Monday, 3 August 2015

Cikgu Suraya #2

Dah sebulan Cikgu Suraya tidak pulang ke rumahnya, kejadian yang menimpa dirinya membuatkan dirinya jadi tak selamat. Beliau telah menyerahkan kunci rumah kepada jirannya Mak Timah dan meminta beliau untuk menjagakan rumahnya ketika dia tiada. Mak Timah bersetuju dan mengerti dengan keadaan Cikgu Suraya. Beliau telah menceritakan semuanya tentang apa yang terjadi tempoh hari kepada Mak Timah, rasa simpati lahir dihati Mak Timah. Seperti biasa Mak Timah akan masuk ke dalam rumah Cikgu Suraya bagi mengemas apa-apa yang patut dikemaskan. Semuanya berjalan dengan lancar, dan Mak Timah tidak pernah ada perasaan takut ketika masuk ke dalam rumah tersebut. Niat dia hanya satu, dia ingin membantu Cikgu Suraya ikhlas kerana Allah Ta'ala. Jika ada sesuatu buruk ingin berlaku kepada dirinya, dia redha dan tawakal sahaja. Segala-galanya dia serahkan kepada Allah Ta'ala. Cuma pada suatu hari itu, Mak Timah seperti biasa akan pergi ke rumah Cikgu Suraya tepat pukul 8:00 pagi bagi menjalankan aktiviti hariannya. Beliau membuka pintu hadapan rumah tersebut, dengan lafaz bismillah beliau melangkahkan kaki kanan masuk ke dalam rumah tersebut. Secara tiba-tiba ketika Mak Timah melangkah kaki kanan tadi, ada angin busuk datang menerpa ke arah beliau. Mak Timah berdiri diam tak berkata, hatinya tiba-tiba berdegup kencang. Bulu roma ditengkuknya berdiri tegak. Ada suatu perasaan tidak senang hinggap ke hati Mak Timah. Tapi Mak Timah mengendahkan perasaan itu dan terus melangkah masuk ke dalam rumah tersebut. Mak Timah memulakan operasi mengemas dan dimulakan di ruang tamu rumah tersebut. Ketika beliau sedang sibuk mengemas, beliau merasakan seperti ada sepasang mata sedang memerhatikan beliau dari arah dapur rumah tersebut. Pergerakan Mak Timah terhenti dan dengan perlahan-lahan Mak Timah menoleh ke arah dapur. Mop yang dipegang oleh Mak Timah tadi terlepas dari pegangannya lalu jatuh terhempas ke lantai rumah. Mak Timah terkejut apabila dia melihat ke arah dapur dan mendapati ada sesusuk tubuh lelaki berpakaian selekeh sedang memerhatikan dia. Pakaiannya kotor, berlumpur, dan berbau busuk seakan bangkai.

"Anak buat apa dalam rumah ni? Ni bukan rumah anak, baliklah. Jangan ganggu makcik buat kerja kat sini.." tegur Mak Timah.

"Aku bukan anak kau, dan ni bukan rumah kau jugak. Kenapa kau masuk rumah ni?" 

"Tuan rumah ni amanahkan makcik untuk menjaga rumah ni sepanjang ketiadaan dia. Anak pulanglah.." jelas Mak Timah, bintik-bintik peluh mulai kelihatan di dahi Mak Timah. Mak Timah pasti yang berdiri dan berkomunikasi dengannya sekarang ni adalah makhluk yang mengganggu Cikgu Suraya. Tapi Mak Timah mati akal, tak tahu apa ingin dilakukan sekarang. Beliau hanya berserah kepada Allah Ta'ala.

"Aku bagi kau 10 saat untuk berambus dari rumah ni. Kalau tak, aku bunuh kau orang tua.."

Mak Timah agak terkejut apabila terdengar ugutan yang disebutkan oleh lembaga itu. Namun, Mak Timah tetap berdiri tegak ditempat yang sama sejak tadi. Beliau lansung tidak berganjak walaupun seinci. Dimulutnya kini terkumat-kamit bacaan-bacaan suci al-Quran. Mak Timah tidak ingin mengalah dengan jelmaan syaitan dihadapannya kerana beliau tahu, tiada yang lebih kuat selain Allah Ta'ala. Sepuluh saat berlalu dan lembaga itu ketawa kecil disambut bunyi burung hantu. Mak Timah tetap tidak berhenti-henti membaca ayat suci al-Quran dan tidak berganjak dari tempatnya. Mata Mak Timah memandang tajam ke arah lembaga itu. Beberapa saat kemudian, bau busuk bangkai datang menerpa ke dalam hidung Mak Timah. Hampir-hampir saja Mak Timah termuntah namun dia tetap tahan kerana beliau tahu jika beliau muntah maka bacaan ayat suci yang dibacanya tadi akan terhenti dan lembaga itu akan mengambil kesempatan yang ada untuk melakukan perkara durjana terhadap dirinya.

"Muntahlah orang tua..Tahu-tahu saja kau perancangan aku kan? Memang siallah kau orang tua kutuk.. Hi..hi..hi.."

Terkejut Mak Timah apabila mendengar perkataan yang disebutkan oleh lembaga jahanam tersebut. Lembaga tersebut berjalan menghampiri Mak Timah yang sejak tadi langsung tidak berganjak. Lembaga itu datang dekat pada Mak Timah lalu memegang leher Mak Timah lembut. Mak Timah tetap tidak berganjak dan terus-menerus membacakan ayat-ayat suci al-Quran. Lembaga tersebut tersenyum lalu merapatkan mulutnya ke arah leher Mak Timah dan menjilat lembut. Seluruh tubuh Mak Timah terasa bergegar dan sejuk apabila diperlakukan sedemikian rupa. Mulut Mak Timah berhenti bergerak, matanya terbuntang luas. Lembaga tersebut tetap meneruskan kerjanya sambil tangannya menjalar ke dalam baju Mak Timah.

*******************************************************************

"Hello..Suraya ke tu? Ni pak cik suaminya Mak Timah.. Suraya tolong pulang segera nak.. Mak Timah kamu meninggal dalam rumah kamu.. " terngiang-ngiang suara tersebut di gegendang telinga Suraya. Apa yang terjadi? Macam mana semua ni boleh berlaku? Tak sampai sebulan lebih dia tinggal dengan kawannya dan meninggalkan rumah dia. Mak Timah yang diberikan kepercayaan dan dibayar Rm100.60 seminggu untuk menjaga dan membersihkan rumahnya pula meninggal dunia, di dalam rumahnya pula tu.

"Mak Timah kamu dirogol dan dibunuh oleh perompak" jelas suami Mak Timah ketika menelefon Cikgu Suraya. Beliau memang jadi bingung. Beliau rasa kesal kerana membiarkan Mak Timah untuk menjaga rumah tersebut, seharusnya dia jual sahaja rumah tersebut dan tinggal di tempat lain. Memang sudah hampir sebulan Cikgu Suraya menanamkan niat untuk menjual rumah tersebut kerana tidak berani untuk tinggal disitu lagi. Sekarang lain pula jadinya. Setiba Cikgu Suraya di kawasan perumahan yang sudah lama beliau tinggalkan, hati beliau menjadi sebak tiba-tiba. Tidak tahu mengapa, air matanya mengalir membasahi pipi. Perasaan sunyi datang menyinggah ke dalam sanubari. Setelah beliau memarkirkan keretanya, beliau berjalan menuju ke arah rumahnya yang beliau rasakan berhantu. Di dalam rumahnya ada beberapa anggota polis sedang menjalankan tugas. Orang ramai sibuk menangkap gambar kes tersebut, lagak masing-masing seperti wartawan dari HarianMetro pula. "Aku nak selfie dengan rumah ni kemudian viralkan, nanti aku jadi famous.". Cikgu Suraya terdengar percakapan seorang wanita muda tapi beliau buat tidak tahu saja.

Cikgu Suraya berjalan mendapatkan suami Mak Timah yang sedang duduk termenung di atas kerusi depan rumahnya. Kelihatan suami Mak Timah seperti tidak berdaya untuk hidup lagi. Mukanya lesu dan muram. Kemudian Cikgu Suraya disapa oleh anak tunggal dari keluarga arwah Mak Timah, Latifah. Latifah menyatakan bahawa bapanya tiba-tiba tak boleh berbicara seminit lepas. Bapanya bertindak seperti patung, tidak berganjak, tidak bergerak. Hanya nafas sahaja yag kedengaran. Cikgu Suraya mengucapkan takziah dan memohon maaf kepada Latifah. Cikgu Suraya tahu bahawa anak gadis yang berusia lingkungan lewat 20-an ini sudah puas menangis, dari melihat matanya saja sudah tahu. Bengkak, merah. Cikgu Suraya berlalu pergi dan menghampiri pihak polis lalu mengenalkan diri sebagai tuan rumah. Lalu polis tersebut membawa Cikgu Suraya masuk ke dalam rumah dan menunjukkan satu tulisan yang tertera di dinding ruang tamu rumah tersebut. Tulisan tersebut ditulis menggunakan darah dan orang awam masih belum mengetahui akan perkara ini. Cikgu Suraya terkejut apabila melihat tulisan yang tertera tersebut. Bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihat, beliau tutup mata berulang kali akan tetapi tulisan tersebut tetap berada disitu. Anggota polis yang sejak tadi berdiri disebelah Cikgu Suraya bagaikan mengerti dengan perkara yang berlaku. Lalu beliau memanggil Cikgu Suraya untuk duduk di atas sofa sambil ditemani anggota polis yang lain.

"Kami diberitahu oleh jiran awak bahawa arwah datang tiap-tiap hari ke sini untuk mengemas. Kemudian arwah tak balik ke rumah sampai malam. Suami arwah datang ke rumah awak dan dia kata pintu tak berkunci, dan dia masuk lepas tu nampak arwah isterinya terbaring di atas lantai berlumuran darah. Dia menjerit meminta bantuan, dan jiran depan rumah sana yang datang tolong dan call polis, pukul 8:00 malam lebih. Hari ni kami suruh mereka untuk hubungi awak bagi membantu siasatan." jelas anggota polis tersebut kepada Cikgu Suraya yang masih memandang ke arah tulisan berdarah itu.

"Apa yang kami akan beritahu seterusnya pasti akan membuatkan awak tertanya-tanya. Semasa kami tiba disini semalam. Dinding yang awak sedang lihat sekarang ni, kosong. Tak ada sebarang tulisan. Akan tetapi, ketika anggota forensik datang untuk melakukan siasatan pada pukul 10 malam semalam. 2 orang anggota forensik tersebut termasuk saya dan 3 orang anggota kat sini melihat kejadian yang aneh. Tulisan tersebut tiba-tiba muncul, jelas terpampamng kat situ nama awak. Jadi, awak ada kena jelaskan semuanya kepada saya kenapa dan bagaimana semua benda ni boleh berlaku"

Cikgu Suraya menoleh ke arah anggota polis itu dan menjelaskan segalanya. Pihak polis itu bagaikan susah untuk mempercayai semua ini. Cikgu Suraya yang sejak tadi nampak tidak tenang tiba-tiba menangis tersedu-sedu. Bagaikan tak percaya dengan semuanya, beliau menyalahkan nasibnya yang malang. Polis tersebut terdiam dan tidak dapat berbuat apa-apa. Polis itu berkata, anggota polis akan teruskan siasatan ke atas rumah ni dalam 1 hari saja lagi dan Cikgu Suraya diarahkan supaya mengikut anggotanya untuk pergi ke balai dan membuat report untuk keselamatan diri sendiri. Sebelum Cikgu Suraya berlalu pergi, pihak polis itu tadi menghulurkan sekeping kad nama kepada Cikgu Suraya. Cikgu Suraya amati kad tersebut betul-betul dan tertera nama Hj. Abdul Mustafa. Setelah mengucapkan terima kasih, beliau bergerak pergi bersama anggota polis yang lain untuk ke balai polis. Anggota polis yang berdiri seorang diri di ruang tamu tersebut kembali memandang ke arah tulisan berdarah tersebut. Beliau tidak rasa bahawa perkara ini berkaitan dengan manusia kerana beliau menyaksikan sendiri tulisan itu di tulis menggunakan darah arwah Mak Timah. Pandangan mata beliau tajam menatap tulisan tersebut.

"Aku nak Suraya! Aku akan bunuh Suraya! Aku akan pastikan kau mati Suraya!"




Bersambung..


No comments:

Post a Comment