Wednesday, 24 August 2016

HOSPITAL MAUT (Episode 4) [18sx, sg]

Manaf hanya terduduk melihat anaknya Amira terbaring ditengah-tengah ruang hospital tersebut. Kedengaran bunyi-bunyi zikir yang dibaca oleh mereka-mereka yang berada di situ. Walaupun keadaan kurang tegang, tetapi mereka tidak mahu leka. Viyn menghampiri Manaf dan menghulurkan sebotol air mineral untuk Manaf minum demi melegakan tekak yang dahaga. 
"Apa yang kita kena buat sekarang ni?" soal Viyn bingung dengan keadaan yang berlaku.
"Tunggu... Zikir jangan pernah putus." jawab Manaf sambil meneguk air mineral yang diberikan tadi. Manaf melihat keadaan sekeliling, dah macam kena serang dengan zombie. Kemudian, kelihatan beberapa orang kakitangan hospital menjelmakan diri. Mereka semua tertanya-tanya apakah yang sedang berlaku waktu itu. 
"Sambung buat kerja korang. Pergi tengok-tengok pesakit. Kalau ada perkara ganjil berlaku bagitau." arah Manaf dan mereka semua bergegas melakukan kerja mereka. Di luar kelihatan beberapa biji kenderaan milik polis diraja Malaysia tiba. Mereka masuk ke dalam dan seorang lelaki datang menghampiri menjelaskan perkara yang berlaku. Ada lagi beberapa orang awam yang entah dari mana muncul, sibuk merakamkan kejadian yang terjadi. Manaf meminta mereka untuk tidak melakukan sedemikian, tetapi permintaan Manaf tidak diendahkan. 

"Ish.. betul ke kena rasuk ni?" soal seorang lelaki, orang awam yang sibuk merakam dan datang menghampiri Amira. Dia ingin mendapatkan wajah yang dekat. Akibat dari itu, Amira memberikan senyuman manis dan sepantas kilat Amira menarik tangan lelaki itu. Dia terjatuh ke atas badan Amira. Semua yang berada di situ terkejut. Amira membelai-belai kepala lelaki itu dan menggigit bahu kanan dia. Meronta-ronta lelaki tersebut minta dilepaskan. Darah memancut-mancut. Kemudian, Amira mencampakkan lelaki tersebut ke arah seorang pakcik yang berada di situ. Amira bangun dan melompat ke siling hospital. Manaf tergamam melihat Amira berdiri secara terbalik di siling tersebut. Selepas itu, Amira terus berlari menuju ke arah tangga dan pergi ke tingkat atas. Manaf terus mengejar tanpa fikir panjang tetapi tidak diikuti oleh yang lain kecuali Viyn. Mereka tiba di tingkat dua hospital itu. Mereka kehilangan jejak Amira. Manaf semakin gelisah. Secara tiba-tiba mereka terdengar bunyi jeritan perempuan. 
"Sana!" jerit Manaf dan terus berlari menuju ke arah jeritan tersebut. Viyn ikut dari belakang. Mereka berdua berlari dan tiba di sebuah bilik wad. Seorang jururawat sedang menjerit menangis di satu sudut. Amira berdiri dihadapan jururawat itu. Sambil memegang scalpel di tangan. Amira menoleh ke arah Manaf dan Viyn. Wajah Amira kelihatan begitu mengerikan. Matanya bulat besar dan tersenyum. Senyumnya seperti hampir koyak saja pipi itu. Amira mengalihkan pandangan ke arah jururawat tersebut. 
"Amira.. Nak buat apa dengan dia tu? Mari sini.. Amira budak baik kan?" pujuk Manaf dengan harapan Amira akan datang kepadanya. Tetapi tidak, sebaliknya, Amira menggunakan scalpel yang berada ditangannya itu untuk mencederakan jururawat tersebut. Dia menikam tubuh jururawat itu berkali-kali. Manaf berlari ke arah Amira, dia menarik tubuh Amira agar berjauhan dari jururawat tersebut. 

Manaf tiada pilihan lain lagi selain menyakitkan Amira. Dia heret kaki Amira keluar dari bilik tersebut. Amira mencapai apa saja yang ada untuk menahan Manaf dari terus menarik dia keluar. Viyn segera berlari ke arah jururawat tersebut, tetapi jururawat itu sudah pun meninggal. Pakaian seragamnya yang berwarna putih, sudah berubah warna menjadi merah. Manaf masih tidak melepaskan Amira, dia terus menarik sekuat hatinya. Amira menjerit, jeritannya nyaring sehingga membuatkan tingkap di dalam wad itu pecah keseluruhannya. Viyn berlari ke arah Amira, dia melihat Amira sedang bertahan di pintu wad tersebut. Viyn cuba untuk membantu Manaf.
"Kau sentuh aku, seluruh keluarga kau aku bunuh!" jerit Amira marah. Viyn tidak memperdulikan amaran yang diberi. Dia terus memijak tangan Amira dan Amira terpaksa juga melepaskan genggamannya di pintu itu. Manaf tidak lepaskan peluang, dia terus menarik anaknya itu. Amira menjerit lagi sekali, dan membuatkan semua lampu yang ada di situ meletup. Keadaan menjadi gelap gelita. Viyn segera mengeluarkan telefon bimbitnya dan menggunakan applikasi flashlight. Dia suluh ke arah Manaf. Viyn terkejut melihat situasi yang sedang berlaku ketika itu. Tangan kirinya mencekup mulut. Dia melihat seorang lelaki berada di belakang Manaf dan tangan lelaki tersebut menembusi dada Manaf. Di genggaman lelaki tersebut, adalah jantung Manaf. Darah mengalir keluar dari mulut Manaf. Amira ketawa besar, dia suka dengan apa yang dia saksikan ketika itu, walaupun sebenarnya bukan Amira yang sedang ketawa pada waktu itu. 
"Mu....mu...murad..?" terketar-ketar bibir Viyn menyebut nama lelaki itu. Murad, lelaki yang bekerja di situ, yang cuba untuk menyelamatkan Amira ketika di lif, dan dia juga yang cuba untuk merogol Viyn. 

Murad menolak Manaf ke tepi, dan dia memakan jantung milik Manaf. Viyn melihat ke arah Manaf, dia merasakan kasihan pada ayah kepada kawannya itu. Menjadi mangsa syaitan. Manaf menghembuskan nafasnya yang terakhir di situ. 
"Kau! Aku takkan lepaskan kau kali ni! Aku dah minum Blue Wizard tadi!" kata Murad sambil ketawa berdekah-dekah.
"Pergi Murad! Pergilah kau bergembira." balas Amira, dan terus berlalu dari tempat itu. Viyn tidak tahu apa yang harus dia lakukan lagi. Murad semakin menghampiri. 
"Kau nak lari ke mana lagi budak? Kau akan jadi milik aku!" ujar Murad sambil mengeluarkan sesuatu dari poketnya.
"Inilah dia Blue Wizard yang aku beli minggu lepas! Bersiap-sedialah kau budak!" tambah Murad lagi sambil ketawa terbahak-bahak. Setelah dia puas ketawa, dia melihat ke arah Viyn. Viyn sudah tiada di situ. 
"Oh..ya..gelap..aku tak nampak.." sambung Murad lagi sambil menggaru-garu dagunya. Dia menjerit tanda bengang. Sementara itu, Viyn pula sedang menyorok di dalam salah satu wad di situ. Dia terlalu takut dan tak tahu apa yang dia patut lakukan. Dia hanya berdoa agar Murad tidak menjumpai dirinya yang sedang bersembunyi. Dalam keadaan yang gelap itu, Viyn hanya berharap agar Murad terlepas pandang dan menyerah kalah untuk mencarinya. 

-Bersambung-

1 comment: