"Sudahlah Qadim. Aku tidak mampu untuk meneruskan latihan lagi." kata Rosli yang kepenatan akibat kecederaannya yang masih lagi belum pulih seratus peratus.
"Baiklah, kau pergilah berehat, aku ingin menyambung semula latihan." balas Qadim sambil terus membuka langkah.
Mila muncul dari muka pintu rumah sambil membawa sedulang air kopi dan ubi rebus, dia berjalan penuh berhati-hati ke arah pangkin. Lalu dia mempelawa mereka berdua untuk bersarapan bersama. Qadim tidak menolak pelawaan tersebut, ternyata dia juga sudah merasa lapar kerana dia masih belum mengisi apa-apa ke dalam perutnya sejak semalam lagi. Kelihatan Rosli baru sahaja keluar daripada bilik air bersama tuala dikepala, jalannya masih lagi tidak betul. Qadim dan Mila menjadi terkejut dan bimbang apabila mereka melihatkan ada darah mengalir dibahu Rosli, lalu mereka berdua berlari mendapatkan Rosli dan menanyakan soalan.
"Oh, tadi ada lintah melekat kat sini. Tu yang berdarah ni, darah kotor. Jangan risaulah.." jelas Rosli. Qadim yang merasakan tidak puas hati dengan jawapan dari Rosli tetap terus memeriksa tubuh Rosli. Bimbang jika dia diserang ketika mandi tanpa disedari, kerana ilmu hitam ini ada bermacam-macam serangan, ada yang halus, ada yang tidak. Ada yang boleh dilihat melalui mata kasar, ada yang boleh dilihat melalui mata halus. Muslihat syaitan begitu bahaya untuk diendahkan. Selepas memeriksa tubuh Rosli, barulah Qadim berpuas hati apabila dia mendapati bahawa apa yang dikatakan oleh Rosli itu tadi adalah benar. Lalu mereka kembali berjalan ke pangkin dan menyambung semula menjamah makanan yang disediakan oleh Mila itu tadi.
"Kau orang boleh berehat untuk beberapa hari ni. Serangan aku semalam mampu membuatkan bomoh itu cedera dan dia harus berehat demi menyembuhkan dirinya." terang Qadim kepada Mila dan Rosli, percakapannya itu membuatkan mereka berdua tergamam.
"Bagaimana kau mencederakan bomoh itu sedangkan yang kita lawan semalam hanyalah syaitan suruhannya?" tanya Rosli penuh perasaan ingin tahu,
"Bomoh itu bersubahat dengan syaitan yang di mana mereka berkongsi darah dan jiwa. Perjanjian yang dibuat melalui darah secara semulajadinya akan membuatkan diri dia terlibat sama dengan mana-mana akiviti syaitan itu." jelas Qadim, Mila dan Rosli hanya menggangguk faham.
"Apabila dia menghantar syaitan suruhannya untuk menyerang kau orang, bermakna, dirinya juga turut berada ditempat kejadian." sambungnya lagi. Mila menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Dia menjadi hairan dengan semua penjelasan yang diberikan oleh Qadim. Namun, dia tetap juga menumpukan perhatian penuh terhadap Qadim. Waktu terus berlalu tanpa mereka sedari, perbualan demi perbualan, percakapan demi percakapan. Sedar tak sedar, waktu zohor sudah menghampiri, Qadim mengarahkan Rosli untuk pergi mengambil wudhuk dan bersiap sedia untuk menunaikan kewajipan. Manakala Mila pula tidak dapat untuk turut serta akibat datang bulan.
Selesai sahaja mereka solat, sebuah kereta peronda tiba diperkarangan rumah itu. Dua orang anggota polis kelihatannya keluar daripada kenderaan tersebut dan datang menuju ke arah Mila yang sedang memerhatikan mereka sejak tadi. Sebuah senyuman dilemparkan ke arah Mila, kemudian, Rosli pula muncul dari arah dalam rumah bersama Qadim. Memang selalu juga polis berdua itu akan datang berkunjung, hanya mereka berdua sahaja yang berani untuk memasuki kawasan kampung tersebut disebabkan mereka adalah salah seorang daripada anggota yang terlibat dalam menjaga keamanan kampung itu pada waktu dahulu yang dimana pada waktu itu keadaan masih lagi belum huru-hara.
"Berapa kali kalian ingin datang memujuk? Aku sudah cakap beratus kali, aku tak akan pernah tinggalkan kampung ini!" kata Rosli tegas.
"Tapi bang, keadaan bahaya sangat kat kampung ni. Abang kena bawa kakak keluar. Lambat laun, kampung ni akan mereput juga." balas salah seorang anggota polis itu. Kemudian Qadim pula mencelah dan memberikan jaminan bahawa dia akan menjaga Mila dan Rosli serta mengembalikan keamanan dikampung itu.
"Awak ni siapa pula?" tanya anggota polis itu kehairanan.
"Dia ni perantau dari selatan tanah air." jawab Rosli.
"Oh, zaman sekarang adalah lagi ya perantau." tanya anggota polis itu lagi.
"Kadang kala, ada perkara yang kita tidak nampak, ada perkara yang kita harus ambil tahu. Jika ianya diluar akal fikiran kita, janganlah memandai, binasa di lain hari nanti". jawab Qadim sambil tersenyum. Kata-kata itu membuatkan dua orang anggota polis tadi terdiam dan tergamam. Jelas terpancar diwajah mereka berdua bahawa mereka memang tidak faham dengan apa yang cuba untuk disampaikan.
"Hari ni terasa lain pula suasana. Rasa aman dan tenang pula." soal anggota polis itu lagi.
"Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.." jawab Qadim sambil memeluk tubuh dan matanya tertumpu ke arah hutan yang berdekatan. Angin lembut meniup perlahan ke arah mereka.
"Kita ada pengunjung..." kata Qadim lagi. Mereka berempat menjadi tercenggang dengan kata-kata Qadim. Siapa pula yang datang mengunjung?
Dari arah hutan itu, muncul seorang lelaki tua bongkok. Lelaki tua itu berjalan perlahan ke arah tempat mereka berada. Qadim mengarahkan mereka berempat untuk menunggu di situ sementara dia pergi ke arah lelaki tua itu. Qadim mengambil keris yang berada di dalam rumah dan terus keluar berjalan menuju ke arah orang tua itu. Mereka berempat hanya berdiri sambil memerhatikan gerak geri lelaki tua itu.
"Bang, kenal ke dengan orang tua tu?" soal anggota polis itu. Rosli menggelengkan kepala menandakan dia tidak mengenali diri lelaki tua itu. Kemudian, dua orang anggota polis itu meminta diri kerana mereka sudah lama berada di situ. Mereka harus kembali ke balai. Sementara Mila dan Rosli masih lagi berada disitu memerhatikan Qadim berbual dengan lelaki tua itu. Pelbagai persoalan bermain difikiran Rosli ketika itu. Siapakah gerangan lelaki tua itu? Sedangkan dikampung itu hanya tinggal mereka bertiga, adakah lelaki tua itu adalah bomoh yang telah memusnahkan keharmonian kampung Indah Bayu? Jika ya, mengapa dia sebegitu berani memunculkan dirinya? Adakah dia berasa takut dan tergugat dengan kehadiran Qadim? Lama Rosli terfikir, tiba-tiba bahunya dicuit oleh Mila.
"Kau fikir apa tu Li?" tanya Mila yang merasa bimbang dengan adik iparnya yang dilihatnya begitu bengis dari tadi.
"Tiada apa. Menahan sakit je ni.." jawab Rosli membohong. Dia tidak ingin kakak iparnya mengetahui apa yang dia fikirkan.
Tidak lama kemudian, kelihatan lelaki tua itu berlalu pergi menuju ke arah jalan besar dan bergerak ke arah timur. Perlahan Qadim berjalan menuju ke arah pangkin. Mila dan Rosli menunggu Qadim untuk membuka mulut. Qadim yang sedar akan hal itu terus memberitahu mereka bahawa tiada apa yang perlu dirisaukan kerana lelaki tua itu hanyalah manusia seperti mereka juga cuma ilmunya terlalu tinggi dan susah untuk di duga. Dia hanya hanya mahu bermalam di surau kampung tersebut untuk semalaman.
"Jadi, malam ni mari kita ke surau dan kita solat bersama dengan lelaki itu. Surau tu pun aku dapat agak dah begitu lama terbiar kosong, bukan?" Mila dan Rosli hanya menggangguk dan mereka bersetuju untuk mengikuti Qadim untuk ke surau itu pada malam nanti.
Apabila matahari sudah terbenam, maka mereka bertiga pun bergeraklah menuju ke arah surau tersebut. Mila dan Rosli bagaikan terkejut apabila mereka tiba di surau itu. Suasana terang, cantik, surau itu seperti bercahaya. Mereka berdiri di depan tangga surau itu dan lelaki tua tadi muncul dimuka pintu dan menyambutnya mereka. Lalu mereka bertiga pun mendaki tangga surau yang tidak berapa tinggi itu.
"Awak semua dah makan ke?" tanya lelaki tua itu. Namun, tiada jawapan yang keluar dari mulut Mila dan Rosli.
"Terang sungguh tempat ni. Cantik.. Sudah terlalu lama kami berdua hidup dalam gelap. Nyamannya angin yang saya sedang rasakan sekarang ni" kata Rosli tergamam.
"Oh, tentang tu. Saya on kan saja semua lampu kat surau ni. Itu yang terang benderang je ni. Lepas tu penghawa dingin tu saya on kan jugak". jawab lelaki tua tersebut. Jawapan itu membuatkan Mila dan Rosli tercenggang.
"Ada..ada..ada..ada elektrik lagi ke kampung ni???" tanya Mila. Dia memandang wajah Rosli yang turut juga kebingungan.
"Kalau tak ada, masakan semua lampu ni boleh hidup?" jawab lelaki tua itu. Qadim menepuk dahinya kerana tidak dia sangka bahawa Mila dan Rosli tidak pernah memeriksa samada kampung itu masih ada elektrik lagi atau pun tidak.
"Kampung ni sudah lama terbiar dan tidak ada penghuni lagi, saya sangkakan bekalan elektrik telah diputuskan." jelas Rosli kesal. Jika dia tahu kampung Indah Bayu masih ada elektrik, sudah tentu dia pasangkan saja semua lampu yang ada dikampung tersebut. Sia-sia saja dia menggunakan obor selama ini.
Waktu maghrib semakin hampir, mereka berempat menuju ke arah kolah surau itu dan mengambil air wudhuk. Sementara menunggu waktu solat, mereka berzikir dengan khusyuknya di dalam surau.
"Sudah masuk waktunya." kata Qadim, lalu dia bangkit dari tempat dia bersila dan menuju ke arah alat pembesar suara surau dan dia melaungkan azan. Laungan azan itu kedengaran disetiap pelusuk kampung Indah Bayu yang sudah kian lama menyepi dari masyarakat. Sungguh merdu suara Qadim ketika melaungkan azan, kalah artis-artis yang ada. Sementara itu, disempadan yang memisahkan Kampung Indah Bayu dan Kampung Sebelah, dua orang penagih dadah sedang asyik dengan dunia mereka.
"Weh..weh..Mat..lu dengar tak apa yang gua dengar?"
"Eh..gua dengan azan..benda biasalah tu Kumis, apa lah lu ni.."
"Tak..tak..azan tu dari kampung ni Mat. Mana ada orang kat kampung ni. Kan semua dah lari..". Lalu dua orang penagih dadah itu terus berlalu pergi dari port mereka kerana ketakutan.
Bersambung..

No comments:
Post a Comment