Adi nama diberi, seorang pujangga disebuah kampung Tenggiri. Beliau selalu menjadi rebutan para gadis dikampungnya itu. Anugerah dari Tuhan membuatkan beliau disenangi oleh semua penduduk kampung tersebut. Namun tidak semuanya, manusia tetap tidak boleh meloloskan diri dari perasaan hasad dengki dan cemburu. Beberapa jejaka kurang tampan dikampung itu tidak senang dengan kelebihan yang ada pada diri Adi. Sudahlah Adi itu kacak, pandai berjenaka dan bercerita, pandai pula membuat kerja-kerja kampung, ditambah lagi beliau itu sungguh rajin dan amanah orangnya. Disebabkan hal itu lah, ramai orang berasa senang dengan diri beliau, tetapi tidak dengan tiga orang jejaka yang kurang tampan ini, sudahlah tu malas pula, tidur dari pagi sampai ke esoknya baru bangun. Mereka bertiga ini telah pun merancang sebuah rancangan yang begitu jahat dan tidak senonoh sekali bagi menjatuhkan maruah si Adi. Sudah lama mereka bertiga menyimpan dendam tersebut. Akhirnya, hari yang dinanti-nantikan oleh mereka bertiga sudah pun tiba.
Pada petang yang damai dan tenang, si ibu telah pun meminta agar si anaknya, Adi, supaya pergi ke sungai yang terletak dihilir bagi membasuh baju-baju yang kotor kerana si ibu tidak sihat dan tidak dapat untuk melakukan kerja-kerja hariannya tersebut. Tanpa membantah dan demi kasihnya kepada ibu yang tercinta, Adi telah pun menuruti perintah dari ibu kesayangannya. Adi menggapai sebakul pakaian kotor dan berjalan menuju ke arah sungai yang di mana penduduk di kampungnya selalu melakukan aktiviti mencuci baju. Tetapi, bila difikirkan semula, tidak manis pula jika Adi pergi mencuci pakaian yang kotor itu dikawasan yang sama. Kerana sudah tentunya ramai gadis dan mak-mak orang yang mencuci pakaian kotor disitu. Dan, sudah tentunya mereka semuanya berkemban. Memang sudah menjadi kebiasaan orang kampung disitu, terutamanya wanita, ketika membasuh, mereka bermandi manda sekali. Dan akhirnya, Adi membuat keputusan untuk mencuci pakaian kotor keluarganya itu dikawasan sungai yang lain. Adi pun terus melangkahkan kakinya menuju ke destinasi. Tanpa Adi menyedari, langkahnya itu diperhatikan oleh tiga jejaka yang telah pun menyimpan dendam dan ingin melaksanakan perbuatan jahat mereka ketika Adi sedang sibuk membasuh pakaian kotor.
Setibanya Adi disungai, beliau meletakkan bakul yang penuh dengan pakaian kotornya itu di atas batu besar dan Adi melabuhkan punggungnya ke atas batu sungai berhampiran. Adi memandang kawasan sekelilingnya, dia memerhatikan keindahan dan kecantikan semulajadi di hutan tersebut. Ketika dia sedang asyik menikmati panorama alam semulajadi, tiba-tiba muncul pula seorang gadis dari arah belakangnya, gadis tersebut menyapa Adi sambil melemparkan sebuah senyuman yang paling manis. Adi membalas senyuman gadis tersebut, "Manis sungguh senyuman yang Anggerik berikan pada Adi. Adi suka apabila melihat Anggerik senyum sebegitu." kata Adi sambil memegang kedua-dua belah bahu Anggerik gadis sunti. "Isy, abang Adi ada-ada saja. Mahu mengusik Anggeriklah tu." balas Anggerik manja sambil memeluk pinggang Adi. Mereka saling membalas senyuman. "Tapi Anggerik, senyuman itu adalah yang terakhir tahu?" kata Adi.
"Aku sudah meletakkan racun ke dalam minuman ibunya pagi tadi supaya ibunya mati perlahan-lahan. Memang aku ingin keluarga dia musnah dan lenyap dari permukaan muka bumi ini." kata Kurap sambil menggaru ketiaknya yang berbulu lebat.
"Kurap, aku sudah datang bersama ketua kampung dan ketua agama kampung kita." kata Kudis kepada Kurap dan dibelakangnya berdiri beberapa orang penduduk kampung bersama ketua kampung serta ketua agama dikampung tersebut.
"Apa benar kau melihat Adi berdua saja di sungai sana, Kurap?" tanya ketua kampung menginginkan jawapan.
"Benar tok! Saya dan Kayap melihat dengan biji mata kami sendiri! Adi berdua saja dengan Anggerik di hulu sungai sana. Kononnya Adi ingin mencuci pakaian, rupa-rupanya dia merancang untuk melakukan perbuatan maksiat dikampung kita ini! Kita tidak boleh biarkan perkara ini terjadi!" balas Kurap penuh geram. Lalu mereka semua bergerak mengikuti Kurap menuju ke arah tempat disebutkan awal tadi. Setibanya mereka di hulu sungai, Kurap bersama orang kampung menjadi amat terkejut. Apa yang dilihat oleh mata kasar mereka pada ketika itu seperti tidak dapat diterima.
"Be..be..begitu...begitu banyaknya darah disini. Apa yang berlaku?" tanya ketua kampung.
"Saya .. pun.. tidak tahu... tok.." jawab Kurap tergagap-gagap, kemudian pandangan matanya dialihkan ke arah Kudis. Kudis hanya mengangkat bahu menandakan beliau sendiri tidak tahu.
"Ohh.. Kayap dengan Anggerik dah mati, ni kepala mereka." jelas kedengaran suara seorang pemuda dari arah belakang kumpulan orang kampung itu dan kepala milik Anggerik dan Kayap dilemparkan ke arah mereka semua, kelihatannya Anggerik dan Kayap telah pun terputus nyawa dan kepala mereka berdua telah pun dikerat. Semua orang memerhatikan kepala yang bergolek.
"Kau upah Anggerik untuk datang sini duduk berdua dengan aku dan kau bawa orang-orang kampung ini ke mari kerana ingin membuktikan aku melakukan perkara terkutuk iaitu maksiat?" kata Adi sambil mengacukan keris yang panjang dan dilumuri dengan darah ke arah mereka semua. Tidak ada seorang pun yang berani bersuara pada ketika itu.
"Sayang sekali, bahawa aku sudah boleh hidu segala perbuatan dan niat busuk kau itu wahai Kurap dan Kudis."
"Untuk pengetahuan kalian semua, aku telah pun berjaya menakluki mahkota milik Anggerik sebelum kepalanya aku penggal dengan menggunakan keris ini. Dan, Kayap cuba untuk menghalang akan tetapi gagal kerana dia mati di tangan aku."
"Berani sekali sungguh kau Adi!" jerit Kurap baran.
"Adi! Mengapa kau membunuh mereka? Bukankah kita boleh bawa berbincang? Jika benar apa yang kau dakwa bahawa Kurap dan Kudis merancang untuk memerangkap kau, kau harus beritahu pada penduduk kampung, beritahu pada aku." tanya ketua kampung yang sedikit kesal dengan tindakan yang dilakukan oleh Adi.
"Tok ketua, nak tahu perkara maksiat apakah yang paling dimurkai dan dihina serta dicaci? Syirik, dan aku telah pun melepasi tahap itu!" Adi terus melompat ke arah mereka semua dan melakukan aktiviti penikaman bertalu-talu ke arah semua penduduk kampung yang berada disitu. Tidak ada seorang pun yang terselamat dari amukan si Adi.
"Aku ialah bomoh, dan syaitan itu khadam aku. Ibu bapa aku yang kalian lihat itu adalah boneka sahaja. Sesungguhnya, mulai dari detik ini, kampung Tenggiri ini berada di dalam genggaman aku." kata Adi sambil mencuci kerisnya yang dipenuhi dengan darah itu di pinggir sungai. "Ayuh! Jamulah makanan tengahari kalian! Tidak enak jika dibiarkan lama-lama." sambung Adi lagi. Dengan tidak semena-mena, muncul enam ekor buaya dari dalam perut sungai itu dan perlahan-lahan buaya itu semua mendaki tebing sungai dan merangkak menuju ke arah mayat-mayat yang bergelimpangan. Adi pula, terus meneruskan langkah kakinya menuju ke arah kampung bersama sebuah senyuman paling palsu. Sebuah senyuman syaitan.
"Agendaku bermula pada saat ini..."
Orang kampung beramai-ramai pergi ke arah hulu sungai keesokkan harinya kerana ketua kampung dan ketua agama dikampung itu bersama penduduk yang lain tidak pulang-pulang. Mereka semua menjadi amat terkejut apabila mereka mendapati bahawa ada beberapa ekor buaya sedang bersidai dipinggir sungai dan kelihatan begitu banyak darah serta kesan-kesan tulang manusia di situ. Dan tidak ada seorang pun yang mengesyaki Adi.
--Tamat--
No comments:
Post a Comment