"Tak apalah, kalau macam tu sayang tidur je lah. Abang ok ni, boleh je pandu kereta ni sorang-sorang." balasku kasihan melihat isteriku yang dari tadi mengantuk. Kemudian, Ijah pun terus melelapkan mata. Aku pula terus memberikan perhatian penuh kepada pemanduan. Ketika itu aku sedang memandu di atas lebuhraya LPT 2. Aku dan isteriku sedang dalam perjalanan menuju ke Terengganu untuk pulang beraya di kampung kami. Aku dan isteriku berasal dari kampung yang sama. Jadi, tidak menjadi masalah buat kami untuk fikir tiap tahun nak pulang ke kampung siapa. Aku lihat jam di dalam kereta sudah melebihi dua belas pagi. Aku anggarkan subuh nanti baru aku sampai ke kampung kami tu kerana aku membawa kereta dalam keadaan yang selamat dan perlahan. Alhamdulillah pada malam raya tidak terdapat begitu banyak kenderaan yang pulang ke kampung, jadi aku tidak perlu pening kepala nak hadap kesesakan jalan raya.
Hampir sejam lebih waktu berlalu selepas isteriku Ijah melelapkan mata. Aku tiba-tiba rasa seperti mengantuk pula. Aku cuba menggapai kopi yang Ijah belikan ketika berhenti di stesen minyak tadi. Setelah aku dapat pegang kopi tersebut, aku bancuh pula dengan air panas. Lepas tu aku nak letak gula, tapi Ijah lupa beli gula pula tadi. Maka, terpaksalah aku minum pahit-pahit gitu. Tak apalah, asalkan boleh membuatkan mata aku segar. Setelah menghirup kopi tersebut, aku letakkan semula ia ke tempat asalnya. Aku fokus kembali ke pemanduanku. Tidak lama kemudian, aku dapat rasakan mata aku tiba-tiba buat hal. Aku tak tau kenapa, tapi aku rasa macam aku nampak tompokan darah disepanjang jalan. Aku jadi cuak, aku gosok-gosok mata aku. Tapi tompokan darah tersebut masih lagi ada. Aku tak tau kenapa. Aku capai telefon bimbit jenama negara dan aku google "saya memandu di lpt 2 pada waktu lewat malam kemudian saya nampak banyak sangat darah kat jalan, kenapa eh?". Kemudian, Google memberikan jawapan. "See at the km at the middle of the road, I don't know, don't ask me..". Aku meletakkan semula telefon ku ke tempat asalnya. Aku lihat ke tengah-tengah jalan, benda ini menjadi satu buang tebiat kepada diriku ketika memandu jauh. Aku suka tengok dibahagian KM di tengah jalan, tak tahu kenapa. Kemudian, aku pandang ke depan semula, aku terkejut kerana aku lihat ada seorang budak kecil sedang berdiri ditengah jalan raya di bahagian kanan jalan, selamat aku memandu dilorong kiri. Aku hanya lihat saja budak tersebut, aku tak fikir apa, aku diam saja. Tompokan darah masih lagi kelihatan. Aku tak tau kenapa, entah siapa yang period pun aku tak tau.
Tidak lama kemudian, isteri aku bangun dari tidurnya. Dia meminta aku untuk berhenti di RnR seterusnya kerana dia ingin membuang air kecil. Aku tunaikan permintaan dia. Ketika aku sedang menanti Ijah untuk membuang air kecil di tandas awam, aku menyalakan sebatang rokok WIngs Stone. Aku hisap rokok tersebut dan aku hembus tanda puas. Aku mendongak ke langit, tiba-tiba aku nampak kain putih terbang disekitar RnR itu. Aku pandang semula ke depan. Dan, aku pandang balik ke langit. Kain putih itu masih ada di situ lagi, masih berlegar-legar di ruang langit. Aku mengalihkan pandanganku ke arah depan. Tiga buah biji kereta yang parking disebelah kereta aku tadi sudah pun melarikan diri. Bagaimana aku tahu? Sebab aku tengok dia orang bawak kereta kelam kabut sangat. Bermakna, dia orang pun terlihat benda yang sama macam aku. Aku membuang puntung rokok ke atas tanah dan aku segera masuk ke dalam kereta. Aku lihat isteriku melangkah keluar dari tandas awam, aku menyalakan lampu tinggi supaya dia sakit mata dan tidak akan pandang ke langit. Teknik aku tersebut berhasil. Ijah masuk ke dalam kereta dan bising-bising kat aku. Aku hanya mampu cakap "It's a prank, bro" dan menerima hadiah sebuah cubitan halus di peha kiri. Tanpa buang masa, aku terus berambus dari tempat tersebut.
Nak menuju ke kampung kami, aku harus ikut jalan dalam. Tidak ada jalan lain lagi selain jalan dalam ni. Beberapa kali juga berselisih dengan kenderaan lain dari arah bertentangan. Yang hairannya, mereka semua memberikan highbeam pada aku. Aku jadi tidak keruan pula, kenapa mereka buat macam tu? Sudahlah keadaan berkabus, kena pula lampu tinggi macam tu, rasa macam pedih pula mata ni. Tak mungkin mereka bagi highbeam sebab nak memberitahu bahawa ada sesuatu yang menumpang di atas kereta pula? Sebenarnya memang aku rasa kereta aku agak berat sejak tadi, meter cecah 90km/j tapi rasa berat macam bawak 10km/j pula. Aku sudah berpeluh-peluh, kabus pula di luar semakin tebal. Semua kereta yang berselisih dengan aku tak henti-henti bagi highbeam. Aku hanya mampu membaca ayat al-Qursi je ketika itu. Perasaan seram mulai muncul. Aku dapat agak bahawa benda putih yang terbang ketika kami berhenti di RnR tadi yang ikut menumpang ni. Aku menjadi semakin tidak keruan setelah berpuluh-puluh kenderaan yang berselisih memberikan highbeam, kali ni bukan setakat highbeam, tetapi dengan hon sekali dia orang bagi. Ada juga beberapa buah kereta pusing balik dan mengikuti aku dari belakang. Aku jadi tidak senang dengan tindakan pemandu tersebut, ada juga yang memandu disebelah aku dan menjerit-jerit suruh berhenti. Sudahlah ada benda menumpang di atas kereta, lepas tu nak kena rompak pula. Tak mungkin polis pakai kereta biasa untuk menahankan? Badan aku semakin berpeluh-peluh, dalam seluar aku dah bertangkung air. Yang peliknya, isteri aku elok pulak tidur kat sebelah. Aku dah tak tahu nak buat apa lagi, macam-macam benda bermain difikiran aku pada waktu itu. Sudahlah malam raya, nak pulang ke kampung, boleh pulak kena timpa masalah macam ni.
Kemudian..
BOOOOMMMMMM!!
Bahagian enjin kereta aku meletup. Aku segera memberhentikan kereta dan menjerit mengejutkan isteri aku. Isteri aku tersedar, dan dalam keadaan yang panik itu, aku terus membuka tali pinggang keledarnya dan bukakan pintu supaya dia boleh keluar. Selepas dia berjaya keluar, aku pula keluar dari kereta. Aku hanya sempat mengambil barang-barang penting aku dan isteri aku seperti telefon dan wallet. Aku menarik tangan isteri aku berlari jauh dari situ. Kereta aku terbakar ditengah-tengah jalanraya di malam raya.
****************************************************************************************************
Esok paginya, selepas sembahyang raya. Aku mendapat panggilan dari pihak bomba. Mereka menyatakan bahawa kereta aku sudah lama tidak servis dan disebabkan itu, kereta aku overheat. Terlalu panas. Aku akui bahawa aku sudah setahun tidak servis kereta. Aku terlupa. Dan kabus yang aku lihat semalam adalah asap dari enjin kereta dan kereta yang highbeam dan hon sampai tahap pusing balik follow dari belakang sebab nak bagitau aku yang kereta aku berasap. Yang aku pulak, asyik fikir hantu, hantu, hantu, hantu, hantu.. Malang sungguh nasib aku di hari raya tahun ini. Bagaikan tak percaya dengan semua ini.
-Tamat-
No comments:
Post a Comment