"Kenapa lagi?" soal Munir kepada Vini. Vini hanya mendiamkan diri. Tidak ada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulutnya itu. Munir menghampiri Vini dan cuba untuk memujuknya agar memberitahu apakah hajatnya ajak berjumpa pada kali itu.
"Aku ada masalah. Benda tu datang lagi ganggu aku. Aku dah tak tahan Munir." ujar Vini, kemudian matanya mengeluarkan sejenis cecair yang di gelar air mata. Munir diam membisu. Dia tidak tahu apa yang sepatutnya dia katakan ketika itu.
"Hari-hari benda tu datang rogol aku, Munir. Aku tak sanggup jadi hamba seks kepada makhluk tu lagi." sambung Vini lagi dan menekup mukanya dengan tangan.
"Aku.. tak tahu macam mana nak bantu kau lagi." balas Munir dan terus termenung. Vini mengalami gangguan pertama apabila dia mencecah usia 18 tahun. Dia di rogol bertalu-talu oleh makhluk yang dia sendiri takut untuk lihat. Wajahnya begitu hodoh dan ngeri. Sudah tiga tahun Vini mengalami gangguan tersebut. Sahabat baiknya Munir yang sebenarnya akan menjadi suami Vini sudah puas membantu dan berikhtiar. Sudah tiga tahun berlalu semenjak kali pertama Vini di rogol. Ramai ustaz dipanggil untuk membantu, tidak lupa juga bomoh dan dukun. Namun, semuanya sia-sia. Mereka sudah puas melakukan yang terbaik, difikirnya sudah berakhir tetapi sebenarnya tidak. Jin yang melekat pada diri Vini pandai bermain tipu helah. Akibat daripada masalah yang menghimpit Vini, Munir terpaksa menangguhkan perkahwinan mereka berdua. Dia ingin menyelesaikan masalah kekasih hatinya itu. Walaupun sudah banyak kali dia diserang tanpa dapat berbuat apa-apa. Ternyata Jin tersebut amat marah apabila Munir cuba untuk membantu.
"Aku rasa aku patut mati saja lah Munir. Aku tak sanggup lagi nak tahan dengan semua dugaan ni." kata Vini lemah, tiba-tiba saja Vini rebah jatuh ke lantai. Orang ramai yang berada di situ terkejut dan cuba untuk membantu Vini. Ada juga yang datang menangkap Munir.
"Aku tengok dia dari tadi menangis, kau buat apa? Pukul mangkuk ni woi! Pukul dia! Kimak betul!" kata salah seorang lelaki yang berada di situ. Munir menjadi agresif dan menolak semua orang ke tepi. Dan Munir menjerit mengarahkan semua orang yang berada di situ agar jauhkan diri dari Vini kalau nak hidup lama. Dari riak wajah Munir, membuatkan orang yang berada di situ menjadi gerun. Mereka semua berundur perlahan-lahan ke belakang.
"Puas hati kau celaka!? Kat rumah, kat masjid, kat sini pun kau nak buat hal!? Lahanat! Bangunlah! Jangan nak pura-pura pengsan! Aku tau kau bukan Vini!!" jerit Munir bengang dengan situasi yang sedang berlaku ketika itu. Orang ramai yang melihat kelakuan Munir menjadi hairan.
"Aku rasa couple ni dah gila babi kot? Gaduh sampai macam ni. Kau record wei, bagi viral nanti." bisik salah seorang manusia di situ kepada rakannya.
Perlahan-lahan kedengaran suara Vini ketawa, dan Vini bangun dari rebahnya perlahan-lahan. Semua yang ada di situ melihat saja gelagat Vini. Semakin lama, semakin kuat ketawanya. Munir terfikir-fikir apakah muslihat jin yang mengganggu kekasihnya untuk kesekian kalinya.
"It's just the prank, bro! It's just the prank!" kata Vini sambil ketawa berdekah-dekah. Semua yang berada di situ berkata " Ek eleh.........". Tapi tidak Munir, dia segera mendapatkan segenggam tanah yang tidak jauh dari situ. Dia membacakan sesuatu ke arah tanah yang dia genggam tersebut. Kemudian, dia melemparkan ia ke arah Vini. Tanah yang mengenai tubuh Vini tersebut mengakibatkan Vini menjerit "PANASLAH ANJING!!" dan memandang tepat ke arah Munir. Kemudian, Vini sambung ketawa berdekah-dekah kembali dan membuatkan semua orang di situ percaya bahawa semua yang berlaku ketika itu adalah "prank". Secara tiba-tiba, Vini berlari ke arah seorang lelaki dan menolak lelaki tersebut menggunakan jari telunjuk secara perlahan. Akan tetapi, tolakannya itu membuatkan lelaki tersebut melayang jauh ke belakang. Dan, Vini menggigit telinga seorang lagi lelaki dan mengakibatkan telinga mangsa putus. Darah memancut-mancut keluar. Semua yang berada di situ lari bertempiaran. Munir hanya tergamam di situ. Dia secara jujurnya tidak tahu apa yang patut dia lakukan. Pertama kali Munir lihat jin yang merasuk Vini mengganas sedemikian rupa. Sebelum ni setakat cakar-cakar je.
"Bro! Awek lu tu! Pergilah halang dia, kimak. Sebelum wa tikam dengan rambo blade ni!" jerit seorang lelaki ke arah Munir.
"Jangan! Dia kena rasuk! Jangan apa-apakan dia!" balas Munir.
"Gila kau? Ni sampai nak membunuh sial!" balas lelaki tersebut. Munir berpeluh-peluh di situ. Dia mencapai telefon bimbitnya, dia membuat panggilan kepada seorang ustaz yang pernah membantu dalam kes Vini sebelum ini. Nasib baik ustaz tersebut tidak sibuk dan akan menghadirkan dirinya ke lokasi. Sebuah kereta peronda telah pun tiba di tempat kejadian. Mereka cuba untuk menahan Vini, tapi sebaliknya pula yang berlaku. Vini telah mengganas dan mencederakan anggota polis tersebut.
Ustaz Bakar telah pun tiba ke lokasi bersama seorang sahabatnya yang akan turut membantu. Tapi dia terkejut apabila dia melihat bahawa ada kenderaan polis dan juga Ambulans di situ. Dia melihat Munir sedang menangis di satu sudut. Ustaz Bakar datang menghampiri Munir. Munir menceritakan semua yang berlaku kepada Ustaz Bakar. Jin yang merasuk jasad Vini telah mengganas lebih liar, tidak sama seperti sebelumnya. Dia telah menyerang anggota polis dan menggigit leher polis tersebut, membuatkan polis itu berdarah dengan teruk sekali. Akibat ketakutan, anggota lagi seorang terlepas dua das tembakan ke arah Vini. Vini meninggal dunia serta merta di tempat kejadian. Tidak ada apa yang Munir boleh lakukan. Gadis yang dia kenali sejak berumur 12 tahun lagi, di mana mereka sudah berjanji untuk mendirikan masjid bersama. Tapi tidak kesampaian, hasrat mereka terkubur. Ustaz Bakar menenangkan Munir. Munir tidak henti-henti menangis. Munir menyalahkan dirinya kerana tidak halang Vini dari mengikut kawan-kawannya pergi mendaki bukit empat tahun lepas.
********************************************************************************************
"Bolehlah Munir. Tahun ni kita last sekolah, ini lah masanya nak lepak dengan kawan-kawan. Aku tak pernah merasa hiking-hiking ni. Please baby?" rayu Vini.
"Hmm..Iyalah, tapi jaga diri elok-elok. Pastikan telefon tu sentiasa on, kalau terjadi apa-apa senang nak call." pesan Munir. Maka, Vini pun pergilah sertai kawan-kawan sekelasnya mendaki bukit yang agak jauh dari tempat tinggal mereka. Tapi sayang, pulang sahaja ke rumah, Vini tidak sedar bahawa dia membawa pulang sesuatu yang memerhatikan dia tidak henti-henti ketika dia berada di bukit tersebut. Setahun kemudian, bukit itu telah ditarah oleh kerajaan untuk bina kawasan pembangunan. Jin yang menghuni tubuh Vini sudah tiada tempat tinggal lagi dan membuat keputusan untuk tinggal dengan Vini yang dianggap sebagai kekasihnya. Dan, penderitaan Vini berakhir dengan tragis sekali.
--Tamat--
No comments:
Post a Comment