Monday, 3 August 2015

Cikgu Suraya #3

"Assalamualaikum!"

Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 27 tahun bangun dari tidur, dalam keadaan malas beliau berjalan menuju ke arah pintu rumah. Perlahan-lahan beliau membuka pintu tersebut dan beliau terkebil-kebil untuk melihat siapakah yang berdiri dihadapannya waktu itu.

"Hoi Mir. Kau tidur lagi? Dah pukul 3 petang siot. Kau tak kerja ke hari ni, Mir?

"Kau rupanya Lan.. Ingatkan siapalah tadi.. Haa.. Ni mesti kes kunci kau lupa bawak.. Hari ni aku cuti.. Dah lah, aku nak sambung tidur.." balas Amir lalu berjalan lemah menuju ke bilik tidurnya. Dia merebahkan badan ke atas tilam empuknya dan memejamkan mata bagi menyambung tidurnya yang terganggu tadi. Namun matanya tidak boleh terpejam lagi lalu Amir membuatkan keputusan untuk terus bangkit dan mandi. Amir mengambil telefonnya dan melihat ke arah jam, ada lagi 15 minit pukul 3.30 petang. Amir bangun dan berlalu pergi ke bilik air bagi membersihkan dirinya yang rimas akibat baru bangun tidur. Sesudah mandi, Amir mengajak kawan serumahnya untuk pergi makan di kedai mamak berhampiran tetapi ajakannya ditolak kerana kawannya itu sudah pun menjamu selera sebelum Amir bangun tidur. Lalu Amir berjalan menuju ke kedai mamak tersebut seorang diri. Amir kini tinggal di kawasan perumahan flat yang disewanya bersama dengan seorang kawan yang tak pernah dikenalinya sebelum. Hubungan mereka menjadi rapat setelah Amir duduk menyewa dirumah tersebut, memandangkan kawan serumahnya itu tidak mempunyai begitu ramai kawan. Hanya Amir seorang sahaja yang beliau percayai. Setiba Amir dikedai makan tersebut, beliau memesan mee goreng celup tepung bersama air nescafe tarik sedap lazat tanpa GST. Sementara menunggu pesanannya siap, Amir mengeluarkan telefon pintarnya untuk melayari laman sosial. Beliau skrol berita-berita untuk hari ini. Mata beliau tertumpu pada satu berita ini yang bertajuk "Aku nak Suraya". Amir mengamati berita tersebut penuh khusyuk hinggakan beliau tidak menyedari bahawa pesanan makanan beliau tadi sudah siap dan terhidang didepan mata. Amir kini terasa seperti sesuatu yang tidak selesa, apakah ia Amir sendiri pun tidak mengerti. Nama Suraya itu betul-betul membuatkan beliau teringat pada cikgu Suraya. Beliau memang ada mendengar berita yang tak rasmi daripada kawan-kawan sekolahnya bahawa Cikgu Suraya mengajar disekitar Kuala Lumpur. Kesahihan berita tersebut masih lagi diragui oleh Amir. Kerana Amir memang mencari Cikgu Suraya kerana beliau inginkan perkara yang lepas berlaku lagi. Jahat betul kau Mir, bodoh.

Makanan yang sudah lama terhidang didepan mata disedari oleh Amir hanya selepas beliau mendapat panggilan dari kawan serumahnya yang mengirim rokok sekotak. Setelah mematikan talian, Amir terus menjamah juadah yang terhidang. Selesai mengisi perut, beliau membayar makanannya tadi lalu beransur pulang ke rumah sambil memegang rokok yang dikirim oleh kawan serumahnya sebentar tadi. Sedang Amir berjalan menuju ke tangga flat untuk ke tingkat rumahnya, Amir terkejut sekejap apabila ada seseorang yang menyentuh bahu kanannya dan memanggil namanya. Amir terus menoleh ke belakang tapi hampa kerana tidak ada sesiapa pun yang berada disitu. Amir buat tidak endah dan terus menaiki tangga menuju ke rumahnya. Setiba Amir di depan pintu rumahnya, mata beliau tertangkap satu susuk tubuh dari hujung tingkat tersebut. Semakin lama Amir memandang, semakin dekat susuk tubuh itu kepadanya. Amir tersedar lalu menggelengkan kepalanya dan kembali memandang ke arah susuk itu tad. Namun, hampir sahaja Amir menjerit apabila beliau mengetahui bahawa susuk tubuh itu tadi kini berada di depan matanya lalu memukul Amir berulang kali. Amir hanya mempertahankan dirinya tanpa berbuat apa-apa. Setelah serangan dari susuk itu tadi berhenti, Amir kembali mendongak melihat ke arah susuk itu tadi akan tetapi ianya sudah tiada. Yang tinggal kini hanyalah bau busuk bangkai. Amir menjadi hairan dengan perkara tersebut, lalu Amir masuk ke dalam rumah dan menceritakan perkara tersebut kepada kawan serumahnya. Bau busuk itu tadi masih ada dan ianya melekat di dalam rumah Amir. Kawan serumah Amir memberikan cadangan supaya memanggil seorang ustaz yang beliau kenali di surau berhampiran flat tersebut. Pada mulanya Amir menolak, tetapi tetap dipaksa oleh kawannya itu kerana kawannya takut berlaku apa-apa perkara yang tidak di ingini. Akhirnya Amir terpaksa bersetuju dengan cadangan kawan serumahnya setelah beliau diyakinkan dengan kes yang dialami oleh kawan serumahnya. 

Amir bergegas masuk ke dalam bilik bagi mengambil apa-apa barang yang patut termasuk topi kegemarannya. Apabila beliau sudah bersedia, beliau melangkah menuju ke arah ruang tamu bagi mendapatkan kawannya, akan tetapi, kawannya itu tiada. Amir memanggil berulang kali namun tidak ada sahutan dari kawannya. Amir berjalan menuju ke arah bilik tidur kawannya itu tetapi beliau tiada disitu. Telinga Amir tertangkap suara orang ramai sedang riuh dibawah flat tersebut lalu Amir berjalan ke arah suara riuh tersebut untuk mengetahui apakah perkara yang mengakibatkan keadaan menjadi riuh, ada kemungkinan pergaduhan tercetus kerana kawasan flat yang Amir duduk itu memang dipenuhi dengan mat ganja dan mat rempit. Apabila Amir sampai ke depan rumah, dia melihat ke bawah dimana arah suara riuh itu tadi. Mata Amir terbuka luas apabila beliau mengetahui yang membuatkan keadaan menjadi riuh itu kerana ada sekujur tubuh telah jatuh entah dari tingkat berapa terhempas ke tingkat paling bawah lalu kepalanya berkecai dan darah terpecik di mana-mana. Amir berlari ke bawah untuk melihat keadaan tersebut dan untuk mengenal pasti siapakah mangsa jatuh itu. Setelah Amir tiba ke kawasan yang penuh dikerumuni orang flat tersebut, seorang pakcik tua menegur beliau dan menanyakan soalan kepada beliau adakah mayat itu kawan serumahnya. Langkah Amir terhenti apabila diajukan soalan tersebut lantas otak Amir berfikir, kawannya tadi tiba-tiba tiada di dalam rumah, dipanggil berkali-kali tidak menyahut, apakah kemungkinan sekujur tubuh yang sedang tertiarap di atas simen itu adalah kawan serumahnya? Amir tiba-tiba menjadi tidak berani untuk teruskan perjalanan ke arah mayat tersebut.

"Apa ni Pakcik, saya elok kat sini haa.. Itu bukan saya, Pakcik..Sorrylah Amir buat kau risau, aku terus keluar tadi sebab aku nampak ada benda jatuh, tak sangka yang jatuh tu manusia. Itu yang aku terus berlari ke bawah nak tengok" terkejut Amir apabila beliau terdengar suara pemuda yang amat beliau kenali itu. Amir mengucapkan syukur kerana kawan serumahnya masih hidup dan kawannya bukanlah mangsa yang jatuh itu tadi.

"Maaflah, sebab pakcik tengok badannya sama dengan kamu, baju pun sama tu haa, warna purple. Sebab kat surau masa Zohor tadikan kamu pakai baju yang sama.. Sebab tu pakcik ingatkan itu kamu.." jelas pakcik tersebut. Rupa-rupanya mangsa yang terjatuh itu tadi adalah mat dadah yang tinggal ditingkat paling atas sekali. Disebabkan terlalu high, mat dadah tersebut panjat tebing lalu lompat ke bawah. Amir dan kawan serumahnya itu tadi terpaksa membatalkan niat untuk pergi ke rumah ustaz yang disebut awal tadi kerana ustaz itu akan turut menyertai menguruskan jenazah yang jatuh itu tadi. Mereka berdua berjalan menaiki tangga menuju ke arah rumah setelah berjanji malamnya nanti akan ke surau bersama dengan jiran-jiran bagi menunaikan solat jenazah bersama. Setiba mereka berdua di depan rumah, Amir baru tersedar bahawa ketika keadaan kelam kabut tadi beliau lupa untuk menutup pintu. Selangkah kaki kanan kawannnya masuk ke dalam rumah, secara tiba-tiba ada satu tenaga yang kuat dan tidak dapat dilihat telah menolak kawan serumah Amir lalu terkena Amir dan mereka hilang penimbangan dan terjatuh ke bawah tepat di mana mayat mat dadah itu tertiarap tadi. Kawan serumahnya patah kaki dan mejerit-jerit minta tolong sambil mengaduh sakit. Manakala Amir tak bergerak seakan tidak bernyawa lagi. Amir terkedu dengan perkara yang berlaku, dia kesakitan tapi tidak dapat bergerak mahu pun bersuara. Terjatuh dari tingkat 3 bukanlah perkara yang boleh di bawa main. Di antara orang ramai yang berlari bagi membantu mereka berdua itu, Amir terpandang akan satu susuk tubuh sedang mencangkung sambil tersenyum memandang dirinya. Kemudian susuk tubuh itu hilang seperti angin apabila ada manusia yang berlari merempuhinya. Perlahan-lahan mata Amir terpejam ketat.

*********************************************************************

Sebuah kereta Honda City berwarna biru gelap sedang dipandu oleh seorang wanita separuh usia yang kelihatan muram membelah keheningan malam. Cikgu Suraya memandu seorang diri pada ketika itu dan dia sedang menuju ke rumah barunya selepas menamatkan sesi pembelajaran tambahan disekolah yang dia mengajar sekarang. Mukanya kelihatan letih lemah tak bermaya, kehidupannya kini bukanlah seperti sebelumnya. Kerana Cikgu Suraya sering diganggu ketika beliau sedang mengajar di dalam kelas. Bukan sekali dua, tetapi banyak kali beliau ternampak lembaga hitam berdiri dibelakang kelas memerhatikan dirinya. Setiba Cikgu Suraya di rumah, dia terus mengetuk pintu rumah berulang kali. Dan kawan serumahnya pun membukakan pintu untuk mengizinkan Cikgu Suraya masuk ke dalam rumah. Dicampak beg bimbitnya ke atas sofa lalu dia merebahkan badannya ke atas sofa tersebut. Kepenatan mengajar jelas terpancar dari air wajah Cikgu Suraya. Dia menjeling ke arah kawan serumahnya dan merasakan kelainan pada diri kawannya itu pada malam tersebut. Perlahan-lahan Cikgu Suraya mengangkat kepala menoleh ke arah kawannya itu. Dia memanggil nama kawannya tapi tiada jawapan yang keluar. 

"Lii..liiiss..Lisa....Lisa....Oooo..Lisa..." masih tiada jawapan kedengaran. Tiba-tiba Lisa tersenyum lalu menjeling ke arah Cikgu Suraya. Perlahan-lahan bangun dari tempat duduknya dan memandang tepat ke arah wajah Cikgu Suraya. Kepala Lisa berpusing 360 darjah dan darah mulai kelihatan mengalir dari lehernya. Cikgu Suraya menjerit ketakutan, tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Dia berlari ke arah pintu rumah dan tergesa-gesa membuka pintu tetapi disebabkan keadaan dirinya yang ketakutan serta kelam kabut, pintu itu tidak dapat dibuka. Cikgu Suraya berpaling ke belakang dan memandang ke arah Lisa yang tiba-tiba bertukar menjadi hantu itu. Bertambah-tambah takut Cikgu Suraya apabila dia melihatkan si Lisa waktu itu sudah berada di atas siling rumah dan sedang merangkak perlahan ke arahnya. Lampu rumah yang tadinya terang tiba-tiba menjadi berkelip-kelip seakan-akan rosak. Cikgu Suraya buntu dengan keadaan yang berlaku ke atas dirinya waktu itu. Dia terpandang ke arah tingkap yang terletak disebelah pintu itu lalu beliau tekad untuk memecahkan tingkap tersebut bagi melarikan diri. Pelbagai usaha beliau lakukan untuk pecahkan tingkap tersebut namun ianya tetap tidak pecah dan Lisa kini semakin hampir dengan dirinya, suara yang menggerunkan keluar dari mulut Lisa. "Eeekkkkk..Ekkkkkk..." Cikgu Suraya terus menjerit meminta bantuan ditemani air matanya yang mengalir. Dan secara tiba-tiba bahunya disentuh lalu Cikgu Suraya menjerit lebih kuat dari tadi, kali ini seperti histeria pula.


Bersambung....

No comments:

Post a Comment