Abdul dan Mana merupakan dua
rakan karib sejak lahir lagi. Sejak dari dalam perut lagi mereka telah main
konda-kondi bersama-sama. Mereka bersekolah di sekolah yang sama dan duduk
dikawasan yang sama tapi tidak duduk di dalam rumah yang sama. Rumah Abdul
senget sikit, manakala rumah Mana atas pokok.
Pada bulan Mei 2009, mereka
berdua telah menyertai sebuah program ekspedisi yang dilancarkan oleh pihak
sekolah mereka. Ramai murid yang terlibat dengan ekspedisi tersebut. Mereka
diberitahu bahawa mereka akan pergi ke sebuah kem motivasi yang terletak jauh
di Perlis sana. Bukan sekolah mereka sahaja yang terlibat, malah sekolah dari
daerah lain juga turut menyertai program eskpedisi itu.
Akan tetapi, setiap sekolah
hanya dua orang sahaja yang akan dipilih. Abdul dan Mana merupakan murid yang
bertuah kerana telah berjaya menjadi yang terpilih antara yang tak terpilih.
Pukul 10 pagi mereka
bertolak dengan menaiki van milik sekolah berwarna hitam purple. Van tersebut
dipandu oleh pembantu penolong kanan guru besar hal ehwal murid dan kewangan
ibu bapa, Encik Madi. Ditemani oleh Guru Disiplin sekolah, Cikgu Sue. Cikgu Sue
sangat pandai mengambil hati anak muridnya itu. Dia menyanyikan lagu kugiran
Megadeth sepanjang perjalanan. Akibat kelunakan suara milik Cikgu Sue, Ahmad
dan Mana terus terlelap. Selamat Encik Madi tidak terlelap, jika tidak sudah
tentu meninggal mereka semua. Sungguh hebat penangan alunan suara milik Cikgu
Sue. Rasa macam berkenan plak di hati.. Eh, lari lak ceritanya… Ok, kita
sambung kembali.
Pada pukul 6 petang, Ahmad
dan Mana.. Eh, rasanya nama dia Abdul kan? Boleh lupa plak.. Apa la penulis ni.
Pada pukul 6 petang, Abdul dan Mana
telah terjaga dari lena mereka. Mereka mendapati bahawa mereka berada dikawasan
hutan. Mereka menjadi hairan, kerana Encik Madi dan Cikgu Sue tiada bersama
mereka. Abdul dan mana mula terasa panik. Perasaan takut mulai wujud di dalam
diri masing-masing.
Abdul cuba untuk membuka
pintu dan mencari Cikgu Sue dan Encik Madi tetapi Mana menghalang. Mana takut
jika ada apa-apa yang berlaku nanti. Tetapi Abdul meyakinkan Mana bahawa jalan
risau kerana dia tidak pergi jauh. Lalu, Mana membuat keputusan untuk ikut
Abdul. Lalu mereka berdua pun melangkah keluar dari dalam van tersebut.
Tidak jauh dari van
tersebut, Abdul dan Mana terlihat seperti kelibat seseorang sedang terbaring di
celah-celah semak samun. Abdul dan Mana ingin menghampiri tetapi pelbagai imej
pula yang menyinggah di minda mereka ketika itu. Bagaimana jika apa yang mereka
nampak adalah mayat seseorang yang telah dibunuh? Namun, Abdul cuba untuk
menenangkan diri. Dia melangkahkan kaki satu persatu ke arah semak yang
dilihatnya tadi. Semakin Abdul menghampiri, telinganya terdengar suara Cikgu
Sue seperti kesakitan. Abdul mempercepatkan langkahnya tapi dalam keadaan
berhati-hati. Dia mengintai-intai disebalik semak, dia tidak ingin dirinya
kelihatan. Dia bimbang jika ada orang jahat sedang cederakan Cikgu Sue.
Akhirnya, Abdul lihat dengan
jelas situasi yang sedang menimpa diri Cikgunya itu. Dia melihat dengan biji
matanya sendiri yang di mana Encik Madi sedang terbaring tanpa pakaian,
manakala Cikgu Sue pula duduk di atas Encik Madi tanpa pakaian. Mereka baring
beralaskan pakaian sahaja. Abdul terkejut dengan apa yang dilihatnya ketika
itu. Dia sangkakan Cikgu Sue sedang dicederakan rupa-rupanya Cikgu Sue sedang
mencederakan Encik Madi. Kerana Abdul dapat melihat dengan jelas riak wajah
Encik Madi seperti menahan kesakitan. Wajah Cikgu Sue juga seperti menahan
kesakitan. Perkara tersebut membuatkan Abdul menjadi bingung.
Dengan tidak semena-mena,
Mana menghampiri dari arah belakang dan menegur Abdul, lalu dia juga terlihat
adegan yang sedang berlaku ketika itu. Cikgu Sue dan Encik Madi terus menoleh
ke arah suara Mana. Dan, mereka berdua terkejut beruk apabila mendapati bahawa
Abdul sedang menyaksikan babak romantis antara mereka berdua itu.
Cikgu Sue cepat-cepat bangun
dan menutup tubuhnya dengan pakaian yang sempat di capai. Manakala Encik Madi
menyarungkan seluarnya dan terus menarik tangan Abdul dan Mana menuju ke arah
van. Encik Madi mencampakkan tubuh Mana masuk ke dalam van dan mengunci pintu
van tersebut. Kemudian, dia menarik tangan Abdul masuk ke dalam hutan. Abdul
meronta-ronta minta dilepaskan tangannya tetapi tidak dipedulikan oleh Encik
Madi.
Encik Madi memarahi Abdul
kerana mengintai tubuh montok milik Cikgu Sue. Abdul berkata bahawa dia tidak
sengaja dan dia tidak nampak apa-apa. Namun Encik Madi tidak percaya, lalu dia
berhenti dan melihat ke kawasan sekeliling. Kemudian, dia memegang kepala Abdul
dan menghentakkan kepala Abdul ke arah batang pokok dengan kuat sekali. Akibat
hentakan tersebut, kepala Abdul berdarah. Tempurung kepalanya pecah. Abdul
hanya mampu menangis sahaja ketika itu. Badannya terus jadi tidak bermaya
akibat dihentak dengan kuat. Tidak cukup dengan itu, Encik Madi menendang perut
Abdul berkali-kali pula. Langsung tidak ditunjukkan perasaan belas kasihan.
Lalu dia membiarkan Abdul terbaring di atas tanah dengan darah yang banyak
mengalir keluar dari kepalanya.
Mana ketakutan seorang diri
di dalam van. Dia tidak tahu ke mana Encik Madi telah bawa Abdul pergi.
Menangis-nangis dia menanti entah apa nasib yang akan berlaku ke atas dirinya
sebentar nanti. Kemudian, tingkap cermin van diketuk. Dia melihat Cikgu Sue
berdiri di luar pintu van. Cikgu Sue meminta Mana untuk membuka tingkap. Mana
akur dan membuka tingkap van tersebut. Lalu, Cikgu Sue membuka kunci pintu van
dan mengajak Mana untuk mengikutinya. Mana hanya mengikut sahaja. Cikgu Sue membawa
Mana bertemu dengan Encik Madi yang sedang dalam perjalanan menuju ke arah van.
Kelihatan percikan darah di
tangan dan lengan Encik Madi, ianya adalah darah milik Abdul. Kemudian Cikgu
Sue menolak tubuh Mana ke arah Encik Madi. Tanpa segan silu, Encik Madi terus
menghayunkan penendang ke arah muka Mana. Tendangannya itu membuatkan Mana
terjatuh terus ke bumi. Telinganya berdesing, kepalanya menjadi biul, alam
umpama berputar-putar disekelilingnya. Kelihatan darah telah memasuki ke
bahagian mata Mana. Hidungnya tidak henti-henti mengeluarkan cecair berwarna
merah pekat. Mana cuba untuk merangkak pergi dari situ. Akan tetapi, Encik Madi
telah memijak kepala Mana dengan kuat dan mengakibatkan kepala Mana terus
pecah. Darah terpercik sana sini. Kemudian, Encik Madi lap tapak kasutnya pada
tubuh Mana. Kemudian dia memimpin tangan Cikgu Sue berlalu dari situ.
Dua insan, tidak bersalah,
tidak berdosa, tidak tahu apa-apa dan telah menjadi mangsa kepada dua orang
manusia bertopengkan syaitan. Amanah yang diberikan kepada mereka untuk menjaga
nyawa dua orang insan tersebut telah dicampak jauh dari dalam diri. Nafsu dan
godaan syaitan lebih tinggi dalam diri masing-masing. Dua nyawa yang tidak
berdosa telah ditarik di dalam hutan tersebut ketika mereka sedang menuju ke
destinasi yang kini tidak lagi boleh dikunjungi.
-Tamat-
No comments:
Post a Comment