"Mama...? Mama mana, papa?" soal Amira.
"Mama tak ada dah sayang.. Mama dah tak ada.." jawab Manaf sambil menahan sebak di dada. Kemudian, Viyn tiba dengan pakaian pesakit. Dia sarungkan pakaian tersebut ke tubuh Amira agar badannya tidak terdedah. Keadaan menjadi sunyi sebentar. Manaf memerhatikan keadaan sekeliling. Dia sedikit hairan dengan keadaan yang sunyi tadi kerana sebentar tadi hospital kucar-kacir seperti berlakunya Zombie Apocalypse.
"Papa.. tu mama ke?" soal Amira sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah mayat maknya. Viyn dan Manaf terdiam. Mereka tidak tahu apa yang ingin mereka jawabkan kepada Amira.
"Papa... Mama dah tak ada.. Mama tak bergerak..." sambung Amira lagi, jarinya masih menunjukkan ke arah mayat tersebut. Berderai air mata Manaf selepas mendengar kata-kata yang keluar dari mulut anak tunggalnya itu.
"Jangan risau, Amira. Papa akan cari siapa punya kerja ni, kemudian Papa akan balas dendam untuk kita, ok?" balas Manaf, hatinya nekad untuk membalas dendam ke atas dalang yang membuatkan perkara tersebut. Viyn terdiam tanpa sebarang bunyi. Dia mengesat air mata yang mengalir deras di pipi. Hampir banjir hospital tersebut kerana air matanya yang begitu banyak.
"Baguslah. Papa kena balas dendam. Jangan biar orang jahat tu terlepas. Mira nak tengok Papa balas dendam." kata Amira sambil memandang wajah ayahnya yang sedang bersedih itu.
"Apa maksud Mira?" soal Manaf yang agak hairan dengan kata-kata anaknya itu. Secara tiba-tiba, Amira menolak Manaf dengan kuatnya sehinggakan Manaf terpelanting jauh ke belakang.
"Mira!!" jerit Viyn yang terkejut dengan perbuatan Amira ketika itu. Dia menolak ayahnya sehingga tercampak jauh.
"....Sebab apa tau Papa? Sebab Mira yang bunuh Mama." ujar Amira sambil mengukir senyuman sinis.
"Mi..Mira...?" Manaf cuba untuk bangun dan dia melihat ke arah Amira, pada ketika itu dia sudah tahu bahawa anaknya yang sedang berdiri dihadapannya bukanlah Amira. Manaf berada dalam keadaan dilemma ketika itu. Dia tahu bahawa anaknya sudah dirasuk oleh sesuatu yang agak kuat. Tapi, Manaf tidak sampai hati mahu mencederakan jasad anaknya itu. Kerana Amira pasti akan merasai kesakitan juga jika Manaf melakukan serangan. Belum habis Manaf berfikir, Amira telah pun memulakan serangan ke arah Manaf. Dia melompat dan menghadiahkan sebuah hadiah pertemuan yang bernama penendang ke arah Manaf. Tendangannya itu mengenai tepat ke dada Manaf. Manaf tercampak lagi sekali ke belakang. Tetapi kali ini dia segera bangun dan melakukan serang balas. Dia harus berhati-hati agar tidak mencederakan anaknya itu.
"Kenapa Papa? Kenapa Papa tak serang Mira? Bukan Papa kata tadi nak balas dendam?" cabar Amira sambil memberikan senyuman sinis.
"Tak. Kau bukan anak aku. Kau syaitan!" balas Manaf berang dengan perangai syaitan yang merasuk tubuh anak gadisnya itu yang kini bukan gadis lagi. Viyn hanya menjarakkan diri, dia tidak mahu terlibat dalam pergelutan yang berlaku. Dia sedar dirinya bukan lawan Amira. Dia tidak mahu dirinya juga nanti tercedera. Dia juga ingin hidup lama dan berumah tangga seperti orang lain. Mulut Manaf tidak henti-henti membaca surah-surah suci al-Quran. Dia harus membuatkan syaitan tersebut keluar dari tubuh anaknya. Manaf mencari ruang untuk dia melakukan serang balas tanpa mencederakan anaknya. Amira semakin hampir dengan Manaf. Tiba-tiba, Amira melompat dan melekat ke atas syiling sambil ketawa. Ketawanya menyeramkan. Sesiapa yang berada di situ sudah pasti bakal meremang bulu romanya.
"Aku tahu aku tak boleh lawan dengan kau. Tapi, kau tak boleh selamatkan anak kau! Dia milik aku! Aku dah sain borang pemindahan hak milk!!" kata Amira sambil ketawa berdekah-dekah.
"Err..Kau typo.. Milik..Bukan milk.." Manaf tolong perbetulkan kesalahan Amira.
"Oooo.." balas Amira ringkas. Kemudian, Amira terus melarikan diri dari situ. Manaf tidak bazir masa, dia terus mengejar Amira yang berlari tapi melekat di dinding. Tidak masuk di akal. Tapi, itu lah yang sedang berlaku ketika itu. Viyn pun tidak mahu ketinggalan. Dia turut mengejar Amira. Mereka berkejaran hingga ke lobi hospital. Langkah Viyn terhenti, dia tidak dapat mengejar Manaf kerana perjalanan dia terhalang oleh seekor makhluk hodoh berbadan sasa dan berbulu. Makhluk tersebut ingin menangkap Viyn. Tetapi Viyn dahulunya melarikan diri menaiki tangga.
Viyn menoleh ke arah belakang untuk memastikan dirinya tidak diikuti. Tetapi makhluk hodoh tersebut masih lagi mengejarnya.
"Apahal ni? Apa benda semua ni?" rungut Viyn sambil berlari. Dia masuk ke dalam satu pejabat kosong. Dan dia menguncikan pintu, kemudian dia menyorok disebalik meja. Dia berdoa agar dirinya tidak dijumpai disitu. Keadaan di dalam pejabat itu agak gelap. Cuma ada bantuan cahaya samar-samar dari lampu luar.
"Hey..." telinga Viyn tertangkap suatu bunyi berupa teguran yang benar-benar berada disebelahnya saja. Viyn mengeluarkan telefon dan menghalakan cahaya dari telefonnya ke arah suara itu. Tiba-tiba Viyn menjerit sekuat hati kerana dia melihat ada wajah nenek tua disebelahnya. Nenek tersebut tersenyum kepada Viyn tetapi senyumannya begitu mengerikan. Viyn cuba untuk melarikan diri tetapi kakinya dipegang oleh nenek tersebut. Nenek tua itu merapatkan wajahnya ke arah Viyn. Viyn meronta-ronta minta dilepaskan dirinya. Tiba-tiba Viyn terasa seperti ada objek yang keras menusuk celah kangkangnya. Viyn cuba menempis objek tersebut. Kemudian, Viyn terkedu apabila wajah nenek tua tadi berubah menjadi seorang lelaki yang dia kenal.
"Encik Murad?" tanya Viyn dalam kekeliruan.
"Hehehehe.. Amira aku tak dapat, engkau pun jadilah. Asalkan dapat." kata Encik Murad sambil ketawa berdekah-dekah. Viyn menggunakan tenaganya sekuat hati untuk keluar dari situ. Viyn memegang objek yang keras tersebut dan memicit ia sekuat hati, membuatkan Encik Murad terkapai-kapai kesakitan. Viyn beredar dari bawah meja itu dan cuba untuk berlari keluar. Akan tetapi, pintu pejabat tersebut telah berkunci dari luar. Viyn tidak dapat nak melarikan diri. Encik Murad bangun dan memandang ke arah Viyn. Wajah Encik Murad begitu mengerikan, seperti seorang yang pscyho. Viyn memandang Encik Murad yang tidak mengenakan seurat benang pun ditubuhnya. Kemudian, Encik Murad membuka suis lampu mejanya supaya menerangi bilik pejabat itu. Viyn terlihat di atas sofa yang tidak jauh dari Encik Murad terdapat seorang nurse yang tak sedarkan diri. Nurse tersebut turut tidak ada pakaian yang melekat dibadannya. Encik Murad datang ke arah Viyn sambil mengurut senjatanya. Viyn menangis ketakutan. Dia tidak henti-henti berdoa di dalam hati supaya Allah menyelamatkan dirinya dari menjadi mangsa. Ketika Encik Murad menghampiri Viyn, tiba-tiba saja tubuhnya menggeletar tak tentu pasal. Mulutnya berbuih-buih. Encik Murad jatuh ke atas lantai. Badannya tiba-tiba berubah menjadi warna hitam dan bau hangus tiba-tiba memenuhi ruang pejabat tersebut. Pintu pejabat tersebut terbuka dan Viyn tidak melepaskan peluang untuk melarikan diri dari situ.
Viyn memerhatikan ke kiri dan kanan. Setelah dia pasti bahawa tiada makhluk yang ingin mengejarnya. Dia berlari semula ke arah lobi hospital. Ketika Viyn tiba di lobi hospital. Dia melihat beberapa orang manusia sedang bertarung dengan Amira termasuk ayahnya sendiri, Manaf. Viyn bersembunyi disebalik kaunter pertanyaan dan hanya memerhatikan saja pertarungan itu. Seorang pakcik tua sedang melaungkan azan dan menghalakan tangan kanannya ke arah Amira. Keadaan begitu bising dengan bacaan-bacaan surah suci. Mereka semua tidak menyerah kalah, walaupun sudah beberapa kali tercampak ke belakang. Sama juga dengan syaitan yang merasuk diri Amira, dia juga tidak mahu mengalah. Dari tadi dia hanya ketawa besar saja. Macam confirm je menang.
"Aku dah pagarkan kawasan ni! Dia tak boleh larikan diri dari sini!!" jerit salah seorang pakcik yang sebaya dengan Manaf.
"Sial! Manusia sial! Celaka anak haram! Anjing!" jerit Amira, wajahnya berubah garang dan lebih mengerikan. Bebola matanya berubah warna menjadi merah darah. Amira terkepung, dia dikelilingi oleh manusia yang bukan calang-calang ilmunya.
"Aku tak akan tewas dengan korang semua! Budak ini milik aku!" jerit Amira. Suaranya begitu garau. Viyn terketar-ketar disebalik kaunter. Dia tidak tahu apakah yang bakal berlaku selepas itu. Manaf melakukan serangan tetapi Amira dapat menepis serangan dari Manaf. Namun, datang seorang lagi menyerang. Kali ini Amira memang tidak dapat hendak menangkis serangan yang datang. Dia semakin lemah dan lemah.
"Dia orang tengah buat apa tu?" soal seorang polis bantuan yang baru saja tiba ditempat Viyn.
"Ha! Ya Allah, terkejut saya." balas Viyn.
"Sorry. Saya baru dapat masuk, tadi pintu terkunci. Saya dengar ada terroris dalam hospital, saya dah call semua anggota polis. Bantuan dalam perjalanan sekarang." kata polis bantuan tersebut.
"Ini bukan pengganas. Ini kerasukan. Kawan saya kena rasuk. Awak bagi salah info dekat polis tu." balas Viyn lagi.
"Lah, yeke? Perempuan tu kawan awak yang kena rasuk ke?" soal polis bantuan tersebut lagi.
"Iya, ayah dia dan beberapa orang lain tengah usahakan untuk tumpaskan syaitan yang merasuk tu." balas Viyn lagi.
"Lebih baik awak pergi call polis-polis tu semua dan betulkan balik apa yang awak bagitau dia orang. Lebih baik panggil imam atau sesiapa yang hebat dalam bab ni." cadang Viyn dan polis bantuan tersebut berlalu pergi dari situ melakukan tugasnya.
Amira terbaring di atas lantai, dia hampir-hampir kalah. Tidak ada sesiapa pun yang berani untuk datang dekat kerana khuatir Amira hanya memasang jerat. Mereka semua hanya memerhatikan saja sambil mulut masing-masing masih lagi tidak berhenti terkumati-kamit.
"Pa...papa...maafkan Mira, papa." ujar Amira lemah.
"Mira? Mira ke tu?" soal Manaf.
"Jangan tertipu! Dia bukan anak kau! Dia masih lagi dikuasai syaitan!" jerit seorang pakcik tua.
"Pa..Mira tak tahan sakit, pa...Sakit sangat, papa.." sambung Amira lagi. Air mata mulai mengalir keluar dan jatuh ke atas lantai. Hati Manaf semakin sebak apabila melihat keadaan anaknya yang terseksa akibat dari semua ini. Dia tahu bahawa anaknya itu sedang kesakitan akibat diserang bertubi-tubi dari tadi.
"Sabar ya sayang. Semua ni akan berakhir nanti. Tahan ya.. Kuatkan diri.. Ingat Allah sayang." kata Manaf sambil menahan air matanya dari mengalir keluar.
-Bersambung-
No comments:
Post a Comment