Wednesday, 11 December 2013

Dia Dahagakan Darah! #10 (Episod Terakhir)

Rumah yang Halimah menetap bersama Razman dan makcik nya dikerumuni oleh pihak polis, forensik, ambulans, jiran tetangga dan wartawan-wartawan tak guna tempatan. Insp.Frost berdiri di halaman rumah sambil menghembuskan asap rokok keluar dari mulutnya seperti seekor naga yang kelaparan daging segar dari New Zealand. Terlalu berat untuk Insp.Frost menerima hakikat bahawa keluarga Razman telah tiada lagi. Pihak forensik memberikan kenyataan bahawa Halimah telah membunuh diri, Razman pula tidak pasti apakah punca kematian kerana tiada sebarang kesan pergelutan di badan nya dan tidak pasti apakah penyebab darah Razman kering. Dan makcik nya hilang tanpa dapat di kesan. Bermacam persoalan bermain difikiran Insp.Frost. Samada mahu meneruskan siasatan atau pun biarkan jabatan yang lain ambil alih kes ini. Ini sudah menjadi kes yang sangat besar. Akhirnya Insp.Frost mengambil keputusan untuk lepas tangan. Dia tidak mahu lagi kendalikan kes ini kerana amaran yang dia terima ketika dia bersama Razman di pejabat semalam. Secara rasminya, Insp.Frost berhenti dari meneruskan siasatan. Dia melangkah pergi dari tempat kejadian. Dengan hati yang agak berat. 

Di tengah-tengah keramaian manusia di tempat kejadian. Ada seorang manusia yang sedang memberikan perhatian pada kes ini. Dia menghembuskan nafas dan merasa kecewa dengan apa yang menimpa keluarga itu. Dia menoleh dan berlalu pergi begitu sahaja. Hujan mulai turun membasahi bumi, orang ramai tadi semua berlari demi mengelakkan diri masing-masing basah. Mereka semua pulang ke rumah masing-masing. Pihak polis masih lagi berada di rumah tersebut bagi meneruskan siasatan. Peristiwa yang berlaku pada keluarga Halimah menjadi tanda tanya pada semua yang mengetahui perkara ini. Apakah yang menimpa keluarga itu sebenarnya? Seorang demi seorang hilang nyawa. Nasib malang apakah yang telah hadir di dalam keluarga itu? Bermacam khabar angin kedengaran. Pihak media juga tidak kurang hebatnya, "KELUARGA DI SIHIR" tajuk akhbar yang disiarkan. 

Sehingga kini, pihak polis masih belum mampu membongkarkan kes kematian yang melibatkan keluarga Halimah. Pihak makhamah telah pun mengambil keputusan untuk menutup kes itu. Tiada siapa yang tahu apa yang berlaku. Cerita tentang kes pembunuhan itu hilang di tiup angin. Semakin lama, semakin dilupakan.....


-TAMAT-

Dia Dahagakan Darah! #9

      TOKK!! TOKK!! TOKK!! 
Halimah tersedar dari tidurnya apabila mendengar bunyi ketukan yang sangat kuat di dapur rumahnya. Halimah bingkas bangun dari katil dan melangkah kaki menuju ke arah bunyi yang kuat tadi. Apakah bunyi yang bising itu? Seperti ada orang sedang bertukang pula di dalam rumahnya tersebut. Walhal waktu itu jam sudah menunjukkan pukul 4 pagi. Setelah Halimah tiba di dapur, dia mendapati keadaan di situ normal. Tiada apa yang berlaku dan tidak ada kelibat sesiapa pun. Halimah menjadi bingung, dia menuju ke arah tingkap rumahnya dan membuka sedikit bagi melihat jika ada sesiapa di belakang rumah itu. Tapi, tiada seorang pun manusia berada di situ. Membuatkan Halimah menjadi makin bingung dan hairan.

"Bunyi apa pulak tadi tu? Dah lah mengganggu orang nak tidur..ish!" rungut Halimah sendiri di dalam hati.

Dengan langkah berhati-hati, Halimah menuju ke arah bilik tidur makcik nya dan membuka kayu pintu bilik tersebut. Makcik nya tiada di dalam bilik itu! Halimah berfikir, dimanakah makcik nya pada waktu itu? Keadaan di dalam rumah pada waktu itu sangat gelap, tiada cahaya pun dari luar yang dapat menyingkap masuk melalui tingkap-tingkap rumah tersebut. Ini kerana lampu jalan yang berada di luar rumah rosak akibat orang syarikat bekalan elektrik sendiri. Mereka sedang melakukan aktiviti upgrading bagi memantapkan lagi service mereka. Dahsyat betul mereka itu semua. Kembali pada situasi Halimah tadi, dia kini sedang berjalan perlahan menuju ke arah ruang tamu. Dia ingin memastikan di mana makcik nya pada waktu itu. Dia mulai merasakan kerisauan yang melampau hingga peluh pun kelihatan di dahi. Dengan menggunakan lengan baju tangan kanan, Halimah mengesat semua peluh itu dengan penuh bergaya sekali. Dengan tidak semena-mena, Halimah merasakan dia seperti terpijak sesuatu dan dia tidak pasti apakah itu. Lembut dan liat. Apakah ia?

Halimah berlari anak menuju ke arah suis lampu dan memetik suis itu bagi menghidupkan lampu di ruang tamu rumah tersebut. Mata Halimah agak sakit melihat cahaya lampu kerana terlalu lama melihat di dalam gelap, dia ingat dia kucing kot? Kemudian, Halimah pergi semula ke arah benda yang dia pijak tadi bagi memastikan apakah ia. Dan, sejujurnya Halimah terkejut apabila objek yang di pijak tadi. Air matanya bergelinangan, kerana objek yang dia pijak tadi adalah adik iparnya, Razman!

Sekujur tubuh tidak bernyawa, yang menjadi hairannya, tubuh Razman seakan-akan kering seperti darahnya telah di hisap keluar. Apakah perbuatan ini perbuatan vampire? Oh tidak! Halimah terduduk sambil menangis. Dia mendekati tubuh si Razman, Halimah cuba untuk mengejutkan Razman, tapi tidak mungkin boleh kerana Razman kini tidak bernyawa. Satu-satunya insan yang boleh dia harapkan kini telah tiada lagi. Razman merupakan insan yang penyayang dan baik hati. Dia juga manusia yang tabah dan bijak dalam membuat pilihan mahupun keputusan. Halimah meraung sekuat hati, dan menjerit memanggil makcik nya. Tapi makcik nya tidak kelihatan, apa mungkin makcik nya itu turut menjadi mangsa pembunuhan yang tragis ini? Halimah tidak mampu untuk berfikir, dia tidak mampu untuk meneruskan kehidupan lagi. Dengan kehilangan suaminya, kematian kedua ibu bapa mertuanya. Dan kini, adik iparnya pula meninggalkan dia. Seorang demi seorang insan yang dia sayang pergi meninggalkan dia. Halimah merasakan kini hidup dia benar-benar sial. Apakah dosa dia sehingga harus menghadapi semua hakikat ini?

Perlahan-lahan Halimah bangkit dan menuju arah dapur rumahnya, dia mengambil sebilah pisau yang sangat tajam. Lalu pisau itu Halimah halakan ke arah lehernya sendiri, baginya tidak guna dia hidup lagi. Semua perkara yang terjadi amat membebankan dirinya. Halimah tidak sanggup meneruskan kehidupan yang dia lalui sekarang. Dia ingin menamatkan penderitaan yang dia hadapi kini. Halimah memejamkan matanya serapat yang mungkin, nafasnya kencang. Perasaan takut dan berani bercampur aduk. Dia tidak pasti dengan keputusan yang dia pilih sekarang. Haruskah dia meneruskan? Atau tidak?

"Persetan ini semua!" jerit Halimah lalu menikam lehernya dengan menggunakan pisau yang tajam tadi. Darah merecik mengenai sinki di dapur. Halimah jatuh ke atas lantai, pisau yang tadi di pegang kini terlepas dari genggaman. Terlalu banyak darah yang mengalir keluar dari kesan tikaman tadi. Begitu sayang..begitu sayang sekali..Halimah kini tidak lagi berdaya untuk membuat apa-apa. Bergerak tidak, bersuara pun tidak. Dia telah mengambil keputusan untuk membunuh dirinya sendiri. Tubuh Halimah tidak lagi bernyawa. Keputusan yang dibuat telah muktamad. Dan dia fikir jalan yang dia pilih bernas barangkali? Tidak. Dia akan menjadi kayu api di dalam api neraka jahanam. Dia telah melakukan dosa yang sangat besar iaitu bunuh diri. Setelah apa yang dia lalui sebelum ini, kini dia menyerah kalah dengan ujian yang diberi. Para pembaca sekalian, janganlah begitu mudah membuat keputusan. Bersabarlah dalam setiap perkara.

"Sesungguhnya Allah itu maha adil, maha kaya, maha mengasihani, maha pengampun."


To Be Continued/Akan Bersambung/Fortsättning.... 

Tuesday, 10 December 2013

Dia Dahagakan Darah! #8

   Angin bertiup kencang, langit kelihatan gelap seakan hujan bakal turun sebentar lagi. Pokok di kiri dan kanan seperti ingin tumbang akibat tiupan dari angin yang begitu melampau kencangnya. Tiba-tiba hujan turun dengan lebat, tidak dapat untuk melihat ke arah hadapan. Seorang insan yang berpakaian aneh sedang berdiri di tengah-tengah hujan yang lebat itu. Tujuan utama tidak dikenal pasti, di dalam keadaan begini belum tentu ada sesiapa boleh mampu bertahan kerana kesejukan yang melanda ketika itu sudah pastilah begitu nakal sejuk. Secara tiba-tiba, muncul pula seekor makhluk yang tidak dapat dikenal pasti jauh di dalam kegelapan hujan lebat itu. Insan yang tadi sibuk berdiri dan tidak melakukan apa-apa, terus saja tersentak apabila melihat kemunculan yang tidak di jangka tersebut. Beliau mengangkat kedua belah tangan dan mengeluarkan cahaya yang terang di antara kedua tapak tangan beliau. Makhluk yang tadi berdiri mula melangkah menuju ke arah insan tadi. Wajah makhluk itu begitu mengerikan, manusia biasa pasti tidak mampu untuk melihat apatah lagi bertentang mata. Semakin hampir makhluk itu, dan semakin besar cahaya di tangan insan tadi. Dan kemudian.....

"Ahh..mengarut je lah cerita kartun ni, ada super power bagai. Menyampah pulak aku rasa.." bisik Halimah pada diri nya sendiri, lalu mencapai alat kawalan televisyen dan mematikan. Halimah duduk sambil berpeluk lutut. Dia melemparkan pandangan yang jauh ke arah luar pintu rumahnya. Dan dia melihat kelibat makcik nya yang baru saja habis menyiram pokok bunga kertas di halaman rumah. 

"Amboi, jauh termenung kamu ni? Eh! Kenapa tutup tv? Makcik nak tengok cerita Narubo tu.. Kali ni dia orang lawan dengan musang ekor 9 suku tu.." kata makcik itu sambil mengambil alat kawalan televisyen tadi membuka siaran yang diperkatakan sebentar tadi.

Halimah menjadi pelik dan bangang bingung dengan telatah makcik nya itu sambil tertawa kecil. Tak sangka makcik nya yang dah berumur itu menggemari siaran kartun yang tak munasabah. Kalau difikirkan, mana logik manusia mempunyai kuasa yang luar biasa seperti siaran kartun yang di tonton tadi. 

"Kamu tak suka ke tengok cerita yang macam ni, Mah?" tanya makcik tersebut.

"Tak minatlah Mah tengok kartun mengarut macam tu..Mah suka tengok drama melayu dan sinetron je.. Masa kecik-kecik dulu pun kartun yang Mah tengok cuma Aladdin je.." jawab Halimah.

"Hmm.. kalau macam tu, zaman kecik kamu dulu tak AWESOMElah. Kolotlah kamu ni.." sindiran dari makcik yang awesome itu.

Halimah menjadi bangang bingung lagi dengan makcik nya itu. Fikirnya, baik jangan di layan, makin di layan makin menjadi pula nanti. Halimah melangkah kaki menuju ke arah dapur rumah. Dia menarik kerusi di meja lalu duduk dan termenung. Terlintas difikirannya, dimanakah Razman? Jam di dinding sudah menunjukkan masuknya waktu asar. Halimah melangkah menuju ke arah bilik air di dalam bilik tidurnya, dia mengambil wudhu' dan memakai telekung. Halimah membuka almari pakaiannya dan mengambil sejadah lalu dibentangkan sejadah tersebut ke arah kiblat. Halimah langsung menunaikan niat di hati. Baginya perkara yang wajib itu harus dilakukan dahulu. Walaupun keadaannya kini agak mengelirukan, namun solat tidak pernah ditinggalkan. Itulah pesan arwah ibu bapa Halimah sejak dari kecil hingga mereka berdua sudah tiada lagi. 

*************************************************************************

"Aku yakin! DNA telah membuktikan segalanya. Masakan perkara ini tidak benar pula?" Jerit Razman kepada Insp.Frost. Mereka berada di dalam bilik pejabat Insp.Frost bagi membincangkan perkara yang mengusutkan fikiran mereka. DNA telah mengesahkan bahawa cap jari yang dijumpai di rumah sewa Razman adalah milik abang kandungnya, Haikal. Sukar untuk Razman sekeluarga untuk menerima keputusan DNA tersebut. Namun itu lah hakikatnya, mereka Haikal pernah berada di rumah Razman.

"Takkanlah benda ni nak menipu kot? Agak-agaklah kau ni. Aku dah bertahun buat kerja ni. Tak pernah silap pun. Bahkan benda ni boleh mengesan samada kau sebenarnya lelaki atau pun wanita tau. Dahsyat tak?" kata Insp.Frost.

"Amboi, melampaulah tu. Yang tu aku tak percaya.. Bongoklah kau ni.." kata si Razman pula.

"Jadi, apa perancangan kau? Abang kau memang pernah datang rumah tu. Dan abang kau jugak yang membuat panggilan kat kau waktu tu. Erm..perkara ni makin lama makin aneh pulak." kata Insp.Frost.

Razman terduduk diam di kerusi, angin dari penghawa dingin menerpa ke tengkuk Razman. Namun, masih lagi ada titik peluh yang membasahi dahi Razman. Akibat tidak cukup tidur, Razman menjadi tidak selesa dengan diri nya sendiri. Berada di kawasan sejuk pun masih boleh lagi berpeluh. Apa mungkin diri nya kini sedang sakit atau pun ianya tanda bahawa dia akan jatuh sakit? Tapi itu semua tidak penting bagi diri nya pada waktu genting begini. Razman ingin menyelesaikan kes ini dengan segera, dia ingin menamatkan puzzle kehilangan abang kandungnya itu. Kenapa cap jari abangnya boleh berada di rumah yang dia menetap sekarang? Bergurau ke apa abangnya tu? Semakin di fikir, semakin kusut pula kepala otak Razman. Dia macam tidak percaya dengan apa yang terjadi kini. Perlahan dia bangkit dari kerusi, dan kembali melihat semula bahan bukti. 

"Aku rasa baik kita bergerak sekarang. Takde masa nak di buang lagi. Duduk berfikir macam ni pun dah membuatkan masa kita banyak terbuang. Nanti masa tu dah bosan, lari jauh-jauh pulak. Payah nak kejar nanti." kata Insp.Frost bertujuan untuk berjenaka bagi menghiburkan hati Razman yang kini kian lara.

Mereka berdua melangkah keluar dari pejabat dan keadaan menjadi gelap. Razman terpaku dengan keadaan tersebut. Hendak menampar diri nya sendiri rasa macam perbuatan bodoh pula. Insp.Frost pun tercengang dengan keadaan pada waktu itu. Dia menoleh ke arah belakang dan terkejut kerana pintu pejabatnya kini sudah tiada. Mereka seperti berada di dimensi yang lain. Dimensi yang mereka sendiri tidak pasti apakah ia. Razman merasa tidak sedap hati, lalu dia membacakan ayat-ayat suci al-Quran. Sejurus selepas itu, muncul pula satu makhluk yang hodoh lagi mengerikan di hadapan mereka berdua. Razman dan Insp.Frost terkejut dengan kemunculan si hodoh itu. Wajahnya begitu menakutkan, gigi tajam, tangan berbulu dan kuku jari makhluk tersebut panjang dan tajam. Razman tergamam dengan situasi tersebut. Apa yang harus mereka lakukan pada waktu itu? Lari? Tidak mungkin, laluan saja sudah tidak kelihatan. Bagaimana mereka ingin melarikan diri pula? Sudah pasti akan ditertawakan oleh makhluk hodoh lagi mengerikan itu pula nanti. 

"Aku mahu kalian berdua menjauhkan diri dari Haikal!!~~~ Dia milik AKU!!!!!!!!!!" suara garau dan mengerikan itu kedengaran begitu lantang sekali. Razman dan Insp.Frost menggigil selepas mendengar suara makhluk itu. Kemudian, keadaan kembali seperti sediakala. Mereka berdua berada di luar pejabat Insp.Frost dan kakitangan yang berada di situ menjadi hairan dengan tingkah laku Razman dan Insp.Frost.

"Tuan, okey ke ni? Macam nampak hantu je?? Nak saya panggilkan doktor tak?" tanya seorang kakitangan yang berdiri tidak jauh dari tempat mereka berdiri sambil bermain dengan misai nya.

Razman dan Insp.Frost saling berpandangan. Mereka terdiam dan terpaku, ketakutan terserlah di wajah masing-masing. Sederas air sungai mereka melangkah kaki menuju ke arah kereta dan memandu pergi dari kawasan itu. 


To Be Continued/Akan Bersambung/Fortsättning....