Mus dan Zakwan masih lagi meneruskan perjalanan mereka hari demi hari. Sudah lebih dari seminggu mereka berjalan ditempat yang sama. Mereka langsung tidak sedar dengan perkara tersebut. Mus tidak dapat mengawal keletihan dia lagi, kali ini dia menyerah kalah. Dia tidak sanggup lagi nak terus berjalan. Dia mengajak Zakwan untuk berehat dengan dia. Mereka berehat lebih lama dari sebelumnya. Melebihi lima jam.
"Kita dah lama sangat macam ni. Aku tak tahu pulak hutan ni besar. Dah berapa lama kita berjalan?" soal Mus dengan suaranya yang dengar tak dengar.
"Entahlah..Kita ni kat hutan Malaysia lagi ke? Aku dah tak rasa macam manusia sekarang ni. Aku tengok ni pun dah nampak macam ayam golek je.." jawab Zakwan keletihan.
"Ish..Kau jangan weh. Jangan jadi kanibal. Aku tak nak mati kena ratah dengan kau." balas Mus yang agak terkejut dengan kawan barunya itu. Setelah puas berehat, mereka sambung semula perjalanan. Tiga hari perjalanan, mereka sambung berehat panjang.
"Aku tak tahan dah ni. Lapar kebulur melampau dah. Sampai tahap makan pucuk-pucuk yang ada kat sini dah ni." keluh Zakwan.
"Kau tengok ni. Tempat aku kencing semalam pun masih bertanda lagi weh. Basah lagi pulak tu." kata Mus.
"Ha? Mana?" tanya Zakwan ingin tahu. Setelah dia perhatikan tempat yang disebut. Hatinya mula berdetik. Apakah mereka berjalan ditempat yang sama saja? Mus pun baru tersedar selepas diberitahu oleh Zakwan akan perkara itu. Mereka berdua mulai merasa sangsi. Mus membuat keputusan untuk membuat tanda dibatang pokok. Dia membuat tanda X besar supaya mudah untuk mereka lihat. Kemudian, mereka menyambung perjalanan.
"Ha! Kau tengok ni! Ni yang aku tanda semalam!" teriak Mus sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah tanda X yang dibuat semalam. Zakwan terpinga, kini mereka sudah tahu bahawa mereka hanya berpusing ditempat yang sama sudah entah berapa lama. Kali ni mereka berdua membuat keputusan untuk berjalan mengikut arah lain pula.
"Kita selama ni ke barat, esok kita ke selatan." cadang Mus. Zakwan hanya bersetuju saja dengan pilihan Mus. Setelah mereka berehat, mereka kembali menyambung perjalanan.
"Ha! Kau tengok ni Wan! Tanda yang sama!" teriak Mus sambil jari telunjuknya menunjukkan ke arah tanda yang dimaksudkan. Zakwan jatuh terduduk. Dia tidak tahu mahu menunjukkan reaksi apa. Mus menyatakan bahawa mereka berdua kini mungkin sedang dipermainkan.
"Kalau macam ni. Aku lebih rela mati saja dari terus terseksa macam ni." keluh Zakwan. Mus hanya terdiam saja. Sejujurnya, Mus sendiri tidak tahu apa yang seharusnya dia lakukan ketika itu.
"Macam ni lah..Aku ada satu cadangan.." kata Mus kepada Zakwan.
"Apa dia?" soal Zakwan ingin tahu. Mereka saling berpandangan. Untuk beberapa saat, tiada perkataan yang keluar dari mulut Mus dan Zakwan hanya memandang saja ke wajah Zakwan.
"Hoi..Cakaplah cepat. Jangan buang masa.." tegur Zakwan. Mus tersentak, dia baru tersedar.
"Uish.. sorry..sorry.. Aku tertidur weh.." balas Mus, membuatkan Zakwan merasa sedikit bengang.
"Jadah apa tidur sambil mata terbuka.." marah Zakwan. Kemudian, dia menggesa Mus supaya memberitahu cadangan yang dia ingin usulkan sebentar tadi sebelum dia tertidur. Mus menyarankan agar mereka berdua saling berbunuhan sesama sendiri bermula dengan Mus membunuh Zakwan kemudian apabila Zakwan sudah mati, Zakwan pula yang bunuh Mus.
"Kau serius dah jadi gila ni. Kalau kau bunuh aku, aku mati.. Macam mana orang mati nak bunuh kau pulak?" soal Zakwan tegas.
"Takpelah, nanti aku kejutkan kau." balas Mus. Mereka berdua menggaru kepala.
"Boleh kejutkan ek? Aku tak pernah tahu pulak." soal Zakwan bingung.
"Ya, boleh. Cepatlah. Meh sini aku patahkan tulang leher kau." arah Mus. Ketika Mus ingin menghampiri Zakwan, dan Zakwan pula seperti rela saja dengan perbuatan Mus. Muncul pula seorang lelaki bersama seekor makhluk berbadan tegap. Mereka datang menghampiri Mus dan Zakwan.
"Hahahahahahaha! Seronok aku tengok kau orang berdua ni. Terperangkap dalam jerat yang aku cipta. Menjadi gila. Bagus! Bagus!" kata lelaki misteri itu.
"Kau siapa?" soal Mus.
"Dialah yang call aku kata Amelia perlukan bantuan." jelas Zakwan.
"Hahahaha! Ya, akulah yang memanggil kau orang untuk datang ke mari. Untuk aku ambil darah teruna kau orang demi aku menyudahkan ilmu yang aku tuntut! Ilmu yang bakal berikan aku kehidupan yang abadi dan kekayaan!" jelas lelaki misteri itu.
"Wa, kau bukak seluar kau, pastu kau tonggeng." arah Mus.
"Hoi, kau nak buat apa? Kau gila ke? Dia nak bunuh kita ni, kau boleh nak songsang lagi pulak." soal Zakwan yang kehairanan.
"Dia nak darah teruna, so aku ehem kau, kau ehem aku. Kita dah tak teruna lagi lah." jelas Mus.
"Aku tolak cadangan kau.. Biar aku mati teruna dari mati secara hina. Nabi tak mengaku umat." balas Zakwan.
"Nabi? Nabi? Nabi Muhammad? Rasul yang terakhir. Allah. Allahuakbhar? Allah Maha Besar?" kata Mus di dalam hati. Ketika itu, dia merasakan seperti masa sedang berhenti. Dia sedang memikirkan sesuatu yang selama ni dia sudah lama lupakan. Sebenarnya dia tidak lupa, tetapi dia leka. Terlalu asyik dengan duniawi.
"Allahuakbhar. Allah Maha Besar.. Allah sang Pencipta Alam. Pencipta langit dan bumi." fikirnya lagi.
"Ya, sekarang barulah aku tahu, kenapa aku boleh kena macam ni. Ini semua adalah ujian. Ujian dari Allah.. Sebab selama ni aku telah melupakan dan menjauhkan diri dari Dia." katanya di dalam hati.
"Ya Allah ya Tuhanku. Yang Maha Agung, Maha Penyayang dan Maha Mengampuni. Kau ampunkanlah segala dosa-dosaku. Kau ampunkanlah diriku ini, hamba yang hina lagi kecil kerana telah lama melupakanMu. Aku tahu bahawa Engkau ya Allah, tidak pernah melupakan hambaMu. Aku memohon ampun dariMu ya Allah. Dan aku memohon petunjuk dariMu. Jika ini adalah ajalku, aku terima dengan hati yang redha ya Allah. Namun, jika belum tiba masaku lagi, Kau tunjukkanlah jalan keluarnya. Aku memohon kepadaMu ya Allah." doa Mus di dalam hati.
Kemudian, Mus menepuk bahu Zakwan dan terus berlari dari situ. Zakwan terus mengikut dia berlari tanpa sebarang pertanyaan. Lelaki misteri itu tercengang di situ. Entah dari mana Mus dan Zakwan mendapat kekuatan dan tenaga untuk berlari tanpa henti. Makhluk ngeri itu pun tidak dapat mengejar mereka. Mus dan Zakwan terus berlari meninggalkan lelaki misteri itu tetapi makhluk ngeri itu tetap terus mengejar. Sehinggalah mereka tiba di satu kawasan yang lapang. Kaki mereka berhenti dari berlari. Dihadapan mereka pada ketika itu ialah beberapa orang askar bersenjata lengkap dan beberapa orang awam. Kemungkinan orang kampung yang berdekatan. Zakwan terus berlari ke arah mereka.
"Tolong! Tolong kami! Tolong kami! Kami kena kejar dengan benda besar!" teriak Zakwan. Mus pun turut mengikuti jejak langkah Zakwan. Tiba-tiba mereka semua dapat merasakan seperti gegaran kuat dan bunyi hentakan ke tanah. Bunyi tersebut semakin dekat ke arah mereka semua.
"Dia dah datang, dia dah sampai!" jerit Mus. Maka, muncul seekor makhluk berbadan besar keluar dari kawasan hutan itu. Makhluk itu mengaum dan mengakibatkan seluruh alam bergema. Askar-askar yang berada disitu terus mengacukan senapang ke arah makhluk tersebut dan melepaskan tembakan berdas-das ke arah ia. Darah memercik ke sana sini. Mus dan Zakwan berlari menyembunyikan diri disebalik batu-batu besar yang ada di situ. Akhirnya, makhluk itu tumbang. Jatuh ke bumi. Ia kehilangan darah yang banyak, dan kebanyakkan badannya sudah ditembusi peluru. Makhluk itu mati ditempat kejadian.
"Astagfirullah Al Azim.. Inilah dia benda yang kita nak buru selama ni. Akhirnya kita dapat bunuh juga." kata salah seorang orang awam yang berpakaian seperti seorang ustaz.
"Maknanya, betullah jangkaan Imam selama ni. Memang benda ni bukan jin atau syaitan?" soal salah seorang dari askar tersebut.
"Ya, bukan jin, bukan juga syaitan. Saya tak tahu tentang benda ni tapi apa yang saya tahu, ada manusia disebalik semua ni. Dan, manusia itu bersengkokol dengan syaitan." jelas Imam tersebut.
"Dan, itu membuatkan ramalan kita tepat. Ini semua kerja Professor Rezza." balas tentera tersebut. Mus dan Zakwan yang hanya mendengar perbualan mereka sejak tadi terus datang menghampiri.
"Errr..Maafkan saya, saya sebenarnya..." Mus dan Zakwan menceritakan segala-galanya kepada semua yang berada di situ. Dan mereka berdua agak terkejut apabila mereka mengetahui bahawa lelaki misteri itu sebenarnya adalah seorang Professor gila yang dimana impiannya adalah untuk mencipta Frankenstein.
"Jadi, apa kaitan kegilaan dia dengan membunuh orang, menculik lelaki teruna, dan nak buat Frankenstein?" soal Mus yang memang tidak faham dengan situasi ketika itu.
"Dia gila. Terlepas dari hospital sakit jiwa. Dia ada lagi seorang abang, abang dia ni kita anggarkan gila juga. Walaupun abang dia tak masuk wad sakit jiwa. Tapi abang dia yang melepaskan adik dia ni dari wad tersebut sebab dia nak merealisasikan impian adik dia." jelas tentera tersebut.
"Ohh..terlebih sayanglah ni.'' kata Zakwan.
"Habis tu, Amelia tu macam mana pulak? Siapa dia?" tanya Mus ingin tahu.
"Dia mungkin telah meletakkan dadah di dalam minuman mangsa, dan mangsa telah berkhayal kononnya telah bertemu dengan bidadari, kononnya. Benda tu kita akan siasat lagi dan tadi saya dah inform ke ibu pejabat. Dia orang dah beritahu ke pihak polis dan kelab itu bakal diserbu." jelas tentera itu lagi. Mus dan Zakwan mengerti dengan penjelasan tentera itu.
Mereka berdua diiringi oleh tentera-tentera itu semua pulang. Dan, mereka diarahkan supaya tutup mulut dan jangan menghebohkan tentang perkara itu kerana mereka khuatir jika ianya mendapat perhatian media. Maka, pasti akan ada lagi Professor gila seperti Rezza itu. Lagi-lagi apabila dia berjaya mencipta makhluk pembunuh dan berjaya mengawal makhluk itu. Perkara tersebut akan menjadi masalah kepada dunia kelak. Mus dan Zakwan pun telah berjanji akan merahsiakan perkara tersebut.
"Habis tu, macam mana kau jelaskan kat mak dan ayah kau tentang perkara ni?" soal Mus kepada Zakwan.
"Entahlah, abang tu tadi kata nanti dia orang akan buat-buat cerita yang kawan-kawan aku kena makan dek harimau." jawab Zakwan. Perbualan terhenti disitu. Mus hanya termenung ke bawah. Kerana, mak dan ayah Zakwan sudah membuat laporan bahawa anak mereka hilang. Tetapi dirinya? Tiada.
"Zarif...." bisiknya di dalam hati. Dia tidak tahu apa yang berlaku terhadap Zarif. Mus membuat keputusan untuk pergi menjenguk kawannya itu. Dia ingin kepastian apakah benar bahawa kawannya itu sudah mati dibunuh. Mus dihantar semula ke rumah lama yang dimana dia meletakkan kenderaannya.
"Hmm.. No luck. Enjin tak boleh start." kata Mus.
"Takpe, kita tolak masuk dalam truck ni. Tapi, nanti kereta kau calar lepas tu ada kemek sikit, takpe?"
"Bolehlah bang. Tak ada choice. Takkan nak beli kereta baru pulak kan?" balas Mus redha.
Keretanya telah dihantar ke bengkel, dan Mus dihantar pulang ke rumah selepas dia melapor diri dibalai polis. Setelah semuanya selesai, dia mengambil teksi untuk pulang ke rumahnya dan berehat. Keesokkannya, Mus terus pergi ke rumah Zarif memandangkan dia masih lagi belum membeli telefon baru untuk menghubungi kawannya itu. Ternyata semuanya adalah realiti dan bukan mimpi. Zarif mati dibunuh oleh seseorang yang pecah masuk ke rumahnya, badannya ditikam dengan menggunakan pisau yang besar dan tajam.
"Maafkan aku..Zarif..." Mus menghembuskan asap rokok keluar dari mulutnya. Dia memandang ke arah sejadah yang masih belum dikemaskan selepas solat tadi. Mus membuat keputusan untuk lipat sejadah tersebut selepas dia selesai merokok. Sedang dirinya sedap merokok. Tiba-tiba dia terdengar bunyi besi kecil jatuh dari arah dapur rumahnya, mungkin sudu yang jatuh. Mus bangun dari birai katil dan bermalasan saja dia berjalan menuju ke arah dapur.
"Mus...."
Langkah kaki Mus terhenti apabila dia terdengar seorang perempuan menegurnya dari arah belakang. Mus kenal suara perempuan itu. Dia menoleh perlahan-lahan.
"Amelia.......?" kata Mus sambil matanya terbuka luas. Dia merasakan amat terkejut sekali ketika itu. Mengapa dia boleh melihat kelibat Amelia pula? Sedangkan Amelia ini adalah efek dari dadah yang dimasukkan ke dalam minumannya dikelab tempoh hari. Atau, semua ini masih lagi belum berakhir? Adakah Mus secara tak sedar sudah didadahi? Tetapi, penampilan Amelia kali ini bukanlah sebagai perempuan yang cantik. Penampilannya agak mengerikan, saling tak tumpah seperti puntianak.
-Tamat-