Saturday, 5 May 2018
Johari #1
Manusia setiap perwatakan mereka berbeza-beza. Setiap manusia ada sifat tersendiri dan ada kebaikan dan keburukan masing-masing. Ada manusia kita boleh buat kawan, ada manusia yang boleh jadi lawan. Sifat dengki dalam diri manusia akan tetap ada walau ada jua yang kita lakukan. Samada besar atau kecil usaha kita itu, tetap akan ada yang dengki. Dan, mereka yang dengki ini akan mencari pelbagai cara untuk menjatuhkan. Namun, di setiap kejatuhan, pasti akan ada kebangkitan. Usaha tangga kejayaan.
Pada sebuah petang yang di mana hujan turun dengan lebatnya. Seorang lelaki yang tinggal di pinggir bandar sedang berlari. Berlari menuju ke rumahnya walaupun dia sudah sedia basah kuyup. Pakaian kemas yang dikenakan kelihatan begitu tipis hingga menampakkan entiti dua butir berwarna hitam di dada.
“Ahh! Menyesal tak pakai singlet. Tak memasal dah nampak puting pulak.” keluh beliau sendirian ketika sedang meredah hujan nan lebat itu. Seketika dia tiba dihadapan pintu rumah. Dia memanggil isterinya yang sedang leka bergusti dengan anak di dalam bilik.
“Imah! Abang dah balik ni! Tak nak salam peluk cium ke?”
Imah bergegas berlari keluar setelah mendengar suaminya memanggil. Demi melihatkan suaminya kebasahan, Imah segera mengambil pakaian ganti dan juga sekeping tuala untuk mengeringkan badan.
“Kan Imah dah kata, pakai singlet, abang tak nak dengar kata. Kan dah nampak dua butir tahi lalat gergasi kat situ, selamat tak keluar bulu. Kalau tak, segan orang tengok.” perli Imah sambil tangan kanannya di mulut sebab nak cover gelak.
“Abang nak cepat pagi tadi, mana sempat nak pakai. Dah. Dah. Abang nak masuk ke bilik air dulu. Sejuk semacam ni...”
“Yelah. Yelah. Nanti Imah buatkan air panas untuk abang. Nanti Imah peluk bagi hangat ek? Takdelah sejuk lagi nanti.” perli Imah lagi melihatkan suaminya tergedek-gedek berlari ke bilik air.
Hujan menunjukkan tiada tanda-tanda akan berhenti. Peluang tersebut tidak dilepaskan oleh segelintir manusia yang tidak melakukan apa-apa. Mereka menggunakan peluang yang ada untuk melelapkan mata.
Imah kelihatan sedang menghidangkan air panas dan nasi goreng buat suaminya yang tercinta. Suaminya sedang sibuk membelek buku sekolah anaknya, rambutnya kelihatan masih lagi lembab.
“Jemput makan, bang.” pelawa Imah kemudian dia duduk di sisi suaminya. Mengambil alih tugas suaminya untuk memeriksa buku sekolah anak mereka.
Baru beberapa suapan nasi masuk ke dalam mulut. Tiba-tiba sebuah panggilan di terima. Tanpa menunggu lama, panggilan di sahut dengan mulut masih lagi mengunyah.
“Selamat malam. Ini Encik Johari ke? Kami membuat panggilan dari balai polis Gombak.”
Johari segera bangun dari kerusi dan menjauhkan diri dari isteri dan anaknya. Air muka Johari kelihatan seperti resah. Imah yang perasaan dengan perubahan Johari segera bangun dan berjalan mendapatkan Johari. Dia ingin tahu, perbualan apa yang sedang berlaku di dalam telefon tersebut.
“Kenapa, bang? Apa yang berlaku?” soal Imah setelah di melihat suaminya selesai bercakap dengan manusia di hujung talian.
“Kawan abang. Dia dijumpai mati dalam rumahnya semalam. No wonder dah lama tak datang kerja.” balas Johari. Riak wajahnya begitu resah.
“Astaghfirullah al azim. Macam mana boleh mati? Sakit ke?” soal Imah lagi ingin tahu.
“Abang pun tak tahulah, Imah. Yang pasti abang kena pergi ke balai polis lepas habis kerja esok sebab pihak polis nak information dari abang.”
“What’s kena mengena abang dengan kematian beliau?”
“Abang tak tahu... Esok abang akan tanya polis.”
Esok harinya, Johari seperti biasa akan bangun pagi dan bersiap untuk pergi ke kerja. Dan isterinya telah menyediakan sarapan pagi nasi lemak sambal kerang khas buat suaminya.
“Wah. Selalunya betik dan donut je. Kenapa nasi lemak pagi ni?” soal Johari yang agak terkejut melihatkan hidangan yang begitu menyelerakan pada pagi itu.
“Ini namanya rezeki, bang. Kan semalam 4 kali.”
Johari makan begitu selera sekali pada pagi itu sampai tambah nasi sebanyak 4 kali. Selesai bersarapan Johari segera berlangsung ke tempat kerja. Seperti biasa, dia akan beratur sambil menunggu encik LRT tiba.
Pada pagi itu, Johari diarahkan untuk berjumpa dengan seorang klien luar negara yang akan berbincang mengenai beberapa perkara berkaitan dengan bisnes yang syarikat itu lakukan. Johari seperti biasa, akan menggunakan kepakarannya untuk meyakinkan kliennya untuk melabur dalam syarikat itu. Dengan kepakaran Johari, syarikat itu mengaut keuntungan sebanyak 97%.
Seperti yang dijanjikan, selesai waktu bekerja, Johari terus beransur ke balai polis Gombak dan berjumpa dengan seorang inspektor untuk di temu siasat.
“Sial lah duduk Encik Johari.” pelawa inspektor tersebut setelah melihat Johari berdiri di hadapan pintu pejabatnya.
“Panggil saya Erry saja.”
“Kenapa mesti Erry? Bukan sepatutnya kalau nak nickname panggil Jo atau Joe?”
“JohERRY, get it?”
“Ini bukan pentas untuk stand up comedy. Ini balai polis dan saya panggil awak ke mari atas urusan penting. Please jangan main-main. Kawan awak mati dan awak boleh bergurau lagi? What kind of kawan is you? Atau awak yang murder dia?”
“Wah wah wah.. Dasar mulut bawang.”
Perbualan mereka berjalan dengan lancar pada petang itu. Johari difahamkan bahawa kawannya meninggal dunia sudah seminggu lebih. Jiran tetangga yang menjumpai mayat tersebut kerana mereka semua menghidu bau busuk yang datang dari rumah si mati. Dan terdapat tulisan yang tertera di dinding rumah tersebut yang tertulis nama Johari dengan darah.
Si mati dipercayai telah dibunuh dengan menggunakan objek yang tajam. Pembunuh pun telah berjaya diberkas akan tetapi maklumat yang di terima tidak membantu siasatan kerana pembunuh tersebut merupakan ‘hitman’ yang di upah oleh seseorang untuk melakukan kerja-kerja terhina. Malahan, pembunuh itu bukanlah seorang pembunuh yang berkaliber dalam kariernya kerana dia merupakan pekerja kilang dan tidak pernah terlibat dengan mana-mana pembunuhan sebelum itu. Itu merupakan pembunuhan pertamanya.
“Sekarang ni tak tahu kenapa dan apa sebab dia tulis nama awak kat dinding tersebut. Berkemungkinan awak tahu kebenarannya?”
Selesai soal siasat dengan inspektor tersebut, Johari dibenarkan untuk pulang ke rumahnya. Johari tidak ditahan reman atau ditangkap kerana alibinya cukup kuat. Johari juga difahamkan bahawa si mati ada mengambil ubat ‘anti-depression’. Semuanya menjadi sangat keliru buat Johari ketika itu.
Johari selamat tiba di rumahnya tepat pada pukul 11 malam. Jarang-jarang dia pulang lewat ke rumah. Dia lihat rumahnya gelap gelita tanpa secebis cahaya. Dia beranggapan bahawa anak dan isterinya sudah masuk tidur. Mungkin pada malam itu tiada rancangan yang menarik di televisyen dan mengakibatkan isterinya kebosanan lalu menidurkan diri lebih awal dari biasa.
Johari cuba untuk membuka pintu rumahnya akan tetapi tidak berhasil. Johari menjadi hairan. Kenapa tiba-tiba kunci rumahnya tidak boleh masuk ke dalam lubang? Johari mencuba lagi dan lagi. Tetap tidak berjaya. Akibat sudah keletihan dan merasakan apa yang dilakukan hanyalah buang masa. Dia kemudiannya membuat panggilan terhadap isterinya dengan harapan isterinya itu boleh bantu untuk membukakan pintu rumah.
Nasib menyebelahi Johari kerana isterinya sebenarnya tidak tidur lagi dan sedang menunggu kepulangannya.
“Abang? Buat apa rumah sebelah tu?” tegur Imah setelah dia melihatkan kelibat suaminya berada dirumah sebelah dan bukan dirumahnya sendiri.
Johari tergamam seketika. Dia sendiri berasa hairan kenapa dia boleh tersilap rumah pula? Rasanya tadi memang dia masuk ke kawasan rumah dia sendiri.
“Abang jangan macam-macam. Rumah sebelah tu dah bertahun tak ada orang duduk.”
Johari segera berlari anak menuju ke rumahnya. Dia sendiri masih bingung kenapa dia boleh tersilap rumah sedangkan selama ini perkara itu tidak pernah pun berlaku dalam hidupnya.
BEBERAPA jam selepas Johari mendayung ke lembah mimpi. Dia tiba-tiba terbangun akibat terdengar bunyi sesuatu yang terjatuh di ruang tamu. Bunyi tersebut begitu kuat sehinggakan jantung Johari berdegup dengan kencang. Dia segera bangkit dan mendapati isterinya tiada di sebelah. Johari terus berjalan menuju ke ruang tamu.
Setibanya Johari di bahagian ruang tamu. Dia melihat keadaan di situ bersepah, dan televisyen miliknya tersadai atas lantai. Mungkin itu yang mengakibatkan bunyi yang kuat tadi. Johari menyangkakan ada pencuri yang pecah masuk ke dalam rumahnya. Lalu dia mengambil batang penyapu yang tersandar di dinding sebagai senjata mempertahankan diri.
Dia kemudiannya menuju ke bilik tidur anaknya dan menghidupkan suis lampu. Anaknya tidur dengan nyenyak. Johari berasa sedikit lega apabila melihat anaknya dalam keadaan selamat. Kemudian dia keluar semula dan menuju ke dapur. Dalam samar-samar dia dapat melihat kelibat seseorang seperti terhuyung-hayang. Johari berhati-hati menekan suis lampu, dalam pada masa yang sama, ditangannya sudah tersedia batang penyapu dan bersedia untuk menyerang.
Apabila suasana di ruangan dapur itu menjadi terang. Johari terkejut apabila dia melihat isterinya berada di dapur. Tetapi, seperti ada kelainan pada isterinya ketika itu.
“Sayang? Sayang okay tak?” sapa Johari.
“Okay je. Kenapa bang?” balas Imah.
Johari terkejut apabila mendengar suara isterinya datang dari arah belakang. Dengan pantas dia menoleh ke arah suara isterinya. Benar bahawa isterinya berada di belakang. Kemudian, Johari berpaling semula dan melihat ke arah kelibat yang dia nampak tadi. Ternyata tiada sesiapa pun berada di dapur.
“Abang ni kenapa dengan penyapu bagai? Buang tebiat ke menda? Pagi-pagi buta gini buat perangai. Nyanyuk ke apa?”
Johari terkelu. Dia tak rasa apa yang dia lihat tadi adalah mimpi atau bayangan. Selepas itu, terdetik difikiran Johari bahawa tadi dia ada melihat di bahagian ruang tamu. Lantas, dia berlari ke ruangan itu.
Bersih. Tidak bersepah seperti yang dia lihat awal tadi.
Johari menekap tangan kanannya ke muka. Dia merasakan dirinya seperti sedang dipermainkan. Imah berasa risau dengan suaminya itu. Tidak pernah beliau berkelakuan sebegitu rupa.
“Abang ni kenapa? Cuba cakap dengan Imah.” pujuk isterinya.
“Tadi.. tadi abang dengar ada bunyi kuat. Lepas tu abang nampak kat depan ni bersepah macam ada orang pecah masuk rumah kita. Lepas tu, abang ke dapur dan abang nampak Imah macam terhuyung-hayang, macam Imah tengah sakit.” jelas Johari. Air mukanya kelihatan sangat gusar.
“Abang ni mimpi kot? Jangan fikir bukan-bukanlah.”
“Tak sayang. Betul. Abang tak tipu.”
“Abang penat sangat tu. Abang perlukan cuti. Nanti abang apply cuti, dan berehat je kat rumah. Jangan push sangat diri tu.”
Johari akur dengan apa yang isterinya perkatakan dan dia menganggukkan kepala tanda setuju.
“Abang pergilah mandi-mandi ke apa yang patut. Saya nak pergi masak sarapan. Abang jangan tidur balik pula. Lagi sejam nak subuh ni.” ujar isterinya lalu pergi ke dapur dan meninggalkan suaminya berdiri kebingungan seorang diri di situ.
Johari masih lagi rasa keliru dengan apa yang berlaku. Tidak pernah dia kena macam tu, tiba-tiba hari itu dia terkena pula. Johari mula berfikir apakah semua itu merupakan sebuah petanda bahawa akan ada sesuatu yang buruk akan berlaku terhadap dirinya dan keluarga?
“Abang!”
Kedengaran suara Imah menjerit memanggil suaminya. Tanpa melengahkan masa Johari terus berlari ke dapur mendapatkan isterinya itu.
“Kenapa sayang? What’s berlaku?
Imah menunjukkan ke arah dinding dapur. Terdapat tulisan di dinding itu yang bertulis;
JOHAN
“Si...si...si...siapa Johan?”
Imah dan Johari memandang sesama sendiri. Mereka terkejut dengan tulisan yang berada di dinding itu kerana tulisan itu tidak pernah ada di situ selama ini.
“Abang rasa hantu ni typo ni. Mungkin dia on auto-correct kot. Berkemungkinan dia nak eja nama abang, J-O-H-A-R-I.”
Kemudian, mereka berdua menyaksikan dengan biji mata mereka sendiri bahawa tulisan tersebut terpadam dan di tulis semula dengan nama JOHARI.
“Haaa. Baru betul. Ni spesies hantu jari gemuklah ni.”
Selepas itu, Johari dan Imah berada dalam ketakutan apabila melihat nama JOHARI terpapar di dinding tersebut. Siapa yang tulis? Bagaimana ianya berada di situ? Siapa punya angkara? Siapa yang bertanggungjawab? Ini namanya vandalism.
-Bersambunglah.. Penat menaip-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment