Haris kelihatan sedang menulis sesuatu di atas sekeping kertas berwarna putih bersaiz A4. Kemudian, dia meletakkan kertas tersebut di bahagian dashboard kereta. Remy datang menghampiri dan melihat kertas tersebut, "Tumpang parking, kereta rosak.". Haris melihat jam di tangan, sudah hampir pukul sembilan malam.
"Kenapa kita parking jauh sangat ni?" soal Remy yang hairan kenapa Haris meletakkan kenderaannya di Pangsun, bukan di Gunung Nuang saja. Haris menerangkan kepada Remy jika mereka parking di Gunung Nuang, sudah tentu akan dihalau oleh pihak polis. Sudah pasti kawasan itu sedang dijaga oleh pihak polis. Remy hanya menggangguk tanda mengerti dengan penjelasan dari Haris. Mereka menempuhi hutan-hutan disekitar itu, mereka ingin mencari jalan untuk tembus ke Gunung Nuang. Remy merasakan hairan, bagaimana Haris ingin mencari jandanya itu jika dia sendiri tidak tahu di mana keberadaan jandanya? Apabila diajukan soalan, Haris hanya menjawab, dia mengikut naluri. Dan semasa di dalam kereta lagi, Haris asyik ulang perkataan yang sama. Dia berkata bahawa hati dan nalurinya kuat bahawa anaknya turut ada bersama dengan jandanya itu. Remy faham dengan perasaan Haris. Tapi walaubagaimanapun, perasaan tidak sedap tetap tidak beransur dari hati Remy.
"Aku nak cakap ni, kalau dalam movie kan. Hero mesti hidup, lepas tu yang berlakon extra sebagai kawan hero tu mesti akan jadi korbankan? Makna kata, malam ni aku akan korbankan diri aku untuk kau....." kata-kata Remy berhenti kerana Haris tiba-tiba saja berhenti berjalan. Haris memberikan isyarat untuk tunduk bersembunyi. Remy mengikut saja arahan Haris. Mereka dapat lihat dihadapan mereka ada beberapa suluhan lampu. Mungkin pihak polis agaknya. Setelah memastikan keadaan selamat, mereka sambung berjalan lagi.
Hampir 5 jam mereka menempuh hutan tersebut dan Haris yakin bahawa mereka ketika itu sudah berada ditengah-tengah hutan Gunung Nuang. Haris memberitahu kepada Remy bahawa perasaan dia kuat menyatakan bahawa anaknya berada berdekatan. Remy cuba untuk memasang telinga demi mendengar jika ada bunyi tapak kaki orang berjalan. Matanya juga melilau memandang keadaan sekeliling.
"Sini.." ajak Haris dan Remy mengikut saja. Remy tidak tahu apa yang patut dilakukannya. Dia hanya mampu mengikut arahan dari Haris. Dia ikut rapat, kerana risau jika terpisah nanti sesat.
"Umm.. Haris, masa awal-awal kita sampai tadi. Aku ada cakap kat kau satu benda, kau ada...." kata-kata Remy terhenti lagi kerana Haris memberikan isyarat supaya diam dan ikut dia bersembunyi di sebalik semak. Mereka berdua dapat melihat, tidak jauh dari tempat mereka bersembunyi, terdapat seekor haiwan yang mereka sepatutnya hindarkan dari terserempak. Pak Belang nama diberi atau nama saintifiknya Hari Siang Bekerja, Hari Malam Mengaum. HARIMAU. Remy terketar-ketar menahan takut, dan menahan dirinya dari membuat sebarang bunyi. Dia berharap sangat pada waktu itu janganlah tiba-tiba terbersin macam dalam movie. Namun, Haris kelihatan sangat tenang. Mulutnya seperti terkumat-kamit membaca sesuatu. Tidak lama kemudian, harimau tersebut berlalu pergi berjalan ke arah yang bertentangan. Apabila mereka memastikan keadaan sekitar sudah selamat, barulah mereka keluar dari tempat persembunyian.
"Haris, boleh aku tanya. Kau baca apa tadi masa kita jumpa haiwan tu?" soal Remy inginkan kepastian.
"Aku just berbisik je. Kalau ajal kita mati kena makan dengan harimau, aku redha. Itu saje. Lepas tu aku mengucap awal-awal." jawab Haris. Jawapannya tersebut membuatkan Remy terkejut.
"Makna kata dia memang berserah je lah tadi? Mati-mati aku ingatkan dia baca surah ke, ayat pelindung ke.." bisik Remy di dalam hati.
Mereka meneruskan perjalanan. Banyak kali mereka berhenti demi membuang pacat-pacat yang melekat ditubuh mereka. Kemudian, mereka terdengar bunyi tembakan bertalu-talu. Bunyi tembakan tersebut agak jauh, membuatkan mereka terkejut.
"Samada binatang yang ditembak atau janda kau. Tapi arah mana?" ujar Remy.
"Arah sana.. Naluri aku kuat mengatakan bunyi tembakan tu datang dari sana. Cepat! Kita kena lari ke sana. Hati aku tiba-tiba tak sedap ni.." balas Haris dan terus berlari. Remy turut ikut berlari. Banyak kali mereka tersadung kaki pada akar pokok namun dengan segera mereka bangun dan terus berlari. Tidak lama kemudian, mereka tiba di suatu kawasan yang di mana kawasan tersebut terdapat ramai polis dan polis-polis itu sedang mengacukan senjata api mereka ke arah dua orang manusia. Haris memang kenal sangat siapa mereka berdua itu. Haris dan Remy bersembunyi dibelakang sebatang pokok dan memerhatikan peristiwa itu dari jauh. Tuah dan Aishah sudah terkepung, mereka tidak dapat berlari ke mana-mana lagi.
"ALLAHUAKHBAR!!" jerit seorang lelaki tua dan melemparkan sesuatu yang kelihatan seperti pasir atau tanah ke arah Tuah. Tuah mengelak dan melakukan serang balas dengan mengeluarkan bebola api dari tangannya. Serang balas dari Tuah dapat dielak. Bebola api tersebut terkena pada sebatang pokok dan mengakibatkan pokok tersebut terbakar, pokok juga yang jadi mangsa. Remy dan Haris terkejut melihat perkara tersebut.
"Dia tu apa weh? Dragonball ke apa? Boleh fire fire suka-suka hati pulak..?" soal Remy terkejut dan mulutnya ternganga luas. Dari tempat mereka berdua bersembunyi itu, Haris dapat melihat Aishah, jandanya itu sedang mengendong seorang anak kecil. Haris sangat pasti bahawa itu adalah anaknya.
Haris perlahan-lahan berjalan menghampiri mereka semua, diikuti oleh Remy. Haris mencari peluang, tidak ada sesiapa pun disitu sedar dengan kewujudan mereka berdua. Apabila peluang dilihat, Haris terus berlari tanpa mengeluarkan sebarang bunyi dari mulutnya. Dia berlari ke arah Tuah dan melakukan flying kick. Tuah yang sedang leka berhadapan dengan lelaki tua itu tidak sedar akan flying kick yang datang dari arah belakang. Dan, serangan dari Haris mengena tepat di kepala Tuah, mengakibatkan Tuah hilang pertimbangan dan jatuh mencium bumi. Remy hanya mampu berdiri setempat sambil mulutnya terbuka luas. Dia tidak percaya dengan apa yang ditontonnya ketika itu. Keadaan menjadi kecoh seketika. Dia dalam keadaan yang sedang kucar-kacir. Remy dapat lihat bahawa Aishah mengambil kesempatan untuk melarikan diri. Pihak polis terus datang menyerbu Tuah dan Haris. Haris yang turut melihat Aishah melarikan diri, terus menjerit nama Remy dan mengarahkan dia untuk mengejar dia. Remy menerima arahan dengan hati terbuka, dia terus mengejar Aishah.
"Anak aku! Bagi anak aku balik! Perempuan neraka!! Sampai mati aku takkan maafkan dosa kau!!" jerit Haris yang begitu marah ketika itu. Remy terus mengejar Aishah yang giat berlari ketika itu sambil mengendong anak kecil. Anak kecil tersebut menangis tanpa henti. Remy berdoa di dalam hati agar dia dapat selamatkan anak kecil tersebut dan lari dari situ. Dia tak ingin bertarung atau pun berlawan kerana dia sesungguhnya tidak ada bakat dalam perkara tersebut.
"Kau siapa? Apa kau buat kat sini?" soal salah seorang polis yang berada di situ kepada Haris.
"Aku bekas suami perempuan tu, aku salah satu mangsa mereka. Aku datang nak selamatkan anak aku. Aku tak nak anak aku membesar dengan perempuan durjana tu." jelas Haris. Pihak polis mengarahkan dua orang anggotanya untuk membawa Tuah yang sedang pengsan dan Haris untuk turun dari gunung tersebut sementara anggota polis yang lain akan terus mengejar suspek. Namun begitu, pihak polis menerima tentangan dari Haris. Haris berjaya melepaskan diri dan berlari ke arah Remy dan Aishah. Lelaki tua yang kelihatan seperti ustaz yang bertarung dengan Tuah sebentar tadi memberitahu pihak polis agar jangan cederakan Haris tetapi bantu dia sekali.
"Kau tak akan tau macam mana perasaan dia." jelas lelaki tua itu. Lalu, anggota polis yang lainnya terus bergerak mengikut jejak langkah Haris. Keadaan menjadi kelam kabut apabila semua orang di situ termasuk Haris sendiri, mendengar suara seorang lelaki menjerit. Haris terus berlari ke arah suara jeritan tersebut, kerana dia tahu bahawa suara itu adalah milik Remy.
Remy bersandar disebatang pokok. Sebilah pisau tertanam kemas di kaki kirinya. Darah begitu banyak mengalir keluar. Nampak gayanya Remy tidak dapat menghalang Aishah daripada melarikan diri.
"Bau darah tu akan menarik perhatian haiwan-haiwan dalam hutan ni. Semoga kau menikmati kematian.." ucap Aishah dan berjalan menghampiri anaknya yang diletakkan tidak jauh dari situ demi menghalang Remy dari terus mengejarnya.
"Kau..jangan..pandang...aku..sebelah...mata...betina.." kata Remy sambil menarik keluar pisau yang terbenam di kaki kirinya itu dan dia bangkit perlahan-lahan. Aishah berpaling ke arah Remy.
"Oh. Nampak gayanya aku kena pancung dulu kepala kau daripada biarkan kau mati perlahan-lahan." ujar Aishah dan berjalan menghampiri Remy. Secara tiba-tiba, Remy meluru ke arah Aishah dan mencekik lehernya membuatkan Aishah terkejut. Dari mana pula datangnya kekuatan Remy berbuat sedemikian? Sehinggakan Aishah tidak perasaan dan membuatkan dirinya berada di dalam keadaan sebegitu. Remy memandang tepat ke arah mata Aishah. Disebabkan Remy mencekik leher Aishah terlalu kuat, membuatkan pergerakan Aishah terbatas. Dia tidak boleh bergerak bebas, kerana khuatir dia akan cepat letih dan mati akibat tercekik.
"Aku takkan biarkan kau cederakan anak ini lagi." ujar Remy. Mata Aishah terbeliak apabila mendengar kata-kata Remy. Kemudian, Remy mencampakkan Aishah jauh ke depan. Badan Aishah terhentak kuat di pokok. Remy berjalan menuju ke arah Aishah, jalannya tidak betul, seperti orang mabuk saja. Aishah bangun perlahan-lahan, dan bersedia untuk menyerang Remy.
"Kau ada saka rupanya. Kenapalah aku tak perasaan tadi." ujar Aishah.
"Kau hidup cuma 35 tahun. Aku pula 500 tahun. Sebab tu aku kata, jangan pandang aku sebelah mata. Aku akan pastikan kau mati di sini." balas Remy. Maka, pertarungan hebat pun berlaku di antara dua makhluk itu. Aishah walaupun kelihatan seperti biasa-biasa saja, tetapi ilmu dia tentang dalam peperangan memang tidak dapat nak dinafikan. Dia memangnya seorang yang hebat dalam bertarung. Ketika mereka berdua sedang sibuk bertarung untuk menentukan siapa yang hidup dan siapa yang mati. Haris telah pun mengambil anak kecil tanpa pengetahuan Aishah. Anak tersebut diserahkan kepada pihak polis dan polis tersebut membawa anak itu pergi dari situ. Keadaan di situ tidak selamat lagi. Guruh berdentum, angin bertiup kencang.
"Mari.. Anak kau dah selamat. Kita kena tinggalkan tempat ni." ajak tersebut.
"Tak boleh. Lelaki tu kawan saya. Saya kena selamatkan dia." balas Haris.
"Dia bukan kawan kau sekarang. Dia somebody else. Maksud aku, kau tengoklah dia sekarang. Itu adalah saka. Dan aku dapat rasakan saka tu turun temurun." terang lelaki tua itu lagi cuba meyakinkan Haris untuk tinggalkan tempat tersebut.
"Dan aku dapat rasakan yang dia tidak sedar bahawa dia ada saka. Korang kalau nak pergi, silakan. Aku tetap nak selamatkan dia." jawab Haris.
"Kau takkan boleh. Kau takkan dapat nak dekatkan diri dengan dia orang dalam keadaan sekarang." balas lelaki tua itu. Haris tetap mendiamkan dirinya. Lelaki tua tersebut berjalan ke arah anggota polis yang masih berada di situ. Dia memesan agar pergi dari situ dan datang bersama paramedik kerana akan ada insan yang terkorban sebentar lagi. Lalu, salah seorang dari anggota polis tersebut terus berjalan pergi dari situ.
"Aku tak boleh nak buat apa-apa kat perempuan tu tapi aku boleh hentikan saka tu dari terus menyerang. Aku akan paksa saka itu keluar dari badan kawan kau. Aku serahkan pada korang untuk selesaikan perempuan tu." pesan lelaki tua itu, dan Haris mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan dia. Memang Haris mengharapkan lelaki tua itu untuk membantu kerana dia sendiri pun tidak tahu bagaimana untuk membantu kawannya tersebut. Kemudian, Haris mengeluarkan sebilah pisau rambo dari celah but kulit yang dipakainya. Dia ingin mengunakan pisau tersebut ke atas diri jandanya. Dia ingin jandanya merasakan bagaimana sakitnya kena tikam dengan pisau.
Dua makhluk yang sedang bertarung itu tadi kelihatan sudah penat, mereka berdua menjarakkan diri masing-masing untuk mengambil peluang untuk bernafas. Peluang tersebut tidak dilepaskan, lelaki tua yang berdiri di sebelah Haris terus meluru ke arah Remy dan melakukan serangan bertubi-tubi. Serangannya terlalu laju hinggakan Remy tidak dapat menangkis, dia hanya menerima serangan tersebut memandangkan dirinya sudah terlalu penat. Badannya penuh dengan calar balar dan darah akibat dari pertarungan dengan Aishah sebentar tadi. Aishah mengambil peluang tersebut untuk melarikan diri bersama anaknya. Namun, apabila dia tiba di kawasan yang di mana dia meletakkan anaknya sebentar tadi. Dia mendapati bahawa anaknya itu sudah lagi tidak berada di situ. Dia menjadi tidak senang, dia memusing mencari di mana anaknya. Sementara dua orang lagi anggota polis terus mengejar Aishah. Apabila dia menyedari akan perkara itu, dia cuba melarikan diri. Ketika dia hendak menoleh ke belakang untuk melarikan diri, tiba-tiba saja dia merasakan dirinya berada di dalam keadaan yang dia sendiri tidak jangka. Haris memeluk erat tubuh Aishah. Mata Aishah terbeliak luas. Darah mula mengalir keluar dari perutnya yang di mana Haris telah pun membenamkan pisau yang Haris jumpa dikawasan sekitar.
Aishah sudah tidak dapat hendak melakukan apa-apa lagi. Saat itu, dia tahu bahawa dia akan mati. Perlahan-lahan Haris merapatkan mulutnya ke telinga Aishah.
"Selamat ulang tahun, sayang.." bisik Haris ke telinga Aishah. Kemudian, Haris menolak tubuh Aishah dan Aishah jatuh terlentang di atas tanah. Akhirnya, Aishah menghembuskan nafasnya yang terakhir, di situ juga. Manakala Remy pula, tidak menyedarkan dirinya. Haris menghembuskan nafas panjang, dia seolah-olah merasakan hatinya waktu itu sudah lapang. Haris berjalan menuju ke arah Remy yang masih tidak sedarkan diri itu.
"Terima kasih, kawan." ucap Haris.
10 tahun kemudian...
"Muhaimin! Muhaimin! Abdul Muhaimin!!!" jerit Remy.
"Ya, pa? Kenapa pa?" sahut Muhaimin.
"Haaa. Dah siap ke ni? Nanti lambat pulak nak pergi ke sekolah." soal Remy
"Dah siap dah. Orang ambik air kat nenek." jawab Muhaimin sambil melemparkan senyuman yang manis terhadap Remy.
Remy mengambil tanggungjawab untuk menjaga Muhaimin iaitu anak kepada Haris. Muhaimin tahu bahawa dirinya bukan anak kandung tetapi anak angkat. Remy memberitahu kepada Muhaimin bahawa dia telah pun menjumpai Muhaimin menangis di tangga surau ketika bayi lagi. Lalu, Remy mengambil Muhaimin pulang ke rumah untuk menjaganya. Haris pula, telah disabitkan dengan kesalahan membunuh dengan niat di bawah seksyen 302 kanun keseksaan yang di mana ianya di bawa ke hukuman gantung sampai mati.
-TAMAT-
No comments:
Post a Comment