Tuesday, 4 August 2015

Cikgu Suraya #5

Pengalaman terjatuh dari tingkat 3 memang tidak dapat dinafikan bahawa ianya begitu memeritkan. Amir masih lagi belum untuk melupakan perkara yang menimpa dirinya itu. Manakala kawan serumahnya, Maslan, sedang dirawat di unit kecemasan kerana kehilangan begitu banyak darah hingga membuatkan dirinya berada di dalam situasi yang bahaya iaitu koma. Amir lain cerita, dia boleh diumpamakan insan yang bertuah kerana akibat yang dia terima ketika terjatuh dari tingkat flat rumahnya itu tidaklah sebegitu serius berbanding Maslan. Kawannya waktu itu sedang bertarung nyawa untuk meneruskan kehidupan di dunia ini. Keluarga Amir yang berada di kampung tidak dapat berbuat apa-apa namun mereka masih bersyukur setelah diberitahu oleh pihak hospital bahawa Amir berada di dalam keadaan yang baik sahaja, cuma Amir sekarang tak ubah seperti manusia tertelan air cuka, wajahnya muram dan kusam sentiasa. Sudah 2 hari berlalu selepas peristiwa tersebut berlaku, Amir ada terdengar juga berita disekitar hospital tersebut yang di mana van ambulans terlibat di dalam kemalangan ngeri yang dimana empat orang jururawat serta empat orang awam hilang nyawa ditempat kejadian. Punca kepada kemalangan tersebut masih tidak dapat diketahui lagi dan pihak berkuasa masih lagi menjalankan siasatan, orang ramai diseru agar datang ke balai polis yang berdekatan bagi memberi maklumat supaya dapat membantu dalam siasatan.

Berita yang tergempar di masa kini yang di mana nama "Suraya" menjadi sebutan orang ramai selepas peristiwa pembunuhan berdarah di dalam rumahnya tempoh hari dan kini beliau pula hilang entah ke mana. Dua orang jururawat yang meninggal ditempat kejadian dipercayai akibat kehilangan begitu banyak darah. Polis mengesyaki bahawa Suraya tersebut adalah suspek yang melarikan diri selepas di dakwa menjadi tidak siuman kerana diganggu oleh makhluk halus. Berita ini mendapat liputan yang luas sehingga ke luar negara, sampaikan ahli paranormal dari pelbagai negara sanggup singgah ke Malaysia untuk membuat siasatan tentang perihal dunia mistik. Amir jadi tidak keruan apabila mendengar nama Suraya. Membuatkan beliau menjadi tidak duduk dengan senang apabila wajah Suraya yang dikongsi oleh pihak media adalah wajah yang amat Amir kenali. Dia ialah guru kepada Amir, guru matematik disekolah Amir pada waktu dulu. Peristiwa mengundang durjana itu bermain di dalam fikiran Amir. Bagaikan tidak percaya dengan berita yang didengarinya, Amir sendiri ingin menjalankan siasatan untuk menjejaki dimana keberadaan Cikgu Suraya. Apakah benar dakwaan pihak berkuasa yang di mana Cikgu Suraya tersebut adalah pembunuh yang tidak siuman?

Selepas beberapa hari Amir menetap di hospital, akhirnya dia dibenarkan pulang ke rumah kerana dirinya sudah pun kembali pulang pulih. Kawan serumahnya menerima nasib yang tidak baik yang di mana beliau diisytiharkan koma. Amir tidak dapat buat apa-apa dengan nasib yang menimpa rakannya itu. Hanya doa yang mampu dia lakukan sekarang. Teriak tangisan ahli keluarga Maslan jelas kedengaran disekitar hospital tersebut. Amir menaiki bas menuju ke rumah flat yang dia menetap. Hatinya berat untuk melangkahkan kaki memasuki rumah tersebut. Dia dapat merasakan seperti ada sesuatu yang jahat sedang menanti dirinya. Dan Amir begitu pasti bahawa sebab mengapa dia dan Maslan terima nasib sebegini adalah berpunca daripada kelibat yang dilihatnya tempoh hari. Wajah kelibat tersebut jelas bermain difikiran Amir. Amir seakan-akan pernah mengenali wajah tersebut akan tetapi Amir tidak ingat siapa. Setibanya Amir di rumah, dia berdiri di ruang tamu dan melihat keadaan sekeliling. Hatinya suram, sepi dan sunyi. Tanpa kawannya itu, apalah erti hidup di dalam rumah tersebut. Namun beliau belum membuat keputusan untuk meninggalkan rumah itu. Amir akan terus menetap sehinggalah Maslan sedar dari koma yang tak berapa nak lena tersebut.

**************************************************************************

Tepat jam 8.00 malam, Amir bergegas menuju ke bilik air dengan niat membersihkan diri. Sabun ditatapnya berulang kali. Seperti ada memori indah yang tercipta antara Amir dan sabun itu. Amir meletakkan sabun tersebut ke tempatnya selepas dia selesai menyabun badan dan berkata "Tidak untuk hari ini". Usai proses membersihkan diri dari kuman jahat, Amir terus mengenakan pakaian kasualnya dan berlalu pergi dari bilik tidurnya menuju ke ruang tamu. Secara tiba-tiba Amir terdengar seperti ada suara memanggil namanya. Dengan pantas Amir menoleh ke kiri kanan belakang demi mencari dari mana datangnya suara halus tersebut. Namun tidak dijumpainya, Amir berlari ke arah dapur untuk melihat ke luar rumah melalui jendelanya yang di mana ia terus menampakkan taman permainan di belakang flat tersebut. Mungkin ada kanak-kanak yang masih lagi bermain disitu atau pun ibu budak sedang memanggil nama anaknya yang kebetulan sama seperti Amir. Mata Amir melilau mencari kelibat manusia di taman permainan tersebut akan tetapi tidak ada sesiapa pun yang berada di situ. Peluh mulai membasahi diri Amir, dengan tidak semena-mena dirinya diselubungi perasaan ketakutan yang teramat. "AMIR..." Jelas kedengaran suara halus seorang wanita memanggil nama Amir, suara tersebut datangnya dari ruang tamu rumah itu.

Nafas Amir bagaikan terhenti. Hendak toleh ke belakang tetapi tidak mempunyai keberanian yang cukup. "AMIR..BUAT APA KAT TINGKAP TU?". Hampir-hampir saja Amir pengsan di dapur selepas terdengar soalan yang diajukan kepadanya itu. Telinga Amir menangkap bunyi tapak kaki berjalan perlahan-lahan ke arah di mana dia berdiri sekarang. Seluruh badannya menggigil ketakutan dan kesejukkan. Amir menjerit macam orang gila selepas dia merasakan ada tangan yang menyentuh bahu kanannya, lalu Amir menoleh ke arah belakang dengan niat hendak melarikan diri akan tetapi setelah dia terlihat akan wajah wanita yang membuatkan beliau menjadi begitu, terus terbatal niatnya. Perasaan rasa nak bunuh orang pulak yang muncul.

"Mak Limah ni dah kenapa!? Buat saya terkejut je la!! Kalau saya kena serangan sakit jantung tadi macam mana?!!" marah Amir kepada wanita tersebut yang dipanggilnya Mak Limah.

"Yang engkau tu bangang sangat pengecut takde telur kenapa? Aku ni datang nak kutip sewa rumah, bulan ni punya kau tak bayar lagi. Nasib baik aku bawak kunci pendua, boleh aku masuk rumah ni dan sakat kau. Hahahahaha!"

"Ish! Apalah orang tua ni. Saya tolak jatuh dari tingkat 3 ni kang baru tau erti penyesalan abadi.." marah Amir seorang diri. Beliau begitu geram dengan gurauan Mak Limah tersebut. Tuan rumah itu memang suka menyakat Amir dan Maslan disebabkan mereka berdua memang penakut dari awalnya. Amir menerangkan kepada Kak Limah tentang perkara yang terjadi dan nasib yang menimpa kawan serumahnya itu. Kak Limah menunjukkan rasa simpati kepada mereka berdua dan berjanji akan datang melawat Maslan pada keesokkan harinya. Setelah membayar duit sewa rumah, Mak Limah pun berambus dari rumah tersebut. Amir masih tidak berpuas hati dengan apa yang dilakukan oleh tuan rumah itu. Amir menanamkan hasrat yang dia akan membalas dendam satu hari nanti hingga membuatkan Mak Limah tercirit-cirit ketakutan. Walaupun Mak Limah tinggal dikawasan yang agak jauh dari flat tersebut akan tetapi dia tetap akan datang ke flat itu setiap bulan untuk mengutip sewa bukan saja dari Amir, satu blok tersebut merupakan rumah beliau. Kaya kau Limah.

Setelah Amir menutup pintu, dan dia yang tadi berhasrat untuk keluar makan malam telah membuat keputusan untuk makan pada hari esoknya saja kerana apa yang Mak Limah buat pada dirinya tadi membuatkan Amir hilang selera makan. Selera nak membunuh pula yang muncul. Amir merebahkan punggungnya ke atas sofa dan mencapai alat kawalan tv menghidupkan tv tersebut. Setiap siaran Amir tonton dengan tidak khusyuk, tiada rancangan yang menarik untuk dipertontonkan pada malam itu. Jam menunjukkan puku 10.20 malam, dan kali ini Amir terpaksa mengalah dengan perutnya yang berbunyi sejak tadi akibat kelaparan yang terlampau. Amir terus menutup tv tersebut dan bingkas bangun untuk menuju ke pintu. Belum sempat Amir membuka pintu, dia terdengar ketukan dari luar pintunya itu. Amir berfikir sejenak, malam-malam begini siapa pula yang datang berkunjung ke rumahnya? Amir terus membuka pintu tersebut tanpa ada perasaan ragu dan satu tumbukan yang padu hinggap ke wajah Amir, lalu dia jatuh ke atas lantai. Keperitan akibat tumbukan itu memang mengundang api kemarahan Amir, lantas dia bangun untuk membalas balik serangan tadi tetapi belum sempat Amir nak bangun, lagi satu tumbukan hinggap ke pipi beliau.

Amir jatuh terduduk semula dan terus memandang ke arah perlaku itu. Keadaan tiba-tiba menjadi sunyi, Amir terduduk kaku di atas lantai ruang tamu tersebut. Bermacam soalan yang datang ke minda Amir. Siapakah yang menumbuk dirinya tadi? Siapakah yang datang berkunjung ke rumahnya pada waktu lewat malam itu? Siapakah?


Bersambung..............................................................

No comments:

Post a Comment