Wednesday, 8 June 2016

Bomoh Itu Janda Aku: Selamat Ulang Tahun #1

          Haris melangkah keluar dari kompleks membeli-belah yang terletak tidak jauh dari bandaraya Kuala Lumpur. Haris menuju ke arah keretanya sambil memegang sebuah kotak. Di dalam kotak bersaiz sederhana tersebut terisinya satu objek yang di mana Haris tahu bahawa isterinya Aishah pasti akan suka. Kerana Aishah bermatian-matian mengumpul duit selama perkahwinan mereka untuk membeli objek itu tetapi tiada rezeki. Haris segera menghidupkan enjin kereta dan berlalu pulang ke rumah. Dia melihat jam di dalam kereta sudah pun menunjukkan pukul 6 petang lebih. Haris tersenyum melihat kotak hadiah yang dibelinya tadi dan diletakkan disebelahnya dibahagian penumpang. Haris mengimbau kembali kenangan-kenangan pahit dan manis yang dia laluinya bersama isterinya Aishah sejak sebelum kahwin sehinggalah sudah bergelar suami isteri. Dan pada hari itu adalah hari ulang tahun perkahwinan mereka. Haris sudah lama menanam niat untuk 'surprise'kan isterinya dengan hadiah tersebut. Akhirnya, hari itu niat Haris akan tercapai.

          Haris memarkirkan keretanya di hadapan pintu pagar. Dilihatnya kereta isterinya sudah berada di sebalik pagar. Haris agak bahawa isterinya pulang awal pada hari itu untuk membuat persiapan bagi menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga. Haris melangkah masuk ke dalam kawasan rumah dan berjalan menuju ke pintu depan. Dia membuka kasut kulitnya yang berwarna hitam dan meletakkan di atas rak kasut. Dia membuka kunci pintu dan menolaknya perlahan. Haris memberi salam. Tetapi tiada jawapan yang di terima. Haris terus masuk dan menuju ke ruang tamu. Dilihatnya televisyen sedang terpasang tetapi tiada sesiapa yang menonton. Haris menjadi hairan. Apa mungkin isterinya sedang sibuk di dapur membuat kerja. Tanpa fikir panjang, Haris terus berjalan menuju ke arah dapur. Setibanya dia di dapur, dia lihat di meja makan sudah terhidang ayam panggang dan sebiji kek. Saat itu Haris tahu bahawa isterinya yang telah melakukan itu semua. Tetapi Haris tidak nampak kelibat isterinya. Apa mungkin isterinya berada di dalam bilik air sedang mandi? Haris menuju ke arah tangga, dia ingin menuju ke dalam bilik tidurnya di tingkat atas dan melihat jika isterinya sedang menggunakan bilik air. 

          Ketika Haris melangkah kaki kanannya, dia dikejutkan oleh isterinya dari arah belakang. Isterinya Aishah mengucapkan "Happy Anniversary!" dengan penuh manja. Haris terus menoleh ke arah isterinya yang entah muncul dari mana. Aishah mengenakan pakaian blouse dan ianya sangat cantik sekali. Haris memeluk erat tubuh isteri kesayangannya itu dan membalas ucapan istimewa tersebut ke telinga Aishah. Kemudian, Aishah menghulurkan sebuah kotak berwarna merah dan ianya dibaluti dengan pembalut yang cantik dan kemas. Aishah memaksa Haris supaya segera membuka balutan hadiah tersebut. Haris hanya menuruti kehendak isterinya itu. Setelah Haris membuka pembalut tersebut, dia buka pula penutup kotak yang berada di dalamnya. Haris jadi terkejut apabila dia mendapati bahawa di dalam kotak itu terisi sekeping surat. Haris memandang tepat ke arah wajah Aishah dengan penuh keliru. Haris khuatir jika surat itu adalah surat tuntut cerai dari isterinya. Perlahan-lahan Haris membuka lipatan surat tersebut, sementara isterinya mendesak Haris untuk membaca isi kandungan surat itu. Selepas Haris habis membaca isi kandungan surat itu, air mata Haris bergenang dan gugur mengalir di pipi. Ianya adalah surat dari doktor yang menyatakan bahawa isteri Haris positif mengandung. Haris mengucap syukur panjang dengan berita yang gembira itu, baginya itu adalah hadiah ulang tahun yang paling bermakna sekali. Dia memeluk erat isterinya. 

          Kemudian, Aishah mengajak Haris menuju ke meja makan demi menyambut hari ulang tahun perkahwinan mereka dengan memotong kek yang di mana kek tersebut di buat oleh Aishah sendiri. Sebelum mereka memotong kek itu, Haris menghulurkan pula kotak hadiah yang dia belikan untuk Aishah. Aishah teragak-agak untuk membuka balutan di kotak tersebut, kerana tahun sebelumnya Haris menghadiahkan Aishah ular plastik pada harijadinya yang di mana perkara tersebut membuatkan Aishah ketakutan dan geli. Akan tetapi, Haris berbuat sedemikian hanya kerana ingin bergurau. Dia membelikan Aishah kereta Myvi warna ungu supaya Aishah dapat pergi ke pejabat dengan senang atau pun ingin keluar pergi ke supermarket berdekatan. Haris mendesak Aishah pula untuk membuka pembalut di kotak tersebut. Haris membuat wajah seperti seorang pembunuh, lalu Aishah mencubit lengan Haris sekuat hati dan memberikan amaran supaya jangan buat muka macam tu lagi. Aishah membuka pembalut hadiah dengan penuh berhati-hati. Kadang kala dia menggoncangkan kotak tersebut bagi mengetahui isi didalamnya. Tetapi tiada bunyi yang terhasil. Setelah pembalut di buka, Aishah mengukir senyuman apabila dia melihat logo yang tertera di kotak itu adalah logo kedai emas yang terkenal di Malaysia. Aishah membuka penutup kotak tersebut dan mendapati di dalam nya adalah kosong. Haris tergelak besar melihat reaksi dari wajah isterinya itu. Aishah terus membaling kotak tersebut ke arah Haris dan dia memukul-mukul badan Haris berkali-kali. Tidak lupa juga dengan cubitan maut darinya. 

          Aishah berdiri membelakangi Haris menandakan dia sedang merajuk. Setelah puas ketawa besar, Haris mengeluarkan sesuatu di poket seluarnya. Ianya adalah rantai emas yang Aishah selama ini teringin sangat nak beli. Rantai emas tersebut di buat dari emas tulen dan berharga tidak kurang dari sepuluh ribu ringgit. Perlahan-lahan Haris menyarungkan rantai tersebut di leher isterinya. Aishah terkejut dengan tindakan suaminya itu dan dia pegang rantai tersebut. Aishah melihat ke arah batu yang ada pada rantai tersebut yang diperbuat dari permata asli. Aishah amat kenal sekali dengan reka bentuk batu itu. Memang sebiji dengan apa yang dia idamkan selama ini. Sama dengan yang dia tengok di laman web kedai emas itu. Aishah melompat kegirangan dan memeluk kuat tubuh suaminya. Perasaan gembira yang terpancar diwajahnya tidak dapat disembunyikan. Merajuknya yang tadi terus hilang serta merta. Kegembiraan tersebut membuatkan Aishah menitiskan air mata. Setelah Aishah berhenti mengeluarkan tangisan air mata gembira, Haris mengajaknya pula untuk memotong kek. Kemudian, mereka pun menjamu selera makan malam pada hari itu dengan penuh kenangan manis. Di mana pada hari itu Haris dapat tahu yang dirinya akan menjadi bapa dan Aishah pula mendapat hadiah yang paling istimewa dan tidak perlu lagi dia mengumpul duit untuk membeli rantai emas yang dia inginkan. Duit yang disimpannya itu boleh terus disimpan ke dalam akaun simpanan dia yang lagi satu. 

          Haris dan Aishah sedang asyik menonton televisyen. Aishah sedang berbaring di atas peha Haris. Haris pula mengusap lembut kepala Aishah. Ketika jam hampir pukul sepuluh malam. Aishah bangun dari sofa berjalan perlahan menaiki tangga sambil memandang ke arah suaminya. Dia memberikan pandangan yang paling seksi sekali. Haris yang melihat reaksi isterinya itu tahu apa yang akan berlaku. Setelah memastikan isterinya sudah masuk ke dalam bilik. Haris segera menutup televisyen dan berjalan ke arah cermin. Dia menyikat rambutnya rapi supaya dirinya kelihatan kacak dihadapan isterinya sebentar nanti. Kemudian, Haris berjalan menaiki tangga dan menuju ke arah bilik tidur. Haris mengetuk pintu bilik dan kedengaran suara isterinya dari dalam mengarahkan dia suruh masuk dengan nada yang terlalu seksi. Haris membuka pintu bilik dan mendapati isterinya sedang baring di atas katil dengan posisi yang menggoda. Nafsu Haris membuak-buak ketika itu untuk menerkam isterinya. Dia berjalan menuju ke arah Aishah dan pada saat itu dia terdengar bunyi pintu biliknya tertutup dengan kuat sekali. Haris terkejut dan dia ingin menoleh ke belakang. Belum sempat dia menoleh, kepalanya dipukul dengan kuat sekali. Haris jatuh terjelupuk. Dengan pantas Haris memandang ke arah pintu itu. Dilihatnya ada seorang lelaki berbadan tegap sedang menghampirinya. Haris menendang lelaki itu dengan sekuat hati, membuatkan lelaki tersebut terjatuh ke belakang. Haris mengambil kesempatan itu untuk bangun dan menarik isterinya keluar dari rumah itu untuk mendapatkan pertolongan dari jiran. Tetapi, saat Haris menoleh ke arah isterinya. dilihatnya Aishah sedang menghunuskan pisau yang tajam ke arah dirinnya. Aishah membenamkan pisau tersebut ke perut Haris. Haris dapat merasakan kesakitan yang tidak pernah dia alami selama ini. Haris tiba-tiba menjadi lemah. Lelaki tegap itu datang menghampiri Haris dan melayangkan sebuah tumbukan padu di muka Haris. Haris pengsan di tempat kejadian.

          Saat Haris membuka kelopak matanya, Haris dapat mendengar suara-suara erangan dari seorang wanita yang amat dia kenalinya. Kemudian, hidungnya pula menangkap sejenis bau yang aneh, berkemungkinan kemenyan. Mata Haris terbelalak apabila dia melihat dihadapannya ketika itu adalah pasangan yang sedang bermesra. Seorang lelaki dan wanita, dan wanita itu tidak lain dan tidak bukan adalah isteri Haris. Dan Haris boleh nampak jelas setiap inci tubuh isterinya itu. Dia juga dapat mendengar dengan jelas lelaki itu menyatakan bahawa dia terlalu merindui Aishah selama Aishah bersama dengan Haris demi menanti zuriat. Haris tidak berapa nak mengerti dengan apa yang cuba dimaksudkan oleh lelaki itu. Dan Haris merasakan bahawa lelaki itu lah yang menumbuknya tadi. Di depan mata Haris ketika itu adalah sebuah pertunjukkan yang dia tidak ingin lihat. Isterinya bersama dengan lelaki lain. Haris benar-benar terkejut dengan situasi yang dilihatnya ketika itu. Otaknya tidak dapat nak berfungsi dengan rasional. Apakah benar apa yang dia sedang lihat pada waktu itu atau semuanya hanyalan mainan ilusi sahaja? Dia sendiri tidak dapat untuk merungkaikan ia. Hidung Haris tidak dapat menahan bau kemenyan yang tersangat kuat aromanya. Tetapi, yang pasti hati Haris benar-benar remuk. Remuk yang terlalu teruk. Dia menginginkan jawapan kepada semua persoalan dan perlakuan yang dilakonkan oleh isterinya itu. 

          "Aishah..." Haris memanggil nama isterinya lembut. Akibat dari itu, dua tenuk yang sedang rancak asyik dengan dunia mereka serta merta berhenti dan mengalihkan pandangan ke arah Haris yang tersandar di dinding tidak jauh dari katil.

          "Ooo..ingatkan dah mati, tak sangka liat betul mamat ni.." ujar lelaki berbadan tegap itu, lalu dia turun dari katil dan tanpa mengenakan sebarang pakaian ditubuhnya dia berjalan ke arah Haris. Haris hanya melihat dengan perasaan yang bercampur antara marah, keliru dan sedih.

          "Cuba kau tengok sekeliling kau ni. Apa yang kau boleh faham?" soal lelaki berbadan tegap tersebut sambil tercangkung di hadapan Haris. Haris mengalihkan pandangan ke arah Aishah yang sedang duduk di birai katil tanpa seurat benang. Kemudian, Haris melihat sekeliling bilik. Dia berada di dalam bilik tidurnya cuma ada kelainan. Haris dapat melihat beberapa lukisan yang aneh berada di dinding bilik itu. Lukisan-lukisan yang membuatkan Haris tertanya-tanya. Selepas itu, lelaki berbadan tegap tersebut memperkenalkan dirinya sebagai Tuah dan dia juga menjelaskan kepada Haris bahawa Aishah itu adalah isterinya, bukannya isteri Haris. Tuah dan Aishah merupakan bomoh dan mengamalkan ilmu hitam. Keturunan mereka sudah lama bertapak di bumi Malaysia. Keturunan mereka berasal dari sebuah perkampungan kecil di Thailand. Semua ahli keturunan dia mengamalkan ilmu hitam kerana bagi mereka iblis dan syaitan itu adalah pendamping dan membuatkan mereka hidup dengan makmur selama ini. Cuma, ada waktu-waktunya mereka kena lakukan korban yang di mana mereka harus membunuh untuk dipersembahkan kepada Tuhan mereka. Tuah tambah lagi, keturunan mereka yang lelaki tidak boleh memberikan zuriat kepada para wanita. Maka dengan itu, wanita di dalam puak mereka harus berkahwin dengan lelaki biasa dan harus berhasil mendapatkan zuriat. Setelah misi selesai, mereka harus bunuh lelaki tersebut. Jika lelaki yang ditidurinya tidak dapat memberikan hasil, tetap akan dibunuh juga dan wajib cari yang lain. 

          Haris tergamam, kesakitan yang dia alami diperutnya itu tidak dapat dibandingkan dengan kesakitan yang berada di dalam hatinya. Matanya bergenang dengan air mata. Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan.
          
          "Jadi, disebabkan kau masih lagi hidup. Aku terpaksa bunuh kau...lagi...sekali..." ujar Tuah. Selepas terdengar Tuah berkata sedemikian rupa, Haris tanpa berfikir panjang, dia menarik keluar pisau yang masih terbenam diperutnya itu dan dia cuba menikam Tuah. Haris berfikir bahawa dia kena keluar dari tempat itu hidup-hidup. Dia tidak mahu mati dalam keadaan sebegitu. Dia tidak ingin mati di tangan dua tenuk hidup yang sesat lagi songsang. Tikaman Haris mengena di bahu kiri Tuah dan membuatkan Tuah menjerit kesakitan. Haris mengambil kesempatan untuk bangun dan melarikan diri tetapi Aishah cuba untuk melarangnya. Haris sudah tidak peduli lagi, 
          
          "Aku ceraikan kau dengan talak tiga!" tengking Haris sekuat hati dan melepaskan tumbukan yang tak berapa nak padu di wajah Aishah tapi cukup untuk membuatkan Aishah jatuh terbungkang di atas lantai. Haris terus berlari keluar bilik dan menuju ke pintu depan rumah. Setelah dia dapat keluar dari rumah itu, dia menjerit meminta tolong. Jiran-jirannya yang terdengar jeritan Haris terus keluar dari rumah dan berlari mendapatkan Haris. Semuanya terkejut apabila melihat keadaan Haris yang sedang berlumuran dengan darah. 
          
          "Ada dua ekor tenuk dalam bilik aku! Dia orang yang buat aku jadi macam ni!" jerit Haris sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah dalam rumah. Beberapa orang jiran terus berlari ke dalam rumah demi menangkap si perlaku. Namun, tidak ada sesiapa di dalam rumah. Tetapi, mereka menjumpai bilik Haris yang penuh dengan lukisan-lukisan aneh di dinding bersama kemenyan yang masih lagi membara. Semua jiran-jirannya bertanya kepada Haris dengan pelbagai soalan. Tetapi, Haris tidak dapat nak menjawabnya lalu pengsan di situ juga. Selang beberapa minit kemudian, van Ambulans pun tiba. Haris dikejarkan ke hospital dan diberi rawatan lanjut. Akibat dari kehilangan darah yang banyak. Doktor harus memasukkan darah yang sama jenis ke dalam tubuh Haris dan Haris tidak mungkin akan dapat sedarkan diri dalam masa beberapa jam. Mungkin makan hari. 

         
-Bersambung-

         


          

No comments:

Post a Comment