Sunday, 29 May 2016

Amelia: Bab 3

Mus membuka matanya. Kepalanya terasa sakit. Kesakitan yang dia alami membuatkan dirinya sukar untuk membuka mata. Mus memerhatikan keadaan sekeliling. Dia mencari makhluk ngeri yang mengejarnya tadi. Tiada.
“Arghhhh..sakitnya..” rungut Mus. Badannya penuh calar-balar. Dia berusaha untuk bangun dan bersandar di batang pokok. Mus memandang ke arah langit, hari sudah pun siang dan matahari terpacak di atas kepala.
“Dah tengahari rupanya..” kata Mus kepada dirinya sendiri. Otaknya masih lagi bingung dengan situasi yang dia sedang alami. Kenapa dia menerima nasib sebegitu rupa? Perasaan menyesal mulai menguasai hatinya.
“Kalau aku tau akan jadi macam ni, takdenya aku nak jatuh hati dengan kau Amelia.. Kau.. Punca...” keluhnya di dalam hati. Namun Mus tahu bahawa ini semua adalah ketentuan takdir. Dia harus redha dengan semua yang berlaku.
 “Siallah.. Mana pulak telefon aku tercampak ni?” ujar Mus sendiri. Dia mencari-cari telefonnya tetapi tidak jumpa. Seterusnya, dia membuat keputusan untuk mencari sungai kerana tekaknya terasa sangat dahaga akibat berlari semalam. Perlahan Mus berjalan. Kaki kanannya terasa sakit, mungkin terseliuh akibat terjatuh berguling seperti roda. Tetapi dia abaikan saja kesakitan itu, Mus tidak ingin kesakitan itu membuatkan dirinya ditimpa masalah seperti lambat berjalan dan bertemu dengan makhluk itu lagi. Kalau boleh, Mus nak elakkan dari berjumpa dengan makhluk itu kerana dia dapat merasakan bahawa dirinya tidak mampu untuk berlari lagi. Memandangkan dirinya juga bukanlah seorang yang aktif dalam bersukan.
 “Tak faham betul aku. Asal aku yang kena benda ni? Kenapa tak orang lain?” soal Mus. Tiba-tiba sebuah imej yang mengerikan muncu di dalam kepala otak dia. Imej tersebut dia pernah lihat. Imej – imej itu adalah apa yang dia lihat ketika dia baru saja sedarkan diri dan dia rakam gunakan telefon. Imej – imej tangan dan kaki yang telah di potong.
“Tangan dan kaki siapa yang kena potong tu? Milik Amelia ke? Atau ada mangsa lain sebelum aku?” soalnya di dalam hati. Mus tiba di sebuah anak sungai. Tanpa membuang masa, dia menadahkan tangannya ke dalam air dan meminum air dari sungai tersebut. Kemudian, dia mencuci  muka dan luka-luka yang ada di tubuhnya itu.
 Ketika Mus sedang sibuk mencuci dirinya. Dia terdengar bunyi ngauman yang sama macam dia dengar semalam sekali lagi. Tetapi bunyi itu jauh dari tempat dia. Mus hanya mendengar gemanya saja. Pada masa yang sama dia juga turut mendengar gemar suara jeritan lelaki meminta bantuan.
“Ada mangsa lain selain aku rupanya..Aku harap dia dapat meloloskan diri dari Hulk tu.” bisik Mus di dalam hati. Mus terus berjalan ke arah bertentangan dari gema ngauman itu. Dia tidak mahu terserempak dengan makhluk hodoh tersebut. Cari jalan keluar saja yang bermain difikirannya ketika itu.
 Entah sudah berapa lama Mus berjalan, hari pun hampir gelap. Mus membuat keputusan untuk mencari pokok yang mudah untuk dipanjat dan selamat untuk duduk berehat diatasnya. Setelah menjumpai pokok yang sesuai, dengan segera Mus memanjat pokok itu dan dia duduk berehat di atas. Dia berharap agar tidak ada sesiapa yang melalui jalan itu. Kalau ada pun, biarlah orang itu orang baik seperti pihak berkuasa. Mus memperbetulkan posisinya supaya dia duduk dengan selesa dan tidak jatuh ke bawah.
Sedang Mus leka berehat di atas pokok, tiba-tiba dia terdengar bunyi semak samun yang tidak jauh dari pokok itu berbunyi. Seperti ada sesuatu sedang merentasi semak itu. Dengan tidak semena-menanya, Mus dapat lihat tubuh seekor makhluk berbadan tegap sedang berjalan tidak jauh dari semak tersebut. Walaupun keadaan agak gelap, tetapi dengan bantuan cahaya bulan Mus dapat melihat makhluk itu.
“Hulk...” katanya di dalam hati. Mus bernafas secara perlahan agar tidak mengeluarkan bunyi. Kerana dia takut jika Hulk itu dapat pula mendengar bunyi hembusan nafasnya itu. Kemudian, Mus mengalihkan pandangan mata ke arah semak yang berbunyi tadi. Dia dapat melihat bahawa ada seorang lelaki sedang meniarap di dalam semak itu. Kedua-dua tapak tangannya menekup mulut. Kemungkinan lelaki itu sedang menutup mulutnya agar tidak ada bunyi yang keluar. Jelas bahawa lelaki itu sedang berada dalam ketakutan. Siapa saja tidak takut jika berada di dalam situasi itu.
 Tiba-tiba saja Mus rasakan bahawa dia kena selamatkan lelaki itu. Setelah dia memastikan bahawa makhluk itu sudah pergi jauh. Barulah Mus turun dari pokok tersebut dan menuju ke arah lelaki itu. Lelaki itu masih belum sedar dengan kehadiran Mus. Dengan penuh berhati-hati, Mus menyelinap ke dalam semak itu tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Kemudian, Mus terus menekup mulut lelaki itu. Lelaki itu meronta-ronta untuk melepaskan diri.
“Diam...nanti benda tu dengar. Ikut kata aku kalau nak selamat.” bisik Mus ke telinga lelaki itu. Dan lelaki itu terus tidak meronta lagi. Kedengaran pula bunyi menggeram tidak jauh dari semak tersebut. Ternyata makhluk itu tidak berlalu pergi lagi. Bermakna, dia sedang mencari mangsanya disekitar itu.
 “Kita tunggu dia berambus, lepas tu aku nak kau ikut aku panjat pokok kat depan sana. Nampak tak?” arah Mus sambil tangannya masih lagi menekup mulut lelaki itu. Lelaki itu mengangguk kepala tanda setuju.
“Jangan keluarkan sebarang bunyi. Kalau tak, kita berdua akan mati.” sambung Mus lagi dalam keadaan berbisik. Lelaki itu angguk lagi. Setelah memastikan makhluk itu tidak ada lagi disekitar kawasan tersebut, barulah mereka berdua keluar dari tempat persembunyian dan terus menuju ke arah pokok yang diberitahu sebentar tadi. Mereka berdua memanjat pokok tersebut. Mus sempat mengambil beberapa butir batu ketika ingin memanjat pokok tadi.
 “Nasib baik daun-daun kat pokok ni lebat, at least dari jauh benda tu takkan nampak kita sebab kita agak tersorok.” kata Mus. Mus melihat ke arah lelaki itu. Jelas kelihatan lelaki itu sedang keliru dan dalam ketakutan. Badannya penuh calar-balar juga. Mus meramalkan bahawa lelaki itu pun turut sama terjatuh ke gaung. Dan sudah tentunya dia juga dibawa pergi ke bilik yang ada alatan pembedahan yang sama. Mus melontarkan batu yang dikutipnya tadi jauh dari tempat mereka, tetapi boleh didengar bunyi batu itu jatuh ke bumi. Mus fokus pada pendengaran.
 “Aku rasa benda tu dah jauh. Sebab aku tak dengar bunyi tapak kaki dia lagi.” kata Mus. Memang benar, bunyi tapak kaki makhluk itu kuat. Dia bukan berjalan tetapi menghentak. Mus memperkenalkan dirinya.
“Zakwan..Zakwan Affendi..” balas Zakwan.
“Macam mana kau boleh ada kat sini?” soal Mus.
“Aku dengan dua orang kawan lagi terima panggilan dari seorang lelaki, dia kata kawan kita orang dalam bahaya. Dia suruh datang ke Perlis kalau nak kawan kita orang tu selamat.” kata Zakwan. Mus terkejut apabila mendengar penjelasan dari Zakwan. Situasinya hampir sama saja dengan dirinya.
“Kawan kau yang dalam kesusahan tu.. Nama dia.. Amelia?” soal Mus.
“Mana... mana.. macam mana kau tau?” soal Zakwan pula. Riak wajahnya berubah serta merta.
“Sebab aku pun datang sini kerana Amelia. Aku diberitahu bahwa aku kena bantu Amelia. Tapi aku kena pukul kat kepala sampai pengsan. Bila sedar je, aku ada kat dalam bilik penuh dengan barang-barang nak operate manusia. Lepas tu, aku ada nampak tangan dan kaki tergantung kat dinding. Bila aku dapat keluar je dari tempat tu. Aku kena kejar dengan makhluk yang kejar kau tadi. Aku terjatuh ke dalam gaung. Pagi ni aku sedar, aku dah ada kat bawah dan makhluk tu tak ada.” jelas Mus.
“Kita orang pun kena pukul tapi bukan kat kepala. Kita orang kena paksa, ada beberapa orang lagi yang buat benda ni. Kepala kita orang kena tutup dengan kain hitam. Bila dia orang bukak je kain hitam tu, kita orang dah ada kat dalam bilik. Lepas tu, ada seorang lelaki ni memperkenalkan diri dia. Dia kata, dialah yang call dan bagitau Amelia perlukan bantuan.” jelas Zakwan pula. Mus menumpukan perhatian kepada Zakwan, dia ingin tahu apa yang berlaku terhadap mereka.
 “Lelaki tu cakap, dia perlukan darah teruna untuk completekan ilmu yang dia tengah belajar sekarang. Aku tak tau apa yang dia maksudkan. Tapi dia memang psychopath. Aku dapat melarikan diri.. Tapi...” kata-katanya terhenti.
“Kawan-kawan aku, mati..seorang kena operate hidup-hidup. Hatinya dikorek keluar, ususnya ditarik.. Aku hanya mampu melihat. Aku tak tahu nak buat apa waktu tu.” sambung Zakwan.
“Yang lagi seorang?” soal Mus menginginkan jawapan.
“Aku dan dia dapat lari keluar dari bilik tu. Nasib baiklah sebab kita orang tak diikat. Kita orang bergelut sekejap kat dalam tu lepas tu lari. Tapi sayang.. Kawan aku mati sebab nak bagi aku selamatkan diri. Makhluk besar tu tiba-tiba muncul entah dari mana. Dia kejar kita orang, kawan aku berhenti sebab nak halang benda tu. Tapi..tapi..” air mata Zakwan mengalir di pipi. Dia tidak dapat menahan sebak di dada. Dia sedih dengan kematian tragis yang menimpa dua orang kawannya lagi.
“Dengan mata aku sendiri..dengan dua biji mata ni aku tengok kawan aku kena bunuh... Badannya dibelah dua.. Benda tu tarik badan kawan aku macam takde apa.. Dia tarik gitu je..” sambung Zakwan lagi.
 Mus termenung setelah mendengar cerita dari mulut Zakwan. Mus dapat merasakan bahawa bukan mereka sahaja yang menjadi mangsa.
“Ilmu? Belajar? Ni mesti bomoh..” kata Mus di dalam hati. Mus tak tahu apa yang patut dia lakukan ketika itu. Nak lari pun, dia tak tahu nak lari ke mana. Dia bukannya tahu selok belok di dalam hutan tu. Setelah Zakwan menenangkan dirinya, Mus kembali bertanyakan soalan.
“Amelia ni.. Kau kenal kat mana?” soal Mus.
“Kelab” jawab Zakwan ringkas.
“Duckling Weebo Club?” soal Mus lagi.
“Ya.” balas Zakwan dan dia mengalihkan padangan ke arah Mus.
“Aku kenal Amelia kat situ juga dua minggu lepas.” kata Mus.
“Siapa Amelia ni sebenarnya?” soal Zakwan pula.
“Itu yang aku nak tahu sangat-sangat. For sure, dialah puncanya kita ada kat sini.” jawab Mus.
“Aku baru terfikir.. Kau pernah tidur dengan mana-mana perempuan sebelum ni? Maksud aku, kau masih teruna lagi?” soal Zakwan, membuatkan Mus menjadi hairan.
 “Kau jangan risau, kita akan keluar dari tempat ni. Kita akan selamat. Kita akan lalui kehidupan yang normal. Kahwin dengan perempuan. Selera dengan perempuan. Kita tak kan mati kat sini.” jawab Mus yang beranggapan Zakwan ingin menidurinya kerana takut mereka akan mati kat situ dan Zakwan tak ingin mati sebagai teruna.
“Bodoh.. bukan itu maksud aku.. Aku masih suci. Kawan-kawan aku pun masih suci. Sebab lelaki tu kata dia perlukan darah teruna. Sebab tu aku tanya kau, kau teruna lagi ke tidak? Aku bukan gay, bangang.” balas Zakwan bengang.
“Ohhh... Sorry..sorry..sorry.. Fuh, aku ingatkan apalah tadi.. Aku masih teruna lagi. Apa kaitan?” jawab Mus.
“Dia nak darah teruna, tapi macam mana dia tau yang kita ni teruna? Sebab kawan aku yang playboy pun berkenalan dengan Amelia tapi dia bukan teruna. Tapi kawan aku tak dapat pun panggilan.” kata Zakwan.
“Dia bomoh, itu je aku boleh katakan. Dia mesti ada pakai spell jadah apa semua untuk mengetahui siapa teruna atau tidak.” ujar Mus.
“Kenapa dia nak darah teruna?” soal Zakwan.
“Kau ni kenapa? Bersyukur je lah kau masih hidup. Kau nak fikir pasal mangkuk tu buat apa? Dia nak bunuh kau, ke kau nak pergi hadap mangkuk tu?” balas Mus.
“Saja je sebab nak bagi orang yang baca cerita ni faham apa motif lelaki tu buat benda ni. Takkan nak biarkan jadi tanda tanya.” jawab Zakwan.
“Oh betul juga..” balas Mus.
 Hari sudah pun menjadi siang, matahari kelihatan sedang memancarkan sinarnya ke seluruh bumi. Mus dan Zul sedang berjalan mencari hala tuju. Mereka hanya berpandukan matahari saja. Ketika itu, mereka berdua sedang menuju ke arah barat dengan harapan mereka akan tiba disebuah pekan atau pun bandar. Keletihan jelas terpancar di wajah mereka berdua. Lapar, dahaga, dan letih. Mereka tidak tidur dan makan. Hanya minum, itu pun jika bernasib baik jumpa sungai. Mereka meneruskan perjalanan, hanya berhenti ketika malam saja. Itu pun tidak tidur. Masih lagi perlu berwaspada. Nak memburu haiwan liar, mereka tidak ada peralatan atau pun pengalaman. Terpaksalah mereka mengharungi semua itu.
 Sudah empat hari mereka berjalan. Mereka berhenti berehat sebentar di sebatang anak sungai untuk minum.
“Penatnya..” keluh mereka berdua. Setelah puas berehat, mereka meneruskan kembali perjalanan. Apabila malam, mereka panjat pokok dan berehat di atas. Apabila siang, mereka akan jalan ke arah barat dan akan bertemu dengan anak sungai untuk berhenti rehat dan minum. Kemudian mereka akan sambung perjalanan ke arah barat. Mereka tidak sedar bahawa mereka sudah melalui jalan yang sama, tempat yang sama, minum di sungai yang sama, dan berehat di atas pokok yang sama selama beberapa hari. Mereka terlalu letih untuk menyedari semua itu. Mereka sebenarnya sudah termasuk ke dalam jerat.
  ...bersambung...


No comments:

Post a Comment