Sunday, 12 June 2016

Bomoh Itu Janda Aku: Selamat Ulang Tahun #2

          Haris terbaring lemah di atas katil hospital. Matanya redup memandang ke arah siling. Bunyi bising di kiri dan kanan tidak di dengarinya. Dia sudah sedarkan diri buat beberapa hari. Tetapi dia menerima berita yang sangat buruk sekali. Di mana ibu dan bapanya telah pun meninggal dunia. Bukan meninggal secara semula jadi tetapi di bunuh. Rumah ibu dan bapanya penuh dengan contengan aneh di dinding, sama seperti di rumah Haris. Haris sudah menceritakan segalanya kepada pihak polis dan pihak polis sudah pun mengerahkan anggotanya supaya mencari dua orang suspek tersebut.

         
          Haris melangkahkan kakinya keluar dari kereta. Dia sudah pun sembuh sepenuhnya dan sudah boleh pulang ke rumah. Kawannya Remy menjemputnya di hospital dan menghantarnya pulang ke rumah. Haris termenung di hadapan rumah. Dia memandang rumahnya itu tanpa berkelip. Hatinya masih lagi tidak tenteram dengan semua yang terjadi. Haris melangkahkan kakinya masuk ke dalam rumah dan Remy mengikutnya dari belakang. Mereka berdua terkejut apabila mereka melihat ada seseorang sedang berada di dalam rumahnya. Lelaki tersebut duduk di atas sofa dan memandang ke arah mereka berdua dan hilang seperti ditiup angin. Haris dan Remy terkedu seketika. Mereka berfikir sejenak, apa benda yang mereka lihat sebentar tadi? Perasaan seram sejuk mulai menyelubungi mereka berdua.


          "Apa yang kita nampak tadi, bro?" soal Remy kehairanan.
          "Aku tak pasti, tapi aku rasa macam tak sedap hati.." balas Haris yang turut juga keliru.
          "Macam ni lah. Buat beberapa hari ni, kau tinggal je dekat rumah aku. Rumah ni nanti-nantilah kita settlekan." cadang Remy yang risau akan keselamatan kawannya itu. Dia risau jika perkara yang sama akan menimpa diri Haris.
          "Eh, tak apa lah. Aku tak nak menyusahkan kau dengan family kau." tolak Haris lembut.
          "Kau dengar je lah kata aku ni. Tinggal kat rumah aku dulu. Jangan degil." paksa Remy, dia memang berkeras untuk Haris tinggal dulu di rumahnya. Haris mengalah dan menerima perlawaan Remy untuk tinggal di rumah beliau.
          "Nanti kita panggil kawan-kawan kita datang sini tolong kau 'cuci' rumah ni." tambah Remy lagi.
          "Cuci? Maksud kau?" soal Haris kehairanan kerana Remy seperti menekankan perkataan cuci itu dan membuatkan Haris rasa serba tidak kena. Remy menarik lengan Haris menuju ke arah kereta dan berjanji akan memberitahu selepas mereka selamat tiba di rumah. Haris hanya akur saja.


          Haris disambut mesra oleh ibu dan ayah Remy. Haris jadi serba salah pula kerana ibu dan ayah Remy terlalu baik dengan dirinya. Haris diperlawa untuk makan malam bersama. Kebetulan ibu Remy iaitu Suhana telah pun memasak makan malam. Remy meletakkan bagasi milik Haris di dalam bilik, lalu menarik lengan Haris menuju ke dapur kerana dilihatnya Haris berdiri saja di ruang tamu seperti malu-malu kucing.
         

          "Aku tahu masakan kat hospital tu semuanya tak sedap. Kau jangan bimbang, masakan ibu aku ni antara yang terbaik di Taman Melati ni. Belum ada lagi yang sanggup nak cakap TIDAK kepada masakan ibu aku sebab takut kena parang." seloroh Remy mengakibat lengannya di cubit kuat oleh Suhana. Mereka kemudiannya terus menjamu selera. Usai makan malam, Remy menunjukkan bilik tidur kepada Haris. Haris terpaksa tidur bersama dengan Remy kerana tidak ada bilik kosong lagi di rumah itu. Ketika Remy sedang berehat-rehat di atas katil, Haris tiba-tiba memanggil Remy untuk meminta pendapat darinya.
         

          "Aku nak balas dendam.." ujar Haris serius sambil matanya hanya tertumpu pada dinding bilik. Remy yang terkejut terus bangun dari baringnya dan duduk di birai katil.
          "Kau biar betul weih?" tanya Remy inginkan kepastian.
          "Ya, aku cakap benda betul. Aku nak balas dendam. Aku nak bunuh janda aku dan suami dia." tambah Haris lagi. Remy benar-benar terkejut mendengar perkataan balas dendam keluar dari mulut Haris. Dia mengenali Haris sudah lama, dia tahu bahawa kawannya itu bukanlah seorang yang pendendam. Dan, untuk dengar dia kata untuk membalas dendam memang merupakan sesuatu yang amat mengejutkan.
          "Kenapa doe? Tiba-tiba je?" soal Remy ingin tahu niat sebenar Haris untuk membalas dendam.
          "Aku sayangkan dia dunia akhirat, tapi dia khianati aku. Aku tahu yang mak bapak aku kena bunuh dengan dia orang berdua. Apa salah keluarga aku? Tak cukup ke dia sakiti aku sampai libatkan mak bapak aku? Dan, aku nak anak dalam perut dia tu. Itu anak aku, aku takkan biarkan anak aku membesar dengan dua ekor syaitan tu." jawab Haris, kemudian air matanya menitis. Hatinya begitu sebak sekali saat itu. Dia tidak sempat untuk melihat wajah ibu dan ayahnya buat kali terakhir. Remy hanya tertunduk diam, dia tidak tahu untuk berkata apa lagi. Dia faham akan kesedihan yang di alami oleh kawannya itu.


          "Aku faham. Tapi jangan biarkan sifat amarah tu menguasai diri kau. Kau sendiri yang bagitau aku benda ni banyak kali." ujar Remy dan mengalihkan pandangannya ke arah Haris yang masih duduk di atas kerusi. Haris mengesat air matanya dan dia termenung saja di situ.
          "Kau pernah kata dengan aku, kita ni macam adik beradik. Aku akui benda tu, kita ni rapat macam tak boleh nak dipisahkan lagi. Dan, kau selalu bantu aku bila tiap kali aku di timpa masalah." kata-kata Remy terhenti. Haris masih menunggunya untuk menghabiskan kata-katanya.
          "Walau apa pun yang kau nak buat, apa sekali pun keputusan kau. Aku akan bantu kau, kawan." Remy menghabiskan kata-katanya dan bangun dari birai katil, dia menuju ke arah Haris. Dia memaksa Haris untuk bangun dan dia peluk Haris seerat-eratnya.


          "Kau orang ni gay ke?" kata ayah Remy yang kebetulan berdiri di depan pintu.


*********************************************************************************


          Haris dan Remy tidak henti-henti ulang alik dari balai polis dengan harapan pihak polis ada jumpa jejak di mana keberadaan jandanya, Aishah. Haris tidak berputus asa, dia berazam untuk mencari juga tempat persembunyian Aishah, dia ingin membalas dendam. Dia ingin Aishah rasa apa yang dia rasa. Dan Haris tahu bahawa ibu dan bapa Aishah adalah palsu. Mereka juga adalah bomoh dari kalangan Aishah. Haris sudah tidak tinggal lagi di rumah Remy. Dia tinggal di rumahnya kembali, setelah dia dan rakan-rakannya membasuh rumah tersebut. Mereka mengecat dinding-dinding rumah itu supaya kelihatan baru. Dan Haris juga membuat kenduri doa selamat. Dia juga sudah rajin mengaji ketika berada di dalam rumah. Manakala Remy pula. dia tinggal bersama Haris. Dia membuat keputusan untuk menyewa di rumah Haris supaya senang berhubung jika dia mempunyai sebarang petunjuk baru. Mereka juga melayari laman Google untuk mencari jika ada kes-kes yang berkaitan dengan kes dirinya. Haris memang berusaha keras, dia tidak ingin berputus-asa. Aku yang menulis ni pulak rasa macam nak putus asa, dah lah bulan puasa.

          Setelah setahun berlalu...

          Remy sedang sibuk didalam pejabatnya. Dia menyelak fail-fail yang berada di atas meja kerjanya. Kemudian, Haris muncul di muka pintu.

         
          "Ha? Kenapa kau panggil aku?" soal Haris sambil berjalan menuju ke kerusi.
          "Aku search kat Google dan Facebook tadi. Cuba kau teka apa yang aku jumpa?" jawab Remy dan membuatkan Haris resah akibat ingin tahu.
          "Kau jumpa petunjuk dia orang ada kat mana?" soal Haris lagi ingin tahu.
          "Ya, ada satu kes yang di mana ianya sama seperti kau. Lelaki tu iaitu mangsa post kat Kisah Rumah Tangga punya Facebook page. Dia mengadu di situ." balas Remy lagi. Haris hanya memasang telinganya.
          "Sehari kemudian, dia meninggal kena bunuh. Bilik dia penuh dengan lukisan-lukisan mengarut tu." sambung Remy lagi.
          "Tapi tak mungkin Aishah..." ujar Haris. Remy mengajak Haris untuk berdiri di belakangnya, dia ingin menunjukkan satu rakaman video kepada Haris. Haris meneliti video tersebut yang menunjukkan ruang tamu rumah mangsa. Dan, Haris menjadi terkejut apabila dia lihat bahawa ada seorang perempuan dan lelaki melintasi ruang tamu itu. Kedua-duanya Haris kenal.
          "Aishah...." kata Haris perlahan tetapi masih boleh didengari oleh Remy. Wajah Haris berubah geram. Perasaan marah membuak-buak didadanya. Dia menggenggam penumbuknya sekuat-kuat hati.
          "Bila kes ni jadi?" soal Haris.
          "Dia post kat page tu minggu lepas." jawab Remy. Haris bergegas keluar dari bilik pejabat itu dan menyatakan bahawa dia ingin membuat panggilan kepada pegawai yang menguruskan kes itu. Beberapa jam kemudian, Haris datang kembali ke bilik pejabat Remy. Dia memberitahu bahawa pegawai tersebut telah pun memberikan maklumat kepadanya. Aishah dan suaminya tidak dapat keluar dari kawasan Hulu Langat kerana sudah dikepung. Ilmu hitam mereka tidak menjadi kerana sudah ada ustaz yang menyekat. Haris memandang ke arah Remy.
         "Aku faham. Jadi, bila kau nak pergi?" soal Remy.
         "Malam ni aku pergi, tak jauh pun Setapak dengan Hulu Langat. Dia orang ada dekat-dekat Gunung Nuang." jawab Haris.
         " Kalau macam tu, aku ikut kau. Aku backup kau. Kalau terjadi apa-apa, at least aku ada untuk membantu." ujar Remy. Dan Haris bersetuju. Mereka berdua sudah pun memohon cuti tahunan kepada syarikat mereka berkerja. Disebabkan mereka berdua kawan agak rapat dengan pekerja di bahagian HR, maka dengan mudahnya cuti mereka diluluskan dengan serta merta.


          Haris dan Remy sudah pun bersiap-siap untuk bergerak menuju ke destinasi. Tetapi perasaan tidak senang pula menyinggah di hati Remy. Dia menyuarakan perasaannya itu kepada Haris. Dan Haris meyakinkan Remy bahawa semua akan baik-baik saja.
          "Kalau kau tak nak ikut tak apa. Aku tak kisah. Benda ni bahaya." kata Haris. Tapi Remy tetap kata dia ingin mengikuti Haris. Lalu, mereka berdua bergeraklah dari Setapak, menuju ke Gunung Nuang. Entah bagaimana, Haris merasakan bahawa kali ini dia akan dapat berjumpa dengan jandanya itu.




-Bersambung-


         

No comments:

Post a Comment