Wednesday, 31 August 2016

HOSPITAL MAUT (Episode Akhir) [18sg, sx]

Viyn masih lagi menyembunyikan dirinya manakala Murad pula sudah berlalu pergi. Perlahan-lahan Viyn keluar dari wad tersebut. Dalam keadaan gelap yang samar itu, Viyn cuba untuk mencari jalan keluar. Dia tidak tahu arah mana Murad tuju. Tapi Viyn membuat keputusan untuk menuju ke arah tangga dan pergi ke lobi hospital dengan harapan dia dapat larikan diri. Perlahan-lahan Viyn berjalan menuju ke arah tangga, dia sungguh berhati-hati agar tidak mengeluarkan sebarang bunyi tapak kaki kerana khuatir akan didengari oleh Murad pula. 

Ketika Viyn berjalan menuruni tangga, dia terdengar suara Murad menjerit-jerit datang dari tingkat atas dan suara jeritan gadis-gadis yang meminta tolong, Viyn beranggapan bahawa Murad sedang mengejar para jururawat yang masih setia melakukan tugas mereka. 
"Tak guna punya manusia, dah lah bersengkokol dengan syaitan. Sangap pulak tu. Laknat betul." bentak Viyn di dalam hati. Dia merasa serba salah kerana tidak dapat nak membantu mangsa-mangsa yang lain. Dia sendiri pun belum tentu dapat bantu diri sendiri. Ketika Viyn tiba di lobi hospital, dia mendapati bahawa tiada orang yang berada di situ. Hati Viyn sedikit gusar. Dia bersembunyi dibelakang pasu bunga yang besar. Matanya tertumpu pada pintu keluar yang terbuka luas. Viyn memerhatikan keadaan sekeliling. Setelah memastikan keadaan selamat dan tiada sesiapa di situ. Dia terus berlari menuju ke arah pintu keluar. Secara tiba-tiba, kakinya tersadung pada suatu objek dan mengakibatkan dirinya jatuh berguling-guling.

Viyn mengaduh sakit, dia bangun sambil menepuk-nepuk lututnya dan dia menoleh ke arah belakang untuk melihat objek yang menghalangnya tadi. 
"Hai Viyn, meh lah baring sebelah aku." ajak Amira, kemudian disambung dengan gelak ketawanya yang ngeri. Viyn terperanjat melihatkan Amira yang sedang terbaring di situ. Tanpa membuang masa, Viyn terus berpaling dan berlari menuju ke pintu keluar. Puas Viyn berlari, tetapi dia tidak juga sampai ke pintu keluar yang hanya beberapa meter dari tempat dia terjatuh tadi. Amira bangun dari baringnya dan sambung ketawa. Viyn menjadi kelam kabut. Dia menjerit meminta tolong dengan harapan jeritannya itu didengari oleh sesiapa. Viyn sudah penat berlari, akhirnya dia berhenti. Nafasnya tercungap-cungap. Viyn menoleh ke arah Amira, dia melihat Amira sedang menggulung kaki. Jelas kedengaran bunyi tulang patah. Perkara tersebut membuatkan Viyn menjadi semakin gerun. 

Entah dari mana, Murad tiba-tiba saja muncul dan memeluk erat tubuh Viyn dari arah belakang. Viyn menjerit ketakutan. 
"Kau nak lari mana? Tak ada siapa yang boleh selamatkan kau lagi. Tak ada sesiapa lagi kat hospital ni, kau sorang je tinggal." ucap Murad lembut ditelinga Viyn. Kemudian, Viyn terasa seperti ada objek keras menusuk belakangnya. Viyn meronta-ronta sekuat hati dan akhirnya dia berjaya melepaskan diri dari terus dipeluk oleh lelaki syaitan durjana itu. Viyn cuba untuk melarikan diri dari situ, tetapi niatnya terhalang kerana Amira berada dihadapannya. Viyn menjauhkan jarak dari mereka berdua. Amira mengejek Viyn, kemudian dia sambung ketawa. 
"Kau fikir kau boleh lepas dari aku ke budak? Sedangkan nenek pun aku henjut, inikan pula kau." kata Murad sambil berjalan menghampiri Viyn. Wajah Murad begitu mengerikan ketika itu, tidak ada lagi rupa seorang manusia. Viyn semakin ketakutan setelah dia melihat keadaan Murad yang tidak mengenakan sebarang pakaian ditubuhnya. 

Amira berhenti ketawa secara tiba-tiba. Wajahnya bertukar serius. Secara tiba-tiba, dia berlalu pergi dari situ tanpa berkata apa-apa. Kini tinggal Murad dan Viyn saja lagi. 
"Kau tengok ni! 'Benda' ni tak sabar-sabar untuk menerokai kau!" ujar Murad gembira dan seronok kerana tidak ada siapa lagi yang akan mengganggu lauk yang bakal diratah sebentar lagi. Viyn merayu agar dirinya dilepaskan tetapi Murad sudah dikuasai oleh syaitan. Murad terus menerkam ke arah Viyn tanpa belas kasihan. Murad menolak tubuh Viyn jatuh ke atas lantai dan dia menindih tubuh Viyn. 
"Mari sayang, kita berseronok bersama-sama." ujar Murad sambil ketawa gembira. Dia menekan kedua-dua tangan Viyn ke lantai agar Viyn tidak dapat bergerak bebas. Murad menjilat-jilat leher Viyn. Seronok betul Murad. Air mata Viyn tidak henti-henti mengalir. 

Akibat tidak tahan dengan tindakan Murad. Entah dari mana datang kekuatan dalam diri Viyn, dia menghentak kemaluan Murad berkali-kali menggunakan lutut. Akibat dari itu, Murad terasa senak dan dia melepaskan cengkaman dari tangan Viyn. Viyn menolak Murad ke tepi dan dia segera bangun. Murad dengan pantas menarik tangan Viyn. Mereka berdua bergelut seketika. Murad menarik baju Viyn sehingga koyak dibahagian depan, kemudian dia berjaya merentap baju dalam Viyn. Sekali lagi, Viyn memberikan penendang ke arah kemaluan Murad yang tegak berdiri sejak tadi. Murad terduduk kerana tak dapat menahan kesakitan. Viyn mengambil kesempatan itu untuk membelasah Murad sepuas hati. Viyn mengangkat tong sampah dan menghentak ia ke muka Murad bertubi-tubi. Banyak darah yang terhasil dari hentakan itu. Wajah Murad sudah tidak macam wajah lagi, wajahnya pecah akibat keganasan Viyn. 

Viyn mencampakkan tong sampah ke tepi dan dia memandang ke arah Murad dengan wajah yang bengis. Setelah dia memastikan Murad tidak bergerak lagi. Dia terus berlari keluar dari situ. Murad bangun perlahan-lahan. Baju dalam milik Viyn yang digenggam erat sejak tadi dirapatkan ke hidungnya. Murad menghidu baju dalam Viyn tanpa henti.
"Hmm..Bau orodono..wangi.." kata Murad sambil terus menerus menghidu.

Sementara itu, Viyn baru saja berjaya memecahkan cermin kereta. Dia mencuba meniru aksi dalam movie barat yang selalu dia tonton. Menghidupkan enjin kereta dengan menggunakan wayar dibawah stereng. Tetapi satu jenis wayar pun dia tak jumpa. Akhirnya dia menyerah. Viyn menyandarkan kepala di kerusi. Matanya memandang ke arah cermin sisi kereta. Untuk beberapa ketika, dia hanya mendiamkan diri saja. Dia hanya merenung cermin sisi tersebut. Kemudian, Viyn melangkah keluar dari kereta tersebut. Dia mengutip kaca yang berterabur di sekitar kereta itu. Kemudian, dia mengunyah semua kaca-kaca yang ada. Seperti orang yang kelaparan gayanya ketika itu. Viyn kunyah kaca-kaca itu semua seperti kunyah keropok saja. Namun, tidak ada sebarang reaksi dari Viyn. Darah mulai keluar dari mulutnya. Darah mengalir banyak. Viyn tetap tenang mengunyah kaca-kaca itu. Kemudian, dia telan, lepas tu sambung kunyah lagi. Ketika itu, Viyn bukanlah lagi dirinya. Tinggal jasad saja yang telah dikuasai oleh syaitan. 

Akibat dari memakan kaca-kaca itu semua, usus dalaman Viyn cedera teruk. Dia akhirnya rebah disitu, dan menghembuskan nafasnya yang terakhir. Beberapa jam kemudian, barulah pihak berkuasa dan pegawai jabatan agama islam muncul demi menyelesaikan masalah besar yang sedang berlaku di situ. Tidak ada sesiapa pun yang tahu apa yang berlaku selepas itu. Yang pasti, hospital tersebut telah pun dirobohkan dan kerajaan membina kawasan perumahan di situ. 

Beberapa tahun selepas peristiwa yang berlaku......


"Amira, buka mulut. Mak suapkan nasi." 

Amira tidak bersuara bukan kerana tidak mahu, tetapi selepas peristiwa di hospital, dia tidak lagi mampu untuk bersuara dan juga berdiri. Amira terpaksa duduk di atas kerusi roda. Dia juga telah di jaga oleh keluarga angkat. Amira rela mati dari tinggal bersama dengan keluarga barunya itu. Kerana, keluarga itu adalah keluarga Murad. 

Dari ruang tamu, Murad hanya memerhatikan saja Amira yang sedang disuapkan makanan oleh isterinya itu. Murad tersenyum sinis dan tidak sabar menanti waktu malam. Di mana dia akan membiarkan rakan baiknya melakukan kerja-kerja terkutuk ke atas diri Amira. Selepas itu, dia akan menerima sejumlah wang dan harta yang besar dari rakan baiknya itu. Rakan baik yang menjadikan Amira jadi sebegitu.  Kehidupan Amira tetap menderita. 



-Tamat-  

No comments:

Post a Comment