Saturday, 9 July 2016

HIKAYAT RAYA 2016: Malam Rayaku

Siapa saja yang tidak suka apabila tibanya hari raya Aidilfitri? Semua orang bergembira, ada juga yang berduka kerana tidak dapat beraya dengan keluarga akibat terpaksa bekerja di bandar disebabkan bos yang bangang tak reti bahasa. Ada juga yang bersedih kerana tidak dapat membeli tiket kapal terbang untuk terbang pulang ke sabah dan sarawak kerana tiket mahal atau pun tiket habis, tidak lupa juga syarikat yang bangang tak reti nak bayar gaji pekerja. Sudahlah tidak bayar gaji, bonus pula lesap entah ke mana. Ada juga yang bersedih kerana kehilangan orang yang tersayang akibat terkorban dalam nahas jalanraya. Bila nak dihuraikan cerita sedih di hari raya ni, terlalu banyak. Tak akan habis punya. Jadi, ini adalah cerita pendek yang aku ingin kongsikan dengan semua rakan taulan, samada yang mengenali diriku atau pun tidak. 

Pada tarikh 5/6/2016 iaitu malam raya tempoh hari, aku telah melalui saat-saat yang paling seram dalam hidup aku, yes, cerita aku tak ada kaitan dengan cerita sedih, tapi ianya seram(bagi diriku). Setengah jam selepas waktu berbuka puasa bersama puasa, ayah aku mengajak aku untuk mengikutinya ke masjid untuk takbir malam raya. Aku menolak dengan alasan ingin membantu mak mengemas rumah. Ayahku biarkan saja. Sebetulnya, aku rasa malas malam itu untuk mengikuti ayah aku sebab perut terlalu kenyang. Sepanjang-panjang bulan Ramadhan, malam terakhir itu lah baru aku dapat rasa masakan mak aku sebab selama ni aku berbuka diluar sahaja, itu pun minum air nescafe mamak bungkus. Aku ni kerja dekat salah satu butik pakaian ditengah bandar Kuala Lampu, kerja macam aku ni memang susahlah nak dapat cuti dan susah untuk pulang awal. Lagi-lagi aku selalu dapat shift tengahari dan kena balik malam. Dekat-dekat musim perayaan ni memang ramailah kaum melayu memenuhi pasaraya-pasaraya kat bandar sebab nak beli macam-macam untuk menyambut ketibaan bulan Syawal yang mulia. Tapi, nasib baik permohonan cuti aku untuk tahun ni diluluskan sebab ada enam orang pekerja berbangsa cina yang boleh backup aku ketika aku cuti di hari raya. Setiap tahun, tak pernah aku dapat cuti, jadi cuti kali ni memang aku tak nak sia-siakan. Berbalik pada cerita aku, aku menolak ajakan ayah aku untuk ke masjid, aku membuat keputusan untuk rehat dirumah saja. Mak dan adik-adik perempuan aku pula sedang sibuk mengemas rumah dan memasak di dapur. Jadi, tak ada benda sangat yang aku nak bantu. Aku baring-baring je atas katil sambil usha-usha telefon, tengok berita-berita malam raya kat facebook dan twitter. Tengok gambar manusia zaman sekarang dengan fesyen baju raya yang saling tak tumpah macam nak kena penampar dan dipijak berjemaah. Tengah sedap kutuk-kutuk manusia dalam facebook ni, tiba-tiba, rumah aku black out. Maka, terdengarlah suara jeritan adik-adik perempuan aku kat luar tu. Aku pun on kan flash kat telefon dan suluh jalan untuk berjalan ke luar bilik. Aku segera berjalan menuju ke kotak elektrik dan on kan balik suis yang terpadam. Tapi tak boleh. Aku tinjau ke luar rumah, satu kawasan perumahan gelap. Bermakna TMB buat hal, mungkin ada suis terbakar di penjana kuasa berdekatan. Kemudian, aku call lah TMB nak minta kepastian kenapa boleh jadi kes macam tu. Ya lah, malam raya orang tengah busy nak menyiapkan macam-macam benda, boleh pulak elektrik terpadam. Call punya call, tak angkat - angkat. Aku pun naik bengang, aku pergi ke rumah jiran. Rupa-rupanya jiran aku pun tengah call TMB. Dia pun terima nasib yang sama macam aku, TMB tak angkat. Aku pun masuk ke dalam rumah kembali. Terpaksalah menunggu dalam gelap. Aku masuk ke dalam bilik dan baring atas katil semula. Keadaan memang panas. Aku rasa tak best je waktu tu. Mata pulak terasa macam mengantuk. Rasa macam nak lelap je.Tapi disebabkan aku tau yang mak dan adik-adik aku takut dengan gelap, jadi aku tak jadi nak lelap. Aku gagahkan diri untuk bangun dari katil dan duduk di ruang tamu bersama mereka semua sambil menanti kepulangan ayah aku. Masalahnya, takbir kat masjid pun aku tak dengar dah waktu tu. Mungkin akibat elektrik terputus, jadi, amp untuk mikrofon pun tak berfungsi, ya lah, amp tu perlukan elektrik juga untuk berfungsi. Aku labuhkan punggung aku ke atas sofa dan aku capai majalah di bawah meja kopi, aku jadikan majalah itu sebagai kipas untuk menyejukkan badan aku. 


Tengah-tengah best mengipas, secara tiba-tiba aku rasa lain macam pulak. Apahal aku tak dengar pun suara mak dan adik-adik aku? Aku panggillah dia orang semua. Tak ada jawapan. Aku jadi hairan kejap. Aku panggil lagi, tetap tak ada jawapan. Dalam hati aku dah berdetik dah lagu Eh Dah Jimbit. 

"Jam di dinding terus berdetak ahhhh,
    Hatiku semakin berdebar ahhhhhhh
Dup dap dup dap dup dap..."

Manalah gamaknya dia orang ni, nak kata dalam bilik, takkanlah tak dengar aku memanggil? Rumah aku tu pun bukannya kalis bunyi. Jiran hujung rumah berak pun boleh dengar kot. Aku terus bangun dan berjalan ke arah dapur. Aku panggil dia orang lagi. Tak ada jawapan jugak. Aku naik bengang dah, aku tau dia orang saja je nak prank aku ni. Aku pun apa lagi, dah lah perut tengah kenyang, aku lepaskan sebuah kentutan bertalu-talu di dapur. Baunya amatlah membusukkan. Aku sendiri yang bau pun jadi tak tahan. Kemudian aku sambung nyanyi lagu Eh Dah Jimbit

"Jam di dinding terus berdetak ahhhhhh"  

Tiba-tiba aku terdengar ada suara yang sambung nyanyian aku tu. Yang aku tau suara tu bukan milik ahli keluarga aku, sebab aku kenal dengan setiap suara keluarga aku. Suara yang aku dengar masa tu agak garau dan pitching dia lari sikit. Nampak sangat tak ada bakat dalam bidang nyanyian. Aku pun tanyalah siapa yang menyanyi tu, sebab aku syak adik-adik aku nak menyakat. Ya lah, aku seorang je anak lelaki dalam keluarga tu dan aku pulak anak yang sulung. Jadi, dia orang konon nak test tahap keberanian aku lah. Dia tak tau ke yang aku ni penakut, siot betul. Kemudian, aku terdengar suara garau tersebut membalas pertanyaan aku

"Ehh Daaa Jembut

Bulu roma aku agak berdiri sikitlah waktu tu. Entah kenapa aku pun tak tau. Padahal aku tau itu adik-adik aku. Mana ada hantu tau nama-nama artis kat Burkina Faso ni. Hantu kan bangang. Aku pun marahlah adik-adik aku. Aku cakaplah jangan main-main. Tak kelakar kot. Nak terkincit dah aku waktu tu. Kemudian, suara tu gelak je. Gelak tak comel pulak tu. Aku pun malas nak layan walaupun ada rasa takut dalam diri. Aku fikir ada lebih baik kalau aku tidur saja dalam bilik. Ketika aku tengah nak melangkahkan kaki menuju ke dalam bilik, aku terdengar pulak bunyi sudip jatuh kat dapur. Aku fikir itu mak aku atau adik-adik aku. Mungkin dia orang terlanggar sudip tu kemudian mengakibatkan beliau jatuh ke lantai. Pada mulanya aku biarkan saja. Tapi selepas bunyi sudip jatuh tu, aku terdengar pula bunyi kaca pecah jatuh ke lantai kat dapur. Aku terus terkejut, dan aku terdengar bunyi "OUCH!" kat dapur. Bunyi tu suara mak aku, maka dengan rasminya aku pun berlarilah menuju ke arah dapur sebab risau akan diri mak aku. Aku on kan flashlight kat telefon dan suluh ke arah bunyi kaca pecah sebentar tadi. Kaca yang pecah aku jumpa atas lantai, tapi mak aku, aku tak jumpa. Aku pun panggillah mak aku berkali-kali. Mak aku tak menjawab. Aku jadi risau pulak, aku pun segera berjalan ke arah penyapu dan penyodok. Niat aku nak sapu kaca yang pecah tu sebab risau kalau yang lain berjalan dalam gelap lepas tu terpijak pulak. Bahaya kot. Sebagai anak yang baik, lebih baik aku lakukannya dengan segera. 

Tapi!!

Ketika aku tiba di tempat mak aku letak penyapu, aku lihat dengan jelas menggunakan flashlight telefon aku, bahawa adik perempuan sulung aku sedang berdiri di situ tanpa kepala. Di mana kepalanya? Dia sedang memegang kepalanya sendiri ketika itu. Aku dapat lihat, adik aku sedang senyum memandang ke arah aku. Aku sejujurnya tak tau apa nak buat waktu tu. Nak menjerit, tapi entah kenapa tak boleh pula. Aku toleh ke belakang dengan niat untuk menyelamatkan diri tapi malangnya, mak aku pula aku lihat sedang mengesot di atas lantai. Dia mengesot ke arah aku dengan kakinya yang berulat dan berbau busuk. Mata mak aku mengalirkan sejenis cecair yang digelar sebagai darah. Akibat rasa takut yang melampau, aku melompat menuju ke arah ruang tamu. Dan aku dapat lihat pintu depan, aku cuba untuk berlari ke arah pintu itu, tetapi terhenti. Kerana, adik perempuan aku yang lagi sorang berdiri di pintu tersebut. Aku tak tau nak buat apa lagi. Aku toleh ke kanan, aku tengok pintu bilik aku terbuka luas, aku membuat keputusan untuk lari ke dalam bilik, kunci pintu dan cuba keluar melalui tingkap. Dengan pantas aku lari masuk ke dalam bilik, tapi tak sempat. mak aku sempat genggam buku lali kanan aku. Membuatkan aku jatuh terjelupuk ke atas lantai. Sakitnya tak payah cerita. Aku menjerit-jerit meminta tolong mak aku supaya melepaskan genggamannya. Tapi rayuan aku tak diendahkan. Adik perempuan aku dua orang tu tiba-tiba muncul di sebelah kiri dan kanan aku. Aku jadi tak keruan, aku dah buntu, tak tau nak buat apa lagi. Aku menjerit sepuas hati tapi suara aku langsung tak keluar. Macam ada sesuatu yang menyekat suara aku dari menjerit. Kemudian, adik perempuan aku yang tanpa kepala tadi, dia mengalihkan kepalanya ke atas muka aku. Dan dia mula mengeluarkan darah dari lehernya itu, darah tersebut mengalir jatuh ke muka aku. Aku meronta-ronta. Darah tersebut berbau sangat-sangatlah busuk. Aku hampir muntah. Aku tutup mulut aku supaya darah busuk itu tidak masuk ke dalam mulut aku. Kemudian, adik aku yang seorang lagi tu pula, dia memijak perut aku sekuat hati tanpa ada rasa sedikit pun belas kasihan. Dan seterusnya, keadaan tiba-tiba jadi sangat terang. 

"Haaa, bangun pun. Kurang ajar punya budak, aku kejutkan kau dari tadi tak juga bangun-bangun. kau dah kenapa mengingau macam nak gila ni?" bebel mak aku. 

Mimpi? Aku mimpi ke tadi? Aku pandang ke arah mak aku, mak aku berdiri di kaki katil. Aku lihat ke arah buku lali kaki, merah seperti kena genggam. Dan adik perempuan aku yang pijak perut aku tadi ada di atas katil. Adik perempuan aku tanpa kepala tadi sedang berdiri disebelah katil sambil memegang baldi kecil. Dari situ aku boleh agak yang mak aku mungkin cuba untuk merentap kaki aku supaya bangun tapi tak berhasil, kemudian dicuba pula oleh adik aku dengan menyirap air rendaman stokin ayah aku tapi aku tak juga bangun. Terakhir, adik bongsu aku pijak perut aku, barulah aku sedar. Jadi, semuanya tadi hanyalah mimpi? Bila aku bertanya tentang blackout, mak aku kata memang ada berlaku tapi tak sampai lima minit pun. Bermakna semua ni silap aku lah sebab tertidur tadi selepas makan, dengan tak solat maghribnya lagi. Jangan jadi macam aku, utamakan solat itu. Malam raya syaitan dah dibebaskan, jadi, korang semua berwaspadalah. Selamat hari raya dari aku dan keluarga. Peace out~~


-Tamat- 

No comments:

Post a Comment