Saturday, 12 November 2016

[UPDATE] Kenapa dah lama tak post cerita dan mana sambungan cerita Nenek Kebayan?

Agak lama aku tak mengarang apa-apa cerita untuk tatapan pembaca. 
Aku sebenarnya terlalu sibuk dengan kerja-kerjaku.
Hingga tiada masa untuk aku membuat sebarang cerita.
Aku terpaksa fokus dengan kerja kerana kos sara hidup di negara ini semakin hari semakin meningkat. Aku terpaksa bekerja lebih masa, untuk menampung kehidupan harian. 
Tetapi, aku akan kembali mengarang cerita. Cuma kali ini, bukan cerita yang bersiri. Aku membuat keputusan untuk membuat cerita pendek. 

Cerita nenek kebayan pula, aku takkan sambung buat. Sebab dah terlalu lama aku biarkan siri tu. Idea pun dah hilang. Maaf kepada semua.