Tuesday, 4 August 2015

Cikgu Suraya #4

Kedengaran dari jauh bunyi ungka dan cengkerik silih berganti seperti berkomunikasi. Keadaan sekeliling yang tak berapa nak pasti, suasana yang gelap. Perlahan-lahan Cikgu Suraya membuka matanya dan dia berasa teramat terkejut kerana dirinya tika itu sedang berada di dalam sebuah hutan yang agak tebal. Cikgu Suraya terbaring di atas tanah yang sedikit lembap dan mengakibatkan dirinya menjadi kotor disebabkan lumpur yang terhasil daripada tanah yang lembap, Sains guys.. sains.

Cikgu suraya tergamam dengan keadaan sekeliling yang agak nyaman dan cantik untuk dijadikan sebagai kenangan di dalam fikiran. Dirinya terasa tenang, walaupun dia tertanya-tanya bagaimanakah dia boleh sampai ke situ? Dengan perlahan-lahan Cikgu Suraya bangun dari tempat dia berbaring. Dia berpusing memerhatikan keadaan sekelilingnya. Seperti tiada jalan keluar dari kawasan itu. Yang kelihatan hanyalah hutan tebal dan semak samun. Namun begitu, Cikgu Suraya merasakan kagum dengan keindahan yang tercipta oleh kekuasaan Allah Yang Maha Besar, Maha Pencipta.

Entah mengapa, senyuman terukir dibibirnya. Gila barangkali. Telinga Cikgu Suraya tertangkap satu bunyi dari arah selatan dengan pantas dia berpusing mencari punca bunyi tersebut. Seperti bunyi orang berjalan atas rumput yang tebal. Walaupun begitu, ianya tidak mendatangkan ketakutan terhadap dirinya kerana Cikgu Suraya begitu terpukau dengan keindahan alam semula jadi. Terlintas difikirannya sejenak, apakah mungkin lima atau enam tahun kemudian hutan ini akan ditoreh untuk diambil hasilnya atau ditoreh untuk dijadikan pembangunan pesat nan moden. Tanpa menghiraukan bunyi yang bising dari arah hadapannya, Cikgu Suraya terus tersenyum seorang diri di tengah-tengah ketebalan hutan.

Secara tiba-tiba, kelibat seorang lelaki muda muncul dihadapannya. Cikgu Suraya agak terkejut dengan situasi itu. Otaknya berhenti berfikir tentang keindahan alam lalu menumpukan perhatian terhadap kelibat tersebut. Kelibat itu memerhatikan Cikgu Suraya dengan penuh teliti, kemudian ia berkata kepada Cikgu Suraya. "Pertama kali aku jumpa manusia bangang tersenyum tengah-tengah hutan selepas kena bunuh". Terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh kelibat lelaki muda itu. Dengan tidak semena-mena Cikgu Suraya merasakan kesakitan yang teramat sangat. Dia mendapati dirinya penuh dengan darah yang pekat. Apakah ianya darah miliknya atau darah dari orang lain? Mana mungkin, kerana dia seorang sahaja yang berada di situ sejak tersedar dari tadi.

Lantas Cikgu Suraya terfikir akan perkara yang berlaku pada dirinya, baru dia teringat bahawa sahabat serumahnya Lisa bertindak diluar kawalan seperti di rasuk oleh Ju-On. Tapi Cikgu Suraya tetap tersenyum bila terfikir tentang keindahan alam semula jadi di sekelilingnya. "Tension aku tengok kau ni lah minah! Biar aku selesaikan kau sekarang jugak!" teriak kelibat lelaki muda itu tadi lalu menghunuskan objek yang tajam ke arah perut Cikgu Suraya. Darah mengalir keluar pantas akibat tusukan objek yang tajam tersebut. Mata Cikgu Suraya terbelalak dengan tindakan kelibat itu. Sekali lagi Cikgu Suraya tersenyum apabila melihat keindahan semu..."Dah lah tu bodoh!". Oh.. Maafkan saya.

"Sue..Sue...Suee..Hei...Bangun Sue..Bangun..Ya Allah..Jangan buat aku risau Sue.." Cikgu Suraya membuka matanya serta merta apabila terdengar seruan dari suara yang amat dia kenali iaitu Lisa. Matanya sakit apabila terkena pancaran lampu kalimantang. Cikgu Suraya tergamam dan hairan apabila disekelilingnya terdapat ramai manusia. Dia melihat ke arah sebelah kiri yang di mana sahabatnya sedang menangis sambil menyebut-nyebut namanya. "Kau okay Lisa? Tadi kau macam kena rasuk, siap panjat siling. Aku takut dan gelabah..Aku cuba lari.. tapi pintu tak dapat nak buka, aku cuba pecahkan cermin, tetap tak dapat nak pecah....aku takut Lis.." jelas Cikgu Suraya kepada Lisa.

"Ya Allah Sue..." Lisa terus menangis tersedu-sedu. Anggota ambulans yang sejak tadi berada disitu bagi memantau keadaan Cikgu Suraya segera mengangkat dirinya ke atas stretcher lalu dibawa masuk ke dalam van ambulans. Jiran mereka cuba menenangkan Lisa dan mengarahkan Lisa supaya tabah dengan semua yang terjadi. Apa yang Cikgu Suraya tidak ketahui adalah dirinya sedang berlumuran darah akibat tikaman kaca tingkap yang dipecahkan. Ya, semasa Lisa selesai menunaikan solat isyak di dalam bilik di tingkat satu, dia terus turun ke bawah kerana terdengar bunyi kaca pecah. Dia dapati yang di mana sahabatnya pada waktu itu sedang menikam dirinya dengan menggunakan kaca yang pecah dari tingkap tersebut. Matanya tika itu bulat seperit mahu terkeluar, urat-urat disekelilingnya timbul menghijau.

"Dia macam kena rasuk kak. Saya takut sangat-sangat. Saya tahu benda ada kaitan dengan makhluk yang sering mengganggu dia ketika dia berada di rumahnya yang lama dulu." terang Lisa kepada jirannya yang terdengar jeritan meminta tolong dari Lisa sebentar tadi. Jiran dia ini lah yang membuat panggilan ke ambulans. Bunyi siren dari van ambulans tersebut memecah kesunyian malam yang kian jauh tenggelam di telan waktu. Jauh disudut malam, kedengaran suara insan yang menjerit seakan-akan marah dengan perkara yang tak pasti. Lisa dan beberapa orang jiran yang berada di situ tiba-tiba terasa seram dan sejuk. Dan pada malam itu Lisa diperlawa untuk bermalam dirumah jirannya kerana memandangkan suami jiran tersebut tiada dirumah.

"Aku rasa kita patut hantar pesakit ke hospital bahagia. Bukannya ke hospital biasa. Dalam kes ni aku tak rasa dia akan jadi okay selepas beberapa hari rawatan. Nanti kita pulak yang disusahkan sebab gara-gara dia ni." rungut pemandu van ambulans tersebut kepada pembantu pemandunya yang berada disebelah.

"Bang, saya rasa tak sedap hatilah. Masa kat rumah pesakit ni tadi saya ada nampak kelibat kat dapur dia orang."

"Ahh kau ni. Mengarut je lah. Kau nampak apa? Hantu? Mana ada hantu wuju..."

"Tak wujud? Abang pasti ke ni? Hehehehehehehe~~" kedengaran suara yang mengerikan dari arah belakang van tersebut. Pemandu tersebut belum sempat menghabiskan perkataan yang ingin disuarakan, tetapi telah disambung oleh suara yang lain. Kelindan van ambulans tersebut terus menoleh ke arah belakang dan dia mendapati bahawa dua orang jururawat yang turut membantu tadi telah pun terbaring sambil berlumuran darah, daging mereka seperti dicarik-carik oleh kuku yang tajam. Sementara pesakit yang mereka ambil tadi, Cikgu Suraya, masih lagi terbaring di atas stretcher, dan di antara jururawat dan Cikgu Suraya, berdirinya satu makhluk yang mengerikan. Kukunya yang panjang, tajam, matanya yang merah darah, senyuman yang langsung tak manis, sedang memandang tepat ke arah mereka berdua.

"Arrrrrrggggggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!" jeritan yang tidak dapat didengari oleh sesiapa disebabkan ketakutan teramat sangat telah mengakibatkan pemandu hilang kawalan lalu merempuh 4 orang penjalan kaki dan terus menghentam dinding konkrit sebuah bangunan. Kematian yang tidak siapa dapat jangkakan. Nyawa yang tidak bersalah dan tidak ada kaitan turut menjadi mangsa, mangsa hawa nafsu, nafsu dendam, dendam amarah yang tidak siapa tahu. Pemandu meninggal dunia ditempat kejadian yang dimana kepalanya terbelah dua, otaknya hancur berkecai akibat hentakan yang kuat ketika tercampak keluar dari van ambulans tersebut. Manakala pembantu pemandu tersebut lumpuh, dan menjadi tidak siuman. Dan Cikgu Suraya tidak dapat dikesan. Beliau hilang dari pandangan. Pihak Polis sudah puas melakukan pencarian namun tetap tidak ketemu. Lisa antara insan yang begitu sedih dengan berita kehilangan dan kemalangan yang terjadi. Sahabat serumahnya yang merupakan paling rapat antara semua telah hilang dengan tiba-tiba. Misteri demi misteri. Hari berganti hari.......


Bersambung...




Penulis ingin meminta tolong dengan sesiapa yang sedang membaca cerita yang ditulis ni. Jika anda rasa cerita yang dikarang ini menarik, penulis ingin meminta bantuan agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain. Boleh juga dikongsikan ke beberapa laman sosial yang terkenal seperti Facebook, Twitter dan Myspace..Myspace tak payah. Facebook & Twitter je lah kot yang boleh dianggap begitu famous sekarang. Penulis memohon maaf andai kata cerita ini tidak begitu menarik perhatian, penulis mencuba. Kerana penulis memang suka mengarang cerita dan menulis. Penulisan memang tidak segempak para-para sasterawan negara dan novelis terkenal. Sebab itu bukan niat penulis. Konsep novel online ini adalah "simple dan mudah difahami tanpa menggunakan bahasa yang tinggi". Mungkin akan ada yang tidak suka dan memperlekehkan penulis. Tapi itu semua bukan penghalang untuk penulis untuk meneruskan kerjayanya yang tak seberapa ini. Sekian Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment