Hanya memerlukan satu malam sahaja untuk menjadikan sebuah kampung yang selalunya aman menjadi huru-hara serta kacau bilau. Mila masih lagi menanti ketibaan Tok Imam dari kampung sebelah di rumah ketua kampung bersama Rosli. Perjalanan dari kampung sebelah untuk ke kampung Indah Bayu memakan masa satu jam jika berjalan kaki dan mengambil masa lima belas minit jika menaiki kenderaan empat roda. Kelihatan Rosmah sedang berjalan keluar dari arah dapur dan menuju ke arah ruang tamu di mana Mila dan Rosli sedang berada pada waktu itu. Mereka dihidangkan air kopi bersama cucur udang petang tadi yang dipanaskan untuk dijamah sementara menanti sebuah penantian.
"Ayah, abang Li, Kak Mila..jemputlah menjamah, mohon jangan segan-segan." pelawa Rosmah anak kepada ketua kampung sambil melemparkan senyuman manis kepada Rosli yang secara terang-terangan tidak menghiraukan dia. Tanpa menghiraukan semua orang, Rosli menggapai cawan berisikan kopi dihadapannya itu lalu dihirup sedikit demi sedikit. Perbuatannya itu ditegur lembut oleh kakak iparnya, Mila.
"Bacalah Bismillah dahulu kalau ya pun, Li." tegur Mila lembut. Rosli memohon maaf dan terus kembali menghirup air kopi tersebut. Kemudian, dia mengambil cucur udang yang berada di depan mata lalu dicicahkan ke dalam sos cili dan berakhir di dalam mulutnya.
"Hmm..liat..tak sedap.." rungutnya di dalam hati, namun tetap di telan juga kerana ingin menjaga hati budi tuan rumah. Ketua kampung juga tidak ingin ketinggalan, dia mengambil cucur udang itu lalu disumbatkan ke dalam mulut.
"Hmm..liat..tak sedap betul..ni mesti siang tadi punya..ingatkan dia masak yang baru..sedih.." rungut ketua kampung di dalam hati, namun tetap juga ditelan kerana khuatir Mila dan Rosli mengganggap dirinya itu seorang yang suka membazir.
"Kenapa liat ya cucur udang ni?" soal Mila di dalam hati. Ingin bertanya namun tidak berani kerana bimbang jika ketua kampung akan kecil hati dengan pertanyaannya itu. Kemudian, Mila meludahkan cucur itu keluar tingkap rumah kerana tekaknya memang tidak dapat menerima ketidaksedapan cucur udang itu.
"Kenapa kak? tanya Rosli sengaja walaupun dia sudah sedia maklum kenapa kakak iparnya meludahkan makanan itu keluar.
"Ekor udang tercucuk dekat lelangit akak, sakit terus. Tak dapat nak telan." jawab Mila selamba badak.
"Tapi tak ada udang pun dalam cucur tu.." balas ketua kampung. Bunyi cengkerik kedengaran untuk beberapa saat.
"Err...tambahan pula gusi saya bengkak tok. Tak dapat nak makan benda-benda yang keras ni." jawab Mila dengan tidak penuh keyakinan di dalam diri.
"Assalamualaikum!"
Kedengaran suara manusia memberikan salam dihadapan rumah ketua kampung. Setelah salam di jawab, mereka bertiga pun bergegas bangun lalu berjalan menuju ke muka pintu. Rupa-rupanya tok imam yang memberikan salam. Kelihatan seorang pemuda yang diarahkan oleh ketua kampung untuk menjemput tok imam tadi sedang berdiri sambil mengunyah rambutan disebelah tok imam.
"Alhamdulillah imam dah sampai. Maaflah terpaksa mengganggu imam awal-awal pagi macam ni. Imam kat kampung ni pergi ke tanah suci, itu yang saya terpaksa memanggil imam untuk datang ke sini demi memberikan bantuan.." kata ketua kampung.
Tok Imam di pelawa untuk naik ke rumah dan mereka bertiga menceritakan perkara yang melanda keamanan kampung tersebut. Tok Imam menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal selepas mendengar cerita yang diceritakan kepadanya sebentar tadi. Ketua kampung tidak henti-henti merayu agar tok imam membantu mereka dan mengembalikan keamanan dikampung itu.
"Beginilah. Aku ni manusia biasa. Aku tak ada apa-apa kuasa. Eloknya kamu panggil semua orang kampung datang ke surau, kita buat solat hajat supaya tak ada gangguan lagi yang datang mengganggu. Kita mohon pertolongan dari Allah.. Itu yang sebaiknya." cadang tok imam. Lalu Rosli bersama dengan seorang lagi pemuda diarahkan untuk pergi ke surau untuk memukul beduk supaya penduduk kampung datang ke surau itu untuk melakukan solat hajat.
Beberapa minit kemudian, kelihatan orang kampung datang berpusu-pusu menuju ke arah surau tersebut. Ketua kampung dan tok imam juga datang ke surau itu dan memberikan taklimat kepada semua orang. Dan mereka pun berlumba-lumba menuju ke perigi air untuk mengambil wudhuk.
********************************************************************
"Kau lapar lagi?"
"Iya..aku masih lapar lagi, tuan."
"Aku bawakan bubur kegemaran kau. Makanlah dan kembali melakukan kerja-kerja kau yang aku suruh."
"Terima kasih tuan. Sesungguhnya engkau pemberi rezeki kepada aku."
"Ya, benar itu! Akulah pemberi rezeki! Tunduk hormat pada aku! Dan sanjung aku! Aku yang menghidupkan kau kembali! Hahahahahahahaha!!"
Di bawah sinaran pancaran cahaya bulan yang terang, kelihatan seorang lelaki bersama seekor makhluk sedang berbicara di atas kubur. Satu sedang membongkok ke bawah dan satu lagi sedang tegak berdiri memerhatikan yang satu lagi. Gelak tawa jelas kedengaran disetiap pelusuk kawasan perkuburan tersebut.
"Brader, wa tengah layan stim ni. Lu boleh gelak-gelak apahal? Nanti polis dengar woo." gelak tawa tadi terhenti selepas ditegur oleh seorang mat dadah.
"Lu buat apa berbungkus-bungkus ni? Lu nak buat prank ek?" tegurnya lagi.
"Dia ni pocong, kau tak takut ke?
"Pocong mana ada makan nasi dalam bungkusan bodoh..." jawabnya selamba sambil menujah kepala lelaki itu tadi dan berlalu pergi sambil meletakkan jari telunjuk di mulut menandakan dia menyuruh mereka berdua untuk diam dan jangan buat bising.
"Nanti orang nampak lu kat kubur pagi-pagi buta ni dia orang tangkap, Lebih baik lu diam je." sambungnya lagi. Dan mat dadah tersebut terus berlalu pergi meninggalkan lelaki itu tadi terpinga-pinga seorang diri.
"Aku sudah habis, tuan."
"Baguslah. Sekarang aku nak kau pergi kembali melakukan kerja yang tertangguh. Aku nak pergi melawat Jenah pulak." arah lelaki itu tadi. Kemudian, pocong tersebut berpecah menjadi kepulan asap dan hilang ditiup angin. Manakala lelaki itu pula berjalan menuju ke arah hutan dan hilang dari pandangan.
********************************************************************
"Aku akan tinggal disini untuk beberapa hari lagi dan malam nanti aku ingin pergi melawat pusara arwah Ramli. Aku nak lihat sendiri dengan mata aku apakah benar dakwaan kalian semua bahawa ada manusia mengamalkan ilmu hitam dan menggunakan arwah Ramli sebagai pengikutnya. Jika ya, kita harus melakukan sesuatu dan menghalangnya daripada terus melakukan perkara yang sesat dan tidak diredhai Allah tersebut." jelas tok imam kepada semua orang kampung yang masih berada di dalam surau.
"Kalau macam tu, ada baiknya jika imam tinggal saja di rumah saya untuk beberapa hari ni." pelawa ketua kampung. Namun, pelawaannya itu ditolak dengan baik oleh tok imam, kerana tok imam ingin beramal selama dia berada di kampung tersebut. Dia memerlukan bilik sendiri dan jauh dari bunyi bising. Dia tidak ingin ada gangguan dari manusia.
"Sewakan aku hotel." arah tok imam.
"Amboi. Nak yang high-standard je." terdengar teguran dari anak muda yang berada disitu.
"Jika begitu, binakan aku sebuah pondok supaya senang aaaaaaa...." kata-kata tok imam terhenti selepas telinganya ditarik kuat oleh ketua kampung. Dan akhirnya tok imam membuat keputusan untuk tinggal saja dirumah ketua kampung. Diluar surau tersebut, Mila dan Rosli sedang duduk di anak tangga sambil berbual. Mereka cuba untuk melupakan perkara yang berlaku dengan cara berbual kosong. Rosli menjadi serba salah selepas kakak iparnya mengajukan soalan bila mahu mendirikan rumah tangga?
"Nanti-nantilah. Awal lagi nak fikir pasal kahwin, kak." jawab Rosli mencuba untuk mengelak. Dengan tidak semena-mena, dari kelihatan seorang pemuda kampung berlari memasuki pagar surau itu dan menjerit memanggil ketua kampung. Mereka yang berada di dalam surau pun terus bergegas berlari mendapatkan pemuda tersebut. Mereka diberitahu bahawa pemuda tersebut telah menjumpai mayat seorang lelaki di ladang pokok kelapa sawit. Mereka semua terkejut dengan perkara tersebut dan terus bergerak mengikut jejak langkah pemuda itu tadi dan menuju ke arah ladang kelapa sawit yang disebutkan. Apabila mereka tiba di ladang kelapa sawit tersebut, semua yang berada disitu dapat menghidu bau yang sangat busuk. Mila hampir-hampir muntah akibat bau yang busuk itu.
"Bau ni datang dari mayat tersebut.." jelas ketua kampung dan perlahan-perlahan dia berjalan mendekati mayat lelaki itu. Tok imam juga mengikut jejak langkah ketua kampung dan perlahan-perlahan berjalan menuju ke arah mayat itu. Setelah mereka amati wajah mayat tersebut, tok imam tiba-tiba mengucap panjang. Mayat yang mereka sedang lihat pada ketika itu adalah mayat seorang lelaki yang sudah berumah tangga dan mempunyai seorang isteri serta empat orang anak.
"Karim nama dia. Dia dari kampung sebelah. Sudah sebulan lebih dia hilang. Semua ingatkan dia melarikan diri akibat tidak sanggup hidup dalam kemiskinan." jelas tok imam. Lalu ketua kampung mengarahka seorang anak buahnya untuk pergi ke kampung sebelah untuk memaklumkan perkara tersebut kepada keluarga. Rosli meneliti mayat lelaki tersebut, matanya tertumpu pada dada mayat itu kerana terdapat kesan tikaman. Ianya sama seperti tikaman di dada abang kandungnya yang telah menjadi mangsa kepada hasad dengki manusia yang tidak bertimbang rasa.
"Ada baiknya kita telefon pihak polis. Sebab ni kes bunuh. Lihat saja tikaman pada dadanya itu." cadang Rosli. Dan mereka semua bersetuju kemudian, ketua kampung membuat panggilan. Tidak lama kemudian pihak polis pun tiba bersama pihak forensik. Mereka membiarkan pegawai itu semua melakukan kerja dan mayat lelaki itu dimasukkan ke dalam beg plastik bewarna hitam untuk dibawa pergi ke balai.
"Tahniah. Tak sangka kau mempunyai mata yang tajam, Rosli." puji Mila.
"Saya selalu tengok cerita Conan, memanglah.." jelas Rosli bangga.
Mereka semua beredar dari ladang kelapa sawit itu untuk memberikan ruang kepada pihak pegawai melakukan kerja-kerja mereka.
Bersambung.
Alucard Monsieur merupakan page rasmi facebook bagi Seram Mengarut. Sila like dan teruskan memberi sokongan kepada kami!
No comments:
Post a Comment