Thursday, 3 May 2018
Orang Gaji #2
Pagi itu, sesudah subuh Sara terus bergegas ke dapur. Tidak sabar ingin memulakan pekerjaannya di hari pertama itu. Tiba di dapur, kelihatan Mak Yam sudah pun berada di situ. Orang gaji itu sedang berdiri di sinki langusng tidak menyedari kehadiran Sara.
Sara memerhati susuk Mak Yam dari belakang. Wanita itu yang turut bekerja sebagai orang gaji sepertinya kelihatan kurus dan mantap. Dia hanya mengenakan baju kurung yang dipadankan dengan sehelai kain batik. Rambutnya disanggul tinggi dengan sebilah pencucuk sanggul yang berwarna keemasan.
“Macam orang lamo..” bisik Sara perlahan sambil tersenyum. Semalam, dia yang kepenatan langsung tidak mempedulikan akan penampilan Mak Yam. Penat lebih menguasai diri. Pagi ni tiba-tiba dia merasakan Mak Yam tu seperti menarik perhatian pula. Aummm. Walaupun semalam Mak Yam mungkin berak dalam baldi.
“Mak Yam..” tegur Sara sambil mengorak langkah ke arah Mak Yam.
Mak Yam menoleh dengan raut wajah yang berkerut.
Pandangan matanya menunjukkan yang dia tidak senang dengan kehadiran Sara yang secara tiba-tiba.
“Apa yang kau buat kat sini?!” Tajam pandangan mata Mak Yam menyorot susuk Sara yang sudah berada disisinya.
“Err... kan hari ni hari pertama saya bekerja. Jadi... “
“Apa yang aku pesan semalam? Kau dah lupa?” Keras suara Mak Yam menyapa pendengaran Sara.
Sara terkelu. Tidak tahu apa yang harus diberikan sebagai jawapan untuk soalan Mak Yam. Bukankah tempatnya sebagai orang gaji sememangnya di dapur? Mak Yam pula entah kenapa tiba-tiba nak mengamuk, period barangkali.
Mak Yam menjeling sebelum kembali memberikan fokus pada sinki. Sebiji gelas yang sudah siap dibasuh, dikeringkan dengan tuala sebelum diletakkan di satu sudut dalam kabinet dapur. Sempat mata Sara mengerling raut wajah Mak Yam yang kelihatan sedikit cengkung itu. Jelas kelihatan kedua-dua tulang pipinya.
Mak Yam menoleh semula kepada Sara yang masih setia berdiri bagaikan ulam muda menunggu masa untuk di ratah secara berjemaah.
“Bukan aku sudah cakap semalam, kau jangan nak memandai-mandai kat sini, kan?”
Sara menganggukkan kepalanya.
“Saya tahu dan saya ingat pesan Mak Yam. Sebab tu saya datang sini nak..”
“Nak apa? Penampo? Nak buat kerja? Ada aku suruh kau buat kerja sekarang? Ada aku panggil kau keluar bilik tu?”. Mak Yam menyanggah kata-kata Sara yang masih lagi belum tiba ke garisan penamat.
Sara menggigit bibir. Belum pun habis dia ingin meluahkan hajatnya, Mak Yam terlebih dahulu mendahului. Bagaikan wanita itu tahu-tahu pula akan niatnya. Memanglah dia ke dapur untuk memulakan kerjanya. Takkan nak beli kambing pula?
“Tapi..”
“Menjawab! Aku paling pantang kalau orang yang suka menjawab ni. Aku tak suruh kau buat apa-apa kerja lagi, kan? Jadi, kalau tak memandai-mandai, apa namanya tu?!” keras suara Mak Yam yang ditahan-tahan agar tidak mengganggu isi rumah yang masih lagi enak diulit mimpi.
Sara mati kutu. Nafas dihela perlahan untuk melegakan perasaannya. Semakin keliru dibuatnya setiap kali berhadapan dengan Mak Yam. Apa yang tidak kena? Pandangannya dihalakan ke bawah memerhati kaki sendiri dan lantai dapur.
Pandangan mata Mak Yam tetap saja setia menyorot susuk Sara. Sesaat pun tidak terlepas Raut wajahnya begitu serius.
“Untuk pengetahuan kau, dalam rumah ni bukan hanya kau dan aku saja yang bekerja. Ada lagi seorang orang gaji. Nama dia Liya.”
Sara mengangkat semula mukanya memandang Mak Yam. Setiap patah kata wanita itu ingin diberikan perhatian agar tidak melakukan sebarang kesilapan lagi.
“Liya dah tahu apa bahagian kerja dia dan kau, selagi aku tak suruh buat apa-apa kerja, jangan kau nak memandai-mandai. Semalam pun, aku dah pesan bukan?” Mak Yam bernada tegas.
Sara hanya mampu menganggukkan kepalanya saja. Tidak berani lagi untuk bersuara atau membantah, biarpun banyak soalan yang ingin ditanya kepada Mak Yam.
‘Sudah!!!! Pergi masuk dalam bilik kau. Jangan keluar selagi aku tak panggil keluar! Mereputlah kau dalam tu. Wifi tak ada kat sini. Padan muka.” arah Mak Yam.
“Habis tu bila masa saya boleh jumpa tuan dan puan? Semalam....” terlepas juga soalan yang ditahan-tahan Sara sejak bangun tidur tadi, teruklah kena roast dengan Mak Yam budak ni. Dan, gajinya pula macam mana?
“MENJAWAB!! Kau ni memang degil, kan?” naik jari telunjuk Mak Yam menunjal dahi Sara Geram sangat hatinya apabila Sara masih lagi berani berbalas kata dengannya. Semakin panas hatinya.
Gulp!
Sara menelan air liurnya sendiri.Bukan kerana ditunjal dahinya tetapi kerana melihat ketajaman kedua-dua mata Mak Yam yang sudah menjegil melihatnya.
“Aku tahulah bila nak kenalkan kau dengan tuan dan puan. Kau ingat aku bodoh ke macam kau? Lain yang disuruh, lain yang dibuat. Sudah! Kalau kau nak bekerja di sini, buat macam nak bekerja. Ikut apa yang aku suruh. Kalau si Liya tu boleh aje dengar cakap aku, kenapa tak kau? Lainlah kalau kau nak balik kampung dan tak nak cari makan kat sini. Aku budak darjah lima, kau darjah tiga, hormat sikit! Otak letak kat muka ke?!” herdik Mak Yam bercampur sinis.
Kali ini lidah Sara kelu tidak berdaya untuk membalas sebaik saja mendengar kata-kata Mak Yam yang berbaur ugutan itu. Nada yang mengugut itu satu hal. Yang darjah lima darjah tiga tu dah kenapa? Sara juga risau jika dia tidak diterima bekerja di sini, dia terpaksa pulang ke kampung halaman dan duduk dipangkin sambil berangan kahwin dengan anak raja.
“Masuk!” arah Mak Yam apabila melihat Sara masih lagi tercegat di situ.
Sara kalut mengatur langkah untuk menuju ke biliknya semula. Tidak berani lagi untuk membantah. Apa yang penting, dia mesti mendapatkan pekerjaan ini untuk membantunya emaknya dikampung. Kalau harus mendengar cakap Mak Yam demi kerja ini, dia akan melakukan sedemikian rupa.
Mak Yam memerhatikan susuk tubuh Sara yang menghilang dari dapur sambil mengukir senyuman dibibirnya. Ada hati hendak melawannya? Dia tidak adakn membenarkan. Dia sedar masa yang ada sudah tidak lama. Selagi belum terbongkar apa yang masih tersimpan rapi, dia akan memanfaatkan peluang yang ada. Jeng jeng jeng~
Sebaik meletakkan seteko air ke atas meja, mata Mak Yam memerhati hidangan sarapan pagi yang tersedia di atas meja. Semua yang sudah siap terhidang membuatkan orang gaji itu berpuas hati dengan hasil air tangannya sendiri.
“Selamat pagi Mak Yam.” sapa satu suara yang baru tiba di meja makan.
Mak Yam menoleh. Kelihatan Irham yang baru menarik kerusi untuk melabuhkan punggungnya. Itulah lelaki yang bergelar majikannya. Juga, pemilik kepada banglo ini.
“Tuan nak makan apa? Biar Mak Yam sendukkan.” tawar Mak Yam dengan nada yang begitu ayu. Tangannya segera hendak mencapai senduk di dalam mangkuk yang tersaji mihun goreng.
Irham segera mengangkat sebelah tangannya. Isyarat agar Mak Yam tidak meneruskan aktivitinya untuk menyenduk makanan ke dalam pinggan.
“Tak apa Mak Yam, saya boleh ambil sendiri.” ujar Irham sambil tersenyum dan menjeling sedikit ke arah wajah Mak aYam.
Mak Yam cuma mampu menganggukkan kepala. Begitulah kebiasaan majikannya yang tidak pernah menerima pelawaannya. Selama dia bekerja di situ, kalau pun Irham menerima pelawaannya untuk disendukkan makanan, boleh dihitung menggunakan kalkulator. Sepasang mata Mak Yam terus memerhati Irham yang sedang menuang air kopi ke dalam cawan.
Air kopi yang masih panas disisip sedikit sebelum cawan diletakkan semula ke atas meja. Irham mencapai telefon untuk membelek beberapa mesej yang diterima. Mak Yam yang masih terpacak di sisi meja terus memerhati tindak tanduk majikannya itu.
“Makanlah sedikit Tuan. pujuk Mak Yam entah mengapa tiba-tiba saja.
“Tak apa, nak makan nanti saya ambil, ya?” sahut Irham tanpa menoleh kepala kepada Mak Yam. Pandangannya terus tertumpu pada skrin telefon.
Mak Yam mengetap gigi menahan geram. Terasa usahanya langsung tidak dihargai. Dasar orang kaya! Mengada-ngada.
“Daddy...”
Suara halus yang memanggil membuatkan Irham segera menoleh. Mia, anaknya yang berusia lima tahun sedang mengatur langkah untuk mendapatkannya. Sesekali tangan kanannya menggoso-gosok mata. Tangan kirinya pula erat memeluk anak patung beruang yang berwarna coklat.
Irham tersenyum apabila Mia sudah berada disisinya. Anak kecil itu diangkat lalu didudukkan di atas ribanya. Mak Yam yang baru memasang niat hendak ke dapur terus mematikan langkahnya. Raut wajahnya dihiasi kembali dengan senyuman apabila melihat Mia.
“Daddy, nak pergi mana?” sepasang mata Mia terkebil-kebil memandang ayahnya.
“Daddy nak pergi kerjalah, sayang. Mia ni.. Kenapa bangun awal? Selalu tu bukan main susah dia nak bangun awal-awal macam ni.” balas Irham sambil mencuit hidung Mia.
Mia memuncungkan bibirnya 10 inci ke hadapan sebelum menyandarkan kepala kepada ayahnya.
“Mia rindu ibu. Mia nak ibu.”
Wajah ceria Irham terus berubah muram. Kata-kata Mia menusuk jauh ke dalam hati. Apalah dayanya sekarang ini untuk memenuhi permintaan Mia?
“Daddy pun rindu ibu sayang, tapi Mia pun tahukan yang ibu tak ada sekarang ni? Mia janganlah macam ni, ya sayang?” pujuk Irham sambil memeluk erat tubuh Mia.
Mia diam tidak bersuara. Hanya kepalanya saja yang diangguk perlahan.
“Err.. Mia nak makan tak sayang? Biar Tok Yam ambilkan ya? Ni mihun ada, roti ada, Mia katakan saja.”
Mia yang elok menyandar di dada ayahnya mula menegakkan kepala, dialihkan pandangan ke atas meja. Hidangan yang tersedia di tatap satu persatu.
“Mia nak apa? Nak roti?” Mak Yam terus mesra bertanya. Bersedia melayan kehendak anak majikannya itu.
“Taknaklah, Mia tak lapar. Mia nak naik ataslah.” jawab Mia sambil menggeleng kepalanya. Dia melompat turun dari riba ayahnya.
Irham memerhatikan anak kecilnya itu berjalan dan menghilang ke arah ruang tamu untuk menaiki tangga menuju ke biliknya. Irham segera menghabiskan kopi yang semakin sejuk di dalam cawannya lalu berlalu pergi untuk ke kerja.
“Tuan, Mak Yam bekalkan mihun ni ya, nanti tuan tak perlulah beli makanan lagi kat luar.”
Irham menoleh ke arah Mak Yam, dia melihat makanan yang sudah tersedia terhidang di atas meja. Pasti susah payah Mak Yam masak semua itu, tetapi tidak dijamahnya pula. Nanti tersinggung pula hati Mak Yam. Irham menganggukkan kepalanya tanda setuju. Lalu melihat gerak geri Mak Yam menuju ke dapur untuk memasukkan mihun itu ke dalam suatu bekas.
-Bersambung lagi........................................... Penatlah menaip, janganlah marah kalau bersambung. Huhu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment