Aku duduk ditangga rumah, aku melihat adik-adik saudaraku semuanya seronok bermain bunga api. Aku memang suka dengan suasana kampung. Aku bersyukur sangat kerana setiap kali musim perayaan, aku akan dapat peluang untuk pulang ke kampung selama beberapa hari. Hari tersebut merupakan hari raya yang ketiga, masih ramai lagi orang di kampung mak aku tu. Kawasan depan rumahnya memang luas, boleh memuatkan 10 biji kenderaan besar.
Sedang leka-leka aku tengok budak-budak tu main bunga api. Pandangan aku tiba-tiba tertumpu pada satu tubuh di dalam hutan. Aku dapat lihat, seorang gadis yang comel dan cantik sedang memerhatikan aku dari jauh. Mata aku ni hebat, tidak pernah rabun, dan mata aku ni senang nak melihat ketika berada di dalam keadaan yang gelap. Jadi, aku memang boleh nampak gadis cantik tu. Gadis tu tersengih melihat aku, tetapi apabila dia menyedari yang aku nampak dia. Dia terus jadi kaget dan segera melarikan diri. Aku jadi hairan, aku terus terjun tanah dan mengejar gadis tersebut. Aku nak tahu kenapa dia mengintip aku?
Aku ikut gadis tu dari belakang, dan aku tiba disebuah rumah kosong. Rumah tersebut besar, saling tidak tumpah seperti rumah agam. Aku tidak pernah tahu pula di kampung aku tersebut ada rumah peninggalan sebesar itu. Tiba-tiba aku terdengar suara gadis tersebut dari tingkat atas, "Janganlah ikut.. Hehehehe..". Aku terus toleh ke arah suara tersebut, kelihatan gadis itu sedang lari menaiki tangga menuju ke tingkat atas. Sampai saja gadis itu di tingkat atas, dia berhenti sebentar dan menoleh ke arah aku, apabila dia mendapati aku sedang perhatikan dia, terus dia menjerit kecil dan tergelak, kemudian terus berjalan dan hilang dari pandangan aku.
Tanpa membuang masa lagi, aku terus berlari menaiki tangga tersebut. Aku jadi terkejut apabila sudah sampai ditingkat atas, kerana terdapat begitu banyak pintu bilik. Aku tertanya-tanya, apakah tempat itu bekas resort? Aku terus berjalan ke depan sambil mata aku memandang ke arah sekeliling. Akibat tempat itu agak kotor dan berhabuk, pandangan aku menjadi sedikit sukar, aku terpaksa mengeluarkan telefon dan menggunakan flashlight. Aku suluh ke setiap pelusuk demi mencari kelibat gadis itu. Aku pasti gadis tersebut tidak masuk ke dalam salah satu bilik disitu kerana aku tidak dengar bunyi pintu dibuka dan ditutup. Aku terus berjalan ke hadapan sambil-sambil mengira pintu bilik yang ada disitu. Tapi kiraan aku terhenti apabila aku hampir kira sampai 110 biji. Kerana, pada waktu itu aku baru tersedar bahawa aku langsung tidak bergerak dari tadi. Aku toleh ke belakang, aku dapat lihat tangga yang naik tadi. Aku mulai rasa seperti ada sesuatu yang tidak kena.
Aku tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan keluar. Aku sambung semula berjalan terus. Kali ini aku tidak kira pintu-pintu yang ada, dari pandangan mata aku, memang aku bergerak ke hadapan. Kerana aku boleh lihat aku meninggalkan pintu-pintu itu semua. Tetapi, apabila aku menoleh ke arah belakang. Tangga yang aku naik tadi masih berada tidak jauh. Sama kedudukan macam tadi juga. Aku mula rasa tidak sedap hati. Kemudian aku terdengar bunyi tawa dari gadis itu lagi. Aku pandang ke arah suara tersebut, gadis itu berada jauh dihadapan. Kaki aku keras seperti kaki meja, tidak dapat bergerak. Peluh mulai mengalir di dahi aku. Tangan aku mulai menggigil. Gadis yang aku lihat cantik dan comel itu tadi sudah berubah menjadi seekor makhluk yang ngeri dan menakutkan. Serupa dengan pontianak. Aku cuba untuk melarikan diri tapi kaki aku tidak mahu mengikut arahan. Ini adalah pengalaman pertama buat aku, aku tidak pernah terserempak dengan mana-mana makhluk halus sebelum ini. Aku cuma dengar cerita dari mulut orang saja. Tapi apabila diri aku sendiri terkena, aku tidak tahu nak buat apa.
Pontianak tersebut semakin menghampiri, aku dapat lihat kukunya kotor dan warna hitam, bajunya kotor dan terlampau lusuh, rambutnya mengerbang tidak terusus, dan baunya pula terlalu busuk, lebih busuk dari bau bangkai. Aku rasa nak muntah, tapi tak boleh nak muntah. Di perut pontianak tersebut berlubang, dan ada cacing-cacing bergerak disitu. "Sundal Bolong?" terlintas difikiran aku. Semakin pontianak itu menghampiri aku, tiba-tiba telefon aku berbunyi. Disebabkan bunyi telefon itu aku tetapkan laungan azan, pontianak tersebut tiba-tiba menjerit dan terbang kembali ke tempatnya berdiri tadi. Dikesempatan itu aku ambil untuk melarikan diri, entah dari mana datangnya kekuatan diri, aku bersyukur sangat sebab kaki aku tidak ingkar arahan aku. Aku terus berlari keluar dari rumah besar itu. Aku boleh dengar bunyi pontianak mengilai, bunyi hilaiannya aku dengar berada di dalam rumah. Tidak lama kemudian, aku dengar ianya di luar rumah pula. Pada waktu itu aku tahu bahawa pontianak itu sedang mengejar aku. Pontianak tersebut berhenti di atas pokok tidak jauh dihadapan aku. Dia turun perlahan-lahan dan terbang ke arah aku. Alhamdulillah, lagi sekali telefon aku berbunyi. Membuatkan pontianak tersebut terbang semula ke atas pokok.
Aku lihat diskrin telefon, nama ayahku tertera. Aku angkat panggilannya dan memberitahu bahawa aku sedang dikejar oleh pontianak. Nasib aku baik kerana ayah aku merupakan seorang ustaz yang terkenal dikampung tersebut. Jadi, dia suruh aku tetapkan telefon aku ke loudspeaker. Kemudian aku dengar dia ada membacakan ayat yang aku tak pasti sebab tak berapa nak dengar kerana aku sedang fokus berlari. Tapi, walaupun tak jelas, pontianak tersebut tidak berani untuk terbang dekat lagi. Dia menjaga jaraknya dengan aku, pada masa yang sama, aku membaca ayat Qursi di dalam hati. Aku menoleh ke arah belakang, pontianak tersebut masih lagi tidak berhenti mengejar aku, cuma dia tidak berani untuk datang dekat. Aku boleh dengar dengan jelas hilai tawa pontianak tersebut. Silap aku juga sebab bangang pergi kejar gadis yang aku tak kenal dan gadis itu pula mencurigakan pula tu. Nampak sangat aku sudah termasuk jerat syaitan.
Akhirnya, aku tiba juga diperkarangan rumah mak aku itu. Aku menjerit-jerit panggil ayah aku. Ayah dan pakcik makcik aku segera keluar dari dalam rumah dan mendapatkan aku. Kami semua dapat dengar dengan jelas hilai tawa dari pontianak tersebut. Anak-anak saudara aku yang tadi bermain bunga api, terus berlari masuk ke dalam rumah. Ada yang menangis kerana ketakutan. Ayah aku tanpa membuang masa terus melakukan tanggungjawabnya. Kami yang lain hanya melihat saja. Pontianak tersebut semakin kuat mengilai, dan ayah aku masih lagi tenang. Pakcik aku membawa botol kosong kepada ayah aku. Kami semua dapat lihat ayah aku menarik pontianak tersebut turun dari atas pokok. Kali ini pontianak itu tidak mengilai lagi, dia menjerit pula. Jeritannya begitu mengerikan. Apabila pontianak tersebut semakin dekat dengan ayah aku, dia tiba-tiba berubah menjadi asap dan disedut masuk ke dalam botol kosong tadi dan pakcik aku menutup botol tersebut dengan segera. Aku pula, tiba - tiba pengsan tanpa sebab.
Esok paginya, aku sedar dalam tengahari. Ayah aku kata aku bernasib baik dapat melarikan diri, kalau tak, mak dan ayah aku takkan dapat tengok wajah aku lagi. Pontianak yang mengganggu aku semalam tu tengah cari makan. Pontianak tu dulu bertuan, tapi tuan dia taknak bela dia lagi, tuan dia pun letak pontianak tu dalam botol dan campak ke dalam sungai. Botol yang mengurung pontianak tu pecah akibat terlanggar batu ketika air sungai deras, dan pontianak tu pun bebas dari kurungan. Akibat dari itu, ia pun merayau-rayaulah mencari tempat tinggal dan tuan baru. Tapi tak pernah jumpa, dan akhirnya dia menjadi lapar akibat sudah lama tidak makan. Sudah hampir 30 tahun pontianak itu merayau-rayau. Akhirnya dia tiba dikampung tersebut, dan dia mencari mangsa untuk dia makan. Fikirnya dia tidak akan berjaya, tetapi aku pula yang terkena dengan tipu helahnya itu. Rumah besar yang aku masuk semalam tu bukanlah rumah sebenarnya, ianya adalah ilusi yang aku terkena disebabkan pontianak tu. Selepas dari peristiwa tu, aku taubat kalau ada gadis cantik comel usha aku, aku takkan tergoda.
-Tamat-
(Aku taip cerita ni ketika tengah malam, dah masuk raya ke-4. Lepas tu aku schedulekan kat Fb & Blog utk post cerita ni pagi nanti. Waktu aku taip cerita ni, aku nampak macam ada benda mengintai aku dari luar tingkap. Masalahnya rumah aku tingkat 22.)
Yg intai tu hantu galah kot ? 3 ekor.. No 2 encang no 1.. Ni 3 encang no 1 & 2.. Jejak ler tingjat 22 hahaha
ReplyDelete