Budak-budak bawah umur 21 tahun tidak dibenarkan membaca cerita ini kerana mempunyai unsur-unsur seksualiti. Kalau baca, tapi kantoi dengan mak bapak. Pandai-pandai koranglah menjawab.
"HENTIKAN!! JANGAN BUAT AKU MACAM NI!! TIDAK!!!"
Amira tersedar dari mimpinya. Dia berpeluh-peluh. Dia melihat sekeliling biliknya. Gelap gelita. Dia segera bangkit dari katil dan menghidupkan suis lampu demi menerangi bilik tidurnya itu. Kemudian, dia melangkah menuju ke arah dapur rumah. Dia mengambil segelas air sejuk dan meneguknya perlahan-lahan. Amira mengesat peluh di mukanya menggunakan lengan baju yang sedang di pakai ketika itu.
"Dah seminggu aku asyik dapat mimpi yang sama. Apa makna semua ni? Petanda atau mainan?" bisiknya di dalam hati kekeliruan. Dilihatnya jam di dinding pada ketika itu yang menunjukkan sudah pun pukul 4 pagi. Ada masa lagi dua jam untuk ke subuh. Amira mengambil keputusan untuk tidak sambung tidur semula. Dia membuka laptop miliknya dan membuka movie-movie yang boleh dia tonton. Sejam kemudian, Viyn sahabat serumahnya keluar dari bilik tidurnya.
"Eh, awal lagi kau bangun hari ni, Mira?" soal Viyn yang perasan akan perubahan yang terjadi pada diri Amira. Susah untuk lihat Amira bangun tidur awal memandangkan dia masuk kerja pukul 10 pagi.
"Aku dapat mimpi yang sama lagi, Viyn. Aku tak tahu lah kenapa wei.." jawab Amira lemah. Kemudian, dia lihat Viyn menuju ke arah bilik air untuk bersiap-siap hendak pergi ke tempat kerja.
Azan subuh berkumandang, Amira segera mengambil wudhuk dan melakukan tanggungjawabnya sebagai seorang muslimah. Seusai solat, dia membuat sarapan pula. Hanya roti sapu jem sahaja yang boleh masuk ke tekaknya pada pagi itu. Dan, secawan nescafe O pekat untuk memberikan kesegaran pada matanya. Viyn sudah bergerak ke tempat kerja, maka tinggallah Amira seorang diri di dalam rumah itu menanti waktu berlalu untuk dia pula bergerak ke tempat kerja. Sementara dia menanti, dia terdengar bunyi pili air terbuka di dalam bilik tidurnya. Dia segera masuk ke dalam bilik dan mendapati bahawa pili air di dalam bilik airnya itu memang terbuka. Perkara tersebut membuatkan Amira tertanya-tanya, siapa pula yang membukanya sedangkan dia memang tidak masuk bilik air sejak bangun tidur tadi. Selepas Amira menutup pili air tersebut, dia kembali ke meja makan dan sambung menikmati sarapan paginya. Tiba-tiba, televisyen di ruang tamu pula terbuka dengan sendirinya. Amira berhenti mengunyah, dia meletakkan roti ditangan kanannya ke dalam piring dan perlahan-lahan dia bangun dari kerusinya. Amira merasa hairan dengan apa yang dilihatnya ketika itu. Bagaimana televisyen tersebut boleh terbuka dengan sendirinya? Amira berdiri dihadapan televisyen itu dan melihat satu klip yang sedang dimainkan. Dia sendiri tahu bahawa klip tersebut bukan dari siaran mana-mana. Klip tersebut menunjukkan ruang di dalam sebuah hospital. Amira perhatikan klip tersebut dengan teliti. Klip tersebut mula bergerak ke depan. Amira sedikit terperanjat. Dia kembali memberikan perhatian. Klip tersebut berhenti disebuah bilik wad. Pintu wad tersebut terbuka tanpa ada tangan yang menolak. Kemudian, muncul seekor makhluk yang hodoh dan menggerikan di hujung wad tersebut. Makhluk tersebut melompat menerjah ke arah entah siapa yang merakam klip tersebut. Amira menjerit ketakutan. Klip tersebut berakhir di situ sahaja. Amira tergamam seorang diri.
Dengan segera Amira menutup televisyen itu dan berlari ke dalam bilik dan bersiap-siap untuk pergi ke kerja. Dia mengenakan uniform jururawatnya dan terus bergerak ke tempat kerja. Walaupun dia tahu bahawa ketika itu terlalu awal lagi, tapi dia tidak ingin tinggal di rumah itu seorang diri. Lagi-lagi selepas dia melihat klip yang tiba-tiba muncul di kaca skrin televisyennya. Amira menghidupkan motor skuter miliknya dan berlalu pergi dari rumah menuju ke hospital tempat kerjanya. Setelah dia memarkirkan skuternya. Dia segera menuju ke dalam bilik rehat para jururawat. Ramai juga yang tertanya-tanya pada Amira kenapa dia datang awal ke tempat kerja. Amira hanya memberikan alasan palsu untuk tidak memberitahu perkara sebenar kerana risau ditertawakan pula oleh kawan-kawannya yang lain. Amira hanya duduk termenung saja di meja sambil-sambil menghirup secawan kopi. Setelah jarum dilihatnya sudah hampir waktu kerja, dia terus bangun dan menuju ke arah mesin punch card. Kemudian, dia berlalu pergi dari situ dan memulakan kerja-kerja hariannya.
"Amira, hari ni awak tolong Encik Murad di bilik mayat ya." arah seorang penyelia kepada Amira.
"Baiklah.." jawab Amira selamba. Kemudian, dia terus berlalu pergi ke tingkat paling bawah hospital tersebut. Semasa dalam perjalanan untuk menuju ke bilik mayat. Amira terasa dirinya sepeti diperhatikan. Amira cuba membuang perasaan itu jauh-jauh. Dia melajukan langkah supaya cepat sampai ke bilik mayat. Ketika dia hampir-hampir tiba di depan pintu bilik mayat, kakinya pula ditarik dengan kuat. Amira menjerit sekuat hati. Dia menjerit meminta tolong. Encik Murad yang berada di dalam bilik mayat itu segera keluar dan melihat Amira di tarik oleh sesuatu yang tidak dapat di lihat oleh mata kasar. Encik berlari mengejar Amira yang terus di tarik menuju ke dalam lif hospital. Encik Murad tidak sempat hendak menggapai tangan Amira. Pintu lif tertutup dengan pantas. Encik Murad tergamam seorang diri. Beberapa kakitangan yang lain berdiri saja di situ. Semuanya tergamam dan tertanya-tanya apakah sebenarnya yang sedang berlaku?
Encik Murad dan beberapa kakitangan memerhatikan nombor yang tertera di lif tersebut. Tak bergerak. Tetap menunjukkan nombor B3 di mana tingkat mereka semua berada. Tidak lama kemudian, pintu lif pun terbuka perlahan-lahan. Mereka lihat Amira terbaring di dalam lif dengan pakaiannya koyak rabak dan mulutnya berbuih-buih. Badan Amira penuh dengan calar-balar. Mata Amira terbuka luas. Encik Murad menanggalkan kot putihnya dan segera menutupi tubuh Amira. Amira dibawa ke bilik wad kecemasan untuk rawatan. Dia disahkan telah dirogol. Buih dimulutnya itu setelah dikaji dengan teliti, ianya adalah air mani. Milik siapa? Tidak ada sesiapa yang mengetahui. Ramai yang membuat spekulasi sendiri bahawa Amira telah dirogol oleh jin. Amira diletakkan di dalam wad yang berasingan. Doktor tidak mahu Amira bercampur dengan pesakit yang lain. Kerana Amira masih lagi berada di dalam keadaan trauma. Dia tidak bercakap, hanya mendiamkan diri saja. Viyn berada di sebelah katil Amira. Dia hanya memerhatikan saja sahabatnya itu. Dia sendiri pun tidak tahu apa yang ingin diperkatakan. Dia merasa kasihan dengan sahabatnya itu. Dia macam tak percaya peristiwa tersebut menimpa diri sahabatnya. Bagaimana dia boleh dirogol oleh sesuatu yang tidak dapat dilihat? Adakah seseorang yang berdendam dengan Amira dan menghantar jin untuk memporakperandakn hidupnya? Setahu Viyn, tidak ada sesiapa pun yang pernah berdendam dengan Amira. Tidak tahulah jika ada cerita yang Amira sendiri tidak ceritakan pada dirinya. Viyn sudah beberapa hari juga berada di hospital untuk menemani sahabatnya itu. Viyn juga sudah puas memujuk Amira untuk makan sehingga Viyn menyuapkan makanan ke mulut Amira, tapi Amira tidak mahu membuka mulutnya. Amira hanya duduk termenung dan diamkan diri, kemudian, tidur. Itu saja yang dia lakukan. Sudah hampir dua minggu dia berkelakukan sebegitu. Kes Amira itu adalah yang pertama. Tidak pernah lagi ada kes sebegitu rupa berlaku di dalam hospital tersebut.
Suatu malam, ketika Viyn sedang tidur di kerusi sambil menemani Amira. Amira mengejutkan Viyn.
"Viyn....Aku nak ke tandas." kata Amira perlahan. Viyn tersedar dan segera mendapatkan Amira yang sedang cuba untuk turun dari katilnya.
"Kau boleh jalan tak ni? Nak aku panggil nurse tak?" soal Viyn risau akan sahabatnya itu.
"Aku boleh..jangan risau.. kau temankan aku je.." jawab Amira perlahan dan lemah.
Viyn menemani Amira hingga ke dalam bilik air. Dan dia menanti Amira di depan pintu. Lebih kurang 15 minit macam tu, Amira tidak keluar-keluar lagi. Viyn mula bimbang. Dia memanggil nama Amira berkali-kali. Tapi Amira tidak menjawab. Viyn mengetuk pintu bilik air tersebut. Tetapi pintu itu tidak berkunci. Viyn menolak daun pintu tandas itu perlahan-lahan.
"Amira....?" panggil Viyn perlahan. Amira tidak ada di dalam bilik air itu. Viyn jadi cemas sebentar. Dia cuba untuk berfikir rasional. Ke mana Amira pergi pula? Dia memeriksa setiap pintu di dalam tandas tersebut. Ternyata Amira memang tidak ada di dalam bilik air itu. Viyn semakin cemas. Dia berlari keluar dan menuju ke arah wad Amira. Hatinya berdegup kencang apabila dia mendapati bahawa Amira berada di atas katil tersebut. Viyn berlari mendapatkan Amira. Selimut Amira jatuh ke atas lantai dan pakaiannya sudah koyak rabak. Viyn memerhatikan keadaan Amira. Sepertinya dia baru sahaja lepas dirogol. Viyn memeriksa kelangkang Amira. Ada kesan basah berlendir di situ. Viyn menjadi sangat cemas dan segera memanggil nurse dan doktor untuk masuk ke dalam wad itu bagi memeriksa keadaan Amira. Ternyata Amira memang baru lepas dirogol. Viyn menceritakan apa yang berlaku kepada doktor dan nurse yang bertugas. Mereka menjadi hairan.
"Mungkin memang benar ada jin yang lakukan perkara ni terhadap Amira." kata nurse tersebut.
"Saya tak nampak alasan yang lain selain apa yang awak katakan itu. Nampak gayanya, kita pihak hopital tidak dapat nak membantu Cik Amira." ujar doktor lelaki tersebut. Dia menyarankan Viyn agar memanggil ahli-ahli agama yang tinggi ilmunya untuk membantu diri Amira. Viyn hanya menganggukkan kepala sahaja. Setelah mereka semua sama-sama membantu membersihkan tubuh Amira dan mengenakan pakaian yang lain. Doktor dan nurse tersebut meminta izin untuk beredar dari situ. Manakala Viyn pula, terus menanti di dalam wad tersebut untuk menemani sahabatnya itu. Viyn duduk dibirai katil dan mengusap-usap kepala Amira. Viyn menitiskan air mata. Dia merasa begitu kasihan dengan nasib sahabatnya itu.
"Aku janji aku tak akan tinggalkan kau. Aku akan cari jalan untuk selesaikan masalah yang menimpa kau ni." ujar Viyn sambil mengesat air matanya.
-Bersambung-
No comments:
Post a Comment