"Abang cintakan sayang seorang saja"
"Jaga anak kita elok-elok semasa abang bekerja diluar negeri ni tau sayang?"
"Cantik sungguh isteri abang."
Itulah kata-kata terakhir yang aku ucapkan pada dia, si isteriku yang tercinta sebelum aku bertolak keluar pergi bekerja diluar negeri bersama kawan karibku, Arif. Tidak ku sangka perjalananku pada kali ini benar-benar membuatkan aku menjadi sedih dan sayu. Apakah dosa aku pada isteriku?
"Lan, sudah-sudahlah tu. Bawa bertenang. In Shaa Allah tak ada apa-apa yang berlaku." pujuk Arif, cuba untuk menenangkan hati aku yang sedang galau pada ketika itu. Aku menjadi tidak keruan apabila aku menerima pesanan ringkas dari isteriku ketika aku sedang bekerja. "Kita cerai, saya tak mahu hubungan kita diteruskan lagi. Apa yang saya hasratkan telah pun tercapai. Terima kasih untuk anak ini yang bakal menjadi korban nanti." begitulah pesanan ringkas yang isteriku hantarkan kepada aku. Perkara membuatkan aku menjadi terkejut. Berkali-kali aku cuba untuk membuat panggilan terhadap dia, namun, tiada jawapan yang aku terima. Jiran-jiranku pun sudah aku hubungi dan meminta bantuan dari mereka. Namun jawapan yang aku terima amatlah memeranjatkan. Mereka berkata bahawa semenjak aku keluar dari rumah itu, mereka semacam ada bau kemenyan, baunya sangat kuat dan ianya datang dari arah rumah aku. Aku menjadi bingung sebentar. Aku tidak memberitahu ahli keluarga kami lagi tentang hal ini, lebih baik aku pulang dahulu dan tanyakan sendiri pada dia, apakah yang dia maksudkan sebenarnya? "Arif, laju sikit boleh? Aku risaulah. Hati aku rasa tak sedap je ni." pintaku pada Arif agar dia bisa membawa kenderaan dengan lebih laju lagi. "Awatnya? Kau sabaq, biaq lambat asaikan selamat." balas Arif dalam nada bergurau. Walaupun aku berada di dalam keadaan yang cemas begini, namun dia masih lagi mampu untuk bergurau. Aku tahu niat dia itu baik, dia tidak ingin melihat aku serabutkan kepala otak dengan perkara-perkara sebegini.
"Mungkinlah, mungkin. Dia nak surprise kat kau kot?" sambung Arif lagi. Aku mengerutkan dahi aku menandakan aku tidak mengerti. "Cuba kau fikir, dalam minggu ni ada tak apa-apa tarikh istimewa antara kau dengan dia?" tambah Arif lagi dan membuatkan otak aku berselirat untuk berfikir. "Sekarang bulan Disemberkan? Mana ada apa-apa yang special. Birthday & anniversary dah lepas." balas aku sambil berfikir jika aku ada buat apa-apa janji dengan dia pada minggu ini, tetapi hampa, kerana sememangnya aku tidak ada menjanjikan apa-apa pada isteri aku. "Mesej tu dia hantar macam mana? Cuba kau baca kasi full, apa sebab dia nak minta cerai pula dekat kau? Ada dia bagitau?" tanya Arif inginkan kepastian dan cuba untuk membantu aku yang sedang serabut pada saat itu. Selamatlah Arif ada bersama aku ketika itu, jika tidak sudah tentu aku hilang kewarasan dan tidak dapat mengawal emosi serta memandu terlalu laju, akhirnya masuk liang lahad bersama kereta. Sebentar tadi aku tidak memberitahu secara penuh isi kandungan pesanan ringkas dari isteri aku kepada Arif, disebabkan dialah kawan karib aku dan dialah kawan dunia akhirat buat aku. Aku terpaksa jujur dengan dia. Selepas aku memberitahu dia semua perkara, dia tanpa berfikir panjang terus memijak pedal minyak sehabis mungkin. Berdesup kereta kami laju ke depan, keadaan tersebut membuatkan aku jadi takut. Berkemungkinan jantung aku sudah tertinggal dikawasan rehat dan rawat Seremban. Aku cuba untuk menegur cara pemanduan Arif akan tetapi aku lihat wajah dia yang tadi selamba tiba-tiba berubah menjadi serius. Aku diam seribu bahasa, tidak berani aku untuk menanyakan sebarang soalan di dalam keadaan dia yang serius sebegitu.
"Kemenyan." tiba-tiba perkataan itu keluar dari mulut Arif. Aku menjeling ke arah dia. Arif masih lagi menumpukan perhatian terhadap pemanduannya yang agak sedikit merbahaya itu. "Apa agaknya yang memotivatekan diri beliau untuk bawa kereta laju macam ni?" bisik aku di dalam hati. "Korban ek?" sambung Arif lagi. Kini di hati aku begitu membuak-buak perasaan ingin tahu, apa kaitan semua perkataan yang dia sebut tu dengan bawa kereta laju macam ni? Ya, memang aku suruh dia bawa laju tadi, tapi aku suruh laju sikit je, bukannya laju macam nak gila. "Ehem.." aku menyediakan diri aku untuk mengajukan soalan kepada Arif, manalah tahu kalau aku main tanya je nanti dia terkejut lepas tu hilang fokus pada pemanduan kemudian terbabas, tak ke naya namanya tu? Tapi belum sempat aku nak ajukan soalan, Arif dulu bersuara dan menanyakan soalan kepada aku. "Bini kau pernah jumpa mana-mana bomoh ke?" tanya Arif dengan wajahnya yang agak serius. Wajahnya membuatkan aku menjadi takut untuk menjawab soalan beliau. GULP! Aku menelan air liur. Gabra pula bila lihat Arif jadi serius tiba-tiba. "Apa maksud kau? Aku tak faham?" aku membalas pertanyaan Arif dengan soalan. "Alaa.. kau jangan nak macam drama melayu sangatlah, buat-buat lembab pulak." suara Arif sedikit garang dan menekan. Aku tergamam dengan sikapnya yang tiba-tiba berubah. Selama 10 tahun aku mengenali diri beliau, tidak pernah aku melihat beliau menjadi sebegini. "Dia minta cerai, lepas tu dia ucap terima kasih pula untuk anak kau, dia kata anak kau bakal menjadi korban. Kau sedar tak wei? Lepas tu jiran kau cakap ada bau kemenyan datang dari dalam rumah kau pula tu!" sambung Arif lagi. Kali ini dia kelihatan begitu marah. "Lelaki jenis apa kau ni? Sayang bini sampai kegiatan bini pun tak tahu." tambahnya lagi.
Aku diam membisu, pandanganku lemparkan jauh ke luar tingkap. Aku teringat segala kenangan waktu aku bersama dengan bini aku. Kenangan? Dari seratus peratus, hanya dua puluh peratus sahaja yang aku boleh kata kenangan. Yang selebihnya, aku sibuk dengan bekerja. Terlalu sibuk. Kini aku baru sedar akan kesilapan diri aku. Aku terlalu sibuk dengan kerja sehinggakan aku tiada masa untuk luangkan bersama keluarga, dari sebelum aku ada anak sampailah sekarang anak aku dah lahir. Aku masih tetap sibuk dengan pekerjaan aku. Bahkan, ketika isteri aku sedang menanggung derita dihospital kerana ingin melahirkan anak sulungku, aku tiada di sisi. Aku terkejar-kejar dari Kuantan untuk pulang ke Kuala Lumpur. Apabila aku sudah tiba di Hospital Besar Kuala Lumpur, isteri aku sudah pun selamat melahirkan cahaya mata kami yang pertama. Itu pun aku hanya ambil cuti bekerja tidak lama, apabila isteri aku sudah habis pantang, aku kembali sibuk dengan segala pekerjaan. Isteri aku pun sebelum ini sudah bertanya banyak kali, sampai bila aku nak sibuk dengan kerja? Dalam sebulan aku hanya berada di rumah dalam tujuh hari saja. Yang selebihnya, aku outstation. Aku menitiskan air mata tanpa aku sedari. Aku telah lalai dengan pekerjaan sehinggakan aku melupakan tanggungjawab aku sebagai suami dan juga sebagai seorang bapa. Aku menekapkan tangan kiri aku ke wajah. Tidak dapat aku menahan sebak di dada lagi. "Aku tak pernah luangkan masa dengan keluarga aku selama ni. Mungkin sebab tu bini aku pergi jumpa bomoh tanpa pengetahuan aku, untuk minta minyak pengasih atau cara-cara nak membuatkan aku duduk rumah melekat dengan dia. Dan sekarang, mungkin bomoh tu telah memanipulasikan bini aku untuk kegiatan syirik dia selama ini. Anak aku..anak aku bakal menjadi korban." semakin deras air mata aku mengalir. "Aku kena selamatkan keluarga aku, Arif!" aku menggenggam tangan Arif. Kemudian Arif menampar wajah aku. Terasa bisa di pipi aku. "Kau jangan buat kerja gila. Dah sedar kesalahan tu Alhamdulillah, yang kau pergi pegang tangan aku macam aku ni bini kau tu apahal? Kau ni banyak usya drama melayulah, Lan." marah Arif. Tapi selepas itu dia melemparkan sebuah senyuman pada aku. "Kau jangan risau, aku akan tolong kau. Itu gunanya kawan, kan?" sambung Arif lagi.
Matahari sudah pun terbenam, aku melihat jam di tangan kiri aku menunjukkan pukul 7:45 malam. Arif memarkirkan kereta betul-betul dihadapan pagar rumah aku. Aku menjadi tidak sabar dan ingin terus berlari ke dalam rumah tetapi Arif menghalang perbuatan aku itu. "Sebelum apa-apa terjadi, ada lebih baiknya kita berdoa pada Allah dahulu." pesan Arif dengan wajahnya yang tenang. Aku pula yang jadi tidak betul melihat perwatakan Arif yang asyik berubah dalam satu hari ni. Tetapi aku ya kan saja kata-katanya itu. Selepas aku meng-amiin-kan doa yang di baca oleh Arif. Dia memesan lagi agar jangan kelam kabut dan melangkah dengan berhati-hati. Aku turuti saja apa yang dikatakan oleh dia. Arif memulakan langkah, aku ikut dia dari belakang. Aku mengeluarkan kunci rumah dari dalam kocek seluar kiri aku, dan ketika aku ingin membuka kunci pintu rumah, ada sejenis bau haruman yang menyinggah di hidung kami. Aku teringat pesan Arif sebentar tadi agar jangan menegur jika ada terbau apa-apa atau terlihat apa-apa yang pelik. Dengan lafaz Bismillah, aku membuka pintu rumah aku. Bau kemenyan. Itulah bau haruman yang kami hidu dari luar lagi. Dari arah pintu depan rumah aku tu, boleh terus melihat ke arah dapur. Dan, aku dapat lihat begitu banyak asap yang berkepul-kepul datangnya dari arah dapur. Arif menolak bahu kiri aku agar aku terus mara ke hadapan. Aku mengerti dengan niat beliau. Aku sebagai suami, aku sendiri kena hadapi perkara ini. "Kau jalan dulu, aku takut ni." tiba-tiba ayat tersebut keluar dari mulut Arif. Aku menoleh ke arah beliau perlahan-lahan dan aku ketuk kepalanya. Aduh! Arif mengadu kesakitan. "Asal aku ketuk aku?" tanyanya keliru, sedangkan dia tidak sedar bahawa aku lagi keliru dengan diri beliau. Datang bulan barangkali kawan aku ni. Aku melangkah perlahan-lahan menuju ke arah dapur rumah. Bau kemenyan semakin kuat. Di dalam hati aku tidak berhenti berdoa agar anak dan isteri aku berada di dalam keadaan yang selamat. Ketika aku melangkahkan kaki kananku memasuki ruang dapur rumah, kepala aku tiba-tiba menjadi pening. Jalan aku jadi tidak betul. Aku berpaut pada peti sejuk yang tidak jauh dari aku. Arif berlari dari pintu depan demi mendapatkan aku. "Kau tak apa-apa ke?" tanya Arif. Kemudian, dia pun turut mengalami perkara yang sama menimpa diri aku. Mungkinkah kami terhidu terlalu banyak sangat bau kemenyan tersebut? Dalam samar-samar aku dapat melihat isteri aku sedang berdiri di pintu belakang. Dia tersenyum sinis pada aku. Kemudian dia membuka pintu belakang tersebut, dan aku lihat ada satu tubuh lelaki yang berbadan sasa melangkah masuk dari luar. Lelaki tersebut memaut pinggang isteri aku, mereka berdua kelihatan mesra berdua. Hati aku menjadi sakit. Terlalu sakit. Aku cuba untuk berlari ke arah mereka sambil penumbuk kanan aku yang telah bersedia. Niat di hati ingin melayangkan sebuah tumbukan padu pada lelaki tersebut. Malangnya, baru separuh jalan aku dah jatuh pengsan.
Entah berapa lama aku tidak menyedarkan diri pun aku tidak tahu. Apabila aku terjaga, aku masih lagi berada di ruang dapur. Pening dikepala aku sudah pun hilang. Cahaya matahari dari luar menerangi ruangan di dapur. Aku bangun dan aku lihat Arif sudah tiada lagi di tempat beliau berdiri semalam. Tetapi, aku lihat di atas lantai penuh dengan darah. Ada juga yang terkena pada pintu peti sejuk. Aku terus terfikirkan tentang Aris. Belum sempat aku membuka langkah, tiba-tiba saja Arif muncul dari arah ruang tamu. Aku lihat dia tidak berbaju namun tubuhnya berbalut dan jelas kelihatan kesan darah pada balutan tersebut. "Apa yang berlaku Arif?" aku mengajukan soalan. "Lepas kau pengsan semalam, lelaki tu datang tikam aku guna keris. Alhamdulillah aku masih bernyawa," balas Arif lemah. Aku memahami kesakitan yang ditanggung beliau. Ditikam dengan keris bukanlah perkara yang boleh dibawa main-main. "Jom kita pergi ke hospital dulu." aku cuba mengajak Arif tetapi dia menolak. Dia meyakinkan aku bahwa dia berada dalam keadaan baik-baik saja. "Tapi kau kena tikam tu" aku cuba memujuk agar dia bersetuju untuk pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan yang lebih baik. "Aku okay je. Aku dah balut sendiri. Maaflah, sofa kau habis kena darah aku. Aku gunakan medic kits yang aku jumpa dalam almari tv tu." Arif tetap dengan pendirian dia. Aku jadi risau dengan kawan aku ni. Kemudian, Arif menceritakan aku tentang apa yang berlaku seterusnya. Selepas dia ditikam, dia terjatuh. Lelaki tersebut terus keluar bersama isteri aku melalui pintu belakang. Kemudian, Arif bangun dan cuba mengejar tetapi seperti ada satu kuasa ghaib yang menendang beliau terjatuh kembali. Akhirnya Arif mengalah, dia segera bangun dan berjalan menuju ke ruang tamu demi mencari first-aid-kits. Di dalam first-aid-kits tersebut segalanya lengkap. Memang sengaja aku lengkapkan supaya senang jika ada apa-apa perkara buruk yang berlaku ketika aku outstation, boleh isteri aku gunakan benda tu. Tapi tak sangka pula Arif orang pertama yang merasmikan barang perubatan tersebut. "Kau betul ke okay ni, Rif? Betul tak nak pergi hospital?" tanya aku risau dengan diri beliau. Arif diam dan tidak membalas pertanyaan aku tadi. Secara tiba-tiba, Arif membuka balutan di badannya dan menunjukkan bahagian yang terkena tikaman itu pada aku. Aku jadi terkejut kerana aku lihat tiada kesan luka atau pun kesan ditikam. "Terkejutkan?" tanya Arif tersenyum. Mata aku masih lagi tertumpu pada bahagian yang sepatutnya cedera itu. Aku meraba-raba bahagian tersebut, memang tidak ada apa-apa. "Kau ada power regenerate ke wei?" tanya aku ingin tahu. Kemudian Arif menjentik dahi aku sekuat hati, bergegar juga otak aku waktu itu. "Tahyul betul kau ni. Tu lah, tengok banyak sangat anime." jawab Arif kemarahan. "Aku tak tahu apa yang berlaku, tapi memang aku nampak keris tu semalam, dan memang terang-terang dia tikam aku. Habis tu, macam mana kau nak explainkan tentang darah aku yang banyak mengalir atas lantai dapur kau tu? Aku sedar luka ni tak ada kejap tadi je. Lepas tu aku terdengar bunyi tapak kaki kat dapur. Terus aku datang dapur." jelas Arif. Kini kami berdua berada dalam keadaan yang sangat bingung.
Kami berdua duduk disofa selama beberapa jam sambil memikirkan apa yang patut kami lakukan. Banyak kali aku hubungi isteri aku namun tiada jawapan. Nombornya masih lagi aktif tetapi dia sengaja tidak menjawab panggilan yang aku buat. "Dah masuk waktu solat zohor." kata Arif memecah kesunyian. "Jom ikut aku pergi masjid, kita solat dulu kemudian kita minta bantuan dengan ustaz atau pun imam kat masjid tu nanti." jelas Arif. Aku mengiyakan saja, dan aku rasa memang itulah pilihan yang terbaik. Selesai aku mengunci pintu rumah, aku bergegas menuju ke dalam kereta. Arif membawa aku terus ke masjid. Sehabis solat, aku disapa oleh jiran aku, pakcik Mutalib. Dia merupakan seorang ustaz dan dia mengajar silat disebuah sekolah yang tidak jauh dari kediaman kami semua. Dibelakang pakcik Mutalib, berdiri beberapa orang jiran aku yang lain. Wajah pakcik Mutalib begitu garang. Matanya tidak berhenti memerhatikan aku dan Arif. Entah mengapa, tiba-tiba aku menjadi takut tak tentu pasal. "Ikut aku." itu saja yang keluar dari mulutnya. Aku dan Arif berpandangan sesama sendiri. Kami hanya turuti saja kemahuan pakcik Mutalib. Kami berjalan keluar dari masjid dan berhenti disalah sebuah kedai makan milik jiran aku. Kami dipelawa untuk duduk dan dihidangkan air kopi. "Kopi je? Tak hipsterlah kalau macam ni. At least kena lah blend dengan ice dulu." rungut aku dalam hati. Seperti dapat tahu apa yang bermain difikiran aku, Arif cepat-cepat mencubit lengan kiri aku. "Bersyukur je lah dengan apa yang ada. Complaint je kerja kau." tegur Arif tegas. Aku hanya tertunduk malu, kemudian aku mengambil cawan kopi tersebut dan aku minum beberapa hirup. Ketika aku ingin meletakkan cawan tersebut kembali ke atas meja. Pakcik Mutalib bersuara. "Aku tahu siapa isteri kamu." kata pakcik Mutalib. Kata-katanya itu membuatkan aku tergamam. Aku letakkan terus cawan itu ke atas meja dan aku menanyakan soalan kepadanya untuk kepastian. " Apa maksud pakcik yang pakcik tahu siapa isteri saya? Pakcik skandal dia ke?" tanya aku marah, bila diingatkan kembali peristiwa semalam yang dimana isteri aku bermesra dengan lelaki berbadan sasa tersebut, membuatkan aku menjadi sangat marah. Selepas aku mengajukan soalan tersebut, semua yang berada disitu mengetawakan aku. Kecuali Arif dan aku saja yang terpinga-pinga. "Apa barang skandal, terus akad nikah baru power." sindir salah seorang jiran aku yang turut berada di situ. "Nak power lagi, tengok malam pertamalah. Minum pulak tongkat ali, lapan round pun mampu." tambah seorang lagi. Dikedai makan itu kecoh dengan gelak ketawa mereka semua. Arif mungkin tidak dapat menahan kerana dia pun tergelak sikit tadi.
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!
Selesai semua ketawa besar, pakcik Mutalib pula sambung percakapan. "Aku tahu isteri kamu siapa tapi aku tak akan beritahu kamu, aku boleh beritahu di mana kedudukan isteri kamu. Kamu kena pergi sendiri dan selesaikan masalah keluarga kamu ni." aku menjadi hairan apabila mendengar ucapan dari pakcik Mutalib. "Usah kau tanya macam mana aku tahu, kau turut saja kata aku, In Shaa Allah, isteri dan anak kamu boleh diselamatkan." tambahnya lagi. Aku menjadi semakin bingung, pakcik Mutalib boleh beritahu aku di mana isteri aku berada sekarang, tapi kalau aku pergi ke sana, macam mana aku nak selesaikan? Tambahan pula, lelaki berbadan sasa tu turut sama berada dengan dia. Boleh hilang nyawa aku nanti. "Syaratnya mudah, jangan banyak tanya." sambung pakcik Mutalib lagi. Ya! Cakap memang mudah, tapi macam mana aku nak buat sebenarnya?
--Bersambung--