Wednesday, 6 November 2013

Dia Dahagakan Darah! #7

Razman dan Insp.Frost tiba di hadapan rumah sewa Razman di Serdang. Insp.Frost mengikut Razman menaiki kereta miliknya dari belakang kerana sewaktu mereka sedang sibuk mencari petunjuk, tiba-tiba Razman dapat missed call dari Halimah. Halimah kini menetap dengan Razman di Selangor, Razman memujuk Halimah untuk tinggal bersama dengan nya demi keselamatan diri nya. Bukan Razman dan Halimah sahaja yang tinggal di rumah tersebut tapi makcik Razman dari kampung pun turut menetap di situ kerana risaukan keselamatan makcik nya terancam pula. Mana tahu kalau pembunuh itu menjadikan makcik nya sebagai sasaran seterusnya. Razman memarkir keretanya dan terus bergegas keluar menuju ke halaman rumah tersebut, diikuti oleh Insp.Frost. Razman membuat panggilan semula sejurus selepas menerima missed call daripada Halimah. Merasakan risau, terus mereka berdua membuat keputusan untuk menuju ke rumah sewa Razman di Serdang. Insp.Frost memberikan isyarat tangan kepada Razman supaya dia berhenti melangkah.

Pagar tidak berkunci, tombol pintu hadapan depan rumah Razman seakan-akan pecah, seperti rumah tersebut telah diceroboh. Mereka berdua perlahan-lahan berjalan ke arah pintu depan. Razman membuka pintu perlahan-lahan agar tidak mengeluarkan bunyi. Mereka mengambil langkah berhati-hati, risau jika rumah itu telah dimasuki pencuri dan pencuri itu masih berada di dalam. Razman begitu risaukan Halimah dan makcik nya. Dia berdoa agar mereka berdua berada dalam keadaan baik-baik saja. Razman melangkah masuk dan menuju ke arah ruang tamu rumah, disusuli oleh Insp.Frost. Keadaan dalam rumah tersebut gelap, Razman menuju ke arah pintu bilik makcik nya, dan memulas tombol dengan perlahan. Razman menolak pintu ke dalam agar terbuka. Kelihatan makcik nya tidur dalam keadaan nyenyak sambil berdengkur. Insp.Frost muncul dari arah dapur, dan mendekati Razman. Razman menjadi hairan kerana Insp.Frost sedang memegang payung, dari mana dia jumpa payung tersebut? Insp.Frost membisikkan sesuatu ke telinga Razman, mengertilah Razman bahawa payung itu dijumpai di atas lantai dapur. Tapi bagaiman payung tersebut boleh sampai ke situ? Sedangkan payung itu selalu dia sandarkan di belakang pintu.

Mereka berdua beralih pula ke bilik Halimah, Razman mendapati pintu bilik Halimah tidak bertutup dan tombolnya turut pecah seperti pintu depan tadi. Insp.Frost pasang telinga betul-betul, dia ingin tahu jika ada pencuri di dalam bilik Halimah. Ternyata telinga Insp.Frost tidak dapat menangkap apa-apa bunyi. Razman menolak kayu pintu bilik Halimah dan melihat Halimah sedang tidur nyenyak. Razman mengalihkan pandangan kepada Insp.Frost, dia hanya mengangkat bahu saja menandakan dia sendiri tidak tahu apa yang berlaku. 

Halimah tersedar dari tidurnya, dia segera bangun dan melihat ke arah sekelilingnya. Bilik tersebut terang, dengan bantuan cahaya matahari dari luar. Halimah melihat jam di sebelah kepala katil, sudah 3 jam selepas waktu subuh. Halimah seperti orang yang sangat keliru, apa sebenarnya yang berlaku semalam? Berkerut dahinya memikirkan tentang itu. Halimah bangun dari katil dan menuju ke bilik air yang berada di dalam bilik tidurnya. Selepas selesai mandi, Halimah menuju ke arah dapur dan mendapati Razman dan makcik nya sedang berbual di meja makan. Razman dan makcik nya mengalihkan pandangan ke arah Halimah. Halimah terus menarik kerusi dan duduk, dia mengambil cawan dan menuangkan kopi ke dalam cawan itu. Kemudian dia menghirup air kopi itu sedikit demi sedikit. Menyedari diri nya di tenung oleh Razman dari tadi, terus dia letakkan cawan ke atas meja. Dan Halimah mengalihkan pandangan ke arah Razman. 

"Apa yang berlaku semalam kak?" Razman mengajukan soalan kepada kakak iparnya.

"Apa yang berlaku apa?" jawab Halimah kehairanan.

"Yela, semalam dalam pukul 2 lebih akak ada call Man. Tapi time tu Man tengah drive tak dapat nak jawab. Man balik je rumah, tengok-tengok pagar depan rumah tak tutup, tombol pintu depan pecah, payung ada kat dapur, tombol pintu bilik akak pun pecah, ada pencuri ke yang masuk semalam kak?" jelas Razman lagi.

Halimah terdiam, dia tidak tahu apa yang bermain di dalam fikiran dia sekarang. Apa mungkin yang berlaku semalam bukan mimpi? Biar benar? Halimah menjadi sangat keliru waktu itu. Makna kata, semua yang berlaku semalam bukan mimpi. Dan lelaki yang datang selamatkan dia tu? Lalu Halimah terus menceritakan apa yang sebenarnya berlaku semalam. Razman terkejut mendengar apa yang keluar dari bibir mulut kakak ipar nya itu. Razman semakin bingung, macam mana makcik nya boleh lena diulit mimpi sedangkan Halimah sedang dikacau hantu pada waktu itu? Bermacam persoalan yang bermain di fikiran Razman sekarang. Razman segera membuat panggilan ke seseorang yang dianggap boleh dipercayai pada waktu itu.



Insp.Frost tiba di rumah Razman, setelah memarkirkan kereta Honda Civic miliknya, dia menuju pula ke dalam rumah Razman. Kedatangannya disambut mesra oleh Halimah dan makcik Razman. Berita yang diterima oleh nya tadi benar-benar memeranjatkan. Insp.Frost mengajukan soalan pada Halimah, dan ternyata Halimah tidak berkata bohong. Dari riak wajahnya saja sudah boleh dibaca, bahawa dia bercakap benar. Apa yang berlaku pada diri Halimah semalam bukanlah khayalan tetapi realiti. Insp.Frost mengambil sesuatu dari evidence kit miliknya. Dia cuba untuk mengesan jika ada cap jari pada pintu rumah tersebut. Setelah dapat mengesan cap jari yang ada pada pintu depan rumah dan pintu bilik Halimah. Insp.Frost terus meminta diri, beliau ingin pergi ke makmal dan membuat kajian tentang kesan cap jari yang dijumpai di pintu rumah tersebut. Hasil keputusan ujian makmal akan dimaklumkan pada Razman. Halimah dan Razman hanya perlu tunggu, dalam masa beberapa jam lagi mereka akan ketahui kebenaran. 

Halimah kembali duduk di sofa. Razman mengiringi Insp.Frost ke pintu hadapan rumah. Halimah memicit dahinya, segala yang berlaku terlalu mendadak. Kadang-kadang, seperti tidak masuk di akal, tapi itulah hakikat sebenarnya. Mata Halimah hanya memandang ke arah bawah saja. Razman merasa begitu kasihan pada kakak ipar nya. Hidup kakak ipar nya terumbang ambing, kalau Razman tidak memujuk Halimah untuk tinggal bersama, entah apa yang akan berlaku kepada kakak ipar nya itu nanti. Razman memang benar-benar ikhlas ingin membantu Halimah, dia ingin semuanya kembali seperti sediakala walaupun agak mustahil.
Mereka hanya perlu tawakal saja. 

*********************************************************************************


Razman menerima SMS daripada Insp.Frost, terkejut benar Razman pada waktu itu. Terus dia berlari pergi ke dapur mendapatkan kakak ipar dan makcik nya. Halimah dan makcik nya terkejut bukan kepalang, bagaikan tidak percaya dengan berita yang disampaikan oleh Razman. Air mata Halimah tiba-tiba mengalir membasahi pipi nya. Halimah terduduk di lantai dapur, makcik nya mengurut belakang Halimah bertujuan untuk menenangkan perasaan dia. Razman melepaskan penumbuk ke atas meja makan, dia merasakan amat marah pada waktu itu. Dia pun tidak percaya dengan apa yang disampaikan oleh Insp.Frost. Tapi, ujian DNA memang tidak boleh menipu. Razman membalas kiriman SMS Insp.Frost, mengarahkan beliau agar berjumpa dengan dia sekarang di rumah. Terpancar api kemarahan di dalam mata Razman, punca yang membuatkan dia menjadi marah itulah yang boleh menyelesaikan masalah sekarang ini. 

"Aku tak akan berdiam diri lagi. Aku kena bertindak! Dah tak ada masa untuk dibuang lagi!" kata Razman di dalam hatinya. 



To Be Continued/Akan Bersambung...  



Dia Dahagakan Darah! #6

Razman mengambil keputusan untuk cuti selama 2 bulan dengan alasan ingin menenangkan diri. Kejadian yang berlaku benar-benar membuatkan diri dia naik gila. Lagi-lagi kakak iparnya seakan-akan sudah mahu menjadi orang gila. Di tambah pula dengan gosip dari mulut orang-orang kampung tentang keluarganya ada main bomoh. Sangkaan seperti itu  membuatkan naluri Razman ingin terus menyiasat. Selagi dia tidak dapat bukti yang kukuh bermakna kata-kata orang kampung adalah benar. Tapi dia sendiri pernah meminta bantuan seorang ustaz bagi menyelesaikan kes ini. Namun ustaz itu sendiri tidak jumpa apa-apa jawapan. Ustaz tersebut memberitahu bahawa dia tidak merasakan apa yang berlaku pada keluarga Razman berpunca dari alam mistik. Mungkin benar ianya perbuatan manusia yang mungkin memakai kostum menyerupai hantu. Razman pun tidak dapat menafikan lagi. 

Razman membuat keputusan untuk menyiasat perkara ini dan dia telah meminta bantuan daripada seorang inspektor bernama Frost. Dari mana datang gelaran itu dia tidak mahu tau, yang penting dia mahu selesaikan perkara ini dengan segera. Inspektor Frost pun setuju jika Razman ingin turut serta dalam usaha menyelesaikan perkara ini. Razman telah membuat laporan pada ibu pejabat polis perihal perangai inspektor yang bertanggung jawab dalam kes ini. Kerana inspektor tersebut lebih suka bermain daripada serious. Padan muka kau... Razman berharap kali ini kes ini akan selesai dan dia mahu pembunuh itu terima hukuman yang setimpal! 

Tepat pukul 3 petang, Razman tiba di warung berdekatan dengan kawasan Keramat. Dia ada temujanji dengan Inspektor Frost pada petang itu. Melihatkan Inspektor Frost sudah tiba dahulu lebih awal, Razman terus memberikan salam dan berjabat tangan dengan beliau. Razman menarik kerusi lalu duduk, dia memesan air sirap ais. Inspektor Frost menatap muka Razman penuh tenang. Dalam usia 20-an sudah menjadi inspektor, sikapnya yang sentiasa cool membuatkan orang sekelilingnya merasa senang. Mungkin dari situ datangnya gelaran 'Frost'. Mereka berdua berbual kosong sambil menunggu air. Cuaca petang itu agak panas daripada biasa. Setelah air yang dipesan tadi tiba, Razman tanpa membuang masa terus mencapai air sirapnya dan minum sedikit bagi melegakan tekaknya yang terasa kering akibat cuaca panas. Beberapa orang pelanggan pergi meninggalkan warung tersebut. Memang sengaja Insp.Frost menunggu pelanggan itu semua berambus dari situ. Dia tidak mahu ada sesiapa yang mendengar perbualan mereka, kerana dia merasakan tidak akan ada privacy. Takut juga kalau ada sesiapa antara pelanggan di situ merupakan bekas penjenayah yang pernah diberkas olehnya pada waktu dahulu. Lain pula jadinya nanti, dia tidak mahu ada pergaduhan besar berlaku. Risiko sebagai penyiasat memang membahayakan. 

"Nah..dalam fail ni ada gambar-gambar yang membuktikan Haikal pernah berada di beberapa tempat. Kedah, Sarawak dan kampung kau kat Grik." Insp.Frost menghulurkan fail yang disebutnya tadi kepada Razman.

"Kau rasa macam mana? Abang aku tu memang pembunuh ke apa? Atau, betul ke semua benda ni ada sangkut paut dengan bomoh?" Razman menutup fail itu semula dan meneguk air sirap yang sudah hampir separuh cawan. 

"Kau tengok dalam gambar tu, tangan dia berbulu tak?" tanya Insp.Frost kepada Razman.

"Memang tak lah ceritanya. Tapi ada kemungkinan ke yang abang aku kena rasuk?" tanya Razman kehairanan.

"Aku bukan pawang atau ghostbuster. Tapi itu mungkin boleh menjadi salah satu sebab. Tak mustahil kalau keluarga kau sebelum ni pernah deal apa-apa dengan syaitan. Dan abang mungkin kena possessed." jelas Insp.Frost.

"Erm, tapi aku tak percaya sangat sebenarnya benda karut marut macam tu. Dunia sekarang ni ada ke lagi manusia berfikiran kolot macam tu?" kata Razman.

"Kau kena ingat yang syaitan pernah bersumpah yang mereka akan menyesatkan kaum Adam dan Hawa sehingga kiamat". jelas Insp.Frost lagi.

"Betul jugak tu. Manusia sanggup buat apa saja untuk dapatkan apa yang mereka inginkan. Kalau betullah keluarga aku pernah sign contract dengan jahanam-jahanam tu semua. Apa dia agaknya yang diminta?" Razman menjadi semakin pelik. Nak kata kekayaan, keluarganya tidak pernah kaya pun. Keabadian hidup? Memang banganglah kalau itu yang diminta.

"Tak payah nak beratkan otak dengan benda-benda tak masuk akal tu. Nak tahu jawapannya? Kita kenalah terus menyiasat. Semalam aku ada dapat emel dari seorang hamba Allah ni, mengatakan dia ternampak abang kau kat kawasan Keramat ni. Sebab tu aku panggil kau datang ke mari". kata Insp.Frost lagi.

"Iya ke? Petunjuk baru tu. Aku rasa macam ni lah. Kat mana jembalang dan abang aku berada, kita pergi tempat tu. Amacam?" Razman memberikan cadangan.

"Baiklah. Aku setuju. Kalau kau perasan, benda yang kau panggil jembalang tu hanya buru ahli keluarga kau saja. Tak mustahil kalau kau sasaran yang seterusnya. Aku nak kau berhati-hati mulai sekarang, faham?" kata Insp,Frost lagi. Semenjak kes di rumah ibu Razman, tiada lagi kedengaran kes-kes seperti itu berlaku di mana-mana. Razman pun pernah terfikir, kenapa kakak iparnya tidak dibunuh sedangkan peluang untuk dia dibunuh memang luas. Pihak polis pun ada membuat siasatan ketika di rumah ibunya di kampung. Tiada ciri-ciri seperti diceroboh. Dari mana pembunuh itu masuk dan keluar pun tidak pasti. Yang pasti pembunuh itu memang menjadikan keluarga kandungnya sebagai sasaran. Dia harus berhati-hati mulai sekarang.

                                 **********************************************

Halimah terjaga dari tidur, dia terdengar bunyi dari luar bilik, dahinya berpeluh. Dia memandang ke kiri dan kanan. Segalanya gelap, segera dia bangun dan buka lampu bilik. Setelah memastikan keadaan selamat. Dia buka pintu biliknya, perlahan-lahan dia keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu. Keadaan gelap, tiada bunyi kedengaran. Peluh turun membasahi dahinya lagi. Halimah lap peluh dengan lengan kirinya. Mata Halimah tertumpu pada dapur rumah tersebut. Keadaan di dapur terang, setahu Halimah sebelum masuk tidur tadi dia sudah mematikan semua lampu. Halimah mengambil payung yang terletak di belakang pintu depan rumah. Halimah mengatur langkah dan menuju ke arah dapur. Langkah kaki Halimah terhenti selepas telinga dia tertangkap bunyi orang ketawa di dapur. Hatinya berdegup kencang pada waktu itu. Adakah pembunuh tersebut sedang berada di dapur? Tapi tidak mungkin, kerana pembunuh itu sudah tentunya seorang lelaki dan dia pasti suara ketawa yang dia dengar sebentar tadi adalah suara seorang perempuan.

Perlahan-lahan Halimah melangkahkan kakinya ke arah dapur. Dan dia mendengar bunyi paip air di sinki dibuka. Hatinya berdegup dengan kencangnya, siapa pula yang berada di dapur rumahnya pada waktu itu? Apa nak jadi pun jadi lah, dia kena beranikan diri juga. Dengan menutup mata, Halimah berlari ke arah sinki dan cuba untuk menghentam sesiapa sahaja yang berada di sinki pada waktu itu. Ketaannggggg! Halimah membuka mata dan agak terkejut kerana tiada siapa pun berada di situ melainkan dirinya saja. Pukulan yang dilancarkan tadi terkena sinki. Halimah perlahan-lahan menoleh ke belakang kerana dia merasakan seperti ada seseorang sedang berdiri berhampiran dengan diri nya pada waktu itu. Mulutnya tidak berhenti membacakan surah-surah suci dan berharap agar dia tidak di apa-apakan. Halimah memberanikan diri juga untuk menoleh tetapi lekas-lekas dia pejamkan mata kerana tidak sanggup untuk melihat. Walaupun dia tahu dengan cara itu tidak mungkin dia akan dapat melihat siapa yang berada di situ. Untuk beberapa saat, segalanya sunyi sepi. Halimah menelan air liur nya sendiri, dengan lafaz bismillah, Halimah membuka mata nya dengan cepat. Kemudian dia beku tanpa bicara, tidak ada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut nya pada waktu itu. Dia ingin menjerit tapi tidak mampu, terasa bagaikan tekak nya begitu sakit untuk mengeluarkan apa-apa bunyi. Siapa sangka, yang berada di hadapan Halimah sekarang ialah seorang wanita separuh usia, berambut hitam panjang, kusut masai, langsung tidak terurus. Muka berkedut, mempunyai pandangan mata yang tajam serta mengerikan. Warna kulit pucat kebiruan seakan-akan mayat. Ada ulat-ulat yang bergerak riang di wajahnya. Wanita separuh usia itu senyum sambil memandang tetap ke dalam mata Halimah. 

"ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!". Ambik kau..Halimah akhirnya menjerit sekuat hati dan terus berlari masuk ke dalam bilik tidurnya. Jeritan nya itu mungkin kedengaran sampai 10km. Pintu bilik dikunci, lalu dia naik ke atas katil dan selubung diri nya dengan selimut sambil memeluk lututnya. Ayat-ayat suci yang dibaca nya habis berterabur. Dia berharap bahawa semua ini hanya mimpi saja. Setelah Halimah dapat menenangkan diri seketika, dia memberanikan diri untuk membebaskan diri dari terus diselubungi selimut dan dia ingin memastikan bahawa semua ini adalah mimpi. Dan lagi sekali Halimah beku, wanita yang di lihat tadi berada di dapur kini berada tepat di depan mukanya. Mata Halimah terbuka luas seperti bebola matanya ingin keluar dari tempat asal. Halimah merasa hairan, pintu bilik sudah dikunci tapi bagaimana wanita itu boleh masuk dan berada dalam posisi sekarang? Memang tidak syak lagi, wanita yang berada di depan mata Halimah sekarang memang hantu! Dia kembali memejamkan matanya dan membaca apa-apa surah yang dia ingat pada waktu itu. Bulu tengkuk Halimah meremang dan dia teringat, arwah ayahnya pernah berpesan jika berada dalam situasi macam itu, kalau tak mampu nak baca apa-apa surah, sebut je nama Allah berulang kali. Kerana makhluk halus akan takut apabila mendengar nama Maha Pencipta. Halimah menyebut nama Allah berulang kali. Dia berdoa agar makhluk itu akan lenyap dengan segera.

"Heeeheeeheeeee~~ Sebutan kau pun salah... Heheheheheeeeee..heeeheheheheeeeeeee~~~~~~". Wanita itu terus mengilai.

Halimah terdiam, makhluk itu menegur nya pula. BAMMMMMM!!!! Bunyi pintu bilik ditendang. 

Seorang lelaki tiba-tiba muncul dan membacakan ayat-ayat suci al-Quran bagi menghalau makhluk yang mengganggu Halimah. Makhluk tersebut menjerit kesakitan lalu hilang bagaikan asap. Lelaki tersebut terus mendapatkan Halimah, dia merasa resah kerana Halimah seperti manusia tiada jiwa. Kosong. Berkali nama Halimah dipanggil, namun Halimah tidak menyahut tetapi pengsan pula. Lelaki tersebut mengusap dahi Halimah dan mulutnya tak berhenti terkumat-kamit seperti sedang membacakan sesuatu. Lelaki tersebut memperbetulkan kedudukan kepala Halimah di atas bantal, dia ingin Halimah merasa selesa ketika baring. Dia tidak mahu Halimah bangun dari tidur dan mengadu sakit leher. Lelaki itu berlalu pergi dari bilik tersebut, sebelum dia melangkah kaki keluar, dia berhenti menoleh ke arah Halimah yang sedang terbaring. Lelaki tersebut melihat jam yang terletak di sebelah kepala katil. Lagi 2 minit pukul 2.00 pagi. 

"Bersabarlah sikit lagi. Semuanya akan selesai tidak lama lagi". Kata lelaki itu dan terus berlalu pergi.



To Be Continued/Akan Bersambung...


Dia Dahagakan Darah! #5

Ida terkejut dengan bunyi ketukan di pintu rumahnya. Suara yang kecemasan di sebalik pintu itu membuatkan Ida takut untuk membukanya. Berulang kali panggilan Ibu di dengari oleh Ida namun dia tidak cukup yakin untuk membuka pintu itu risau akan keselamatan dirinya, akhirnya dia mendiamkan saja diri di dalam rumah. Mungkin itu cukup untuk membuatkan dia berasa selamat. 

"Iya, apa kecemasan anda?" suara operator polis yang manis kedengaran di hujung talian.

Setelah memberikan maklumat dan alamat rumah, Ida terus masuk ke dalam bilik tidurnya dan berkunci di situ sambil menanti pihak polis tiba. Halimah di luar pula menjadi hairan dengan perilaku ibu mertuanya, kenapa dia tidak membuka pintu itu untuk dia? Atau dia sedang sibuk di dapur? Halimah terus melangkah menuju ke bahagian belakang rumah kerana dia fikir ibu mertuanya pasti berada di dapur sambil mendengar lagu pop terkini sebab itu panggilannya tidak di sahut. Namun setelah Halimah tiba di belakang rumahnya, dia menjadi hairan kerana tidak ada satu bunyi pun yang dia dengari selain cengkerik yang sedang asyik berbunyi pada waktu itu. Dan secara tiba-tiba Halimah terdengar suara jeritan seorang wanita tua dari dalam rumah. Halimah pasti itu suara ibu mertuanya lalu dia terus berlari ke bahagian depan rumahnya pula dan mengetuk pintu rumah itu sambil menjerit memanggil ibu mertuanya. Kemudian tiada suara lagi kedengaran. Halimah menjadi sangat khuatir, apakah yang berlaku pada ibu mertuanya? Janganlah ada apa-apa yang berlaku hendaknya. 

Sebuah kereta peronda polis tiba diperkarangan rumah ibu mertua Halimah. Dua orang anggota polis dalam usia lingkungan 30-an keluar dari kereta sambil meneguk sebotol air jus buah-buahan. Kedua-dua polis itu menghampiri Halimah lalu menanyakan bermacam soalan dan Halimah memberitahu pihak polis tersebut insiden yang berlaku pada dia dan dia juga ada mendengar jeritan dari dalam rumah. Halimah meyakinkan pihak polis bahawa itu adalah suara ibu mertuanya dan meminta polis tersebut memecahkan pintu hadapan rumah itu. Kerana selepas suara jeritan itu diam, Halimah berkali-kali memanggil ibu mertuanya namun masih tidak di sahut. Polis yang berperut buncit berusia dalam lingkungan 30-an itu menghampiri pintu rumah tersebut dan mengarahkan agar tuan empunya supaya membuka pintu. Setelah hampir 10 minit tiada jawapan, keputusan telah di buat oleh mereka bertiga untuk memecahkan saja pintu itu. Dengan menggunakan kaki kanan, polis buncit itu tendang sekuat hati agar pintu itu terbuka dan polis lagi seorang yang agak kurus sikit dari yang pertama tadi mengeluarkan pistol dari tempat simpannya dan menghalakan ke arah dalam rumah itu. 

Keadaan dalam rumah itu gelap tak berlampu, hanya kelihatan lampu dari bilik yang dipercayai milik ibu mertua Halimah saja yang menyala. Perlahan-lahan mereka bertiga melangkahkan kaki menuju ke bilik itu. Setelah tiba di hadapan pintu bilik itu, Halimah terkejut dan menjerit "IBU!" apabila melihatkan keadaan ibunya yang terbaring di atas katil sambil berlumuran dengan darah. Pihak polis yang tadi terus membuat panggilan ke ibu pejabat bagi mendapatkan bantuan. Ibu mertua Halimah sudah tidak bernyawa lagi, dan Halimah bertambah terkejut apabila di lihat ada lubang besar di dada ibu mertuanya. Lalu Halimah menjerit berkata itu adalah perbuatan pembunuh yang telah membunuh bapa mertuanya 3 bulan lepas. 

                                            ****************************************

"Akak tak perlu menangis lagi, Allah lebih sayangkan ibu..bersabarlah ye kak..." kata seorang lelaki muda berusia dalam lingkungan 20-an itu kepada kakak iparnya, Halimah. Razman merupakan adik lelaki kepada Haikal iaitu suami kepada Halimah. Beliau bekerja sebagai pengurus di salah satu shopping complex terbesar di ibu kota. Setelah mendapat berita bahawa ibunya telah pulang ke rahmatullah, dia bergegas pulang ke kampung dengan perasaan sangat sedih. Lepas seorang, seorang pula yang pergi. Mula-mula bapa dan abangnya dan sekarang ibunya pula. Halimah masih menangis di dalam bilik, dia rasakan hidupnya kini betul-betul di timpa kecelakaan yang melampau. Ingin saja dia bunuh diri tapi setelah memikirkan akibat yang akan di tanggung dalam kubur nanti terus dia membatalkan saja niatnya. 

"Dik..macam mana akak tak sedih..pembunuh tu still on the loose. Pihak polis pun masih tak tahu apa punca kejadian ni." kata Halimah kepada Razman sambil teresak-esak.

"Iya, Man tau kak..tapi apa boleh kita buat? Kita serahkan saja perkara ni pada pihak polis. Lambat-laun polis akan dapat tangkap jugak pembunuh tu." pujuk si Razman setelah melihat kakak iparnya masih belum boleh menenangkan diri.

"Dengan kehilangan abang Haikal sampai sekarang..akak tak rasa benda ni akan selesai dik..akak rasa abang Haikal ada buat perkara tak senonoh di belakang kita ni dik.." kata Halimah kepada Razman. Telinga Razman tiba-tiba menjadi panas apabila mendengar tuduhan yang di beri oleh kakak iparnya sendiri terhadap suaminya selaku abang kandungnya. Kenapa dia sanggup mengatakan perkara itu sedangkan Haikal itu baik orangnya, tidak pernah pun dia buat perkara-perkara yang tidak di ingini selama ni. Tapi Razman bersabar dan beristigfhar banyak-banyak. Dia tahu hati dan fikiran kakak iparnya tengah tak menentu sekarang, berkemungkinan kakak iparnya akan jadi gila suatu hari nanti. 

"Man percaya dengan along. Dia tak akan pernah buat benda-benda yang terkutuk dalam dunia ni kak. Ibu bapa kami berikan didikan agama cukup selama ni. Man percaya ini semua bukan angkara along. Sudahlah kak, akak tenangkan diri dulu kat sini. Man nak keluar beri keterangan kepada pihak polis." Razman terus melangkah pergi meninggalkan kakak iparnya berseorangan di dalam bilik itu dan keluar berjumpa dengan inspektor yang bertanggung jawab dalam kes ni.

"Ada petunjuk baru tak inspektor?" Razman mengajukan soalan pada seorang inspektor yang sedang sibuk bercakap di dalam telefon. Setelah menyedari kehadiran Razman terus saja dia mematikan panggilan telefon tersebut dan memberikan fokus seratus peratus pada Razman.

"Oh! Sorry, didn't see you there. Now I see you but you can't see me because I'm a ninja..." kata inspektor tersebut sambil membuat gaya seakan-akan ninja dan bersembunyi di belakang kereta peronda tapi masih kelihatan punggungnya yang lebar sebab beliau begitu gemuk. Razman menjadi hairan dengan kejadian yang berlaku di depan matanya. Adakah dia membuat pilihan  yang tepat dengan memilih inspektor tersebut membantu dia dalam kes yang mengakibatkan kehilangan dua nyawa ahli keluarganya? Semua orang yang berada di situ menyaksikan tindakan inspektor itu yang dianggap kebudak-budakan dan tidak masuk di akal. Masakan seorang inspektor yang berusia lingkungan 40-an boleh berperangai seperti itu? Memang memalukan sungguh. Menyedari dirinya menjadi tumpuan, inspektor tersebut keluar dari tempat persembunyiannya dan berjalan perlahan ke arah Razman seakan-akan tiada apa yang berlaku.

"You still can see me because I'm not a real ninja..." kata inspektor itu yang di mana ianya membuatkan Razman berasa amat marah pada waktu itu.

"Yes! Because you got a belly down there, old man! Sekarang saya tanya awak, ada apa-apa perkembangan atau tidak dalam kes ni?" Razman mengherdik inspektor tersebut yang mengganggap perkara ini tidak serius dan mengambil semua perkara sambil lewa.

"Maafkan saya budak muda. Semestinya sudah ada petunjuk baru. Maklumat yang kami terima baru-baru ini menyatakan bahawa abang awak berada di sekitar kampung ini. Itu yang membuatkan saya datang ke mari. Kalau tidak saya tidak akan berada di sini." terang inspektor tersebut.

"Kejap..Inspektor bukan berada di sini sebab dapat panggilan dari ibu pejabat mengatakan bahawa ada kes bunuh yang mungkin melibatkan pembunuh? tanya Razman yang kehairanan.

"Oh tidak sama sekali. Bukan sebab itu. Saya sudah tiga hari berada di kampung ini dan tadi semasa di masjid saya ada mendengar orang kampung berkata ada penduduk kampung kena bunuh dan lubang besar di dada mangsa. Dan ini menguatkan lagi bukti bahawa abang awak adalah pembunuh." jelas inspektor itu.

"Haa?! Tak mungkin abang saya pembunuh inspektor! Mungkin inspektor yang salah terima maklumat." Razman masih lagi kehairanan dengan apa yang diberitahu oleh inspektor itu. Bagaimana abangnya boleh jadi pembunuh pula? 

"Sabar dulu. Itu tanggapan awal saya saja. Saya akan teruskan siasatan malam ini, bermula di sini dan rumah puan Halimah. Kerana dia beritahu pada saya awal tadi yang dia ternampak pembunuh itu berada di simpang nak masuk ke rumahnya. Jadi, dari situ saya akan menyiasat perkara ini. Selepas kami dapat apa-apa petunjuk yang baru kami akan maklumkan pada awak. Buat masa sekarang saya nak semua yang terlibat berada di kawasan ini jangan ke mana-mana. Dan sejujurnya saya menginginkan bantuan orang ramai untuk maklumat." kata inspektor itu lagi.

Razman melangkah menaiki anak tangga menuju ke ruang tamu rumahnya. Dia duduk di satu sudut supaya dia boleh menenangkan diri sambil berfikir. Perkara yang berlaku pada dirinya sekarang begitulah mengarut. Dia mengeluarkan sebatang rokok dan semasa dia ingin menyalakan api untuk bakar rokok tersebut tiba-tiba kedengaran suara kakak iparnya menjerit di dalam bilik. Semua orang yang berada di situ terus berlari mendapatkan Halimah. Halimah menangis di sudut katil dan memberitahu pada orang ramai yang berada di situ bahawa sebentar tadi dia nampak pembunuh itu muncul di tingkap dan senyum sambil melambaikan tangan pada Halimah. Semua orang menjadi hairan dengan perkara itu dan Razman terus berlari keluar menuju ke tempat yang dikatakan Halimah tadi. Namun tidak ada satu jejak kaki pun yang dia jumpa di atas tanah waktu itu dan sekali lagi inspektor tadi muncul semula dan bertanyakan apa yang berlaku.

Inspektor itu mengarahkan budaknya untuk mendapatkan cap jari di tingkap bilik Halimah duduk tadi. Namun hampa, tidak ada cap jari di situ. Semua orang menjadi bingung dan hairan dengan kejadian yang berlaku pada malam itu. Dan lagi sekali semua orang terdengar seorang pakcik tua menjerit minta tolong dari arah ruang tamu rumah. Semua bergegas mendapatkan pakcik itu, dan pakcik itu beritahu bahawa jenazah yang terbaring tadi tiba-tiba bangun dan duduk di sofa. Memang benar jenazah itu telah pun berada di situ dan yang menghairankan lagi. Ada kesan calar di muka jenazah tersebut. Razman merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada waktu itu. Apakah dosa kedua ibu bapanya hingga terjadi perkara sebegitu rupa? Razman menghampiri jenazah ibunya dan mengalihkan semula jenazah itu ke atas tikar. Orang ramai mula berkata kalau-kalau keluarga si Razman ni ada menggunakan khidmat bomoh sebelum ini atau pun waktu arwah bapanya masih lagi bekerja sebagai tentera. dan waktu ditugaskan menjaga sempadan. Adakah bapa Razman ada buat perkara yang syirik waktu itu? Dan mengakibatkan seluruh keluarga itu menanggung akibat?

Mungkin benar apa yang diperkatakan oleh penduduk kampung itu. Kalau tak, tak akan benda seperti ini boleh berlaku. Lengan berbulu? Mata warna merah? Razman masih ingat lagi penerangan yang diberikan Halimah pada pihak polis semasa dia membaca kertas laporan tempoh hari. Razman mula merasakan perkara ini ada kait mengait dengan dunia mistik. Walaupun agak tidak masuk akal, tapi dia akan siasat perkara ini.

To Be Continued/Akan Bersambung... 

Tuesday, 5 November 2013

Dia Dahagakan Darah! #4

"Kak..lepat jagung RM3.00, pisang goreng budu RM2.00.." pesanan yang di buat oleh pelanggan muda ketika singgah membeli kuih di kedai ibu mertua Halimah.

"Semuanya RM5.00 ye dik.." Halimah menghulurkan seplastik kuih kepada pelanggan tadi dan menerima bayaran sebanyak RM10.00. Setelah memulangkan baki RM5.00 kepada pelanggan Halimah cepat-cepat melayan pelanggan yang lain pula. Ibu mertuanya sedang sibuk menggoreng kuih cekodok yang paling digemari oleh penduduk kampung di situ. 

"Ahh.. Alhamdulillah hari ni ramai pelanggan yang datang ye bu?" kata Halimah kepada ibu mertuanya.

"Tu la, syukur Alhamdulillah. Banyak rezeki kita hari ni nak..".

"Assalamualaikum, Ida.." Halimah tergamam apabila mendengar salam yang diberi. Dia menoleh dan mendapati bahawa tok imam yang menguruskan tahlil 3 bulan lepas datang ke gerai milik ibu mertuanya. Setelah menjawab salam yang diberi, ibu mertua dan Halimah meng-offer imam tersebut untuk duduk dan dihidangkan kuih muih untuk imam tu telan. Mereka bertiga berbual panjang dari A hingga Z. 

"Aku tengok perniagaan kau ni makin majulah Ida, kau tak nak besarkan lagi ke perniagaan ni?" Imam mengajukan pertanyaan sambil mengunyah cekodok.

"Hahaha! Bukan tak nak imam, aku cuma lebih selesa dengan cara macam ni. Dekat dengan rumah aku. Lagi pun tempat yang aku pilih ni strategik apa. Ramai yang datang sini beli kuih aku tu haaa.." kata ibu mertua Halimah kepada imam tadi. Halimah duduk di tepi sambil mendengar perbualan tok imam dengan ibu mertuanya itu. Kadang-kadang Halimah mencelah juga.

Kemudian datang pula seorang anak muda kampung itu untuk membeli kuih di gerai tersebut. Setelah melihatkan tok imam ada di situ pemuda tersebut mengajukan soalan pada imam yang sedang enak mengunyah kuih cekodok. 

"Imam ada dengar cerita tak baru-baru ni budak balik mengaji kena kacau kat simpang depan sana?" kata pemuda tersebut.

"Ada jugak aku dengar cerita tu, tapi betul ke? Entah-entah budak-budak tu semua yang mengada fikir yang bukan-bukan lepas tu buat cerita pula." kata tok imam dalam kehairanan.

"Baru-baru ni Timah janda tu ambik sidaian kat belakang rumah, dah lepas mahgrib tak silap saya, dia lah yang bagitau. Dia ada nampak sesusuk tubuh imam, dia pengsan kat situ jugak. Kalau bukan anak perempuan dia yang terdengar jeritan tu, alamatnya berjam-jam lah dia pengsan kat situ..." kata pemuda itu lagi.

"Eh, kau biar betul Mustafa. Timah tu takde kata apa pulak bila terserempak dengan aku hari tu..kau jangan buat-buat cerita Mus..." kata imam kepada pemuda yang bergelar Mustafa itu.

"Ya Allah Imam..betullah..buat apa saya nak tipu..tu la imam, sibuk main Xbox kat rumah dengan cucu. Sampai cerita pasal orang kat kampung kena kacau dengan lembaga pun tak tahu.." kata Mustafa lagi.

"Kau ingat aku ketua kat kampung ni nak ambik tau pasal semua perkara? Cukuplah cucu aku yang sorang tu aku layan. Ni baru-baru ni dia mintak aku belikan Ps4 pulak. Apa benda tu aku pun tak tahu..takpelah Mus, nanti aku siasat pasal perkara tu. Kau pergilah pulang dulu, aku naik semak tengok wajah kau yang seakan-akan tembok besar cina tu.." Pandai mengutuk rupanya tok imam ni. Setelah Mustafa memberikan salam dia pun berlalu pergi dari gerai itu. Halimah tiba-tiba terasa macam perkara tersebut menjadi gangguan pada minda dia. Ingin saja tadi dia tanya pada Mustafa bagaimana rupa lembaga tersebut. Mungkin lembaga itu sama dengan yang dia jumpa di atas bumbung rumahnya ketika dia masih menetap di bandar? Dia sendiri tidak pasti akan hal itu.

Imam meminta izin untuk pulang ke rumah setelah dua piring kuih dia mentekedarah. Halimah dan ibu mertuanya terus mengemas gerai itu untuk tutup kerana sudah lewat petang, lagi 1 jam untuk masuk waktu mahgrib. Setelah selesai, mereka berdua pun terus pulang ke rumah, ibu mertua Halimah yang bernama Ida menghulurkan RM200.00 kepada Halimah sebagai upah membantu dia sejak dari pagi lagi. Halimah menerima duit tersebut dengan perasaan yang bersyukur dan mengucapkan terima kasih pada ibu mertuanya. Kemudian mereka berdua pulang ke rumah masing-masing. Rumah Halimah agak jauh sikit dari gerai tersebut namun dia tidak peduli semua itu asalkan dia dapat menjalani kehidupan seperti biasa sudah cukup bagi dia. Jauh atau tidak bukan penghalang untuk dia membantu ibu mertuanya. 

Halimah tiba di satu simpang untuk pulang ke rumahnya, langkah kakinya tiba-tiba terhenti. Dari jauh Halimah dapat melihat seorang lelaki berbadan sasa sedang memerhatikan dirinya saat itu. Hati Halimah berdebar-debar waktu itu, dia pasti itulah dia! Tidak silap lagi, memang benar apa yang dia lihat. Halimah melempang pipinya sendiri kuat-kuat untuk mengetahui jika apa yang dialaminya waktu itu mimpi atau tidak. Kesakitan yang di terima olehnya membuktikan bahawa ianya bukan mimpi dan dirinya terasa bangang sebab membuat perkara sedemikian. Halimah tatap lelaki itu dengan betul, dia cuba untuk memanggil tapi tidak berdaya. Halimah sendiri tidak tahu mengapa, badannya tiba-tiba kaku, kakinya tidak boleh bergerak walau seinci pun.Matanya fokus pada lembaga yang sedang berdiri jauh dari tempat dia berdiri. Tiba-tiba lembaga tersebut hilang dari pandangan. Halimah sudah boleh bergerak semula dan dia terus berlari pergi ke rumah ibu mertuanya dan menceritakan perkara tersebut pada ibu mertuanya.


To Be Continued/Akan Bersambung...

Dia Dahagakan Darah! #3

"Kringgg!! Kringgg!!". Halimah terbangun dari tidurnya yang lena akibat bunyi bising dari jam penggera. Halimah bangun dari katil lalu mencapai jam penggera yang bising itu dan campakkan ia ke dalam mangkuk tandas, kemudian Halimah membuka almari pakaian dan mengambil jam penggera yang lain untuk dijadikan sebagai pengganti yang tadi. Halimah berjalan menuju ke arah dapur rumahnya, dia menggeliat dan melihat jam di dinding dapur. Ada satu jam sebelum pukul 6 pagi, Halimah membuat keputusan untuk membuat air kopi panas, pagi yang sejuk seperti itu memang sesuai jika perkena kopi. Sudah tiga bulan berlalu semenjak kejadian kematian arwah bapa mertuanya, dia masih ingat lagi bagaimana arwah bapa mertuanya meninggal dunia. Ada lubang besar pada dada arwah, seperti di tebuk oleh sesuatu yang besar dan sangat tajam.

"Benda apa yang boleh buat lubang sebesar itu? Gerudi ke?" fikir Halimah sejenak.

Halimah menghirup kopi panas yang baru di bancuh sebentar tadi. Matanya masih lagi mengantuk namun dia harus cergas kerana tidak lama lagi akan masuk waktu solat subuh dan dia tidak mahu terlepas. Bagus sungguh Halimah ini. Kehilangan suaminya, Haikal masih lagi menjadi misteri. Pihak polis menemui jalan buntu dalam siasatan itu. Malah, pihak polis terselesaikan kes-kes yang tidak ada kaitan dengan kehilangan suami Halimah, salah satunya kes penyeludupan bahan api oleh geng yang paling dikehendaki oleh pihak polis. Lain yang di siasat lain pula yang settle

"Ke mana lah gamaknya suami aku ni hilang? Polis pun masih belum dapat tahu siapa pembunuh itu dan punca kehilangan suami aku." Halimah berkata pada dirinya seorang diri.

Perasaan sedih, sunyi dan rindu pada suami dan arwah bapa mertuanya memang tidak dapat nak dielakkan. Sesungguhnya setiap saat dan detik Halimah akan teringatkan semua kenangan bersama mereka berdua. Halimah masih ingat lagi bagaimana Haikal suaminya melamar dia untuk menjadi isteri. Waktu itu mereka sedang berjalan di pusat membeli belah yang terkenal di Kuala Lumpur, Times Square. Di depan khalayak ramai itulah Haikal melamar Halimah untuk menjadi isterinya, betapa gembira hati Halimah waktu itu hingga menitiskan air mata. Orang ramai yang menyaksikan perkara itu bersorak bertepuk tangan kerana rasa terharu dengan perbuatan Haikal yang di anggap romantik itu.

"Sudikah baby menjadi isteri hubby?" perkataan itu masih lagi terngiang di telinga Halimah. Dan Halimah tidak lupa bagaimana masa waktu pertama setelah dia di lamar oleh Haikal di bawa berjumpa dengan bakal ibu bapa mertuanya. Halimah boleh lihat kegembiraan pada raut wajah kedua bakal mertuanya dan Halimah yakin bahawa keluarga Haikal boleh menerima Halimah. Ibu bapa kandung Halimah juga turut gembira setelah di beritahu oleh Halimah bahawa dia telah di lamar oleh Haikal dan akan hadirnya rombongan meminang. Halimah merasakan saat itu saat paling indah dalam hidupnya. Namun kini, segala-galanya telah hancur musnah dengan tragis. Dia tidak akan pernah lupa apa yang pembunuh itu telah lakukan. Dunia dan akhirat tidak akan diampunkan dosa pembunuh itu. Tiba-tiba air mata Halimah mengalir membasahi pipi. Halimah tersedar dari lamunan itu akibat terdengar suara azan berkumandang menandakan telah masuknya waktu solat subuh. Lekas Halimah mengesat air matanya menggunakan tangan dan bangun terus menuju ke bilik air untuk membersihkan diri lalu terus menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim.

Setelah selesai menunaikan solat, Halimah terus bersiap-siap untuk pergi ke rumah ibu mertuanya bagi membantu menyiapkan bahan-bahan untuk membuat kuih muih yang akan di jual petang nanti. Itulah pekerjaan Halimah sekarang. Waktu suaminya masih ada, makan minum dia di tanggung beres oleh suaminya kerana itulah kehendak suaminya. Haikal mahu isterinya duduk di rumah dan lakukan kerja-kerja yang sepatutnya seorang isteri lakukan. Gaji Haikal RM3000.00 sebulan cukup memadai untuk menanggunng perbelanjaan di rumah dan kedua ibu bapanya di kampung. Itu baru gaji asas tidak termasuk dengan kerja lebih waktu yang di bayar sebanyak RM100.00 sejam. Rumah teres yang disewakan kepadanya walaupun sebulan RM1000.00 masih mampu untuk dia bayar. Tapi kini Halimah terpaksa menetap di kampung mertuanya kerana dia tidak mampu untuk terus menetap di rumah sewa kerana tidak ada apa-apa pendapatan. Ibu mertuanya menawarkan Halimah untuk tinggal bersama di rumah peninggalan arwah bapa mertuanya namun di tolak baik oleh Halimah kerana dia tidak ingin menyusahkan ibu mertuanya itu di tambah pula rumah itu ada adik lelaki kepada si Haikal. Jarak usia antara Haikal dan adiknya cuma setahun saja. Lalu, Halimah membuat keputusan untuk menyewa rumah papan kecil di kampung suaminya dengan harga yang ditetapkan RM150.00 sebulan termasuk api dan air.

Duit upah hasil membantu ibu mertuanya sudah cukup untuk dia menanggung hidup sendiri. Ibu mertuanya tidak kisah untuk membantu Halimah kerana Halimah ialah anaknya juga. Halimah bersyukur dengan kehidupan dia sekarang walaupun tanpa bapa mertua dan suami di sini namun dia tetap cekal dan tabah untuk meneruskan kehidupan. Pihak polis masih lagi meneruskan siasatan, dengar cerita baru-baru ini ada petunjuk baru yang dapat membantu siasatan. Ada sesetengah orang kata ada ternampak suaminya di Kedah. Sesetengah lagi mengatakan ada ternampak suaminya di Sarawak. Pihak polis meneruskan siasatan berdasarkan maklumat orang ramai. Entah bagaimana ada satu perasaan di dalam hati Halimah menyatakan bahawa suaminya masih lagi hidup dan dia bukan pembunuh itu. Pihak polis pun telah menarik balik tuduhan membunuh ke atas Haikal kerana maklumat yang diberikan Halimah tentang pembunuh itu jauh berbeza dengan Haikal.

To Be Continued/Akan Bersambung...

Dia Dahagakan Darah! #2

"Tinggi dan tegap..lengan berbulu serta mata berwarna merah..." Halimah menjelaskan rupa makhluk yang dia nampak di atas bumbung rumahnya kepada pihak polis yang berjantina wanita.

"Adakah Puan Halimah dapat melihat rupanya dengan jelas?

"Tidak..keadaan waktu itu sangat gelap dan hujan pun turun dengan terlalu deras hingga saya berasa sakit hati ketika memandang ke arah bumbung rumah.." jelas Halimah.

"Suami puan berada di mana pada waktu itu?"

"Erm..saya sendiri pun tidak berapa nak pasti, saya cuba hubungi beberapa kali waktu bunyi hentakan kuat itu berlaku tapi dia tak angkat.." jelas Halimah lagi yang masih lagi bingung memikirkan di mana agaknya suami dia sekarang.

"Baiklah..Makhluk tu tampan tak puan? Dia single atau sudah berpunya?"

"Oh..apa kata awak tanya dia sendiri lepas tu tolong tanyakan dia buat apa kat atas bumbung rumah saya dan kenapa dia bunuh bapa mertua saya? Dan tanya dia kalau dia ada sembunyikan suami saya suruh dia pulangkan semula..awak ingat ini kelakar ke?!" Wow.. marahnya Halimah.

"Ma..maafkan..sa..sa..saya puan..puan boleh beredar sekarang..

Halimah beredar dari situ dengan perasaan yang marah akibat perangai polis wanita itu. Nampak sangat desperate nak jodoh. Halimah mengambil teksi dan terus ke rumah ibu mertuanya. Rumah tersebut dipenuhi dengan saudara terdekat, para sahabat dan jiran. Halimah melangkah kaki perlahan menaiki anak tangga dan menuju ke ruang tamu di mana ditempatkan jenazah bapa mertuanya. Air matanya mengalir dan dia duduk di sebelah jenazah tersebut demi menatap wajah bapa mertuanya buat kali terakhir sebelum dimandikan dan dikebumikan. Dimanakah suaminya? Persoalan itu masih bermain difikirannya. Pihak polis mengesyak suami dia adalah pembunuh. Pihak polis juga telah menyoal siasat rakan sepejabat suaminya namun jawapan yang sama di terima.

"Dia nampak elok je buat kerja, takde nampak macam stress or something that bother him. Masa balik kerja pun dia baik-baik saja. Itulah kali terakhir kami melihat Haikal." kata salah seorang rakan sepejabatnya.

Setelah selesai dengan pengebumian arwah, Halimah dan keluarganya terus pulang ke rumah mertuanya. Ibu bapa kandung Halimah telah lama meninggal dunia. Bapa kandungnya meninggal akibat tercekik kayu hoki kerana kalah betting dengan kawan-kawan. Ibu Halimah pula mati terkejut kerana mendengar punca kematian suaminya. Halimah merupakan anak tunggal dalam keluarga, dia tidak mempunyai adik beradik mahu pun saudara mara kerana ibu bapanya juga merupakan anak tunggal. Pada belah suaminya sahajalah dia mengharapkan kasih sayang. Namun bila sudah jadi perkara sebegini Halimah sudah menjadi bingung, dengan misteri kehilangan suaminya membuatkan dia menjadi ragu untuk mempercayai sesiapa kecuali keluarganya. Sudah 3 tahun mendirikan rumah tangga namun masih belum mempunyai rezeki untuk menimang cahaya mata. Halimah mula merasakan hidupnya sudah mejadi sial dan malang. Tapi dia tidak boleh nak salahkan sesiapa, mungkin Allah ingin menguji dirinya. Dia harus tabah dan berdoa agar semua ini akan berakhir dengan cepat. Segala yang berlaku bagaikan mimpi ngeri bagi Halimah.

Azan isyak telah pun berkumandang, Halimah tersedar dari lamunan lalu mengesat air mata dengan kain lengan kirinya dan bangun menuju ke dapur. Ibu mertuanya sedang berborak dengan jiran-jiran. Imam pun sudah tiba. Malam itu tahlil yang pertama. Ramai kawan-kawan dan saudara mara memberikan kata-kata semangat kepada Halimah dan mengucapkan  takziah di atas pemergian arwah bapa mertuanya. Bapa mertuanya begitu baik pada Halimah. Bapa mertuanya juga merupakan bekas tentera diraja Malaysia, beliau pencen pada usia 55 tahun dan dengan duit pencen itulah bapa mertuanya membuka perniagaan cekodok goreng tepung di kampung. 

"Aku harus tabah dan hidup berdikari mulai hari ini. Tapi dimanakah suami aku berada sekarang ni? Adakah pembunuh itu telah menculik suami aku atau pun suami aku ialah pembunuh tersebut? Tidak mungkin suami aku. Masakan dia ingin membunuh ayah kandungnya sendiri? Sedangkan dia begitu sayang pada ayahnya? Mesti pembunuh itu punya kerja. Tapi, siapa pembunuh itu? Kenapa dia ingin melakukan perkara ini terhadap keluarga aku? Suami aku ada berhutang dengan dia ke? " Bermacam sangkaan yang bermain di fikiran Halimah waktu itu. 

Apa kaitan pembunuh itu dengan suaminya? Kenapa pembunuh itu melakukan perkara sedemikian rupa? Adakah pembunuh itu merupakan salah satu sahabat Haikal? Dan, adakah Haikal ada buat perkara yang Halimah sendiri tidak pernah tahu selama ini? Siapakah pembunuh itu? Kenapa? Halimah masih belum boleh berhenti dari berfikir tentang itu. 

To Be Continued/Akan Bersambung...

Sunday, 3 November 2013

Dia Dahagakan Darah! #1

Halimah masih belum dapat memejamkan matanya, dia melihat jam di dinding menunjukkan jam 2:30 pagi. Bunyi rintik-rintik hujan masih kedengaran di atas bumbung rumah. Halimah bingkas bangun dari tilam empuknya lalu berjalan keluar dari bilik tidurnya menuju ke ruang tamu rumah teres yang disewakan kepadanya oleh seorang pakcik yang murah hati dan baik. Halimah menuju ke sliding door demi melihat perkarangan rumahnya untuk memastikan jika suaminya sudah pulang atau belum, mungkin suaminya sudah pulang tetapi disebabkan keletihan di tempat kerja akhirnya tertidur di dalam kereta, perkara itu sering berlaku pada suaminya.

"Mana suami aku ni? Dah lewat sangat ni masih tak balik lagi..." rungut Halimah di dalam hati. 

Halimah lekas masuk ke dalam biliknya dan mencapai telefon bimbit lalu membuat panggilan ke suaminya tapi hampa kerana suara operator yang kedengaran di hujung talian. Hatinya kini tiba-tiba didatangi kerisauan kerana takut jikalau ada apa-apa yang mungkin menimpa suaminya ketika dalam perjalanan pulang ke rumah. Dan secara tiba-tiba "BUPPPPPPPPPP!!". Halimah terkejut apabila mendengar bunyi kuat yang menghentam bumbung rumahnya. Halimah jadi kaget sebentar, kemudian dia membuat panggilan ke suaminya kerana perasaan takut menyelubungi diri Halimah sekarang. Mungkin ada pencuri yang sedang mencari jalan masuk ke rumah itu melalui atas bumbung? Tapi disebabkan hujan keadaan jadi licin dan mungkin pencuri itu tergelincir lalu terjatuh? Bermacam sangkaan yang bermain di fikiran Halimah waktu itu. Matanya kini bergenang dengan air mata kerana sudah berkali-kali dia membuat panggilan ke suaminya namun tetap suara operator yang kedengaran. Hendak diperiksa apakah punca yang membuatkan bunyi bising itu tadi tidak berani pula kerana takut dan bimbang jika dia akan di ancam oleh pencuri itu pula. Halimah menuju ke tingkap dan menyelak sedikit kain yang menutupi tingkap biliknya bagi melihat keadaan di luar rumah dan alangkah terkejutnya apabila dia melihat darah yang mengalir membasahi tingkap bilik tidurnya itu.

Halimah meletakkan kedua-dua tapak tangan ke arah mulutnya agar tidak menjerit. Halimah berlari ke atas tilam dan selubungi dirinya dengan selimut. Mulut Halimah tidak berhenti membacakan surah-surah suci dan berharap apa yang di lihat olehnya tadi adalah tidak benar dan mimpi sahaja. Air matanya mengalir deras bagaikan air terjun akibat ketakutan yang melampaui batas. Beberapa minit kemudian hatinya mula tenang dan dia memberanikan diri untuk bangun dari tilam dan menjenguk ke arah luar tingkap. Perlahan-lahan dia melangkah menuju ke tingkap biliknya dan tiba-tiba "GRRUUUUUMMMMMM!!!!!". Halimah terkejut dan berlari semula ke tilam dan selubung dirinya dengan selimut. 

"Bunyi guruh je pun, kenapalah aku terkejut sangat ni? Sebab darah kat tingkap tu ke? Ish..tak mungkinlah itu darah mungkin halusinasi aku kot? Tu la, banyak sangat tengok cerita Doraemon..eh..tak..tak..cerita Saw..semua siri aku dah beli dan tengok..Inilah akibatnya..Better aku tengok ke luar tingkap lagi sekali..Ish! Mana hubby aku ni?" Mengarutnya seorang diri di dalam hati.

Halimah lagi sekali memberanikan diri berjalan ke arah tingkap dan selak kain yang menutupi tingkap itu dan hatinya gugup bagaikan buah anggur yang kena pijak. Darah itu sudah tiada di situ, hatinya lega tambah gembira kerana apa yang di lihat olehnya sebentar tadi adalah tidak benar. Akan tetapi mata Halimah tertumpu pada sekujur tubuh yang sedang baring meniarap di tepi rumahnya(rumah lot corner). Dan Halimah berfikir bahawa itu adalah tidak benar dan berkemungkinan itu adalah halusinasi. Halimah berjalan menuju ke luar rumah melalui pintu hadapan rumahnya dan mengambil penukul besi yang terletak tidak jauh dari kakinya, bagaimana penukul itu berada di situ pun dia tidak pasti. Halimah segera berjalan menuju ke destinasi yang di mana dia sebentar tadi melihat sekujur tubuh terbaring tertiarap di tepi rumahnya. Perlahan-lahan Halimah melangkah menuju ke tubuh tersebut. Dia memegang bahu kiri tubuh itu dan dengan segala kudrat yang ada Halimah menolak tubuh itu ke kanan agar tubuh itu terlentang dan Halimah terkejut! Kerana yang terlentang di hadapan dia adalah bapa mertuanya sendiri. Ingin percaya atau tidak, Halimah sudah bingung. Apa yang harus dia lakukan ketika itu? Penukul yang digenggam di tangan kirinya tadi terlepas lalu jatuh menimpa tubuh bapa mertuanya. Halimah memandang ke arah bumbung rumahnya dan terkejut lalu terduduk kerana tidak percaya dengan apa yang di lihat olehnya. It's a bird? It's a plane? It's Miley Cyrus?  ...Ish, mengarut je la.... Halimah melihat seseorang sedang berdiri di atas bumbung rumahnya.

To Be Continued/Akan Bersambung...