Zati menggeliat malas. Dia yang masih berbungkus di dalam selimut menutup mulut yang menguap. Tangan menggosok-gosok pula mata untuk dicelikkan. Melihatkan cahaya matahari di celahan tirai yang masih tertutup di pintu gelangsar, dia menolak selimut tebal yang membaluti tidurnya semalaman.
Puas mengeliat di atas katil, Zati melangkah turun. Kaki menapak ke arah pintu gelangsar. Tirai labuh berwarna putih yang hampir mencecah ke lantai itu disingkap dengan kedua-dua belah tangan. Cahaya matahari yang memanah tepat ke wajah Zati membuatkan wanita itu mengecilkan sedikit pandangan matanya dek silauan.
Pintu gelangsar yang masih berkunci dibuka untuk membenarkan angin masuk. Zati berlalu semula ke katil untuk mengemas. Bantal dan selimut disusun kemas di atas katil. Selesai mengemas, dia memandang katil dan sekeliling bilik sambil tersenyum. Senyuman yang penuh dengan kepuasan kerana berjaya memiliki apa yang dikehendakinya selama ini.
“Sekarang siapa yang menang?” gumamnya perlahan.
Zati melangkah keluar dari bilik dengan senang hati. Dia menuju ke bilik yang bersebelahan dengan bilik tidurnya. Tombol pintu dipulas perlahan-lahan sebelum menjengah. Kelihatan susuk tubuh kecil yang memeluk anak patung masih berbaring di atas katil
“Mia? Mia? Tidur lagi ke sayang?”
Zati menunggu beberapa minit sambil memerhati Mia. Anak kecil itu langsung tidak memberikan respon. Zati menutup semula pintu bilik sebelum berlalu pergi. Kaki memijak anak tangga untuk turun ke bawah. Langkah dipercepatkan menuju ke dapur.
“Dah bangun puan? Gembira nampak?” sapa Mak Yam sebaik saja melihat kelibat Zati memasuki dapur lalu menuju ke peti sejuk.
“Baru nak tidur ni. Mestilah gembira, kenapa? Mak Yam tak gembira ke?” balas Zati sambil tersenyum. Sebaik pintu sejuk di buka, sekotak minuman jus buah-buahan penambah diabetes diambil.
Mak Yam yang sedang memotong sayur turut tersenyum sebelum membalas.
“Kalau puan gembira, takkanlah Mak Yam nak meraung pula, ya tak?”
Zati yang baru selesai menuang jus ke dalam gelas memandang ke arah orang gaji itu sambil mengangkat kening. Tidak lama masa yang di ambil sebelum kedua-duanya melepaskan tawa di dapur. Tawa yang mengandungi maksud tersirat yang hanya difahami oleh mereka.
“Tapi, puan.. Mak Yam nak cakap sikit.” kata Mak Yam sambil memerhati Zati.
Zati yang sedang minum segera meletakkan gelas ke atas meja. Dia melabuhkan punggung di kerusi bertentangan dengan Mak Yam untuk mendengar kata-kata orang gaji itu.
“Cakap apa Mak Yam? Macam ada perkara penting je?” soal Zati ingin tahu.
Mak Yam yang sedang memotong sayur sawi menghentikan kerjanya sebelum bersuara.
“Kalau boleh, puan janganlah macam ni selalu. Maksud Mak Yam, bangun lewat macam pagi ni. Kalau tuan tengok puan selalu macam ni, nanti apa pula yang dia fikir.”
Zati menarik nafas lega. Bibirnya terlukis senyuman sebelum gelas minumannya dicapai semula.
“Ingatkan apalah tadi Mak Yam ni. Alah.. Irham tu asalkan tahu saya sayang dan layan si Mia tu, dia takkan syak apa-apalah, betul tak? Lagipun, Mia kan memang dari dulu sampai sekarang sukakan saya. Lama-lama nanti tak mustahil kalau...”
“Pagi tadi dia dah tanya pasal ibu dia.” luah Mak Yam senada. Tangannya mencapai pisau yang diletakkan di atas papan pemotong untuk meneruskan kembali kerja-kerjanya.
Zati yang baru hendak meneguk semula jus, terhenti. Rona ceria yang menghiasi wajahnya kian terhakis apabila mendengar sebaris ayat Mak Yam.
“Ibu dia!?”
“Emm.. sebab tu Mak Yam pesan kepada puan. Puan kena berusaha lebih lagi. Jangan cepat puas hati dengan keadaan sekarang. Bila-bila masa saja, tak mustahil kalau puan akan kehilangan semua ni.” ujar Mak Yam sambil menunjuk sekeliling dengan pisau yang berada di tangan.
Zati meneguk jus yang berbaki dengan perasaan geram. Tak guna! Sangkanya semuanya sudah berjalan seperti yang dirancangkan.
Mak Yam yang menjeling riak wajah Zati menahan senyum dalam diam. Dia tahu, melalui Zati rancangannya juga akan berjaya.
SARA yang diarahkan oleh Mak Yam untuk mengemas rumah pada tengah hari itu, terhenti sejenak untuk melepaskan lelah. Kusyen-kusyen kecil yang baru disusun di atas sofa dipandang lagi sebelum pandangannya beralih pula ke sekeliling ruang tamu yang sederhana besar.
“Rasanya dah okey.” gumam Sara perlahan. Setiap sudut dan ruang yang boleh dijamah dengan pandangan matanya diperhati bersungguh-sungguh. Kalau boleh, dia tidak mahu melakukan apa-apa kesalahan di hati pertamanya bekerja.
Ruang tamu yang sudah siap dikemas ditinggalkan oleh Sara setelah berpuas hati. Sehelai kain tuala putih kecil yang tadinya disangkutkan ke bahu digunakan untuk mengesat peluh di dahi. Niatnya adalah untuk ke dapur dan membantu Mak Yam pula.
Namun, langkah kakinya terhenti tatkala matanya menjeling ke arah anak tangga. Anak tangga yang menghala ke tingkat dua rumah banglo tersebut menarik minat Sara secara tiba-tiba. Dalam tidak sedar, tangannya sudah memegang susur tangga tersebut.
“Kau buat apa saja yang aku suruh, faham?”
Pesanan Mak Yam terngiang-ngiang semula. Sara megetap bibir. Hatinya berbelah bahagi sekarang. Pesanan Mak Yam harus diikuti, tetapi keinginannya sekarang untuk ke tingkat dua begitu kuat. Dia ingin melihat anak kecil itu. Anak kecil yang hanya suaranya saja yang didengari pagi tadi.
“Kalaulah Mak Yam tak larang.” gumam Sara perlahan. Dia yang terpaksa berkurung di dalam bilik gara-gara larangan Mak Yam, hanya mampu mendengar suara majikan dan anaknya dari dalam biliknya yang berhampiran dengan meja makan itu.
Sara memijak anak tangga pertama. Dadanya berdebar. Dia menoleh ke arah dapur yang tidak kelihatan dari tempat dia berdiri. Risau kalau munculnya Mak Yam dari situ. Anak tangga kedua dan ketiga di daki sebelum Sara berhenti sejenak. Air liur ditelan. Macam mana kalau Mak Yam tahu?
“Tapi, kalau aku cepat, dia takkan tahu, kan?” bisik Sara cuba membuat pertimbangan, degil sungguh budak ni. Kakinya terus memijak anak tangga dengan berhati-hati.
Sebaik berada di aras dua. Sara memerhati setiap pintu bilik yang kelihatan. Ada tiga semuanya.
“Yang mana satu bilik budak tu?”
Sara menapak perlahan-lahan ke arah pintu bilik yang paling hampir dengannya di sebelah kiri. Tombol pintu dipulas perlahan-lahan lalu daun pintu dikuak. Kelihatan bilik tersebut masih bergelap kerana tirainya masih belum disingkap. Hanya cahaya matahari yang samar-samar menerangi ke dalam bilik tersebut melalui celahan tirai.
Mata Sara terus terarah ke katil. Susuk kecil yang kelihatan membuatkan Sara tersenyum senang kerana menjumpai apa yang dicarinya. Kaki melangkah masuk perlahan-lahan menuju ke katil. Di sisi katil, Sara berlutut.
Matanya memerhati ke arah wajah Mia yang masih nyenyak tidur. Dalam samar cahaya, raut wajah anak kecil itu cuba ditatapi. Entah kenapa hatinya tersentuh tiba-tiba apabila seraut wajah Mia.
Sara membelai rambut Mia yang melepasi paras bahu itu.
“Comel” bisik Sara dalam senyuman..................... kenapa tiba-tiba rasa macam jalan cerita ni bakal berubah menjadi seperti drama pukul 7 ek? Adakah penulis kehabisan idea??
Macam ni, korang baca dan kemudian sila bagi komen yang bernas. Nak ganas lagi atau tidak? Atau nak terus direct kepada pembunuhan kejam terus? Adehh.. terbagitau spoiler plak. Dah baca komen tau!!
No comments:
Post a Comment