Kami sekeluarga tak pernah berharap bantuan dari orang lain atau pun saudara mara, walaupun hakikatnya mereka tidak tahu yang keluarga kami ni wujud. Aku berterima kasih pada jasa ibu bapa aku kerana membesarkan aku dan keluarga Haji Zainuddin. Keluarga Haji terlalu banyak membantu kami. Itu salah satu rezeki dari Allah yang Maha Esa. Dia berikan pekerjaan kepada ayah aku supaya ayah aku dapat menampung segala belanja rumah.
Semua orang ada cita-cita. Aku juga insan yang mempunyai cita-cita. Walaupun aku tahu, aku tak akan dapat gapai cita-cita aku tersebut. Aku teringin sangat nak membalas jasa kedua ibu bapa aku. Aku nak sangat ada duit yang banyak dan berikan kepada ibu bapa aku. Setiap malam sebelum tidur, aku akan berdoa kepada Allah agar impian murni aku itu ditunaikan. Apa yang aku harus lakukan hanyalah 'berusaha'.
Solat aku tidak pernah tinggal dan lewatkan. Bila aku dengar je azan berkumandang. Aku terus meluru ambil air wudhuk dan bersiap untuk menunaikan solat. Aku selalu ingat pesan mak aku, solat itu tiang agama, solat itu wajib. Dan, mak aku selalu berpesan agar percaya dengan rezeki dari Allah. Dan, aku memang percaya.
Apabila aku tamat persekolahan, aku bekerja dengan Haji Zainuddin. Di kampung aku agak susah untuk mencari pekerjaan. Tambahan pula, keputusan SPM aku tidak bagus. Namun begitu, aku tetap bersyukur kerana masih diberikan kerja.
Pada suatu hari, aku mendapat surat tawaran belajar. Aku agak terkejut kerana keputusan SPM aku tidak bagus, tetapi mendapat surat tawaran belajar di Kuala Lumpur. Aku dapat tawaran dari Universiti yang terletak ditengah-tengah bandar. Haji Zainuddin menawarkan dirinya untuk membantu aku dari segi belanja. Mak dan ayah aku tidak bersetuju untuk aku sambung belajar sebab mereka tidak mampu nak menampung perbelanjaan aku ketika berada di sana.
Tapi, Haji Zainuddin yang baik hati telah memberikan peluang kepada aku dan dia juga menasihatkan kedua orang tuaku agar jangan di larang niat aku untuk sambung belajar. Katanya, "Carilah ilmu selagi mampu..". Aku pegang kata-katanya itu sehinggalah ke hari ini.
Dan, aku telah berjaya menyambung pembelajaran aku di kota. Dengan wang saku yang dibekalkan oleh Haji Zainuddin, aku pergi ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas. Setibanya aku di Kuala Lumpur, aku menjadi insan yang paling jakun sekali. Kerana itu adalah kali pertama aku jejakkan kaki ke bandar. Ramai sungguh manusia yang berada di Kuala Lumpur.
Aku mengambil teksi untuk menuju ke destinasi. Sebuah rumah yang disewakan oleh pihak Universiti untuk dijadikan sebagai hostel pelajar yang terletak di Cheras. Ketika aku berada di hadapan hostel tersebut. Aku dapat lihat bahawa rumah itu agak usang. Tidak jauh bezanya dengan rumah aku di kampung, bezanya rumah aku tu diperbuat dari papan. Manakala hostel tu diperbuat dari batu bata. Aku sempat berkenalan dengan rakan-rakan serumah aku. Ada antara mereka senegeri dengan aku tapi berlainan daerah.
Untuk bulan pertama, semuanya berjalan dengan lancar. Aku selalu juga bertelefon ke kampung. Tanya khabar mak ayah aku dan adik-adik aku. Haji Zainuddin pun aku tidak lupakan juga. Satu perkara je yang tidak suka tinggal di hostel tersebut. Ada seorang manusia bernama Amir, dia ni memang tinggal kat Kuala Lumpur. Anak-anak orang kaya juga lah. Dia ni tak pernah solat. Banyak kali juga kami mengajak, tapi dia tak mahu. Aku tak tahu kenapa dia jadi macam tu. Kurang didikan agama atau life-style dia memang macam tu?
Dan, Amir ni cukup marah kalau orang panggil nama sebenar dia. Dia suruh panggil dengan menggunakan nama samaran dia, ANTONIO. Pelik. Bunyi macam orang Mexico pula. Lagi satu, dia ni tiap-tiap malam pergi kelab. Jadi playboy. Pernah sekali tu, dia bawa pulang 6 orang gadis melayu yang mengenakan pakaian yang terlampau seksi. Mengucap panjang kami semua. Puas kita orang membebel dengan dia. Tapi, tak makan saman punya budak. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.
Aku selalu marah Amir ANTONIO ni. Kadang-kadang aku pendam. Marah dalam hati je. Dia ni selalu buat masalah. Pernah juga aku mengadu dengan mak ayah aku. Tapi, nasihat yang mereka berikan adalah salah satu azimat istimewa yang membuatkan aku masih lagi bertahan untuk tinggal di hostel tersebut. Pernah juga kami panjangkan perkara ini ke pihak Universiti. Tapi, tidak dilayan. Kerana, pemilik Universiti yang aku belajar tu adalah bapa kepada si Amir ANTONIO ni. Disebabkan itu, aku pun jadi malas nak ambil tahu tentang dia. Tak ada gunanya aku nak besar-besarkan perkara macam tu lagi, tak ada hasil langsung. Lebih baik aku tumpukan perhatian aku kepada pembelajaran aku saja.
Pada semester ketiga, kami satu rumah digemparkan dengan satu cerita bahawa Amir ni buat masalah yang sangat besar. Dia telah meminjam duit dari ceti haram. Dan, dia tidak mampu nak membayar hutangnya itu. Ayah dia tak mahu membantu disebabkan hubungan mereka anak beranak retak. Renggang.
Amir telah meminjam sejumlah wang yang sangat besar nilainya, 2 juta. Aku tak tahu kenapa ceti haram tu boleh bagi budak bangang tu pinjam duit banyak-banyak. Mesti Amir jual nama bapak dia, disebabkan bapak dia tu Tan Sri dan orang penting dalam politik.
Untuk pertama kalinya, Amir meminta bantuan dari kami semua. Dia minta agar kami bohong jika ada yang bertanyakan kelibat dia. Semenjak hari itu, ramai yang bertanyakan tentang keberadaan Amir. Dan, kami terpaksa bercakap bohong. Kami jawab kami tidak tahu. Walhal, dia ada kat rumah tengah bersembunyi.
Pernah juga terfikir untuk tidak mahu masuk campur dengan urusan dia. Sebab aku takut kalau aku akan terlibat sama. Ceti haram ni jangan main-main. Dia orang peduli apa, main beduk je apa yang ada. Asalkan dapat balik duit yang dipinjamkan.
Dan, perkara yang paling aku takuti terjadi yang di mana aku dan kawan serumah aku semua kena culik. Kami tak tahu kami berada di mana. Yang pasti di dalam kilang yang sudah lama terbiar. Amir pula berjaya meloloskan diri. Ceti haram telah datang menyerbu kediaman kami, kami pula baru pulang dari kuliah. Tak tahu apa-apa. Puas kami merayu agar mereka lepaskan kami. Tetapi tidak dipedulikan. Dalam hati aku hanya teringat Allah dan keluarga saja.
Saat-saat yang kami lalui ketika menjadi tahanan mereka sangat-sangat tidak seronok. Kami dipukul. Di seksa. Hanya diberikan makanan anjing dan air paip saja. Tangan dan kaki kami di ikat. Tak pernah dilepaskan ikatan pada tangan dan kaki kami. Selama seminggu lebih kami menjadi tahanan. Dan, mereka berjaya menangkap Amir. Amir di bawa pergi ke tempat kami di tahan. Dia juga di ikat kedua tangan dan kakinya.
Aku dan kawan serumah aku yang lain menyaksikan bagaimana Amir di dera dan di seksa. Tak dapat aku nak bayangkan betapa azabnya seksaan dari ceti haram tu. Memang tidak berhati perut. Amir diseksa oleh mereka sehingga mati. Mereka mencincang Amir hidup-hidup dan dibiarkan Amir tercungap-cungap melalui saat-saat akhir kehidupan. Menangis kami semua. Tak sanggup nak melihat.
Penyeksaan tidak berhenti di situ. Mereka menyiat kulit Amir dan mereka panggang di atas bara api. Mereka juga tidak lupa untuk meletakkan garam dan lada untuk memberikan rasa pada daging badan milik Amir. Dan, daging Amir ANTONIO panggang itu diberikan kepada kami semua. Kami dipaksa makan daging itu.
Mereka tidak ingin melepaskan kami, tiada niat untuk membebaskan kami. Walaupun kami berjanji tidak akan beritahu kepada sesiapa. Mereka tetap tak mahu melepaskan kami. Malah, mereka nak gunakan kami sebagai tebusan untuk minta duit kepada keluarga kami. Tiada apa yang dapat kami lakukan selain berserah pada yang Maha Esa. Memohon bantuan dari Allah.
Pada suatu hari, salah seorang dari ceti haram itu masuk ke dalam bilik yang mereka kurung kami. Dia meletakkan telefon bimbit ke telinga aku. Dan, aku dapat dengar suara mak ayah dan adik beradik aku dihujung talian. Mereka telah menyerbu rumah aku di kampung! Perasaan marah aku membuak-buak. Hati aku terlalu panas. Tidak cukup dengan itu. Aku dipertontonkan sebuah video pula. Di dalam video tersebut aku dapat melihat bagaimana ceti-ceti haram itu semua membunuh seluruh ahli keluarga aku.
Disebabkan keluarga aku tidak mempunyai wang untuk membayar duit tebusan. Mereka bunuh menandakan mereka tidak puas hati. Aku tak tahu dari mana mereka dapat alamat rumah kami semua. Yang pasti, rumah aku adalah rumah pertama yang menjadi kunjungan dari mereka. Aku menangis dalam keadaan yang marah. Dalam video itu aku dapat melihat bagaimana mereka menikam perut ahli keluarga aku menggunakan pisau yang besar. Dan, mereka membiarkan saja ahli keluarga aku mati dalam keadaan terseksa. DASAR ANJING!
Perasaan amarah dalam hati aku membuatkan aku hilang pedoman dan iman. Aku tak tahu apa yang merasuk tubuhku. Tetapi, aku berjaya membunuh semua yang berada di situ. Aku tidak sedar apa yang berlaku. Yang aku ingat, aku gigit lelaki yang menunjukkan rakaman video itu pada aku. Sebab dia yang paling dekat dengan aku, aku dapat gigit leher dia sehingga koyak. Darah yang banyak mengalir keluar. Selepas itu, aku tidak sedar apa yang berlaku.
Bila aku buka mata saja, aku sudah pun berada di hospital. Dan, tangan aku bergari ke katil. Pihak hospital mengatakan bahawa aku dijumpai oleh orang ramai di tepi jalan besar. Aku berlumuran dengan darah dalam keadaan tidak sedar diri. Aku telah menceritakan segalanya kepada pihak hospital dan pihak polis.
Pihak polis pergi ke kawasan aku dijumpai, tidak jauh dari kawasan itu. Terdapat sebuah kilang lama yang agak tersorok. Dan, mereka telah menjumpai mayat-mayat manusia di dalam kilang tersebut. Yang membuatkan aku bertambah sedih adalah apabila aku diberitahu bahawa kawan-kawan aku juga turut sama tidak bernyawa. Keadaan mayat yang dijumpai berada dalam keadaan yang mengerikan.
Tubuh mereka dirobek, dikorek, digigit, begitu juga dengan tubuh kawan-kawan aku. Aku dihadapkan ke makhamah di atas tuduhan membunuh tanpa niat. Aku juga diberitahu bahawa jenazah keluarga aku selamat dikebumikan. Walaupun aku tidak diberi kebenaran untuk pulang ke kampung. Tapi aku tetap bersyukur kerana semuanya telah selesai.
Aku dipenjarakan selama 10 tahun. Dan, sehingga ke hari ini. Pihak polis masih lagi belum menjumpai saki baki ceti haram yang telah membunuh seluruh ahli keluarga aku. Wajah-wajah pembunuh itu masih segar di dalam ingatan aku. Walaupun sudah 2 tahun aku dibebaskan dari hukuman penjara. Pembunuh itu semua masih lagi belum dijumpai.
Dan, hidup aku hanya ada satu tujuan saja. Iaitu BALAS DENDAM. Aku akan pastikan seluruh keturunan pembunuh itu semua menerima nasib yang sama. Dan, dua sudah dilunaskan."
Adi meletakkan nota yang dibacanya ke atas meja. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Bermacam persoalan yang sedang bermain difikirannya itu. Pihak polis sedang memburu Daus yang pernah menjadi mangsa ceti haram. Akan tetapi, selepas Daus dibebaskan dari penjara. Dia menjadi pembunuh pula.
Setakat ini, sudah dua buah keluarga yang sudah menjadi mangsa Daus. Nota yang di baca oleh Adi tadi pula, adalah nota yang dijumpai di rumah mangsanya. Daus seperti ingin memberitahu kepada pihak polis agar jangan masuk campur urusan balas dendam dia tersebut.
"Tak boleh jadi ni. Nak kena tahan Daus ni sebelum perkara ni merebak menjadi teruk.." getus Adi di dalam hati. Tugasan yang diberikan oleh orang atasannya agak sedikit berat buat Adi. Kerana, ini adalah kes pertama yang dikendalikan oleh Adi yang di mana ianya melibatkan pembunuh bersiri.
-bersambung
No comments:
Post a Comment