Sunday, 29 July 2018

Banglo Tinggal



Aku ada seorang kawan nama Latif. Dia ni suka dengan benda yang berkaitan dengan hantu atau paranormal. Sampaikan diri dia jadi terlalu obses dengan paranormal. Aku ni duduk menyewa satu rumah dengan Latif. Suatu hari tu aku ada nampak dia bawa balik satu papan ni. Aku ingatkan maybe chessboard atau permainan papan lain ke, tapi sebenarnya papan tu adalah papan yang agak seram juga. Aku tak sangka obsesnya Latif ni dengan paranormal sampai sanggup beli Ouija Board.



Suatu hari, dia ajak aku dan kawan-kawan serumah pergi ke satu tempat ni kat kawasan Hulu Selangor. Dia kata dia ada jumpa kat internet mengenai rumah banglo lama kat tengah-tengah kebun kelapa sawit. Kawan-kawan serumah aku yang lain pun boleh tahan juga kepala otak masing-masing. Dia orang minat juga paranormal ni tapi tak obses macam Latif. Aku pada mulanya menolak ajakan Latif. Tapi, bilamana satu rumah setuju nak pergi, aku pun terpaksalah akur dengan keputusan dia orang. Lagi pun dia orang kata cuma pergi nak tangkap gambar dan tinggal kat situ untuk 1 malam je. Jadi, aku pun berfikir. Ya tak ya juga, apa salahnya kan? Aku pun tak pernah lalui benda-benda macam ni.



Jadi, pada hari yang dinantikan, kami semua pun bertolaklah dari Cheras menuju ke Hulu Selangor. Latif gembira sebab kami semua setuju untuk temankan dia buat aktiviti paranormal yang pertama kali dalam hidup dia. Ketika kami tiba ke lokasi, waktu sudah pun petang. Jadi kami tak buang masa, kami segera mengeluarkan perkakasan untuk kami bermalam di rumah banglo itu.



Ketika aku melangkah keluar dari kereta, aku terpaku sebentar apabila melihat rekabentuk rumah banglo lama itu. Saling tak tumpah seperti rumah banglo yang ada di negara barat. Yang hairannya, kawasan rumah tersebut bersih. Tiada rumput atau daun kering. Aku sedikit aneh apabila melihat keadaan rumah itu. Rumah tersebut berpenghuni ke? Ada penjaganya ke? Tapi jika dilihat dari pintu pagar utama, ianya sudah lama roboh dan berkarat. Mengikut informasi yang Latif berikan, rumah tersebut sudah berada disitu lebih dari 50 tahun. Dan tiada sesiapa pun yang tahu siapa pemilik asal rumah tersebut.



Kami membawa masuk segala perkakas kami masuk ke dalam rumah. Lagi sekali kami semua tergamam kerana di dalam rumah banglo itu keadaannya sangat kemas dan cantik. Walaupun sedikit berhabuk dan ada sawang labah-labah. Hati aku terdetik ketika itu. Benarkah rumah itu tiada orang duduk? Aku bertanyakan pada Latif soalan yang sama dan jawapan Latif tetap yang sama, Latif siap bagi aku baca artikel mengenai rumah itu.



Dari lama web yang aku baca tu ada mengatakan bahawa pemilik asal rumah tersebut merupakan orang British, dan sudah lama meninggal dunia. Dan kawasan kebun itu semuanya adalah milik syarikat plantation yang terkenal. Dan apa yang kami sedang lakukan ketika itu adalah pencerobohan. Aku ada terbaca juga bahawa sudah ramai yang keluar masuk dalam rumah tu. Rupa-rupanya rumah banglo tu selalu menjadi pilihan untuk mereka yang suka ‘photoshoot’. Jadi tidak hairanlah jika kawasannya agak bersih dan kemas. Mungkin sebelum kami tiba, ada orang lain singgah ke? Siapa tahu kan? Untuk menyedapkan hati, aku beranggapan begitu saja.



Pada pukul 10 malam, kami semua sedang duduk di bahagian ruang besar, berkemungkinan ruang tamu rumah itu. Latif mengeluarkan Ouija Board yang dibelinya tempoh hari. Saat aku melihat papan tersebut, hati aku terus jadi tidak tenang. Apa gila si Latif ni? Kawan-kawan aku yang lain pula boleh melonjak keseronokan bila Latif kata malam tu kami akan main papan tersebut. Aku membantah kerana perkara tersebut syirik. Dan satu hal lagi, macam mana kalau betul-betul ada benda yang tak elok datang? Sudahlah kami masing-masing tidak tahu menahu mengenai ilmu perubatan islam.



Aku duduk di satu sudut memerhatikan saja mereka bermain papan Ouija tersebut. Entah kenapa, hati aku betul-betul jadi tidak tenang malam itu. Adakah sebab aku terlalu takut? Sedang aku berfikir seorang diri, salah seorang dari kawan aku menjerit. Dia dakwa dia ternampak kelibat melintas belakang Latif. Aku dah mula rasa cuak. Alamak, macam mana nak buat kalau betul-betul benda tak elok datang? Aku pun nampak perubahan pada diri dia orang, masing-masing tengah menggelabah.



Aku masih tak bergerak dari tempat aku duduk tadi. Aku masih memerhati kawasan sekeliling. Tidak jauh dari tempat aku duduk, ada tangga menuju ke tingkat dua. Di atas tangga tersebut aku ternampak ada kelibat seorang perempuan lingkungan usia 30an sedang memerhatikan kawan-kawan aku. Aku telan air liur sendiri, perasaan gemuruh tiba-tiba datang. Apa aku nak buat? Mengikutkan pengalaman aku, itu adalah kali pertama aku nampak kemunculan kelibat. Sebelum ni setakat rasa dan dengar bunyi je.



Kawan-kawan aku semua sudah berhenti bermain dengan papan syirik tersebut. Wajah masing-masing pucat. Aku tanyalah dia orang, apa yang korang rasa masa main tadi? Latif jawab, rasa cuak sikit je. Dan, aku tanyakan lagi soalan, betul ke benda segi tiga tu bergerak sendiri. Tapi dia orang langsung tak jawab pertanyaan aku. Masing-masing membisukan diri dan pandang ke bawah. Aku nampak dari riak wajah dia orang yang dia orang ketakutan. Aku pun mengeluarkan cadangan untuk semua balik ke rumah saja dan batalkan niat untuk bermalam di situ.



Bagaikan tidak percaya bahawa dia orang setuju dengan aku. Jadi, kami pun segera mengemas barang-barang kami dan ingin menuju ke kereta. Namun nasib kurang baik kerana kami tidak jumpa jalan keluar. Sepatutnya jika kami belok ke kiri dari ruang besar tadi, kami akan jumpa terus pintu keluar. Namun, pintu itu tiada. Apa yang ada disitu hanyalah dinding dan sebingkai gambar besar. Gambar tersebut merupakan sebuah lukisan potret seorang lelaki berusia lingkungan 40an. Entah kenapa, kami semua berdiri kaku kat depan gambar tersebut. Bagaikan terpukau. Lama juga kami berdiri di situ.



Kemudian, semua yang berada di situ melihat dengan biji mata sendiri yang di mana lukisan di dalam gambar itu menggerakkan biji matanya dan merenung ke arah kami. Tak perlu cakap banyak, masing-masing melarikan diri. Tak cukup tanah dibuatnya. Dan, akhirnya kami terpisah. Aku dengan Latif berlari menuju ke satu ruang bilik kosong. Dalam bilik tersebut penuh dengan perabot yang sudah lapuk. Aku cuba memecahkan tingkap, namun tidak berjaya. Tidak aku sangka bahawa cermin tingkap itu begitu keras sekali.



Latif tiba-tiba menarik baju aku. Aku berpaling ke dia dan mendapati bahawa muka Latif begitu pucat sekali. Dia memberitahu bahawa dia nampak ada kelibat seorang budak kecil berdiri di pintu bilik itu memerhatikan kami berdua kemudian berlalu pergi. Sungguh kami ketakutan waktu itu, tak tahu nak buat apa. Dan, aku terdengar kawan-kawan aku yang lain menjerit memanggil nama kita orang semua. Tapi aku tak tahu suara tu dari arah mana kerana aku dengar ianya bergema. Seperti datang dari semua arah.



Aku dan Latif dan menggigil kat situ. Berpelukan. Mee segera yang aku makan waktu makan malam tadi seperti ingin keluar dan turut cabut lari. Belum campur dengan perasan nak terkencing dan tercirit. Latif berbisik ke telinga aku, “Aku tercirit”. Dan aku hanya mampu jawab, “Aku pun bakal-bakal ni..”.



Dalam kekalutan yang sedang berlaku itu, aku nampak cahaya lampu suluh datang dari arah pintu. Nama aku dan Latif di seru. Bila aku tengok betul-betul. Rupa-rupanya kawan-kawan aku yang lain berdiri di situ. Kami pun berkumpul semula. Perasaan ketika itu seperti sudah 50 tahun tak berjumpa dan kamu reunite balik setelah sekian lama terpisah. Malangnya, kawan aku bernama Shahril mengalami kecederaan pada kaki. Dia berlari ke tingkat atas tadi dan terlihat ada kelibat yang mengerikan berdiri dihujung tangga. Akibat dari itu, Shahril tersungkur dan terjatuh tergolek di tangga itu. Kakinya mungkin terseliuh.



Fendi, salah seorang dari kawan kami kata dia berlari menuju ke kawasan belakang rumah dan terjumpa pintu keluar. Kami semua tak banyak bicara, terus menuju ke lokasi. Memang benar ada pintu keluar dari situ. Tidak perlu berbincang, kami terus berlari keluar kecuali Shahril sebab kaki dia sakit, jadi dia kena lari-lari anak je.



Aku melilau melihat sekeliling. Aku dapat rasakan bahawa kami berada di bahagian belakang rumah. Dipendekkan cerita, kami pusing keliling rumah untuk cari jalan pergi ke bahagian depan rumah di mana kereta kami berada. Setelah kami berjaya menemui jalan pulang ke kereta. Entah kenapa aku pergi toleh ke belakang dan melihat ke kawasan pintu masuk rumah. Aku ingin memastikan bahawa pintu itu benar-benar ada di situ.



Namun, apa yang aku lihat selepas itu merupakan perkara yang membuatkan aku tidak akan lagi melakukan aktiviti paranormal seumur hidup. Apabila aku toleh ke belakang, aku mendapati rumah banglo tersebut tidak ada. Apa yang ada di situ adalah tanah kubur lama yang sudah dipenuhi dengan lalang.



“Guys”



Aku panggil kawan-kawan aku. Dia orang semua memberikan reaksi yang sama seperti aku juga. Terkejut ada. Takut pun ada.



Kami segera masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi dari kawasan situ. Semua menggigil ketika di dalam kereta. Tidak ada yang berani berkata-kata. Aku pun tak berani nak menjenguk ke luar tingkap. Risau ada benda buat ‘jump-scare’ pula nanti.



Apabila kami dah masuk ke kawasan KL, barulah masing-masing berani membuka mulut. Kami ingin lepak di mamak dahulu sebelum pulang ke rumah namun Latif membantah. Dia ingin terus pulang ke rumah. Waktu itu baru aku teringat bahawa Latif ada memberitahu bahawa dia tercirit dalam seluar sebab ketakutan. Jadi, aku faham perasaan dia. Aku pun cuba-cuba untuk memeriksa seluar dalam aku. Kot-kot aku pun tercirit. Selamat tidak, kalau tak, malu aku.



Esok harinya, kami berkumpul diruang tamu rumah kami untuk memikirkan mengenai kawasan yang kami pergi semalam. Semua mengajukan soalan yang sama pada Latif, betul ke wujud rumah banglo tu kat sana? Latif bermatian kata rumah tu wujud. Dan bila dia buka laman web yang dia jumpa tu, lama web tu sudah tidak wujud. Masing-masing terdiam. Kemudian Latif menaip alamat kawasan tu di Waze, kerana kami menggunakan aplikasi tersebut untuk pergi ke sana. Tapi waze tidak dapat memberikan jawapan yang tepat dan puas hati.



“Papan bodoh tu kau tinggal ke bawa balik?”



Soal Fendi, dan kami semua menunggu jawapan dari Latif dengan wajah yang serius. Latif bangkit dari tempat duduknya dan memberitahu bahawa papan tersebut ada di dalam beg dia. Kami semua ikut Latif menuju ke bilik tidurnya untuk melihat papan Ouija itu. Latif membuka zip begnya itu perlahan-lahan, aku dapat dengar bunyi muzik suspen di dalam kepala otak aku ketika itu. Dan Latif perlahan-lahan membawa keluar papan Ouija tersebut.



“Buang”



Kawan aku memotong scene seram kami dengan mengarahkan Latif untuk membuang papan itu dengan segera tanpa banyak budi bicara. Latif akur dan dia terus menuju ke luar rumah dan membuang papan itu ke dalam tong sampah rumah jiran kami yang jaraknya 4 buah rumah. Dan owner rumah itu adalah orang cina. Kami memerhatikan saja gerak geri Latif. Dah kenapa dia buang jauh sangat papan tu.



Ketika Latif masuk ke kawasan pagar rumah, dia tiba-tiba ketakutan melihat kami semua dan terus melarikan diri. Kami jadi hairan. Apa masalah budak tu?



“Ada something kat belakang?”



Aku telan air liur sendiri selepas mendengar soalan dari mulut Fendi itu. Ada makhluk lain ke berdiri kat belakang kami? Mungkin sebab tu Latif lari? Dengan anak mata aku, aku nampak Fendi perlahan-lahan menoleh ke belakang. Aku tak berani langsung nak menoleh, dan aku dalam keadaan bersedia untuk melarikan diri jika benar ada entiti dibelakang kami. Tiba-tiba Fendi menjerit macam histeria. Aku pun tak fikir banyak, terus buka langkah seribu meninggalkan rumah tersebut. Aku dah tak peduli pasal sesiapa lagi, yang penting aku tak jumpa benda-benda tak elok tu.





-Tamat-


-Follow me on Seram Mengarut Facebook Page
-Jika anda sudi, boleh share karya yang sedia ada kepada laman sosial yang lain. :)

Saturday, 28 July 2018

Johari #3





Johari berjalan memasuki ruangan pejabatnya. Dia meletakkan beg bimbit di atas meja dan terus duduk di kerusinya yang diperbuat daripada kulit gajah hybrid campur biawak kuno. Badannya terasa selesa dengan tiupan penghawa dingin yang mendamaikan. Baru saja ingin menyelesakan diri, tiba-tiba saja pintu pejabatnya diketuk.



“Masuk..” arah Johari dan memperbetulkan kedudukannya.



Pintu pejabat dibuka. Seorang wanita berpangkat kerani memasuki ruangan pejabat Johari sambil membawa secawan kopi hitam pekat likat dan padat. Lalu dia mengunci pintu dan berjalan ke arah Johari.



“Ini kopi yang you minta. Macam mana meeting you tadi? Everything okay?”



“Eh! Siti Nurul Faridah atau Idah. Why you kunci pintu pejabat i? Nanti apa kata rakan sekerja yang lain?” soal Johari dan tidak pedulikan soalan yang diajukan oleh Faridah dengan nada yang tegas.



“Alah. You ni. Kan ramai co worker dah keluar pergi lunch. I dah pastikan tinggal kita berdua je kat ofis ni. I tahu apa yang you nak.” balas Faridah dengan nada yang menggoda dan tangannya menjalar ke seluruh tubuh Johari.



“This is kesalahan! I’m a married person. I got a wife and I got a kid!” bentak Johari lalu berdiri dan mengakibatkan Faridah jatuh terjelepuk ke atas lantai. Lalu Johari berjalan menuju ke pintu pejabatnya dan membuka pintunya seluas-luasnya.



“Now I want you to gedaaaut!” herdik Johari.



Faridah berasa malu apabila Johari menolak godaannya itu. Dia bingkas bangun dan memperbetulkan skirt hitam yang dikenakan, lalu dia keluar dari pejabat Johari. Sebelum Johari sempat menutup pintu pejabatnya, Faridah berpaling dan memberi amaran terhadap Johari.



“You will pay for this. I will make sure your wife dead and soon you’ll be mine.”



Johari buat tidak tahu dengan amaran dari Faridah lalu dia menghempas pintu pejabatnya.



“Did..did he just close the door on me?!” teriak Faridah dalam hati. Dia benar-benar panas dengan perbuatan Johari terhadap dirinya.



Di dalam pejabatnya, Johari kembali duduk di atas kerusinya yang selesa. Anak matanya tertangkap satu objek yang terletak di atas lantai. Johari bingkas bangun dan memerhatikan objek tersebut dengan lebih dekat. Ianya merupakan seluar dalam berwarna putih dan kelihatan ada garis berwarna coklat di bahagian belakang.



“What!? Dia sempat tanggalkan benda jijik ni kat sini? Apa masalah budak tu? Banyak-banyak jantan, suami orang juga yang kau gilakan. Undek tol lah...” marah Johari sendiri. Lalu dia ambil seluar dalam tersebut dan lontarkan ke luar tingkap dari aras 30.



Seluar dalam tersebut jatuh tepat ke atas kepala seorang penjalan kaki lelaki yang berkepala botak licin. Dia terkejut dan mengakibatkan jantungnya berhenti berfungsi. Lalu dia meninggal ditempat kejadian. Orang ramai yang berada di situ juga turut terkejut lalu mati. Pemandu teksi yang parking ditepi jalan juga menyaksikan kejadian lalu membuat keputusan untuk turut terkejut dan dikejarkan ke hospital psikiatri. Helikopter media yang kebetulan terbang di udara ketika itu juga turut menyaksikan insiden yang begitu menyayat hati dan mereka juga mati.



Johari menutup tingkap pejabatnya dan kembali ke kerusinya yang berharga ‘three ninety nine’. Tidak beberapa lama kemudian, Johari menerima sebuah panggilan dari salah seorang penduduk di kawasan perumahannya yang mengatakan bahawa rumahnya teruk terbakar dijilat api. Johari terkejut dengan berita itu dan dia bergegas berlari keluar.



Ketika dia sampai dibawah, dia terserempak dengan kawan sekerjanya Sofian.



“Pian, kau kena tolong aku. Rumah aku terbakar. Tolong bawa aku balik rumah, Pian.” rayu Johari. Dari air mukanya saja dapat di lihat betapa risaunya Johari terhadap isterinya yang berada seorang diri di rumah. Pian bersimpati dengan nasib malang yang menimpa diri Johari dan bersetuju untuk membawa Johari pulang ke rumah dengan memandu kenderaan persendirian. Memandangkan Johari tidak membawa kereta pergi ke tempat kerja, jadi dia sebagai manusia yang berguna, dia kena hulurkan bantuan kepada kawannya itu.



Ketika di dalam kereta, Johari membuat panggilan ke sekolah anaknya untuk meminta bantuan pihak sekolah untuk menjagakan sebentar anaknya sementara dia pulang ke rumah melihat keadaan rumah. Pengetua di sekolah itu bersimpati dan bersetuju untuk membantu Johari untuk tengok-tengokkan anaknya.



Johari menerima beberapa panggilan lagi dari jiran tetangga mengenai rumahnya yang terbakar, Johari tidak tahu ingin membalas apa. Dia sendiri tersangkut dalam kesesakan jalan raya. Kepalanya ketika itu begitu kusut.



“Demi kau Joe. Aku akan langgar peraturan jalan raya dengan megahnya.” ujar Sofian sambil matanya bersinar bak mutiara di tengah-tengah lautan. Lalu dia memijak pedal minyak dan keretanya menghasilkan bunyi yang sangat bising.



“Kau... Kau tak masuk gear lagi....” tegur Johari yang memperlihatkan gear kereta berada pada posisi N.



“Nak buat macam mana. Nak langgar peraturan apa pun aku tak tahu. Kita memang betul-betul stuck kat tengah-tengah jalan ni. Kiri kanan semuanya kereta. Rakyat Malaysia ni apa masalah?! Lunch pun nak pergi makan luar negeri ke apa?!”



Satu jam setengah kemudian, Johari dan Sofian tiba di tempat kejadian. Mata Johari berkaca apabila melihat asap berkepul-kepul ke udara. Asap hitam yang pekat. Keluar sahaja Johari dari kereta, dia sudah dapat merasakan bahang kepanasan akibat kebakaran yang berlaku.



Pihak bomba masih lagi berusaha untuk memadamkan api yang masih marak. Johari berdiri lemah melihatkan kediamannya sedang enak dijilat api. Johari mencari-cari keberadaan isterinya, Imah, akan tetapi berita yang singgah ditelinganya membuatkan dirinya jatuh terduduk. Seluruh tubuhnya menjadi lemah tidak bermaya. Air mata jantannya mencurah-curah jatuh ke bumi.



“Maafkan kami.. Kami tidak berjaya menyelamatkan isteri encik.” itulah kata-kata yang diterima oleh Johari seketika tadi. Jasad isterinya masih lagi berada di dalam rumah itu. Tidak pernah terlintas difikiran Johari bahawa perkara sebegini akan terjadi terhadap keluarganya, selalunya terjadi dalam filem sahaja. Namun pada hari itu, Johari telah pun melaluinya sendiri.



Dua minggu berlalu semenjak kejadian rumah Johari dijilat api. Jasadnya isterinya ditemui rentung. Johari mahu atau tidak terpaksa redha dengan apa yang telah berlaku. Menambahkan keperitan dalam diri Johari lagi adalah apabila anaknya kerap bertanya kenapa si ibu pergi meninggalkan mereka. Syurga dan neraka merupakan sesuatu yang susah untuk budak sebegitu untuk hadam.



“Joe.......”



Johari masih termenung seorang diri.



“Joe....”



Johari tidak pedulikan apa yang orang lain fikirkan terhadap dirinya ketika itu. Baginya, kehidupan untuk dirinya telah pun musnah.



“Joe.............”



“Sakit tangan aku kau genggam lama-lama, Joe...”



Johari tersentak dari lamunannya. Dia baru menyedari bahawa tangannya masih lagi menggenggam tangan Jefri, abang kandungnya yang membenarkan dirinya untuk menumpang dirumah mereka sehingga dirinya menjadi stabil semula.



“Orang lepas solat salam tangan lembut-lembut, kau salam tangan macam nak ajak masuk MMA ni dah kenapa?” tegur Jefri yang telah pun berusia 40an dan mempunyai perut yang buncit.



Johari melepaskan genggamannya perlahan-lahan. Pandangan matanya kelihatan sayu. Johari kelihatan seperti seseorang sudah tiada jiwa. Jiwanya terbang pergi bersama isterinya yang tercinta.



“Joe. Bohonglah kalau aku kata aku tahu macam mana perasaan kau sekarang ni, itu semua palsu sebab aku tak alami apa yang kau alami. Tapi sebagai seorang abang, seorang ketua keluarga. Harus aku ingatkan pada kau, kau kena kuat, kena kental, kena tabah dengan semua ujian dari Allah ni. Jangan gibab begitu saja, Joe. Aku tahu kau boleh.”



“Jujurnya kau. Sekurang-kurangnya tipu-tipulah sikit cakap yang kau faham perasaan aku, faham apa yang aku lalui sekarang ni. Kejam betul statement kau tu.”



“Apa yang aku boleh katakan lagi? Aku merupakan seorang yang jujur. Sudah. Mari kita pergi makan. Kau salam aku lama sangat sampai bini aku dah siapkan semua makanan.”



Perjalanan hidup harus diteruskan walaupun pahit dan manis itu silih berganti hadir. Bagi Johari, apa yang telah berlaku, biarkan saja berlaku. Menangis, meraung macam mana sekali pun isteri dia tidak akan kembali hidup untuk bersamanya sehingga ke akhir hayat. Johari nekad untuk meneruskan kehidupan itu bersama anaknya.





Bersambung lagi..

Sunday, 22 July 2018

KOMPILASI MATA TAKDE INSURANS by Izyan



AKU BENCI MANUSIA BUAT MAKSIAT



"Aku benci manusia buat maksiat !!"



Aku terhenti di depan pintu surau bila terdengar jeritan tu. Aku menjengah ke dalam surau, nampak seorang perempuan yang dipegang oleh dua kawannya. Perempuan tu menjerit jerit lagi. Aku memberi salam dan terus sahaja mengambil wuduk sebelum menyertai Ustaz Khairi. Ustaz Khairi yang menelefon aku untuk membantunya. Selesai wuduk, aku duduk di sebelah perempuan itu.



Perempuan ini merupakan pelajar semester ketiga di politeknik tempat aku belajar. Kiranya junior aku. Aku namakan dia Arina.



"Assalamualaikum abi. Macam mana?"



Aku bertanyakan ustaz untuk sekadar ambil tahu apa masalah yang dihadapi Arina sampai meracau begini. Dari pandangan aku, di sisi Arina ada seorang lelaki berambut putih berjubah hijau gelap. Umurnya lebih kurang 50 tahun ke atas tapi nampak tegap. Mukanya bengis sekali merenung Arina.



"Waalaikumussalam. Ikut kata kawan-kawan dia ni, lepas maghrib Arina ni tiba-tiba meracau. Mulut asyik cakap benci buat maksiat. Abi pun tak faham. Dah di ruqyah, tapi diikutnya abi baca. Lagi advance siap betulkan kalau abi tersasul"



Ustaz Khairi menggelengkan kepala sambil bercerita. Penat mungkin. Aku diam sambil memerhati Arina dan lelaki tua di sisinya. Lelaki tua itu tidak berganjak dari merenung Arina dengan muka yang bengis. Tidak pula dia menunjukkan muka yang hodoh seperti makhluk-makhluk lain yang pernah aku lihat sebelum ni. Tapi dari mukanya, masih tiada kompromi untuk dia melepaskan Arina dari terus meracau begitu. Aku mengajak ustaz untuk berbincang jauh sedikit dari Arina dan kawan-kawannya.



"Dari mata yan, ada sorang lelaki. Dan yan rasa, dialah punca arina meracau. Tapi bukan macam kes-kes sebelum ni abi. Yang ni tak hodoh. Macam orang biasa mukanya, berjubah hijau berambut putih kemas. tapi macam marah sangat kat arina dari riak muka dia. Kali ni, cuba abi tanya apa dia nak. Boleh kan?" Aku memberi pandangan pada ustaz Khairi



Ustaz Khairi mengangguk faham. Dan ustaz Khairi juga bersetuju dengan cadangan aku. Kebiasaannya memang begitu kalau aku membantu ustaz Khairi dalam kes-kes sebegini. Menjadi 'mata' ustaz Khairi untuk tahu punca masalah sebenarnya. Tidaklah terlalu membantu, kalau ada kes-kes berat, memang sakit jugaklah untuk hadap banyak makhluk yang hodoh yang tak pernah aku fikir.



Aku perhatikan ustaz Khairi cuba berinteraksi dengan makhluk yang menganggu Arina. Pada mulanya dia cuma berdiam. Selepas beberapa ketika, dengan suara yang garau, dia mula bersuara.



"Aku marahkan budak ni! Biar aku hukum dia! Jangan kau masuk campur!" Bentak lelaki tua itu melalui arina.



Masih berkeras untuk berbincang. Sesekali dia mendengus. Aku kasihankan arina, dari matanya, nampak dia keletihan. Aku meminta izin ustaz Khairi untuk bersuara. Ustaz Khairi hanya mengangguk.



"Kalau budak ini punca masalah kau marah, terangkan pada kami apa masalahnya supaya boleh diselesaikan." Aku cuba bersuara



Lelaki tua di sisi arina memandangku tajam. Aku menunduk melarikan pandangan. Muka lelaki tu sangat bengis hingga mukanya merah padam.



"Aku tak pernah kacau manusia. Tapi manusia suka kacau keluarga aku! Sebelum ni aku tak kisah, tapi budak ni melampau! Buat maksiat!" Marah lelaki tua itu lagi.



"Maafkan kami sebab tak nampak bangsa kalian sehingga menceroboh ke kawasan kalian tanpa kami sedar". Ustaz Khairi bersuara kembali.



"Tapi dia nampak aku!" Arina menjerit dan menunjuk kepadaku



Aku terdiam. Berdebar dan dahiku mula berpeluh sejuk bila mata tajam arina memandangku. Bukan arina sahaja, lelaki tua di sisi arina juga ikut menunjuk kepadaku dan merenung tajam. Ahhh! Macam mana dia tahu aku boleh nampak dia.



"Bisiklah apa pun. Cakaplah apa pun dalam hati. Aku dengar!" Dia menambah lagi.



"Sudah. Dia takda kena mengena, sekalipun dia boleh melihat kamu. Cerita apa yang mahu kau cerita" Ustaz membidas.



"Baiklah. Budak ini dah tiga kali ceroboh rumahku. Cucu-cucuku melihat perkara maksiat. Budak ini sering datang dengan pasangan dan buat perkara terkutuk!" Terang lelaki tua itu dengan muka yang bengis memandang arina.



Arina memukul- mukul dirinya sendiri. Ya, kudratnya diambil alih oleh lelaki tua itu. Dari matanya, arina seakan pasrah menerima sakit itu.



Aku terdiam. Patutlah lelaki tua ni marah. Kita manusia sendiri bila ada orang lain menceroboh dan melakukan maksiat di kawasan kita, pasti kita pun marah. Dosa besar yang dibenci Allah. Dibenci agama kita , islam. Aku mengeluh perlahan. Pertamanya, aku malu bila tahu punca masalah yang berlaku. Keduanya, aku sedih dengan arina. Malu sebagai wanita. Tidak sepatutnya maruah berharga sewenangnya diserahkan pada yang bukan berhak.



"Kau kesal dengan sikap manusia sendiri? Itulah kaum manusia. Tuhan meletakkan darjat kalian tinggi, tapi sewenangnya kalian memijak-mijak dengan melakukan dosa"



Arina memandangku dengan senyuman sinis. Sama dengan lelaki tua di sebelahnya.

Sekali lagi kami dihentam dengan kata-kata lelaki tua itu. Ustaz Khairi diam. Dalam hati, aku membenarkan kata-kata itu. Kita selalu mendabik dada berjalan di atas bumi tuhan. Lupa apa tujuan sebenar hidup ini. Aku merenung dalam-dalam mata arina. Dalam separa sedar, arina mengalirkan air mata. Mungkin kesal dengan silapnya sendiri. Ustaz Khairi mula bersuara kembali.



"Baik. Aku dah faham punca masalah yang buatkan kau marah. Aku ambil tanggungjawab ke atas anak ini. Aku akan jaga dan perbetulkan mana kesilapan dia buat." Ustaz cuba menyelesaikan masalah.



"Baiklah. Aku serahkan kembali budak ini kepada kau. Tapi ingat, aku tidak akan berdiam jika maksiat berlaku di tempat aku!" Lelaki tua itu memberi peringatan.



"Kami islam. Kami berjanji dan kami pegang pada janji"



Aku melihat lelaki tua itu berjalan keluar dari musolla. Di depan pintu musolla sedia menunggu dua budak lelaki juga berjubah hitam. Hilang sahaja lelaki tua itu dari pandangan aku, arina mula terbatuk-batuk. Mungkin dah kembali waras. Aku hanya melihat. Entah. Masih rasa kesal dengan perbuatan arina. Marah pun ada. Usia masih muda. Apa dia tak risau jika mengandung ketika masih belajar ni?. Apa yang ibu bapanya akan rasa kalau terjadi? Macam-macam perkara negatif yang aku fikir. Aku tersedar bila ustaz memanggil untuk membantu arina.



"Ustaz, kak, maafkan saya. Saya menyesal"



Aku dan ustaz hanya mengangguk. Tapi alhamdulillah, aku melihat perubahan arina sendiri. Setiap malam, jika tiada assignment, arina mesti datang ke bilik aku. Mahu belajar mengaji dari mula. Arina sendiri mengaku, dengan kes yang berlaku pada dia, dia rasa bersyukur dengan teguran Allah itu. Jika selama ni kawan-kawannya tegur, dia sering buat tak endah dan menganggap kawan-kawannya menyibuk.





BUNUH DIRI




Kes ni berlaku masa aku masih lagi praktikal di sebuah hotel. Masa tu, aku ditugaskan di bahagian housekeeping. Sebelum memulakan tugas, supervisor akan buat briefing tentang pembahagian tugas dan limit masa yg ditetapkan bagi setiap bilik. Untungnya minggu ni tak ramai yang check in. Hari-hari biasa memang tak ramai guest. Tunggu je cuti sekolah nanti. Jenuh buat beratus bilik dlm 3-4 jam. Masa tu, selisih dengan kawan sekerja pun muka kelat semacam.



Pukul 9 pagi kami dah mula bergerak untuk siapkan bilik-bilik di tingkat 3. Hari tu partner aku si Jep. Disebabkan tiada guest yang nak check in cepat, kami bermalas-malasan menyiapkan bilik. Siap pekena kopi 'o dengan nasi lemak beli kat tepi jalan tadi. Si jep pula, boleh sambung tidur lagi atas katil.



"Pehal tidur lagi Jep?" Aku menolak jep menggunakan penyapu



"Semalam aku Tengok bola. Lagi setengah jam kejut. Nanti bising kak tiri hang tu." Jep menjeling aku.



Kak tiri tu supervisor kami. Garang macam singa lapar. Setiap 10 minit walkie talkie berbunyi dengan suara kak tiri tu. Dia sedap la menyandar je kat kerusi sambil tunggu bilik siap. Dengan cara dia macam tu, sampaikan aku ubah cita-cita aku dari jadi chef, nak jadi supervisor housekeeping je. Nasib baik tak termakbul. Fiuuuuu



Pukul 10 pagi aku kejut Jep. Kemain lena Jep tidur, sampai aku terpaksa jirus dengan air. Menggelabah Jep bangun sebab ingatkan hujan. Terbahak bahak aku gelakkan. Padan muka kau jep. Dalam pukul 10:30 pagi, bilik tu siap dikemas. Masa aku nak kemas-kemas troli, aku perasan ada benda jatuh dari tingkat atas, laju dan tak lama kemudian ,ada bunyi



"Bupppp!!"



Serentak tu aku terdengar suara kawan housekeeping yang di tingkat atas menjerit. Aku menjenguk ke bawah nak tengok apa yang jatuh. Di atas jalan tempat parking VIP, terdampar sekujur tubuh meniarap menggelupur menahan sakit dengan darah terus mengalir. Nampak cebisan dari bahagian kepala terkeluar. Aku tergamam. Tangan aku menggigil kesejukkan. Mulut tak berhenti menyebut "Allah..Allah" berulang kali. Tak pernah aku hadap hal macamtu sepanjang aku hidup. Selalunya tengok dalam berita kat tv. Bila jadi depan mata, aku kaku.



"Kau dah kenapa yan? Menggigil semacam" Jep bertanya



aku masih tak mampu bercakap, cuma jari aku tunjuk ke bawah. Jep menjengah ke bawah, dia pun terkejut dan cepat-cepat istighfar. Lidah aku kelu lagi. Air mata laju je keluar takde sebab. Jep ambil air mineral dan bagu aku minum untuk menenangkan perasaan aku. Hari itu, semua tugasan bahagian housekeeping tergendala dek rasa takut dan trauma. Pihak pengurusan hotel minta staf lelaki untuk selesaikan tugasan bilik-bilik yang belum selesai. Kami staf perempuan diarahkan balik ke rumah untuk berehat.



Dalam group whatsapp staf hotel mula kecoh tentang kes siang tadi. Salah sorang staf sekuriti buka cerita sebab dia yang mengendalikan kamera cctv hotel. Pukul 10:20 pagi, seorang perempuan berbaju merah masuk dalam lif hotel dan ke tingkat 11. Staf front office tak perasan masa perempuan tu naik lif. Sampai tingkat 11, berdepan dengan bilik 1105, perempuan tu panjat dan terjun. Konklusinya, perempuan tu datang ke hotel semata-mata untuk bunuh diri. Dan disahkan mati di tempat kejadian.



Lepas baca whatsapp, aku terdiam. Masih lagi trauma dengan apa yg aku tengok siang tadi. Entah macam mana aku nak kerja esok. Dalam trauma tu, tetap juga aku lelap. Sedar-sedar dah subuh. Kawan sebilik aku ni masih tongkat mata sebab tak boleh tidur. Habis aku kena marah sebab boleh tidur dengan lena dalam situasi macamtu. Kihkihkih. Mana aku tahu, mata aku bukan ada insurans pun kan. Dah mengantuk, bantal pun empuk sangat.



Pagi ni semua berborak macam biasa,seorang pun tak buka cerita tentang kes semalam. Mungkin takut. Dan aku pun masih lagi trauma kalau nak ingatkan. Selepas sarapan, supervisor a.k.a kak tiri buat pembahagian tugas. Dalam hati, masing-masing hara supaya tak ditugaskan untuk kemas bilik di tingkat 11. Aku pun tak terkecuali. Aku belum sedia nak tengok apa yang tak sepatutnya. Tapi betullah apa orang kata, yang kita elak elakkan tulah yang akan kita dapat.



"Izyan dengan syah handle tingkat 10 & 11"



Arahan dari supervisor a.k.a kak tiri buatkan aku terkedu. Nak je aku bantah. Tapi aku boleh agak apa yang dia akan cakap dekat aku balik. Paling tidak jawapannya mesti..



"Haaa korang la siapa lagi? Takkan nak panggil nenek korang tolong kemaskan?"



Kalau lah dia tau nenek aku pernah tampar orang jepun tu sampai orang jepun tu merajuk balik negeri dia, mesti dia tak berani nak cakap macamtu.😝 Aku diam dan redha jela dengan tugasan kali ni. Aku pandang syah, tapi syah sengih macam kerang busuk sambil angkat-angkat kening.



"Yang sengih camtu kenapa syah? Tak risau ke nak kemas tingkat 11?"



"Tak risau. Sebab tak banyak bilik. Habis cepat boleh tengok sinetron. Kihkihkih"



Syah dan sinetron berpisah tiada. Aku mula tak sedap hati. Tapi tugas tetap tugas. Aku kena hadap juga.Sebelum mula kerja, aku paksa syah baca doa pendinding diri. Aku aminkan.



Pukul 10 pagi baru kami mula buat kerja, kertas jadual bilik yang perlu dibersihkan aku teliti. Ada 16 bilik di tingkat 10, dan 5 bilik di tingkat 11. Termasuk bilik 1105.



"Syah, settle tingkat 11 dulu eh baru tingkat 10." Aku tanya syah



Syah mengangguk setuju. Untuk siapkan bilik pertama dan kedua, alhamdulillah takde sebarang masalah. Lega rasanya sebab perasaan yang kacau tadi mula hilang sikit demi sedikit. Sampailah masa untuk kemas bilik 1105. Jantung tiba-tiba laju. Aku pandang syah, syah pandang aku.



"Jangan layan sangat perasaan tu yan. Syah yakin semuanya okay."



Aku senyum sikit. Tiba-tiba aku dengar bunyi lif berhenti di tingkat 11. Sekali lagi aku berdebar kuat, macam ada sesuatu yang tak kena. Aku pandang pintu lif, pintu lif terbuka dan buatkan lutut aku lemah terus.



Seorang perempuan berbaju merah keluar dari pintu lif. Bila diamati, Ya! Perempuan sama yang ditunjuk oleh Zack,staf sekuriti hotel semalam dalam group whatsapp. Memang sama. Bajunya pun sama. Mukanya pucat, perempuan itu berjalan ke arah aku dan syah, mukanya penuh dengan rasa sedih. Dia macam tak nampak aku dengan syah kat depan mata, terus jalan bersahaja dengan mukanya yang sedih. Sampai depan bilik 1105, dia berhenti, memalingkan badan ke arah luar dan terus panjat dinding di hadapan bilik 1105 itu, dan dia terjun. Aku masih tergamam. Aku memandang syah.



"Syah nampak tadi?"



"Nampak ape? Lif takde orang. Sajela tu diorang mengusik. Dah jom yan" syah mengajak



Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Apa yang aku nampak? Dalam berfikir-fikir tu sekali lagi bunyi lif berhenti di tingkat 11. Pintu lif terbuka, hidung aku menangkap bau hanyir darah yang kuat. Sampai aku rasa nak muntah. Dari dalam lif tu, Keluar perempuan yang sama tapi dipenuhi basah darah, kepalanya penyek sebelah kiri yang membuatkan mata kirinya terkeluar sedikit. Tangan kanan patah dan terkulai kebelakang. Berjalan ke arah aku dan syah dengan menyeret kaki kiri, penuh darah di atas lantai. Aku ketepi dinding menyorok belakang syah. Tak sanggup dengan apa yang aku nampak kali ni. Syah buat muka pelik, tapi dibiar je aku berdiri kat belakang dia. Aku tengok perempuan itu bersusah payah memanjat tembok tu. Dan perempuan tu terjun lagi.



"Yan, kenapa?"



Syah bertanya dengan muka yang serius tapi ada riak takut pada mukanya.



"Syah, jom turun tingkat 10. Yan tak boleh buat tingkat ni."



Syah mengikut je. Aku ingatkan kat tingkat 10 takde la gangguan macam tadi. Selesai kami siapkan bilik di tingkat 10 dalam pukul 2 petang. Aku duduk rehat kat troli sekejap sambil tunggu syah menanda kertas jadial bilik yang dah siap dibersihkan. Tiba-tiba aku dengar suara panggil nama aku dari atas. Perlahan dan jauh bunyinya.



"Yannnnnn...yannnnnn..."



Aku menyahut dan terus dongak ke atas. Bila aku dingak ke atas, ada kepala yang menjenguk dari tingkat atas. Kepala yang penuh berdarah, lidah yang panjang terjelir. Dari mulutnya keluar darah menitik-nitik. Aku terjatuh kat koridor depan bilik tu dek terkejut teruk. Aku menepuk dada yang macam nak tercabut jantung dibuatnya. Apa je yang kau nak tunjuk ni?. Aku menyoal dalam hati.



Walkie talkie berbunyi, supervisor minta semua staf housekeeping berkumpul di bilik 1105. Aku terdiam. Sungguhnya aku tak nak pergi ke bilik tu lagi. Takut berselisih dengan perempuan tu lagi. Tapi fikir supervisor yang garang macam singa, aku ikut syah naik ke tingkat 11. Sampai di depan bilik 1105, semua staf housekeeping berkumpul. Ada seorang ustaz yang dijemput oleh pihak pengurusan. Kami diminta untuk bersama membaca yassin dan manziil untuk 'membersihkan' kawasan kejadian tu sekaligus melindungi kami para staf.



Masuk bacaan ayat ke 14 surah Yassiin, aku terasa bilik tu berputar. Aku pejamkan mata dan teruskan bacaan. Lepas tu mula aku dengar kawan aku menjerit tiba-tiba. Aku buka mata, depan kawan aku tu ada perempuan yang sama aku jumpa tadi. Mungkin kawan aku nampak perempuan tu. Lepas beberapa minit makhluk tu hilang. Kawan aku tu pengsan. Kami meneruskan bacaan. Sampai bacaan surah ar rahmaan ayat ke 33, perabot dalam bilik tu macam digoncang kuat. Bergegar satu bilik. Aku genggam kuat tangan fatin kt sebelah. Kami teruskan hingga selesai bacaan dan keadaan reda.



"Terima kasih yang sama-sama membantu saya. Dengan kes yang baru berlaku semalam, tak mustahil jin dan syaitan cuba menganggu lagi untuk mengeruhkan keadaan. Jangan takut, bertawakallah pada Allah. Dia sebaik baik tempat berlindung. Esok kita akan baca yassiin dan manzil sampai keadaan pulih. Hanya kalamullah penawarnya"



Terang ustaz yang bertanggungjawab memulihkan kawasan hotel itu. Selama tujuh hari berturut-turut bacaan yassiin dan manziil dibuat di bilik tu. Setiap kali selesai bacaan, kami akan terhidu bau hanyir darah dari luar masuk ke bilik. Bau yang sangat kuat sampai rasa meloyakan.Dan sepanjang tujuh hari itu juga aku nampak perempuan berbaju merah tu naik lif dan terjun dari tingkat 11 berulang kali pada waktu yang sama perempuan tu bunuh diri. Lepastujuh hari, aku tak nampak dah perempuan tu lagi, keadaan di hotel juga semakin baik. Aku yakin yang menyerupai perempuan tu adalah jin. Hanya untuk menakutkan yang namanya manusia. Tapi untuk apa dia berulang kali terjun bangunan tu? Apa yang dia nak tunjuk? Wallahualam. Allah lebih tahu.



Siapa perempuan itu? Ada cerita dari staf kata, perempuan itu ada kaitan dengan pengurus hotel kami. Mungkin ada pergaduhan yang berlaku antara mereka sampai perempuan tu bersumpah untuk ganggu pengurus tu sekalipun dia mati. Betul atau tidak, wallahualam. Cuma ambil sedikit pengajaran dari pengalaman aku ni. Hukum bunuh diri adalah haram di sisi agama islam. Sesukar mana jalan hidup yang kita lalui, tetap ada bahagia pada hujungnya. Allah Maha Adil.



"Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah Maha Penyayang kepadamu" (An Nisa' 4:29)







MALAM RAYA



"Haaaa jomlah masuk.." Jerit Dira, adik sepupu aku sambil buka selipar nak masuk ke dalam rumah. Aku yang tengah gosok baju raya terdiam kejap. Dira ni umur 6 tahun. Lepas maghrib tadi, cepat-cepat nak main dekat luar rumah. Seronok nak main bunga api dan ikut abang dia main mercun.



Kawasan luar rumah kampung aku tu taklah terang sangat. Sebab berdepan dengan rumah pakngah aku ni, ada tapak rumah lama arwah atuk aku. Ada lampu jalan yang tak berapa terang dan pelita yang dipasang kat halaman rumah. Kiri kanan semua sawah. Kebiasaan kampung-kampung, memang malam raya meriah dengan bunyi mercun dan meriam. Bergegar satu kampung dek bunyi meriam.



Berbalik pasal Dira ni, masa dia cakap macamtu, aku jengah kat luar rumah. Aku ingatkan dia cakap dengan kucing, rupanya berbaris budak-budak kecik dalam lima orang. Semua tak berbaju. Ada tanduk kat belakang kepala. Kepalanya botak. Badannya ada warna hijau dan ada yang kuning gelap. Mata merah. Aku tengok budak-budak tu dok tolak sesama sendiri. Takut la kot nak masuk. Aku perhati je lagi.



Mula yang depan sekali nak langkah masuk. Aku berdehem. Dia tarik semula kaki. Adik sepupu aku tu dah hilang kat dapur. Tinggal aku sorang kat depan ruang tamu tu. Ditolaknya lagi yg lain suruh masuk dulu. Aku berdehem lagi. Dia tarik lagi kaki tu. Kali ketiga dia intai aku dulu, saja aku membulatkan mata pandang budak-budak tu. Berdesup hilang sekelip mata. Aku nak tergelak pun ada. Risau pun ada. Risau kalau dia bawak datang geng besar, mati aku.



Lepas je aku siap gosok baju tu, aku nak tutup pintu utama tu, sebelum tutup tu aku tengok luar dulu. Kot ada sepupu atau sesiapa yang kat luar. Dari seberang depan kawasan tapak rumah lama tu aku perasan ada sesuatu yang putih tegak berdiri kat situ. Makin aku pandang, makin dekat dan makin dekat. Bila makhluk tu berdiri atas jalan depan rumah tu baru aku nampak keseluruhannya. Pocong. Aku terkaku masa dah nampak jelas tu. Dan pocong tu makin dekat dengan rumah. Dia punya lompatan memang jarak jauh betul dia ambik. Masa betul-betul kat halaman rumah pocong tu melompat, baru aku tersedar dan terus tutup pintu utama tu.



Aku terus lari ke dapur. Nak cover muka takut semua tu aku tolonglah sepupu-sepupu aku buat kerja sambil sembang-sembang dan makan lagi. Lepas je siap makan, aku nak basuh pinggan. Bahagian tempat masak memasak ni dah takde orang. Semua kerja memasak dah siap. Semua dok buat kerja mengemas pula kat depan.



Masa dok ralit basuh pinggan, aku bau sesuatu yang tak seronok datang dari arah tingkap depan singki tu. Aku teruskan je siapkan basuh pinggan, tapi dari ekor mata aku tu nampaklah makhluk yang berbungkus putih tu meliuk-liuk kat luar tu. Makin mengganas aku rasa makhluk tu nak mengacau aku. Adakah atas laporan budak kecik lima ekor tadi?.



Perlahan aku letak pinggan dekat rak tepi singki tu dan tutup paip. Aku tutup je paip tu, makhluk berbungkus putih tu betul-betul depan tingkap kat singki tu. Aku terus pusing dan lari kat ruang tamu. Memang malam tu scene aku lari dari depan ke belakang lepas tu ke depan semula. Tapi aku tak cerita pun kat kakak-kakak aku. Aku diam je. Muka takut, berpeluh sejuk dengan meremang bulu roma terpaksa cover depan diorang.



Kebiasaan bila balik kampung, ruang tamu la jadi bilik kami sekeluarga. Aku tidur dekat dengan tingkap malam tu. Sebelum tidur aku dah siap baca doa, ayat kursi, 3qul dan selawat nabi. Ni memang asas bacaan untuk kita sebelum tidur. Moga Allah jaga kita masa kita tidur sampai kita bangun nanti. Yela, kita taktahu apa yang akan jadi masa tidur kan.



"Tokkkk..tokkkk.."



Aku terjaga dalam pukul 2 pagi macamtu sebab aku dengar bunyi tingkap diketuk. Aku duduk dan tengok ke arah tingkap yang berbunyi tu. Dari dalam nampak samar-samar makhluk berbungkus putih. Mujur sebelum tidur aku dah tutup tingkap tu. Selalunya abah akan biarkan tingkap terbuka sikit, sedap angin malam abah kata. Aku baring semula dan baca ayat kursi dan beberapa ayat pelindung diri. Masa tengah baca tu memang angin kuat dari luar dengan bunyi macam orang mendengus kasar.



Lebih kurang dalam 15 minit baru angin berhenti dan bunyi mendengus tu hilang. Dapatlah aku tidur dengan senang lenang. Esok misi beraya perlu dilaksanakan. Oh ya, esok malamnya tu budak-budak lima ekor tu datang lagi. Tapi sekadar jengah-jengah dari tingkap je. Nak masuk memang diorang tu tak berani. Jadi terjengket-jengket la dari luar tingkap tengok adik sepupu aku tu main game kat handphone. Tengahari keesokannya tu aku nampak lagi budak lima ekor tu duduk atas batas sawah sambil pegang batu leper tapi panjang. Gaya sama macam adik sepupu aku tu main game handphone. Teringin la kot nak main game dekat handphone. Kalau sekarang, adik sepupu aku tu gila fidget spinner, kalau budak lima ekor tu nampak, apa lah diorang guna nak jadikkan fidget spinner tu. 😅



Kalau makhluk yang jenis budak-budak ni, memang perangai macam budak-budak. Dia takut dengan orang dewasa. Jahat tu tetap jahat. Selalu je aku nampak yang jenis budak ni menunggang anjing kat kawasan rumah aku tu. Melolong la anjing tu kene tunggang.



Kalau yang jenis berbungkus putih tu, memang ketar lutut kalau jumpa. Bukan ketar lutut je. Lemah longlai terus. Ada orang kata, kalau benda tu dah mula berguling, habislah kau. Bagi aku, tak kira lah dia lompat ke berguling ke kuak lentang ke. Makhluk tu memang mengerikan. Jenis yang kalau dah mula mengacau tu, sampai dua tiga hari mengacau.





SIHIR KELUARGA



"Saya tak tahulah ustaz, dah dekat setahun saya macam ni. Kat tempat kerja rindu sungguh saya dengan orang rumah saya. Tapi balik je rumah, naik meluat saya tengok orang rumah saya tu"



Aku terdengar dari luar rumah Ustaz Khairi.



Pagi tu, Umi (isteri Ustaz Khairi) meminta aku untuk temannya ke pasar disebabkan Ustaz Khairi ada tetamu pagi tu. Seawal 7 pagi aku dah terpacak depan rumah Istaz Khairi. Seawal-awal aku, awal lagi tetamu Ustaz Khairi tu.



Aku memberi salam dan menjengah ke dalam rumah. Nampak seorang lelaki dalam lingkungan lewat 20-an bersama Ustaz Khairi. Aku membuat 'peace' kat Ustaz Khairi sambil tersengih.



"Waalaikumussalam. Haaa yan masuklah. Umi kat bilik lagi tu."



Aku mengangguk dan terus ke dapur untuk menunggu Umi. Mulanya Ustaz khairi pelawa aku duduk di ruang tamu sementara menunggu Umi bersiap. Tapi ruang tamu Ustaz Khairi terasa sempit dan sesak dada untuk bernafas. Aku memandang lelaki tu lagi sekali. Di belakangnya ada satu makhluk yang badannya seperti melecur teruk tengah bertenggek di atas tengkuknya. Aku melihat saja lelaki tu menggosok-gosok tengkuknya berulang kali.



"Umi, siapa tu?"



Aku bertanya pada Umi. Umi baru sudah bersiap setelah aku tunggu hampir setengah jam. Ni baru nak pergi pasar, belum pergi mall. Mesti ambil masa sejam. Hahaha



"Syakir punya kawan. Ada masalah rumahtangga katanya. Panas bila dengab isteri."



"Aikk. Abi buat kerja pasang aircond rumah orang pulak ke umi? "



"Ehhh kau ni, pepagi buat-buat tak faham. Dah pergi hantar air ni ke depan"



"Tanak..takut"



Aku sengih pandang Umi. Umi menjeling aku dan mengangkat dulang air untuk tetamu bawa ke ruang tamu. Aku hanya memerhati dari dapur. Makhluk di tengkuk lelaki tu merenung aku dari ruang tamu. Aku mengalih pandangan. Moga-moga makhluk tu tak tahu aku nampak dia.



Tiba-tiba Ustaz Khairi memanggil aku dari ruang tamu.



"Yan, duduk jap. Ni Haziq. Kawan Syakir. Nak mintak tolong sikit. Haziq, ni anak saya. Banyak tolong saya dalam urusan macam ni. Kamu ceritalah tentang apa yang pernah kamu nampak sepanjang ada masalah macamni"



Aku duduk dan hanya mengangguk dengar Ustaz Khairi bercakap. Tapi masih aku tak berani memandang lelaki yang bernama Haziq ni. Mukanya dah diselaputi dengan benda-benda kotor yang entah dari mana sumbernya. Bagai dilumur dengan tanah lembik yang bercampur darah.



"Saya dah kahwin 2 tahun. Tapi sejak lima bulan lepas, saya ada masalah dengan isteri saya. Jadi panas hati bila tengok isteri saya. Rasa marah yang meluap. Sedangkan masa saya kat luar dan bekerja, saya rasa rindu sangat dengan isteri saya. Dah cuba kawal emosi, tapi selalu terbabas sampai satu tahap saya rasa nak bunuh je isteri saya."



Lelaki itu meluahkan segala apa yang di rasa. Makhluk yang ditengkuk lelaki tu menekan kuat bahagian kepala lelaki tu dengan kukunya yang tajam. Lelaki tu memicit-micit kepalanya itu. Aku hanya beristighfar berulang kali mendengar ceria darinya.



"Encik rasa sakit tengkuk kan? Lepastu sakit kepala mencucuk-cucuk? Dekat bahagian pinggang ke bawah pun sama kn?"



Aku bertanya dari apa yang aku nampak. Mungkin sebab lelaki ni bercerita masalahnya pada Ustaz Khairi, makhluk yang ada di tengkuknya mencucuk-cucuk kepala lelaki tu dengan kukunya yg tajam. Di bahagian pinggang kebawah, kakinya seperti terikat dengan akar kayu hitam. Melingkar di bahagian kakinya. Dan akar hitam tu seakan hidup. Adakala ia menjerut kuat bahagian kaki lelaki tu.



"Errrr betul tu. Ustaz, dia ni tau ke?"



Lelaki tu menunjuk ke arah aku. Makhluk di belakangnya menjegilkan matanya. Akar-akar yang berbelit di kaki lelaki tu mula menjalar di lantai menuju ke arah aku. Aku beranjak ke belakang sedikit.



"Tak, saya tak tahu."



Aku menjawab dan bangun meninggalkan Ustaz Khairi dan lelaki tu di ruang tamu. Biarlah dahulu Ustaz Khairi dengar masalah lelaki tu. Aku perlu bantu sikit-sikit je nanti.



"Yan nampak ape?"



Tengah aku bersembang dengan Umi, ustaz Khairi datang ke dapur. Tetamunya sudah balik. Tapi makhluk tu masih ada. Mungkin masih tak berpuas hati dengan aku. Aku memberikan isyarat senyap dekat Ustaz Khairi. Kami berbual kosong sehingga aku dah pasti makhluk tu hilang dari pandangan aku.



"Teruk keadaan lelaki tu abi. Makin hari makin parah sakitnya. Kalau dibiarkan, makan dalam nanti."



Aku bersuara selepas makhluk tu tiada lagi dalam rumah Ustaz Khairi.



"Itulah, malam ni kita ke rumah dia lah, jumpa isterinya pulak. Abi dah bagitau Ustaz Rasyid"



Malam tu kami menziarahi rumah lelaki tadi. Dari jauh aku nampak makhluk hitam bermata besar dan berbadan besar mencangkung di depan pintu rumah mereka. Langkah aku terhenti. Serentak dengan Ustaz Rasyid.



"Nampak kan?" Ustaz Rasid bertanya.



Aku mengangguk. Ustaz Rasyid melaungkan azan sebanyak tiga kali. Azan yang pertama, makhluk tu meluru datang ke arah Ustaz Rasyid. Pelbagai cara aku tengok Ustaz Rasyid menepis. Kalau orang yang tak nampak makhuk tu, mesti ingat Ustaz Rasyid buang tebiat. Mana taknya, kejap menepis kiri, menolak ke kanan. Melompat sedikit. Aku tersengih sendiri bila fikir macamtu.



Tapi sengih aku tak lama, makhluk tu menyedari aku ada bersama mereka. Dia meluru ke arah aku. Berdiri di depan aku. Dengan keadaannya yang terapung-apung, dia membalikkan badannya dan masih tetap di depan aku. Menjelirkan lidahnya yang panjat dan penuh serangga macam cengkerik keluar. Aku hanya berzikir berulang kali.



Lebih kurang lima minit baru makhluk tu hilang, kami dijemput masuk oleh lelaki tadi. Isterinya keluar dari bilik. Cantik dan putih isterinya. Tapi di depan isterinya ada makhluk yang seperti nenek tua yang hodoh dan hitam. Adakala dia mengeluarkan bau yang busuk. Rambut putih mengerbang meleret di lantai. Bila isterinya dekat dengan suaminya, isterinya mengeluarkan bau yang busuk yg hanya suaminya sahaja yang dapat bau. Oh bukan suaminya je, aku pun terkena tempias.



Mujur masih ada rasa belas dalam diri pasangan tu. Masih lagi mahu berbincang bersama kami. Isterinya tak boleh tengok suami, mulutnya lancang meminta cerai. 10 kali nampak, 10 kali minta cerai. Sampaikan suaminya tak mahu balik rumah. Tak sanggup nak dengar perkataan tu. Si suami pula, bila nampak muka isteri. Nampak hodoh dan tua.



Rumah mereka terasa bahang. Bahang datangnya dari lantai rumah itu sendiri. Aku meraba lantai rumah itu. Terkejut dek terasa kepanasan yang datang dari lantai tu. Aku hanya mendiamkan diri semasa Ustaz Khairi dan Ustaz Rasyid berbual dengan tuan rumah. Memang ada yang tak kena dengan keluarga mereka.



Selesai semuanya, kami meminta diri untuk pulang. Aku bersalam dengan isteri tuan rumah. Baru menyentuh tangannya, bagaikan ada eletrik. Laju aku menarik tanganku semula. Aku nampak muka isteri tuan rumah itu memandang sinis.



Malam tu, tidur aku diganggu hingga ke subuh. Banyak kali terasa ditolak. Banyak kali juga aku disergah. Ikutkan, segala daya dan semangat mungkin hilang dek terkejut disergah berkali-kali. Mujur teman sebilik aku ni sentiasa memahami keadaan aku. Selalu dipasangkan ayat-ayat quran bila terdengar atau ternampak aku macam diganggu.



Esoknya kami ke rumah tu lagi. Kali ni untuk membantu menyelesaikan masalah. Sebelum tu kami dah berjemaah buat solat hajat. Membantu sekadar mampu kami dengan izin Allah. Sampai je di depan rumah, rumah mereka gelap nampak macam mereka tiada di rumah. Berkali-kali jetuk dan beri salam tiada respon.



Sekali lagi Ustaz Khairi melaungkan azan di depan rumahnya. Datang angin dari arah depan berdesup meniup ke arah kami. Hampir terduduk dengan angin yang tiba-tiba datang tu. Lima minit baru keadaan reda dan barulah keluar pasangan itu.



"Lama ke sampai? Kami tak dengar apa-apa. Rasa mengantuk sangat tadi. Tu terlelap."



Kami hanya berpandangan. Licik jin ni melalaikan mereka. Tujuannya supaya pasangan ni tak berubat dan selesaikan masalah mereka sehingga satu tahap nanti mereka bercerai.



Ustaz Khairi dan Ustaz Rasyid membersihkan laman rumah pasangan tu. Macam-macam jenis barang tertanam. Antaranya patung berpasangan penuh jarum yang di ikat dengan tali putih dan dibalut kain kuning. Di bahagian dapur, ada bangkai ular ditanam memanjang di pintu dapur. Lebih kurang 5-6 barang yang digunakan untuk menyihir pasangan ni.



Akhir sekali barulah Ustaz Rasyid membersihkan pasangan itu dari penyakit dengki manusia. Bila ditanya pada mereka, sama ada mereka tahu siapa yang menghantar sihir tu?. Si suami mengangguk. Katanya dari keluarga belah isterinya. Sebab dari awal perkahwinan, keluarga isterinya tak suka kan lelaki itu. Ada sahaja benda yang jadi untuk pisahkan mereka.



Aku terdiam. Penyakit hati ni tidak kira siapa. Kadang datang dari keluarga dan orang paling rapat. Entahlah. Moga kita semua dijauhkan dari takdir yang buruk.





TETAMU TAK DIUNDANG



"Weh korang, esok kawan aku nak tumpang tidur kat rumah tau. Aku bagitau je kot nanti korang tekejut tengok ade orang lain dalam rumah kita"



Ida yang tiba-tiba munculkan kepala di celah pintu tanpa memberi salam buatkan kami rasa nak baling Ida dengan lesung batu kat dapur. Mana taknya, kami tengah fokus tengok cerita zombie, boleh pula si Ida ni menyergah macam tu je. Aku tengok Fatin dah terperosok kat bucu katil dek terkejut



"Choii la kau ni ida. Salam takde. Main muncul kepala je kat situ. Sebelum kau sergah tu, boleh tak sikat dulu rambut. Nyaris aku tak sembur air milo ni kat muka kau"



Fina menunjukkan baki air milo dalam cawannya. aku nampak yang paling terkejut si Fina tu lah. Tengok luaran dah macam gadis sado. Tapi siapa sangka hati lembut bak kapas. Masa terkejut dengan sergahan Ida, nyaris je muka Fatin ada kesan tapak kaki Fina. Mujur Fatin pandai ilmu elak diri.



"Kahkahkah. Muka macam hape je semua bila terkejut. Eh dah lah! Sambung la movie korang tu. Aku nak bagitahu tu je"



Masih dengar suara nyaring si Ida menggelakkan kami.



Esoknya, masa kawan si Ida ni sampai. Aku, fatin dan fina ada di ruang tamu. Layan kisah dongeng dari seberang. Maklumlah, masa cuti sekolah je ada kisah dongeng ni. Kawan Ida ni masuk tanpa bagi salam, atau mungkin salam dalam hati. Aku hanya memandang dan senyum bila mata kami bertemu. Tiada balasan.



"Korang, ni Awin. Awin, ni semua housemate aku"



Awin salam dengan kami. Tapi mukanya tetap tegang tanpa senyuman. Aku menghulurkan tangan untuk bersalam. Bila tangan kami bertaut, lekas-lekas aku tarik semula. Tangan itu sejuk. Macam terkena air batu. Awin memandangku pelik. Aku hanya senyum.



"Kenapa yan?"



Fatin menyibuk bertanya.



"Takde ape. Rasa sejuk."



"Eh aku salam biasa je, takde sejuk pun"



Aku menjeling Fatin. Bab menyibuk memang no 1 si Fatin ni. Tambah kalau bab misteri jam 12. Dia yang paling banyak tanya. Tapi, dengar bunyi kucing gaduh pun sekelip mata dia beralih tempat tidur.



Malam tu aku tinggal berdua dengan Fatin. Fina bermalam di rumah saudaranya, dan Afie balik ke kampungnya ada urusan keluarga. Tengah aku syok layan movie baru hasil rembatan dari kawan rumah sebelah, Fatin menepuk aku perlahan.



"Yan..yan.."



"Haaa..kau kenapa?"



"Kau tak nampak apa-apa yang pelik kebkat Awin tu?"



"Hmmm..kenapa?"



"Tadi aku keluar pergi bilik air, dia dok mencangkung depan bilik air. Aku tegurlah. Dia beranjak sikit. Tapi still depan bilik air. Masa aku dalam bilik air tu dia menyanyi macam ni 'satu..satu..satu atas pintu..dua..dua..dua atas para'. Lepastu senyap. Aku keluar je, die berdiri depan pintu bilik air pastu sengih kat aku. Ish seriau la aku yan!"



Aku diam mendengar cerita Fatin. Memang pada awal lagi aku perasan sesuatu yang lain dekat Awin. Tapi selagi takda yg memudaratkan kami atau dia, aku diamkan je. Sbb aku yakin yang sesuatu tu memang milik Awin. Malam tu badan Fatin mula demam. Terkejut dan takut mungkin.



Dalam pukul 3 pagi aku tersedar bila aku dengar bunyi burung. Bingit telinga aku. Tekak pula kering, aku keluar dari bilik. Baru selangkah dua, dalam samar-samar aku nampak perempuan berambut panjang menghadap ke almari di bucu ruang tamu. Terdengar seperti bercakap,tapi sepatah apa pun aku tak faham.



Esoknya aku nampak kotak kayu berbunga atas almari tu. Selama aku duduk rumah tu, aku tak pernah nampak kotak bunga tu. Bila aku tanya Ida, Ida jawab yang kotak tu Awin punya. Aku diamkan dulu.



Malam tu Fatin tiba-tiba duduk sebelah aku atas katil. Dia menyuruh aku buka headphone yang di telinga aku.



"Yan..dengar tak?"



Aku memasang telinga. Sayup-sayup dari celahan pintu bilik aku dengar suara seolah menyanyi.



.'satu..satu..satu atas pintu..dua..dua..dua atas para'.



Fatin pegang kuat tangan aku. Aku pasang ayat al quran. Mulut juga tak berhenti menyebut Allahuakbar. Moga dengan kekuasaan Allah, jin ni berhenti menganggu kami.



"Yan..Fatin.. aku ni.."



Pintu bilik kami diketuk kuat. Fatin lekas bangun hendak membuka pintu. Tapi cepat aku menarik tangannya semula.



"Dia tak cakap dia siapa Tin..jangan bukak"



Fatin mengangguk. Kebiasannya macamtu. Jin akan mempengaruhi dengan wajah dan suara yang serupa utk membenarkan dia masuk ke kawasan yang 'berpagar'. Malam tu aku dan Fatin tak tidur. Gangguan tak berhenti. Kelibat hitam lalu lalang di tingkap bilik. Entah apa mahunya.



Keesokannya Ida memberitahu kami yang Awin dah nak pulang ke rumahnya hari ni. Aku terserempak dengan Awin masa dia nak mandi. Awin memandang aku dan tersenyum sinis dan sempat bisik kat aku.



"Tak tidur ke kau? Takut?"



Alahai...aku dah agak. Masa Awin bersiap tu, aku ternampak Awin meletakkan kotak kayu berbunga tu atas meja di belakang TV. Kalau aku tak nampak, mungkin orang lain tak akan perasan. Sebelum Awin keluar rumah, aku mengambil kotak tu dengan lafaz basmallah dan selawat. Moga tak memudaratkan aku dan kawan-kawan dalam rumah tu.



Aku datang nak bersalam dengan Awin dan menghulurkan semula kotak kayu berbunga tu dengan alasan mungkin dia tertinggal. Awin merenung aku tajam. Renungan dengan peringatan. Dengan kasar dia merampas kotak kayu tu.



Segera aku mesej Ustaz Khairi untuk bantu aku memagar keliling rumah sewa kami yang aku rasa 'pagarnya' dah bocor dek kedatangan Awin. Dan memang tepat sangkaan aku. Ustaz Khairi membersihkan saki baki peninggalan Awin.



Malam tu dari luar rumah macam-macam bunyi aku dengar. Dari suara memanggil-manggil nama aku di luar, sampailah bunyi atap zink rumah dicakar-cakar. Aku hanya mendiamkan diri di dalam bilik. Sampai ke subuh bunyi-bunyi tu menganggu. Esok paginya bila aku tengok sekeliling rumah, rumah di baling dengan tanah dan batu. Nampak kesan tanah pada dinding. Entahlah. Sampai sekarang aku tak tahu apa motif gangguan ni.





KUIL


Seharian hari Sabtu tu, aku dan 3orang classmate selesaikan assignment yang perlukan kami interview pengusaha Dobi di sekitar Selangor. Siap semua kerja dalam pukul 7. Kami singgah dulu untuk solat maghrib sebelum balik ke rumah sewa.



Di sebelah kanan masjid ada sebuah kuil besar. Jaraknya lebih kurang 30meter hanya dipisahkan satu lorong menghala ke kampung dalam. Masa sampai dekat Masjid tu azan maghrib tengah dilaungkan. Aku mendongak ke langit, burung-burung berbunyi riuh. Ada seekor burung antara burung tu agak besar dan berwarna hitam pekat. Ekor dan kakinya berwarna merah menyala.



"Ape bendelah letak masjid sebelah kuil. Tak takut ke?"



Haziq bersuara.



"Takut apa?"



Izah bertanya



"Yelah. Kuil tu kan banyak benda-benda tu"



Haziq menjawab



"Ape kau ziq?? Tu tempat sembahyang kaum lain kan. Hormat la sikit. Cakap bebukan kenapa? Benda tu memana je ada" Farhan menyampuk.



Aku hanya mengangguk tanda bersetuju dengan apa yang Farhan cakap. Kat mana-mana pun ada makhluk-makhluk yang tak nampak dari pandangan normal. Untuk aku yang mata tak berinsurans ni. Di sebelah Haziq sekarang ni pun aku nampak ada makhluk mengikut je dari tadi. Haziq memang mulutnya agak lepas. Main cakap tanpa fikir kesan.



Lepas je solat, aku nampak Haziq dan Farhan dah tunggu dalam kereta. Ada lebih sejam perjalanan balik ni. Langit mula gelap. Aku cadang masuk kereta nak lelap terus. Jalan nak balik ni kiri kanan hutan. Malas nak jamu mata dengan makhluk-makhluk yang tak diundang.



Kereta kami melintasi kuil yang Haziq cakapkan tadi, aku melihat sekilas, ada 3 makhluk yang berdiri tegak tepi jalan berdepan dengan kuil tersebut. Berpakaian seakan sami tapi bermuka hodoh.



"Wehhh..seram kot kuil ni. Aku rase macam-macam ada dalam ni.." Haziq bersuara lagi



"Kau boleh diam jap tak ziq, aku sakit kepala lah" aku membalas. Malas nak melayan mulut Haziq.



Aku memandang lagi makhluk tadi. Salah satu darinya mula mengejar kereta kami. Makin dekat dan makin dekat. Aku memejam mata dan berulang kali baca ayat kursi. Moga dijauhkan perkara yang tidak elok.



Iza menepuk tangan aku, aku membuka dan memandang Iza, dia menggosok-gosok lengannya.



"Yan, tak sedap hati ni. Ade pape ke?" Iza separuh bisik bertanya.



"Takde ape Za. Kau tidur je. Penat kan" aku senyum.



Aku mencari-cari makhluk yang mengekori kami tadi, aku menjengah kedepan. Betul betul depan cermin kereta depan yang menghadap Haziq makhluk tu mencangkung memandang Haziq dengan muka yang marah. Giginya panjang dan bertaring. Mulutnya luas hingga menampakkan seluruh giginya yang panjang. Telinganya juga panjang, dijelirkan lidahnya bercabang di depan Haziq. Menyeringai menampakkan giginya. Mujur sahaja Haziq tak nampak.



Tapi aku tengok Haziq mula gelisah. Digosok leher. Digosok lengannya. Duduknya jugak tak senang.



"Kau kenapa pulak ziq?" Farhan menjeling Haziq di sebelahnya



"Aku rase tak sedap la. Sejuk meremang. Rasa kena perhati." Haziq membalas tapi suaranya bergetar.



Aku melihat Farhan pun mula gelisah.



"Yan, Iza, kita patah balik masjid dulu eh. Aku rase tak sedap hati" Farhan memandang kami.



Aku mengangguk. Aku juga tak sedap hati. Ditambah pula makhluk yang di depan Haziq tu seakan tak mahu berganjak. Masih memandang Haziq dengan bengis dan ngeri.



Kami sampai di parking masjid. Mujur masih ada jemaah yang belum balik ke rumah. Haziq mahu keluar dari kereta, baru je nak berdiri, kakinya longlai dan dia terjatuh. Aku nampak makhluk tadi memeluk kuat kaki Haziq.



Jemaah masjid yang tadi duduk berborak di beranda masjid, berlari mendapatkan kami.



"Kamu ni kenapa? Korang ni dari mana?" Salah seorang pakcik bertanya



"Kami dari Poli, pakcik. Ada assignment kt pekan ni tadi. Singgah maghrib dulu. Baru je gerak tadi, masing-masing tak sedap hati. Tu patah balik sini. Kawan saya ni pulak tetiba je jadi macamni. Tadi elok je" Farhan menerangkan kepada pakcik itu.



Haziq masih terduduk. Mukanya pucat dan berpeluh. Tapi badannya menggigil. Masih tak boleh berjalan sampai perlu dipapah. Makhluk itu masih memeluk kaki Haziq.



Aku melihat pakcik yang bertanya tu memandang berkali-kali ke arah kaki Haziq. Dan dia bersuara.



"Ada buat bukan-bukan ke? Atau cakap bukan-bukan?"



"Takde" haziq jawab ringkas.



Aku menjeling. Dah sakit pun masih degil. Aku membuka cerita dari mula Haziq bercakap mengenai kuil di sebelah masjid tu. Sebab aku tahu sakit Haziq berpunca dari mulutnya yang tak berlapik.



Muka pakcik tu agak terkejut dengan cerita aku. Dia memandang kawan-kawannya. Mereka mengangguk.



"Marilah ke kolah masjid. Pakcik ni taklah pandai mengubat orang. Tapi ikhtiar guna ayat Quran ya. Air kolah ni sebagai alat sahaja. Yang menyembuhkan Allah. Kita cuba ya."



Aku hanya menunggu di luar dengan Iza. Tapi cukup jelas aku mendengar bacaan ayat ruqyah dari pakcik tersebut. Aku menarik nafas lega. Mujur Allah bagi pertolongan.



Lebih kurang setengah jam baru mereka keluar. Haziq dapat berjalan macam biasa. Cuma agak keletihan mukanya.



"Ni anak-anak, pakcik pesan sikit. Mulut kena biasa lazimi dengan zikir. Supaya tak terkeluar perkataan buruk atau kotor dari mulut kita. Bukan je manusia tak suka, ada yang lain tak suka juga." Pakcik itu tersenyum.



Sebelum gerak pulang, aku mengucapkan terima kasih pada pakcik dan jemaah masjid yang membantu kami. Sempat aku bertanya dengan pakcik tersebut.



"Pakcik, kuil tu sebenarnya takde kan?"



"Ya nak. Memang selalu jadi macamni. Bila mulut tak jaga, memperlekehkan, tu yang jadi macam tu. Memang dulu ada kuil kat sana tu, tapi jadi kuil usang sejak ketua saminya meninggal. Macam-macam cerita la jadi lepastu, tu yang diorang robohkan. Selalunya memang orang luar yang kena macamni. Ada yang lagi teruk. Jadi ingatlah selalu. Belajar menghormati dan cakap benda-benda baik je"



"Baik pakcik. Assalamualaikum"



Kami gerak balik lebih kurang pukul 12 tengah malam. Sewaktu melintasi kawasan kuil tu, makhluk 3 itu masih tegak berdiri di situ. Lama aku perhati. Lebih kurang 100meter jarak, kuil tu hilang dari pandangan aku.

Monday, 2 July 2018

Vila Lama #1













Perjalanan dari ibu kota ke vila itu memakan masa hampir tiga jam. Untuk ke sana mereka bertiga bukan sahaja terpaksa melalui beberapa anak bukit bercuram tinggi dan bahaya, tetapi juga kawasan lenggang yang panjang dan jauh dari rumah orang. Kiri kanan hanyalah hutan tebal. Lebih gelap jika memandu pada waktu malam.



Namun, Puan Julia yang memandu kereta, sudah arif sangat dengan keadaan tempat itu. Vila itu adalah milik keluarganya sejak turun-temurun. Disitulah tempat dia dilahirkan dan membesar. Jadi, ini bukanlah kali pertama dia memandu dalam keadaan bentuk muka bumi yang serba mencabar.



Sesekali dia menoleh memandang anak gadisnya yang berambut lurus, sedikit melepasi bahu, di sampingnya. Anak gadisnya yang berusia 20 tahun itu sedang bersandar pada kerusi, tertidur.



Puan Julia tersenyum. Dia melihat dari cermin pandang belakang, kelihatan seorang lagi gadis muda, berusia 22 tahun. Gadis berambut kerinting, tetap juga seperti ketika mereka bertolak tadi, asyik termenung ke luar tingkap dengan pandangan yang kosong.



Gadis berambut kerinting itu sepatutnya berasa teruja untuk kembali ke vila itu lagi. Seperti dirinya, seperti juga anak gadisnya. Bukan sahaja kerana vila itu milik keluarga mereka sendiri sejak dahulu, tetapi pertemuan kali ini juga akan menghimpunkan semua ahli keluarga yang ada.



“Emierda” panggi Puan Julia kepada gadis berambut kerinting maggi kari itu.



Tapi gadis tersebut tidak memberikan sebarang reaksi, seperti tidak mendengar.



“Emi?” panggil Puan Julia lagi.



Sesaat itu juga, gadis beralis tebal dengan tatap mata yang dalam dan tajam itu memandangnya. Bermakna, dia bukanlah tidak mendengar panggilan kali pertama tetapi sengaja buat-buat tidak dengar.



“Mak Ngah harap kat sana nanti Emi boleh kawal sikap Emi. Jangan banyak drama, macam budak kecil” ujar Puan Julia.



Mendengarkan akan hal itu, Emierda kembali melontarkan pandangannya ke luar tingkap. Riak wajahnya masih lagi sama, kosong. Pesanan Puan Julia itu seolah-olah tidak bermakna apa-apa baginya.



“Dah sampai ke?”



Tiba-tiba anak gadis Puan Julia terjaga, mungkin kerana dia terdengar suara ibunya tadi. Dia menggosok-gosok mata dengan tangannya.



“Kejap lagi. Sabarlah sikit.” balas Puan Julia mesra, sambil menjeling wajah Emierda melalui cermin pandang belakang.



Mereka akhirnya tiba juga di halaman luas sebuah vila mewah setengah jam kemudian. Tidak seperti sepupunya Laila yang pantas bergerak dan dalam sekelip mata sudah pun berada di luar, membantu Puan Julia mengangkat beg pakaian mereka keluar dari perut kereta, Emierda yang hanya bergerak malas pada bangkunya. Tidak mahu terburu-buru.



“Hai. Apa khabar semua?”



Emierda mendengar suara Laila menjerit kepada seseorang, sebelum ketawa suka. Tapi, Emierda tidak ambil peduli sangat dengan suasana riuh yang dibuat sepupunya itu. Dia lebih suka membuat halnya sendiri.



“Emi?”



Tiba-tiba bahunya ditepuk Puan Julia, ibu saudaranya. Emierda menoleh ke belakang, memandang wanita itu.



“Apa yang termenung lagi tu? Cepat angkat beg kamu.” kata Puan Julia lagi.



Sebaliknya, Emierda hanya membiarkan Puan Julia pergi, bergerak menuju ke vila tiga tingkat itu, melalui sebuah pintu gerbang yang besar dan tinggi. Di bina dari konkrit, berbentuk ladam kuda. Emierda tercegat seketika memandang vila tersebut.



Sekarang vila itu sudah pun di cat dengan warna baru berwarna putih. Atapnya pun sudah diganti. Dulu merah hati, sekarang biru tua. Jadi, tidaklah nampak usang sangat vila ini seperti lapan tahun yang lepas. Bunga-bunga pun banyak ditanam dihalaman. Hampir semuanya sedang berkembang dan subur. Naik jugalah seri vila itu sikit.



Emierda juga melihat ada penambahbaikan pada beberapa bahagian, termasuk di halaman. Tiga buah kerusi panjang di sisi halaman sudah diganti baru. Dulu kerusi itu memang sudah reput. Tidak selamat lagi dijadikan tempat duduk. Dan sebuah gazebo baru dibina dihujung halaman dekat anak sungai sebelah kiri.



Tetapi, fountain tunggal yang terletak ditengah-tengah gerbang besar dan tinggi itu saja yang kelihatan dibaiki. Cuma dibersihkan ala kadar je, asalkan tidak kelihatan comot. Setahu Emierda, semenjak dia pandai mengingat, fountain tersebut sudah lama tersumbat.



Sewaktu Emierda menetap disini lima tahun lalu, ayah saudaranya, Tuan Johan, sudah beberapa kali mencuba untuk membaikinya. Tapi fountain tersebut tetap juga tersumbat. Sehinggakan Tuan Johan akhirnya putus asa dan membiarkannya saja.



Tiba-tiba Emierda kembali diselubungi perasaan yang luar biasa apabila dia terpandangkan jendela kaca yang panjang pada kedua-dua bahagian depan vila itu, di kiri dan kanan. Terutama di tingkat dua. Jendela kaca itu nampaknya tidak berubah langsung.



Jadi kenangan buruk itu tetap saja dapat diingat Emierda setiap kali terpandang jendela kaca itu.



Gadis berambut kerinting itu kembali merasakan perasaan yang pernah dialaminya tahun lalu. Mata Emierda terpaku di jendela kaca di sebelah kiri. Dadanya dikunjung debaran daripada ingatan lama.



Pada suatu petang ketika dia berada di halaman seperti sekarang, dia pernah melihat lembaga hitam dengan mata putih terbelalak, sedang merenungnya dari jendela kaca itu. Emierda baru berusia 15 tahun pada ketika itu.



Emierda yakin bahawa dia telah melihat hantu Ilina. Anak gadis Tuan Wellesley, yang mati dalam kebakaran di dalam bilik tidurnya sendiri.



Seluruh keluarganya dan orang kampung di sini tahu kisah tragis yang menimpa keluarga Inggeris, pemilik kedua vila lama ini selepas Belanda keluar dari Borneo Utara. Lagi pun, dari raut wajah dan susuk tubuh, meski pun hitam rentung, Emierda tahu lembaga yang dilihatnya itu adalah Ilina.



Dan apa yang di duga Emierda memang benar, sebaik saja dia melihat potret lukisan Ilina di bilik bawah tanah. Raut wajah, susuk tubuh, dan gerak hati Emierda menyatakan, hantu yang dilihatnya itu benar-benar Ilina.



Siapa sangka selepas lebih 200 tahun berlalu, hantu Ilina masih berkeliaran di dalam vila ini. Emoerda berasa seram pada pertama kali.



“Abang ingatkan Emi tak nak datang. Kalau tak abang nak merajuk sampai matilah.”



Seorang pemuda, bertubuh tegap tiba-tiba datang dari vila ke arahnya dan menyapanya. Mengembalikan ingatan lamanya itu ke lubuk kenangan. Tersisip kemas di situ sambil mengintai waktu untuk kembali meresahkan Emierda.



“Tipulah.” tingkah Emierda dan menjeling pemuda itu.



Pemuda itu adalah Khalil, sepupunya, anak tunggal Tuan Johan. Satu-satunya orang yang menyebabkan Emierda terpaksa sekali lagi memijak vila berhantu itu.



Khalil yang berlesung pipit sebelah kiri jika tertawa, melihat jelingan adik sepupunya itu.



“Alah, maaflah. Abang bergurau sajalah.” katanya.



“Kenapalah abang nak sanding kat sini juga? Kenapa bukan kat tempat lain?”



Emierda mengeleng-gelengkan kepala kesal dengan keputusan Khalil.



“Tempat lain? Tempat lain mana pula?”



“Buatlah dekat hotel ke,dewan masyarakat ke,kalau tak dekat kampung ni pergilah dewan masyarakat pekan tu. Biar satu daerah tahu. Nak lagi gempak, jemputlah wartawan ke, kan?”



Khalil tertawa lagi mendengar kata-kata Emierda. Dia tahu adik sepupunya itu separuh menyindir.



“Oh, tolonglah Emi. Emi tahu kan dekat mana abang dan Kak Salina pertama kali berjumpa? Jadi......”



“Ya, Emi tahu cinta abang berputih kat vila ni yang macam muzium tinggal ni haaaa.. Tak payah sebutlah.” potong Emierda.



“Hah, tahu pun.” Khalil tersenyum lagi.



“Tapi, abang pun tahu tempat ni selalu bawa mimpi buruk kat Emi, kan?”



Khalil terdiam mendengar kata-kata Emierda. Sering dahulu, Emierda berkongsi dengannya tentang mimpi-mimpi buruk yang dialaminya setiap kali berada di vila ini.



Mereka memang rapat dan pernah Khalil mempercayainya, tapi seiring masa berganjak, pendirian Khalil mula berubah. Dia yakin adik sepupunya itu hanya dipermainkan oleh perasaannya sendiri. Mungkin juga terbawa-bawa dengan sejarah tragis yang berlaku di vila itu.



Emierda pernah mengalami kemurungan hampir tiga tahun, setelah kehilangan ayah dan ibu pada usia yang masih sangat muda. Jadi tidak mustahil jika Emierda menjadi begitu sensitif dengan keadaan-keadaan tertentu.



‘Emi” Khalil menarik nafas panjang.



“Benda tu berlaku lapan tahun lalu. Benda dah lama. Mana tahu kalau sekarang dah tak ada apa-apa. Hmm? Emi bukan budak kecil lagi, tahu kan?” Khalil menjentik hujung hidung Emierda, bergurau mesra.



“Budak kecil?” Darah Emierda menyirap mendengar kata-kata Khalil.



“Okey! Stop! Emi tak mahu kata apa-apa lagi.” balasnya dengan wajah yang merah padam.



“Emi...” seru Khalil tetapi diabaikan.



Emierda menyentak beg pakaiannya lantas ditarik kasar menuju ke vila. Langkahnya besar dan tergesa-gesa memijak anak tangga.



Sikap Khalil itu yang akhirnya telah menjarakkan mereka berdua. Khalil mula menganggap hal itu tidak masuk akal. Sengaja di ada-ada kan Emierda dan ia tidak lain hanya menampakkan Emierda seperti keanak-anakan di mata Khalil.



Tapi, bukan Khalil saja. Puan Julia, ibu saudaranya sendiri dan Laila juga begitu. Hampir semua ahli keluarganya menganggapnya seperti itu. Budak kecil yang suka bikin drama untuk menagih simpati mereka. Atau dalam bahasa kasar dan kurang sopannya, “attention whore”.



Bersambung loee...