, orang asli zaman kini semuanya sudah maju dan moden. Masing-masing sudah berjaya dan hebat-hebat belaka. Ada juga yang sudah berpangkat Dato' atau Tan Sri. Jadi, orang asli yang mana pula yang masih ketinggalan zaman? Azman membuka matanya sedikit untuk mengintai. Dia sedaya upaya cuba untuk tidak bergerak. Kerana, dia tidak tahu dua orang manusia dihadapannya itu adalah orang atau orang jahat. 

Salah seorang dari orang asli tersebut menghampiri Azman. Dia merapatkan wajahnya ke wajah Azman. Hampir-hampir saja Azman termuntah setelah orang asli tersebut mendekatinya. Bau busuk terlalu kuat, muka berbulu, dan giginya kelihatan tajam. Secara tiba-tiba, Azman terasa takut dan seram. Bagaimana jika dua orang manusia yang berdiri dihadapannya itu adalah suku kaum orang asli yang pernah melarikan diri dan bersembunyi selama beratus tahun? Mungkin ianya boleh menjadi sebuah penemuan yang terhebat pada abad ini. Sedang Azman fikir macam-macam. Dua orang manusia itu tadi telah bertindak mengangkat Azman dan membawa dia masuk ke dalam gua. Azman menjadi kaget. Apa yang harus dia lakukan ketika itu? Terus berpura-pura tidur atau cuba untuk berkomunikasi dengan mereka berdua? 

Azman membuat pilihan untuk terus berpura-pura tidur. Pada masa yang sama, dia cuba untuk pantau kawasan dalam gua itu. Dia ingin tahu, ke mana dua orang manusia tersebut ingin bawanya pergi.Secara tiba-tiba, kepala Azman terhantuk ke dinding gua. Akibat dari itu, Azman pengsan. Apabila dia membuka matanya, dia mendapati bahawa dirinya dikelilingi dengan manusia yang tidak berpakaian. Azman menjadi risau. Terlalu ramai untuk di hitung. Semuanya berbogel dan berwajah begitu hodoh sekali. Azman dapat rasakan bahawa dirinya tidak selamat. 

Azman merayu agar mereka lepaskan dirinya dan hantar semula ke lubang tadi. Namun,rayuan Azman tidak difahami oleh mereka semua. Salah seorang dari mereka datang menghampiri Azman. Dia mengenakan sejenis topi yang aneh di kepala. Dan, terdapat dua daging bergayut di dada nya. Mungkin itu adalah ketua kaum yang berada di situ. Dia cuba untuk berbicara dengan Azman, namun Azman langsung tidak faham apa yang cuba disampaikan. Pada masa yang sama, Azman sempat melilau melihat keadaan sekeliling gua tersebut. Ruang yang agak besar, unggun api kelihatan berada di merata tempat. Dan, ada beberapa tengkorak bersepah di atas lantai. Azman merasakan bahawa tulang-tulang itu semua adalah tulang manusia. 

"Kanibal? Matilah aku."

Secara tiba-tiba, semua manusia tidak berpakaian di situ bersorak. Sorakan mereka bukanlah sorakan yang biasa-biasa. Dari segi gaya sorakan itu Azman boleh tahu bahawa sesuatu yang buruk bakal berlaku ke atas dirinya. Ternyata apa yang Azman fikirkan adalah benar. Ketua kaum itu menetak kaki Azman yang berbalut tadi dengan menggunakan kapak yang yang di perbuat dari batu. Saat Azman menjerit kesakitan, mereka yang lain bersorak kegembiraan. Mereka suka melihat manusia yang bukan dari kaum mereka kesakitan. Disebabkan kakinya terlalu sakit dan berdarah teruk, kaki kanan Azman yang tidak berapa parah tersebut secara automatk tertendang daging yang bergayut di dada ketua kaum itu. Semua orang terdiam dan tergamam. 

Ketua mereka berundur perlahan-lahan sambil tangannya menutup daging yang bergayut di dadanya. Kemudian, dia menangis dan terus beredar dari tempat itu. Mereka yang lain semua mengalihkan pandangan ke arah Azman. Azman terpinga-pinga. Dia tak tahu apa yang sedang berlaku ketika itu. Kemudian, tiga orang dari mereka menghampiri Azman dan mengangkat Azman. Mereka membawa Azman masuk ke dalam satu ruang yang terasing dengan tempat tadi. Insan yang di tendang tadi sedang menangis teresak-esak di satu sudut. Azman masih lagi tak tahu apa yang berlaku. Seluar Azman dikoyakkan tanpa sempat dia menghalang. Kemudian, kepala Azman disarungkan dengan sesuatu yang kelihatan seperti mahkota. 

"Apahal ni? Apahal ni?" soal Azman yang langsung tidak tahu apa-apa. 

Mereka bercakap sesuatu pada Azman, tetapi Azman langsung tak faham. Kekeliruan tersebut membuatkan Azman rasa seperti ingin menangis. Disebabkan kekeliruan tersebut, Azman terlupa bahawa kakinya masih lagi sakit akibat di tetak tadi. Azman dibaringkan di atas batu yang rata. Tangan dan kaki Azman di ikat ketat. Air mata bergenang di mata Azman. Dia tidak tahu apa yang akan berlaku. Kemudian, dari kegelapan. Ketua kaum itu muncu dalam keadaan yang aneh. Jika diperhatikan betul-betul, dia berjalan seolah-olah gaya model. Tetapi, ini bukan model seksi dan cantik. Ini model bulu badan. 

Dia menghampiri Azman. Bau busuk menerjah ke dalam hidung Azman. Azman dapat merasakan seperti ada sesuatu yang menjalar di bahagian alat sulitnya. Azman ketakutan dan keliru. Di tambah pula, ketua kaum tersebut membuka mulutnya dan merapatkan wajahnya ke wajah Azman. Lalu, aksi yang tidak sepatutnya bermula. Azman dan ketua kaum itu menjerit-jerit. Air mata Azman tak henti-henti mengalir. Mereka yang berada di luar semuanya bersorak setelah mendengar suara ketua mereka menjerit-jerit. Azman telah dinodai oleh makhluk bumi yang sungguh mengerikan. Tiada yang mampu dia lakukan selain menangis. Barulah Azman sedar bahawa saat itu sebenarnya dia telah dikahwinkan dengan ketua kaum tersebut. 


Sementara itu.


"Kau pasti ke sini lubang tu?"

"Betul bang. Saya pasti bang. Memang kat sini lubangnya bang. Ni kat pokok ni, saya dah buat tanda bang. Memang pasti lubang tu kat sini. Kawan saya jatuh kat dalam lubang ni bang."

"Tapi mana lubangnya?" 

Payed tidak dapat menjawab soalan abang bomba tersebut. Dia sendiri tidak mengerti. Ke mana perginya lubang tersebut? Dan, ke mana menghilangnya Azman?



-Tamat-

Tuesday, 16 May 2017

KUIH BAHULU MAK UDA

Di sebuah perkampungan, terdapat lebih kurang 20 orang penduduk sahaja. Yang di mana 70% adalah perempuan. Bakinya pula adalah lelaki. Seorang mak cik tua tukang pembuat kuih bahulu tinggal di kampung tersebut. Gelaran Mak Uda di beri disebabkan dia adalah anak yang bongsu dari 19 adik beradiknya yang lain. Dia merupakan pakar dalam membuatkan kuih bahulu tradisional Malaysia. Sesiapa saja yang memakan kuih bahulu buatan Mak Uda,pasti akan terasa nak makan lagi. Disebabkan itu, nama kampung tersebut telah menjadi buah mulut orang ramai. Disebabkan kepakaran Mak Uda, kampung Muara Tujuh Purnama menjadi terkenal. 


Setiap tahun past akan ada pelancong dari luar negeri dan negara datang ke kampung Muara Tujuh Purnama tersebut untuk melihat sendiri bagaimana Mak Uda menghasilkan kuih bahulu kesukaan ramai tersebut. Pada tahun 1991, perdana menteri Malaysia telah datang ke kampung Mak Uda itu untuk mempromosikan kuih tradisional tersebut ke serata Malaysia. Ramai makcik-makcik mulut puaka yang ada dan menghasilkan kuih bahulu menjadi cemburu dengan kejayaan yang telah dikecapi oleh Mak Uda.


Seorang makcik bernama Salmah yang tinggal di kampung Batang Terjulur Ke Depan, dia adalah salah seorang yang paling dengki sekali dengan Mak Uda. Kampung beliau tidak berapa jauh dengan kampung yang Mak Uda menetap. Jarak hanya lebih kurang 20 kilometrico sahaja. Dia sendiri pernah datang ke bengkel membuat kuih bahulu Mak Uda dan melihat dengan biji mata kepalanya sendiri bagaimana Mak Uda membuat kerja-kerja mulianya tersebut. Resepinya juga Mak Uda ada kongsikan bersama. Yang paling penting, ikhlas dan kasih sayang. 


Salmah merasakan apa yang dia buat pada kuih bahulunya adalah sama dengan apa yang Mak Uda lakukan. Cuma, ikhlas dan kasih sayang? Itu saja yang Salmah tak faham. Kerana, dia buat kuih bahulu untuk di jual dan mendapatkan keuntungan berlipat kali ganda. Dia ingin mengumpul duit untuk membeli rantai dan gelang emas untuk dipertontonkan pada orang ramai. Tetapi, hasratnya itu tidak pernah berjaya di kecapi olehnya. Mungkinkah kerana beliau tidak ikhlas atau pun tidak pernah memberikan kasih sayang ketika sedang menguli doh-doh kuih bahulu tersebut?


Disebabkan rasa dengki dan marah, Salmah telah bertindak melakukan perkara yang paling jahat pernah manusia fikirkan. Pada suatu malam sekitar tahun 2004, Salmah telah pergi ke kampung Muara Tujuh Purnama dan bermalam di rumah salah seorang kawannya di situ. Dia dan kawannya telah membuat rancangan jahat. Mereka berniat untuk menjahanamkan perniagaan Mak Uda. Salmah telah bertindak dengan meletakkan racun ke dalam doh-doh di bengkel Mak Uda. Tidak cukup dengan itu, kawannya pula telah menjahanamkan mesin penguli Mak Uda yang bernilai lebih seribu ringgit. Kemudian, Salmah telah melepaskan kencingnya ke dalam tepung-tepung yang ada. Kawannya juga melakukan perkara yang sama. 


Mereka benar-benar berasa puas hati dengan tindakan mereka tersebut. Mereka bangga dengan perbuatan mereka. Wait! There's more.....


Salmah dan kawannya telah meninggalkan bangkai tikus di dalam bengkel Mak Uda. Dan, beberapa bangkai tikus lagi di tangga rumah Mak Uda. Tergelak-gelak mereka sendirian kerana membayangkan wajah Mak Uda apabila beliau melihat kehancuran perniagaannya esok pagi. Setelah merasakan puas hati, Salmah dan kawannya berlalu pergi. Mereka pulang ke rumah dan tidur untuk melihat hasil keputusan mereka pada keesokkan paginya. 


Apabila kedengaran bunyi ayam jantan berkokok. Salmah dan kawannya segera bangun dan mandi-manda di kolah. Mereka tak sabar-sabar nak melihat apa yang berlaku pada bengkel Mak Uda. Mereka telah mendaftarkan nama mereka dalam program "Mari Belajar Buat Kuih Tradisional Bahulu Bersama Dengan Otai Yang Bernama Mak Uda" anjuran Majlis Sukan dan Negara. Mereka pun pergi menjelmakan diri mereka di bengkel Mak Uda tepat pada pukul 8:00 pagi. Orang ramai pun sudah mula datang ke program tersebut. Semua orang tidak sabar nak belajar dan mengambil ilmu yang bakal Mak Uda kongsikan sebentar lagi. 


Salmah dan kawannya sudah tergelak-gelak apabila dia melihat Mak Uda dan anak perempuan sedang bersedia untuk membuka pintu bengkel. Setelah pintu bengkel di buka, Salmah dan kawannya tersebut terasa kecewa yang amat sangat selepas melihat bengkel Mak Uda berada dalam keadaan yang sangat bersih. Tiada bau busuk bangkai tikus atau bau hancing kencing mereka. Mesin penguli Mak Uda pun tidak rosak. Berfungsi macam biasa. Salmah merasakan hairan. Takkan begitu cepat Mak Uda mengemas? Stok-stok tepung tu semuanya Salmah dah cemari, tapi dia tengok stok-stok tepung tu semuanya berada dalam keadaan yang baik. Perasaan tak puas hati mulai menguasai hati Salmah. Dia rasa sangat-sangat marah ketika itu. Rancangan jahatnya terhenti. 


Maka, berakhirlah program yang dianjurkan oleh Majlis Jalanraya Malaysia tersebut pada hari itu. Semua orang pulang ke rumah dengan bungkusan kuih bahulu yang di beri percuma oleh Mak Uda. Di dalam kegembiraan orang ramai yang datang berkunjung, kelihatan Salmah dan kawannya sedang berada dalam keadaan yang sangat marah. Mereka terus pulang ke rumah membuang bungkusan yang berisi kuih bahulu Mak Uda. Apabila mereka tiba di rumah, mereka merancang untuk menjahanamkan lagi perniagaan Mak Uda. Mereka ingin kembali semula ke bengkel Mak Uda dan lakukan perkara yang sama seperti semalam. 


Pada malam tersebut, Salmah dan kawannya kembali lagi ke bengkel Mak Uda. Kali ni mereka membawa racun tikus dengan lebih banyak lagi. Setelah mereka berjaya masuk ke dalam bengkel Mak Uda. Mereka terus melakukan kerja-kerja mereka dengan segera. Mesin penguli Mak Uda dijahanamkan sekali lagi dengan memotong wayar-wayar yang ada. Ketika mereka berdua sedang leka melakukan kerja-kerja jahat itu, secara tiba-tiba muncul seorang lelaki berbadan tegap di dalam bengkel tersebut. Lelaki itu berpakaian seperti hulubalang-hulubalang zaman dulu kala. Kawan Salmah yang terperasan dengan kelibat lelaki tersebut terus menjerit ketakutan. Salmah juga terkejut akibat mendengar kawannya menjerit. Apabila dia melihat sekeliling, tiada sesiapa pun yang dilihatnya berada di situ. 


Dengan tidak semena-mena, pintu bengkel Mak Uda di buka. Kelam kabut Salmah dan kawannya cari tempat untuk bersembunyi. Namun, mereka tidak menjumpai tempat yang sesuai untuk bersembunyi akibat badan mereka gemuk dan besar macam gajah. Makanya, kekantoianlah mereka berdua dengan Mak Uda dan anak perempuannya. Mak Uda memarahi mereka berdua disebabkan perbuatan mereka berdua yang sangat jahat tersebut. Akibat terasa malu, Salmah dan kawannya memohon maaf. Mereka juga merayu agar jangan dilaporkan kepada polis atau sesiapa mengenai niat jahat mereka itu. Dengan kebaikan yang ada di dalam diri Mak Uda, dia mengampunkan kesalahan yang telah dilakukan oleh Salmah dan kawannya. 


Tetapi, Mak Uda telah menetapkan syarat kalau mereka ingin kesalahan mereka diampunkan. Syaratnya ialah, mereka berdua harus belajar dengan Mak Uda bagaimana nak buat kuih bahulu dengan sempurna dan sedap waktu itu juga. Salmah dan kawannya menitis air mata dengan tawaran yang diberikan oleh Mak Uda. Mereka terasa begitu terharu dan berdosa pada masa yang sama. Kerana, Mak Uda sungguh baik hati dan berhati mulia. Mak Uda ingin mengajar mereka resepi rahsia yang dia tidak pernah bocorkan atau bagitau pada sesiapa mahu pun pengunjung yang datang berkunjung. 


Salmah dan kawannya tidak ingin melepaskan peluang tersebut. Lalu mereka bersetuju dengan tawaran Mak Uda. Jadi, pada malam itu. Mereka berdua pun belajar dengan Mak Uda bersungguh-sungguh. Dengan perasaan gembira dan semangat yang baru, mereka meneliti setiap kata-kata yang terucap dari bibir Mak Uda. 





-Tamat-

















































Tak...tak...tak....Jangan korang harapkan happy ending. Ini yang terjadi sebenarnya....









Mak Uda dan anaknya perempuannya mengajar Salmah dan kawannya pada malam itu. Dan, apabila sampai ke resepi rahsia yang ingin diajarkan. Mereka telah menikam tubuh Salmah dan kawannya tersebut. Salmah dan kawannya tidak sempat nak buat apa-apa. Tahu-tahu saja pisau dan keluar masuk ke dalam tubuh mereka berkali-kali. Darah memancut keluar. Leher mereka telah di kelar. Daging mereka telah dicincang sehingga halus dan direbus sehingga empuk dan hancur. Lalu, dicampurkan ke dalam doh kuih bahulu bersama darah mereka. Jampi-jampi serapah dibacakan lalu di tiup ke arah doh-doh kuih bahulu. Kemudian, terciptalah kuih bahulu Mak Uda yang terkenal dengan resepi rahsia yang tiada sesiapa yang ketahui. Rupa-rupanya, telah ramai yang menjadi mangsa Mak Uda. Mangsa-mangsanya terdiri dari mereka yang iri hati dan dengki dengan kejayaan Mak Uda. Dan resepi rahsia kuih bahulu tradisional Mak Uda adalah, 'manusia'.





-Tamat-

Sunday, 14 May 2017

THE UNDERTAKER

Panas matahari mulai membuatkan Rahim berpeluh lencun di ketiak. Cangkul diletakkan ke tepi. Rahim berjalan menuju ke arah pondok yang berada tidak jauh dari situ. Dia meneguk air minuman yang di bawa di dalam botol. Terasa lega di tekak, hilang rasa dahaga. Botol di letak semula ke tempat asalnya. Rahim melihat jam yang di pasang di tangan kanan. Sudah tengahari. Rahim memutuskan untuk memakan bekal yang di masak oleh mak kesayangannya. 

Rahim membuka bekas makanan tersebut. Maknya membekalkan nasi putih bersama ikan gulai masak lemak cili padi. Rahim makan dengan penuh berselera. Tidak dia hiraukan kepedasan yang terlahir dari gulai tersebut. Maknya meletakkan lebih kurang 200kg cili padi di dalam masakan tersebut. Namun, bagi Rahim, tidak melayu lah kalau tak makan pedas. Pondan je makan manis-manis ni. 

Selesai makan, Rahim sambung kembali menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang penggali kubur PHD lepasan Universiti Howard Embah Dia Lah. Rahim meramas mesra batang cangkul yang dihadiahkan oleh ayahnya sempena perhimpunan parti politik tersohor seluruh dunia yang berlangsung beberapa hari lepas. Dengan semangat yang berkobar-kobar, Rahim menghayunkan cangkulnya ke atas tanah. Dia harus segera selesaikan tugasnya kerana selepas zohor nanti ada jenazah yang akan dikebumikan di situ. Dengan penuh prihatin Rahim melakukan kerjanya yang sangat murni tersebut. 

Selepas solat Zohor, orang ramai mulai kerumuni kawasan perkuburan tersebut. Rahim sudah bersiap sedia untuk membantu. Rahim membantu menurunkan jenazah masuk ke dalam liang lahad. Kemudian, dia kambus lubang kubur tersebut. Seluruh ahli keluarga jenazah kelihatan sangat sedih dengan pemergian arwah. Dengar cerita, arwah meninggal saat tengok bola sepak di kedai mamak. Sesungguhnya ajal itu tidak mengenal tempat dan waktu. Tengah tengok menyu lawan pun ajal boleh datang menjemput. Keinsafan terlahir di hati Rahim.

Kemudian, Rahim berdiri di pondok. Dia memerhatikan dari jauh saja. Imam memulakan bacaan talkin dan sebagainya. Terdengar tangisan si mak dan ayah arwah. Rahim turut terkesan dengan kesedihan yang sedang berlaku. Dia memerhatikan orang ramai yang datang ke pengebumian arwah. Terdetik di hati Rahim, "Macam mana lah aku meninggal nanti gamaknya.. Ramai ke yang nak datang melawat aku? Ada ke orang yang nak bawa turun jenazah aku turun ke liang lahad nanti?".

Selesai upacara pengebumian, semua orang bergerak menuju ke kenderaan masing-masing. Imam masjid datang menghampiri Rahim. Dia mengucapkan ribuan terima kasih di atas bantuan yang telah Rahim berikan tadi. "Eh. Tak ada apa lah. Itu kan tugas saya. Malulah kalau anak melayu tak reti nak gali kubur. Tak reti nak uruskan jenazah."

Kemudian, Imam tersebut menghulurkan sekeping cek kepada Rahim. Upah buat Rahim sebagai penggali kubur. "Cek lagi? Tak ada cash? Cek pun cek lah. Janji bayar.." ujar Rahim. kemudian dia terus bergerak pergi ke bank untuk menunaikan cek yang di terima olehnya.

Pada waktu malam, ketika Rahim sedang seronok menonton rancangan kegemarannya, tiba-tiba dia terdengar suara orang bagi salam dari luar rumah. Dengan perasaan yang malas, Rahim berjalan keluar dan membuka pintu. Namun, dia mendapati bahawa tiada sesiapa yang berada di luar pintu. Rahim terasa hairan dengan perkara tersebut. "Ada budak-budak nak berguraulah ni.". Kemudian, dia menutup pintu semula dan kembali duduk di hadapan televisyen.

"Im.. Siapa yang bagi salam tadi?" 

"Tak de sesiapa lah mak. Budak-budak balik mengaji bergurau tu."

"Rahim.. Tolong  kat dapur ni kejap.." 

Kemudian, Rahim bangun tanpa bantahan. Apa saja yang di pinta oleh maknya, dia akan lakukan tanpa ada alasan. Dia tidak mahu menjadi anak yang derhaka terhadap keluarga. Setiap arahan yang keluar atau permintaan pasti akan Rahim lunaskan jika dia mampu. Kerana, dia begitu sayang pada mak dan ayahnya. 

Namun, ketika Rahim melintasi bilik tidur maknya untuk menuju ke dapur. Rahim ternampak kelibat maknya berada di dalam bilik tidur sedang mengerjakan solat isyak. Langkah Rahim terhenti di situ. "Siapa pulak yang panggil aku tadi? Maka aku elok je solat dalam bilik..." bisiknya sendiri. Pada waktu itu, Rahim tak tahu samada dia ingin terus menuju ke dapur atau buat tidak tahu sahaja. 

Malas nak pening kepala, Rahim terus masuk ke dalam bilik maknya. Dia duduk di birai katil menunggu maknya selesai solat. Rahim hanya perhatikan saja maknya melakukan solat. Selesai mak dia solat, mak dia rasa hairan dengan kehadiran Rahim di dalam bilik tersebut. 

"Kamu kenapa, Im?"

"Rahim nak tanya mak ni. Tadi mak ada panggil Rahim datang ke dapur untuk tolong mak ke?"

"Tak ada. Mak dalam bilik je. Kenapa?"

"Rahim dengar suara mak panggil tolong kat dapur. Mula-mula tu terdengar orang bagi salam kat luar, tapi tak ada orang pun."

Kemudian, mereka berdua terdengar bunyi ketukan bertalu-talu di pintu hadapan. Seiringan dengan itu, kedengaran bunyi orang memberi salam pula. Mata Rahim membulat. Maknya pula melihat Rahim dengan penuh kehairanan. 

"Rahim! Tengok siapa yang bagi salam tu! kedengaran suara yang datang dari arah dapur rumah.

Rahim terus duduk disebelah mak dia. Maknya semakin hairan dengan perilaku anak lelakinya itu. 

"Mak dengarkan tadi?"

"Kamu ni dah kenapa? Itu kan suara kakak kamu kat dapur. Kat luar tu entah-entah ayah kamu baru balik dari tahlil. Ish budak ni. Aku cepuk kang jap lagi."

Rahim tergamam. 

Rupa-rupanya dia baru sedar bahawa dia mempunyai seorang kakak. Dan, sebenarnya Rahim merupakan seorang pemegang kad OKU. Dia mengalami masalah di otak yang di mana dia akan terlupa akan sesuatu perkara dengan cepat dan pantas. Kakak dan ayahnya hanya mampu menepuk dahi selepas mendengar cerita dari mulut maknya. 

"Apa boleh buat... Rahim tetap anak mak dunia akhirat."

-Tamat-

Yang Terakhir

Izwan baru saja pulang ke rumahnya setelah seharian berpenat di tempat kerja. Setiap kali dia pulang, isterinya pasti akan menyambut di muka pintu. Senyuman dari isterinya tersebut mampu menghilangkan segala penat yang dia alami sepanjang hari.

Seperti kebiasaannya, Izwan akan mandi dan duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen sementara menunggu isterinya menyediakan makan malam. Tiada apa yang menarik di televisyen melainkan berita-berita semasa dan dunia. Namun, Izwan tetap menonton disebabkan tiada rancangan lain lagi yang ada pada pukul lapan malam.

Setelah isterinya selesai menghidangkan makanan, Izwan pun terus menutup televisyen dan menuju ke meja makan. Mereka berdua menjamu selera sambil berbual-bual kosong. Begitulah rutin harian yang dilalui mereka berdua. Namun, pada malam tersebut terdapat kelainan. Sebenarnya Izwan dapat merasakan perasaan yang tidak enak semenjak pulang dari kerja tadi. Akan tetapi dia tidak memberitahu pada isterinya. Izwan fikir itu hanyalah perasaannya sahaja.

Selesai makan malam, Izwan membantu isterinya di dapur. Seperti biasa, Izwan akan membasuh pinggan mangkuk yang telah digunakan. Ketika Izwan sedang melakukan kerjanya di sinki, telinganya tertangkap bunyi air menitis. Yang anehnya, bunyi tersebut bukan datang dari sinki tersebut. Izwan benar-benar rasa hairan. Tidak mungkin dia boleh dengar bunyi selain dari air sinki yang sedang mengalir itu. Lalu, Izwan bertanyakan hal tersebut kepada isterinya. Adakah isterinya mendengar bunyi yang sama. Namun, hanya Izwan sahaja yang mendengar bunyi tersebut.

Selesai mencuci pinggan mangkuk, Izwan berjalan menuju ke ruang tamu. Dan, telinganya masih lagi terdengar bunyi  air menitis. Izwan cuba mencari punca dari mana datangnya bunyi tersebut. Puas dia mengelilingi rumah mencari punca, tetapi tidak menjumpainya. Lalu, Izwan putuskan untuk mencari di laman rumah. Ketika dia melangkahkan kakinya keluar. Matanya terlihat seseorang yang sedang berdiri di luar pagar. Berpakaian serba hitam, berpurdah, dan aura warna hitam mengelilingi insan tersebut.

Izwan dapat merasakan bahawa ada sesuatu yang buruk akan berlaku. Lantas, dia berlari ke dalam rumah dan mendapatkan isterinya yang sedang berbaring di atas tilam. Akibat riak dan gerak-geri Izwan kelihatan seperti cemas. Isterinya menjadi bimbang. Namun, Izwan tidak menjawab pertanyaan isterinya itu. Lalu, dia mengarahkan isterinya supaya mengambil wudhuk. Tanpa bantahan, isterinya turuti juga arahan suaminya. Lagi pula, mereka belum menunaikan fardhu isyak lagi.

Selepas mereka selesai solat, bau kapur barus bercampur kemenyan tiba-tiba saja memenuhi ruang bilik tidur mereka. Isterinya Izwan menjadi takut lalu dia duduk rapat dengan suaminya. Izwan memberitahu juga akan hal sebenar pada isterinya bahawa ada syaitan yang ingin mengganggu. Kemudian, Izwan terdengar lagi bunyi titisan air yang entah datang dari mana. Ketahuanlah Izwan bahawa bunyi itu bukan datang dari paip yang bocor atau sinki. Tetapi, sejenis hasutan. Apabila Izwan amati bunyi titisan air tersebut, dia dapat mendengar ianya seperti bisikan yang sangat halus.

"Kau yang terakhir.. Kau yang terakhir.. Kau yang terakhir.."

Izwan hanya tersenyum. Lalu dia terus berdoa pada Allah supaya dirinya dan keluarga dapat dijauhkan dari gangguan syaitan tersebut. Izwan memulakan amalan yang pernah diajarkan kepadanya oleh seorang guru pada suatu ketika dahulu. Isterinya turut mengikut telunjuk suaminya. Keadaan menjadi semakin teruk apabila suasana di dalam bilik tiba-tiba menjadi malap. Namun, itu semua tidak mampu mematahkan usaha Izwan untuk terus beramal demi menghalang gangguan dari syaitan yang di laknat tersebut.

Bintik-bintik peluh mulai membasahi dahi Izwan. Bacaan surah Ayatul Qursi semakin kuat dilafazkan. Izwan tidak mahu mengalah dan tunduk pada syaitan yang ingin mengganggu.

"Pergi! Sini bukan tempat kau! Kau takkan dapat ganggu aku sekeluarga! Hapuslah kau syaitan durjana!"

Amaran dilayangkan. Izwan menunjukkan bahawa dia bukanlah calang-calang orangnya. Selepas amaran di beri, gangguan berhenti serta-merta. Namun, Izwan tidak berhenti di situ. Dia mengarahkan isterinya agar terus duduk di sebelah, jangan berganjak ke mana-mana. Isterinya akur dengan arahan dari Izwan. Izwan menghabiskan bacaan surah Yassin. Kemudian, dia bangun. Dan, menyuruh isterinya agar berjalan rapat dengannya.

Izwan dan isteri berjalan keluar dari rumah dan berhenti di laman rumah. Izwan memetik beberapa daun bidara yang memang sengaja ditanamkan di laman rumah. Kemudiannya, dia merebus daun-daun bidara itu, setelah itu, dia membacakan Ayatul Qursi dan Surah Tiga Qul. Lalu, Izwan menghembus ke arah air rebusan tersebut. Lantas, dia mengarahkan isterinya untuk meminum air rebusan tersebut, diikuti oleh Izwan. Selesai minum, Izwan memasukkan air rebusan tersebut ke dalam botol penyembur.

Dengan penuh berhati-hati, dia sembur air rebusan ke seluruh rumah. Di luar dan di dalam rumah. Selepas selesai menyembur, bau daging busuk pula muncul entah dari mana. Hampir saja Izwan dan isteri termuntah akibat bau busuk tersebut. Izwan menyiasat dari mana datang bau busuk tersebut. Rupa-rupanya datang dari arah dapur rumah. Izwan mendapati bahawa terdapat 4 kepala tikus di atas lantai dapur. Dan, beberapa ekor ulat mayat sedang melingkar di sekitar kepala tikus tersebut.

Izwan segera mendapatkan telefonnya dan membuat panggilan kepada sahabatnya yang lebih berilmu dalam perkara sebegitu. Selepas setengah jam, sahabatnya, Amar, tiba di rumah. Amar memerhatikan kawasan sekeliling rumah yang kelihatan seperti kelam dan gelap. Dengan lafaz Bismillahirahmannirahim, Amar melangkahkan kaki kanan memasuki kawasan rumah Izwan.

Kedatangannya Amar tidak di sambut seperti yang disangkakan. Dia mengetuk pintu dan memberikan salam berkali-kali. Namun, Izwan atau isterinya tidak membuka langsung pintu. Amar membuat panggilan pula kepada sahabatnya itu. Kedengaran bunyi telefon datang dari dalam rumah. Namun tidak berjawab. Amar dapat merasakan bahawa ada sesuatu yang sedang berlaku. Perkara yang tidak elok.

Amar membuat keputusan untuk menghubungi balai polis dan menceritakan apa yang sudah berlaku. Tak mengambil masa yang lama, pihak polis tiba selepas 10 minit kemudian. Mereka melihat Amar sedang berdiri dihadapan rumah seorang diri. Dua orang anggota polis tersebut datang menghampiri Amar. Amar menceritakan sekali lagi apa yang berlaku kepada dua orang anggota polis tersebut. Lalu, dua orang anggota polis itu berjalan menuju ke pintu hadapan. Mereka memberikan salam dan mengetuk daun pintu. Namun, sama seperti Amar tadi juga. Izwan atau isterinya tidak membuka pintu.

Pihak polis membuat andaian bahawa Izwan atau isterinya sedang berada di dalam masalah kalau diikutkan dari cerita yang Amar telah beritahu tadi. Mereka memberikan amaran untuk memecahkan pintu hadapan jika tiada sesiapa yang buka pintu tersebut. Pihak memberikan masa selama 10 saat.

10..

9..

8..

7..

6..

5..

4..

3..

2..

1..

Pintu tetap tertutup rapat.

Akhirnya, pihak polis tersebut terpaksa menendang daun pintu sekuat hati sehingga pintu tersebut terbuka. Setelah berjaya menendang buka pintu hadapan. Keadaan dalam kelihatan sangat gelap. Dua orang anggota polis tersebut mengeluarkan lampu suluh dan menyuluh ke bahagian dalam rumah. Terdapat bekas darah di permukaan lantai.

"Kita ada situasi yang sedang berlaku. Pergi minta bantuan." arah anggota polis kepada rakan setugasnya. Lalu dia terus berlari ke arah kenderaan peronda dan mencapai radio untuk meminta bantuan.

Amar diarahkan supaya berdiri di luar kawasan rumah. Jiran-jiran yang ada di situ semakin ramai yang keluar dan ingin melihat apa yang berlaku. Perasaan bimbang mulai menguasai diri Amar. Dia risau jika ada sesuatu yang buruk berlaku terhadap sahabatnya itu.

Dua orang lagi anggota polis tiba di lokasi. Kini mereka berempat mula masuk ke dalam rumah. Suis lampu di dinding di petik. Cahaya memenuhi ruang tamu. Terdapat bekas darah di atas lantai. Ianya kelihatan seperti seseorang yang sedang berlumuran darah di heret pergi ke tempat lain. Mereka berempat mengikuti kesan darah tersebut. Sehinggalah mereka tiba di bahagian dapur. Apa yang mereka saksikan bukanlah sesuatu yang indah.

Dua mayat telah ditemui berada di dapur. Kedua-dua mangsa tersebut berada dalam keadaan yang mengerikan. Izwan dan isterinya telah menemui ajal di dalam rumah mereka sendiri. Si isteri telah disiat-siat kulitnya. Mata di cungkil keluar. Leher di kelar. Suaminya pula, kemaluan di potong. Jari jemari di kerat. Telinganya juga di potong. Dan dadanya ditikam dengan menggunakan pisau pemotong sayur.

Terdapat pakaian yang berlumuran darah berdekatan dengan mangsa. Dan beberapa bekas tapak kasut berdarah kelihatan di atas lantai. Anggota polis tersebut mengikut jejak darah tersebut sehingga dia tiba ke bahagian belakang rumah. Kelihatan jejak tersebut menuju ke bahagian depan rumah. Anggota polis tersebut terus memandang ke arah Amar.

Seorang lagi anggota polis yang berada di dalam rumah telah menjumpai sekeping nota. Isi kandungan nota tersebut berbunyi

"Aku bangga! Aku bangga! Aku di pilih untuk jadi yang ketiga! Maafkan aku Izwan, Farah. Korang berdua terpaksa aku jadikan korban supaya kegelapan akhirnya dapat menerima diri aku!! Ambillah aku! Aku telah jalankan tugas yang di beri dengan sempurna.

Yang benar,
Amar Rushdi."

Anggota polis tersebut terus memberkas Amar yang berdiri seperti orang bodoh di luar kawasan rumah. Dia yang tidak tahu apa-apa, terpinga-pinga ketika polis tersebut memasangkan gari di tangan.

"Kau ingat lepas apa yang kau dah buat, kau boleh terlepas dengan trick bodoh? Lain kali hapuskan bukti dulu, amatur!"

Amar di tolak masuk ke dalam kenderaan polis di bahagian belakang. Dia bertanya tentang apakah salah yang telah dia lakukan. Namun, pihak polis tidak mahu menjawab soalan Amar.

Esoknya, terpampang di bahagian muka surat depan akhbar. "Yang Terakhir sudah di tangkap". Orang ramai masih lagi tertanya-tanya, pembunuhan misteri apakah yang sedang di lakukan. Yang pertama, yang kedua, yang ketiga, kini yang terakhir pula. Siapa dalang di sebalik kejadian? Pihak polis masih lagi cuba untuk merungkai misteri yang sedang melanda negara.

-Tamat-

Saturday, 13 May 2017

YANG KETIGA

Pintu di buka. Suis lampu dihidupkan. Bunyi tapak kaki seseorang berjalan memasuki bilik yang tadi gelap, kini terang. Sejenis anak kunci diletakkan di atas meja yang terletak dibahagian tengah ruang bilik. Seorang lelaki sedang berdiri di sisi meja. Sedang meneliti telefon miliknya. Membalas beberapa mesej yang di terima. Kemudian dia meletakkan telefonnya itu ke atas meja. "Amir........" kedengaran bisikan memanggil namanya di telinga. Dia menoleh ke belakang. Mencari punca bisikan tersebut. Namun, tiada sesiapa di situ. 

Amir. 

Seorang manusia. Bekerja seperti manusia yang lainnya. Mencari rezeki demi menanggung kehidupan yang kian memberat. Namun, kepulangan dia ke rumah pada hari tersebut tidak sama seperti hari-hari yang lain. Yang di mana dia telah menerima sebuah gangguan yang tidak pernah dia alami sebelum ini. 

Sewaktu dia ingin melangkahkan kaki menuju ke bilik air. Dia terasa dirinya seperti diperhatikan. Akan tetapi, tiada sesiapa yang berada di rumah ketika itu. Hanya dia seorang sahaja. 

Ketika dia ingin melelapkan mata, dia terasa seperti ada seseorang sedang berdiri di bucu katil. Apabila dia membuka mata, tiada sesiapa di situ. Perkara tersebut membuatkan Amir terpaksa membuka lampu bilik sepanjang malam. Akan tetapi, dia tetap tidak dapat melelapkan matanya. 

Akhirnya, dia terpaksa menghubungi tunangnya. Dengan mata yang mengantuk, tunangnya menjawab panggilan dari Amir. Dia mengajak tunangnya untuk berjumpa di sebuah restoran yang beroperasi selama 24 jam sehari. Dan, tunangnya bersetuju. 

Mereka berjumpa pada pukul 2:30 pagi di sebuah restoran di tengah-tengah bandar. Amir menceritakan permasalahan yang dia lalui. Tunangnya memujuk dan mengatakan bahawa itu semua hanyalah khayalan semata. Berkemungkinan Amir terlalu penat akibat terlalu banyak kerja yang di lakukan di pejabat. Tunangnya terlalu mengantuk saat itu, dia ingin pulang ke rumah dan sambung tidur. Dan, Amir mengalah dan mengiyakan kata-kata tunangnya tersebut. Lalu, mereka membuat pembayaran dan menuju ke kereta masing-masing. 

Sebelum Amir masuk ke dalam kereta, dia mengalihkan pandangannya ke arah tunangnya itu. Dia ingin memastikan tunangnya selamat menuju ke kereta. Dalam pada waktu yang sama, di telinga Amir tertangkap suatu bunyi. Bunyi titisan air. Dia berasa hairan, dari mana datangnya bunyi tersebut. Namun, dia cuba untuk buat tidak peduli dengan bunyi titisan air tersebut. Setelah dia memastikan tunangnya sudah selamat masuk ke dalam kereta. Amir pun membuka pintu keretanya.

Kemudian..

Amir tidak sedarkan diri. 

Segalanya menjadi gelap setelah dia membuka pintu kereta. Dan, kedengaran bunyi titisan air jatuh ke lantai ditelinganya lagi. Perlahan-lahan Amir membuka matanya. Masih lagi kedengaran bunyi titisan air jatuh ke lantai. 

Amir melihat ke arah sekeliling. Dia berada di sebuah bilik yang tidak mempunyai sebarang perabot. Dan, di dinding terdapat bekas-bekas contengan yang aneh. Amir berada di dalam keadaan yang keliru. Lantas, dia perlahan-lahan bangun dari baringnya. Dia tahu bahawa dirinya bukan berada di rumah. Kepalanya terasa berdenyut kuat. Seperti baru lepas di hentak sesuatu. 

Amir bangun berdiri. Kawasan di dalam bilik itu separa basah. Ada titisan air yang jatuh dari siling. Tingkap dilihatnya tertutup oleh papan. Hanya sedikit cahaya saja yang menembusi ke dalam blilik tersebut. Amir menuju ke arah pintu. Dia membukanya perlahan. Bunyi engsel berkarat kedengaran saat Amir menarik daun pintu itu kebelakang. Dia berdiri di hadapan pintu tersebut. Matanya tertumpu pada sekujur tubuh yang terbaring di bahagian ruang kosong di tengah-tengah rumah itu. Amir terpaku.

Dia berada di mana?

Siapa yang bawa dia ke situ?

Apa yang berlaku?

Dia melihat pada darah yang kelihatan berada di atas lantai. Dan, dia baru perasan akan pisau yang terbenam di dada tubuh yang terbaring tersebut. Mata Amir membulat. Bibirnya bergetar. Tangannya menggigil. Apa semua ni? Fikirnya sendiri.

Perlahan-lahan Amir menghampiri tubuh tersebut. Dia perhatikan dengan penuh teliti. Seorang wanita bersama pisau yang terbenam di dada. Dan, baju yang dipakainya. Dia memerhatikan wajah wanita tersebut. Dia kenal akan wanita itu. Wanita yang sepatutnya akan menjadi isterinya kelak, berada di dalam sebuah rumah yang entah di mana bersama pisau yang terbenam di dada. 

Amir menjerit sekuat hati. Wanita yang paling disayanginya itu dia dakap erat. Air mata milik Amir berjujuran jatuh ke pipi. 

"No! No! No!" 

Suara Amir bergema ke setiap sudut rumah kosong tersebut. Dia memeriksa nadi tunangnya itu. Tiada tindak balas yang berlaku. Amir meraung lagi. 

Kemudian, dia mendukung jasad tunangnya itu keluar dari rumah tersebut. Akan tetapi, dia tidak mahu arah mana yang ingin ditujui. Kerana dia mendapati bahawa dirinya berada di hutan. Amir menjerit meminta tolong dengan harapan ada sesiapa yang berada di sekitar itu untuk membantunya. 

Senyap.

Amir mengalah. Dia sedar bahawa tiada guna dia menjerit seperti orang bodoh di situ. Dia harus keluar dari kawasan hutan tersebut dan meminta bantuan. Lalu, Amir berlari mengikut naluri hati. 

Akan tetapi, selepas beberapa langkah Amir dari rumah tersebut. Amir telah terpijak sesuatu yang berada di atas tanah dan diluar pengetahuannya. Perangkap beruang. 
Amir tidak menyedari akan perangkap beruang tersebut. Saat kakinya terpijak perangkap itu, lalu ianya tertutup dan gigi-gigi tajam yang ada di situ telah menikam kuat ke kaki Amir. Amir terjatuh menyembah bumi. Jasad yang didukungnya tadi tercampak beberapa kaki ke depan. Amir menjerit sekuat hati akibat kesakitan yang sedang dia tanggung saat itu. 

Amir berusaha untuk membebaskan kakinya dari perangkap beruang tersebut. Tetapi usahanya gagal. Kerana, perangkap tersebut terlalu kuat. Amir tidak berupaya untuk membuka ia dengan tenaganya. Kesakitan yang di tanggung hanya Allah sahaja yang mengetahui. Kemudian, dia memilih untuk merangkak menuju ke jasad tunangnya. Amir menangis apabila melihat jasad wanita yang dia sayang itu terlantar di atas tanah tak bernyawa. Dia tidak tahu apakah dosanya sehinggakan semua itu harus berlaku. 

Saat Amir semakin hampir ke jasad tunangnya. Dia tidak menyedari bahawa terdapatnya jerat yang di pasang di atas tanah. Sejenis periuk api yang ditanamkan di situ telah aktif saat beban berat badan Amir menindih ia. Lalu, periuk api tersebut meletup dan membuatkan tubuh Amir berkecai. Ketulan daging badan Amir tercampak ke merata tempat. Impak dari letupan tersebut dapat di dengari oleh orang kampung yang sebenarnya tidak jauh dari hutan tersebut. 

Kemudian, sekeping nota kelihatan jatuh melayang-layang ke atas tanah berhampiran tempat kejadian. Ianya tertulis,

"Aku di pilih untuk menjadi yang ketiga. Dan, aku harus cari orang yang aku sayang untuk dijadikan sebagai korban. Aku tidak mahu pilih dari ahli keluarga aku. Aku terpaksa pilih tunang aku sebagai korban. Maafkan abang, sayang. Aku terpaksa lakukan perkara ni untuk kebaikan kita bersama. Kegelapan telah memilih abang, dan abang harap sayang dapat ampunkan abang. Ini bukan kesilapan. Ini adalah pembetulan terhadap kesilapan yang manusia cipta. Abang sayangkan sayang."

-Tamat- 

Sunday, 7 May 2017

Yang Kedua

Seorang jejaka kelihatan sedang terbaring di atas lantai.Tubuhnya tidak bergerak seakan-akan tidak bernyawa. Kedengaran bunyi air menitis jatuh ke atas lantai berkali-kali. Bunyi tersebut membuatkan jejaka tersebut membuka mata. Seluruh anggota badanya terasa sakit. Dia cuba bangun dari baringannya tetapi tidak mampu. Keadaan tubuhnya membuatkan dia tidak mampu untuk bangun. 

Jejaka tersebut memandang keadaan sekeliling bilik. Dia berasa aneh. Dia berada di mana? Dia ingin bangun dan selidik kawasan sekitar, akan tetapi keadaan tubuhnya menyatakan "TIDAK'. Hanya bahagian kepala sahaja yang boleh bergerak-gerak. Hatinya mulai berasa tidak enak. Kerana, dia pasti dia bukan berada di rumahnya. Keadaan bilik tersebut sangat suram. Kelihatan tingkap di dalam bilik tersebut sudah di tutup dengan menggunakan papan. 

Jejaka itu mulai sedar bahawa dirinya ketika itu bukan berada di rumah. Apakah dirinya sudah di culik? Mungkin sebab itu seluruh tubuhnya terasa sakit-sakit? Dia masih lagi berusaha untuk bangkit. Akan tetapi, tetap tidak berjaya. Namun, dia berjaya menggerakkan kaki kanannya. Kemudian, di hujung kakinya dia terasa seperti dia telah menyentuh sesuatu yang lembut. Jejaka tersebut berasa hairan. Apakah objek yang telah di sentuh oleh kakinya itu? Bantal? Tilam? 

Dia cuba untuk melihat ke arah kakinya demi mengetahui apakah objek yang telah dia sentuh sebentar tadi. Alangkah terkejutnya diri jejaka tersebut setelah dia mengetahui bahawa terdapat sekujur tubuh wanita terbaring di situ, dengan sebilah pisau terbenam di dadanya. Kelihatan juga darah merah di atas lantai. Jejaka tersebut gagahkan juga dirinya untuk bangun dan menghampiri wanita tersebut. Berkali dia berusaha untuk bangun, dan akhirnya dia berjaya juga. 

Dia melihat tubuh wanita tersebut tidak bergerak. Diperutnya tidak ada sebarang turun naik. Wanita itu tidak bernafas! Apakah dia sudah mati? Persoalan demi persoalan bermain di fikiran jejaka tersebut. Apakah yang sedang berlaku sebenarnya? Dia menghampiri wanita itu. Dia menatap wajah wanita itu, dia amati betul-betul. Hatinya berbolak balik. Dia berada dalam keadaan keliru. Air matanya secara tiba-tiba mengalir keluar membasahi pipi. 

Dengan segera jejaka tersebut dengan pantas membelek tangan kanan wanita yang tidak bernyawa tersebut. Dia seakan-akan mencari sesuatu di tangan wanita itu. Kemudian, dia berhenti di satu bahagian. Di bahagian nadi wanita itu. Terdapat tanda lahir. Dan tanda itu sememangnya dia kenal dan tahu. Dengan tidak semena-mena, jejaka tersebut meraung dan menjerit. Dia bagaikan tidak percaya dengan semua itu. Jasad wanita yang berada di dalam bilik bersama denganya itu adalah ibu kandungnya sendiri. 

Setelah puas meraung. Dia segera bangun. Di dalam fikirannya cuba untuk menolak bahawa wanita itu adalah ibunya. Dan dia beranggapan bahawa apa yang sedang dia lalui saat itu adalah mimpi semata-mata. Dia amat yakin bahawa apa yang sedang berlaku hanyalah mimpi. Dan dirinya sedang tidur lena di rumah dan didatangi sebuah mimpi ngeri. Namun begitu, semuanya terasa bagaikan realiti. Air matanya tetap gugur ke bumi. 

Jejaka tersebut meraba-raba kocek seluarnya. Dan, dia menjumpai sekeping kertas yang telah di lipat empat berada di dalam kocek seluarnya. Dia segera membaca isi kandungan surat tersebut. 

"Mak, maafkan Wan. Wan sayangkan mak. Wan sayangkan mak lebih dari segala-galanya. Maafkan wan, mak. Wan terpaksa lakukan benda ni. Wan lakukan untuk kebaikan kita bersama. Selepas ayah tinggalkan kita berdua. Wan dah tak ada sesiapa lagi di dalam dunia ni selain mak. Hanya mak saja yang memahami isi hati dan kehendak Wan selama ni. Wan sayang sangat-sangat kat mak. Wan harap mak boleh faham dengan kehendak Wan kali ni. Kehendak kali terakhir. Wan terpaksa lakukan benda ni mak. Wan terpaksa. Wan terpaksa korbankan nyawa mak kepada kegelapan. Ya, mak. Kegelapan. Kegelapan yang bimbing dan berikan semangat kepada Wan selama ni, mak. Wan harap mak faham dan ampunkan dosa Wan. Wan terpaksa bawa mak datang ke rumah usang ni. Wan terpaksa tutup mata mak. Wan terpaksa tikam kedua-dua kaki mak supaya mak tak boleh lari. Wan heret mak masuk ke dalam rumah ni. Wan tipu mak. Wan kata Wan nak tunjukkan kat mak rumah yang Wan baru beli. Tetapi, tidak. Wan tak beli rumah. Rumah ni bukan rumah Wan. Rumah ni adalah tempat untuk menerima korban supaya Wan boleh sertai kegelapan. Wan tahu yang mak akan bangga dengan keputusan Wan. Wan tak pernah salah kan selama ni, mak? Apa yang Wan buat, semuanya mak sokong. Wan harap, mak boleh juga sokong perbuatan Wan kali ni. Wan terpaksa tikam pisau tu pelan-pelan ke dada mak. Wan terpaksa dengar bunyi mak menahan kesakitan apabila pisau tu menusuk jantung mak. Wan terpaksa lihat darah-darah yang mengalir keluar apabila pisau tu tepat mengenai jantung mak. Dan, Wan terpaksa melihat bagaimana mak hembuskan nafas terakhir. Wan terpaksa semua itu mak. Wan pun turut menderita, mak. Lagi sekali, maafkan Wan. Wan sangat mak sangat-sangat. Wan adalah yang kedua, mak. Yang kedua. Antara yang terawal. Wan harap mak bangga dengan anak mak ni. Dan peringatan untuk kau Wan. Kau akan pengsan dan tak akan ingat apa yang telah kau lakukan. Jangan risau. Itulah adalah proses awal untuk menyertai kegelapan. Kau patut bangga."

Setelah selesai membaca isi kandungan surat tersebut. Wan terus meraung sekuat hati. Hatinya hancur lebur. Dia tidak percaya dengan isi kandungan surat yang dijumpai di dalam kocek seluarnya itu. Dia cuba mengejutkan ibunya. Berkali-kali dia menggoncangkan tubuh ibunya. Akan tetapi, dia sendiri lebih mengetahui bahawa apa yang berada dihadapannya ketika itu adalah jasad sahaja. Rohnya sudah lagi tiada. 

Secara tiba-tiba, pintu bilik di tendang dari luar. Beberapa anggota polis menyerbu masuk dan memberkas Wan. Wan meronta-ronta minta dilepaskan. Dia cuba memberitahu bahawa dirinya tidak bersalah dan dia tidak tahu apa-apa. Namun, setelah pihak polis meneliti surat yang berada di situ, ianya sudah cukup membuktikan bahawa Wan memang bersalah dan telah melakukan jenayah pembunuhan. Dia telah membunuh ibunya sendiri. 

Itu adalah kes kedua pembunuhan terjadi di rumah usang yang terletak di kawasan Gombak.

Saturday, 6 May 2017

Yang Pertama

Bunyi air menitis ke atas lantai hinggap ke telinga Arif. Matanya terlalu berat untuk di buka. Badannya terlalu sakit. Hampir dua jam Arif tidak sedarkan dirinya. Perlahan-lahan Arif bangun. Kepalanya terasa sangat berat. Mata kirinya tidak boleh di buka. Arif kebuntuan dan kesakitan. Arif tidak ingat apa yang sudah berlaku. Dia juga tidak tahu dia berada di mana ketika itu. Kepalanya berdarah teruk. Mata kirinya bengkak. Arif bangun dan melihat keadaan sekelilingnya. Terdapat seorang wanita yang sedang terbaring sambil pisau terbenam di dada. Arif tergamam. Seluruh tubuhnya menggeletar. Dia tidak tahu apa yang patut dia lakukan. Dia ketakutan. Apa yang sudah berlaku? Tidak ada sesiapa yang tahu. 

Arif menghampiri wanita itu, Arif mencari denyut nadi di tubuh wanita tersebut. Tiada. Wanita itu sudah tidak bernyawa lagi. Arif menjadi serba tidak kena. Apa yang sudah berlaku? Siapa wanita itu? Dia berada di mana? Arif mendapati bahawa dirinya saat itu berada di dalam sebuah bilik. Arif berjalan menuju ke arah pintu, dia menolak daun pintu perlahan. Setelah memastikan dirinya selamat, barulah dia melangkah keluar dari dalam bilik tersebut. Arif meraba-raba poket seluarnya. Tiada barang yang berguna untuk dia gunakan. Arif berjalan lemah menuju ke pintu utama. Sambil-sambil itu dia cuba untuk mengingatkan kembali tentang apa yang sudah berlaku, bagaimana dia boleh berada di situ, dan siapa wanita yang kena bunuh tadi tu. Akan tetapi, semakin Arif cuba untuk ingat, semakin kepalanya sakit. 

Arif melekapkan telinganya ke pintu. Dia cuba mendengar sebarang bunyi dari arah luar. Sunyi. Arif memandang ke arah ruang tamu rumah tersebut pula. Kosong. Tiada perabot atau pun apa-apa barang. Tiada karpet, tiada kipas, tiada lampu. Keadaan agak sedikit malap di dalam itu. Arif tidak mahu membuang masa, dia terus membuka pintu rumah tersebut dan melangkahkan kakinya keluar. Cahaya yang terang dari arah luar membuatkan Arif menghadapi kesukaran untuk membuka matanya. Ditelinganya kedengaran bunyi burung-burung berkicauan. Akhirnya mata Arif menjadi biasa dengan suasana cahaya yang terang. Tadi dia sangka hari malam, rupanya siang benderang. Arif memandang keadaan sekeliling. Dia berada di dalam hutan. Arif cuba menjerit meminta tolong walaupun dia tahu tiada sesiapa yang berada di situ. 

Dia terus berjalan mencari jalan keluar dari hutan tersebut. Hutan itu tidaklah tebal mana, tetapi disebabkan kepala Arif masih lagi sakit jadi, dia tidak boleh nak berfikir. Dia hanya jalan ke mana dia rasa dia patut jalan. Arif melihat ke arah jam yang berada di tangan kanannya, walaupun skrin jam itu sudah pecah namun ianya masih lagi berfungsi dan mampu menunjukkan waktu yang sebenar. Sudah pukul 2 petang. Arif teruskan berjalan. Dia sendiri tidak sedar sudah berapa jauh dia berjalan. Apabila dia toleh ke belakang, rumah usang tadi sudah lagi tiada. Akibat terlalu jauh berjalan, Arif jadi keletihan. Dia membuat keputusan untuk berehat saja. Tekaknya terasa dahaga. Tetapi dia tidak mampu untuk berjalan. Akhirnya, Arif tertidur. 

Kedengaran bunyi ranting patah. Membuatkan Arif tersedar dari lenanya. Arif mendapati bahawa hari sudah gelap. Arif sedikit gelabah kerana hari sudah malam. Kedengaran lagi bunyi ranting patah. Tidak jauh dari tempat Arif tertidur. Arif segera bangun. Dia memerhatikan ke arah bunyi ranting patah tersebut. Dia berharap agar ada orang yang berada di sekitar situ dan selamatkan dia. Arif bersuara, dia meminta tolong. Namun, suaranya tidak kuat dan tidak perlahan. Cukup untuk sesiapa yang berada di situ mendengar. Akan tetapi, tiada sahutan yang Arif terima. Arif tidak mengalah, dia melangkahkan kakinya menuju ke arah bunyi ranting patah tersebut. Berkali-kali Arif memanggil. Tetap tiada sesiapa yang menyahut. Arif berputus asa. 

Kemudian, dia terdengar lagi bunyi ranting patah dan kali ini dia terdengar bunyi nafas seseorang hanya beberapa langkah saja dari tempat dia berdiri. Arif terus menuju ke arah tersebut. Dia tiba di sebatang pokok. Tapi tiada orang di situ. Namun, di batang pokok tersebut terdapat sekeping kertas yang di tikam ke pokok itu dengan menggunakan pisau. Arif mendekati kertas tersebut. Tidak berapa jelas apa yang ada pada kertas itu atau apa isi kandungannya disebabkan keadaan terlalu gelap. Arif berasa kecewa, lalu dia duduk di bawah pokok itu untuk berehat. 

Esok harinya, Arif telah dikejutkan dari tidurnya. Terdapat beberapa anggota polis berdiri dihadapannya. Arif tergamam dengan situasi tersebut. Melihatkan semua anggota polis itu sedang mengacukan senjata api ke arah dirinya, Arif terpaksa duduk diam. Dia tidak mahu ada sebarang masalah. Seorang polis menghampiri Arif dan melayangkan sebuah tendangan ke arah mukanya. Arif menjerit kesakitan. Dia mempersoalkan kenapa dirinya diperlakukan sebegitu. Jelas kelihatan riak wajah Arif yang bingung dengan apa yang sedang dilakukan terhadap dirinya. Seorang anggota polis menunjukkan sekeping kertas ke arah Arif. Dia menyuruh Arif membacanya. 

"Aku yang pertama. Aku bukanlah subjek atau bahan uji kaji. Aku adalah aku. Aku menyerahkan diri aku kepada kegelapan untuk menunaikan janji aku yang aku pendam selama ini. Maria, seorang gadis yang amat aku cintai. Tapi, maafkan aku. Aku terpaksa bunuh kau untuk jadikan kau korban. Dan, maafkan aku sebab semua ini berlaku. Jika sesiapa yang menjumpai aku berserta nota ini. Ketahuilah bahawa memang aku yang bunuh Maria di dalam rumah usang di tengah-tengah hutan Gombak. Memang semua kerja aku. Aku membuat keputusan untuk membunuh Maria hanya dengan satu tujuan. Korban. Korban untuk kegelapan. Selepas upacara ini berlaku. Aku akan hilang ingatan. Jadi, ini adalah pengakuan aku. Apa yang berlaku adalah benar. Dan, aku ialah pembunuh.".

Arif terkedu setelah membaca isi kandungan surat tersebut. Dia melihat ke atas kepalanya. Ternyata surat tersebut adalah surat yang dia pegang pada malam tadi sebelum dia tertidur. Arif meronta-ronta minta dilepaskan. Dia menjerit-jerit mengatakan bahawa diri dia tidak bersalah dan dia tidak kenal siapa wanita yang dibunuh dan siapa Maria. Namun, isi kandungan surat tersebut telah membuktikan bahawa Arif telah bersalah. 

-TAMAT-