Di sini saya ingin berkongsikan sebuah cerita dan pengalaman saya sendiri. Masa saya kecil-kecil dulu, mak saya selalu berpesan agar jangan tidur waktu azan berkumandang. Nanti jenazah jadi berat. Tapi, saya degil. Saya pula seorang yang selalu melawan kata-kata mak. Setiap kali mak saya nasihatkan, saya akan melawan. Sampai saya sebenarnya tidak sedar bahawa saya dah jatuh berdosa besar terhadap mak. Perbuatan saya tersebut membuatkan hati mak terluka, tapi mak tak pernah pun tunjukkan. Ayah saya pula seorang kaki mabuk. Kali terakhir saya lihat dia adalah beberapa tahun lepas, dia keluar dari rumah untuk membeli arak. Tapi keluarnya tak pulang-pulang. Orang kampung kata dia orang jumpa pakaian ayah saya kat tepi parit. Ramai yang kata bahawa ayah saya mungkin telah mabuk dan akibat terlalu layan mabuknya tu, dia pergi terjun dalam parit. Waktu tu pula hujan tengah lebat. Berkemungkinan ayah saya hanyut di bawa arus parit itu dan telah meninggal dunia dalam keadaan yang tidak baik. Semenjak ketiadaan ayah saya, saya selalu meninggikan suara dekat mak. Ayah saya walaupun dia jahat, tapi dia jaga keluarganya. Dia pantang kalau ada sesiapa yang tinggikan suara kat mak saya. Termasuk saya.
Pada suatu hari, ketika saya tengah tidur waktu azan zohor. Mak saya masuk ke bilik dan kejutkan saya. Dia suruh saya bangun dan solat. Tetapi, saya tidak mendengar nasihat mak saya. Saya terus marah, menengking mak saya sekuat hati. Saya halau mak saya keluar dari bilik. Waktu tu saya dapat lihat wajah mak saya benar-benar berubah. Tak seperti kebiasaannya. Selalu wajahnya nampak tenang, tetapi pada hari itu, wajahnya kelihatan sungguh sedih. Tergerak di hati saya untuk memohon maaf, kerana tiba-tiba hati saya terjentik rasa serba salah. Tapi, saya endahkan. Saya buat tak tahu. Saya biarkan saja mak saya tu. Saya fikir esok lusa eloklah. Saya sambung tidur.
Apabila saya bangun tidur, hari sudah lewat malam. Saya lihat jam sudah melebihi pukul sepuluh malam. Saya berasa amat marah sekali waktu tu, sebab mak saya tak kejutkan saya pada pukul 4 petang. Kerana saya sudah berjanji ingin bermain bola dengan kawan-kawan saya pukul 4 petang di taman bola. Saya lebih memikirkan perasaan kawan-kawan saya ketika itu. Mesti mereka semua marah pada saya sebab bola hanya ada pada saya.
Waktu tu saya cuba untuk bangun dari katil, perut saya sudah berbunyi. Saya terfikir apakah makanan yang mak saya masak pada malam itu? Saya bangun dari katil, tetapi tidak boleh. Saya tergamam. Saya cuba gerakkan kaki saya. Kedua-dua kaki saya langsung tidak boleh bergerak. Saya berada di dalam keadaan yang sangat terkejut. Apa yang sudah berlaku kepada diri saya? Kaki saya tiba-tiba saja tidak berfungsi. Saya cuba lagi untuk bergerak, tetapi tidak boleh. Saya menjerit memanggil mak saya untuk membantu saya, berkali-kali saya memanggil. Tetapi tiada sahutan atau balas dari mak saya.
Saya menggunakan kedua-dua belah tangan saya untuk bergerak. Saya jatuh tergolek ke atas lantai. Sakitnya hanya Tuhan saja yang tahu. Saya heretkan tubuh ke arah pintu bilik. Saya berusaha membuka pintu sehingga berjaya. Saya lihat keadaan di ruang tamu ketika itu terlalu gelap. Saya heret badan saya menuju ke arah suis lampu. Nasib saya baik kerana terdapat penyapu di situ. Dengan menggunakan batang penyapu itu saya hidupkan suis lampu. Akhirnya ruang tamu saya menjadi terang benderang. Saya memanggil mak saya lagi, tetap tiada sahutan.
Saya menjadi hairan dan marah. Ke mana pula mak saya dah pergi? Tak mungkin dah masuk tidur, dia selalunya tidur lewat. Sudahlah kaki saya tiba-tiba tak boleh nak bergerak. Panggil nama dia, tak menyahut pula. Saya sangat-sangat marah pada waktu itu. Saya heretkan badan saya menuju ke bilik tidur mak pula, pintunya tidak berkunci. Saya tolak daun pintu. Keadaan gelap. Saya menuju ke arah suis lampu bilik dan dengan bantuan encik penyapu, saya berjaya menghidupkan suis lampu di bilik tidur mak saya.
Apa yang saya saksikan selepas itu telah meletakkan saya di dalam satu kurungan yang tidak mungkin dapat saya lepasi. Sebuah sangkar penyesalan seumur hidup. Sebuah penyeksaan. Saya melihat mak saya terbaring di atas lantai. Saya segera heret badan saya ke arah mak saya. Saya kejutkan mak saya, saya hairan kenapa dia tidur atas lantai pula? Tetapi sebenarnya sangkaan saya meleset. Mak bukan tidur, mak pun tak minta untuk tidur pada waktu itu.
Saya terlihat ada darah yang banyak atas lantai. Apabila saya perhatikan betul-betul, darah tersebut datangnya dari perut mak saya. Entah kenapa, saya rasa saat itu seperti semuanya berpusing-pusing. Saya jadi terkedu, terkesima dan terkejut. Saya lihat mak saya, tubuhnya lemah tidak bermaya, tidak bernyawa. Terbaring di atas lantai. Waktu itu baru lah saya perasan bilik mak saya sangat-sangat bersepah. Seperti baru lepas di landa badai. Saya tatap wajah mak saya, mukanya suci.
Akhirnya, air mata jantan saya jatuh berjujuran. Hati saya di serang perasaan sayu dan sedih yang teramat sangat. Saya telah merasai kehilangan. Sesuatu yang sepatutnya saya hargai setiap hari telah hilang. Hilang untuk selama-lamanya. Hilang dari hidup saya. Mak saya sudah lagi tiada. Saya dapat lihat di perut mak saya seperti di tikam oleh objek yang tajam. Mungkin pisau. Saya menggunakan kudrat yang saya ada untuk mengangkat mak saya dan saya letakkan mak saya di riba saya. Saya usap-usap kepala mak saya. Saya usap lembut. Itu adalah usapan terakhir dari saya anak derhaka yang tak pernah usap kepala mak sendiri. Saya kucup dahi mak saya. Kucupan pertama dan terakhir dari anak derhaka ini.
Saya menyesal. Sangat-sangat menyesal. Menyesal dengan apa yang sudah berlaku. Mak telah pergi tanpa saya sempat memohon maaf apatah lagi membalas segala jasa-jasanya. Saya meraung, menjerit memanggil mak saya. Saya peluk erat tubuh mak saya. Sebuah pelukan yang terakhir dari saya anak derhaka yang tak pernah hargai walau sedikit pun pengorbanan yang telah di lakukan oleh mak saya. Saya menangis. Menangis tanpa henti.
Kini, saya hidup bersama pak cik saya. Saya disahkan lumpuh di kaki. Dan, perompak yang telah pecah masuk rumah saya berjaya di berkas. Namun, sehingga ke hari ini. Penyesalan tetap ada dalam diri saya. Saya telah kehilangan insan yang sepatutnya saya sayang sejak kecil lagi. Seorang insan yang telah membesarkan saya dengan penuh kasih sayang tetapi di balas dengan penuh kebencian. Dosa ini yang akan saya pikul hingga ke mati. Dosa seorang anak yang derhaka.
Friday, 21 April 2017
Thursday, 20 April 2017
Hujan Kangkang
Bunyi air hujan menghentam atap zink bertalu-talu membuatkan Wani tidak dapat melelapkan matanya. Seorang wanita separuh usia yang tinggal bersendirian sedang berbaring di atas tilamnya. Jam sudah melebihi 12 malam, matanya masih lagi terbuka. Wani sudah bertukar posisi dari mengiring ke kiri, mengiring ke kanan pula, tetap tidak dapat melelapkan matanya. Bunyi air hujan bertalu-talu membuatkan Wani begitu sukar untuk mendapatkan rehat yang sepatutnya.
Wani tinggal bersendirian di dalam rumah tersebut, keluarganya semua pergi ke Kuala Lumpur demi menghadiri majlis konvo adiknya yang bakal berlaku pada keesokan harinya. Wani menggapai telefon. Dia cuba untuk menghubungi sahabatnya yang tinggal di kampung yang sama dengan dia. Dengan harapan dia dapat berbual sehingga tertidur. Namun, respon yang di terima amat mengejutkan. Wani tidak percaya apabila sahabatnya itu berkata cuaca pada malam itu tenang, tiada hujan mahu pun angin.
Wani berasa bingung. Dia tidak percaya, dia bersumpah pada sahabatnya itu bahawa dirumahnya ketika itu sedang hujan lebat. Bersungguh-sungguh sahabat Wani meyakinkan dirinya bahawa di luar tidak hujan. Wani mematikan talian, dia berfikir sejenak, kalau tidak hujan, jadi bunyi apakah dia dengari sejak tadi?
Bunyi hujan melanggar atap zink masih lagi kedengaran. Wani membuat keputusan untuk keluar dari rumah dan melihat dengan matanya sendiri. Memang benar apa yang diperkatakan oleh sahabatnya itu. Di luar memang tidak hujan. Wani berada di dalam keadaan yang sangat-sangat keliru. Wani mendongak ke langit demi mencari titisan hujan, tapi tidak dijumpainya. Namun, apa yang disaksikan oleh kedua biji matanya membuatkan hidup Wani berubah selamanya.
Seekor makhluk gergasi berwarna hitam sedang kangkang di atas rumahnya itu dan melepaskan sejenis cecair yang seakan-akan menyerupai air hujan. Wani pengsan dan tiada lagi kedengaran khabar mengenai dirinya.
-TAMAT-
Wednesday, 19 April 2017
What A Waste Of Everyone Time.
"Anda tak pernah mengalami perasaan seram? Anda tak pernah berjumpa mahu pun terserempak dengan hantu? Anda ingin tahu bagaimana cara-caranya untuk berjumpa dengan kaum-kaum hantu? Anda ingin rasai sendiri pengalaman bersama dengan hantu?
Ikuti program terbaru dari kami! ARJUNA PARANORMAL TEAM! Kami menyediakan tempat-tempat yang menarik untuk anda! Anda akan rasai sendiri bagaimana perasaan seram dan takut apabila berhadapan dengan hantu! Mari baca apa komen para peserta yang sudah sertai program kami yang menakjubkan ini!
"Terima kasih Arjuna Paranormal Team! Setelah saya mengikuti program yang bermanfaat ini, hidup saya telah berubah, malam saya kini tiada lagi sepi dan sendiri.." - Melati, 20, Tanjung Rambutan.
"Wow! Saya tak sangka sungguh! Selepas saya menyertai program mencari hantu ni, saya sentiasa terasa diri ni seperti diperhatikan.. Terbaik ARJUNA PARANORMAL TEAM!" - Salman, 32, Kuala Kangsar.
"Kalau sebelum ni saya forever alone, tapi lepas join program ni saya terus ada makwe.. Tak sangka lak kak pon tu boleh mintak nombor telefon.. Terbaiklah!" - Murad, 23, Sungai Petani.
"Saya..saya cuma hantar pizza ni je.. Ada yang order tadi kan?" - Mazlan, 21, Ampang.
"Saya lalu je.. Apa kes ni sebenarnya?? Ni masuk tv ke ni? Mak! Mak! Orang masuk tv mak!" - Zainuddin, 19, Ipoh.
"Woi biadab! Orang tengah malam pertama! Dok rakam pasaipa!!?? Kuangjaq!!" - Amran, 27, Hulu Selangor.
"Maaf ya, ni pengebumian arwah mak saya. Mohon jangan rakam.. Awak semua ni siapa? Dari mana?" - Amirul, 36, Kuantan.
Anda tunggu apa lagi? Segera hubungi kami di talian 033-455-998 bagi cawangan di AUSTRALIA dan 03-33556684 bagi cawangan di Malaysia!
Yuran penyertaan bukan RM300, bukan RM200, bukan RM100, bukan RM50!
Yuran hanya RM400 sahaja!
Jangan tunggu lagi! Hubungi ARJUNA PARANORMAL TEAM segera dan rasai perbezaannya!"
Azlan meletakkan telefonnya ke atas meja. Dia tidak percaya dia adalah di antara manusia yang membaca iklan tersebut sampai habis. Entah berapa minit dalam hidupnya telah pun dibazirkan. Azlan bangun dari kerusi, dia berjalan keluar dari stor. Dia melihat begitu ramai pelanggan berada di stesen minyak tempat dia bekerja tersebut.
"Haish, ramai betul manusia ni. Penat aku nak melayan. Selamatlah ada waktu rehat, kalau tak, memang patahlah pinggang aku ni.." keluh Azlan seorang diri. Kemudian, dia masuk semula ke dalam stor dan kembali duduk. Dia kembali menelaah telefon bimbitnya bagi menghabiskan waktu rehat. Nak tidur tak boleh, sebab terlalu bising. Jadi, terpaksalah dia bazirkan waktu sebegitu saja.
"Lan.. Esok shift malam boleh? Staff tak cukuplah.. Hari ni balik awal, esok malam masuk kerja.." ujar bos Azlan. Azlan hanya angguk setuju. Apa pilihan yang dia ada? Kalau dia menolak, dia tetap kena kerja juga, mungkin lebih teruk, kena marah. Jadi, terpaksalah Azlan terima saja arahan dari bosnya itu.
"Malam pun apa salahnya, bukan ramai orang pun.. Boleh tidur.." bisiknya di dalam hati. Tanpa perlu dia ketahui dengan siapa dia bakal bekerja esok malam.
Esok malamnya, Azlan tiba di tempat kerja. Dia hanya menaiki motor kapcai milik arwah bapanya. Nak beli motor baru, duitnya masih belum cukup. Lagi pula, keluarganya orang susah. Dia harus berjimat cermat dan fikirkan tentang belanja sekolah adik-adiknya. Walaupun Azlan mempunyai keputusan SPM yang sangat cemerlang, tapi dia gagal mendapatkan biasiswa untuk sambung belajar. Tambahan pula, ibunya sudah tua dan sering sakit. Jadi, Azlan kena juga pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
Azlan melangkahkan kakinya masuk ke dalam stor. Kelihatan staff siang sedang sibuk melakukan kerja masing-masing. Azlan meletakkan helmetnya ke atas meja. Dan, jauh di sudut stor tersebut, dia ternampak kelibat seorang wanita. Wanita yang dia tak kenali. Azlan memerhatikan saja kelibat wanita itu. Azlan berjalan menuju ke arah suis lampu dan menghidupkan lampu di hujung stor tersebut. Baru lah dia nampak dengan jelas kelibat wanita tersebut. Hantu rupanya. Tanpa perlu buang masa, Azlan terus berjalan keluar dari tempat itu.
Kemudian, dia di sapa oleh seseorang.
"Lan! Nak pergi mana tu?"
Pak Majid selaku empunya syarikat menegur Azlan yang dilihatnya melangkah keluar dari stesen minyak itu. Azlan tidak menghiraukan Pak Majid, dia terus berjalan ke arah motornya. Pak Majid yang mulai risau terus meluru ke arah Azlan.
"Lan. Nak pergi mana? Terburu-buru je saya tengok." soalnya setelah dia sampai ke lokasi Azlan.
"Bos, saya nampak benda yang saya tak patut nampak tadi kat dalam stor. Rambutnya panjang, kaki tak jejak tanah, baju dia kotor dan outdated. Saya tak nak kerja malam ni bos. Rasa nak dendam dah ni.. " jawab Azlan, kelihatan tangannya terketar-ketar. Pak Majid hanya memerhatikan saja gelagat pekerjanya itu. Macam tak percaya pula dengan apa yang dia baru saja dengar tadi.
"Dah.. Dah.. Awak jangan nak mengada-ngada. Awak kena kerja, malam ni tak ada staff. Awak kena jaga dengan saya malam ni." ujar Pak Majid cuba meyakinkan pekerjanya itu. Namun, dilihatnya Azlan seperti mayat hidup pula. Muka pucat lesi, kulitnya berubah menjadi warna putih. Seperti tiada darah yang mengalir. Tahulah bahawa Pak Majid akan ketakutan yang sedang menyelubungi pekerjanya itu.
"Tak ada yang boleh gantikan ke, Bos? Saya betul-betul rasa dan dendam ni.." rayu Azlan lagi. Seluruh tubuhnya menggigil kesejukan. Ketakutan dan keseraman kali pertama terserempak objek yang tak pernah di lihat sebelum ini membuatkan imannya terus gugur.
"Allahuakhbar.. Dan dendam celah mana pulak ni, Lan? Rasa nak demam ke apa?" soal Pak Majid yang agak keliru dengan pertuturan pekerjanya yang agak tak betul.
"Awak jangan bimbang. Khayalan je semua tu. Jangan risau, saya ada. Kalau ada hantu nak kacau, saya pukul dia." ujar Pak Majid. Kemudian, dia mengarahkan Azlan agar menunggunya di situ sementara dia masuk ke dalam dan mengambil sebotol air mineral. Pak Majid membacakan surah Yassin ke air mineral tersebut. Kemudian, dia menyuruh Azlan untuk minum air tersebut. Selepas Azlan meneguk beberapa kali, barulah semangatnya kembali. Hilang segala gigil-gigil tadi.
Azlan bersetuju untuk berjaga dengan Pak Majid pada malam tersebut dengan syarat, dia akan ikut ke mana saja Pak Majid pergi.
"Alahai, malam ni akan menjadi malam yang sangat panjang buat aku..." keluh Pak Majid sendiri. Dia rasa pening selepas mengetahui bahawa pekerjanya seorang yang penakut.
Semua pekerja Pak Majid telah pulang ke rumah, maka tinggallah Azlan dan dirinya saja untuk menjaga stesen minyak itu pada waktu malam. Pelanggan tidaklah ramai apabila waktu malam, tetapi apabila selepas pukul 10 malam. Keadaan akan menjadi sangat-sangat sunyi. Kadang-kadang ada pelanggan, kadang-kadang tak ada langsung. Waktu beginilah yang akan menguji keimanan seseorang. Samada berani atau tidak untuk mengharungi malam yang kelam.
"Bos, kat kampung kita ni kan. Memang tak ada sesiapa ke yang nak bukak stesen minyak selain bos?" soal Azlan yang sedang duduk disebelah bosnya itu.
"Entahlah, kampung kita ni terlalu ceruk. Pelabur pun malas nak masuk sini. Saya ni nasib baiklah lahir kat kampung ni. So, saya tahu kampung kita ni tak ada stesen minyak lagi, jadi saya bukaklah satu." jawab Pak Majid.
"Mahal tak bos? Berapa modal nak kena pakai?" tanya Azlan.
"Juta-juta jugak. Nak rolling modal lak dalam RM500 ribu. Bukan sikit tau, kena pergi kursus. Saya bernasib baik sebab ramai orang-orang dalam yang saya kenal. Kalau tidak, memang susah nak dapat permission untuk bukak stesen minyak ni." jawab Pak Majid.
Azlan hanya mendengar saja jawapan yang diberikan, dia berasa kagum dengan kejayaan Pak Majid, bosnya itu. Azlan juga berimpian untuk mempunyai syarikatnya sendiri suatu hari nanti. Tapi, mampukah dirinya? Allah saja yang tahu.
Mereka berdua menghabiskan masa dengan menonton video di telefon. Kebanyakkan video kelakar. Apabila ada video yang sedih, mereka menitiskan air mata sama-sama. Seperti pasangan yang akrab pula. Yuck~
"Saya nak pergi beli makanan, perut lapar. Awak nak kirim apa-apa tak? Saya belanja." soal Pak Majid sambil mengusap-usap perutnya yang agak buncit ke depan itu.
"Alaa! Alaa! Saya nak ikut! Saya tak nak tinggal sini sorang-sorang! Jangan tinggal kat saya bos!" rayu Azlan yang terus berada dalam ketakutan. Pak Majid menepuk dahinya setelah melihat perubahan yang berlaku pada diri pekerjanya itu. Tadi tengok macam okay je. Ni tiba-tiba terus meracau-racau.
Akhirnya Pak Majid tidak jadi pergi membeli makanan, dia membuat keputusan untuk masak mee segera sahaja. Azlan yang rasa gembira kerana bosnya itu tidak jadi keluar, terus meluru masuk ke dalam stor demi mengambil air untuk dipanaskan bagi merebus mee segera jenama negara orang lain.
Secara tiba-tiba, Pak Majid yang sedang berada di kaunter terdengar suara jeritan Azlan datang dari arah stor. Pak Majid terus bergegas berlari mendapatkan Azlan. Setibanya Pak Majid di stor, dia mendapati bahawa Azlan terbaring di atas lantai. Muka Azlan sangat-sangat pucat.
"Lan! Kenapa? Kenapa?" soal Pak Majid yang menjadi bingung. Azlan menunjukkan jari telunjuknya ke arah siling stor. Pak Majid perlahan-lahan mengalihkan pandangannya ke arah siling tersebut. Kelihatan seekor makhluk yang sangat mengerikan sedang merangkak di siling tersebut. Kepalanya berpusing 360 darjah no scope. Pak Majid dan Azlan sama-sama menjerit. Makhluk tersebut turut menjerit, tapi jeritannya mampu membuatkan bulu roma sesiapa saja meremang atau berdiri tegak.
Pak Majid terus berlari keluar tanpa mempedulikan pekerjanya yang sedang terbaring lemah dia atas lantai dan mengharapkan bantuan darinya.
"Bos! Bos! Jangan gari, bos! Jangan tinggalkan saya, bos! Bos!" jerit Azlan meminta bantuan dari bosnya itu, sehinggakan pertuturannya juga berterabur seakan-akan bertih jagung yang terhempas dari tingkat 18.
Akibat merasakan kasihan, Pak Majid patah balik ke dalam stor demi menyelamatkan pekerjanya.
"Lan!" jerit Pak Majid.
"Bos!" sahut Azlan.
"Lan!" jerit Pak Majid lagi.
"Bos!" sahut Azlan lagi.
"Bos bos jadah kau! Bangunlah cepat!" jerit Pak Majid yang tiba-tiba menjadi bengang. Azlan segera bangun, dan berlari ke arah Pak Majid. Mereka berdua memerhatikan keadaan sekeliling. Mereka ingin memastikan keadaan selamat untuk berganjak dari situ. Mereka mencari kelibat makhluk ngeri tadi yang tiba-tiba hilang entah ke mana. Mereka tak mahu tiba-tiba saja kena sergah, boleh mengakibatkan jantung berhenti dari berfungsi.
"Bos, saya takut. Jom kita balik." saran Azlan, namun Pak Majid mendiamkan diri, tidak memberikan sebarang respon. Mata Pak Majid tertumpu pada suatu arah, keretanya yang berada di luar. Azlan juga melihat ke arah yang sama. Kereta bosnya yang terletak di luar. Dan, agak jauh dari pintu.
"Bos, benda tu ada kat atas bumbung kereta." ujar Azlan.
"Ya, saya tahu. Kita memang tak selamat kat sini. Ke mana lagi kita harus pergi?" balas Pak Majid.
"Bos, saya tak akan tinggalkan sisi bos. Percayalah kata-kata saya ni." ujar Azlan sambil matanya bersinar-sinar.
"Sebab awak tu penakut!" balas Pak Majid, kemudian di duku nya kepala Azlan. Mereka berdua berjalan ke arah kaunter, Pak Majid mengambil telefonnya dan membuat panggilan kepada kawannya.
"Bos, saya tak nak mati. Saya ada keluarga yang nak di beri makan." ujar Azlan. Pak Majid mengalihkan pandangannya ke arah Azlan. Dahinya berkerut. Azlan terdiam, dia tidak tahu kenapa bosnya itu memandangnya seperti itu.
"Bos, sekarang bukan waktunya nak main-main mata. Bos boleh confess lepas kita selamat nanti." ujar Azlan sambil kelopak matanya terkelip-kelip. Pipinya juga berubah menjadi merah, gayanya saling tak ubah seperti orang yang sedang malu.
Kepala Pak Majid berasap selepas mendengar kata-kata dari mulut Azlan. Matanya bulat terbuntang. Bibirnya menggeletar. Dengan perasaan yang marah, dia terus mengheret Azlan keluar dari stesen minyak itu.
"Woi! Hantu! Ni budak yang kau nak tu! Kau ambik lah budak ni! Kau ambik lah budak ni!" jerit Pak Majid.
"Apa ni bos! Jangan buat saya macam ni! Jangan bos jangan!" rayu Azlan.
"Kau ambiklah dia! Kau makanlah dia! Aku tak sanggup ada staff gay!" sambung Pak Majid lagi.
Makhluk yang sedang bertenggek di atas bumbung kereta Pak Majid tadi terus tergamam setelah mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Pak Majid. Kemudian, makhluk tersebut terus menghilangkan diri tanpa memberi sebarang notis.
"Tengok! Hantu tu pun tak nak makan kau sebab kau gay!" tengking Pak Majid yang sudah hilang sabar. Kemudian, dia terus berambus dari situ.
Azlan menangis teresak-esak. Dia mengelap air matanya. "Sampai hati bos buat saya macam ni. Saya ingatkan malam ni malam untuk kita berdua. Tapi bos tinggalkan saya. Semua lelaki sama je!"
- Tamat -
Selamat membazir masa dengan membaca cerita ini. xD
Sunday, 16 April 2017
Cinta Yang Tiada
Tercipta sebuah kisah di mana seorang jejaka tampan yang kaya dan berharta sedang memandu kereta mahalnya pulang dari kerja. Dia langsung tidak pernah tersangkut dalam kesesakan jalan raya, sebab dia watak utama. Dan betapa klishenya permulaan sesebuah cerita di Malaysia di mana heronya kaya dan tampan. Ok, kita tukar pula. Kita ambil realiti pula.
Tercipta sebuah kisah di mana seorang jejaka berwajah biasa seperti jejaka-jejaka optimis yang lainnya. Dia sedang menunggu monorel tiba, dan dia sudah menunggu hampir 20 minit sejak pulang kerja dari tadi. Setiap kali balik dari tempat kerja, memang dia akan melalui saat-saat begini. Saat menjadi seekor sardin di dalam tin. Di himpit-himpit oleh orang ramai. Kesibukkan kota yang semua orang sudah sedia maklum bahawa tidak akan diceritakan di dalam mana-mana drama yang disiarkan di dalam negara ini.
Putra nama di beri oleh kedua ibu dan bapanya. Putra yang berumur 27 tahun itu menyerahkan dirinya kepada syarikat di mana dia bekerja, sebuah syarikat tempatan yang berkaitan dengan penjualan insurans. Sudah lebih dari 6 tahun Putra bekerja di syarikat tersebut. Dengan bergajikan hanya RM1500.00 sebulan. Namun, dia tidak boleh mengeluh kerana itu lah rezeki buatnya dan sekeluarga. Sebagai anak yang sulung, dia bertanggungjawab bagi memastikan setiap bulan dia memberikan RM500.00 kepada ibu bapanya. Dan RM300.00 untuk barang-barang rumah.
Dia bernasib baik kerana rumah yang didudukinya itu adalah milik bapanya, jadi, tidak perlu untuk dia mengeluarkan duit untuk membayar sewa setiap bulan. Hanya api dan air sahaja. Pernah terlintas difikirannya untuk mencari kerja lain. Tetapi tiada rezeki untuknya lagi. Dan, sememangnya dia bersyukur dengan rezeki yang dia miliki pada ketika itu.
Kehidupan di kota sememangnya sangat-sangat mencabar. Dengan kos sara hidup yang tinggi, belum termasuk dengan cukai GST lagi. Ramai yang terbeban. Termasuk Putra dan seluruh ahli keluarganya.
Kehidupan di kota sememangnya sangat-sangat mencabar. Dengan kos sara hidup yang tinggi, belum termasuk dengan cukai GST lagi. Ramai yang terbeban. Termasuk Putra dan seluruh ahli keluarganya.
Putra seorang lelaki yang berimpian besar. Dia ingin membalas jasa kedua ibu dan bapanya. Dia juga ingin berumahtangga, tapi memandangkan ekonomi negara semakin menjatuh, Putra terpaksa simpan dahulu niatnya untuk mendirikan rumahtangga. Dia perlu bahagiakan kedua ibu dan bapanya dan memastikan adik-adiknya tamat zaman persekolahan dulu.
Pada suatu hari, di tempat kerja Putra terdapat seorang pekerja yang baru. Suzanna nama di beri. Berperwatakan menarik dan cantik, senyumannya sangat-sangat manis. Mampu mencairkan hati mana-mana ajnabi yang menatap. Mengenakan tudung bawal pucci di kepala dan memakai baju kurung moden berwarna ungu jingga pada hari pertama berkerja. Putra tidak berkedip mata apabila melihat Suzanna.
Putra menginginkan seorang isteri seperti itu. Seorang gadis yang persis bidadari, cuma tak bersayap. Semenjak hari itu, Putra menanamkan hasrat di hati untuk menyunting hati Suzanna. Walau bagaimanapun, saingan untuk memiliki hati Suzanna sangat hebat. Bukan Putra saja yang ingin mendekati anak gadis itu, rakan-rakan kerjanya yang lain juga turut mencuba nasib. Yang lebih dahsyat lagi, mereka yang lain berwajah tampan dan kacak juga jambu saling tak tumpah seperti artis yang pernah di tayangkan di kaca skrin tv anda.
Putra sedar akan hal itu, dia tahu tidak mungkin Suzanna akan mahu mempersuamikan lelaki seperti Putra yang hanya mempunyai 7 jenis kemeja sahaja. Bergaji sederhana, BR1M tak pernah dapat, tidak mempunyai sebarang harta seperti kenderaan atau pun rumah sendiri. Terngiang-ngiang lagu Anak Kampung dendangan Jimmy Palikat di telinga nya ketika itu. Terlintas di buah fikiran Putra untuk mencari jalan demi memikat hati si bidadari dambaan hatinya itu.
Hari demi hari berlalu, ramai jejaka pujangga cuba untuk memikat hati Suzanna. Melihat akan hal tersebut membuatkan hati Putra sedikit ranap. Dia masih tidak tahu bagaimana hendak memikat hati gadis dambaannya tersebut. Yang menghancurkan hatinya lagi adalah di mana kawan karibnya di pejabat itu juga turut mencuba nasib dengan mengajak Suzanna makan tengahari bersama. Dan, kawannya itu berjaya. Walaupun ada beberapa lelaki yang lain turut tumpang kaki. Tapi tidak Putra, dia terasa sakit hati yang amat sangat apabila melihat perkara tersebut.
Putra tidak pernah cuba untuk bercakap dengan Suzanna kerana bidang kerjanya dengan Suzanna berbeza. Putra hanya membuat panggilan ke pelanggan dan harus memujuk pelanggan untuk membeli insuran yang ditawarkan oleh syarikat. Manakala Suzanna pula, dia bahagian Human Resources. Tidak mungkin gadis sehebat itu mahu memandang mahu pun menjeling kepada lelaki bawahan seperti Putra.
Hari-hari Putra berlalu dengan tidak ada sedikit pun semangat. Kerana boleh dikatakan hari-hari juga Suzanna akan keluar makan tengahari dengan kawan-kawannya yang lain. Pernah di ajak, tetapi Putra menolak. Kerana dia tahu bahawa nanti dia akan dijadikan sebagai bahan jenaka dihadapan Suzanna. Memang itu yang selalu terjadi.
Pada suatu hari, ketika Putra sedang memujuk pelanggannya untuk membeli insuran, telinganya tertangkap perbualan yang riuh rendah tidak jauh dari mejanya. Dia terdengar bahawa Suzanna bakal berkahwin dengan seorang eksekutif syarikat itu juga. Hati Putra tiba-tiba saja dilanda kepanasan yang membara. Hatinya jadi tidak senang. Dia mematikan panggilan telefon terhadap pelanggannya. Dia memasang telinga lagi. Dia terdengar bahawa eksekutif tersebut sangat romantik terhadap Suzanna.
Putra tidak dapat menerima kenyataan bahawa Suzanna bakal berkahwin dengan lelaki yang mempunyai pangkat yang lebih tinggi. Memang itulah hakikatnya. Tidak mungkin Suzanna akan memandang kepada dirinya yang sebegitu. Eksekutif tersebut bergaji RM3000.00 lebih sebulan. Nak dibandingkan dengan Putra? Langit dan bumi bezanya, bulan dan matahari bezanya, Pluto dan Zuhal bezanya, Maznah dan Murad bezanya.
Putra bangun dari kerusinya dan menuju ke dalam bilik air. Dia merasakan dirinya tersangat bodoh. Kenapa dia harus memendam perasaan terhadap seorang wanita yang sememangnya bukan untuk dia? Ya, memang Suzanna wanita dambaan Putra, tapi dia seharusnya mengerti akan kedudukannya di dalam syarikat tersebut. Tambahan pula, eksekutif tersebut anak saudara kepada empunya syarikat. Putra menitiskan air mata. Dia terasa dirinya seperti insan yang terlalu bodoh. Sudahlah tidak dapat membahagiakan keluarganya disebabkan gajinya yang cukup-cukup makan. Berangan pula nak bernikah dengan puteri sang raja.
Tapi jauh di lubuk hati Putra, dia memang tidak mahu melihat kebahagiaan Suzanna berada di tangan orang lain selain dia. Dia ingin bersama dengan Suzanna. Dia ingin memiliki Suzanna. Putra membuang prinsip mencintai tidak mesti memiliki. Dia menetapkan bahawa mencintai seharusnya memiliki. Putra memandang dirinya di dalam cermin. Dia nekad, walau apa pun yang terjadi. Dia tetap ingin bersama dengan Suzanna. Putra harus merancang sesuatu. Dia harus melakukan sesuatu yang akan melaksanakan impiannya untuk memiliki Suzanna.
Keesokan harinya, Putra mendapat tahu bahawa Suzanna akan pulang kerja lewat kerana dia mempunyai kerja yang banyak dan harus disiapkan dengan segera. Putra membuat keputusan untuk melaksanakan rancangannya pada malam itu juga.
Putra mengerling ke arah jam yang berada di meja kerjanya. Sudah tamat waktu kerja. Putra memerhatikan kawan-kawan pejabatnya yang lain bangun dari kerusi untuk pulang ke rumah. Setelah dia memastikan semua orang sudah pulang, dia terlihat pula bakal suami Suzanna masuk ke dalam pejabatnya. Putra memasang telinga demi mendengar perbualan mereka. Bakal suami Suzanna menyatakan bahawa dia akan menunggu Suzanna habis kerja, dan akan menghantar Suzanna pulang ke rumah selepas itu. Bakal suaminya akan menunggu di dalam biliknya yang berada di hujung sekali.
Putra bergegas menuju ke pantri apabila melihatkan bakal suami Suzanna ingin melangkah keluar. Putra memasang telinganya dan mendengar bunyi pintu pejabat bakal suami Suzanna terbuka dan tertutup. Menandakan bahawa bakal suaminya sudah berada di dalam pejabatnya. Putra membuka laci di pantri, dan mengambil sebilah pisau pemotong sayur dari dalam laci itu. Dia menyembunyikan pisau tersebut dengan meletakkan ia ke dalam kocek belakang. Kemudian, Putra melangkah keluar dari pantri dan menuju ke arah pintu pejabat bakal suami Suzanna.
Putra mengetuk pintu itu, dan membuka perlahan-lahan. Eksekutif tersebut agak terperanjat apabila melihat masih ada lagi yang belum pulang ke rumah. Putra menipu dengan memberitahu bahawa dia ingin bertanyakan soalan kepada bakal suami Suzanna tersebut. Lalu dia di jemput untuk masuk dan duduk di kerusi. Putra melangkahkan kakinya masuk ke dalam pejabat tersebut dan menutup pintu dan terus menguncinya.
Tanpa membuang masa, dia terus menuju ke arah eksekutif tersebut dan menikam lehernya berkali-kali. Eksekutif tersebut tidak sempat hendak melakukan apa-apa. Semuanya berlaku dengan cepat. Dia harapkan soalan dari Putra, tetapi pisau pula yang mendatang. Putra tidak memberi peluang walau sedikit pun. Dia menikam dada eksekutif itu pula. Dia menikam tanpa henti. Bakal suami Suzanna tidak lagi bernyawa. Matanya terbeliak. Mati dalam keadaan yang dia sendiri tidak jangka. Bakal suami Suzanna meninggal serta merta. Putra merasa tidak puas hati lagi, dia mengerat pergelangan tangan dan kaki eksekutif itu pula. Kedua-dua matanya di korek keluar.
Bagi Putra, mata itu telah terlalu banyak melihat kecantikan pada diri Suzanna dan harus dihapuskan segera. Tangannya pula, terlalu banyak menggenggam erat tangan Suzanna dan harus dilupuskan dengan segera. Kakinya pula, terlalu banyak dihabiskan dengan berjalan disebelah Suzanna, harus dipadamkan dengan segera. Lidah pula, terlalu mengeluarkan ayat-ayat manis terhadap Suzanna, mesti di buang.
Kemudian, Putra menetak tengkorak kepala mangsanya sehingga kelihatan otak di dalam. Otak tersebut terlalu banyak memori indah ketika bersama dengan Suzanna dan menyimpan seribu kenangan pada saat-saat dia melafazkan bahawa dia ingin menikahi gadis dambaannya itu. Harus di buang semua itu. Setelah berpuas hati, barulah Putra berhenti. Bilik pejabat tersebut penuh dengan darah mangsa yang terpancut ke merata tempat. Tubuh Putra penuh dengan darah daripada hasilnya men-delete-kan segala benda yang dia tidak suka.
Kemudian, Putra melangkah keluar dari pejabat tersebut dan menuju ke arah pejabat Suzanna pula. Dia memerhatikan Suzanna dari arah luar. Suzanna tidak perasan akan kelibat Putra di luar pejabatnya. Putra memandang ke arah Suzanna, pandangannya itu penuh dengan kasih sayang yang tiada tolak bandingnya. Setelah puas meneliti Suzanna dari atas sehingga bawah, Putra terus membuka daun pintu pejabat Suzanna.
Suzanna terkejut apabila melihat Putra dalam keadaan penuh darah dikemejanya. Tiada sebarang perkataan yang keluar dari mulut Suzanna. Dia terkedu, tergamam, terkesima. Apa yang sedang berlaku? Dia sendiri tidak tahu. Putra menghampiri Suzanna dan memberikan senyuman yang paling manis dan ikhlas pernah dia berikan kepada sesiapa. Putra juga mengucapkan kata-kata cinta dan memuji kecantikan yang ada pada diri Suzanna. Perkara tersebut membuatkan Suzanna marah dan mengarahkan dia untuk menjauhkan dirinya. Suzanna menggapai telefon pejabat dengan niat untuk menghubungi polis, tetapi di halang oleh Putra. Putra segera berlari ke arah telefon tersebut dan mencampakkan telefon itu ke bawah. Suzanna menjerit meminta tolong dan cuba untuk berlari keluar.
Putra sempat menangkap Suzanna dan menolaknya jatuh. Putra segera mengunci pintu dan mengambil pisau yang berada di kocek belakang. Pisau tersebut sudah penuh dengan darah milik arwah bakal suami Suzanna. Suzanna menjerit sekuat hati. Dia terlalu takut dengan apa yang bakal dia hadapi sebentar nanti. Puas dia merayu agar dirinya tidak dicederakan. Putra tidak mengendahkan rayuan Suzanna. Putra memberitahu Suzanna bahawa jika dia tidak dapat memiliki Suzanna bermakna orang lain pun tidak boleh memiliki dia.
Putra menindih Suzanna dan menghentak kepala Suzanna ke lantai beberapa kali. Akibat dari itu, Suzanna menjadi lemah dan kepalanya menjadi pening juga sakit yang amat. Putra menghalakan pisau ke arah hati Suzanna. Putra sempat mengatakan bahawa dia terlalu menyintai Suzanna. Kemudian dia membenamkan pisau tersebut ke dalam hati Suzanna. Suzanna meronta-ronta kesakitan yang amat sangat. Darah mengalir keluar dengan banyak. Putra melihat kesengsaraan yang sedang dihadapi oleh Suzanna dan dia merasa seronok dengan adegan tersebut. Dia tahu bahawa jika Suzanna mati, tidak ada sesiapa yang akan dapat memiliki Suzanna lagi.
Setelah Suzanna menghembuskan nafasnya yang terakhir, barulah Putra mencabut keluar pisau yang ditusuknya tadi. Dia mengucup bibir dan dahi Suzanna, dia mengucapkan selamat malam dengan penuh romantis sekali. Dia mengangkat kepala Suzanna dan baringkan ke atas ribanya. Dia mengusap-usap kepala Suzanna lembut. Dia mengambil pisau tadi, dan dia toreh bibir Suzanna dengan penuh berhati-hati. Kemudian, dia meletakkan gam di bibir Suzanna itu dan dilekatkan ke arah bibirnya pula. Biji mata Suzanna di korek keluar, dan digamkan ke sisi matanya. Pergelangan tangan Suzanna di kerat sehingga putus, dan digamkan pada tangannya pula. Hati Suzanna turut di korek keluar, kemudian dia memakan hati Suzanna sehingga habis.
Putra berasa sangat berpuas hati dengan kejayaannya memiliki hati Suzanna. Baginya, dengan berbuat sedemikian rupa, Suzanna telah pun menjadi miliknya selama-lamanya. Putra merasakan dirinya adalah insan yang paling bahagia ketika itu, dia berjaya memiliki hati Suzanna.
-Tamat-
Dendam - #Akhir
Adi menghempas tangannya ke atas meja. Dia berasa geram kerana terasa dirinya seperti dimainkan. Mustahil Daus dapat melenyapkan dirinya begitu saja. Bagaimana dia lakukan? Magic? Tidak mungkin pasukan yang dia latih selama ini memberikan maklumat palsu atau pun tersalah pandang.
"Tuan! Saya berani bersumpah! Memang saya nampak dia keluar dari hotel yang dia menginap tadi dan terus masuk ke dalam kereta. Dan terus menuju ke arah Kuala Lumpur! Saya tak tipu, tuan!" ujar anggota polis yang berada di dalam pasukannya.
Kepala otak Adi tidak dapat nak berfungsi. Dia terlalu kusut. Mungkin benar anggotanya tersalah pandang? Akibat tidak cukup rehat? Mungkin? Walau bagaimanapun, sudah tentu pihak atasannya ingin penjelasan dan Adi harus bertanggungjawab di atas kesilapan besar yang sudah berlaku. Kecuaian yang mengakibatkan kematian orang awam yang tidak bersalah dan tiada kaitan dengan kes yang sedang diuruskan.
Disebabkan insiden tersebut, Adi bakal kehilangan kerjanya dan berkemungkinan besar dia boleh dipenjarakan. Walau pun Adi merupakan anggota polis berjawatan tinggi, ianya tidak bermakna Adi mempunyai imuniti terhadap kesalahan seperti 'terbunuh' sebab salah informasi.
Fikiran Adi berhenti dari berfungsi serta-merta. Ahli pasukannya sedang menunggu jawapan darinya. Apa yang harus dilakukan? Di dalam kekalutan yang sedang berlaku, Adi menerima panggilan dari pihak atasan. Darah Adi berderau, dia tidak tahu bagaimana ingin menjawab. Apa yang harus dia lakukan?
Adi menceritakan segala yang berlaku kepada pihak atasan. Dia pasrah dan dia sedia menanggung segalanya. Dia sanggup gadaikan kerjayanya yang dia bina selama ini asalkan anak buahnya tidak mendapat hukuman.
"Tak mengapa, saya nak awak bawa balik mayat tersebut dahulu dan lakukan pemeriksaan. Lakukan pemeriksaan secara terperinci. Selanjutnya kita akan bincangkan selepas pemeriksaan." arah pihak atasan Adi. Adi patuh dengan arahan yang di terimanya, dan dia mengarahkan anak buahnya untuk membawa balik mayat tersebut.
"Jangan cerita apa-apa dulu kepada sesiapa pun. Sehinggalah kita dapat jawapan dari pihak atasan." arah Adi kepada semua anak buahnya.
Keesokan harinya, Adi tidak datang ke kerja. Dia diarahkan untuk mengambil cuti sehinggalah pemeriksaan terhadap mayat tersebut selesai yang di mana ianya mengambil masa selama lebih dari 24 jam.
Walaupun Adi cuti, tetapi dia tetap menjalankan kerjanya dari rumah. Adi meneliti bahan-bahan bukti yang berkait dengan kes itu. Dia membaca nota milik pembunuh itu dengan harapan dia dapat mencari maklumat penting.
"Aku tak tahu apa yang merasuk tubuhku. Tetapi, aku berjaya membunuh semua yang berada di situ. Aku tidak sedar apa yang berlaku."
"Apa yang berlaku pada dia waktu tu? Macam mana dia boleh tak sedar yang dia dah bunuh semua yang ada kat situ termasuk kawan serumahnya? Daus ni siapa sebenarnya?" getus Adi di dalam hati. Dia bangun dari kerusi, dan menuju ke arah jendela rumah. Dia melemparkan pandangannya jauh ke luar rumah. Dia cuba untuk fokus.
"Macam mana dia boleh tak sedar yang dia telah melakukan pembunuhan? Tak mungkin sebab terlalu marah. Atau, dia memang ada penyakit? Dan, bagaimana dia boleh gantikan dirinya dengan orang lain ketika kami mengepungnya? Riddle yang agak susah untuk aku selesaikan." getus Adi seorang diri. Dia melurut misainya dengan cermat sambil mata terpejam rapat.
Secara tiba-tiba, telefon milik Adi berbunyi. Adi bergegas mendapatkan telefonnya itu. Dia melihat pada skrin telefon itu. Sebuah nombor yang dia tidak kenal. Siapa pula? Adi menjawab panggilan tersebut.
"Hello?"
"Assalamualaikum Encik Adi." terdengar suara seorang lelaki separa tua di hujung talian.
"Ya saya bercakap. Siapa ni?" soal Adi ingin tahu. Siapa pula lelaki tua yang menghubunginya itu?
"Saya Zakariah, pegawai di penjara. Saya yang menjaga sel di mana Daus menetap ketika berada di penjara. Saya ada sedikit maklumat yang ingin saya kongsikan." ujar Zakariah sopan.
"Menarik. Baiklah, teruskan."
"Daus ada saka." ujar Zakariah, membuatkan Adi sedikit terkejut. Saka?
"Mengarutlah..." Adi tidak suka apabila mendengar perkataan saka tersebut. Dan dia tak percaya bahawa Daus jadi begitu disebakan saka.
"Apa yang saya katakan ini adalah benar. Keluarga Daus mungkin dalam kategori warak dan menolak ajaran sesat itu semua. Tetapi dalam hal ini, saya dapat rasakan bahawa Daus telah tertewas dan dia telah menerima saka itu untuk menjadi sebahagian dari hidupnya. Sebahagian dari dirinya. Disebabkan dendam yang ingin dia lunaskan." jelas Zakariah. Adi hanya mendiamkan diri. Dia tidak tahu bagaimana hendak memberikan respon.
"Suatu malam ketika dia berada di dalam selnya seorang diri. Saya ada terdengar dia berbual dengan seseorang, sedangkan tiada sesiapa di situ. Antara perbualan mereka yang dapat saya dengar ialah membalas dendam dan menjadi kebal." jelas Zakariah lagi.
"Saya bukanlah seorang pakar. Tetapi, lebih baik Encik Adi meminta pertolongan dari orang yang pakar dalam bab begini. Seseorang yang tinggi ilmunya dalam hal agama dan tahu caranya untuk menghapuskan makhluk-makhluk seperti jin, syaitan dan sebagainya." tambah Zakariah lagi.
Adi benar-benar terkedu. Dia tidak dapat mengeluarkan sebarang suara mahu pun ayat. Dia rasakan semuanya itu seperti karut. Tetapi, seperti ada kemungkinan juga ianya benar. Jika tidak, bagaimana Daus boleh melakukan pembunuhan yang dahsyat tersebut?
Selepas menamatkan perbualannya dengan Zakariah, Adi menghubungi pula tempat kerjanya. Namun, hampir lima minit dia menunggu, tiada jawapan. Adi mula berasa hairan dengan keadaan tersebut. Hatinya tiba-tiba saja diserangi perasaan tidak enak. Adi cuba menghubungi tempat kerjanya lagi. Tetap tiada jawapan yang di terima.
Adi hubungi pula nombor telefon kawannya yang bekerja di situ.
"Hello? Amin? Kau ada kat office ke?" soal Adi.
"Adi... Tolong... Tolong kitorang......." panggilan dimatikan. Adi terdiam, matanya terbeliak. Apa yang sedang berlaku? Hatinya benar-benar rasa tidak sedap. Lantas, Adi membuat keputusan untuk pergi sahaja ke ibu pejabat polis tempat dia bekerja itu. Semasa dalam perjalanan, Adi cuba hubungi beberapa nombor kawannya yang bekerja di situ, tetapi tidak berjawab. Adi melemparkan telefon bimbitnya ke kerusi bahagian penumpang. Dia harus segera ke ibu pejabat. Dia inginkan jawapan. Apa yang sedang berlaku? Pertolongan apakah yang kawannya itu cakapkan?
Adi dapat melihat bangunan ibu pejabat dari jauh. Jarak antara dia dan ibu pejabat tidak jauh lagi. Tetapi, disebabkan jalan sesak. Dia terpaksa menunggu. Dengan tidak semena-mena, telefon bimbitnya berbunyi. Tertera nama ketuanya di skrin kaca. Adi segera menjawab.
"Adi! Cepat datang ke pejabat! Suspek hidup semula dan membunuh semua orang!" arah ketuanya itu. Adi tergamam. Apa yang dah terjadi? Adi segera meletakkan keretanya ke sisi jalan. Dan, dia terus keluar dari kenderaanya itu dan berlari ke arah ibu pejabat polis yang tidak jauh lagi dari tempat dia berada.
Setibanya Adi di lokasi, dia melihat semua anggota polis yang terselamat berada di luar. Adi berlari ke arah ketuanya.
"Tuan! Apa yang sudah berlaku?" soal Adi menginginkan jawapan.
"Suspek bernama Daus. Saya tak tahu bagaimana nak jelaskan. Semasa pembedahan hendak dilakukan, dia tiba-tiba saja bangun dan membunuh semua yang berada di depan matanya. Wajahnya dari orang cina tiba-tiba jadi... jadi.. jadi muka dia.. muka suspek.. muka Daus.. Entahlah, saya sendiri pun tak tahu macam mana nak jelaskan." jelas ketua Adi yang sedang keliru. Dan, dibadannya terdapat calitan darah.
Adi melihat sekelilingnya, ramai anggota yang cedera parah. Ada diantaranya badan terputus, kaki dan tangan terputus. Seperti di rentap kasar dan di gigit.
"Oh ya, lagi satu. Semua anggota kita sudah tembak suspek. Tetapi, suspek tidak mati. Seolah-olah kebal. Peluru memang tak lut." jelas ketua Adi lagi.
"Mungkin kita perlukan bantuan dari ustaz-ustaz untuk hal sebegini. Tuan tolong hubungi sesiapa yang boleh membantu, saya nak masuk ke dalam. Saya nak menghadap suspek." ujar Adi dan terus berlari ke dalam. Ketuanya cuba menghalang tetapi tidak berjaya. Adi telah pun terlepas masuk ke dalam bangunan.
Keadaan di dalam ibu pejabat polis sangat huru-hara. Beberapa mayat anggota pasukan khas di lihat bergelimpangan di merata tempat. Adi melihat ke arah senjata api jenis SMG yang berada di atas lantai. Dia mengambil senjata tersebut. Setelah memastikan senjata itu masih lagi berfungsi dan berpeluru, Adi sarungkan ke badannya. Dia bersedia untuk sebarang kemungkinan. Dia tahu bahawa peluru tidak dapat membunuh Daus, tapi apa lagi pilihan yang dia ada? Dia akan cuba melengahkan masa sementara menunggu bantuan yang dia harapkan. Iaitu seseorang yang mampu melawan syaitan.
Adi melangkah kaki menuju ke tingkat dua bangunan tersebut kerana dia terdengar suara lelaki menjerit. Adi bersandar pada sisi dinding, dia cuba untuk mendengar sebarang bunyi. Ada perbualan yang sedang berlaku. Tetapi tidak jelas, berkemungkinan Daus berada di dalam salah satu bilik pejabat yang ada. Adi terus bergerak menuju ke arah suara yang dia dengari sebentar tadi.
Adi berjalan dalam posisi bersedia untuk menembak. Dia akan terus menembak jika ternampak kelibat Daus.
"Dia sudah melampau. Dia telah membunuh begitu banyak nyawa yang tidak berdosa. Hanya kerana nak melunaskan dendam terhadap pembunuh kepada keluarganya sahaja." getus Adi di dalam hati.
Adi memberikan fokus telinganya terhadap perbualan yang dia dengari sejak tadi.
"I sanggup bagi you apa saja! Jangan bunuh I! I merayu pada you!" kedengaran suara Leong merayu agar nyawanya tidak di ambil. Adi tiba di pintu bilik pejabat yang di mana Leong dan Daus berada. Kelihatan Leong sedang tersandar di dinding. Kedua-dua belah tangannya sudah tiada.
"Nampaknya Daus begitu obses dengan tangan mangsanya. Dia akan cabut tangan mangsanya dulu sebelum bunuh. Pembunuhan jenis apa ni? Kejam sungguh. Lebih baik kau bunuh je dari biarkan dia terseksa macam tu." bisik Adi di dalam hati. Dia cuba untuk melihat kelibat Daus, tapi tidak kelihatan.
"Mana pula si gila ni?" hati Adi bertambah tidak enak setelah dia tidak melihat kelibat Daus di dalam bilik tersebut. Dengan tidak semena-mena, Adi di tendang dari arah belakang. Tendangan yang biasa tapi kekuatan yang terhasil membuatkan Adi tercampak ke dalam bilik tersebut. Badan Adi terasa bisa, seperti di cucuh dengan menggunakan bara kayu api.
Perlahan-lahan Adi bangun, dia melihat Daus sudah berada di muka pintu.
"Celaka! Macam mana pula dia boleh ada kat belakang aku? Betul ada saka lah si jahanam ni!" teriak Adi di dalam hati. Dia menghalakan SMG ke arah Daus, dan terus melepaskan berpuluh das tembakakan ke arah Daus. Ternyata apa yang di beritahu ketika baru sampai tadi adalah benar belaka. Daus tidak berganjak walaupun sedikit. Peluru memang tidak berkesan pada dirinya.
"Makhluk jenis apa kau ni!? Matilah bodoh!!" jerit Adi dan melepaskan lagi tembakan ke arah Daus. Lagi sekali, ianya tidak memberikan sebarang kesan kepada diri Daus. Sedikit pun darah tidak terpancut keluar. Semua peluru yang di tembak ke arah dirinya jatuh lemah tak bermaya.
"Cepat bunuh dia tuan polis! Bunuh dia cepat! Selamatkan saya!!!!" jerit Leong.
"Diamlah bangsat! Semua ni berpunca dari kau!" balas Adi berang, dan dia melepaskan tembakan ke arah kaki Leong. Membuatkan Leong menjerit kesakitan lalu jatuh terduduk. Darah yang banyak mengalir keluar. Kemudian, Adi mencampakkan senjatanya ke tepi.
Lantas, Adi melayangkan tendangan ke arah kepala Leong. Kemudian, dia memijak-mijak kaki Leong yang sedang kritikal dan dalam keadaan yang berdarah teruk. Tidak cukup dengan itu, Adi menggigit pula bahu Leong sehingga terkoyak dagingnya. Tiada apa yang mampu Leong lakukan. Hanya menjerit kesakitan. Adi seperti kerasukan, matanya berubah menjadi warna merah darah. Anak matanya menjadi kecil dan tajam, saling tidak tumpah seperti haiwan pemangsa yang kejam.
Adi mencakar-cakar tubuh Leong sehingga kulitnya terkoyak dan mengalirkan darah. Adi mengangkat Leong dan menghempas tubuh yang lemah itu ke atas lantai dengan kuatnya. Kedengaran bunyi tulang-tulang yang patah. Leong tidak lagi bersuara namun masih bernyawa. Dia tidak dapat hendak lakukan apa-apa. Hanya menerima dengan penuh kesakitan yang tidak dapat nak diungkapkan dengan melalui kata-kata. Bukan kata-kata cinta atau rindu, akan tetapi kata-kata yang menggambarkan betapa sakit dan peritnya menunggu mati dalam keadaan yang terseksa. Gambaran pembunuhan yang pernah dia lakukan terpancar di depan matanya, wajah-wajah mangsa yang pernah dia bunuh. Wajah-wajah ahli keluarganya. Wajah insan-insan yang pernah merayu agar jangan dicederakan. Leong teringat akan segala perbuatan lampaunya.
Namun, itu semua sudah tiada erti lagi. Kerana saat itu, dia sedang nyawa-nyawa ikan. Hanya menunggu saat malaikat maut mencabut nyawa dari tubuhnya. Dan, ketika gambaran wajah-wajah yang pernah dia lihat itu sedang berlegar-legar, Adi pula menarik kepalanya sekuat hati. Leong menjerit kuat. Jeritan yang terakhir yang akan keluar dari anak tekaknya. Selepas itu, tiada lagi yang akan kedengaran. Kulit-kulit di leher Leong mulai terkoyak, koyakan seperti koyaknya sekeping kertas. Dan memisahkan antara satu sama dan lain. Begitulah terpisahnya kepala milik Leong dan tubuhnya. Darah memancut keluar.
Adi menghempas kepala itu ke atas lantai, lalu dipijaknya sehingga pecah. Adi menjerit-jerit seperti orang gila ketika sedang memijak kepala Leong. Apakah dia tidak sedar akan perkara yang sedang dia lakukan? Apakah dia sudah gila? Selepas Adi selesai dengan pembunuhannya, dia jatuh rebah ke bumi. Pandangannya menjadi kabur. Kepalanya menjadi pening yang terlampau. Dan, Adi terus tidak menyedarkan diri.
"Sekarang kau akan faham bagaimana perasaannya bila membunuh dalam keadaan tidak sedar. Dan, disabitkan dengan kesalahan membunuh tanpa niat." ujar Daus, lalu dia tersengih sinis. Kemudian, dia berlalu pergi dari tempat itu.
Semenjak dari hari itu, tiada jejak Daus ditemui. Lokasi terakhir adalah di rumah saudara kepada Leong, yang di mana seluruh ahli keluarga itu telah mati di bunuh dengan begitu kejam sekali. Kemudian, Daus terus hilang tanpa khabar berita.
Manakala Adi pula, dia menjadi tidak waras selepas sedarkan diri. Otaknya menjadi tidak betul. Dia melalut mengenai perkara-perkara yang aneh. Walau bagaimanapun, Adi tetap difailkan sebagai pesalah kerana telah mengakibatkan kematian suspek yang telah menyerahkan diri kepada pihak polis dan membiarkan suspek pembunuh bernama Daus melepaskan diri. Rakaman CCTV yang berada di ibu pejabat telah berjaya merakam segala kejadian yang telah berlaku. Ramai yang tidak percaya bahawa Adi secara tiba-tiba boleh beralih pandangan dari menghentikan Daus kepada membunuh untuk Daus.
Adi ditempatkan di wad sakit mental, di dalam sebuah bilik khas. Kemudian, kes di tutup setelah bertahun pihak polis cuba menjejaki Daus tetapi tidak berjaya. Negara kembali aman seperti sedia kala.

Friday, 14 April 2017
Dendam - #3
Adi memarkirkan keretanya di kawasan yang disediakan. Dia mengatur langkah kaki memasuki ke tempat kerja. Ramai kakitangan yang menyapa dirinya apabila mereka terlihat Adi memasuki pintu tempat kerjanya itu.
"Mana suspek?" soal Adi sambil membuka kaca mata hitamnya dengan penuh bergaya, mampu membuatkan makcik cleaner cair dan jatuh hati. Adi menuju ke bilik soal siasat. Leong sudah berada di dalam bilik tersebut. Kelihatan wajah Leong lebam-lebam biru. Mungkin sebab menerima hadiah pada hari sebelumnya.
"Leong!" jerkah Adi sambil membuka pintu bilik laju-laju. Perbuatannya itu membuatkan Leong terkejut melompat lalu terjatuh dari kerusinya. Leong meracau-racau meminta tolong agar dirinya tidak dicederakan. Nama Daus beberapa kali terungkap dari bibir Leong.
"Disebabkan kebodohan kau. Semua orang menanggung akibat. Sekarang kau takut pula? Masa buat dulu tak fikir? Main pakai beduk je? Ha? Bodoh?" herdik Adi sambil kakinya di pijak ke kepala Leong. Leong menangis-nangis seperti budak kecil.
Tiada maklumat yang dapat membantu siasatan di terima oleh Adi dari mulut Leong. Leong asyik mengatakan bahawa dia tidak tahu apa-apa. Dia benar-benar berada dalam ketakutan. Dan, kelihatan bodoh. Tak padan dengan tatu yang penuh di badan. Sebaliknya, Adi menjadikan Leong sebagai punching bag sebagai tempat melepaskan tekanan diri.
"Sumbat dia dalam lokap!" arah Adi kepada kakitangan yang berada di situ. Adi pergi ke pantri demi membuatkan secawan kopi panas yang lazat dan enak di minum sebegitu saja. Uuuuhh~
Sedang enak Adi menikmati kopi yag dibancuhnya sendiri, dia menerima panggilan dari anggotanya yang bertempat di Johor. Dia diberitahu bahawa Daus dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur menaiki kereta Wira berwarna hijau pekat. Anggotanya sedang mengekori dari arah belakang dengan harapan tidak ketahuan.
Adi menyalin maklumat yang di beri di atas kertas di atas meja kerjanya. "Nombor plat MY A55. Nombor plat palsu ni." bisiknya seorang diri. Setelah dia meneliti nombor plat tersebut. Ianya berbunyi "My Ass".
"Tak guna kau, Daus. Dalam waktu begini kau sempat bergurau. Okay, fine. Kau akan aku tahan sebentar lagi, Daus." ungkapnya seorang diri sambil menghirup air kopinya.
Adi telah diberikan izin oleh orang atasan untuk melakukan sekatan jalanraya besar-besaran. Tapi Adi mempunyai perancangannya yang tersendiri.
"Kalau kita buat roadblock, mesti dia tahu punya. Dah tentu dia akan larikan diri. Jadi, saya rasa lebih baik kita buat serang hendap. Kita himpit keretanya dengan kereta undercover kita." cadang Adi, dan cadangannya itu di terima. Setelah segala persiapan sudah selesai. Semua anggota yang terlibat terus bergegas melakukan kerja masing-masing.
"Ingat, jangan nampak ketara sangat. Jangan bergerak secara berkumpulan. Pastikan, semuanya berjalan dengan lancar. Jangan bertindak tanpa arahan dari saya. Operasi kali ni wajib berjaya!" suara Adi kedengaran di setiap radio terminal di dalam kereta-kereta anggota polis.
Kereta Wira berwarna hijau pekat menyusuri tol Serdang. Kemudiannya, kereta tersebut terus ke arah MRR2. Tiga buah kereta undercover mendahului kereta yang dinaiki Daus. Satu di lorong kiri, satu lagi di hadapan kereta Daus, dan satu lagi di lorong sebelah kanan. Manakala, tiga biji kereta undercover berada di posisi yang sama tetapi di bahagian belakang.
"Suspek kelihatan sedang memandu sambil makan Laksa Johor." ujar salah seorang dari anggotanya.
"Tuan relaks je kat HQ tu. Biar kami jalankan tugas ni. Tuan ready je nak buat report." tambah seorang lagi.
Semua anggota menunggu arahan dari ketuanya. Arahan yang mampu memberi sebuah pengakhiran atau sebaliknya. Bintik-bintik peluh mulai menjelma di dahi Adi. Seluruh tubuhnya tiba-tiba saja menggeletar.
"Lakukan sekarang!" arah Adi.
Apabila mereka semua mendengar arahan tersebut. Tanpa membuang masa, kereta di hadapan menekan pedal brek. Empat biji kereta di kiri dan kanan menghimpit kereta Daus. Manakala kereta yang di belakang pula, merempuh kereta Daus dari arah belakang. Dentuman yang kuat kedengaran. Seramai lapan orang penunggang motorsikal terbabas kerana terkejut dengan kejadian tersebut. Orang awam yang lain pula, sempat memberhentikan kenderaan masing-masing.
Kelihatan asap-asap putih berkepul keluar dari kereta Daus. Sebuah lori milik polis berhenti di tempat kejadian. Seramai enam orang berpakaian seperti SWAT melompat keluar dari belakang lori itu. Siap dengan bersenjata api. Mereka mengepung kereta Daus. Anggota polis yang menaiki kereta undercover tadi sudah pun mengalihkan kenderaan masing-masing ke bahu jalan, bagi memudahkan kerja untuk menangkap suspek.
"Kenderaan suspek berjaya diberhentikan. Over." ujar salah seorang anggota polis yang terlibat dengan menggunakan alat komunikasi walkie-talkie. Adi menunggu di ibu pejabat dengan perasaan yang berdebar-debar. Dia berharapan agar Daus berjaya diberkasnya pada hari itu.
Seorang anggota polis menghampiri kereta Daus dan membuka pintu di bahagian pemandu. Kemudian, dia menghalakan muncung senjatanya ke arah dalam kereta. Anggota tersebut mencapai walkie-talkie.
"Suspek bernama Daus tu orang cina ke? Over." kata-kata dari anggota polis itu membuatkan darah Adi menyirap.
"Periksa betul-betul! Mana mungkin cina! Daus tu orang melayu!" tengkingnya sehinggakan walkie-talkie tersebut menghasilkan satu bunyi yang nyaring. Ternyata anggota polis itu tidak silap. Memang hanya ada lelaki berbangsa cina berada di dalam kenderaan tersebut. Dan, lelaki itu kelihatannya sudah meninggal dunia akibat kepalanya terhentak kuat pada stereng.
"Tapi kami memang nampak tadi suspek yang bawa kereta! Bukan orang cina atau lain!" jelas anggota polis yang seorang lagi dengan menggunakan walkie-talkie.
Adi menjerit bagai orang gila. Dia tidak dapat menerima hakikat bahawa segala usahanya dari tadi hanyalah sia-sia. Dia berharapan agar dapat menangkap Daus, tetapi orang lain pula yang berada di dalam kenderaan tersebut.
-bersambung

Dendam - #2
Adi membelai-belai misainya yang kelihatan seperti 'cowboy'. Dia dan pasukannya masih belum menjumpai klu yang seterusnya untuk memburu Daus. Adi khuatir jika urusan balas dendam ini akan melibatkan nyawa yang tak berdosa. Seperkara lagi yang membuatkan Adi pening adalah peristiwa pada malam kejadian.
Dalam fail laporan forensik ada menyatakan bahawa mangsa-mangsa pembunuhan di dapati seperti di serang binatang buas. Tapi, bukti-bukti yang ada menunjukkan ke arah Daus, bermakna Daus yang lakukan? Tanpa dia sedar? Pihak forensik tidak dapat merungkaikan misteri yang terjadi. Jadi, Adi dan pasukannya yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan misteri pembunuhan bersiri tersebut.
Sudah hampir sebulan berlalu, masih belum ada kedengaran lagi aktiviti pembunuhan dari Daus. Pihak polis juga masih lagi memburu suspek bernama Leong. Dia merupakan suspek pembunuhan pada hari kejadian. Leong bertanggungjawab dalam kematian keluarga Daus.
"Leong ni suspek terakhir. Kita kena tangkap dia sebelum Daus menjumpai dia." ujar Adi kepada pasukannya ketika mereka mengadakan perjumpaan penting di ibu pejabat polis yang terletak di tengah ibu kota.
"Teruskan tingkat integriti kita sebagai anggota polis. Orang awam dah mula mempersoalkan kemampuan kita dalam menjaga keamanan negara. Kita tidak mahu perkara sebegini berlanjutan. Jadi, kita semua kena berusaha keras!" tambahnya lagi dengan penuh bersemangat dan berdedikasi.
"Tapi tuan! Bagaimana dengan keselamatan kami pula?" soal salah seorang anggota polis.
"Itu adalah tanggungjawab kita. Kita wajib gadaikan nyawa kita sendiri demi keselamatan dan keselesaan orang awam. Biarlah kita tidak tidur malam, bersengkang mata, tidak cukup makan, kekurangan dari orang lain. Asalkan negara kita berada dalam keadaan yang aman, harmoni dan damai!" balas Adi dengan penuh semangat yang membara di dalam dada.
Kata-katanya itu di sambut meriah oleh anggota yang lain. Mereka semua bersetuju dengan apa yang diucapkan oleh ketua mereka itu. Secara tiba-tiba, seorang anggota polis bergegas masuk ke dalam bilik mesyuarat tersebut.
"Tuan! Kita telah mendapat maklumat tentang keberadaan Daus!" jeritnya di muka pintu
Semua yang berada di dalam bilik tersebut terus meluru keluar. Adi selaku ketua pasukan, dia berada di bahagian depan.
"Daus.. Dia dah berjaya membunuh anak tiri kepada Leong. Lokasi terletak di Danga Bay, Johor." ujar salah seorang anggota polis.
"Cis! Kita dah terlambat. Kat Johor pula tu! Kita pula masih berada di Kuala Lumpur!." ujar Adi keberangan.
"Jadi, apa yang patut kita lakukan sekarang, tuan?"
"Jangan bimbang. Saya ada jalan penyelesaiannya. Saya akan menggunakan kuasa imaginasi dunia novel untuk teleportkan kita semua ke lokasi kejadian!" ujarnya lagi.
Lima jam kemudian, Adi dan pasukannya telah tiba di lokasi pembunuhan. Pembunuhan telah dilakukan di hadapan sebuah kedai serbaneka 24jam. Hati mangsa di robek keluar. Orang awam yang berada di situ tidak dapat membantu banyak. Mereka semua tidak sedar bila masa pembunuh berada di situ kerana, tahu tahu saja mangsa tengah menggelupur atas tanah.
"Hentikan segala siasatan. Kita pergi ke balai polis berdekatan. Kita jadikan markas buat sementara dahulu sebelum kita cari klu yang seterusnya. Hujan pun sudah mulai membasahi bumi. Ayuh kalian!" arah Adi kepada pasukannya.
Pada malam tersebut, Adi tidak dapat melelapkan mata. Dia bertungkus lumus mencari klu di mana keberadaan Daus. Dia harus hentikan segala perbuatan Daus. Sudah berpuluh cawan kopi pekat Adi masukkan ke dalam mulut lalu ke perut. Matanya kian berat, tapi dia gagahkan juga dirinya untuk bekerja. Sedangkan pasukannya yang lain sedang tidur nyenyak.
Beberapa minit kemudian, Adi menerima panggilan telefon dari ibu pejabat yang menyatakan bahawa Leong membawa keluarganya datang ke Bukit Aman untuk mencari perlindungan buat keluarganya. Dan, dia menyerahkan diri. Dia rela tinggal di dalam penjara dari di bunuh oleh Daus. Kerana pembunuhan yang dilakukan oleh Daus, terlalu kejam dan tidak berhati perut. Sama seperti apa yang telah dia lakukan suatu ketika dahulu. Sempat juga Leong menerima hadiah saguhati dari pihak polis yang merupakan sedas sepakan dan tumbukan.
"Apa punca dia menyerahkan diri?" soal Adi.
"Dia kata, dia terdengar bunyi haiwan bernafas dalam rumah dia. Dia dan keluarga dia ketakutan. Dan, beberapa kali juga dia nampak kelibat Daus lalu lalang di ruangan dapur rumahnya itu." suara di hujung talian menjawab soalan Adi.
Adi mematikan talian, dia kembali termenung. Jauh di sudut hatinya, dia sebenarnya berasa kasihan terhadap Daus. Mengikut dari nota yang ditinggalkan Daus, dia ni mangsa keadaan sebenarnya. Itu pun jika apa yang tertulis dalam nota tersebut adalah BENAR. Dan, bukan REKAAN.
Beberapa jam kemudian, Adi menerima laporan bahawa pihak polis sudah habis menyiasat rumah milik Leong, tiada satu pun bukti yang menunjukkan bahawa Daus pernah berada di situ. Perkara tersebut membuatkan Adi bertambah runsing.
"Leong tu merapu ke apa? Ke sebab dia dihantui dosa-dosa lampau sampai merepek-repek? Tapi tak apalah, dia dah serahkan diri kira baguslah tu. Senang sikit kerja aku." bisiknya sendiri.
Adi pulang ke Kuala Lumpur untuk menyoal-siasat Leong, manakala pasukannya pula terus menetap di Johor dan meneruskan kerja mereka dalam mencari keberadaan Daus.
Setibanya Adi di Kuala Lumpur, dia tidak terus ke ibu pejabat. Akan tetapi, dia pulang ke rumah dahulu untuk berehat. Tubuh badannya terlalu letih akibat tidak cukup tidur. Adi memanjakan dirinya dengan mandi sabun di dalam bilik air. Dia ingin menyegarkan badan dahulu sebelum masuk ke alam mimpi. Dia tidak mahu tidur dalam keadaan badan yang melekit dek peluh dan kotor, dia khuatir nanti termimpikan yang bukan-bukan.
Seusainya mandi, Adi mengenakan seluar pendek tanpa berbaju sahaja. Seterusnya, Adi merebahkan badan ke atas tilamnya yang empuk.
"Ah kau! Balik-balik terus tidur. Jumpa mak pun tidak! Terus tidur! Tak sayang kat mak lagi lah tu.." kedengaran seseorang menegur Adi dari muka pintu biliknya. Suara tersebut membuatkan Adi terkejut dan terus bangun dari baringnya. Dia memandang keadaan sekeliling.
"Setiap kali aku balik, mesti akan dengar suara arwah. Apalah dosa aku ya Allah." keluh Adi di dalam hati.

Monday, 10 April 2017
[UPDATE] KEHIDUPAN MAKIN SUKAR? NOVEL?
Secara jujurnya.
Aku tengah struggle dengan kehidupan sekarang.
Usia makin meningkat.
Tak lupa juga dengan ekonomi yang kian merosot.
So, aku terpaksa berikan tumpuan 100% kepada "MENCARI REZEKI".
Alhamdulillah, ada manusia yang faham dengan keadaan aku dan Alhamdulillah juga pada mereka yang tidak faham tu.
Walaupun begitu, aku tetap akan sambung penulisan aku.
Sekarang ni tengah bersungguh-sungguh nak siapkan manuskrip untuk novel.
Masih lagi dalam proses.
Walaupun pada awalnya, dah nak siap.
Tapi bila baca balik dari awal.
Macam ada yang tak kena pulak.
Macam ada yang tak kena pulak.
Jadi, aku kena repair semula kesilapan yang terjadi di dalam penulisan tersebut.
Seperkara lagi yang aku nak umumkan, Seram Mengarut kini telah pun berkerjasama dengan Sengal Paranormal Team di Facebook. Boleh klik pada link di bawah untuk follow
page tersebut.
Dan sila subscribe Gaming Channel kami di
Sedar tak sedar, dah lama aku post cerita kat blog ni.
Tak sangka aku ni rupanya "Mat Blogger".
Tak sangka aku ni rupanya "Mat Blogger".
Hahahahaha! Kelakarkan? (Tiru artis yg hot tu)
So, aku akan meneruskan penulisan aku. IN SHAA ALLAH!
Dalam sehari aku akan post 1 cerita.
Dan, kalau ada rezeki. Aku nak bukukan semua cerita yang pernah post sejak tahun 2013.
IN SHAA ALLAH!
Tak lupa juga pada semua yang membaca di Blog aku ni.
Terima kasih sangat-sangat! Teruskan membaca.
Akan ada cerita-cerita yang seterusnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)